Aug 20, 2014

Giler! Mati Jika Menyikat Rambut!

Mencantikkan rambut sama ada menyikat atau mendandan sememangnya sangat digemari oleh kebanyakan gadis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Megan Stewart

Namun, seorang gadis remaja dari Glasgow, Scotland, Megan Stewart terpaksa melupakan hasrat itu kerana perbuatan menyikat rambutnya sendiri boleh menyebabkannya mati.

Keadaan pelik itu disedari oleh ibunya, Sharon, ketika menyikat rambut Megan beberapa tahun lalu. Menurut Sharon, pada hari kejadian dia sedang merapikan rambut anak gadisnya sebelum dia menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan.

Bagaimanapun, sewaktu menyikat rambut anaknya, Megan tiba-tiba pengsan. Bibirnya berubah menjadi biru. Sharon menyangka anaknya mungkin terkena serangan jantung dan dia dengan segera menghubungi paramedik.

Megan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Yorkhill di Glasgow. Di situ pemeriksaan kesihatan ke atas Megan dijalankan oleh sekumpulan doktor pakar kanak-kanak yang berpengalaman. Bagaimanapun, keputusan kesihatan yang diterima tidak menggembirakan.

Megan disahkan mengalami masalah Hair Brushing Syndrome. Ahli perubatan mengesahkan penyakit tersebut sangat anomali dan belum pernah ditemui daripada mana-mana pesakit sebelum ini.

Hair Brushing Syndrome atau Sindrom Menyikat Rambut yang dihidapi Megan dikatakan menjadi punca kenapa dia pengsan secara tiba-tiba semasa ibunya menyikat rambutnya.

Penyakit ini merupakan satu keadaan yang memaksa Megan untuk tidak menyikat rambut kerana sikat rambut plastik akan menyebabkan berlaku pergeseran elektrik statik. Renjatan cas ini boleh menyebabkan Megan pengsan.

Lazimnya, penghidap sindrom ini bukan saja tidak boleh menyikat rambut tetapi mereka juga tidak boleh menyentuh objek yang boleh mengecas seperti belon getah atau baju daripada bahan polyster.

Pesakit sindrom ini juga perlu mengelakkan diri daripada apa sahaja aktiviti yang boleh menyebabkan pergerakan cas elektrik statik dalam kehidupan seharian mereka.

Pendek kata, aktiviti seperti itu adalah toksik yang sangat merbahaya dan perlu dijauhi kerana perkara sekecil itupun boleh menyebabkan mereka mati.

Berapa lama mereka perlu mengelakkan diri daripada terkena elektrik statik masih tidak dapat dipastikan tapi kemungkinan tindakan menjauhi arus tersebut adalah untuk seumur hidup.

Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit mahu menyisir rambut, mereka perlu melakukannya ketika rambut dalam keadaan basah atau lembap. Ini adalah satu-satunya cara yang membolehkan pesakit menyisir rambut tanpa mengancam nyawa mereka.

Jika ditanya kenapa elektrik statik boleh membunuh pesakit Hair Brushing Syndrome, pakar perubatan sendiri masih tiada jawapan mengenai penyakit misteri ini.

Namun, satu teori mengatakan elektrik statik yang terhasil daripada tindakan menyikat rambut atau menggosok belon pada rambut boleh menyebabkan otak pesakit dengan serta-merta berhenti dan terkunci.

Dipercayai setiap kali adanya aliran elektrik statik, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya, otak dengan sendiri menghantar isyarat ke jantung dan paru-paru untuk berhenti menyebabkan pesakit tiba-tiba pengsan. Lebih malang lagi, ia boleh membawa maut.

Ada juga pihak tertentu yang mengaitkan penyakit pelik yang dialami Megan dengan komplikasi ketika dia dilahirkan. Megan merupakan salah seorang bayi pra-matang.

Sewaktu dilahirkan, saiznya hanya sebesar tapak tangan lelaki. Dia mempunyai hernia atau lubang pada bahagian diafragma. Diafragma merupakan tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen.

Akibat masalah itu, hernia diafragma menekan perutnya sehingga menyebabkan hanya satu paru-parunya boleh tumbuh. Biasanya, bayi dalam kes seperti ini tidak mampu hidup lama.

Namun, satu keajaiban berlaku dalam dunia perubatan apabila Megan membesar dengan sihat sehingga sekarang walaupun mengalami penyakit Sindrom Menyikat Rambut.

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Kesihan, Ada juga penyakit macam ni... kalau botak OK kot...hehe

Bersyukur sangat dengan nikmat kesihatan kan..

Aiseyman...betulkah pompuan ni? Pelik tapi benar. Jom try sikat kan rambut dia...hehehe.

Sangat kasihan kan. Cantik tapi ada penyakit pelik pula..hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon