Friday, November 25, 2016

Asal-usul, Sejarah Sambutan Thanksgiving Dan Black Friday


Secara ringkasnya, asal-usul dan sejarah sambutan Thanksgiving bermula apabila sekumpulan pelayar yang berlayar dari London ke Plymouth Rock, Amerika Syarikat pada tahun 1620, meraikan kejayaan mereka pada tahun 1621 selepas berjaya mengharungi kepayahan hidup di tempat baru.

Thanksgiving

Ia tidak disambut secara menyeluruh pada ketika itu dan hanya pada 1777, Thanksgiving disambut serentak oleh 13 koloni.

Pada 1863, Presiden Abraham Lincoln mengisytiharkan Khamis terakhir November sebagai hari Thanksgiving bagi seluruh US.

Hanya pada 1941, Kongress Amerika mengesahkan Thanksgiving pada setiap Khamis keempat November sebagai cuti umum.

Hari ini, keluarga moden Amerika melihat Thanksgiving sepertimana umat Islam melihat Buka Puasa terakhir di bulan Ramadhan atau makan besar kaum Cina sebelum Tahun Baru Cina.

Sambutan diraikan di mana semua akan pulang ke kampung, makan bersama dan meluangkan masa bersama keluarga.

Hampir kebanyakan kedai dan premis pejabat ditutup awal pada hari tersebut untuk membolehkan pekerja pulang  menyambutnya bersama keluarga.

Sambutan lain Thanksgiving Day ialah Perarakan Kereta Berhias Macy's yang merupakan perarakan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua.

Ia telah dimulakan pada 1924, kecuali tahun-tahun Perang Dunia yang melibatkan hampir 2000 orang sukarelawan dan berarak sejauh 2.5 batu. (Di antara 78th Street dan akan berakhir di 34th Street 7th Avenue.)

Ketika perarakan ini, seramai 60-70 orang diperlukan untuk memegang belon-belon terapung yang akan diarak bersama-sama. Tahun ini, antara belon-belon yang diterbangkan ialah Spongebob Square Pants, Chicken Little, Ronald McDonald, Parker Brothers (Lelaki tua bertopi dalam monopoli) dll.

Sanbutan Black Friday

Black Friday

Mengenai membeli belah, Jumaat selepas Thanksgiving dinamakan sebagai Black Friday.

Black, kerana pada hari ini bermula (secara besar-besaran) proses membeli belah untuk Hari Krismas dan kerugian sepanjang tahun (dicatatkan di dalam warna merah) ditampung oleh keuntungan pada musim ini.

Kejayaan musim membeli belah pada satu-satu tahun bergantung pada hari Jumaat ini.

Sesetengah pusat membeli belah seperti Macy's akan memulakan operasi pada 6.30 pagi hingga tengah tengah malam!

Malah, ada yang akan "berkhemah" di dalam kereta atau di luar kedai menunggu kedai tersebut di buka!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: Ceritanyc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon