Nov 25, 2016

Prabayar RedONE Beri Data Aktif Internet Percuma 30 Hari

RedONE merupakan salah satu penyedia rangkaian telekomunikasi maya (MVNO) yang hanya menyediakan pelan pascabayar sebelum ini.

redONE

Kini, RedONE mula melancarkan prabayar sendiri dengan tawaran yang agak menarik.

Pek permulaan prabayar redONE yang berharga RM10, datang bersama 500MB data percuma untuk kegunaan selama 30 hari, panggilan percuma sesama talian prabayar redONE, serta masa aktif talian selama 30 hari dari tarikh ia diaktifkan.

Ia adalah masa aktif talian paling lama untuk sebuah pek permulaan prabayar di Malaysia. Beli, aktifkan dan ia boleh terus digunakan selama 30 hari sebelum perlu ditambah nilai.

Sebagai promosi pengenalan, redONE akan memberikan RM10 kredit percuma untuk tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 bermula dari sekarang, sehingga 31 Disember 2016.

redONE [2]

Tetapi ia hanya diberikan sekali sahaja, dan tambah nilai perlu dibuat dalam masa 24 jam selepas pengaktifan.

Lebih menarik lagi, prabayar redONE datang bersama data percuma 500MB setiap bulan. Data percuma ini akan diberikan pada setiap 1 haribulan dan selagi mana talian pengguna aktif.

Masa aktif talian juga agak mudah dikira. Ini kerana tidak kira berapa tambah nilai yang dibuat samada RM10, RM20, RM30 atau RM50, kesemuanya akan memberikan masa aktif selama 30 hari. Ini dilihat selari dengan okjektif redONE yang mahu menjadikan segalanya mudah buat pengguna.

Panggilan percuma hanya diberikan sesama talian prabayar redONE sahaja. Jika mahu menghubungi talian lain termasuk talian pascabayar redONE, caj yang dikenakan adalah 16 sen seminit.

Untuk SMS pula, kadarnya 5 sen ke talian redONE dan Celcom, dan 10 sen ke talian lain.

redONE [3]

Jika 500MB data percuma tidak mencukupi, pengguna boleh melanggan pelan mingguan RM10 dengan 500MB data tambahan untuk kegunaan selama 10 hari, atau pelan bulanan RM20 dengan 1GB data tambahan untuk 30 hari penggunaan.

Jika kuota data habis, redONE tidak memberikan data asas percuma sebaliknya mengenakan caj 1 sen setiap 200KB.

Rangkaian redONE menyokong 4G LTE dan berjalan sepenuhnya melalui talian Celcom. Untuk maklumat lanjut, layari laman web prabayar redONE sekarang.

BACA INI JUGA: Internet Burung Hantu Kembali Menghantui Xpax Turbo

Sumber: SoyaCincau

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon