Sunday, November 27, 2016

15 Perkampungan Paling Cantik Dan Menakjubkan Di Eropah Anda Boleh Lawati

15 Perkampungan Paling Cantik Dan Menakjubkan Di Eropah Anda Boleh Lawati

Kalau sebelum ini anda fokus untuk pergi ke destinasi yang selalu menjadi tumpuan pelancong, apa kata kali ini cuba tukar selera pula.

Orang kata masa travel yang paling seronok adalah apabila anda memilih untuk tinggal bersama orang tempatan. Ini cara paling dekat untuk mengenali keunikkan sesuatu kaum dan budaya mereka.

Serius, melihat permandangan perkampungan di Eropah ini buat saya jatuh hati untuk terus tinggal di sini. Memang cantik sungguh, nampak tenang.

Eropah merupakan di antara destinasi percutian yang popular dikalangan rakyat Malaysia, apatah lagi kita tidak memerlukan visa untuk ke sana. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Undredal, Norway

Undredal, Norway

Zaanstad, Belanda

Zaanstad, Belanda

Bavaria, Jerman

Bavaria, Jerman

Olden, Norway

Olden, Norway

Rocamadour, Perancis

Rocamadour, Perancis

Reine, Norway

Reine, Norway

Torla, Sepanyol

Torla, Sepanyol

Kvívík, Faroe Islands

Kvívík, Faroe Islands

Castellfollit de la Roca, Sepanyol

Castellfollit de la Roca, Sepanyol

Hallstatt, Austria

Hallstatt, Austria

Pittenweem, Scotland

Pittenweem, Scotland

Svaneti, Georgia

Svaneti, Georgia

Colmar, Perancis

Colmar, Perancis

Hamnøy, Norway

Hamnøy, Norway

Saint-Jean-D’Arvers, Perancis

Saint-Jean-D’Arvers, Perancis

Jika anda mahu cuba idea ini, kami cadangkan anda berkunjung ke salah satu destinasi perkampung tercantik di Eropah ini. Permandangan memang superb!

BACA INI JUGA: Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

Sumber: Thevocket

Kevin Cottam, Lelaki Yang Memilih Hidup Sebagai Seorang 'Jedi'

Kevin Cottam, Lelaki Yang Memilih Hidup Sebagai Seorang 'Jedi'

Seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti karektror fiksyen Star Wars, Jedi kelihatan sedang bersiar-siar seorang diri di tengah-tongah bandar Wales, Britain.

Kevin Cottam Jedi

Penampilannya itu mencuri perhatian ramai kerana selain mengenakan pakaian karektor itu, dia juga memegang sebilah pedang cahaya atau light saber yang merupakan senjata milik Jedi.

Kevin Cottam, 46, bukanlah peminat watak fiksyen tersebut, namun dia cukup suka dengan pegangan Jedi yang dipanggil Jedism.

“Saya membuat penyelidikan dan kajian terperinci tentang kepercayaan tersebut dan sudah pun menjadi pengikut Jedism sejak enam tahun yang lalu.

“Saya meninggalkan agama saya yang dahulu iaitu Buddha dan menjadi pengikut Jedi kerana pengikut ini percaya setiap perkara yang berlaku di dunia adalah kerana terdapatnya paksaan,” ujarnya.

Tambah lelaki itu lagi, dia memberitahu ahli keluarganya tentang keinginannya untuk menjadi pengikut Jedi dan gembira kerana mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Begitu pun, Kevin kemudian menyatakan hasrat untuk memakai kostum Jedi yang berwarna putih itu ke mana sahaja dia pergi dan keluarganya tidak boleh menerimanya kerana menganggap ia agak keterlaluan.

Kevin bagaimanapun tidak mengendahkan pandangan ahli keluarganya dan meneruskan niat untuk mengenakan pakaian Jedi itu ke mana sahaja.

Ditinggalkan kekasih

Kevin Cottam Jedi

Selain menempah jubah khas tersebut, lelaki itu juga membeli dan membawa pedang cahayanya bersama.

Kevin tidak sedikit pun mempedulikan pandangan pelik orang ramai terhadapnya setiap kali dia keluar menguruskan rutin harian.

“Apabila saya berjalan di luar, ada juga yang menjerit-jerit kepada saya dan memanggil saya pelik atau gila, namun saya tidak mempedulikan mereka.

“Orang boleh berkata apa sahaja, namun saya mahu mereka tahu bahawa inilah diri saya yang sebenar. Sama ada mereka suka atau tidak, mereka perlulah menerima saya seadanya,” ujarnya.

Begitu pun, lelaki itu kemudiannya mengaku dia sedikit tertekan selepas teman wanitanya yang sudah bersama Kevin selama enam tahun meninggalkannya kerana tidak tahan dengan kostum pelik Kevin.

“Kami sudah menjalinkan hubungan selama enam tahun dan dia tiba-tiba menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan.

“Menurutnya, dia tidak sanggup dilihat bersama saya kerana pakaian Jedi ini,” ujarnya kepada portal berita The Guardian.

Kevin mengakui dia amat sayangkan kekasihnya, namun dia juga tidak mahu meninggalkan kepercayaan Jedism yang diikuti.

Biarpun ditinggalkan kekasih, Kevin masih boleh tersenyum kerana masih ada orang yang tidak menganggapnya pelik, malah suka dengan penampilan Jedinya.

Disukai kanak-kanak

Kevin Cottam Jedi

“Kanak-kanak yang berjumpa dengan saya sering meminta untuk mengambil gambar bersama dan itu sudah cukup untuk membuat saya gembira,” ujarnya.

Pada mulanya, Kevin tidak memiliki pedang cahaya Jedi dan hanya memiliki beberapa pasang kostum watak itu sahaja dalam simpanannya.

Begitu pun, kanak-kanak sering bertanya kepadanya mengapakah seorang Jedi tidak memiliki pedang cahaya.

Kevin akhirnya mengambil keputuan untuk membeli sebilah pedang tersebut dengan harga £750 (RM4,113).

“Kanak-kanak gembira apabila melihat saya bersama pedang dan menganggap saya Jedi yang sebenar,” ujarnya gembira.

Kevin bagaimanapun baru sahaja kehilangan pedang tersebut yang tidak sengaja ditinggalkan di dalam sebuah bas pada Ogos lalu.

BACA INI JUGA: Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

Sumber: Kosmo

Saturday, November 26, 2016

NIO EP9 Supercar Elektrik Terpantas Di Dunia

NIO EP9 Supercar Elektrik Terpantas Di Dunia

Syarikat kereta baharu dari China, NextEV telah mengeluarkan produk pertama mereka, sebuah supercar elektrik EP9.

NIO EP9

EP9 memasuki segmen supercar dengan bergaya apabila model itu kini adalah pemegang rekod fastest lap time untuk sebuah supercar elektrik di litar Nürbhurgring Nordschliefe, Jerman.

Menariknya, EP9 berjaya mencecah kelajuan top speed 321KM/J di litar ini! memang berdesup lajunya kereta ini (0-100KM dalam 2.7 saat), EP9 bakal memberi tentangan sengit kepada model saingannya, Tesla P100D.

Tesla dengan testimoninya menyatakan model P100D adalah kereta elektrik paling pantas di dunia apabila ianya berada di pasaran nanti.

Namun, dengan pencapaian EP9 di litar Nürbhurgring, Tesla perlu membuktikan kenyataan mereka ini.

NIO EP9

EP9 ini bukan sahaja pantas, malah mempunyai sistem pengecasan hebat kerana hanya 45 minit diperlukan untuk mengisi ‘tangki penuh’.

Satu pengecasan penuh membolehkan anda bergerak sejauh 400KM bergantung kepada pemanduan anda.

Tiada sebarang info mengenai harga jualan dan bila kereta ini akan berada di pasaran tetapi menurut info, hanya 6 unit akan disiapkan untuk tahun 2017.

EP9 ini diharap menjadi pembuka mata kepada dunia bahawa pembuat kereta di China kini boleh menghasilkan kereta setaraf dengan pembuat kereta jenama antarabanga yang lain.

Go EP9!

BACA INI JUGA: 10 'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Thevocket

Kisah Luarbiasa Satu Kampung Jadi Jutawan Di Mexico

Kisah Luarbiasa Satu Kampung Jadi Jutawan Di Mexico

Antonino Fernandez merupakan anak ke-11 daripada 13 adik beradik dan berhijrah ke Mexico pada 1949 ketika berusia 32 tahun.

Antonino Fernandez
Dalam kenangan, Fernandez bertemu dengan penduduk di kampung kelahirannya.

Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grupp Modelo, syarikat kilang bir yang menghasilkan bir Corona.

Fernandez yang bergelar jutawan meninggal dunia pada Ogos lalu pada usia 99 tahun.

Dalam wasiatnya, beliau mengamanahkan supaya 169 juta pound diagihkan kepada penduduk di Cerezales, sebuah perkampungan dalam wilayah Leon, lokasi di mana beliau dilahirkan.

Setiap penduduk di kampung itu menerima kira-kira dua juta pound.

Jutawan Sekelip Mata

Semua 80 penduduk di sebuah perkampungan terpencil di Cerezales del Condado menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Namun nasib mereka berubah 360 darjah bukan disebabkan kemenangan dalam loteri yang popular di negara itu, El Gordo.

Cerezales village

Ia hanya kerana perkampungan itu merupakan tempat lahir Antonino Fernandez.

Antonino Fernandez dilahirkan pada 13 Disember 1917 dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin.

Beliau terpaksa berhenti sekolah pada usia 14 tahun kerana ibu bapanya tidak mampu membayar yuran sekolah.

Selepas Perang Saudara Sepanyol, beliau berpindah ke bandar Leon di Utara Sepanyol dan berkahwin dengan Cinia Gonzales Diez.

Pada 1949, bapa saudara isterinya, yang memiliki syarikat Grupo Modelo mengajak mereka untuk berhijrah ke Mexico.

Di sana Fernandez memulakan kerja sebagai pekerja gudang di syarikat tersebut.

Pada 1971 beliau dilantik sebagai CEO dan menghasilkan bir Corona, minuman keras popular di Mexico dan mendapat permintaan tinggi dari Sepanyol.

Antonino
Antoninobersama isteri.

Beliau memegang jawatan CEO sehingga 1997 dan Pengerusi Lembaga Pengarah sehingga 2005 dengan kedua-dua peranan itu kemudiannya diambil alih oleh anak saudaranya, Carlos Fernandez Gonzalez.

Fernandez kekal sebagai Pengerusi Kehormat Grupo Modelo sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Corona Extra merupakan bir kedua mendapat permintaan tertinggi di Amerika Syarikat dengan jualan tahunan sebanyak AS$693 juta (556 juta pound).

BACA INI JUGA: 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!

Sumber: mStar

Adakah Kerana Ramai Berebut Membeli-belah, Semua Rakyat Malaysia Kaya-raya?

Adakah Kerana Ramai Berebut Membeli-belah, Semua Rakyat Malaysia Kaya-raya?

Ramai rakyat masih lagi merungut akibat kenaikan minyak petrol dan minyak masak yang amat ketara tingginya.

Rakyat+Dizalimi

Dan seperti biasa kita akan mendengar pandangan klise bahawa, walaupun harga minyak naik, KLCC penuh juga. Lebuhraya sesak juga setiap kali cuti. Pusat pusat peranginan penuh dengan pelancong tempatan. Mana miskinnya rakyat?

Beli iphone mampu. Beli tiket bola sanggup.

Itulah antara kata-kata yang kita dengar disebalik tabir kata-kata rungutan rakyat akibat kepayahan hidup.

Kita pun tak pasti samada kata-kata itu lahir dari hati atau sekadar sindiran sakarstik.

Malangnya, bukan ramai pengunjung di KLCC, bukannya ramai membeli iphone. Memang ramai peminat memenuhi stadium setiap kali bola atau rakyat jelata berebut nak beli kasut adidas berharga 1K, namun inikah yang dijadikan ukuran kekayaan dan kesenangan 30 juta orang rakyat? Itu sombong dan angkuh.

Bukan semua ke KLCC. Bukan semua beli iPhone. Bukan semua datang ke stadium. Bukan semua beli kasut adidas.

Cuba lihat dari mata burung. Rasailah keadaan mereka yang hidup di kampung-kampung.

Perasaan seorang cashier memberi resit harga coklat GODIVA + GST kepada pelanggan berstatus datin tidak sama dengan perasaan seorang cashier yang melihat seorang ibu meminta anaknya meletakkan gula gula mentos dirak apabila jumlah bayaran melebihi bajet di dompet.

Perasaan seorang pemandu kereta untuk CEO ketika membayar ratusan ringgit nilai minyak RON97 ditangki Mercedes tidak sama dengan perasaan seorang pakcik bekerja buruh yang menghitung syiling demi syiling mencukupkan jumlah untuk mengisi tangki karat kapcai sebelum menuju ke tempat kerja.

Perasaan seorang ibu yang mewah membekalkan bento beraneka juadah untuk anak makan disekolah tidak sama dengan anak-anak orang miskin yang berbaris di pili untuk minum selepas wang belanja dihabiskan untuk makan nasi goreng kosong atau sebatang sosej.

Cuba jadi orang orang desa..
Cuba rasai orang-orang marhaen..

Cuba bayangkan, adakah tidur mereka selena kita?
Cuba fikirkan, makanan tengahari mereka adakah sesedap jamahan kita?

Cukuplah dengan perbandingan-perbandingan bodoh yang keluar dari mulut-mulut menteri, pemimpin kaya-raya atau dari mulut orang yang ada kepentingan diri.

Jangan ditambah hiris luka hati rakyat.

Jangan berlagak sombong.

Takkan nak tunggu saat rakyat merempat, hidup melarat, mengemis dijalanan, hidup gelandangan, tidur beratap langit, berlantai tanah, baru nak sedar.

Semoga Allah timpakan balasan bagi mereka yang telah mati hatinya. Yang telah mati akalnya.

Oh miskinnya kami.

BACA INI JUGA: Kisah Orang Miskin, Orang Kaya

Ikan Laga Mirip Bendera Thailand Paling Mahal Di Dunia

Ikan Laga Mirip Bendera Thailand Paling Mahal Di Dunia

Seekor ikan laga Siam yang memiliki warna bendera kebangsaan Thailand telah dibeli dengan harga sekitar 53,500 baht (AS$1,530) dalam lelongan dalam talian, menjadikan ia ikan laga paling mahal yang pernah dijual.

Ikan+Laga+Mahal

Gambar ikan, berwarna biru dengan jalur horizontal merah dan putih menyerupai bendera Thailand, menjadi viral selepas pembiaknya, Kachen Worachai menyiarkannya dalam kumpulan lelongan ikan laga di laman sosial.

Kachen berkata, dia menjangkakan seseorang akan membeli ikan itu dengan harga ribuan baht namun terkejut apabila bidaan itu mencatat 10,000 baht (AS$285) pada hari kedua.

“Saya tidak pernah menjangkakan ikan saya akan mencapai harga sebegitu,” kata Kachen, pemilik kedai serba guna yang membiak ikan laga sebagai satu hobi.

Dia menyiarkan gambar itu pada 6 November dengan permulaan bidaan kira-kira 99 baht (AS$2.82) dan menutup lelongan pada 8 November.

Harga tertinggi sebelumnya adalah ikan Betta ekor separa bulan yang dijual pada harga 23,500 baht (AS$671).

Ikan+Laga+Mahal

Sebelum ini, terdapat beberapa cubaan oleh pembiak lain untuk membiakkan ikan dengan jaluran warna bendera Thailand pada badannya, namun masih belum ada yang berjaya.

“Peluang untuk mendapatkan ikan dengan warna sebenar bendera adalah satu dalam 100,000,” kata Kachen.

“Ramai orang telah cuba untuk membiak ikan dengan warna bendera Thailand, namun tuah memihak kepada saya.”

BACA INI JUGA:

Sumber: Mediapermata

Friday, November 25, 2016

'Kebakaran Besar Di Israel Bala Dari Allah'

'Kebakaran Besar Di Israel Bala Dari Allah'

Mazin Abdul Adhim, seorang imam terkemuka berketurunan Iraq yang kini berada di London, Ontario, menerusi kenyataan dalam laman Facebook berkata, bencana kebakaran di negara haram Israel merupakan balasan daripada Allah kerana cuba mengharamkan azan di seluruh kawasan yang diceroboh.

Mazin Abdul Adhim

Mazin Abdul Adhim juga berharap kebakaran yang berlaku di Israel akan membakar seluruh tanah jajahan rejim Zionis sebagai balasan terhadap penindasan ke atas penduduk Palestin.

Malah kata beliau, kebakaran yang merebak dengan cepat disebabkan angin kencang mungkin dilihat sebagai satu kebetulan tetapi beliau percaya bala tersebut diturunkan oleh Allah.

"Menarik apabila melihat kelemahan rejim Zionis dan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan negara luar untuk menyelamatkan diri.

"Mereka tidak mengawal dunia, apatah lagi mengawal tanah kecil yang diberikan kepada mereka secara percuma oleh British selepas Perang Dunia Pertama.

"Tanpa boneka (negara sekutu) yang melindungi mereka serta kewangan yang disalurkan daripada AS, Israel tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh seminggu.

"Semoga Allah meningkatkan lagi tiupan angin untuk merebakkan lagi kebakaran sehingga tanah jajahan Israel hangus sebagai balasan merampas tanah penduduk asal di Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya," tulis Mazin.

Israel Terbakar

Kebakaran besar di Israel berlanjutan sejak beberapa hari lalu menyebabkan puluhan ribu pendatang haram Yahudi terpaksa menyelamatkan diri.

Rejim Zionis juga terpaksa merayu bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran tersebut yang sukar dikekang secara bersendirian.

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

Sumber: mStar

Israel Terbakar Selepas Larang Azan Di Palestin?

Israel Terbakar Selepas Larang Azan Di Palestin?

Selepas dilanda kebakaran yang hampir memusnahkan sebahagian besar penempatan haram yahudi, rejim pengganas ini terpaksa ‘tebal muka’ meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini berlarutan beberapa hari.

Israel Dijilat Api

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan susulan rejim Zionis meminta negara luar untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.

Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara beberapa buah negara asing yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Turki melakukan perkara sama.

Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.

Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.

Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.

Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Sebahagian penduduk terperangkap di kediaman mereka, manakala pihak tentera terpaksa mengerahkan askar simpanan untuk membantu menangani bencana itu yang masuk hari ketiga semalam. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa kebakaran itu dilakukan dengan sengaja.

Jurucakap Dewan Bandar Raya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada sekitar 250,000 penduduk Haifa telah dipindahkan.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld pula memberitahu, penduduk di lapan kejiranan telah diarahkan berpindah ekoran enam kejadian kebakaran ber­asingan.

“Sebanyak empat pusat penempatan sementara telah didirikan bagi menempatkan mereka,” katanya.

Beberapa penduduk berkata, mereka bertungkus-lumus untuk memindahkan golongan warga emas ke kawasan selamat.

“Kebakaran ini tidak dapat dikawal lagi dan merebak dari rumah ke rumah,” kata ketua operasi menyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg.

Seorang penduduk Haifa, Yael Hame memberitahu bahawa situasi kini amat menakutkan selepas dia melarikan diri dari rumahnya.

“Kebakaran ini menelan ba­ngunan pencakar langit. Api menjulang setinggi bangunan 20 tingkat,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu lebih berbahaya daripada bencana serupa pada 2010 di Haifa yang mengorbankan 44 orang sekali gus kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Israel.

Agensi kaji cuaca Israel pula meramalkan kebakaran hutan kali ini akan berterusan selama beberapa hari lagi.

Israel dilanda banyak kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu akibat musim luruh yang kering dan tiupan angin kuat. Selain Haifa, kebakaran belukar berlaku di serata negara Yahudi itu. -mStar

Hashtag ‘Israel Terbakar’ Trending Di Media Sosial Arab

Israel Terbakar

Hashtag ‘Israelburning‘ (Israel terbakar) telah menduduki tangga teratas media sosial khususnya laman Twitter dalam kalangan netizen Arab.

Rata-rata warga Arab dikatakan bersorak gembira atas insiden krisis kebakaran hutan yang kini sedang membelenggu negara haram Yahudi tersebut.

Mereka menganggap kebakaran itu adalah balasan Tuhan kerana Israel baru-baru ini telah melarang laungan azan di masjid-masjid di Palestin.

“Kerana Israel melarang azan, mereka terbakar. Allah Maha Besar,” tulis Ketua Keamanan Umum di Dubai, Dhani Khalfan Tamim.

“Israel terbakar hebat hingga meminta sekutunya untuk membantu. Hal ini terjadi setelah Israel melarang azan di masjid-masjid Palestin yang dirampas (Semoga Palestina merdeka),” tulis Imam Kuwait, Al-Afasy.

Sementara itu, pelbagai meme dan video memerli kebakaran di Israel itu turut tersebar menjadi viral.

Setakat ini, punca kebakaran aneh itu tidak diketahui sehingga menjadi misteri bagaimana ia boleh berlaku.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya kebakaran ini berpunca konon akibat perbuatan pengganas dan berjanji untuk memburu pihak yang terlibat.

Sementara itu, puluhan ribu penduduk Yahudi di bandar Haifa telah dipindahkan susulan krisis kebakaran itu. -Mynewshub

Azan di Masjid al-Ibrahimi dilarang 45 kali pada Februari

Israelburning

Pihak berkuasa Israel sebelum ini melarang azan berkumandang di Masjid al-Ibrahimi al-Khalil sebanyak 45 kali pada Februari lalu kerana mendakwa ia mengganggu penduduk Yahudi.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang mereka yang bertanggungjawab untuk azan daripada memasuki ruang di dalam masjid.

Malah, tentera Israel turut menempatkan tentera mereka di persekitaran masjid serta berterusan mengganggu rakyat Palestin yang cuba memasuki laman suci umat Islam itu. -PK

BACA INI JUGA: Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

Prabayar RedONE Beri Data Aktif Internet Percuma 30 Hari

Prabayar RedONE Beri Data Aktif Internet Percuma 30 Hari

RedONE merupakan salah satu penyedia rangkaian telekomunikasi maya (MVNO) yang hanya menyediakan pelan pascabayar sebelum ini.

redONE

Kini, RedONE mula melancarkan prabayar sendiri dengan tawaran yang agak menarik.

Pek permulaan prabayar redONE yang berharga RM10, datang bersama 500MB data percuma untuk kegunaan selama 30 hari, panggilan percuma sesama talian prabayar redONE, serta masa aktif talian selama 30 hari dari tarikh ia diaktifkan.

Ia adalah masa aktif talian paling lama untuk sebuah pek permulaan prabayar di Malaysia. Beli, aktifkan dan ia boleh terus digunakan selama 30 hari sebelum perlu ditambah nilai.

Sebagai promosi pengenalan, redONE akan memberikan RM10 kredit percuma untuk tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 bermula dari sekarang, sehingga 31 Disember 2016.

redONE [2]

Tetapi ia hanya diberikan sekali sahaja, dan tambah nilai perlu dibuat dalam masa 24 jam selepas pengaktifan.

Lebih menarik lagi, prabayar redONE datang bersama data percuma 500MB setiap bulan. Data percuma ini akan diberikan pada setiap 1 haribulan dan selagi mana talian pengguna aktif.

Masa aktif talian juga agak mudah dikira. Ini kerana tidak kira berapa tambah nilai yang dibuat samada RM10, RM20, RM30 atau RM50, kesemuanya akan memberikan masa aktif selama 30 hari. Ini dilihat selari dengan okjektif redONE yang mahu menjadikan segalanya mudah buat pengguna.

Panggilan percuma hanya diberikan sesama talian prabayar redONE sahaja. Jika mahu menghubungi talian lain termasuk talian pascabayar redONE, caj yang dikenakan adalah 16 sen seminit.

Untuk SMS pula, kadarnya 5 sen ke talian redONE dan Celcom, dan 10 sen ke talian lain.

redONE [3]

Jika 500MB data percuma tidak mencukupi, pengguna boleh melanggan pelan mingguan RM10 dengan 500MB data tambahan untuk kegunaan selama 10 hari, atau pelan bulanan RM20 dengan 1GB data tambahan untuk 30 hari penggunaan.

Jika kuota data habis, redONE tidak memberikan data asas percuma sebaliknya mengenakan caj 1 sen setiap 200KB.

Rangkaian redONE menyokong 4G LTE dan berjalan sepenuhnya melalui talian Celcom. Untuk maklumat lanjut, layari laman web prabayar redONE sekarang.

BACA INI JUGA: Internet Burung Hantu Kembali Menghantui Xpax Turbo

Sumber: SoyaCincau

Asal-usul, Sejarah Sambutan Thanksgiving Dan Black Friday

Asal-usul, Sejarah Sambutan Thanksgiving Dan Black Friday

Secara ringkasnya, asal-usul dan sejarah sambutan Thanksgiving bermula apabila sekumpulan pelayar yang berlayar dari London ke Plymouth Rock, Amerika Syarikat pada tahun 1620, meraikan kejayaan mereka pada tahun 1621 selepas berjaya mengharungi kepayahan hidup di tempat baru.

Thanksgiving

Ia tidak disambut secara menyeluruh pada ketika itu dan hanya pada 1777, Thanksgiving disambut serentak oleh 13 koloni.

Pada 1863, Presiden Abraham Lincoln mengisytiharkan Khamis terakhir November sebagai hari Thanksgiving bagi seluruh US.

Hanya pada 1941, Kongress Amerika mengesahkan Thanksgiving pada setiap Khamis keempat November sebagai cuti umum.

Hari ini, keluarga moden Amerika melihat Thanksgiving sepertimana umat Islam melihat Buka Puasa terakhir di bulan Ramadhan atau makan besar kaum Cina sebelum Tahun Baru Cina.

Sambutan diraikan di mana semua akan pulang ke kampung, makan bersama dan meluangkan masa bersama keluarga.

Hampir kebanyakan kedai dan premis pejabat ditutup awal pada hari tersebut untuk membolehkan pekerja pulang  menyambutnya bersama keluarga.

Sambutan lain Thanksgiving Day ialah Perarakan Kereta Berhias Macy's yang merupakan perarakan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua.

Ia telah dimulakan pada 1924, kecuali tahun-tahun Perang Dunia yang melibatkan hampir 2000 orang sukarelawan dan berarak sejauh 2.5 batu. (Di antara 78th Street dan akan berakhir di 34th Street 7th Avenue.)

Ketika perarakan ini, seramai 60-70 orang diperlukan untuk memegang belon-belon terapung yang akan diarak bersama-sama. Tahun ini, antara belon-belon yang diterbangkan ialah Spongebob Square Pants, Chicken Little, Ronald McDonald, Parker Brothers (Lelaki tua bertopi dalam monopoli) dll.

Sanbutan Black Friday

Black Friday

Mengenai membeli belah, Jumaat selepas Thanksgiving dinamakan sebagai Black Friday.

Black, kerana pada hari ini bermula (secara besar-besaran) proses membeli belah untuk Hari Krismas dan kerugian sepanjang tahun (dicatatkan di dalam warna merah) ditampung oleh keuntungan pada musim ini.

Kejayaan musim membeli belah pada satu-satu tahun bergantung pada hari Jumaat ini.

Sesetengah pusat membeli belah seperti Macy's akan memulakan operasi pada 6.30 pagi hingga tengah tengah malam!

Malah, ada yang akan "berkhemah" di dalam kereta atau di luar kedai menunggu kedai tersebut di buka!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: Ceritanyc

Apa Hukum Trade Binary Options? Adakah Halal Atau Haram?

Apa Hukum Trade Binary Options? Adakah Halal Atau Haram?

Apa tu Binary Options? Binary Options walaupun nampak seperti forex trading, tapi sebenarnya Binary Options adalah sebuah platform JUDI.

Binary Options Haram

Platform Binary Options biasanya menggunakan chart forex dan komoditi, tapi cara tradingnya adalah dengan “betting”. Bertaruh!

Dengan Binary Options, One atau zero. Dapat atau tak dapat apa-apa langsung. Pertaruhan, GAMBLE!

Sebagai contoh jika modal anda 100 USD, klik call atau put, untung dapat 70% iaitu 170 USD. Kalau rugi, habis semua 100 USD. Confirm la berjudi kan.

Binary Options hanya bersandarkan chart forex saja. Manakala untung telahpun ditetapkan oleh broker Binary Options itu sendiri. Sama ada 60% sehingga 90%.

Jadi, bagi anda yang tertanta-tanya ataupun baru cuba hendak berjinak-jinak dengan Binary Options, dinasihatkan semua jangan! Elakkan.

Binary Options Haram

Jauhilah perkara-perkara yang begini jelas haramnya. Dalam disiplin perniagaan judi, “house” always win. Sama seperti Binary Options ni.

Ada jugak broker forex yang menawarkan kedua-dua produk, forex dan Binary Options. Elakkan trade dengan broker tersebut walaupun anda hanya trade forex.

Sebab apa? Sebab kita dah tahu bahawa mentaliti pemilik broker atau CEO adalah mentaliti casino.

Mereka adalah broker Market Maker yang berniat jahat dan akan memanipulasi trading anda dan sentiasa mahukan anda rugi.

Sepatutnya juga, tiada istilah “trade” Binary Options, sebab bukan trade seperti mereka yang trade forex tetapi ini adalah “main” binary options, berjudi!

Hukumnya Haram! Full stop!

BACA INI JUGA: Wang Yang Dibekukan Dalam Skim Haram Tidak Akan Di Pulangkan - Bank Negara

Sumber: Moshed