Friday, November 24, 2017

Apa Itu Jualan 'Black Friday' Yang Menawarkan Harga Paling Murah!


Kita mungkin biasa dengar terma Black Friday ini tetapi apakah sebenarnya Black Friday ini? Black Friday adalah nama tidak formal untuk hari selepas Thanksgiving Day di Amerika Syarikat yang disambut pada hari Khamis minggu keempat pada setiap bulan November.

Apa Itu Jualan 'Black Friday'

Black Friday boleh dianggap sebagai penanda kepada permulaan musim berbelanja untuk hari Krismas pada 25 Disember setiap tahun. Tradisi Black Friday ini dikatakan telah bermula sejak 1952.

Ketika Black Friday ini, pusat membeli belah akan dibuka lebih awal dan mengikut trend terkini, ada gedung yang dibuka seawal 12 tengah malam.

Pada ketika inilah pelbagai promosi menarik dan ‘gila’ ditawarkan kepada para pelanggan oleh butik dan pusat membeli belah.

Jadi, dari mana datangnya terma Black Friday ini?

Ada dua teori yang diguna pakai sehingga hari ini. Seorang pengumpul setem edisi khas, Earl Apfelbaum adalah orang pertama yang menggunakan terma ini pada tahun 1966.

Beliau menerangkan pada hari selepas Thanksgiving Day, akan berlaku kesesakan yang sangat teruk di bandar-bandar serta orang penuh di jalanan. Pastinya akan ada kemalangan dan kekecohan pada hari ini. Jadi beliau menggelarnya Black Friday.

Teori kedua yang agak relevan adalah kebanyakan peruncit akan merekodkan keuntungan tertinggi mereka ketika Black Friday.

Ianya merujuk kepada warna dakwat yang digunakan gedung-gedung ini untuk merekod jualan; merah bermaksud rugi dan hitam pula untung.

Cara merekod seperti ini masih digunakan sehingga kini dan dari sinilah terhasilnya nama Black Friday ini, keuntungan di hari Jumaat.

Jadi itulah sedikit sejarah dan maksud di sebalik nama Black Friday ini. Ianya merujuk kepada jualan murah yang akan diadakan selepas hari Thanksgiving.

Di sebalik jualan murah ini, setiap tahun pasti akan berlakunya tragedi di Amerika Syarikat terutamanya.

Pada tahun 2016, kejadian tembakan rambang berlaku di 3 pusat membeli belah di New Jersey, Nevada dan Tennessee dan lelaki yang ditembak di New Jersey mati.

Setiap tahun Wal-Mart adalah gedung membeli belah yang paling ramai diserbu orang ramai sehingga ada hashtag khas untuk Wal-mart di Twitter iaitu #WalmartFights.

Pada tahun 2016 lalu, butik Nike juga habis ranap dikerjakan peminat Nike!

Bahagian barangan elektronik Wal-Mart adalah tempat yang paling meriah sewaktu Black Friday.

Apa Itu Jualan 'Black Friday'

Pada 2011, seorang wanita menggunakan pepper-spray kepada orang ramai kerana menghalang laluan beliau yang ingin membeli alat permainan Wii dengan potongan harga 60 peratus.

Tapi, kenapa kita jarang mendengar terma Black Friday ini di Malaysia?

Ini kerana Thanksgiving Day tidak disambut oleh penduduk di Malaysia dan cuma di sambut di beberapa negara seperti Canada, Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman.

Tetapi terma ini mula diterima di seluruh dunia dan kita di Malaysia sendiri boleh membuat pembelian daripada laman-laman online yang menawarkan jualan murah secara atas talian.

Harap anda kini faham maksud di sebalik Black Friday ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul, Sejarah Sambutan Thanksgiving Dan Black Friday

sumber: thevocket

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon