Nov 26, 2016

Ikan Laga Mirip Bendera Thailand Paling Mahal Di Dunia

Seekor ikan laga Siam yang memiliki warna bendera kebangsaan Thailand telah dibeli dengan harga sekitar 53,500 baht (AS$1,530) dalam lelongan dalam talian, menjadikan ia ikan laga paling mahal yang pernah dijual.

Ikan+Laga+Mahal

Gambar ikan, berwarna biru dengan jalur horizontal merah dan putih menyerupai bendera Thailand, menjadi viral selepas pembiaknya, Kachen Worachai menyiarkannya dalam kumpulan lelongan ikan laga di laman sosial.

Kachen berkata, dia menjangkakan seseorang akan membeli ikan itu dengan harga ribuan baht namun terkejut apabila bidaan itu mencatat 10,000 baht (AS$285) pada hari kedua.

“Saya tidak pernah menjangkakan ikan saya akan mencapai harga sebegitu,” kata Kachen, pemilik kedai serba guna yang membiak ikan laga sebagai satu hobi.

Dia menyiarkan gambar itu pada 6 November dengan permulaan bidaan kira-kira 99 baht (AS$2.82) dan menutup lelongan pada 8 November.

Harga tertinggi sebelumnya adalah ikan Betta ekor separa bulan yang dijual pada harga 23,500 baht (AS$671).

Ikan+Laga+Mahal

Sebelum ini, terdapat beberapa cubaan oleh pembiak lain untuk membiakkan ikan dengan jaluran warna bendera Thailand pada badannya, namun masih belum ada yang berjaya.

“Peluang untuk mendapatkan ikan dengan warna sebenar bendera adalah satu dalam 100,000,” kata Kachen.

“Ramai orang telah cuba untuk membiak ikan dengan warna bendera Thailand, namun tuah memihak kepada saya.”

BACA INI JUGA:

Sumber: Mediapermata

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon