Friday, August 22, 2014

Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!

Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!

Halaman rumah yang cantik biasanya dihiasi dengan pelbagai tumbuhan yang cantik, namun sesetengah tumbuhan ini sebenarnya sangat berbahaya apabila dimakan. Mungkin juga anda tidak makan bunga tanpa sebab munasabah tapi untuk rumah yang ada kanak-kanak dan binatang peliharaan, eloklah kita lebih berhati-hati.

Mari kita lihat antara tumbuh-tumbuhan yang cantik dan sangat kerap ditemui dihalaman rumah tapi berbahaya.

Bunga Lily

Bunga Lily

Bunga ini sangat popular dan cantik untuk dijadikan hiasan dihalaman rumah, namun tahukah anda yang keseluruhan tumbuhan ini sangat bahaya jika dimakan?

Bunga ini mengandungi toksik yang boleh mengakibatkan pening kepala, sakit perut dan rengsa pada kulit jika dihadam.

Bunga Iris

Bunga Iris

Bunga yang sangat terkenal sebagai hiasan halaman rumah kerana berbau harum dan cantik yang biasanya boleh didapati di negara bermusim.

Tapi, bunga ini sangat beracun kepada manusia dan haiwan peliharaan bila dihadam dan boleh menyebabkan loya, muntah, sakit perut, cirit-birit dan demam.

Bunga Dieffenbachia

Bunga Dieffenbachia

Dieffenbachia atau nama popularnya Dumb Cane merupakan tanaman yang sangat terkenal sebagai hiasan dalam rumah kerana ia hanya memerlukan cahaya yang sedikit.

Namun, bunga ini bertoksik dan boleh menyebabkan pedih yang teruk pada mulut, bengkak pada lidah, sesak nafas dan untuk kes yang lebih berat boleh menyebabkan kematian kepada manusia dan binatang peliharaan.

Bunga Hydrangea

Bunga Hydrangea

Nama lain bagi Ajisai dan Hortensia, bunganya sangat cantik dan boleh didapati dalam pelbagai warna.

Namun begitu, komponen Hydragin dalam tumbuhan ini bertoksik dan boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit, sesak nafas, kelesuan dan untuk kes yang lebih berat, ia boleh menyebabkan koma jika dimakan.

Bunga Philodendron

Bunga Philodendron

Tumbuhan ini sangat popular sebagai tanaman hiasan untuk dalam dan luar rumah namun begitu, ianya beracun untuk dihadam oleh manusia dan haiwan peliharaan.

Ia boleh mengakibatkan mulut, lidah dan tekak menjadi bengkak dan pedih selain muntah-muntah dan cirit-birit.

Bunga Angel Trumpet

Bunga Angel Trumpet

Disebalik namanya yang begitu mulus, keseluruhan tumbuhan ini sangat berbahaya. Toksin utamanya iaitu scopolamine boleh menyebabkan cirit-birit, loya, kekeliruan dan pening kepala.

Jika terlebih dos, ia boleh menyebabkan koma dan kerosakan mata, jantung, otak dan juga kematian jadi, jika anda ada menanam bunga-bunga ini sebagai perhiasan dirumah, berhati-hatilah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

iPhone 5s gajet impian setiap blogger. Kini peluang hebat terbuka untuk mendapatkan iPhone 5s percuma yang menjadi impian para blogger malah kepada peminat gadjet di seluruh dunia.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Untuk mendapatkan iPhone 5s percuma ini, anda haruslah terlebih dahulu memenangi kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

Setiap blogger perlu menulis entri blog yang berkualiti kerana yang pasti, kontes ini merupakan satu cabaran besar buat blogger-blogger Malaysia dan Nusantara untuk menulis artikel dan entri terbaik sebelum memenangi hadiah gajet iPhone 5s yang menjadi kegilaan ramai saat ini.

Syarat Dan Cara Menyertai Kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Siapapun mampu menang jika mengikuti 5 syarat mudah ini dengan betul.
  1. Menulis satu artikel paling kreatif mengikut cara penulisan blog yang betul dengan sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.
  2. Wajib menyertakan backlinks kepada blog Denaihati.com.
  3. Menghantar entri selewat-lewatnya pada Ahad, 11.59PM, 24/8/2014.
  4. Wajib meletakan satu banner Denaihati.com di mana-mana posisi di blog peserta. Dan untuk pilihan banner Denaihati, bolehlah klik di SINI.
  5. Dan hendaklah menghantar entri cabaran iPhone 5s di SINI.

Jadi, siapa yang tak nak iPhone 5s percuma kan? Pasti sangat menyeronokkan apabila berjaya memenangi gajet impian ini tanpa mengeluarkan wang sesen pun dari saku sendiri mahupun pendapatan dari blog yang tak seberapa.

Penganjur Kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Kontes cabaran iPhone 5s ini dianjurkan oleh blogger hebat Denaihati.com dan ditaja oleh rakan blogger lain yang sememangnya hebat-hebat belaka. Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger di bawah ini.

Penaja Utama
  1. http://amariman.com

Penaja Individu
  1. http://ejamothman.com
  2. http://www.eridy.com
  3. http://www.hilalazmi.com
  4. http://eizil.com
  5. http://asamboi.my
  6. http://www.diarymama.com
  7. http://www.pendekarberkuda.org
  8. http://www.saji.my
  9. http://www.abangensem.com
  10. http://www.enveeus.com
  11. http://www.pakarniaga.com
  12. http://www.anarm.net
  13. http://www.daddydee.net
  14. http://www.sunshinekelly.com
  15. http://www.sweetkurma.com
  16. http://www.awn.my
  17. http://www.mawarmerah2008.com
  18. http://www.blogieta.com
  19. http://www.broframestone.com
  20. http://www.akmaomar.com
  21. http://www.khairilmazri.com
  22. http://wowberita.org
  23. https://www.facebook.com/japanbudgettrip
  24. http://www.ombakcreatives.com

Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah semoga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Buat penganjur dan semua penaja iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger yang baik hati, hanya Allah yang mampu membalas kesudian dan keikhlasan anda semua. Semoga blog anda semua akan sentiasa popular dan menjadi keminatan ramai sampai bila-bila, Insyaallah. Amiin..

Kenapa iPhone 5s Menjadi Impian Saya?

Kata orang, tanpa iPhone 5s yang sememangnya sangat sesuai dan pantas khusus untuk berblog (menurut seorang rakan), apalah gunanya talian internet yang laju! Kan..

Walaupun saya bukanlah peminat gadjet (kerana kekangan bajet), malah tidak pernah pun menyentuh iPhone 5s (sumpah!), namun tiada salahnya mencuba. Mungkin penganjur Denaihati.com akan bermurah hati dengan menghadiahkan saya salah satu daripada 3 hadiah utama kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

Kalau diberi peluang menjadi salah seorang pemenang, bolehlah menggantikan telefon bimbit Sony Ericsson saya yang sudah berusia hampir 4 tahun (bukan touch screen, main tekan butang), kesian kan..

Malah, saya juga boleh mengupdate blog serta melayari blog Denaihati.com serta penaja-penaja yang baik hati ini melalui hadiah kemenangan kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger!!! Terujanya...

Dedikasi dan Terharunya Jika Menang iPhone 5s

Yang paling istimewanya, penyertaan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ini saya didedikasikan khas buat anak saya yang baru berusia 5 tahun. Dia pernah membuat satu permintaan yang membuatkan saya terkedu sehingga sekarang, "Ayah, belikan saya iPhone.." katanya dan saya hanya mampu memandang wajahnya yang sayu, dan wajah saya rasanya lebih sayu lagi..~air mata..

Maklumlah, sewaktu pelancaran iPhone 5s tahun lalu pun, harga iPhone 5s dikatakan terlalu mahal!

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger [2]
Moga berjaya..:)

Saya pernah membelikannya smartphone murah jenama S, khusus untuk kanak-kanak (kata penjual tu la) ketika dia berusia 3 tahun lebih dan ajaibnya masih lagi diguna oleh anak saya sehingga sekarang! Dan mungkin sudah tiba masanya bagi si gadis comel ini merasakan sedikit sentuhan iPhone 5s..

Kalau menang kontes cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni, bolehlah dikongsi bersama anak kerana khabarnya skrin iPhone 5s tahan calar jadi tak perlulah risau sangat kan..

Kelebihan iPhone 5s

Sudah diperkatakan sejak sekian lama tentang kelebihan iPhone 5s, tapi maaflah saya tidak akan menerangkannya disini. Anda bolehlah menyemak keistimewaan gadjet ini di SINI.

Pemenang iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Jadi apa tunggu lagi, hantar penyertaan anda sebelum tarikh akhir. Kalau tak, mungkin impian anda di cabaran kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger akan tercapai lebih awal, sebab impian memenangi iPhone 5S hanya tinggal impian..kah kah..

Apa pun, selamat berjaya diucapkan buat semua yang mengambil bahagian di cabaran kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger..:)

Jangan lupa sokong ye.. SHARE kami dimana jua anda berada. Terima kasih.. :)

7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan

7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan

Suatu hari di sebuah kelas, sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Kejaiban Dunia”. Mereka disuruh untuk menyenaraikan tujuh keajaiban dunia yang mereka ketahui.

Machu Picchu, Peru
Machu Picchu, Peru.

Secara kasar, mereka menulis dan menyenaraikan tujuh kejaiban dunia tersebut:
  1. The Great Wall of China
  2. Taj Mahal, India
  3. Colosseum, Itali
  4. Ancient City of Petra, Jordan
  5. Machu Picchu, Peru
  6. El Castillo di Chichen Itza, Mexico
  7. Christ the Redeemer, Rio de Janeiro

Ketika mengumpulkan senarai tujuh kejaiban dunia dari para pelajar, pensyarah memerhatikan seorang pelajar, seorang gadis kecil yang pendiam, namun belum menyiapkan tugasnya, lalu guru bertanya adakah dia bermasalah dengan tugasnya.

Gadis pendiam itu menjawab:

“Ya, saya tidak boleh memilih kerana sangat banyak.”

Lalu gurunya berkata lagi:

“Baik, katakan pada kami apa yang kamu telah pilih, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya.”

Gadis kecil itu berfikir sejenak, kemudian berkata, “Saya fikir ”Tujuh Keajaiban Dunia“ adalah:
  1. boleh Mendengar
  2. boleh Melihat
  3. boleh Menyentuh
  4. boleh Menyayangi
  5. boleh Merasakan
  6. boleh Ketawa
  7. boleh Mencintai

Ruang kelas sunyi seketika, alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”.

Sementara kita melihat apa yang dikurniakan Allah, kita lebih suka melihatnya sebagai perkara yang “Biasa”.

Semoga hari ini kita dapat merenung semula mengenai semua perkara yang betul-betul ajaib dalam kehidupan kita.

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Baru Alam Semulajadi Dunia

[Sumber]

Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya.

Istidraj

Rasullulah SAW bersabda, ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang derhaka dan sering berbuat maksiat sering terkeliru dengan pemikirannya dengan merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana kasih Allah dengan perbuatan maksiat yang mereka lakukan.

Masih ada juga orang ragu-ragu kerana kalau untuk mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti mengikuti jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja tapi, hidup mereka biasa-biasa sahaja.

Ada yang hidupnya tetap susah. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidupnya tidak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, banyak wang, hidup kaya dan mewah.

Bila kita bertanya, adakah kamu tidak takut mati? Namun dijawabnya, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya dan takburnya mereka.

Rasullulah SAW yang telah naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar kerajaannya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah pemerintahannya pun tidak sombong! Setampan-tampan Nabi Yusof dan merdunya suara Nabi Daud, namun mereka tidak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasakan Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

“Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.”

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah SAW bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, akan cuba hendak melawan Allah SWT.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah telah memberikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sehingga dia berasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya Tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah telah membinasakannya.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besarkah pangkat Namrud? Dia begitu sombong terhadap Allah, akhirnya menemui ajal hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja perlu dipikul oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lebih kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita mengkaji dan berfikir, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ia bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita menolak kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kekayaan yang kita buru, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup adalah untuk mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu mampu menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu apabila dia sentiasa bersyukur diatas nikmatNya.

Dia akan mengunakan hartanya ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya

[Sumber]

Thursday, August 21, 2014

10 Kisah Menarik Filem-filem Seram Hollywood

10 Kisah Menarik Filem-filem Seram Hollywood

Walaupun ketika ditayangkan cerita-cerita ini amat menakutkan, di belakang tabir pula banyak kisah-kisah tentang produksinya yang menarik dan ada juga yang amat melucukan.

Psycho (1960)

Psycho (1960)

Antar semua filem yang diterbitkan termasuk filem-filem seram, Psycho merupakan produksi pertama di dalam sejarah yang memaparkan babak mangkuk tandas yang sedang 'flush'.

The Exorcist (1973)

The Exorcist (1973)

Ellen Burstyn telah mengalami kecederaan tulang belakang yang kekal semasa babak beliau dicampak anaknya yang dirasuk (menggunakan tali). Babak ini disertakan dalam produksi akhir bagi menambah ciri realisme pada filem itu.

Halloween (1978)

Halloween (1978)

Filem ini menggunakan topeng William Shatner yang diubah dan berharga USD$2 kerana bajetnya yang kecil. William Shatner setelah sekian lama baru mengetahui perkara itu dalam satu temubual berasa bangga dengan fakta tersebut.

Alien (1979)

Alien (1979)

Untuk membuat Jones (kucing) seperti ketakutan dengan Alien ini, seekor anjing Jerman Shepherd diletakkan di sebalik selampir skrin. Kucing itu akan berjalan dan tersentak apabila skrin tiba-tiba diangkat dan ia akan membunyikan bunyi 'hisss'.

Poltergeist (1982)

Poltergeist (1982)

Untuk babak yang ditunjukkan di atas, tulang manusia yang betul telah digunakan bagi memberikan rupa yang realistik semasa dan selepas penggambaran serta melahirkan perasaan takut yang sebenar dari pelakon-pelakon filem ini.

A Nightmare On Elm Street (1984)

A Nightmare On Elm Street (1984)

Johnny Deep pernah menemankan sahabatnya Jackie Earle Haley untuk ujibakat filem ini. Sebaliknya, Johnny Deep yang telah diambil Wes Craven (pengarah). Haley tidak berjaya namun 26 tahun kemudian, beliau melakonkan Freddy dalam 'remake' filem ini.

The Lost Boys (1987)

The Lost Boys (1987)

Kiefer Sutherland hanya ingin memakai 'gloves' hitamnya semasa menunggang motorsikal sebagai 'David'. Tetapi disebalik tabir, dia sebenarnya terjatuh dan telah cedera. Dia terpaksa memakainya sepanjang filem itu bagi menutup balutan tangannya yang cedera.

Child's Play (1988)

Child's Play (1988)

Nama penuh bagi patung Charlie the Good Guy ialah Charles Lee Ray, diambil sempena tiga nama pembunuh-pembunuh terkenal iaitu Charles Manson, Lee Harvey Oswald dan James Earl Ray.

Scream 2 (1997)

Scream 2 (1997)

Semasa kematian Cici, kepala seorang krew produksi filem ini kelihatan di sebalik balkoni dan babak ini masih digunakan untuk filem tersebut tanpa lakonan semula. Mungkin mereka juga tidak perasan tentang insiden ini.

Saw (2004)

Saw (2004)

Sepatutnya ada dua karekter memotong sebatang paip dengan 'hacksaw' mereka dan bercakap melaluinya tapi dilakonkan semula kerana pengarahnya, James Wan merasakan ia tidak logik kerana mereka juga boleh memotong rantai yang mengikat mereka.

BACA INI JUGA: 5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar!

-Sentiasapanas.com

Lokasi Paling Sukar Di Kunjungi Di Dunia!

Lokasi Paling Sukar Di Kunjungi Di Dunia!

Walaupun kita berbangga dengan kemajuan yang kita perolehi dizaman moden ini, apa yang patut kita tahu ialah, masih ada segolongan manusia yang hidup tanpa mengetahui pun wujudnya kemajuan seperti yang kita nikmati hari ini.

North Sentinel  Island

Ini kerana golongan ini adalah sebahagian daripada suku kaum yang langsung tidak disapa dengan tamadun moden kerana terpisah dengan dunia luar.

Pulau Sentinel Utara yang menjadi sebahagian daripada Kepulauan Andaman dan Nicobar di Laut Bengal yang lokasinya antara Myanmar dan Indonesia ialah lokasi yang menempatkan suku kaum ini.

North Sentinel  Island Map

Puak Sentinel dikatakan sangat terasing sehinggakan Pulau Sentinel Utara digelar sebagai tempat paling sukar untuk dikunjungi di dunia.

Orang-orang Sentinel dipercayai adalah keturunan dari manusia pertama yang datang dari Afrika dan telah mendiami pulau tersebut sejak 60,000 tahun yang lampau. Populasi mereka dianggarkan antara 40 hingga 500 orang.

Tidak banyak yang diketahui tentang kaum ini malah bahasa mereka juga tidak diketahui dan kelakuan mereka juga tidak dapat dikenalpasti.

North Sentinel  Island [2]
North Sentinel  Island [3]

Apa yang pasti, mereka hidup dengan cara memburu dan bukannya bertani.

Terdapat cerita-cerita yang agak mengerikan tentang bagaimana orang-orang Sentinel memberi reaksi kepada orang yang datang melawat ke pulau tersebut.

Dikatakan sama ada pelawat-pelawat itu kembali dari pulau tersebut dalam keadaan cedera atau tidak pulang langsung!

Pada tahun 1974 misalnya, sekumpulan manusia telah ke sana untuk merakam satu dokumentari namun pengarahnya telah ditembak dengan anak panah sepanjang 8 kaki dipehanya!

North Sentinel  Island [4]

Lawatan terakhir pada tahun 2006 juga tidak berakhir dengan baik apabila dua orang nelayan telah dibunuh ketika menangkap ikan di kawasan pulau tersebut.

Mungkin membiarkan puak ini di lokasi asal mereka adalah cara terbaik untuk kaum ini berbanding memperkenalkan tamadun moden kepada mereka kerana dikhuatiri ianya mungkin boleh mengancam kehidupan mereka.

BACA INI JUGA: Fakta Tentang Lautan Yang Anda Tidak Pernah Tahu

-SENTIASAPANAS.COM

Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Eropah!

Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Eropah!

Selepas Perang Dunia Pertama, Jerman telah mengalami kemusnahan ekonomi yang teruk akibat sekatan yang dikenakan ke atasnya. Kira-kira tiga suku juta rakyatnya mati kebuluran.

German - Soldier

Negara Jerman yang benar-benar menderita kerana perlu membayar balik ganti rugi peperangan, mendapati hutang pampasan perang yang perlu dibayar adalah sebanyak 132 bilion mark emas (US$32 bilion), jauh lebih tinggi daripada simpanan emas negara itu.

Kesempitan itu telah menjadi faktor utama kebangkitan kuasa Nazi yang dipimpin oleh Adolf Hitler bagi menjatuhkan kerajaan republik pimpinan Weimer yang sebelum itu menghapuskan sistem beraja di Jerman.

Malah, baki hutang Jerman hanya akan habis dibayar pada tahun 2020!

Adolf Hitler yang disifatkan sebagai pemimpin gila kuasa yang mempunyai kebolehan berpidato dan bercita-cita menakluk Eropah dan dunia bersama-sama sekutunya, Jepun di Asia dan Itali di Eropah bagi membentuk kerajaan dunia, berjaya mengukuhkan kekuatan tentera Jerman sehingga sukar dibendung hanya dalam tempoh lima tahun sahaja!

Persoalannya, siapa yang menghulurkan bantuan sehingga Jerman melalui Hitler mampu bangkit dalam masa yang begitu singkat dan memulakan Perang Dunia Kedua!?

Menariknya, bukti-bukti yang diperolehi tidaklah mengejutkan, malah sudah dijangka. Pembiayaan besar-besaran pada awalnya disalurkan kepada Jerman oleh beberapa buah bank di Amerika Syarikat bagi membolehkan Jerman membayar hutang perang.

Salah seorang pembiaya yang dikenal pasti adalah Prescott Bush, datuk kepada Bush Sr. dan moyang kepada Bush Jr.

Paling menghairankan, pinjaman masih disalurkan kepada Jerman walaupun bayaran hutang perang kepada negara-negara 'pemenang' Perang Dunia Pertama telah dihentikan oleh Hitler.

Wang yang secara 'tidak sengaja' disalurkan kepada Jerman itulah yang digunakan oleh Hitler bagi membangunkan kekuatan angkatan bersenjata Jerman dalam tempoh yang sangat singkat.

Wira Jerman

Adolf Hitler

Kelahiran seorang wira yang membangkitkan semangat nasionalis dan seterusnya memimpin rakyat Jerman bangkit memang sudah diduga oleh pemimpin-pemimpin Negara Bersekutu. Cuma mereka tidak tahu waktu kemunculan pemimpin itu.

Apabila Hitler merampas kuasa dan membatalkan kuasa parlimen pada tahun 1931, wang yahudi yang disalurkan melalui agen mereka mencurah-curah masuk ke Jerman bagi membiayai pembelian bahan mentah bagi mempersiapkan angkatan bersenjata negara itu.

Ada juga yang berpendapat mengatakan penasihat Hitler yang paling kanan bernama Freidreich mempunyai hubungan erat dengan keluarga Rothschild di Perancis, dan dari situlah segala-galanya menjadi mudah bagi Hitler.

Maka bermulalah Perang Dunia Kedua seperti yang diinginkan yahudi laknat..

Yahudi Punca Segala Peperangan

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 20, 2014

Giler! Mati Jika Menyikat Rambut!

Giler! Mati Jika Menyikat Rambut!

Mencantikkan rambut sama ada menyikat atau mendandan sememangnya sangat digemari oleh kebanyakan gadis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Megan Stewart

Namun, seorang gadis remaja dari Glasgow, Scotland, Megan Stewart terpaksa melupakan hasrat itu kerana perbuatan menyikat rambutnya sendiri boleh menyebabkannya mati.

Keadaan pelik itu disedari oleh ibunya, Sharon, ketika menyikat rambut Megan beberapa tahun lalu. Menurut Sharon, pada hari kejadian dia sedang merapikan rambut anak gadisnya sebelum dia menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan.

Bagaimanapun, sewaktu menyikat rambut anaknya, Megan tiba-tiba pengsan. Bibirnya berubah menjadi biru. Sharon menyangka anaknya mungkin terkena serangan jantung dan dia dengan segera menghubungi paramedik.

Megan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Yorkhill di Glasgow. Di situ pemeriksaan kesihatan ke atas Megan dijalankan oleh sekumpulan doktor pakar kanak-kanak yang berpengalaman. Bagaimanapun, keputusan kesihatan yang diterima tidak menggembirakan.

Megan disahkan mengalami masalah Hair Brushing Syndrome. Ahli perubatan mengesahkan penyakit tersebut sangat anomali dan belum pernah ditemui daripada mana-mana pesakit sebelum ini.

Hair Brushing Syndrome atau Sindrom Menyikat Rambut yang dihidapi Megan dikatakan menjadi punca kenapa dia pengsan secara tiba-tiba semasa ibunya menyikat rambutnya.

Penyakit ini merupakan satu keadaan yang memaksa Megan untuk tidak menyikat rambut kerana sikat rambut plastik akan menyebabkan berlaku pergeseran elektrik statik. Renjatan cas ini boleh menyebabkan Megan pengsan.

Lazimnya, penghidap sindrom ini bukan saja tidak boleh menyikat rambut tetapi mereka juga tidak boleh menyentuh objek yang boleh mengecas seperti belon getah atau baju daripada bahan polyster.

Pesakit sindrom ini juga perlu mengelakkan diri daripada apa sahaja aktiviti yang boleh menyebabkan pergerakan cas elektrik statik dalam kehidupan seharian mereka.

Pendek kata, aktiviti seperti itu adalah toksik yang sangat merbahaya dan perlu dijauhi kerana perkara sekecil itupun boleh menyebabkan mereka mati.

Berapa lama mereka perlu mengelakkan diri daripada terkena elektrik statik masih tidak dapat dipastikan tapi kemungkinan tindakan menjauhi arus tersebut adalah untuk seumur hidup.

Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit mahu menyisir rambut, mereka perlu melakukannya ketika rambut dalam keadaan basah atau lembap. Ini adalah satu-satunya cara yang membolehkan pesakit menyisir rambut tanpa mengancam nyawa mereka.

Jika ditanya kenapa elektrik statik boleh membunuh pesakit Hair Brushing Syndrome, pakar perubatan sendiri masih tiada jawapan mengenai penyakit misteri ini.

Namun, satu teori mengatakan elektrik statik yang terhasil daripada tindakan menyikat rambut atau menggosok belon pada rambut boleh menyebabkan otak pesakit dengan serta-merta berhenti dan terkunci.

Dipercayai setiap kali adanya aliran elektrik statik, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya, otak dengan sendiri menghantar isyarat ke jantung dan paru-paru untuk berhenti menyebabkan pesakit tiba-tiba pengsan. Lebih malang lagi, ia boleh membawa maut.

Ada juga pihak tertentu yang mengaitkan penyakit pelik yang dialami Megan dengan komplikasi ketika dia dilahirkan. Megan merupakan salah seorang bayi pra-matang.

Sewaktu dilahirkan, saiznya hanya sebesar tapak tangan lelaki. Dia mempunyai hernia atau lubang pada bahagian diafragma. Diafragma merupakan tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen.

Akibat masalah itu, hernia diafragma menekan perutnya sehingga menyebabkan hanya satu paru-parunya boleh tumbuh. Biasanya, bayi dalam kes seperti ini tidak mampu hidup lama.

Namun, satu keajaiban berlaku dalam dunia perubatan apabila Megan membesar dengan sihat sehingga sekarang walaupun mengalami penyakit Sindrom Menyikat Rambut.

-Sentiasapanas.com

Adira AF Kini Bertudung

Adira AF Kini Bertudung

Penyanyi putih melepak, Adira AF memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dengan memakai bertudung.

Adira AF Kini Bertudung [2]

Perubahan itu sekaligus mengejutkan para peminat, namun rata-ratanya menerima positif imej terbaru penyanyi itu.

Namun, timbul kenyataan ‘nakal’ yang mengaitkan pernghijrahan Adira itu dengan gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak lama lagi.

Adira menafikan imej bertudungnya itu ada kaitan dengan perihal kahwin.

Adira AF Kini Bertudung

“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.

“Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri.

“Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” jelasnya.

Sebaik-baik perubahan itu adalah kerana Allah S.W.T agar ianya dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat.

Raja Ilya Kongsi Gambar SEKSI Maut Di Instagram

Raja Ilya Kongsi Gambar SEKSI

Disebalik khabar 'gembira' Adira berhijrah ke arah yang lebih baik, pelakon Raja Ilya pula memilih untuk 'memanaskan' Instagram miliknya.

Kisah keseksian Raja Ilya bukanlah baru malah dia pernah diterjah kontroversi gara-gara gambar ‘hangat’ satu ketika dulu.

Raja Ilya Kongsi Gambar SEKSI [2]

Ketika hadir sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular kategori Pelakon TV Wanita Popular 2013 pun, Raja Ilya merupakan antara artis paling seksi pada malam tersebut.

Semoga Ilya mengambil pengajaran daripada kisah silam di mana dia pernah melalui kisah pahit putus tunang gara-gara gambar panas.-Mynewshub

-Sentiasapanas.com

NGERI! Jahitan Pembedahan Terbuka Seperti Zip!

NGERI! Jahitan Pembedahan Terbuka Seperti Zip!

London – Seorang ibu, Clair Bartlett, 34, mengalami pengalaman yang menakutkan apabila kesan jahitan pembedahan di perutnya terbuka seperti zip baju, mengakibatkan luka itu terngaga sepanjang sembilan inci.

Clair Bartlett, 34

Kejadian berlaku selepas beberapa jam Clair dibenarkan pulang ke rumahnya oleh hospital.

Keadaan itu menyebabkan Clair berada dalam kesakitan yang amat sangat selain darah yang tidak berhenti mengalir.

Nasibnya bertambah malang apabila dia terpaksa menunggu hingga dua jam sehingga ambulans tiba di rumahnya.

Melihat keadaan berkenaan, suaminya, Jason tiada pilihan lain kecuali menggunakan pita pelekat untuk melekatkan semula bekas jahitan pembedahan tersebut.

(Baca: Derita Kulit Tertanggal Apabila Disentuh)

“Ketika itu, Clair baru balik dari hospital dan berada dalam bilik air. Kemudian anak perempuan saya bertanya kepada isteri saya sama ada dua mengetahui bahawa lukanya itu berdarah.

“Clair kemudian menghubungi saya dan memberitahu bahawa lukanya terbuka seperti zip baju. Dalam masa sama anak-anaknya yang lain ketakutan dan berada dalam trauma melihat keadaan ibunya itu,’’ katanya.

Jason kemudiannya menghubungi 999 namun ambulans hanya tiba dua jam selepas panggilan dibuat.

Doktor memaklumkan luka pembedahan itu mengalami jangkitan, menyebabkan ia tidak dapat pulih sepenuhnya.

Pasangan berkenaan kini bercadang mengambil tindakan terhadap pihak hospital di atas kecuaian tersebut.

Cas Nokia 130 Mampu Bertahan 36 Hari

Cas Nokia 130 Mampu Bertahan 36 Hari

Nokia 130 dilihat memfokuskan kepada pengguna di negara-negara membangun, disamping bagi mereka yang inginkan telefon kedua pada harga rendah.

Nokia 130

Jadi, sama ada anda inginkan telefon mudah alih ‘kedua’ anda atau sebagai ‘telefon kecemasan’ anda dikala bercuti, Nokia 130 sememangnya sebuah peranti yang anda harus miliki.

Dengan fungsi kad-SD, pengguna boleh menyimpan video dan fail multimedia lain, dan menikmatinya melalui peranti ini walaupun skrin boleh dikatakan agak kecil untuk tujuan tersebut.

Ia hadir dengan variasi dwi-SIM, dimana ia turut menyertakan beberapa fungsi menarik termasuk pemain MP3, radio FM, serta sokongan kad SD.

Peranti ini hadir dalam pilihan warna merah, hitam, dan putih, serta menyertakan skrin berwarna bersaiz 1.8-inci.

Untuk tujuan memainkan lagu, ia dikatakan boleh memainkan sehingga selama 46 jam dengan satu cas penuh.

Selain daripada itu, masa bertahan bateri untuk Nokia 130 adalah sehingga 36 hari untuk versi satu SIM, dan sehingga 26 hari untuk versi dwi-SIM.

Microsoft dilihat akan terus mengeluarkan peranti pada harga rendah ini memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang siri peranti untuk bahagian telefon asas ini.

Nokia 130 dijangka akan dijual pada harga €19 (RM81.13), dan akan mula ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi di beberapa negara terpilih.

BACA INI JUGA: Keburukan Peranti Android OS Yang Anda Perlu Tahu

[Sumber]