Tuesday, March 14, 2017

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia, International Day of Action for River

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia, International Day of Action for River

Setiap tahun pada 14 Mac, beratus-ratus komuniti akan mengadakan sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia, untuk mempertahankan sungai-sungai diseluruh dunia dan mendidik penduduk bumi tentang betapa pentingnya sungai yang bersih dari pencemaran.

Hari Tindakan Sungai Sedunia

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia adalah hari untuk menuntut penambahbaikan dalam dasar dan amalan pembuat keputusan serta untuk mendidik antara satu sama lain tentang ancaman yang dihadapi sungai dan belajar tentang penjagaan air dan tenaga yang lebih baik.

Ia adalah hari untuk mendidik antara satu sama lain tentang ancaman yang dihadapi sungai dan belajar tentang penyelesaian air dan tenaga yang lebih baik.

Apa yang paling penting, ia adalah hari untuk bersatu dengan bertindak bersama-sama, tentang isu-isu kebersihan air dan sungai diseluruh dunia.

Sejarah Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia, International Day of Action for River, telah diterima pakai oleh peserta Mesyuarat Antarabangsa pertama Individu Yang Terjejas oleh Empangan, pada Mac 1997 di Curitiba, Brazil.

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia ini adalah kesinambungan daripada sambutan Hari Penentangan Terhadap Pembinaan Empangan, The International Day of Action Against Dams, di Brazil.

Salah satu matlamat utama sambutan ini adalah untuk membina dan mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam penentangan terhadap projek-projek pembinaan empangan yang merosakkan.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Sungai Sedunia

-SENTIASAPANAS.COM

Nama Paling Unik Di Malaysia, Viva anak Proton Saga!

Nama Paling Unik Di Malaysia, Viva anak Proton Saga!

“Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.”

Proton Saga

Itu reaksi Kelambu Jambi, 54, mengenai nama unik anak sulungnya, Proton Saga yang diambil sempena nama model kereta nasional pertama negara.

Mengimbas kenangan 33 tahun lalu, Kelambu berkata, nama itu dicadangkan seorang anggota polis yang ditemui di pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak lelakinya.

Katanya, dia yang tidak tahu menulis dan membaca bingung kerana tidak mempunyai sebarang idea untuk menamakan anaknya.

“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.

“Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama, jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak.

Nama Proton Saga anak Kelambu ini mula menjadi perhatian selepas surat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tertulis namanya menjadi tular di media sosial.

Anak sulung daripada tujuh beradik hasil perkongsian hidup Kelambu bersama Jamaliah Dua, 49, ini dilahirkan pada 6 Ogos 1984, kira-kira 11 bulan sebelum model kereta Proton Saga dilancarkan pada Julai 1985.

Menurut Kelambu, dia dan isteri sedikit pun tidak menyesal dengan pilihan nama itu, malah berbangga setiap kali orang menyebut nama anaknya.

“Masa mula-mula dengar memanglah macam janggal, tapi lama-lama dah biasa.

“Orang luar yang pertama kali dengar nama anak saya akan cakap nama itu unik dan sangat bagus. Sebagai bapa tentulah saya bangga,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, hanya anak sulung memiliki nama unik, sementara enam yang lain menggunakan nama biasa, antaranya Arman, Hasimah dan Ahmad.

Buat apa nak malu

Proton Saga ketika ditemui berkata, tidak ada sekelumit pun perasaan malu mengenai nama yang diberikan itu.

Katanya, sejak kecil, kawan-kawan sekampungnya juga tidak pernah mengejek atau mempermainkan namanya meskipun mereka tahu ia nama sebuah kereta.

“Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar.

“Cuma di sini, orang kampung lebih senang panggil saya Alor, tapi mereka tahu nama sebenar saya dan terima saja nama tu,” katanya.

Dia sama sekali tidak menyangka namanya jadi tular gara-gara BR1M yang diterima sejak 2012 itu.

“Saya dah lama terima BR1M, tapi tak sangka baru kali ni heboh. Saya pun tak tahu nama saya dah disebut-sebut orang sampailah ada wartawan cari,” katanya.

Namakan anak Viva

Viva Proton Saga

Proton Saga (kanan) bersama Rodiah dan anaknya, Sani, di rumah mereka di Kampung Orang Asli Sungai Jentong.

Proton Saga mendirikan rumah tangga bersama Rodiah Yok Ramu, 30, dan dikurniakan sepasang anak, Viva, 10, dan Sani berusia setahun.

Seakan mengulangi sejarah bapanya, anak sulungnya turut diberi nama unik iaitu Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007.

Menurutnya, nama itu dicadangkan seorang jururawat di Tapah memandangkan pada ketika itu anaknya lahir dua bulan selepas model kereta itu dilancarkan.

“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” katanya.

Secara berseloroh, dia mengakui akan tersenyum setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga. Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan.

BACA INI JUGA: 9 Nama Pulau Paling Pelik Di Malaysia

Sumber: sh

Sambutan Hari Pi (Ï€) Sedunia, Pi Day

Sambutan Hari Pi (Ï€) Sedunia, Pi Day

Pada 14 Mac setiap tahun akan disambut sebagai Hari Pi (Ï€) (sebut pai) di kalangan komuniti matematik dan sains seluruh dunia kerana Pi (Ï€) adalah pemalar matematik yang terkenal dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Pi Day

Di Barat, tarikh kebiasaanya ditulis sebagai March 14 atau 3/14 manakala nilai Pi (Ï€) yang paling ringkas dipersetujui umum ialah 3.14, maka inilah sebabnya tarikh 14 Mac dipilih sebagai memperingati nilai pemalar matematik tersohor ini.

Menurut sejarah, asal-usul istilah Pi (Ï€) diberikan menurut salah satu huruf Yunani, namun begitu ia tidak dinamakan oleh orang-orang Yunani itu sendiri.

Konsep Pi (Ï€) pertama kali diperkenalkan oleh bangsa Mesir Kuno yang dibuktikan melalui sebuah catatan sejarah yang menyatakan bahawa Pi (Ï€) telah digunakan sejak tahun 1650 Sebelum Masehi.

Catatan tersebut ditulis oleh seorang yang bernama Ahmes, yang menunjukkan beberapa rumus matematik.

Antara rumus tersebut ialah kaedah pengiraan kasar bagaimana menghitung luas bulatan menggunakan satu angka yang apabila diterjemahkan dalam istilah moden bernilai 3.160...

Sekitar tahun 200 SM, orang Yunani menyedari bahawa nilai Pi (Ï€) sangat penting, walaupun mereka bukanlah orang yang menamakan nilai tersebut sebagai Pi (Ï€).

Archimedes membuat hitungan nilai Pi (Ï€) sekitar tahun 200 Sebelum Masehi dalam bentuk pecahan. Archimedes mengira nilai Pi (Ï€) sebagai pecahan 3 1/7, dalam perpuluhan nilainya 3.1485...

Ahli-ahli matematik dan sains menggunakan nilai Pi (Ï€) tersebut berabad-abad lamanya.

Di Timur pula, ahli matematik dan astronomi China Zhu Chongzi (429-500M), mengira nilai menghampiri ketepatan. Ia mengira dalam nilai pecahan 355/113 atau 3.1415929.

Keunikan nilai angka Pi (Ï€) kembali diperhatikan oleh ahli matematik di abad ke-16. Ludolph van Ceulon menghabiskan banyak masa mengkaji Pi (Ï€) dan beliau menulis sebuah buku berjudul Van den Circkel (On the Circle) melaporkan hasil kajiannya.

Ludolph berjaya mengira nilai Pi (Ï€) sehingga 35 titik perpuluhan yang kemudian dinamakan sebagai Nombor Ludophian sebagai menghormati penemuannya.

Sekitar abad ke-18 barulah nilai Pi (Ï€) iaitu 3.14159 mendapat persetujuan ramai di kalangan komuniti matematik dan sains.

Konsep Pi (Ï€) sebenarnya sangat sulit. Angka ini merupakan angka yang unik tanpa pengakhiran yang tepat dan ia tidak memiliki pola atau pengulangan pada angka perpuluhannya.

Walaupun tidak dijelaskan secara tepat dalam bentuk pecahan, nilai yang paling dekat dan dipersetujui adalah 22/7.

Dalam bulatan, Pi (Ï€) menunjukkan jumlah nilai ukuran bulatan atau lingkaran dengan diameternya yang bermaksud, sekiranya anda ingin mengira objek berbentuk lingkaran atau bulatan sempurna atau tidak, maka bahagilah ukur lilit bulatan lingkaran tersebut dengan diameternya.

Sebuah bulatan yang sempurna mempunyai hasil bahagi menghampiri nilai Pi (Ï€).

Pi (Ï€) banyak diaplikasikan dalam bidang geometri.

Perbezaan nilai sebenar Pi (Ï€) dengan 22/7

Nilai Pi (Ï€): 3.14159265358979...
Nilai 22/7: 3.14285714285714...

Perbezaan yang agak ketara iaitu 0.00126448926735, jadi kemungkinan besar nilai Pi (Ï€) akan berubah jika mengira menggunakan 22/7.

Mungkin ada sebab-sebab yang tersendiri kenapa mereka menggunakan 22/7 sebagai pengganti Pi (Ï€) dalam bentuk perpuluhan.

Mengikut teori, mereka berpendapat bahawa penggunaan 22/7 hanya untuk memudahkan perhitungan dalam kiraan kerana untuk membuat pengiraan yang sebenar.

Kita memerlukan kira-kira 17 angka Pi (Ï€) yang pertama untuk mendapatkan kiraan yang lebih tepat, jadi 22/7 digunakan supaya kita tidak berasa susah untuk mengingat angka tersebut disamping pecahan tersebut juga mempunyai nilai yang paling hampir dengan Pi (Ï€) yang sebenar.

Jadi kesimpulannya, 22/7 merupakan pecahan yang menghampiri Pi (Ï€), bukannya Pi (Ï€).

Fakta dan sejarah menarik Pi (Ï€)

Simbol Pi iaitu angka Yunani ini (Ï€) telah diperkenalkan oleh ahli matematik pada 1706 iaitu William Jones.

Tulisan π juga merujuk kepada Pi ialah huruf Yunani "Piwas" yang merupakan abjad yunani yang ke 16.

Tarikh sambutan Hari Pi (Ï€) yang disambut diseluruh dunia ini juga bersamaan dengan tarikh kelahiran tokoh sains terkemuka dunia, Albert Einstein

Pada hari tersebut, ramai yang meraikan hari Pi pada Mac (3), 14 pada 1.59pm kerana bersamaan dengan tujuh nombor perpuluhan pertama Pi (Ï€ = 3.14159)

Nilai Pi (Ï€) dengan 100 desimal pertama adalah, 3,1415926535897932384626433832795028841971693993751058209749445923078164062862089986280348253421170679.

Seorang usahawan di Cleveland, AS, menerbitkan buku pada pada tahun 1931 untuk mengumumkan bahawa nilai Pi (Ï€) adalah 256/81.

Yasumasa Kanada, seorang profesor di Universiti Tokyo menghabiskan waktu sekitar 116 jam untuk menemui sebanyak 6442450000 desimal Pi (Ï€) dengan menggunakan komputer.

Pada tahun 1706, John Machin memperkenalkan suatu formula untuk menghitung nilai phi, iaitu, Ï€/4=4 * arc tan (1/5) – arc tan (1/239).

Pada tahun 1949, dia juga menghabiskan waktu sekitar 70 jam untuk menghitung 2.037 tempat desimal Pi (Ï€) menggunakan ENIAC (Electronic Numeric Integrator and Computer).

Seorang pakar matematik Jerman, Ludolph van Ceulen, mendedikasikan seluruh hidupnya untuk mengira 35 tempat desimal pertama Pi (Ï€).

Pi (Ï€) mempunyai nilai yang dikatakan tidak berpenghujung (sangat panjang). Selain itu, ia juga tidak mempunyai pengulangan.

Pada tahun 1768, Johann Lambert membuktikan nilai Pi (Ï€) adalah sebuah bilangan yang tiada penghujungnya dan pada tahun 1882, Ferdinand Lindemann yang juga pakar matematik terkenal membuktikan Pi (Ï€) mempunyai bilangan yang sukar difahami.

Ada orang yang menghafal semua angka desimal Pi (Ï€) dan mencipta lagu berdasarkan digit Pi (Ï€).

Berbeza pula dengan pecahan 22/7, ia mempunyai pengulangan yang tidak terhingga =3.142857 142857 142857 142857 142857...

Berkenaan dengan ni Pi (Ï€) pula, jika ditulis diatas kertas di suatu kawasan di Malaysia, panjang tulisan itu mampu sampai hingga ke India (ataupun lebih jauh).

Keajaiban Pi (Ï€) juga melalui beberapa evolusi dalam penetapan mengenai ketepatan nilai sebenar Pi (Ï€).

Pi (Ï€) sememangnya penuh dengan rahsia dan sangat sukar untuk diterangkan, apatah lagi untuk difahami oleh orang biasa.

Walaupun anda mungkin kebingungan, semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia, World Kidney Day

Sumber: majalahsains | pke

7 Perkara Rahsia Isteri Tidak Akan Beritahu Suami

7 Perkara Rahsia Isteri Tidak Akan Beritahu Suami

Ada banyak perkara sebenarnya yang seorang isteri tidak akan beritahu kepada suami, tetapi seorang suami perlu memahaminya.

Rahsia Isteri

Lelaki pasti sering mendengar kata-kata seperti, "Saya tak fahamlah perempuan ni!" atau "Perempuan sangat complicated".

Kaum hawa bukanlah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang diluahkan bersebab, hanya kadang-kala sukar untuk diluahkan.

Ada 7 perkara rahsia yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi sebagai seorang suami kita perlu memahaminya.

1. Isteri perlukan kasih sayang anda

Kaum hawa segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri, dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya.

2. Isteri bosan

Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari perkara yang sama dilakukannya.

Buatlah kejutan atau sesuatu yang special buatnya. Mungkin ada satu hari, si isteri bangun sahaja dari tidur, sarapan telah pun disiapkan dan baju telah dijemur, pasti mengukir senyuman di bibirnya.

3. Isteri mahu dipuji

Siapa tidak rasa gembira bila dipuji? Selepas semua pengorbanannya untuk keluarga dan anak, isteri anda yang dulu cantik berseri, makin hari makin penat dan tidak bermaya wajahnya.

Pujilah dia atas jasa yang telah dia lakukan. Ada juga kes si isteri tukar gaya rambutnya semata-mata untuk memberi kelainan pada suami tersayang.

Bila suami pulang dari pejabat, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan effort yang si isteri lakukan.

Kaum Adam, alertlah. Walaupun perkara itu kecil, ianya sangat bermakna buat isteri.

4. Isteri Cemburu

Ini memang tidak dapat dielakkan. Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti mahupun ibu anda.

Isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin rasa dia lah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi jagalah kata-kata anda, janganlah mengores hatinya.

5. Isteri mahu anda menjadi ketua agamanya

Si isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik, dia perlukan teguran yang membina.

Lagi-lagi kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri lagi lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut.

6. Isteri sebenarnya tidak suka membebel

Mesti ramai jejaka yang tertawa bila baca point ni dan merasakan admin ni berat sebelah. Tidak. Si isteri tidak gemar untuk bebel kepada anda, tetapi ada kalanya anda membuatkan si isteri tidak senang hati bila tidak dibebelnya.

Contoh, anda pasti dah biasa duduk rumah bujang, salin baju tinggal sahaja di lantai, nanti-nanti kemaslah bila ada waktu lapang. Ataupun selesai makan terus letak sahaja pinggan mangkuk di singki sampai kering sisa makanan.

Wahai abang-abang diluar sana, anda telah berumah tangga, perlulah mengambil responsibilities sebagai seorang suami.

Isteri anda dah penat kemas rumah, pastikan rumah kelihatan bersih dan tersusun. Benda paling kecil anda boleh tolong ialah senangkan lah sedikit kerjanya.

Baju tu letaklah ke dalam laundry basket, pinggan tu si isteri tidak minta pun basuh semua, hanya basuh yang part anda pun dah cukup bagus dah untuk isteri.

7. Isteri hanya inginkan sebuah keluarga yang stabil dan bahagia bersama suaminya yang tercinta

Bila si isteri setuju untuk mengahwini anda, mereka bukan lah ingatkan perkara ini main-main seperti masa kita kecil dahulu main pondok-pondok.

Isteri memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Anda sebagai suami haruslah bekerja sama dengan isteri anda untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia.

Diharapkan artikel ini dapat menambahkan kebahagiaan dan membantu si suami dan juga bakal suami di luar sana untuk lebih memahami pasangan masing-masing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ikahwin

Sambutan Hari Putih, White Day

Sambutan Hari Putih, White Day

Sambutan Hari Putih, White Day merupakan suatu hari yang diraikan di negara Jepun dan Korea Selatan pada 14 Mac setiap tahun, sebulan selepas Hari Valentine dan merupakan dikatakan tradisi yang berasal dari Jepun.

Sambutan Hari Putih, White Day

Di Jepun, kebiasaanya pada Hari Valentine, kaum wanita akan memberi hadiah coklat (sama ada buatan tangan atau beli di kedai) kepada kaum lelaki sebagai suatu ungkapan cinta dan kasih sayang.

Coklat buatan tangan itu lebih disukai oleh penerima kerana ia tanda bahawa lelaki itu menerima "satu-satunya" wanita itu sebagai kekasihnya.

Pada Hari Putih sebaliknya berlaku apabila lelaki yang menerima coklat itu sama ada honmei-choco ("coklat cinta") atau giri-choco ("coklat ihsan") ketika Hari Valentine perlu membalas hadiah tersebut yang kebiasaanya lebih mahal dari pemberian wanita.

Secara tradisionalnya, hadiah yang diberikan ketika hari tersebut ialah biskut, barang kemas, coklat putih, pakaian dalam berwarna putih dan marshmallow.

Kadangkala, istilah sanbai gaeshi, secara harfiahnya, "tiga kali ganda pulangan" digunakan untuk menggambarkan bahawa hadiah pulangan tersebut hendaklah dua hingga tiga kali ganda lebih mahal daripada hadiah pemberian pada Hari Valentine.

Hari Putih juga diamalkan di negara Korea, dimana lelaki yang telah menerima hadiah coklat daripada wanita pada Hari Valentine hendaklah membalas hadiah itu.

Kebiasaanya ialah gula-gula bukan coklat.

Pada hari ke-14 bulan seterusnya iaitu Hari Hitam, dilakukan pula oleh seseorang yang masih belum mempunyai kekasih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Monday, March 13, 2017

Patung Firaun Ramses II Berusia Lebih 3000 Tahun Dijumpai Di Cairo!

Patung Firaun Ramses II Berusia Lebih 3000 Tahun Dijumpai Di Cairo!

Ahli arkeologi Jerman dan Mesir berjaya membawa keluar patung yang sangat besar, tertanam di bahagian bandar setinggan Cairo yang padat.

Ramses II

Patung besar itu dijangkakan berusia lebih 3000 tahun dan menurut perkiraan adalah patung kepada firaun Ramses II.

Firaun Ramses II

Matariya, tempat di mana patung ini tertanam adalah kota yang sangat padat dan miskin. Penemuan ini bakal memberikan berita dan cerita yang baru kepada dunia purba Mesir dengan penemuan baru beberapa tulisan hieroglyph bersama dengan patung ini.

Ramses II

Menurut kajian sejarah, Ramses II adalah firaus yang paling agung dalam sejarah purba Mesir.

Ramses II mungkin firaun yang disebut dalam Al-Quran ketika zaman Nabi Musa kerana jalur masa yang hampir tepat.

Ramses II

Kita tahu kisah Firaun yang berkuasa saat itu akhirnya tewas terperangkap di dalam air laut yang akhirnya menutup kembali setelah Nabi Musa dan Bani Israil sampai di seberang.

Ramses II

Maka dengan penemuan ini, diharap dapat menghuraikan lagi tentang sejarah Ramses II dengan lebih lanjut.

Patung ini mempunyai ketinggian 7 meter dan diperbuat dari batu kuarza dan pihak arkeologi sudah memulakan proses restorasi untuk segala artifak yang dijumpai di tapak ini.

Ramses II

Dikhabarkan bahan arkeologi ini akan dipamerkandi Grand Egyption Museum yang akan dibuka secara rasmi pada 2018.

Ramses II

Dengan penemuan hebat ini, ianya dijangka dapat mengembalikan tourism Egypt yang sebelum ini terjejas teruk akibat perang yang berlaku di Mesir.

Ramses II

Ada yang berpendapat masih banyak lagi artifak purba yang belum diterokai di Mesir dan ini adalah salah satu penemuan penting sepanjang dekad ini.

BACA INI JUGA:

Sumber: thevocket

Kejadian Luarbiasa Bilal Azan Ketika Koma

Kejadian Luarbiasa Bilal Azan Ketika Koma

Individu di dalam satu video yang dianggap sangat luarbiasa ini adalah seorang bilal yang berada dalam keadaan koma disebabkan satu insiden.

Bilal

Difahamkan, bilal ini akan ‘bangun’ setiap kali masuk waktu solat untuk melaungkan azan dan koma semula setelah selesai azan.

Ibnu Rajab Al Hambali pernah mengatakan, sesungguhnya seorang hamba akan diberi balasan sesuai amalan yang dia lakukan.

“Barang siapa meninggalkan suatu amalan, bukan kerana uzur syarie seperti sakit, bersafar atau dalam keadaan lemah di usia tua, maka akan terputus darinya pahala dan ganjaran jika dia meninggalkan amalan tersebut.” (Lihat Fathul Baari lii Ibni Rajab, 1/84)

Namun perlu diketahui bahawa apabila seseorang meninggalkan amalan soleh yang biasa dia lakukan secara rutin kerana alasan sakit, sudah tidak mampu lagi melakukannya, dalam keadaan bersafar atau uzur syarie lainnya, maka dia akan tetap memperoleh ganjarannya.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW, “Jika seseorang sakit atau melakukan safar, maka dia akan dicatat melakukan amalan sebagaimana amalan rutin yang dia lakukan ketika mukim (tidak bemusafir) dan dalam keadaan sihat.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2996)

Semoga kejadian ini dijadikan renungan dan diambil manfaatnya.

Tonton di Youtube.

BACA INI JUGA: Magisnya Azan

Sumber: fb/abuaqif.alaman

Sunday, March 12, 2017

3 Perkara Isteri Wajib Tahu Untuk Puaskan Suami

3 Perkara Isteri Wajib Tahu Untuk Puaskan Suami

Walaupun anda mungkin melihat suami puas setiap kali datang inzal, suami tidak semestinya puas dengan hubungan seks yang dia lakukan dengan isteri.Pelik kan? Adakah benar lelaki juga tidak mencapai kepuasan ketika hubungan seks?

Isteri Puaskan Suami

Untuk isteri memberikan kepuasan kepada suami secara mutlak ketika hubungan seks, anda perlu tahu 3 perkara penting berikut.

1. Suami hanya akan alami orgasme yang sebenar jika dia benar–benar terangsang

Walaupun suami anda datang inzal, tidak semestinya dia sudah mengalami orgasm kerana orgasm yang sebenar–benarnya adalah orgasm yang terjadi dari perhubungan seks yang baik.

Jika dia tidak terangsang dengan hubungan seks tersebut, dia hanya akan mengeluarkan air mani sahaja tanpa ada rasa puas di hati.

Jadi, jika anda mahu memuaskan suami ketika di ranjang, berikan dia rangsangan dan godaan yang hebat.

2. Suami suka melihat aksi isteri

Suami akan lebih terangsang jika dia melihat anda dalam keadaan yang seksi di ranjang contohnya, muka anda yang sedang kepuasan pasti akan memberi rangsangan kepada suami anda.

Begitu juga dengan badan anda yang berada dalam kedudukan seksi, ia pasti akan membuatkan suami anda sangat geram.

Keluarkan semua aset seksi anda ketika melakukan hubungan seks!

3. Suami suka mendengar suara anda

Suaran rengekan pasti akan membuatkan suami lebih terangsang ketika melakukan hubungan seks. Jangan takut untuk bersuara kerana suami pasti akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Kesimpulan

Ketiga–tiga perkara ini sangat penting dan aanda boleh gunakan untuk memuaskan suami di ranjang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: psi

Misteri Penemuan Keris Sembilan Lok Abad Ke-15 Di Kuil Okinawa Jepun

Misteri Penemuan Keris Sembilan Lok Abad Ke-15 Di Kuil Okinawa Jepun

Hubungan diplomatik Tanah Melayu dan Jepun dikatakan sudah wujud seawal abad ke-15 dan fakta berkenaan disokong oleh penemuan keris sembilan lok (lekuk) di salah sebuah kuil di Okinawa, Jepun.

Keris Sembilan Lok

Menurut laman Facebook The Patriot, keris sembilan lok hanya dimiliki oleh golongan diraja Kesultanan Melayu Melaka berbanding panglima yang memiliki keris tujuh lok.

Berkata lanjut mengenai penemuan keris Melayu di Kuil Enkakuji (Enkaku-Ji) di Okinawa pada tahun 2003, The Patriot merungkai keris tersebut merupakan hadiah daripada kerajaan Kesultanan Melayu kepada kerajaan Ryuku yang memerintah Jepun pada waktu itu.

Hadiah tersebut menandakan pemeteraian kerjasama kedua-dua negara secara rasmi.

Kerajaan Ryuku memiliki Istana Shujiro yang terletak berdekatan dengan tapak Kuil Enkakuji.

Di bumi Okinawa juga ditemui 19 pucuk surat ditulis dalam bahasa Cina berkaitan hubungan dagang dan diplomatik antara Kesultanan Melayu dan kerajaan Ryuku.

11 daripadanya merupakan perutusan kerajaan Melaka kepada Jepun dan selebihnya daripada kerajaan Ryuku.

Sejarawan Jepun, Professor Atushi Kobata dan Mitsugu Matsuda yang membuat kajian terhadap surat berkenaan mendapati beberapa pucuk surat berkenaan ditulis oleh Laksamana Hang Tuah.

Hang Tuah dikatakan berkhidmat sebagai Panglima Istana dibawah pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah sekitar tahun 1480.

Hubungan kedua-dua kerajaan sebelum ini bersandarkan dagangan eksport arak nipah namun selepas pengaruh Islam menembusi istana, dagangan tersebut dihentikan.

Selain eksport arak, The Patriot juga mendakwa cantingan batik juga menjadi komoditi dagangan Melaka ke Okinawa yang kemudiannya menjadi pemakaian rasmi budaya Istana Ryuku.

"Antara yang masyhur adalah import teknologi tenun 'ikat' yang mesinnya direkodkan telah dibawa dari Melaka pada zaman Mansur Syah dan Sho Shin.

"Produknya yang dipanggil kain Bingata terkenal dengan kehalusan dan kualitinya yang dicemburui masyarakat Jepun yang kemudian mencedok industri tersebut ke Jepun sekitar 1600-an setelah Ryukyu didominasi kuasa Shogun Satsuma yakni wakil Lautan Selatan Keshogunan Tokugawa," jelasnya.

Sejarawan, H.K. George menerusi bukunya, Okinawa The History of an Island People juga menyebut pemakaian tengkolok seperti Kesultanan Melayu Melaka juga menjadi budaya pakaian Istana Ryuku.

“Kegunaan warna-warni yang cerah serta jenis corak yang unik yang dihasilkan di Okinawa dipengaruhi oleh barangan import daripada pulau-pulau di Selatan.

"Dari situ juga, wujudlah turban unik atau “hachimaki” yang digunakan oleh golongan atas Okinawa sehingga zaman moden," tulis George.

BACA INI JUGA: Kehebatan Keris Sebagai Senjata Sehingga Digelar 'A Coward Weapon'

Sumber: MD

10 Aksi Dan Kekuatan Bruce Lee Yang Paling Luar Biasa

10 Aksi Dan Kekuatan Bruce Lee Yang Paling Luar Biasa

Nama Bruce Lee cukup popular dalam seni mempertahankan diri dengan gaya berkung fu yang bersahaja tetapi pukulan yang cukup padu telah menarik ramai peminat. Keaslian kung fu beliau juga di akui dengan beberapa ciptaan gerakan baru.

Namun, kematian mengejut Bruce Lee pada usia yang masih muda telah mengejutkan dunia dan sehingga ke hari ini masih ramai lagi yang 'terpukul' dengan kehebatan luar biasanya dalam dunia kung fu.

Dibawah ini dikatakan 10 sebab kenapa Bruce Lee bukan biasa-biasa. Kalau tak tahu, boleh baca 10 sebab keupayaan luar biasa Bruce Lee.

1. Dragon Flag

Dragon Flag

Bruce Lee memang seorang yang fanatik untuk mendapatkan kekuatan yang luar biasa dan di akui sendiri oleh isterinya, Linda Lee.

Keutamaan Bruce Lee adalah membina tubuh sasa dengan otot berketul-ketul. Dia percaya tubuh yang kuat akan membantunya meningkatkan kebolehan berkung fu.

Bruce Lee selalu melakukan aksi Dragon Flag seperti gambar hiasan di atas dan latihan ini merupakan antara aksi paling sukar untuk di lakukan oleh sesiapa pun.

Sylvester Stallone melalui filem Rocky 4 pernah melakukan aksi ini tapi itu dalam filem, betul ke? Kalau betul, Sylvester Stallone pun nampaknya bukan aktor biasa-biasa.

2. Tangkap nasi dengan chopstick

Tangkap nasi dengan chopstick

Jangan salah faham, bukan makan nasi dengan chopstick tapi tangkap nasi. Kalau makan nasi dengan chopstick tu biasa saja.

Dilaporkan Bruce Lee suka berlatih menangkap nasi dengan chopstick. Dia akan melambungkan nasi ke udara dan cuba menangkap nasi itu dengan chopstick.

Untuk meningkatkan tidak balas refleks, supaya pantas mengelak pukulan lawan semasa berkung fu.

Walaupun latihan ini nampak macam remeh je, anda cubalah buat kalau boleh. Bukan senang ni.

3. Karung tinju biasa tak cukup kuat untuk Bruce Lee

Karung tinju

Bruce Lee suka menggunakan pelbagai peralatan dan mesin bina badan mengikut cerita rakannya, James Lee. Sebahagian peralatan ini di cipta atas permintaan Bruce Lee sendiri.

Walaupun cerita ini tidak dapat di pastikan, tetapi karung tinju biasa tidak cukup kuat untuk Bruce Lee berlatih. Karung guni biasa terlalu "ringan". Berat karung tinju normal adalah sekitar 70 pounds.

4. Tekan tubi sebelah tangan

Tekan tubi

Semasa di usia muda lagi Bruce Lee suka menunjukkan kebolehan tekan tubi sebelah tangan dalam latihan dan merupakan latihan kegemarannya.

Menurut sumber, dia mampu melakukan tekan tubi sebelah tangan sehingga 50 kiraan.

5. Sekali pukul, 1 inci mundur

Ini salah satu cerita popular tentang Bruce Lee. Sekali kena pukulan tangannya, mangsa akan mundur 1 inci ke belakang.

Bruce mampu mengumpulkan kekuatan tenaga di badan menuju terus ke tangannya. Macam dalam filem je. Tapi itulah kekuatan pukulan tangan Bruce Lee.

6. Susah nak pukul Bruce Lee

pukul Bruce Lee

Bruce Lee merupakan bintang besar dalam industri filem. Kebolehannya berkungfu telah membuatkan ramai orang mencabarnya untuk bertarung.

Di tahun 70an, budaya tunjuk samseng, cabar mencabar untuk bergaduh adalah perkara biasa.

Dalam hidupnya, dia pernah beberapa kali di cabar bertarung. Apa yang berlaku ialah pencabarnya gagal memukul Bruce Lee walaupun sekali. Pergerakan Bruce Lee terlalu pantas yang menyukarkan lawan memukulnya.

Semasa di set pengambaran filem Enter the Dragon, dia di cabar berlawan. Bruce Lee mampu mengelak setiap pukulan lawan dan berjaya 'mengunci' lawannya ke dinding.

Satu pengajaran berguna bagi sesiapa yang cuba menguji kebolehan kungfu Bruce Lee.

Tapi Bruce Lee pernah di pukul dengan lagenda karate dunia Chuck Norris. Tapi akhirnya Bruce Lee dapat mengalahkan Chuck Norris. Itu dalam Filem!

7. Dia sepantas kilat

Dia sepantas kilat

Kepantasan Bruce Lee memang sesuatu yang menjadi lagenda. Salah satunya ialah keupayaannya mengambil syiling dari tangan sesiapa pun.

Secara praktikalnya, seseorang perlu meletakkan duit syiling di tangan dengan jarak beberapa kaki dari Bruce Lee.

Orang itu boleh mengengam syiling dalam tangan jika melihat sebarang pergerakan Bruce Lee yang cuba mengambil duit syiling itu.

Apa yang berlaku cukup menakjubkan, belum sempat tangan di genggam, syiling itu sudah berjaya 'di curi' oleh Bruce Lee. Kepantasan yang menakjubkan.

8. Lebih pantas dari kamera

Lebih pantas dari kamera

Memang susah untuk merakam adegan pertarungan jika melibatkan Bruce Lee. Ini terjadi semasa pengambaran filem Green Hornet. Pergerakan pantas Bruce Lee telah menyukarkan jurukamera merakam aksinya.

Bruce Lee terpaksa memperlahankan pergerakannya supaya dapat di rakam oleh kamera. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam pengambaran filem pada masa itu. Orang lebih pantas dari kamera!

9. Bahu terseliuh bila kena penampar di muka Bruce Lee

Bahu terseliuh

Jika ada yang mengatakan penamparnya boleh menyebabkan bahu orang terseliuh, itu memang luar biasa. Tapi bagi atlet terlatih yang mendapat latihan keras seperti Bruce Lee, mungkin cerita ini benar.

Semasa satu latihan kungfu, Bruce Lee telah membuat satu pukulan seperti menampar ke muka seorang pelatih. Tapi yang mengejutkan, bahu pelatih itu pula yang terseliuh. Memang power pukulan Bruce Lee ni.

10. Melambung ke udara

Melambung ke udara

Dalam banyak-banyak sebab, ini mungkin sebab yang paling popular. Dengan segala kekuatan dan latihan yang cukup rumit, tendangan Bruce Lee buat orang melambung?

Inilah "pranks" yang banyak di tonjolkan tentang Bruce Lee. Namun hakikat sebenarnya ini hanya berlaku dalam filem.

BACA INI JUGA: Kisah Bruce Lee Mati Di Tangan Silat Melayu

Sumber: 4infomasi

Saturday, March 11, 2017

5 Pemimpin Dunia Yang Digulingkan Oleh Rakyat

5 Pemimpin Dunia Yang Digulingkan Oleh Rakyat

Sejarah dunia telah menyaksikan beberapa orang pemimpin dan diktator yang zalim, kejam dan mengamalkan rasuah dari pelbagai negara di seluruh dunia yang ditumbangkan.

Lebih mengecewakan lagi apabila karier politik mereka ditamatkan apabila rakyat mereka sendiri menentang pentadbiran kerajaan dan juga melalui tindakan undang-undang melalui peringkat antarabangsa.

Ia seperti menjadi satu hari yang sangat menakutkan bagi pemimpin-pemimpin tersebut selepas menyedari tiada lagi hari esok buat mereka sebagai ketua negara.

Harta yang banyak sekalipun sudah tidak bermakna lagi kerana akhirnya kebenaran dan keadilan sebenar tidak boleh dibeli atau disogok dengan wang.

Di bawah ini merupakan pemimpin-pemimpin di beberapa buah negara dunia yang diturunkan dari tampuk pemerintahan secara paksa dan karier politik mereka dikuburkan oleh rakyat serta undang-undang dunia.

1. Slobodan Milosevic

Slobodan Milosevic

Beliau akan terus dikenang sebagai pemimpin yang zalim di atas segala kejahatan yang dilakukan sewaktu perang Serbia-Bosnia.

Perang yang tercetus pada tahun 1992 sehingga 1995 itu telah membunuh ribuan penduduk muslim Bosnia atas arahan Slobodan Milosevic dan tentera Serbia.

Akhirnya, beliau ditangkap dan diadili sebagai penjenayah perang dan meninggal dunia dalam penjara pada tahun 2006.

Usaha pihak pengadilan antarabangsa mencari sisa pengikut beliau yang terlibat dalam jenayah genocide pada Perang Bosnia tetap diteruskan.

2. Alfredo Stroessner

Alfredo Stroessner

Beliau merupakan diktator yang memerintah Paraguay hampir empat dekad bermula pada tahun 1954 dengan rejim Stroessner terkenal dengan penyeksaan, penculikan dan kekejaman oleh pihak polis.

Menariknya, pada tahun 1989 Stroessner telah digulingkan oleh rejimnya sendiri kerana mereka khuatir diktator itu akan melantik anaknya sendiri yang juga seorang penagih dadah menjadi penggantinya untuk memerintah Paraguay.

Beliau dikatakan meninggal dunia sewaktu berada dalam pengasingannya di Brazil pada tahun 2006.

Majalah TIME pernah menulis bahawa rejim Stroessnar merupakan rejim paling lama yang bertahan diantara para diktator lain di Barat.

3. Antonio Salazar

Antonio Salazar

Mendengar saja nama Antonio Salazar sudah cukup memberi gambaran bahawa beliau merupakan salah seorang pemimpin paling kejam di Benua Eropah.

Salazar yang memimpin Portugal sejak tahun 1932-1968 terkenal dengan bentuk pemerintahan nasionalis konservatif atau fasis Salazar berdiri teguh dengan visi anakronistik dimana Portugal masih mempunyai kekuatan ‘kaisar’ yang berhak menceroboh koloni-koloninya di selatan Afrika.

Rejim Salazar atau ‘Estado Nobo’ berjaya membangunkan negara menjadi maju dan mengekalkan kestabilan ekonomi negara biarpun sarat dengan penindasan terhadap rakyat.

Pada tahun 1960 telah berlaku satu pemberontakkan besar-besaran terhadap rejim Salazar di Mozambik dan Angola.

Beliau yang sedang menderita akibat pendarahan orak pada tahun 1968 telah dilucutkan jawatan secara diam dan pada tahun 1974, Revolusi Bunga muncul sekaligus menandakan berakhirnya pemerintahan rejim Salazar.

4. Pol Pot

Pol Pot

Empat tahun rakyat Kemboja hidup dibawah kepimpinan Pol Pot sudah cukup memberi kesengsaraan terhadap mereka semua.

Dari tahun 1975-1979, dianggarkan lebih kurang 1.7 juta rakyat Kemboja mati dibunuh oleh Pol Pot sehingga digambarkan beliau telah membuka sebuah ladang pembunuhan.

Namun, selepas penaklukan Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1978 telah membuatkan Pol Pot mula berasa gentar dan cuba meluaskan pemerintahannya dari dalam hutan.

Akhirnya, tempat yang menjadi persembunyian buat Pol Pot telah didedahkan oleh anak buahnya sendiri terhadap pihak lawan sehingga memusnahkan kerjaya politi beliau.

Pol Pot akhirnya meninggal dunia sewaktu berada dalam tahanan pada 15 April 1996.

5. Ferdinand Marcos

Ferdinand Marcos

Nama Ferdinand Marcos terus diingati sehingga ke hari ini sebagai Presiden Fiipina tahun 1964.

Sepanjang dua tahun pemerintahan beliau, Marcos sering melaungkan kepada rakyat Filipina tentang ancaman revolusi komunis dan perkara itu digunakan beliau untuk mengawal media serta menangkap beberapa orang lawan politiknya.

Pada ketika itu jugalah, jenayah korupsi dan kronisme semakin berleluasa dan berjuta wang negara disedut ke akaun peribadi Marcos di Switzerland.

Pada tahun 1986, Marcos sekali lagi berjaya merampas semula jawatan Presiden Filipina biarpun hakikatnya pilihanraya itu dicemari dengan penipuan, intimidasi dan kekerasan.

Kejayaannya tidak bertahan lama kerana akhirnya Marcos telah digulingkan dalam Revolusi EDSA pada tahun yang sama.

Beliau dan isterinya melarikan diri dari Filipina dan akhirnya Marcos meninggal dunia dalam pengasingannya di Hawaii pada tahun 1989.

Hal ini telah membuktikan bahawa bukan semua pemimpin yang suatu masa dahulu pernah disanjung hebat dan dibanjiri dengan kemewahan akan berakhir dengan gemilang.

Namun, tidak semua pemimpin di dunia ini kecundang akibat salahlaku sendiri kerana tetap pada hakikatnya, pemimpin yang memperjuangkan kebenaran juga bakal berhadapan dengan rakyat yang mahu disogok dengan penipuan.

BACA INI JUGA: 5 Isteri Pemimpin Dunia Paling Boros Dalam Sejarah

Sumber: lokmanamirul