Sunday, November 27, 2016

Kevin Cottam, Lelaki Yang Memilih Hidup Sebagai Seorang 'Jedi'


Seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti karektror fiksyen Star Wars, Jedi kelihatan sedang bersiar-siar seorang diri di tengah-tongah bandar Wales, Britain.

Kevin Cottam Jedi

Penampilannya itu mencuri perhatian ramai kerana selain mengenakan pakaian karektor itu, dia juga memegang sebilah pedang cahaya atau light saber yang merupakan senjata milik Jedi.

Kevin Cottam, 46, bukanlah peminat watak fiksyen tersebut, namun dia cukup suka dengan pegangan Jedi yang dipanggil Jedism.

“Saya membuat penyelidikan dan kajian terperinci tentang kepercayaan tersebut dan sudah pun menjadi pengikut Jedism sejak enam tahun yang lalu.

“Saya meninggalkan agama saya yang dahulu iaitu Buddha dan menjadi pengikut Jedi kerana pengikut ini percaya setiap perkara yang berlaku di dunia adalah kerana terdapatnya paksaan,” ujarnya.

Tambah lelaki itu lagi, dia memberitahu ahli keluarganya tentang keinginannya untuk menjadi pengikut Jedi dan gembira kerana mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Begitu pun, Kevin kemudian menyatakan hasrat untuk memakai kostum Jedi yang berwarna putih itu ke mana sahaja dia pergi dan keluarganya tidak boleh menerimanya kerana menganggap ia agak keterlaluan.

Kevin bagaimanapun tidak mengendahkan pandangan ahli keluarganya dan meneruskan niat untuk mengenakan pakaian Jedi itu ke mana sahaja.

Ditinggalkan kekasih

Kevin Cottam Jedi

Selain menempah jubah khas tersebut, lelaki itu juga membeli dan membawa pedang cahayanya bersama.

Kevin tidak sedikit pun mempedulikan pandangan pelik orang ramai terhadapnya setiap kali dia keluar menguruskan rutin harian.

“Apabila saya berjalan di luar, ada juga yang menjerit-jerit kepada saya dan memanggil saya pelik atau gila, namun saya tidak mempedulikan mereka.

“Orang boleh berkata apa sahaja, namun saya mahu mereka tahu bahawa inilah diri saya yang sebenar. Sama ada mereka suka atau tidak, mereka perlulah menerima saya seadanya,” ujarnya.

Begitu pun, lelaki itu kemudiannya mengaku dia sedikit tertekan selepas teman wanitanya yang sudah bersama Kevin selama enam tahun meninggalkannya kerana tidak tahan dengan kostum pelik Kevin.

“Kami sudah menjalinkan hubungan selama enam tahun dan dia tiba-tiba menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan.

“Menurutnya, dia tidak sanggup dilihat bersama saya kerana pakaian Jedi ini,” ujarnya kepada portal berita The Guardian.

Kevin mengakui dia amat sayangkan kekasihnya, namun dia juga tidak mahu meninggalkan kepercayaan Jedism yang diikuti.

Biarpun ditinggalkan kekasih, Kevin masih boleh tersenyum kerana masih ada orang yang tidak menganggapnya pelik, malah suka dengan penampilan Jedinya.

Disukai kanak-kanak

Kevin Cottam Jedi

“Kanak-kanak yang berjumpa dengan saya sering meminta untuk mengambil gambar bersama dan itu sudah cukup untuk membuat saya gembira,” ujarnya.

Pada mulanya, Kevin tidak memiliki pedang cahaya Jedi dan hanya memiliki beberapa pasang kostum watak itu sahaja dalam simpanannya.

Begitu pun, kanak-kanak sering bertanya kepadanya mengapakah seorang Jedi tidak memiliki pedang cahaya.

Kevin akhirnya mengambil keputuan untuk membeli sebilah pedang tersebut dengan harga £750 (RM4,113).

“Kanak-kanak gembira apabila melihat saya bersama pedang dan menganggap saya Jedi yang sebenar,” ujarnya gembira.

Kevin bagaimanapun baru sahaja kehilangan pedang tersebut yang tidak sengaja ditinggalkan di dalam sebuah bas pada Ogos lalu.

BACA INI JUGA: Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

Sumber: Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon