Wednesday, July 26, 2017

Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion

Michael Kors Beli Jenama Jimmy Choo RM5 Bilion

Jenama pereka fesyen terkemuka dunia, Michael Kors, bersetuju untuk mengambil alih peruncit wanita mewah 'Jimmy Choo' pada harga AS$1.2 bilion (RM5.13 bilion).

Jimmy Choo

Menurut laporan media antarabangsa, Datuk Jimmy Choo Yeang Keat, yang cukup terkenal dengan jenama kasut tumit tinggi dan aksesori bermutu, sebenarnya telah memutuskan untuk menjual jenamanya pada April lalu.

Ini selepas sebahagian besar pelabur JAB Holding Company berpusat di Luxembourg yang menguasai 68 peratus kepentingan terbesar dalam Jimmy Choo, dilaporkan mahu meningkatkan tumpuan terhadap barangan pengguna.

Jimmy Choo yang diasaskan pada 1996 oleh tukang kasut berasal dari Pulau Pinang, Malaysia itu dan rakannya, Tamara Mellon, mula terkenal apabila sepasang kasutnya pernah direka khas untuk mendiang Puteri Diana.

Menurut laporan BBC News, kasut Jimmy Choo pernah muncul dalam siri televisyen 1990-an, Sex and the City, dan masih dipakai selebriti, termasuk Duchess of Cambridge, Beyonce dan Kendal Jenner.

Jimmy Choo dari Malaysia mengasaskan syarikat itu pada 1996 bersama bekas wartawan majalah Vogue, Tamara Mellon.

Pada 2001, Mellon bersama sebuah syarikat persendirian membeli syarikat berkenaan daripada Jimmy sebelum Mellon meninggalkan Jimmy Choo untuk perniagaan pakaiannya sendiri.

Pada 2014, Jimmy Choo disenaraikan di Bursa Saham London yang ketika itu JAB milik keluarga bilionair Jerman, Reimann, adalah pemegang saham utama.

Di bawah perjanjian tersebut, Michael Kors akan membayar 230 pence (kira-kira RM13) secara tunai bagi setiap saham Jimmy Choo – iaitu premium 36.5 peratus berbanding harga saham sebelum proses penjualan diumumkan.

Michael Kors, yang juga pernah dikenali sebagai jenama paling tersohor bagi barangan mewah, terkial-kial untuk meraih keuntungan sejak kebelakangan ini dengan penjualan runict yang kian berkurangan di seluruh dunia.

Ia diburukkan lagi dengan jumlah pembeli yang kian merosot di rangkaian kedainya malahan ia merancang untuk menutup sehingga 125 buah premis premiumnya, manakala nilai sahamnya jatuh satu perlima sepanjang tahun ini.

Namun, bisnes Michael Kors yang diasaskan sejak 1981 dan berpusat di New York, Amerika Syarikat sudahpun diperluaskan kepada pakaian lelaki dan wanita, selain membuat pelaburan dalam perniagaan secara talian.

Proses pengambilalihan itu turut dipersetujui JAB bahkan Jimmy Choo tetap beroperasi di bawah pengurusan sama termasuk ketua eksekutifnya, Pierre Denis dan lebih 150 premisnya di seluruh dunia.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub | hmetro