Tuesday, December 10, 2013

Lelaki Bunuh Diri Terlalu Letih Temankan Teman Wanita Membeli-Belah!


Tertekan selepas terpaksa menemani teman wanitanya membeli-belah selama berjam-jam, seorang lelaki mengambil tindakan nekad dengan terjun daripada tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah.

Tao Hsiao - Bunuh Diri
Gambar kejadian bunuh diri.

Tindakan Tao Hsiao itu nyata menyebabkan pengunjung di situ panik dan berkeliaran lari.

Kejadian itu berlaku selepas Tao yang sudah lima jam menemani teman wanitanya membeli belah, telah letih dan mahu pulang.

Namun teman wanitanya enggan pulang dan mahu terus membeli barang.

Keadaan ini menyebabkan mereka bertekak dan saksi di situ mendengar Tao memarahi teman wanitanya.

“Kau dah ada banyak kasut, cukup banyak dan boleh dipakai seumur hidup.

Tidak ada gunanya untuk kau beli lagi kasut banyak-banyak,’’ itu bunyi jeritan Tao kepada teman wanitanya.

Namun wanita itu kemudian menuduh Tao sebagai kedekut dan cuba merosakkan perayaan Hari Krismas.

Pertengkaran antara mereka berakhir apabila Tao membuang beg ke lantai dan terjun daripada balkoni tingkat tujuh, sebelum terhempas ke atas perhiasan pokok krismas dan jatuh di tingkat bawah.

Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan lelaki itu yang meninggal dunia serta merta.

“Ia merupakan satu kemalangan tragis, namun tahun ini merupakan tahun yang menyebabkan ramai orang tertekan,’’ kata jurucakap pusat beli belah itu.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon