Thursday, July 27, 2017

Zakar Mayat Perogol Bersiri Kejam ‘Tegang’ Ketika Dimandi

Zakar Mayat Perogol Bersiri Kejam ‘Tegang’ Ketika Dimandi

Saat tiba dengan menggunakan ambulans kira-kira jam 8 malam, jenazah Iqbal atau juga disebut Kolor Ijo langsung membuat pihak Hospital Bhayangkara Makassar bermuka masam.

Perogol Bersiri Kejam

Usahkan mahu menyentuh, melihat sahaja pun tiada seorang petugas hospital yang berani. Jenazah namun akhirnya dibawa masuk oleh tiga orang petugas di situ dengan perasaan cukup berat demi tugas diamanahkan.

Ketika dimandikan, seorang petugas pengurusan mayat berkata, tiga rakannya seolah-olah enggan melakukan tugas, bahkan semasa memandikan jenazah, mereka cuma sembur air seperti aksi menyiram pokok bunga di taman.

Petugas juga menjelaskan, sempat menyentuh raut wajah dan dahi jenazah. Namun sesuatu mengejutkan ditemui ketika mengkafan mayat. Rupa-rupanya batang zakar Kolor Ijo tidak dikhatan dan dalam keadana berdiri tegang.

Melihatkan situasi pelik tersebut, mereka berhenti sejenak dan saling berpandangan antara satu sama lain sambil mengucap istighfar. Selepas selesai semuanya, jenazah Iqbal, 32, kemudian dipindahkan untuk disolatkan.

Belasan lelaki yang hadir di surau hospital tempatan itu rata-rata terdiam. Mereka seperti enggan ikut menunaikan tahap akhir proses pengurusan rutin mayat seorang Muslim iaitu disembahyangkan sebelum jasad dikebumikan.

Jenazah Iqbal terpaksa disolatkan di hospital itu ekoran penduduk sebuah kampung di wilayah Sulawesi Tengah; di mana allahyarham menetap – telah menolak jenazah si Kolor Ijo itu untuk disemadikan di perkampungan itu.

Akhirnya, hanya petugas hospital di surau tersebut yang agak berusia tampil sanggup berdiri menghadap kiblat, mengucap takbir, Allahu Akbar sebanyak empat kali sebagai menenuhi tuntutan fardu kifayah seseorang Muslim.

Iqbal merupakan banduan jenayah seksual atas 30 kes rogol ganas yang dilakukan sepanjang tahun 2014 hingga pertengahan 2015 di daerah timur dan utara Luwu, 564 kilometer dari Makassar, ibu wilayah Sulawesi Selatan.

Daripada 30 mangsa, sebanyak 24 mangsa dilaporkan cedera akibat bahagian kemaluan mereka berjaya ditusuk secara kejam dengan benda tajam. Dua hampir meninggal dan satu meninggal dalam keadaan cukup tragis.

Ketua Majlis Hakim Mahkamah Negeri Malili, Lutim, M. Khairul, yang menjatuhkan hukuman mati ke atas penjenayah ini bulan lalu malah turut mengistilahkan kejahatan Iqbal sebagai kejahatan paling luar biasa.

Iqbal juga mendapat jolokan ‘Kolor Ijau’ (atau seluar dalam hijau) dalam kalangan penduduk yang merujuk makhluk mitos yang terkenal kerana merogol wanita pada zaman dahulu dengan hanya memakai seluar dalam.

Berasal dari Kampung Baru, Desa Sido Agung, dia pernah ditembak pasukan keselamatan Indonesia selepas melarikan diri bersama beberapa tahanan lain dari sebuah penjara di Makassar.

Dia ditembak mati ketika serbuan di Poso, Sulawesi Tengah.

Kematian pemuda ini akhirnya melenyapkan ketakutan penduduk terutama wanita yang trauma dengan tindakan kejam lelaki tersebut.

BACA INI JUGA: Selva Kumar Subbiah, Perogol Bersiri Paling Berbahaya Dibebaskan Dari Penjara!

sumber: mynewshub

Limousin Kuning Hadiah Perkahwinan Tunku Tun Aminah?

Limousin Kuning Hadiah Perkahwinan Tunku Tun Aminah?

Gambar limousin Hummer berwarna kuning milik keluarga diraja Johor, yang dirakam di sebuah cawangan Puspakom di Muar dekat sini menjadi tular dalam kalangan netizen.

Limousin

Ramai pengguna media sosial yang berkongsi gambar itu mendakwa konon kenderaan mewah tersebut mungkin digunakan bagi majlis pernikahan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bulan depan.

Bagi mengesahkan khabar angin itu, akhbar The New Straits Times menghubungi beberapa sumber mengenai spekulasi yang tersebar luas sejak kenderaan itu dihantar ke pusat pemeriksaan kenderaan pada Khamis lalu.

Satu sumber mendedahkan limousin berukuran sepanjang 11 meter itu merupakan koleksi peribadi kereta mewah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, tetapi ia tidak digunakan buat masjlis pernikahan akan datang.

“Ia hanya merupakan koleksi persendirian baginda sultan dan tidak berkait dengan majlis perkahwinan anakanda puterinya. Kenderaan import tersebut malah telah dibeli buat beberapa sekian lamanya,” menurut sumber itu.

Apabila dihubungi akhbar berbahasa Inggeris tersebut, satu sumber dari ibu pejabat Puspakom memberitahu bahawa kenderaan berkenaan sudah tiba di cawangannya di Muar pada Khamis untuk proses pemeriksaan biasa.

Limousin

“Kami tidak tahu berapa lama ia sudah berada di sana,” kata sumber tersebut. Hummer ialah jenama trak dan SUV daripada pembuatnya di Amerika Syarikat (AS) dan ia bermula dengan pembuatan kenderaan tentera negara itu.

Pada 1992, syarikat pengeluarnya mula menjual Hummer dalam versi kenderaan awam yang boleh diguna pakai pengguna bukan tentera berasaskan model asalnya High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle atau Humvee.

Pada 23 September tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menghadiahkan sebuah lagi limousin Hummer ditempah khas bagi kegunaan pihak pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Model berwarna putih itu disumbangkan baginda sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pasukan JDT yang ketika itu baru memenangi Liga Super buat tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

BACA INI JUGA: Gambar Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad Abdullah

sumber: mynewshub

Sejarah Asal-usul Bendera Jalur Gemilang

Sejarah Asal-usul Bendera Jalur Gemilang

Jalur Gemilang merupakan bendera rasmi negara Malaysia terdiri daripada 14 jalur melintang sama lebar yang mewakili keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerjaan persekutuan.

Jalur Gemilang

Bendera Jalur Gemilang berwarna merah dan putih melambangkan keberanian dan kesucian negara ini.

Manakala bahagian atas sebelah kiri yang bermula dari jalur pertama hingga ke jalur kelima berwarna biru tua membawa makna perpaduan antara rakyat Malaysia.

Anak bulan yang terletak dalam bahagian biru tua itu melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Persektuan manakala bintang pecah 14 sebagai tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Anak bulan dan bintang ini berwarna kuning yang mewakili warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Tapi, tahukah anda bagaimana sejarah penciptaan bendera Jalur Gemilang?

Asal-usul Bendera Malaysia

Asal-usul Jalur Gemilang bermula pada 1949 apabila satu jawatankuasa telah ditubuhkan dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Seramai 373 karyawan menyertai pertandingan mereka bentuk bendera peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Hanya tiga rekabentuk dipilih ke peringkat akhir.

Mengambil kira pendapat umum orang ramai, akhirnya keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan arkitek Johor, Mohamed bin Hamzah.

Setelah 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada hari kemerdekaan ke 40 pada tahun 1997, nama Bendera Malaysia ditukar kepada Jalur Gemilang.

Maksud Jalur Gemilang

Jalur membawa erti Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.

Jalur turut menggambarkan satu haluan yang lurus dengan hala tuju yang sama dalam memacu kegemilangan bangsa dan negara.

Manakala Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang yang membawa pengertian bawaha jalur itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa juga bidang kehidupan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Tiang Bendera Paling Tinggi Di Dunia

sumber: mynewshub

Bahaya Merendam Uncang Teh Terlalu Lama

Bahaya Merendam Uncang Teh Terlalu Lama

Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran ramai golongan masyarakat.

Uncang Teh

Teh sememangnya telah diakui di seluruh dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Malangnya, beberapa ketika yang lalu kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.

Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, kita harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri, cuma kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh.

Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang teh daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, agar teh lebih tahan lama.

Masalahnya, klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 hingga 5 minit, klorin akan larut bersama dan banyak khasiat teh akan ‘hilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman.

Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Daun Teh Da Hong Pao, 30 Kali Ganda Mahal Dari Emas!

sumber: sitik

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Julai)

Tanggal 27 Julai merupakan hari ke 208 (hari ke 209 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 157 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Sheikh Muszaphar Shukor
Sheikh Muszaphar Shukor.

Hari juga merupakan sambutan Hari José Celso Barbosa di Puerto Rico.

Peristiwa

1214 - Di Perancis, Philip II dari Perancis memenangi Pertempuran Bouvines secara muktamad.

1302 - Peperangan Islam-Rom Byzantine: Kesultanan Uthmaniyyah mendapat kemenangan besar pertamanya menentang Empayar Byzantine di Bithynia.

1549 - Kapal paderi Jesuit Francis Xavier tiba di Kagoshima, Jepun.

1694 - Piagam Diraja dikurniakan kepada Bank England sebagai jurubank Kerajaan England.

1865 - Sekumpulan 153 peneroka Wales tiba di Lembah Chubut di kawasan Patagonia, Argentina.

1880 - Perang Inggeris-Afghan Kedua: Dalam satu kemenangan yang membawa kerugian, angkatan Afghan pimpinan Ayub Khan menewaskan Tentera Darat British berhampiran Maiwand, Afghanistan.

1921 - Sekumpulan penyelidik Universiti Toronto yang diketuai Frederick Banting mengumumkan penemuan hormon insulin (gambar carta sintesis).

1953 - Gencatan senjata dicapai dalam Perang Korea, dan Zon Bebas Tentera diwujudkan sebagai sempadan, secara rasmi mengekalkan pembahagian Korea.

1955 - Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia).

1996 - Sebutir bom paip meletup semasa Sukan Olimpik di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, membunuh dua orang dan mencederakan 111 yang lain.

2012 - Upacara pembukaan Sukan Olimpik XXX dijalankan di London.

Kelahiran

1944 - Abdul Hamid Pawanteh, seorang Menteri Besar Perlis ke-5.

1972 - Sheikh Muszaphar Shukor, seorang angkasawan Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Julai)

sumber: wikipedia

Wednesday, July 26, 2017

Cara Wanita Ini Dapatkan semula RM14 Ribu ‘Wang Tak Dituntut’ Yang Ramai Tak Tahu

Cara Wanita Ini Dapatkan semula RM14 Ribu ‘Wang Tak Dituntut’ Yang Ramai Tak Tahu

Sebelum ini pernah viral di media sosial mengenai ‘wang tak dituntut’ yang ramai orang tidak sedar malah tidak pernah tahu akan kewujudannya.

Wang tak dituntut

Misalnya, anda sendiri mungkin pernah buat lebih dari satu akaun bank dan sudah lama tak update tentang akaun tersebut, bolehlah pergi check!

Menurut kerajaan, sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sejak 1977 sehingga 30 Jun 2017.

Jumlah itu melibatkan lebih 55 juta rekod akaun seperti akaun simpanan, semasa dan perniagaan.

Wang tidak dituntut itu termasuklah gaji, bonus, komisen, dividen yang tidak dituntut bagi tempoh antara setahun dan tujuh tahun.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Idah Binti Basri telah menuntut wang di beberapa akaun bank yang sudah lama tidak digunakan.

Tanpa sedar, rupa-rupanya ada banyak baki yang ada dan diperolehi dari syarikat insurans juga. Jumlah keseluruhan hampir RM14 ribu!

Tak sangka sampai RM14K

Salam semua. Nak bagitau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya anda boleh claim balik.

Even rm20 30 ringgit diorang akan pulangkan pada kita. Cuma bawa ic ke Pej. Pendaftar Wang tak dituntut di tingkat 42 Menara Maybank.

Kalau tak pasti just bagi ic diorg cek dan akan diberitahu ada duit untuk dituntut atau tidak. Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan. Tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card dan ada diantaranya duit dari syrikat insurance.

Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.

Pergi jangan tak pergi, kena rajin dan usaha sikit haa tu ha dapat RM14k beb!!

Panduan semakan Wang Tak Dituntut

Wang tak dituntut

Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang boleh didapati di mana-mana negeri untuk membuat semakan.

Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif sahaja tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

sumber: sehinggit

Boikot Produk Israel, Bukan Produk Yahudi

Boikot Produk Israel, Bukan Produk Yahudi

Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan pembela zionis gagal membezakan antara memboikot produk Israel dengan produk Yahudi.

Boikot Produk Israel

Menurutnya, kegagalan membezakan boikot itu termasuklah di Malaysia.

Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia gagal membezakan antara 'memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan produk orang Yahudi, katanya.

Beliau mengingatkan bahawa penentangan terhadap Israel adalah ekoran segala kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh negara itu.

Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang dan boikot Israel atas segala kejahatannya.

Dalam pada itu, Dr Asri turut menegur pihak yang memperkecil usaha memboikot produk Israel.

Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan, dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Perdana Menteri Israel.

Sebelum ini, media asing melaporkan Israel ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.

Malah, Israel menganggap kempen boikot tersebut adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Dandanan ala Sailormoon Jadi Viral

Dandanan ala Sailormoon Jadi Viral

Selepas viral seorang jejaka anime yang sanggup membedah wajah demi kelihatan seperti karakter yang diinginkan dan terkini, solekan ala-ala animasi Jepun, Sailormoon pula menjadi perhatian!

Solekan Ala Sailormoon

Tidak dinafikan ramai netizen yang meminati watak anime tapi tidak sangka sampai tahap ada yang ingin mendandan wajah sendiri menjadi seperti karakter diimpikan.

Apa pendapat untuk solekan di atas? Cantik atau menakutkan? Penilaian makeup adalah terserah kepada pelanggan yang semakin hari semakin menggila akan solekan itu.

Pemilik Roza D’touch, Romaniza Abdul Kadir berkata dia pun seolah tidak percaya percubaan awal mengoles wajah anak gadisnya membuka pintu rezeki buatnya.

“Ramai juga yang minat untuk makeup wajah anime, bakal pengantin pun ramai minta, saya betul-betul tak sangka,” katanya memetik salah sebuah portal tempatan.

Permintaan dandanan terhadap solekan ala animasi itu mendapat perhatian netizen selepas dia menukar anaknya menjadi salah satu ikon anime popular dari Jepun, Sailormoon.

Anaknya yang disolek persis Sailormoon itu, dipadankan dengan busana pengantin muslimah menarik lagi minat bakal-bakal raja sehari untuk kelihatan cantik seperti itu di majlis bahagia mereka.

Dandanan itu mengambil masa lebih tiga jam untuk mengubah wajah menjadi anime dan anggaran bayaran adalah di antara RM450 hingga RM500.

Romaniza memberi fokus yang lebih pada bahagian hidung, mata dan kening untuk kelihatan seperti patung hidup.

Berikut adalah perkongsian dandanan  hasil solekan menjadi Sailormoon di laman Facebooknya:

Solekan Ala Sailormoon

Tidak sangka pula ramai pengantin yang berminat untuk mendandan wajah menjadi seperti anime, namun lumrah alam setiap yang positif pasti akan adanya terselit seorang dua yang berfikiran negatif.

Begitulah juga komen terhadap solekan ini walaupun ada yang menyukai dandanan Sailormoon tapi tidak kurang juga yang mengutuk dan menggambarkannya kelihatan seperti hantu.

Setiap orang lain minatnya, tak gitu?

BACA INI JUGA: Wanita Kurang Keyakinan Diri Tanpa Solekan

sumber: mynewshub

Bilik Tempat Simpan Suami Untuk Isteri Suka Shoping!

Bilik Tempat Simpan Suami Untuk Isteri Suka Shoping!

Aktiviti beli-belah bersama-sama dengan isteri, tunang atau teman wanita selama berjam-jam mungkin salah satu kerja yang paling membosankan bagi golongan lelaki.

Bilik+Suami

Justeru, Global Harbor sebuah gedung perniagaan terkemuka di Shanghai, China, telah menyelesaikan masalah ini dengan melancarkan kemudahan bilik ‘penyimpanan suami’ ketika pasangan mereka pula leka membeli-belah.

Kontena layan sendiri yang berkaca ala akuarium di pusat beli-belah tersebut dilengkapi dengan skrin televisyen, kerusi kulit urut dan konsol permainan komputer serta dikenakan bayaran untuk tempoh tertentu.

“Lelaki lazimnya bosan apabila beli-belah dengan pasangan mereka, dan kami menyediakan satu tempat untuk berehat sambil mereka boleh bermain permainan dan caj telefon bimbit mereka di sini,” kata Zhou Jun.

Beliau yang mengendali dan menyelenggara kontena tersebut berkata, pengguna cuma perlu imbas kod QR untuk menempah kontena, dengan kos 20 yuan (RM13) bagi tempoh setengah jam atau 30 yuan (RM19) jika sejam.

Sejak dilancarkan, kemudahan ‘penyimpanan suami’ itu telah menarik minat berbelas-belas orang lelaki setiap hari sekaligus menyaksikan senario wanita berkahwin keseorangan ketika sibuk membeli-belah.

“Ini adalah idea yang baik. Suami saya memang selalu tidak gembira apabila terpaksa membeli-belah bersama dengan saya,” kata seorang pengunjung wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wang.

Seorang pengguna lelaki yang nama keluarganya pula Yang memberitahu agensi berita Xinhua bahawa kemudahan itu mempunyai beratus-ratus permainan video klasik, turut mengingatkan kembali zaman kecilnya.

Bilik+Suami

Bagaimanapun, tidak semua orang meluahkan perasaan gembira dengan kontena unik ini.

Sebilangan isteri merungut bahawa kini tidak ada keseronokan apabila terpaksa membeli-belah secara bersendirian.

“Siapa yang akan mahu membawa beg saya, berbual dengan saya dan memberi nasihat jika suami saya duduk dalam kontena sendiri berseronok,” kata seorang pembeli-belah wanita, dengan nama keluarganya He.

Zhou dalam pada itu berkata, menjelang masa akan depan kontena tersebut akan dilengkapi dengan tabir, alat penyaman udara dan fon kepala untuk memastikan pengalaman yang lebih baik.

BACA INI JUGA: Lelaki Bunuh Diri Terlalu Letih Temankan Teman Wanita Membeli-Belah!

sumber: mynewshub

Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion

Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion

Jenama pereka fesyen terkemuka dunia, Michael Kors, bersetuju untuk mengambil alih peruncit wanita mewah 'Jimmy Choo' pada harga AS$1.2 bilion (RM5.13 bilion).

Jimmy Choo

Menurut laporan media antarabangsa, Datuk Jimmy Choo Yeang Keat, yang cukup terkenal dengan jenama kasut tumit tinggi dan aksesori bermutu, sebenarnya telah memutuskan untuk menjual jenamanya pada April lalu.

Ini selepas sebahagian besar pelabur JAB Holding Company berpusat di Luxembourg yang menguasai 68 peratus kepentingan terbesar dalam Jimmy Choo, dilaporkan mahu meningkatkan tumpuan terhadap barangan pengguna.

Jimmy Choo yang diasaskan pada 1996 oleh tukang kasut berasal dari Pulau Pinang, Malaysia itu dan rakannya, Tamara Mellon, mula terkenal apabila sepasang kasutnya pernah direka khas untuk mendiang Puteri Diana.

Menurut laporan BBC News, kasut Jimmy Choo pernah muncul dalam siri televisyen 1990-an, Sex and the City, dan masih dipakai selebriti, termasuk Duchess of Cambridge, Beyonce dan Kendal Jenner.

Jimmy Choo dari Malaysia mengasaskan syarikat itu pada 1996 bersama bekas wartawan majalah Vogue, Tamara Mellon.

Pada 2001, Mellon bersama sebuah syarikat persendirian membeli syarikat berkenaan daripada Jimmy sebelum Mellon meninggalkan Jimmy Choo untuk perniagaan pakaiannya sendiri.

Pada 2014, Jimmy Choo disenaraikan di Bursa Saham London yang ketika itu JAB milik keluarga bilionair Jerman, Reimann, adalah pemegang saham utama.

Di bawah perjanjian tersebut, Michael Kors akan membayar 230 pence (kira-kira RM13) secara tunai bagi setiap saham Jimmy Choo – iaitu premium 36.5 peratus berbanding harga saham sebelum proses penjualan diumumkan.

Michael Kors, yang juga pernah dikenali sebagai jenama paling tersohor bagi barangan mewah, terkial-kial untuk meraih keuntungan sejak kebelakangan ini dengan penjualan runict yang kian berkurangan di seluruh dunia.

Ia diburukkan lagi dengan jumlah pembeli yang kian merosot di rangkaian kedainya malahan ia merancang untuk menutup sehingga 125 buah premis premiumnya, manakala nilai sahamnya jatuh satu perlima sepanjang tahun ini.

Namun, bisnes Michael Kors yang diasaskan sejak 1981 dan berpusat di New York, Amerika Syarikat sudahpun diperluaskan kepada pakaian lelaki dan wanita, selain membuat pelaburan dalam perniagaan secara talian.

Proses pengambilalihan itu turut dipersetujui JAB bahkan Jimmy Choo tetap beroperasi di bawah pengurusan sama termasuk ketua eksekutifnya, Pierre Denis dan lebih 150 premisnya di seluruh dunia.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub | hmetro

Ketahui Hak Penumpang Jika Penerbangan Tertunda (Flight Delay)

Ketahui Hak Penumpang Jika Penerbangan Tertunda (Flight Delay)

Untuk makluman pembaca, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

Hak Pengguna Penerbangan

Di bawah Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita ambil tahu ialah:

1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat

Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet.

Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu.

Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.

3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

4. Jika penerbangan dibatalkan

Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: jurnalepalhijau