Wednesday, July 26, 2017

Dandanan ala Sailormoon Jadi Viral


Selepas viral seorang jejaka anime yang sanggup membedah wajah demi kelihatan seperti karakter yang diinginkan dan terkini, solekan ala-ala animasi Jepun, Sailormoon pula menjadi perhatian!

Solekan Ala Sailormoon

Tidak dinafikan ramai netizen yang meminati watak anime tapi tidak sangka sampai tahap ada yang ingin mendandan wajah sendiri menjadi seperti karakter diimpikan.

Apa pendapat untuk solekan di atas? Cantik atau menakutkan? Penilaian makeup adalah terserah kepada pelanggan yang semakin hari semakin menggila akan solekan itu.

Pemilik Roza D’touch, Romaniza Abdul Kadir berkata dia pun seolah tidak percaya percubaan awal mengoles wajah anak gadisnya membuka pintu rezeki buatnya.

“Ramai juga yang minat untuk makeup wajah anime, bakal pengantin pun ramai minta, saya betul-betul tak sangka,” katanya memetik salah sebuah portal tempatan.

Permintaan dandanan terhadap solekan ala animasi itu mendapat perhatian netizen selepas dia menukar anaknya menjadi salah satu ikon anime popular dari Jepun, Sailormoon.

Anaknya yang disolek persis Sailormoon itu, dipadankan dengan busana pengantin muslimah menarik lagi minat bakal-bakal raja sehari untuk kelihatan cantik seperti itu di majlis bahagia mereka.

Dandanan itu mengambil masa lebih tiga jam untuk mengubah wajah menjadi anime dan anggaran bayaran adalah di antara RM450 hingga RM500.

Romaniza memberi fokus yang lebih pada bahagian hidung, mata dan kening untuk kelihatan seperti patung hidup.

Berikut adalah perkongsian dandanan  hasil solekan menjadi Sailormoon di laman Facebooknya:

Solekan Ala Sailormoon

Tidak sangka pula ramai pengantin yang berminat untuk mendandan wajah menjadi seperti anime, namun lumrah alam setiap yang positif pasti akan adanya terselit seorang dua yang berfikiran negatif.

Begitulah juga komen terhadap solekan ini walaupun ada yang menyukai dandanan Sailormoon tapi tidak kurang juga yang mengutuk dan menggambarkannya kelihatan seperti hantu.

Setiap orang lain minatnya, tak gitu?

BACA INI JUGA: Wanita Kurang Keyakinan Diri Tanpa Solekan

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon