Aug 20, 2014

Adira AF Kini Bertudung

Penyanyi putih melepak, Adira AF memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dengan memakai bertudung.

Adira AF Kini Bertudung [2]

Perubahan itu sekaligus mengejutkan para peminat, namun rata-ratanya menerima positif imej terbaru penyanyi itu.

Namun, timbul kenyataan ‘nakal’ yang mengaitkan pernghijrahan Adira itu dengan gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak lama lagi.

Adira menafikan imej bertudungnya itu ada kaitan dengan perihal kahwin.

Adira AF Kini Bertudung

“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.

“Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri.

“Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” jelasnya.

Sebaik-baik perubahan itu adalah kerana Allah S.W.T agar ianya dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat.

Raja Ilya Kongsi Gambar SEKSI Maut Di Instagram

Raja Ilya Kongsi Gambar SEKSI

Disebalik khabar 'gembira' Adira berhijrah ke arah yang lebih baik, pelakon Raja Ilya pula memilih untuk 'memanaskan' Instagram miliknya.

Kisah keseksian Raja Ilya bukanlah baru malah dia pernah diterjah kontroversi gara-gara gambar ‘hangat’ satu ketika dulu.

Raja Ilya Kongsi Gambar SEKSI [2]

Ketika hadir sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular kategori Pelakon TV Wanita Popular 2013 pun, Raja Ilya merupakan antara artis paling seksi pada malam tersebut.

Semoga Ilya mengambil pengajaran daripada kisah silam di mana dia pernah melalui kisah pahit putus tunang gara-gara gambar panas.-Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

alhamdulillah..adira dah brtudung,...

Syukurlah dah berhijrah kan, tapi jangan pula hangat2 taik ayam..

ada saya baca di laman Adira AF dah nikah ..ni SP.Semoga Adira AF bahagia dan di lindungi suaminya dengan baik.

Perkahwinan didasari tulus ikhlas akan menjana kebahagiaan. Tahnia dan semoga mereka yang berkahwin di mana juga di rahmatiNya. amin

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon