Wednesday, June 24, 2020

Ini Jawapan Kenapa Gaji RM3,000 Sebulan Tak Cukup Pada Zaman Sekarang!

Ini Jawapan Kenapa Gaji RM3,000 Sebulan Tak Cukup Pada Zaman Sekarang!

Tidak cukup dipanggil manja dan tidak mampu berdikari, golongan muda zaman sekarang juga sering dibandingkan dengan generasi sebelumnya yang akan bercerita bagaimana mereka mampu hidup pada zaman dahulu hanya dengan berbekalkan gaji serendah RM1,500 sebulan.

Kenapa Gaji Tak Cukup

Namun begitu, perkongsian oleh pengguna Facebook, Ir Abdul Rahman Bahasa di Facebook ini pasti akan membuka mata ramai pihak, terutamanya Kerajaan yang bertanggapan sebegitu sebelum ini dan mengubah persepsi terhadap anak muda pada zaman kini.

Tidak mahu berhujah kosong dengan golongan 'pak cik dan mak cik' yang mengatakan anak-anak muda ini manja dan tidak mampu untuk survive walaupun mendapat gaji sekali ganda tinggi dari mereka.

Beliau membuat kiriman lengkap dengan perbandingan antara gaji dan kos kehidupan pada zaman dahulu dan sekarang.

Abdul Rahman berkata, dia terdetik untuk membuat perbandingan selepas mendengar perbualan antara warga emas yang berbicara mengenai survival hidup ketika sedang membeli nasi lemak.

Berikut adalah perbualan yang didengarinya pada pagi tersebut;

"Hairan aku dengan budak muda sekarang, gaji dah RM3000 pun mengeluh lagi.

"Aku dulu tahun 80-an gaji RM1,500 sahaja, hidup juga. Dapat beli rumah teres, dapat pakai kereta Honda. Dapat juga makan McDonalds. Budak-budak sekarang ni manja sangat!" kongsinya.

Selepas mendengar perbualan tersebut, Abdul Rahman berkata dia terpanggil untuk membuat perbandingan antara gaji yang diterima dan kos kehidupan yang perlu ditanggung oleh anak muda pada zaman sekarang dan mereka yang hidup pada zaman dahulu.

"Betul ke generasi aku ni manja? Ke, kami ni memang tak reti nak survive?

"Bila aku masuk office, aku muhasabah diri fikirkan balik ayat pakcik tu tadi.Mana silapnya?" soalnya.

Melalui perbandingan yang dibuat, pembaca dengan jelas dapat melihat bagaimana harga rumah, kereta dan makanan meningkat berkali ganda daripada zaman 80-an sedangkan gaji yang diterima anak muda pula hanya naik sekali ganda.

"Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur. Kena usaha 11 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80-an.

"Kalau nak beli Honda Civic. Kena usaha 8.3 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80-an," luahnya dalam perkongsian tersebut.

PERBANDINGAN DULU DAN SEKARANG

Tidak cukup dengan itu, beliau turut membuat perbandingan sekiranya anak muda zaman sekarang menukar gaya hidup dan berbelanja hanya dengan membeli kereta jenama tempatan dan membeli rumah kos rendah berbanding rumah teres.

"Tak mampu beli rumah landed macam Pakcik. Beli PPR jelah. RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu Pakcik beli rumah teres RM25,000 kan?

"Jadi, RM 35,000 vs RM 25,000. Result = Kenaikan 1.4 kali ganda.

Malah, jika generasi muda sekarang membuat keputusan untuk membeli kereta Perodua Axia terpakai sekalipun, ia masih mengalami peningkatan lebih dari sekali ganda berbanding generasi dahulu.

Tahun 1980an:
  • Gaji: RM 1,500 sebulan
  • Rumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur)
  • Kereta Honda Civic: RM 13,000
  • Double Cheeseburger: RM2.95

Tahun 2020:
  • Gaji: RM 3,000 sebulan
  • Rumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur)
  • Kereta Honda Civic: RM 108,000
  • Double Cheeseburger: RM9.45

Jom kita compare:

1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an:
  • RM 3,000 / RM 1,500
  • Result = Kenaikan 2x ganda

2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an
  • RM 280,000 / RM 25,000
  • Result = Kenaikan 11x ganda!!

3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an
  • RM 108,000 / RM 13,000
  • Result = Kenaikan 8.3x ganda!!

4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an
  • RM 9.45 / RM 2.95
  • Result = Kenaikan 3.2x ganda!!

INFLASI, TAPI YANG DISALAHKAN SIAPA?

"Jadi, apa isu yang sebenarnya?

"Generasi saya ni manja atau kuasa membeli kita yang berkurang, pak cik?" soalnya sambil berharap agar kirimannya itu dibaca oleh dua individu yang membicarakan tentang survival hidup pada awal pagi itu.

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah betul dakwaan orang muda sekarang manja atau kerajaan gagal teruk mengawal inflasi?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sejarah Fahaman Duruzi, Pecahan Dari Syiah Ismailiyah

Sejarah Fahaman Duruzi, Pecahan Dari Syiah Ismailiyah

Duruzi (Druze) merupakan salah satu cabang fahaman atau pecahan dari Syiah Ismailiyah pada zaman era Kerajaan Fatimiyyah pada abad ke-10, yang diasaskan oleh Tariq al-Hakīm dan bukanlah fahaman Islam (non-Muslim religion) akan tetapi ajaran yang dibawa adalah agak mirip dengan ajaran Islam Syiah dan Kristian.

Agama sesat

Kebanyakan mereka berbangsa Arab dan mengaku berbangsa Arab, tetapi rakyat Israel yang berfahaman Duruzi ini pula menafikan dari bangsa Arab. Mereka ini terdapat di negara-negara Arab khususnya di Lubnan (Beirut), Palestin, Israel, Syria dan Turki serta sebilangan kecil darinya berada di negara-negara lain sebagai pekerja mahir.

Sempena Muhammad A-Darazi

Druze (juga turut dikenali sebagai Druse, darazī, durūz) adalah sebuah komuniti keagamaan yang umumnya berasal dari Timur Tengah. Kelompok ini muncul dari Islam dan Kristian serta dipengaruhi oleh agama-agama dan falsafah-falsafah lain, termasuk falsafah Yunani.

Kaum Duruzi menganggap diri mereka sebagai "sebuah fahaman (sakte) Islam Uniat, pembaharuan, meskipun mereka tidak dianggap Muslim oleh kebanyakan umat Islam di wilayah tersebut.

Kaum Duruzi menganggap mereka adalah umat Monoteisme atau Muwahhidūn (Monoteis) dan asal-usul nama Duruzi ini dapat ditelusuri sehingga kepada Muhammad ad-Darazī, yang terkenal sebagai pengasas kepada fahaman ini.

Lokasi

Gigi_Hadid_Duruzi
Gigi Hadid, Selebriti Hollywood, penganut Duruzi.

Kaum Duruzi kebanyakannya tinggal di Lubnan, meskipun ada juga komuniti kecil yang tinggal di Israel, Syria dan Jordan.

Komuniti-komuniti besar yang terdiri dari kaum ekspatriat terdapat di Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Latin, Afrika Barat, Australia dan Eropah.

Mereka menggunakan bahasa Arab dan mengikuti pola sosial yang sangat mirip dengan masyarakat berbangsa Arab akan tetapi ada kelainan dari wilayah penduduk Arab itu. Kebanyakan penganut fahaman Druze menganggap diri mereka Arab.

Dianggarkan terdapat sekitar 2.3 juta penganut fahaman Duruzi di seluruh dunia dan kebanyakan daripadanya berada di Levant atau Mediteranian Timur.

Namun, sejumlah orang menganggarkan keseluruhan populasi Duruzi hanyalah sekitar 450,000 orang sahaja.

Sejarah kaum Duruzi

Agamawan Duruzi
Agamawan Duruzi.

Agama ini berkembang dari Islam Ismailiyah, sebuah gerakan falsafah yang didasarkan pada Bani Fatimiyah, pada abad ke-10, suatu masa yang kaya kebudayaannya.

Agama ini tidak berusaha mengubah Islam dari arus utama melainkan menciptakan suatu agama yang sama sekali baharu, yang dipengaruhi antara lain oleh falsafah Yunani, Gnostisisme dan Kristian.

Ada dua tokoh utama pada tahun-tahun permulaan kebangkitan ajaran fahaman Duruzi: Penguasa Fātimiyah, Tariqu l-Ḥakīm (985–1021), juga dikenali sebagai Al-hakim atau al-Ḥakīm bi-Amrul-Lāh, adalah seorang khalifah Ismaili dari Mesir yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat sebagai benar-benar penjelmaan Allah.

Kedua, imigran Parsi, Hamza ibn Alī ibn Aḥmad, perancang utama gerakan ini, individu pertama secara terbuka mengumumkan bahawa Al-hakim lebih daripada seorang manusia biasa.

Aliran Syiah

Simbol Duruzi
Simbol Duruzi.

Aliran Syiah berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar.

Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah, yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq.

Golongan Syiah yang lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah dan Syiah Imam Bertujuh.

Walaupun Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap mereka juga dari golongan Syiah, namun mereka tidak diiktiraf oleh fahaman Syiah lain.

Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah.

Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah pengikut Tarikat Alevi, sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.

Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi SAW telah mewasiatkan keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

Pergerakan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.

Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa Malaysia.

Golongan Syiah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakan atau penyebaran fahaman mereka.

p/s: artikel ini adalah sebagai pengetahuan am semata-mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Tuesday, June 23, 2020

Tetraphobia: Ketakutan Terhadap Nombor 4

Tetraphobia: Ketakutan Terhadap Nombor 4

Fenomena ketakutan terhadap nombor empat sememangnya begitu diketahui ramai kerana ia dipercayai secara meluas oleh masyarakat Cina, Jepun, dan Korea. Lantaran itu, fobia ini diberikan nama khas yang tersendiri, Tetraphobia.

Ketakutan terhadap nombor 4

Sebab itu, jika kita melihat di dalam bangunan tinggi seperti kompleks, pejabat, hotel, kondominum, kebiasaan di tingkat 4, 14, 24 dan lainnya akan diganti dengan 3A, 13A, dan 23A.

Dipercayai bahawa, ini adalah untuk mengelak nasib malang dari konotasi angka tersebut, tetapi walaupun ditukar kepada angka 3A, realitinya tetap berada di tingkat 4.

Ada Apa Dengan Angka 4?

Di dalam kepercayaan masyarakat cina, mereka memiliki kepercayaan kepada kata-kata membawa doa.

Dari hal itu muncul kepercayaan bagi setiap perkataan yang sebutannya mirip dengan sesuatu nama kepada benda baik maka ia juga akan dianggap baik dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh, perkataan buku di dalam bahasa cina disebut Shū (书) yang juga dekat dengan perkataan kalah yang disebut Shu (输).

Oleh kerana perkataan buku Shū itu memiliki konotasi yang hampir sama dengan perkataan kalah, maka timbul kepercayaan yang setiap kali pertandingan tidak boleh membawa buku kerana ia akan membawa kekalahan.

Begitu juga ketika berjudi, mereka pantang ada buku kerana menganggap ia akan mengundang kekalahan.

Konsep ini secara mudahnya diistilahkan seperti 'bertawasul' kepada nama benda, bukan kepada inti benda itu tetapi oleh kerana namanya memiliki hampir sama dengan maksud-maksud tertentu yang mereka kehendaki. Jika konotasi itu berbunyi dekat dengan perkataan baik maka ia dianggap tuah.

Hal ini berlaku antaranya disebabkan masyarakat cina memiliki penyebutan perkataan yang hampir dekat diantara satu sama lain.

Di atas sebutan pinyin, satu-satu perkataan jika intonasinya berbeza maka ia boleh berubah kepada maksud lain walau bunyinya hampir sama.

Perkara ini tidak berlaku di dalam bahasa Melayu dan Inggeris kerana konotasi perkataan bagi setiap sesuatu benda itu memiliki sebutan yang agak berbeza dan kaya penyebutannya.

Angka 4 Mati!

Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi mereka angka memiliki elemen positif dan negatif bergantung kepada nama angka tersebut. Hal ini tergolong dalam ketegori membawa tuah dan nasib.

Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran.

Dalam banyak-banyak angka, satu-satunya angka yang dianggap negatif adalah nombor 4, kerana mereka mempercayai bahawa 4 adalah angka yang membawa sial dan memiliki elemen yang negatif.

Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka (四)=4 mempunyai bunyi yang sama dengan 死 (sǐ) yang membawa maksud mati.

Nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan Viatnam.

Berlainan pula dengan angka (八)= 8 yang mempunyai bunyi yang sama dengan (fā) yang membawa maksud kemewahan.

Dalam dialek kantonis pula, bunyi disebut sebagai 'baat' dan sama bunyinya dengan 'faat' yang bermakna masa depan yang cerah.

Kesimpulan

Namun begitu, dalam Islam tidak ada kepercayaan kepada angka yang dianggap boleh membawa sial.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: fakirilmu

SBDJ Siri 158: Bertangankan Kaki Harimau

SBDJ Siri 158: Bertangankan Kaki Harimau

"Aku tahu dari mana darah itu datang, Tamar."

"Dari mana Andi?"

"Darah kelawar atas kepala kita tadi."

"Pelik sungguh," keluh saya sambil menarik dan melepaskan nafas. Suara kelawar luar biasa dan suara lolongan anjing terus bergema. Hari kian gelap.

SBDJ siri 139

"Sebenarnya Tamar, yang jatuh ke pipi kamu bukannya darah tetapi tahi kelawar."

"Tahi kelawar?" saya terkejut.

"Iya, yang keluar tu berak darah, biasanya kelawar yang berak darah atau kencing darah menghisap darah manusia atau binatang. Kelawar jenis ini selalunya di pelihara oleh manusia yang mengamalkan ilmu hitam.

"Mereka melepaskan kelawar peliharaan mereka untuk membunuh atau menghisap darah musuh mereka.

"Kadang-kadang untuk tujuan balas dendam dan ada juga yang mengambil upah untuk membunuh orang," kata-kata yang di ucapkan oleh si baju hitam membuat badan saya mengigil.

"Apakah kita berdua akan menjadi korban kelawar luar biasa ini, Andi?"

"Iya, kalau kita tidak berjaya melarikan diri dari sini. Lagi pun kelawar ganjil menghisap darah bila bulan mengambang.

"Bila sudah kenyang dia balik ke sarangnya di gua mengikut arahan tuannya," si baju hitam berhenti bercakap.

Saya cemas dan terus duduk di tanah sambil menyandarkan belakang ke pangkal pokok petai.

Si baju hitam masih berdiri merenung ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia dongakkan kepala melihat ke pucuk pokok petai.

Suasana terasa seram seiring dengan warna alam sekitar yang kian beransur gelap. Nyamuk mula berterbangan.

Suara kelawar makin rancak dan lolongan anjing yang memanjang kian menjadi-jadi. Dahi saya tiba-tiba berpeluh, rasa cemas tetap menguasai hati.

Bersama-sama dengan desiran angin saya seakan-akan terdengar suara orang perempuan mengilai, ketawa dan menangis. Nada suara tersebut mengikut kelajuan angin yang bergerak.

Kalau angin bergerak laju, suara orang tertawa menjadi kuat. Kalau angin bergerak perlahan, suara-suara orang ketawa mengilai terdengar seperti orang berbisik.

Saya tidak tahu, apakah si baju hitam mengalami seperti apa yang saya rasakan. Berdasarkan dari gerak-gerinya mungkin dia tidak mendengar semuanya itu.

Dia masih macam tadi, mengawal keadaan sekitar, bersedia untk melakukan sesuatu.Ada masanya dia genggam penumbuk dan terus menumbuk angin dengan wajah yang membayangkan kemarahan. Dahinya tetap berpeluh.

TAMPAR

Sial, kemana pula dia menghilang, kalau benar-benar handal tunjukkan diri, jangan main-main sembunyi.

Saya merungut dalam hati dan suara batin saya itu bagaikan menerima jawapan. Pipi kiri saya ditampar berkali-kali dengan kuat.

Sepatutnya saya merasa sakit dan pedih sebaliknya pipi saya terasa sejuk macam disentuh jari mayat. Semuanya ini membuat saya bertambah gementar.

Bagaimana tidak gementar? Baru terniat dalam hati sudah menerima risiko yang tidak dapat dikesan atau dilihat dengan mata kasar.

Si baju hitam masih juga seperti tadi, renung sana, renung sini. Saya kira dia memang mengharapkan kedatangan datuk secara tiba-tiba. Mana mungkin datuk datang, kalau tidak diberitahu masalah yang sedang dilalui.

"Kemana dia dah pergi Andi?"

Si baju hitam menarik nafas sambil mendongakkan mukanya ke langit. Dia melihat awan yang berarak sambil memasang telinga mengamati arah angin datang dan pergi.

Si baju hitam mengangakan mulut dengan seluas-luasnya. Hujung lidahnya menolak lelangit. Kelingking kirinya menjolok lubang telinga kanan.

Rupa-rupanya si baju hitam mahu memanfaatkan lmu yang baru setampuk pinang untuk melawan gurunya. Mana mungkin murid boleh merebahkan guru di gelanggang.

Itulah yang terjadi, si baju hitam tiba-tiba terjerit terlolong, tidak tentu arah, dari lubang hidungnya memancut darah. Dia jatuh mengelepar di bumi macam ayam kena sembelih.

Sama ada mahu atau tidak, saya terpaksa bertindak menyelamat kan baju hitam. Kalau dibiarkan, keadaan akan bertambah runcing dan saya akan berdepan dengan masalah yang lebih besar lagi.

Berbekalkan ilmu yang sedikit (yang diperolehi dari datuk) saya berikhtiar memulihkan si baju hitam yang terbujur di bumi.

Saya ambil sehelai daun kering yang berada dibawah sikunya. Daun kering itu di ramas hingga hancur.

Sebelum daun yang hancur ditaburkan ke mukanya, saya baca beberapa kali surah An-nas dengan khusyuk.

Dengan izin Allah darah yang memancut dari lubang hidung berhenti serta merta. Si baju hitam boleh bangun dan duduk.

"Aku tak mapu menentangnya Tamar, begitu juga kamu. Hanya datuk kamu saja yang boleh," si baju hitam gelengkan kepala.

"Semua yang aku tuntut darinya sudah aku gunakan. Semuanya tak berkesan," sambungnya dalam suara yang amat kecewa.

Si baju hitam sudah putus asa. Nampaknya dia mahu pasrah saja.

"Hairan, kemana dia menghilang, Andi."

"Dia tak kemana-mana Tamar, dia ada di sini."

"Buktinya?"

"Selagi kita dapat mendengar suara salakan anjing dan suara kelawar luar biasa, itulah tandanya dia ada di sini. Sekarang kita kena bersedia, samada kita lari atau melawan," si baju hitam berhenti bercakap untuk beberapa saat. Dia seperti mengawal perasaan yang resah semacam.

"Pada hemat aku, kita lari saja minta bantuan dari datuk kamu Tamar," sambungnya.

Saya tidak pula mengatakan IA atau TIDAK dengan cadangannya itu. Saya lagakan gigi atas dan gigi bawah berkali-kali.

Kepala saya masih memikirkan tentang perempuan aneh yang boleh menyerupai ajah Nurulhayat.

Dan bukanlah sesuatu yang mustahil kalau wajahnya dapat menyerupai wajah datuk untuk mengabui pandangan kami.

Di saat saya memikirkan hal itu, terasa bahu kanan saya ditumbuk orang. Bila ditoleh ke kanan, tiada sesiapa pun di situ.

Secara mengejut kepala saya terasa pening, tanah yang di pijak terasa bergegar, semua pepohon yang dilihat bergoyang ke kiri dan ke kanan.

Rasa takut dan cemas terus hilang dari hati. Salakan dan lolongan anjing bertukar menjadi seruling buluh yang mendayu hiba.

Suara kelawar pula bertukar menjadi air hujan menimpa atap zink. Saya jadi berani dan bersedia untuk menentang sesiapa saja.

"Kita lari tinggalkan tempat ni Tamar, sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Kita panggil datuk kamu datang ke sini," si baju hitam cuba menepuk bahu kiri.

Segera saya tepis dengan keras. Dia terkejut dengan sikap yang kasar itu. Muka saya direnungnya.

"Kita tak boleh melawan dia Tamar. Sebenarnya kita dah masuk perangkap, kita mesti keluar dari sini. Kita tak daya melawannya, kita balik Tamar."

"Aku tak mahu pulang, aku tak mahu jumpa datuk," kata saya dan mula menjauhkan diri dari si baju hitam.

Tetapi, si baju hitam terus mendekati dan cuba memeluk tubuh saya agar jangan berada jauh dari perdu pokok petai. Saya mengelak dan menolak si baju hitam hingga terjatuh.

Pada masa itu juga, saya terdengar suara bisikan menyuruh saya menendang pangkal leher si baju hitam dengan sekuat hati.

Pada mulanya saya ragu-ragu untuk melakukannya. Bila didesak bertalu-talu, saya akur dengan arahan suara ghaib itu.

Bila saya melepaskan tendangan sulung, si baju hitam terus mengelak. Saya kira dia akan bertindak balas. Ternyata si baju hitam mengambil sikap mengalah.

Dia berusaha menjauhkan diri dari saya – jarak kami antara satu sama lain kira-kira sepuluh kaki tetapi, masih berada di bawah pokok petai besar.

"Tamar, kamu sudah dikuasai perempuan jahanam tu," jerit si baju hitam.

"Siapa yang kuasai aku," saya menjawab.

Si baju hitam menutup sepasang lubang telinganya dengan telapak tangan. Dia tidak tahan mendengar salakan dan lolongan anjing yang di sertai dengan suara kelawar.

Bagi saya suara lolongan anjing dan kelawar amat menyenangkan sekali.

"Tamar, lebih baik kita balik, kalau kita mahu selamat. Kita bagi tahu datuk kamu apa yang terjadi. Marilah kita balik Tamar," si baju hitam bagaikan merayu dalam suasana senja yang bertambah kelam dan pekat.

Saya rasa jarak antara kami kian jauh. Batang tubuh si baju hitam tidak dapat dilihat dengan jelas, dia semakin mengecil dan suaranya terdengar sayup-sayup.

"Kita balik Tamar."

"Tidak, pertolongan datuk tak perlu."

"Tamarrrrr..." suara si baju hitam hilang dari pendengaran saya. Dia hilang dalam gelap senja yang hitam.

Pada saat itu, saya mula terfikir yang si baju hitam memang mahu meninggalkan saya sendirian. Ini satu pengkhianatan.

Mungkin dia berbuat demikian kerana mahu membalas dendam atau sengaja mahu menyerahkan saya kepada perempuan laknat.

Dia mahu saya merasa seksanya menjadi tawanan perempuan jahat yang juga bekas gurunya.

Saya jadi benci dan marah kepada si baju hitam. Suara ghaib pun bergema dari setiap sudut menyuruh saya menetak leher si baju hitam kemudian menghirup darahnya.

Gegendang telinga terasa pedih, tanpa membuang masa kedua belah lubang telinga saya tutup dengan telapak tangan.

Suara itu terus bergema, lebih kuat dan lebih hebat meresap ke dalam urat saraf di otak.

Dalam usaha menenangkan fikiiran itu, saya pejamkan mata dan membaca beberapa potong ayat dari al-Quran untuk melindung diri dari dikuasai makhluk yang tidak diingini.

Ternyata pembacaan saya lintang pukang, malah ada seketikanya saya lupa ayat dan surah apa yang saya baca.

Saya tidak mampu merapatkan kedua belah kelopak mata, macam-macam yang muncul dalam fikiran.

Ada gambaran manusia berjalan atas mayat tanpa kepala, ada sungai mengeluarkan api, ada kambing berbadan seperti buaya dan kemunculan si baju hitam dengan keris di tangan menikam perut datuk bertubi-tubi.

Darah keluar memancut dan tali perut datuk terkeluar, terlambak atas tanah macam tali perut ayam.

Gambaran datuk merintih menahan kesakitan sambil merangkak membawa tali perutnya yang berjela-jela di tanah, memang tidak dapat saya terima. Saya jadi marah.

"Andi, kamu pengkhianat," jerit saya sekuat hati, bergema dalam hutan bersama gelap senja yang menggila.

Jeritan saya membunuh lolongan anjing dan suara kelawar yang luar biasa.

"Aku bunuh kamu, aku bunuh kamu Andi. Kemana kamu nak lari. Dunia ini terlalu kecil dan sempit," sambung saya lagi sambil menghentakkan kaki kanan ke permukaan bumi.

"Kamu benar, kamu benar Tamar. Datuk kamu sudah dibunuhnya secara curi, kamu mesti bertindak. Bunuh saja bila kamu jumpa dia," terdengar bisikan halus.

Seperti suara perempuan yang datangnya dari telinga sebelah kiri, saya juga merasa telapak tangan kanan saya bercantum dengan telapak tangannya yang halus kulitnya.

GHAIRAH

Disaat telapak tangan saya di genggam erat, saya terasa seluruh sendi dan otot tersintak-sintak seperti terkena kejutan elektrik.

Tubuh terasa ringan melayang, fikiran kosong dan saya seperti berada dalam perahu kecil yang dilambung ombak setinggi pucuk kelapa, kemudian menurun ke paras biasa hingga terasa isi perut hilang.

"Aku restui perjuangan kamu untuk menuntut bela," terdengar lagi bisikan semangat.

Serentak dengan itu, telapak tangan saya yang digenggam erat pun di lepaskan. Saya menerima ciuman yang penuh ghairah di pipi kanan dan di pangkal leher serta telinga.

Pinggang saya pun dipaut mesra sehingga saya sukar bernafas. Aneh, orang yang memeluk dan mencium pipi saya tidak kelihatan tetapi hembusan nafas yang penuh nafsu berahi tetap terasa.

Saya pasti yang memeluk itu ialah seorang perempuan, ini berdasarkan pada keluhan ghairah yang halus penuh manja.

Terasa lemah dan lemas bila diri saya diulit begitu, sebagai JANTAN sudah pasti timbul rasa keghairahan yang memberangsangkan dan ingin melakukan tindak balas.

Tetapi, kemana saya harus melampiaskan nafsu yang membengkak itu? Memang ada lawan jenis di sisi yang menjalankan peranan memarakkan rasa berahi saya.

Sayangnya lawan jenis itu tidak keliahatan, tidak boleh diraba dan memeluk saya. Makhluk apakah di sisi saya ini? Muncul pertanyaan dalam hati.

Belum pun sempat saya membuat kesimpulan dari pertanyaan itu, tubuh saya ditolak oleh sepasang tangan yang kasar. Saya jatuh terlentang, nafsu yang memuncak terus menurun dan mati.

Dengan susah payah saya segera bangun dan duduk bersila. Tidak ada apa yang dapat saya lihat dalam gelap itu.

Suara cengkerik menusuk lubang telinga, suara katak tidak putus-putus berhenti memanggil hujan. Saya lihat langit bersih dan cerah.

Beberapa ekor katak melompat atas paha saya, keli-kelip pun berterbangan, sebahagiannya berlabuh di hujung dedaun.

Sayup-sayup terdengar bunyi reranting kering di pijak orang. Saya juga mula melihat api jamung dari arah selatan menuju ke arah saya. Makin lama, makin hampir api jamung itu dengan saya.

Penuh debar saya menanti, siapakah gerangan yang datang itu? Semoga Haji Bagus dan Tuk Siak yang datang.

Datuk tidak mungkin kerana dia sudah dibunuh oleh si baju hitam. Hati kecil saya membuat andaian di malam yang pekat itu.

"Huh..."

Saya mengeluh dan hampir mahu jatuh untuk kedua kalinya. Di depan saya terpacak jamung dengan api yang marak. Cahayanya menerangi sekitar kawasan saya berkubang.

Tidak ada orang yang membawa jamung tersebut. Jamung berjalan sendiri.

"Kamu mahu membunuh orang yang mengkhianati diri kamu," muncul suara dari balik pokok petai. Saya mengangguk.

Ketika itu juga kelawar besar yang hilang muncul kembali, hanya untuk beberapa minit setelah mengelilingi kepala saya dua tiga kali, kelawar luar biasa terus ghaib.

"Kamu pancung lehernya, taruh darahnya dalam buluh. Kemudian kamu hirup darahnya," terdengar lagi arahan dari balik pokok petai.

Saya berharap dengan pertolongan cahaya api jamung, wajah orang yang bersuara dapat saya lihat.

Dengan ekor mata, saya jeling ke arah pokok petai, malangnya bayang dan kelibat manusia tersebut tidak dapat dikesan.

Mulut saya bagaikan terkunci untuk bersoal jawab dengan suara dari balik pokok petai. Apa yang mampu saya lakukan ialah anggukkan kepala setiap kali menerima arahan darinya.

"Lapah kulitnya macam lapah kulit kijang," saya mengangguk.

"Tulang-tulangnya kamu kumpul dan campakkan ke dalam belukar atau di kaki bukit untuk kawan-kawan kita makan," saya terus anggukkan kepala.

"Dagingnya kamu buangkan ke dalam sungai untuk habuan buaya."

Macam tadi juga, saya terus mengangguk.

"Pancung lehernya dengan ini."

Sebilang parang panjang berulukan gading jatuh di depan saya. Matanya tajam, putih berkilat.

Ulu parang segera saya pegang. Hujung mata parang saya lagakan dengan kuku ibu jari untuk menguji ketajamannya.

"Begini."

Sekujur tubuh terpacak di kanan saya memakai jubah kuning. Kepala dan mukanya dibalut kain tebal berwarna hitam, tidak ada lubang untuk mata.

Parang panjang di tangan segera di rampas. Saya terpinga-pinga terkejut dengan kedatangan manusia berjubah itu.

Kalau tadi cuma ada sebatang jamung kini sudah menjadi tujuh semuanya. Kawasan sekitar bertambah terang benderang.

POTONG

"Begini menguji tajam tumpulnya parang," kata orang berjubah lalu dia menghayunkan mata parang keatas kepala saya dengan pantas sekali.

"Lihat apa yang ada di depan kamu," kata orang berjubah.

Jari telunjuknya menuding ke arah segumpal rambut sebesar penumbuk budak lelaki berusia sebelas tahun. Gumpalan rambut itu terlonggok di hujung kaki saya.

"Itu rambut kamu yang di potong dengan parang panjang ini. Kerana matanya terlalu tajam kamu tak merasa apa apa. Kamu tak sedar bila rambut kamu putus," memang ada nada kemegahan dan kebanggaan lahir dari kelopak bibir manusia yang berjubah dan bersarung kepala hitam itu.

"Kamu nampak rambut kamu?" soal orang berjubah.

"Iya," pertama kali saya bersuara.

"Kamu sudah tahu berapa tajamnya parang panjang."

"Iya, tahu."

"Bagus, kamu sedia membunuhnya?"

Saya terus angguk kepala.

"Ambil parang ni," orang berjubah tatang parang panjang.

Ulu parang dihulurkan ke arah saya. Tetapi, saya tdak bersedia menyambutnya.

"Kenapa tak mahu ambil?" tanyanya.

Saya tidak dapat memberikan jawapan. Orang yang berjubah mendengus panjang sambil menghentakkan kaki ke bumi.

Entah mengapa, di saat saya mahu memegang ulu parang panjang, saya jadi gementar dan takut sekali.

Saya terpandang ulu parang yang dibuat dari gading gajah itu menjadi kepala ular yang menyembur bisa.

"Kamu lemah semangat, jadi kamu mesti diberi semangat baru. Aku tidak akan menyerahkan parang panjang ini kepada kamu.

"Hanya mahaguru saja yang boleh meresapkan semangat dalam diri kamu, aku tak boleh. Aku cuma orang suruhan dan orang kanannya saja," orang yang berjubah dan bersarung kepala hitam bersuara parau.

Dia mula memegang pergelangan tangan saya. Jamung yang berada disekeliling saya bergerak sendiri menghala ke arah yang tidak dapat saya pastikan di mana.

"Saya tak mahu ikut kamu," saya membantah.

Pada saat itu bagaikan kilat muncul dalam kepala wajah si baju hitam bersama-sama dengan kata-kata yang mengingatkan saya supaya berhati-hati.

"Tak boleh, kamu mesti ikut."

"Tak mahu," saya menolak.

Orang berjubah terus bergerak di depan saya. Dia kelihatan seperti tidak mahu melakukan paksaan. Tanpa diduga dia terus duduk mencangkung.

Api di jamung yang tadi menghala ke arah tertentu berputar balik ke tempat asal. Bergerak mengelilingi pokok petai. Kemudian memagari orang berjubah.

"Kamu renung sini," nada suara orang berjubah keras sekali.

Membayangkan kemarahan dan tidak mahu bertolak ansur dengan saya. Arahannya tidak saya patuhi, saya renung ke arah lain.

Usaha saya itu hanya berhasil untuk beberpa minit saja, setelah itu tengkuk saya seperti dipulas oleh tangan-tangan ghaib yang memaksa saya merenung ke arah orang yang berjubah kuning.

TEPIS

Saya tidak putus asa dan cuba melawan. Akhirnya berpuluh-puluh tangan ghaib melepaskan penumbuk keseluruh tubuh saya.

Dalam sekelip mata saja, tubuh saya diikat dengan rotan dan tangan-tangan ghaib itu segera menghulurkan berpuluh cawan yang dibuat dari aluminium ke mulut saya.

"Minum," perintah orang berbaju kuning.

Cawan-cawan itu saya tepis sekuat hati. Jatuh bergelimpangan atas tanah. Orang berjubah kuning petik ibu jari.

Hasil dari petikan ibu jari itu, sepasang tangan ghaib mencengkam rahang saya. Mulut saya dibuka secara paksa, rasa mulut seperti mahu terkoyak sehingga ke pangkal telinga.

Kepalang sakitnya, saya tidak berdaya lagi. Mulut saya dituang dengan minuman. Bila melalui anak tekak terasa pahit dan payau. Saya jadi lemah, kepala terasa pening.

"Bagaimana, masih mahu melawan?"

Saya tidak menjawab. Tekak terasa loya, perut rasa memulas dan sakit. Saya tersedak dan terbatuk, saya muntah. Semua yang ada dalam perut habis keluar.

Saya bertambah lemah dan rebah dibumi. Badan saya bergelumang dengan muntah, bau hanyir, busuk berbaur. Semuanya terpaksa saya terima.

"Buka mata."

"Kelopak mata saya buka.

"Renung sini."

Mata pun saya tumpukan ke arah orang berjubah kuning. Perlahan-lahan dia melipat lengan baju kiri. Biji mata saya terbeliak, lengannya tidak berkulit dan tidak berdaging.

Dia pamerkan tulang lengan dan tulang jari yang putih, macam tulang orang yang sudah mati berpuluh-puluh tahun.

"Yang kamu minum tadi tu air tulang aku. Rasanya tentu sedap."

Saya diam tidak terkata, hanya kelopak mata yang berkedip. Dengan perlahan orang berjubah kuning mentutup rangka tulang lengan dan jari dengan lengan baju. Saya terus terkapar.

Satu penyeksaan yang amat pahit penuh derita. Saya lihat langit dan awan. Dengan penuh daya ingatan saya perah otak untuk mengingati ayat-ayat Quran.

Saya jadi lupa sama sekali. Malah untuk menyebut perkataan bismillah pun tak boleh. Lidah saya terasa keras.

Dalam usaha membunuh rasa jemu melihat awan dan langit, saya cuba gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Bila kepala di gerakkan batang leher terasa amat sakit.

Badan pula, dari bahagian pinggang hingga ke hujung kaki seperti di hempap batu besar. Bergerak sedikit, tulang dan daging bagaikan hancur. Semuanya menyeksa.

"Jangan gerakkan kepala kamu ke mana-mana. Tengok aku kalau kamu mahu hidup atau bebas dari sini."

Sama ada rela atau tidak sepasang mata terpaksa diarahkan pada tubuh yang diselimuti dengan jubah kuning.

Semua gerak gerinya saya sorot dengan penuh teliti dan hati-hati.

Kalau tadi dia mempamerkan tulang lengan dan tulang jari, kali ini perkara yang sama dilakukan untuk tangan sebelah kanan.

Perlahan-lahan dia menyelak dan menggulung lengan baju sebelah kanan hingga paras siku. Lengan kanannya yang unik itu digerak-gerakannya berkali-kali di depan mata saya.

Lengan kanannya itu memang luar biasa sekali. Tidak menyerupai lengan manusia malah menyerupai kaki harimau lengkap dengan kukunya sekali.

Masih terdapat kesan darah merah di telapak tangan (kaki) manusia berkaki harimau itu.

"Kalau kamu lari aku cakar muka kamu," katanya nyaring.

Dia pun terus mengoyang-goyangkan lengan kanan berkaki harimau itu. Bila kuku di tangan (kaki) di kembangkan, tanah merah yang kering jatuh berderai.

Sebahagian dari tanah itu jatuh atas api jamung membuat apai jamung bertambah marak, menyerlahkan belang harimau yang berbulu tebal dan kasar itu.

Saya lihat ada juga bulu harimau yang jatuh ke tanah. Saya terdengar bunyi suara harimau menderam berkali-kali.

Akhirnya, saya dapat memastikan bahawa bunyi itu datang dari orang yang berjubah kuning. Gerak-gerinya pun mula berubah. Dia mula duduk mencangkung seperti harimau.

Dalam keadaan yang serba cemas itu, saya masih boleh berfikir. Kenapa saya harus berdepan dengan perkara yang luar biasa dan tidak masuk akal ini? Manusia apakah yang terpacak di depan saya ini?

"Eh, aku tahu apa yang ada dalam perut kamu," orang yang berjubah kuning bersuara.

Dia dapat membaca rahsia hati saya. Pertanyaan itu, tidak mampu saya jawab. Saya tidak boleh bersuara.

Apa yang terdaya saya lakukan ialah merenung sayu ke arahnya. Mohon simpati agar saya jangan terus di seksa begini.

MUNCUL

"Kamu nak tahu, siapa aku sebenarnya," orang itu mengajukan pertanyaan.

Saya pun anggukkan kepala. Orang itu terus ketawa berdekah-dekah.

"Sekarang buka mata kamu luas-luas, kamu boleh tengok diri aku yang sebenarnya," katanya lagi. Seperti tadi saya terus angukkan kepala.

Dan orang yang berjubah kuning mula memusing tubuhnya secara perlahan-lahan. Kemudian berpusing dengan ligat, macam gasing.

Di saat tubuhnya berputar ligat, saya terpandang berpasang-pasang mata harimau muncul dari rimbunan pepokok renik merenung ke arahnya sambil menderam.

Saya mula gementar dan cemas. Tubuh terasa sejuk, bagaikan berada di atas ketul ais yang besar.

"Apakah aku bermimpi atau benar-benar terjadi?" bisik batin saya.

"Kamu tidak bermimpi, aku sekadar mahu menunaikan keinginan kamu," secara mengejut si jubah kuning berhenti berpusing.

Pelik sungguh! Dia dapat membaca suara batin saya. Macam tadi juga, si jubah kuning terus ketawa berdekah-dekah. Gementar dihati saya tidak juga mahu hilang.

Tanpa disangka-sangka si jubah kuning bertempik macam gajah, bergema dalam perut hutan di malam yang muda.

Berpuluh-puluh mata harimau dibalik rimbunan pepokok kecil terus hilang. Hanya Allah saja yang tahu perasan saya ketka itu.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 158/284

BACA: SBDJ Siri 157: Wanita Bermata Syaitan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

4 Penyebab Kain Berbau Selepas Di Cuci Dalam Mesin Basuh

4 Penyebab Kain Berbau Selepas Di Cuci Dalam Mesin Basuh

Mesti ramai daripada kita pernah mengalami masalah baju yang sudah dibasuh tiba-tiba berbau masam walaupun telah dijemur dibawah sinaran matahari. Tuanglah sebotol pewangi pakaian ketika mencuci atau menggosok baju, bau itu tetap ada!

Punca kain berbau lepas di cuci

Apa puncanya? Jom kita ketahui apa punca masalah pakaian berbau ini.

1. Mesin basuh terlebih muatan

Setiap mesin basuh mempunyai had muatan tertentu tapi kerana nak jimat, kita selalu sumbat sehingga penuh kerana tidak mahu membazir elektrik dan penggunaan air.

Mesin basuh juga perlu 'dibasuh' kerana terdapat banyak bakteria dan kotoran melekat padanya.

Tetapi, apabila mesin terlebih muatan, ia tidak dapat membersihkan pakaian anda dengan baik lalu bakteria melekat pada fabrik.

2. Pakaian dibiarkan rendam terlalu lama

Merendam pakaian memang bagus bagi menanggalkan kotoran degil pada baju atau seluar, tapi harus diingat, pakaian yang direndam terlalu lama boleh menyebabkan ia berbau.

3. Mesin basuh kotor

Tahukah anda, mesih basuh menyimpan banyak bakteria dan ia mungkin punca pakaian anda berbau!

Sepatutnya ia perlu dicuci enam bulan sekali menggunakan serbuk pembersih mesin basuh.

4. Peluh melekat pada baju

Pakaian sukan biasanya basah dengan peluh, jadi sebaik-baiknya, asingkan dengan pakaian lain kerana ia mampu 'menyebarkan' bakteria kepada pakaian lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

12 Pekerja Pos Masuk Hospital Terhidu Buah Durian Di Jerman!

12 Pekerja Pos Masuk Hospital Terhidu Buah Durian Di Jerman!

Dua belas orang pekerja pos di Jerman terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan berpuluh-puluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Bavarian, Schweinfurt, angkara bau pelik.

Durian sent six people to Hospital in Germany
Durian.

Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan sebarang kejadian ganas atau kecemasan, sebaliknya berpunca daripada bau durian dari sebuah bungkusan yang berada di premis berkenaan.

Polis, bomba dan anggota perkhidmatan kecemasan kemudian dipanggil ke pejabat pos terbabit dalam kejadian tersebut.

Kekecohan berlaku apabila salah seorang pekerja pos berasa curiga kerana terhidu bau yang amat asing buatnya.

"Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi," kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.

Pihak berkuasa kemudian mengarahkan bangunan tersebut dikosongkan. Seramai 60 pekerja juga dipindahkan sebelum bungkusan tersebut diperiksa dengan lebih teliti.

Setelah siasatan dibuat, ternyata bungkusan tersebut mengandungi empat buah durian dari Thailand, milik seorang penduduk Schweinfurt - berusia 50 tahun - yang mahu mengirim 'raja buah' itu kepada rakannya di Nuremberg.

Menurut pihak polis lagi, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya. Enam yang lain pula dibawa ke hospital tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk rekod, sebelum ini program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Apa Itu Penyakit Vertigo, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Penyakit Vertigo, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Vertigo ialah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil, akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan badan.

Penyakit Vertigo

Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.

PUNCA VERTIGO

Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga dan antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

1. BPPV (benign paroxysmal positional vertigo)

BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak.

Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

2. Meniere's disease

Penyakit Meniere's ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga.

Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.

3. Vestibular neuritis or labyrinthitis

Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:
  • Kecederaan leher atau otak.
  • Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok.
  • Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga.
  • Migrain.

Simptom-simptom vertigo

Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:
  • Rasa seperti berpusing.
  • Rasa seperti senget.
  • Rasa terawang-awangan.
  • Rasa tidak seimbang/mudah jatuh.
  • Rasa seperti ditarik ke satu arah.

Simptom-simptom lain termasuk:
  • Rasa loya.
  • Muntah.
  • Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus).
  • Sakit kepala.
  • Berpeluh tanpa sebab.
  • Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran.

Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

RAWATAN VERTIGO

Bagaimana Ahli fisioterapi boleh membantu pesakit Vertigo?

Ahli fisioterapi memainkan peranan yang penting untuk mempercepat pemulihan pesakit yang mengalami vertigo.

Ahli fisioterapi akan menjalankan penilaian untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan menentukan jenis rawatan yang akan diberi.

Tujuan rawatan fisioterapi adalah terdiri daripada:
  • Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala (Shepard & Telian, 1993).
  • Meningkatkan kestabilan pandangan (Herdman, 2003).
  • Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan (Krebs et al, 2003).
  • Meningkatkan kecergasan dan daya tahan.
  • Mengurangkan risiko jatuh (Hall et al, 2004).
  • Teknik posisi untuk BPPV.
  • Meningkatkan tahap aktiviti umum.

Apakah Perawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Rawatan adalah melibatkan latihan :
  • Habituation.
  • Penyesuaian.
  • Keseimbangan.
  • Gaya berjalan.
  • Kekuatan otot.
  • Fleksibiliti.

Lain-lain rawatan adalah :
  • Teknik posisi canalith.
  • Pencegahan dari jatuh.
  • Pendidikan pesakit.

Ahli fisioterapi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca-punca lain yang boleh menyebabkan anda pening, rasa berpusing dan bagaimana ia boleh dirawat.

Selepas diagnosa ditentukan, selain penilaian pelan rawatan akan dirancang untuk memenuhi matlamat anda. Ahli fisioterapi akan membantu untuk memulihkan ketidakselesaan anda.

Diagnosis yang tepat tentang vertigo akan memberi kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh jangka masa yang pendek.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Monday, June 22, 2020

11 Hollywood Child Stars That Are Still Rich

11 Hollywood Child Stars That Are Still Rich

Writers love stories of child stars that have lost fame and fortune. Still-doing-great child stars, on the other hand, are rarely reported. But quite a lot of them are still maintaining a big chunk of money they have made as a child star.

Meet the 12 child stars who are still doing well.

1. Parker Schnabel - $2 Million

Hollywood Child Stars

Parker was a born gold miner and gold digger. He rose to fame and made lots of money for his performance on the famous reality Show Gold Rush. After the show, Parker started his own gold mining operations, and it's certain that he'll increase his net worth rapidly through hard work.

2. Macaulay Culkin - $15 Million

Hollywood Child Stars

Surprise? Yes, Culkin is still on the list. Although negative reports about him are filling up the newspaper, Culkin is still worth a staggering big amount of money thanks to his huge earnings as a child star.

3. Angus T. Jones - $15 Million

Hollywood Child Stars

As a 25-year-old young man, the money Jones amassed is beyond your imagination. Jones starred as Alan Harper on Two and a Half Men for nearly a decade. Although he later left the show, still, he's able to put $15 million into his pocket thanks to his time on CBS sitcom.

4. Selena Gomez - $18 Million

Hollywood Child Stars

Gomez was recruited by Disney at a very young age and became a star on the show Wizards of Waverly Place.

Now as she stepped into her twenties, Gomez is making her progress on the radio. This is priceless considering that she had been Justin Bieber's girlfriend for a while.

5. The Jonas Brothers - $18 Million

Hollywood Child Stars

The Jonas Brothers took the world by storm as a band from 2005 to 2013. They were wildly successful with multiple hits like Year 3000, Burnin Up, and When You Look Me In The Eyes.

6. Frankie Muniz - $40 Million

Hollywood Child Stars

Muniz was best known for playing the title character in family sitcom Malcolm in the Middle as well as many movies. He's also a racecar driver and a band member. Muniz now is worth $40 million.

7. Emma Watson - $60 Million

Hollywood Child Stars

Emma Watson is only 28 years old but she has $60 million to her name. Nobody knew who Watson was until she landed the role of Hermione Granger in the Harry Potter films that were almost guaranteed to be a smash hit.

8. Daniel Radcliffe - $110 Million

Hollywood Child Stars

Only 29 years old, Radcliffe has gathered a staggering amount of money - 110 Million Dollars! And no wonder you know what he had played as a child. He is also doing quite well after the Harry Potter series, but maybe not the type when he was a kid.

9. Miley Cyrus - $150 Million

Hollywood Child Stars

Cyrus was born with an already impressive net worth. She's lucky enough to be recruited as a Disney child star and starred in the ever popular Hannah Montana.

Today, she's still making Disney-type money and making big money with a net worth of an estimated $150 million.

10. Justin Bieber - $200 Million

Hollywood Child Stars

Born into a lower-class family in Canada, Bieber fell in love with music at a young age. After Bieber got picked up by Scooter Braun and Usher, his singing career began to rocket. He is still young, but he is rich, and he might become richer in the future.

11. Mary-Kate & Ashley Olsen - $300 Million

Mary-Kate & Ashley Olsen

Though the Olsen twins haven't been in any notable movie or TV show since Full House, they are still multi-millionaires and much of their money was made when they were kids.

After their acting career came to a halt, the twins went into the fashion world and made tons of money.

BACA INI JUGA:

sumber: appurse

Wanita 'Moody' Lebih Sesuai Dengan Lelaki Pencinta Kucing?

Wanita 'Moody' Lebih Sesuai Dengan Lelaki Pencinta Kucing?

Mengapa anda masih single? Tiada yang sudi menerima kekurangan diri atau anda yang terlalu memilih? Jangan jadikan alasan anda seorang yang cepat moody menyebabkan tiada lelaki yang sudi jadikan anda sebagai teman wanita atau pun melamar anda sebagai seorang isteri.

Lelaki pencinta kucing

Teman hidup terbaik kepada wanita yang sering bertukar-tukar mood adalah seorang lelaki pencinta kucing. Lelaki tersebut bukan sahaja cat lover malah bakal menjadi long lasting love anda!

Mari semak mengapa lelaki yang sayangkan kucing sesuai untuk wanita moody!

Memahami

Bukan kucing sahaja mempunyai pelbagai ragam, perempuan pun sama dan mungkin lebih! Jadi, lelaki perlu memahami perempuan yang sering bertukar-tukar mood.

Kucing dan wanita mempunyai perwatakan yang sama iaitu manja dan mahukan perhatian sepanjang masa. Untuk cat lover perkara ini tidak menjadi masalah kerana sudah biasa dengan situasi sebegini.

Mereka juga seorang yang penyabar. Bertuah siapa yang mempunyai pasangan yang sayangkan kucing.

Bertanggungjawab

Kos perbelanjaan menjaga kucing agak tinggi. Lelaki kalau sudah sayangkan kucing sanggup buat apa sahaja demi keselesaan kucing kesayangan mereka. Kalau kucing pun dia sanggup berhabis duit, mengapa tidak kepada anda?

Sudah tentu dia akan menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk anda. Ciri seperti inilah wanita mahukan daripada seorang ketua keluarga.

Bahasa Tubuh

Lelaki yang sudah terlalu biasa dengan kucing akan memahami kehendak kucing dengan melihat tingkah-laku dan bahasa tubuh kucing seperti kucing tengah marah, mahukan makanan atau ingin bermanja.

Jadi mudah bagi anda, gunakan sahaja bahasa tubuh pasti pasangan anda faham apa yang anda mahukan.

Setia dan Penyayang

Bukan mudah ya memiliki dan menjaga kucing. Pelbagai kerenah kucing yang perlu diambil berat.

Tapi jika seorang lelaki mampu menjaga kucing dengan sempurna dalam jangka masa yang sangat lama, tidak pelik jika dia mampu setia dan menyayangi anda sampai bila-bila.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: verst

'Hukum Melakukan Lathi Challenge Adalah Haram Dan Berdosa' - Mufti WP

'Hukum Melakukan Lathi Challenge Adalah Haram Dan Berdosa' - Mufti WP

Trend penghasilan video mekap yang dikenali sebagai 'Lathi Challenge' menjadi viral memaparkan perubahan wajah dengan menggunakan mekap yang menyeramkan juga telah mendapat perhatian beberapa orang agamawan.

Lathi-Challenge-Haram

Mereka telah bertindak menyuarakan pendapat di media sosial dan antara mereka yang lantang bersuara adalah Da'i Wan di mana dia mengatakan bahawa Lathi Challenge ini berasal daripada budaya jawa yang dilaporkan syirik dan khurafat.

Namun, kenyataannya sebelum ini telah pun dipadam selepas menerima kecaman dari netizen Indonesia dan Malaysia.

Dia juga dikecam oleh pemilik lagu Lathi, salah seorang anggota kumpulan Weird Genius, iaitu Reza Arap.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah tampil menjawab satu soalan yang bertanya, "Pandangan SS Mufti berkaitan Lathi Challenge yang tular di media sosial akhir-akhir ini. Mohon penjelasan dari SS Muft".

Dalam kenyataannya yang dimuat naik di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-521: HUKUM MELAKUKAN 'LATHI CHALLENGE', Dr Luqman telah memberi jawapan kepada soalan tadi dengan ringkas dan padat, khusus untuk umat Islam di Malaysia.

"Hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa. Hal ini kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran.

"Oleh itu, kami ingin menasihati orang ramai khususnya umat Islam agar tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) yang berbentuk pemujaan dan ritual seperti ini demi menjaga akidah kita," katanya dalam satu kenyataan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com