Thursday, September 18, 2014

Pemuda Cacah Tatu Kalimah Allah Pada Badan!

Pemuda Cacah Tatu Kalimah Allah Pada Badan!

Sepatutnya semua orang maklum, isu agama terlalu sensitif maka jika mahu berbuat sesuatu yang menyentuh agama orang lain fikirlah semasak-masaknya.

Tatu Kalimah Allah

Kalau atas tiket mempunyai hak kebebasan terhadap tubuh badannya maka manusia boleh buat apa sahaja, maka makin ramailah yang tak faham cara nak hormat orang lain di dunia ini.

Gambar pemuda yang tersenyum kambing sambil menunjukkan tatu pada dirinya tertulis kalimah Bismillah, Allah dan lain-lain di dahi, leher dan tangan kini berlegar di laman sosial.

Itulah sebab mengapa pemuda yang memilih kalimah suci umat Islam untuk dicacah pada tubuh badannya ini boleh mencetuskan perasaan marah padanya.

Sesetengah agama mungkin tak kisah simbol agama mereka diletakkan di mana sekali pun namun Islam bersandarkan kesucian dan akhlak.

Tentu kalimah ALLAH akan diusung ke mana-mana dalam keadaan tak suci dan memasuki kawasan kotor sewenangnya.

Bayangkan tingginya kemuliaan kalimah al-Quran hingga penganut Islam mesti berada dalam keadaan suci untuk memegangnya, inikan pula kalau dah dicacah serata badan begini.

Tatu Kalimah Allah [2]
Tatu Kalimah Allah [3]

Bukan bermakna perlu ada keganasan tetapi perbuatan melampau pemuda ini jika dilakukan secara jahil harus disedarkan dan dibaiki.

Islam, bukan agama yang boleh dibuat main-main. Apakah perlu kompromi apabila ada manusia jahil memperolok-olokkan agama seperti ini?

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Wednesday, September 17, 2014

Review Smartphone Terbaru September 2014

Review Smartphone Terbaru September 2014

Info Gadjet. Review Smartphone Terbaru. Pengeluaran telefon pintar (smartphone) peringkat tinggi kini menjadi trend di kalangan pembuat peranti mudah alih diseluruh dunia.

Kali ini SP ingin membawakan kepada anda semua keluaran Smartphone terbaru dari jenama hebat setakat bulan September.

Vivo Xshot
Harga: 1,799

Vivo Xshot

Meskipun tidak segah jenama lain dari China, Vivo mula dilihat sebagai pemain baru dalam arena peranti Android. Telefon pintarnya, Xshot memiliki spesifikasi hebat dengan pemproses empat teras terbaru Qualcom Snapdragon 801 2.4 GHz.

Spesifikasi lain termasuk memori (RAM) 3GB dan storan dalaman 32GB. Peranti yang bersaiz 5.2 inci dengan skrin HD penuh ini dilengkapi kamera belakang 13MP selain menyokong sambungan LTE.

HTC One E8
Harga: RM1,699

HTC One E8

Ini bukan model kompak atau versi pertengahan bagi model utama One M8. Selain nama, satu-satunya kelainan diantara telefon pintar One M8 dan One E8 ialah bahan binaannya iaitu logam dan polikarbonat.

Dari segi spesifikasi, peranti ini cemerlang dengan skrin HD 5 inci, pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 801 2.5GHz, memori (RAM) 2GB, memori dalaman 16GB, kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP.

Acer Liquid E3
Harga: RM799

Acer Liquid E3

Acer terus bersaing di pasaran telefon pintar (smartphone) dengan memperkenalkan Liquid E3. Telefon pintar kelas pertengahan ini memiliki skrin 4.7 inci (720p), pemproses empat teras Media Tek MT6589 1.2 GHz, memori (RAM) 2GB dan storan dalaman 16GB.

Model ini juga sangat sesuai untuk peminat fotografi mudah alih dan peminat selfie kerana hadir dengan kamera belakang 13MP, manakala kamera hadapan 2MP dilengkapi flash LED.

Xiaomi Redmi Note
Harga: 509

Xiaomi Redmi Note

Merupakan phablet pertama keluaran Xiaomi, pembuat peranti mampu milik dari China. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5 inci (720p), pemproses lapan teras MediaTek MT6592 1.7 GHz, memori (RAM) 2GB dan storan dalaman 8GB.

Phablet ini dilengkapi kamera lebih baik daripada beberapa pesaingnya iaitu 13MP dan 5MP, masing-masing untuk kamera hadapan dan belakang. Menyokong dwi-SIM dan baterinya berkapasiti 3,100 mAh.

Motorola Moto E
Harga: RM400

Motorola Moto E

Satu lagi telefon pintar mampu milik yang menampilkan spesifikasi menarik untuk peranti dalam kelasnya. Moto E ialah versi lebih rendah bagi Moto G, namun tidak bermaksud peranti ini bertaraf 'cap ayam'.

Dilengkapi skrin 4.3 inci qHD, pemproses dua teras Snapdragon 200 1.2GHz, memori (RAM) 1GB dan storan dalaman 4GB.

Peranti ini tidak dilengkapi kamera hadapan, namun kamera belakangnya dilengkapi sensor 5MP.

LG G3 Beat
Harga: Tidak dinyatakan

LG G3 Beat

Versi mini untuk model G3 ini berspesifikasi pertengahan. Dilengkapi skrin bersaiz 5 inci (720p), pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 400 1.2GHz, memori (RAM) 1GB dan storan dalaman 8GB. Mempunyai sensor 8MP untuk kamera utama dan 1.3MP untuk kamera hadapan.

Beberapa ciri G3 yang dikekalkan padanya ialah autofokus kamera yang berpandukan laser, kekunci 'belajar sendiri', LTE dan bateri 2,540 mAh.

-SENTIASAPANAS.COM

Video Pasaraya Jual Telur Ayam Tiruan?

Video Pasaraya Jual Telur Ayam Tiruan?

Video yang dikongsikan seorang pelanggan, mendakwa bahawa telur ayam yang dibelinya di sebuah pasaraya adalah telur tiruan kini viral di laman siber.

Telur-tiruan

Menerusi demonstrasi untuk memastikan samada ianya adalah telur tiruan, dalam rakaman tersebut telur yang direbus kelihatan mempunyai tekstur pelik di mana ianya kenyal dan tidak seperti telur ayam biasa, bahagian kuning telur tidak boleh dileraikan!

Telur yang agak berlainan daripada telur-telur biasa itu mempunyai warna yang agak suram dan tekstur kuning telur yang kental seperti bola ping pong.

Secara logik sesetengah telur yang direbus sudah pun retak jadi ia sepatutnya tidak mempunyai tekstur keras seperti itu, melainkan ianya telur tiruan.

Memandangkan kes telur tiruan sebegini melibatkan kesihatan pengguna, diharapkan pihak terbabit dapat menyiasat sejauh mana kebenarannya.

Terdahulu, Malaysia juga pernah digemparkan dengan kes penyeludupan telur tiruan di Pulau Pinang pada bulan April tahun 2011 yang lalu.

Dalam kes tersebut, telur tiruan yang dijual di pasaran terbuka itu dipercayai diimport dari negara China.

Rakaman video mengenai telur tiruan yang dibeli dari pasaraya itu kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial.



-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, September 16, 2014

Perlukah Menghina Pejuang Malaysia Terkorban Di Syria?

Perlukah Menghina Pejuang Malaysia Terkorban Di Syria?

Apabila Ustaz Lotfi, rakyat Malaysia yang berjuang membantu rakyat Syria diberitakan terkorban di sana ramai yang terkesan kerana allahyarham meninggalkan keluarga demi mengejar syahid.

Ustaz Lotfi mati syahid

Bagaimana pun secara realitinya, tindakan berperang di luar negara adalah menyalahi undang-undang dan ada juga yang meragui perjuangan di tanah Arab kerana dikhuatiri tidak mengikut kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama.

Namun kalau pun perjuangan dan syahid seseorang itu diragui simpan sajalah dalam hati kerana Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Sepatutnya, biar apa pun pegangan politik kita di penghujungnya umat Islam perlu bersatu atas nama agama.

Justeru perbuatan buruk sangka pada sesama Islam malah menghina pula keadaan mayat orang yang sudah pergi seperti dilakukan individu di sebalik akaun Faceook Shariman Immortal Omar ini amat keji.

Bagi kita semua, walaupun dia membawa nama BN namun perbuatan begini amat memalukan kerana ini bukan lagi zaman menghina orang lain secara murahan dan menggambarkan sikap tidak sensitif pada keluarga arwah.

Tak hairanlah ramai yang marahkan status ini termasuk penyokong BN sendiri.

Ustaz Lotfi mati syahid [2]
Ustaz Lotfi mati syahid [3]

Semoga Shariman dan kita semua diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Sambutan Hari Malaysia 16 September

Sambutan Hari Malaysia 16 September

Sambutan Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Hari Malaysia

Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Sabah, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina ketika pembentukan Malaysia telah melambatkan pengisytiharan pada 16 September tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (Sabah dan Sarawak).

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Namun, bermula pada tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di seluruh Malaysia.

Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.

Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.

Dan akhirnya pada 16 September 1963, menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Marilah kita bersyukur kerana disatukan di dalam sebuah negara aman damai bernama Malaysia. Jika dahulunya tiada penyatuan ini, mungkin..mungkin kita tidak berada pada keadaan sekarang.

Lihatlah Mindanao di Filipina, selama berpuluh tahun hidup dalam ketakutan bahana perang yang meletus.

Imbas kembali Acheh suatu ketika dahulu, berperang sesama sendiri.

Sempena Hari Malaysia 2014 ini, marilah bersama-sama menadah tangan memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas limpah kurnia dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi menghirup udara keamanan dan kekayaan.

Kaya kerana kita tidak kebuluran, aman kerana kita dijauhkan daripada bala peperangan.

Selamat menyambut Hari Malaysia.

Semoga nikmat keamanan ini akan kekal berterusan sehinggalah dunia ini sampai ketitik penghujungnya. Amiin..

BACA INI JUGA: Lagenda Batu Sumpah Keningau Asal-usul 16 September Hari Malaysia

sumber: wikipedia

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

Info Unik Dunia. Pulau-pulau yang tersenarai dibawah sememangnya istimewa kerana ianya adalah pulau-pulau yang boleh 'berhubung' dengan tanah besar jika air surut yang mana kita boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk ke situ. Manakala jika air pasang pula, ia akan terpisah dengan tanah besar dan menjadi pulau sepenuhnya.

Pulau St. Michael's Mount
United Kingdom

Pulau Mont Saint-Michel

Pulau ini terletak kira-kira 366 meter dari persisiran pantai Teluk Mount di Cornwall, United Kingdom. Ia dihubungkan dengan tambak buatan manusia yang boleh dilalui ketika air pasang pertengahan dan juga ketika air surut. Gereja yang terdapat dipulau ini iaitu St. Michael ialah sebuah bangunan yang didirikan sejak kurun ke 15. Mengikut kajian yang dijalankan, jika berlaku peningkatan air lautan bersama-sama dengan hakisan maka sebahagian pantai Cornwall akan berhadapan risiko dan ini termasuklah St. Michael Mount.

Pulau Modo
Korea Selatan

Pulau Modo, Korea Selatan

Pulau Modo ialah sebuah pulau kecil di Wilayah Jindo di daerah Jelloa Selatan, Korea Selatan. Pulau ini adalah sepanjang 1.1 kilometer dan selebar 300 meter. Kadar pasang surut yang berlaku pada paras laut di sini telah mencetuskan satu fenomena yang dinamakan 'Moses Miracle' dimana satu laluan sepanjang 2.9 kilometer dan selebar 10-40 meter telah terbentuk selama satu jam diantara Pulau Modo dan Pulau Jindo. Keadaan ini hanya akan berlaku kira-kira dua kali dalam masa setahun iaitu sekitar bulan April hingga Jun. Malah, fenomena ini juga seringkali diraikan oleh penduduk tempatan dan dipanggil 'Jindo's Sea Way' namun hanya dikenali pada peringkat dunia pada tahun 1975 apabila seorang duta dari Perancis menceritakan fenomena ini kepada sebuah akhbar Perancis. Sejak itu, setiap tahun kira-kira setengah juta pengunjung tempatan dan luar akan menghadiri upacara tersebut.

Pulau Mont Saint-Michel
Perancis

Pulau Mont Saint-Michel

Mont Saint-Michel ialah sebuah pulau berpenghuni yang terletak di Normandy, Perancis. Pada tahun 2009, populasi di pulau ini ialah seramai 44 orang. Sebenarnya, Mont Saint-Michel serta teluk-teluk di sekelilingnya adalah sebahagian daripada senarai UNESCO untuk World Heritage Site. Dianggarkan lebih 3,000,000 orang akan melawat ke pulau ini pada setiap tahun. Pada masa dahulu, ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan tambak tetapi kini menggunakan jambatan elevasi ringan yang baru saja dibina beberapa tahun lepas.

Pulau Haji Ali Dargah
India

Pulau Haji Ali Dargah

Haji Ali Dargah sebenarnya ialah sebuah masjid dan juga makam yang terletak dalam sebuah pulau di luar pantai Worli di bahagian Selatan Mumbai. Dargah ialah salah satu mercu tanda yang paling dikenali dan terletak di Mumbai. Namun, untuk sampai ke Dargah, pengunjung terpaksa bergantung kepada kadar pasang surut air kerana tambak yang dibina akan tenggelam ketika air pasang menyebabkan laluan akan terhalang. Ini menyebabkan satu-satunya masa untuk ke Dargah ialah ketika air surut dan dikatakan pengalaman melaluinya ditengah-tengah laut adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Pulau Mando
Denmark

Pulau Mando, Denmark

Mando terletak di bahagian barat daya Jutland, Denmark di Laut Wadden yang menjadi sebahagian dari Laut Utara. Pulau ini berkeluasan kira-kira 7.63 kilometer persegi dan mempunyai seramai 62 orang penduduk. Ia terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Ribe. Sewaktu air pasang, agak sukar untuk sampai ke pulau ini dengan melalui tambak yang tidak diturap sepanjang empat kilometer yang menghubungkannya dengan tanah besar. Apa yang istimewanya dengan pulau ini, terdapat pelbagai jenis burung dan organisma yang sesuai hidup di sini.

Pulau Burgh
United Kingdom

Pulau Burgh

Pulau Burgh ialah sebuah pulau kecil di luar pantai Selatan Devon, England berhampiran dengan sebuah perkampungan laut Bigbury-on-Sea. Beberapa buah bangunan terdapat di pulau ini yang mana bangunan terbesarnya ialah Hotel Art Deco. Manakala bangunan-bangunan lain pula ialah tiga buah rumah persendirian, sebuah rumah awam iaitu Pilchard Inn yang dikendalikan oleh pihak hotel. Pulau ini terletak 250 meter dari tanah besar di Bigbury-on-Sea dan boleh dihubungi dengan berjalan kaki ketika air surut. Ketika air pasang pula, perjalanan ke pulau ini akan dihubungkan dengan menggunakan traktor laut yang dikendalikan oleh pihak hotel dan digunakan untuk mengangkut penumpang pergi dan balik. Pengangkutan ini buat pertama kalinya dibina pada tahun 1930 dan pada masa ini traktor yang digunakan adalah hasil buatan pada tahun 1969.

Pulau Cramond
United Kingdom

Pulau Cramond, United Kingdom

Pulau Cramond di United Kingdom terletak kira-kira 1.6 kilometer dari pantai dan pulau ini hanya akan bersambung dengan tanah besar ketika air surut. Terdapat laluan yang telah dibina dan akan kelihatan pada ketika air surut yang membenarkan laluan ke pulau tersebut namun ketika air pasang, laluan ini akan ditenggelami air setinggi beberapa kaki menyebabkan pulau ini terputus hubungan dengan tanah besar.

Pulau Bar
Amerika Syarikat

Bar Island, United State

Pulau Bar ialah sebuah pulau yang terletak bertentangan dengan Pelabuhan Bar di Pulau Mount Desert, Amerika Syarikat. Pulau yang tidak berpenghuni ini dipenuhi pokok-pokok yang kebanyakannya adalah pokok-pokok pain dan birch yang kini adalah sebahagian daripada Taman Nasional Acadia. Terdapat kemudahan laluan pejalan kaki di pulau ini untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti sedemikian. Laluan ke pulau ini hanya boleh dilalui untuk tempoh beberapa jam sahaja ketika air surut. Biasanya ada yang hanya berjalan kaki namun ada juga yang menggunakan kereta. Adakalanya pula pengunjung yang datang ke pulau ini akhirnya terkandas ketika mahu balik ke tanah besar akibat air pasang.

-Sentiasapanas.com

Monday, September 15, 2014

The Versatile Blogger Award

The Versatile Blogger Award

Terima kasih kepada Acik Idah kerana telah mentag SP dalam segmen The Versatile Blogger Award ni.

The Versatile Blogger Award

Segmen ini sebenarnya tidak menawarkan sebarang hadiah mahupun saguhati kepada blogger-blogger yang mengambil bahagian.

Segmen ini sekadar untuk mengukuhkan lagi ukhuwah sesama blogger nusantara yang sekadar mengenali di alam maya.

Rules:
  1. Thank the person who nominated you.
  2. Provide a link to the person's blog.
  3. Write 7 Facts about yourself.
  4. Nominate 15 bloggers to the Versatile Blogger Award.

7 fakta mengenai SP
  1. Suka membaca
  2. Suka mengedit artikel
  3. Suka melayari internet
  4. Suka melepak lama-lama
  5. Suka tengok tayangan tembak-tembak
  6. Tak suka campur tangan hal orang lain
  7. Tak berapa suka melayari Facebook..huhu ~Nasib baik terpaksa sebab ada blog

Banyak lagi sebenarnya tapi cuma itu yang selalu dilakukan buat masa ini.

Jadi, siapa Versatile Blogger seterusnya?

Rasanya 15 blogger dibawah ini adalah rakan-rakan yang sering berkunjung ke blog SP mahupun blogger yang blognya sering dikunjungi ramai, femes la tu..

15 Versatile Blogger yang terpilih;
  1. Mellya Reenza
  2. Pokok Manggis Depan Rumah
  3. Blog Santai
  4. Rossacalla (Perling Putih)
  5. Berita Pantas 92
  6. mSelim3
  7. Zuki Din
  8. Mizi Sempoi
  9. Diari Jejaka Hangat
  10. aRzMohdHaniffa
  11. Bin Muhammad
  12. P.C.L NazleeDotCom
  13. Hero Borneo
  14. Buasir Otak
  15. TunSha Ayunie

Yang dah kena tag tu dan blogger yang membaca artikel ni, dijemput tanpa paksaan untuk menyertai segmen The Versatile Blogger Award. Kita ramaikan bersama..;)

BACA INI JUGA: 4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

-SENTIASAPANAS.COM

Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf

Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).

Doa Penyeri wajah
Gambar hiasan.

Maksud Surah Yusuf Ayat 4; "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39. Maksudnya: "Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu".

Caranya:
  • Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
  • Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Peringatan! Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39.

Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Manusia Sebelum Adam

Sumber: Blogammar

Sunday, September 14, 2014

Misteri Foreign Accent Syndrome

Misteri Foreign Accent Syndrome

Bagaimana jika anda koma atau pengsan dan apabila sedar, anda mampu bertutur bahasa lain walhal sebelum itu anda langsung tidak memahaminya. Memang cool, bukan?

Misteri Foreign Accent Syndrome

Walaupun ia kedengaran agak mustahil, sindrom yang dikenali dengan nama Foreign Accent Syndrome ini sememangnya pernah berlaku kepada beberapa individu di seluruh dunia. Ia bukan perkara mustahil.

Baru-baru ini di negara kita sendiri juga gempar dengan kisah seorang remaja perempuan di sebuah negeri di pantai timur mampu menutur bahasa Korea dan Mandarin dengan baik setelah dia koma selama sebelas jam akibat kemalangan.

Misteri Foreign Accent Syndrome - Language Loop
The language loop.

Simptom aneh ini turut menjejaskan sedikit sebanyak pertuturan bahasa Melayunya. Doktor pakar di hospital dimana dia dirawat juga turut bingung dengan keadaan remaja ini namun tidak menolak kemungkinan bahawa ini adalah salah satu kes Foreign Accent Syndrome.

Kes Foreign Accent Syndrome atau FAS adalah kes perubatan yang jarang sekali berlaku. Dengan hanya beberapa orang sahaja yang pernah didiagnosis menghidap sindrom ini, rata-rata dari kita langsung tidak tahu 'penyakit' seperti ini benar-benar wujud.

Misteri Foreign Accent Syndrome - Sarah Colwill

Sarah Colwill, seorang warga Amerika mampu bertutur bahasa Cina setelah mengalami sakit kepala yang serius.

Sepanjang tahun 1941 sehingga tahun 2006, hanya 50 kes Foreign Accent Syndrome direkodkan di seluruh dunia.

Hasil diagnosis yang dijalankan terhadap kes-kes Foreign Accent Syndrome sebelum ini, penyebab terjadinya sindrom ini adalah akibat kecederaan serius pada kepala atau strok. Selain daripada itu, sehingga kini, tiada lagi penyebab lain dikesan bagi sindrom ini.

Foreign Accent Syndrome Cindylou Romberg

Cindylou Romberg, warga Amerika yang mampu bertutur slanga Eropah setelah mengalami kemalangan.

Orang yang mengalami sindrom ini akan mampu menutur bahasa lain selain bahasa ibunda mereka dan majoriti mereka yang mengalami sindrom ini sedikit sebanyak pertuturan bahasa ibunda mereka akan terjejas.

Kajian mengenai sindrom ini yang dijalankan di Universiti Oxford menemui penjelasan bagaimana hal ini boleh berlaku.

Foreign Accent Syndrome - Rosemarie Dore

Rosemarie Dore, mampu bertutur dialek Kanada Timur, setelah diserang strok.

Dalam kebanyakan kes, bahagian-bahagian tertentu pada otak sesetengah penghidap sindrom ini telah menerima kecederaan, yang mana biasanya melibatkan bahagian-bahagian yang mengawal fungsi bahasa.

Antara kes terawal sindrom ini yang pernah dicatatkan adalah ketika berlangsungnya perang dunia kedua, dimana dikatakan seorang wanita warga Norway tiba-tiba mampu bertutur bahasa seakan-akan bahasa Jerman setelah terkena impak bom tangan.

BACA INI JUGA: Gef, Misteri Cerpelai Yang Boleh Bercakap

-Sentiasapanas.com

Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin?

Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin?

Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin? Bagi mereka yang sering menggunakan Google, mungkin kita akan menyedari perbezaan dari hasil pencarian Google yang semakin relevan berbanding dahulu.

Apa itu Google Panda Dan Google Penguin

Dulu, hasil pencarian Google di halaman pertama mungkin diisi dengan website atau blog yang kandungannya tidak sesuai dengan carian kita. Biasanya terdapat iklan atau kita asyik berputar-putar di halaman yang sama.

Dengan update Google, hasil pencarian Google menjadi lebih relevan dan kita tidak lagi membuang masa ketika mencari informasi melalui Google.

Sebagai seorang blogger, kita perlu mengetahui dua istilah ini sebagai pengetahuan asas dalam berblogging. Rasanya, telah tiba masa untuk kita fahami sedikit apa yang dimaksudkan dengan Google Panda dan Google Penguin.

Apa itu Google Panda?

Alogaritma Google Panda dicipta untuk menonjolkan blog-blog yang berkualiti, tidak ada copy-paste dan original. Biasanya, blog dan web yang dikenakan penalti oleh Google Panda adalah blog dan web yang melakukan 100% copy paste dan autoblog.

Update algoritma Google Panda bertujuan untuk memberikan hasil carian yang lebih baik kepada pengguna Google, supaya kandungan yang ada di halaman pertama relevan dengan apa yang dicari.

Laman web yang mempunyai banyak iklan atau laman web yang mempunyai kandungan yang berkualiti rendah telah menyaksikan penurunan yang mendadak dalam ranking.

Jadi kekuatan Google Panda lebih berfokus kepada entri yang berkualiti.

Apa Itu Google Penguin?

Kemas kini algorithm Google Penguin daripada Google telah memberikan tamparan hebat kepada pakar SEO dan blogger, sejak dilancarkan pada bulan April 2012.

Idea asas yang dibangunkan cukup mudah iaitu untuk menghalang dan mengurangkan kedudukan laman web yang melanggar garis panduan Google Webmaster yang telah ditetapkan oleh pihak Google di search engine.

Google Penguin bertujuan untuk mendenda atau menghapuskan blog yang menerapkan Black Hat SEO, dll.

Pendek kata, Google Penguin lebih fokus kepada hasil pencarian.

Apa itu Black Hat SEO?

Keyword Stuffing. Teknik ini adalah dengan menempatkan suatu keyword (kata kunci) yang sangat banyak di sebuah artikel yang dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan posisi pertama untuk kata kunci tersebut.

Doorway Pages. Cara ini ialah dengan menempatkan keyword pada sebuah halaman website yang sama seperti yang kita cari di Google kemudian melakukan redirect (pengalihan) ke laman web tertentu. Contohnya, kita mencari keyword “sentiasa panas”, kemudian web atau blog yang kita klik akan mengalihkan (redirect) kita ke web atau blog yang lain.

Cloacking. Teknik yang mampu memanipulasi bot Google dengan memberikan deskripsi yang relevan di mesin pencari Google. Tetapi ketika mengklik website atau blog tersebut, isi kandungannya jauh berbeza dari apa yang dideskripsikan oleh hasil carian di Google.

Cara Mengetahui Blog Di Hukum Google Penguin

Salah satu petunjuk jelas anda terkena Google Penguin ialah perubahan statistik pengunjung yang menurun sangat signifikan serta mengalami kehilangan index dalam entri anda.

Cara Menghindari Google Pinguin

Untuk menghindari hukuman Google Penguin;
  • Jangan membuat halaman dengan keyword yang tidak relevan.
  • Jangan membuat link atau teks tersembunyi.
  • Jangan membuat halaman yang mengandungi phishing, virus, trojan ataupun malware.
  • Tulis entri yang berkualiti, keyword berhemah, tiada spam dan jangan copy paste 100%.

Jadi, Google Panda dan Google Penguin adalah alogaritma yang menyempurnakan hasil pencarian di mesin carian Google.

Berhati-hatilah dengan kandungan blog anda. Selamat membaca..

BACA INI JUGA: High PR Submission Site LIST For SEO

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, September 13, 2014

Misteri Kubur Menukar Mayat Menjadi Mumia!

Misteri Kubur Menukar Mayat Menjadi Mumia!

Info Misteri. Jika orang-orang purba Mesir terpaksa menghabiskan masa beratus-ratus tahun lamanya untuk mencipta cara-cara dan memperbaiki teknik membuat mumia, sebuah kubur di San Bernardo, Colombia menjadi tumpuan apabila mayat-mayat yang dikuburkan disitu bertukar menjadi mumia dalam keranda mereka.

San Bernardo, Colombia Mummy [2]

Fenomena ini mula dikesan 15 tahun lalu oleh seorang penggali kubur, Eduardo Cifuentas.

Menurut Eduardo, mayat-mayat yang telah di'mumia'kan itu mungkin telah berada disitu sejak tahun 1957 namun tiada siapa yang menyedari keadaan itu.

Katanya lagi, masa yang berlalu menukarkan warna pakaian dan kulit mumia kepada menjadi warna kecoklatan selain turut berkedut.

Satu-satunya tempat yang berlakunya proses semulajadi mumia sebelum ini di Amerika Selatan ialah Guanajuato, sebuah pekan ditengah Mexico dimana kejadian dipercayai berlaku kerana pengaruh gas di bawah tanah dan keadaan tanah itu sendiri.

Namun, di San Bernando, keadaannya berlainan kerana mayat-mayat yang ditanam dalam bilik-bawah tanah menjadikan mayat-mayat itu tidak tersentuh tanah.

Penduduk-penduduk tempatan cuba memberikan pendapat mereka sendiri. Ada yang mengatakan ianya mungkin kerana air bersih yang ada dikampung tersebut selain kekurangan bahan kimia dalam makanan mereka.

Ada juga yang berpendapat bahawa suhu bawah tanah diperkampungan tersebut membantu proses mumia semulajadi.

San Bernardo, Colombia Mummy

Pada masa sekarang sebenarnya terdapat lebih 2 dozen mumia yang didirikan secara menegak di dinding kawasan bawah tanah di perkuburan tersebut.

Buat masa ini, mumia-mumia tersebut telah menjadi tarikan utama pelancong ke Colombia.

Datuk Bandar telah mengarahkan sebuah muzium khas dibina dibelakang kawasan perkuburan itu yang mana 8 mumia yang terpelihara akan dipamerkan disitu.

Saksikan videonya dibawah.



-Sentiasapanas.com