Friday, November 25, 2016

Apa Hukum Trade Binary Options? Adakah Halal Atau Haram?


Apa tu Binary Options? Binary Options walaupun nampak seperti forex trading, tapi sebenarnya Binary Options adalah sebuah platform JUDI.

Binary Options Haram

Platform Binary Options biasanya menggunakan chart forex dan komoditi, tapi cara tradingnya adalah dengan “betting”. Bertaruh!

Dengan Binary Options, One atau zero. Dapat atau tak dapat apa-apa langsung. Pertaruhan, GAMBLE!

Sebagai contoh jika modal anda 100 USD, klik call atau put, untung dapat 70% iaitu 170 USD. Kalau rugi, habis semua 100 USD. Confirm la berjudi kan.

Binary Options hanya bersandarkan chart forex saja. Manakala untung telahpun ditetapkan oleh broker Binary Options itu sendiri. Sama ada 60% sehingga 90%.

Jadi, bagi anda yang tertanta-tanya ataupun baru cuba hendak berjinak-jinak dengan Binary Options, dinasihatkan semua jangan! Elakkan.

Binary Options Haram

Jauhilah perkara-perkara yang begini jelas haramnya. Dalam disiplin perniagaan judi, “house” always win. Sama seperti Binary Options ni.

Ada jugak broker forex yang menawarkan kedua-dua produk, forex dan Binary Options. Elakkan trade dengan broker tersebut walaupun anda hanya trade forex.

Sebab apa? Sebab kita dah tahu bahawa mentaliti pemilik broker atau CEO adalah mentaliti casino.

Mereka adalah broker Market Maker yang berniat jahat dan akan memanipulasi trading anda dan sentiasa mahukan anda rugi.

Sepatutnya juga, tiada istilah “trade” Binary Options, sebab bukan trade seperti mereka yang trade forex tetapi ini adalah “main” binary options, berjudi!

Hukumnya Haram! Full stop!

BACA INI JUGA: Wang Yang Dibekukan Dalam Skim Haram Tidak Akan Di Pulangkan - Bank Negara

Sumber: Moshed

3 comments

  1. Apakah trading share biasa di klse tidak berjudi. Ramai bukan niat nak invest tetapi mengharapkan untung cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu dirujuk kepada ulama. Ramai yang memikir untung tanpa mengira halal haramnya..:(

      Delete
  2. macam mana dengan forex yang kita letak stop loss or take profit? tak sama ke mcm binary yang ada stop utk 2 - 3 minit ? minta pencerahan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon