Wednesday, July 26, 2017

Cara Wanita Ini Dapatkan semula RM14 Ribu ‘Wang Tak Dituntut’ Yang Ramai Tak Tahu


Sebelum ini pernah viral di media sosial mengenai ‘wang tak dituntut’ yang ramai orang tidak sedar malah tidak pernah tahu akan kewujudannya.

Wang tak dituntut

Misalnya, anda sendiri mungkin pernah buat lebih dari satu akaun bank dan sudah lama tak update tentang akaun tersebut, bolehlah pergi check!

Menurut kerajaan, sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sejak 1977 sehingga 30 Jun 2017.

Jumlah itu melibatkan lebih 55 juta rekod akaun seperti akaun simpanan, semasa dan perniagaan.

Wang tidak dituntut itu termasuklah gaji, bonus, komisen, dividen yang tidak dituntut bagi tempoh antara setahun dan tujuh tahun.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Idah Binti Basri telah menuntut wang di beberapa akaun bank yang sudah lama tidak digunakan.

Tanpa sedar, rupa-rupanya ada banyak baki yang ada dan diperolehi dari syarikat insurans juga. Jumlah keseluruhan hampir RM14 ribu!

Tak sangka sampai RM14K

Salam semua. Nak bagitau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya anda boleh claim balik.

Even rm20 30 ringgit diorang akan pulangkan pada kita. Cuma bawa ic ke Pej. Pendaftar Wang tak dituntut di tingkat 42 Menara Maybank.

Kalau tak pasti just bagi ic diorg cek dan akan diberitahu ada duit untuk dituntut atau tidak. Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan. Tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card dan ada diantaranya duit dari syrikat insurance.

Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.

Pergi jangan tak pergi, kena rajin dan usaha sikit haa tu ha dapat RM14k beb!!

Panduan semakan Wang Tak Dituntut

Wang tak dituntut

Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang boleh didapati di mana-mana negeri untuk membuat semakan.

Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif sahaja tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

sumber: sehinggit

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon