Wednesday, July 26, 2017

Bilik Tempat Simpan Suami Untuk Isteri Suka Shoping!


Aktiviti beli-belah bersama-sama dengan isteri, tunang atau teman wanita selama berjam-jam mungkin salah satu kerja yang paling membosankan bagi golongan lelaki.

Bilik+Suami

Justeru, Global Harbor sebuah gedung perniagaan terkemuka di Shanghai, China, telah menyelesaikan masalah ini dengan melancarkan kemudahan bilik ‘penyimpanan suami’ ketika pasangan mereka pula leka membeli-belah.

Kontena layan sendiri yang berkaca ala akuarium di pusat beli-belah tersebut dilengkapi dengan skrin televisyen, kerusi kulit urut dan konsol permainan komputer serta dikenakan bayaran untuk tempoh tertentu.

“Lelaki lazimnya bosan apabila beli-belah dengan pasangan mereka, dan kami menyediakan satu tempat untuk berehat sambil mereka boleh bermain permainan dan caj telefon bimbit mereka di sini,” kata Zhou Jun.

Beliau yang mengendali dan menyelenggara kontena tersebut berkata, pengguna cuma perlu imbas kod QR untuk menempah kontena, dengan kos 20 yuan (RM13) bagi tempoh setengah jam atau 30 yuan (RM19) jika sejam.

Sejak dilancarkan, kemudahan ‘penyimpanan suami’ itu telah menarik minat berbelas-belas orang lelaki setiap hari sekaligus menyaksikan senario wanita berkahwin keseorangan ketika sibuk membeli-belah.

“Ini adalah idea yang baik. Suami saya memang selalu tidak gembira apabila terpaksa membeli-belah bersama dengan saya,” kata seorang pengunjung wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wang.

Seorang pengguna lelaki yang nama keluarganya pula Yang memberitahu agensi berita Xinhua bahawa kemudahan itu mempunyai beratus-ratus permainan video klasik, turut mengingatkan kembali zaman kecilnya.

Bilik+Suami

Bagaimanapun, tidak semua orang meluahkan perasaan gembira dengan kontena unik ini.

Sebilangan isteri merungut bahawa kini tidak ada keseronokan apabila terpaksa membeli-belah secara bersendirian.

“Siapa yang akan mahu membawa beg saya, berbual dengan saya dan memberi nasihat jika suami saya duduk dalam kontena sendiri berseronok,” kata seorang pembeli-belah wanita, dengan nama keluarganya He.

Zhou dalam pada itu berkata, menjelang masa akan depan kontena tersebut akan dilengkapi dengan tabir, alat penyaman udara dan fon kepala untuk memastikan pengalaman yang lebih baik.

BACA INI JUGA: Lelaki Bunuh Diri Terlalu Letih Temankan Teman Wanita Membeli-Belah!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon