Thursday, May 01, 2014

Kisah Kemahsyuran Walk of Fame Hollywood


Untuk pengetahuan anda, California adalah negeri ketiga terbesar di AS dan cukup terkenal dengan kepelbagaian bentuk muka bumi, budaya serta flora dan faunanya.

California City

Kalau anda ke California, tidak sempurna lawatan itu kalau tidak ke Hollywood dan Beverly Hills yang terletak di dalam daerah Los Angeles. Dan kalau ke Hollywood pula, tidak lengkap kalau tidak ke Walk of Fame!

Setiap tahun tidak kurang daripada 10 juta pelancong mengunjunginya. Begitulah hebatnya tarikan dunia hiburan Hollywood.

Bintang-bintang penghargaan Walk of Fame pula dibahagikan kepada lima kategori iaitu industri televisyen, filem, muzik, radio dan persembahan teater serta secara langsung (live).

Hollywood Walk of Fame

Setiap kategori disimbolkan dengan emblem tertentu misalnya set TV untuk industri TV, kamera filem (industri filem), fonograf (muzik), mikrofon (radio) dan topeng (teater dan persembahan secara langsung).

Ia mula dipasang secara tetap pada 28 Mac 1960 dengan pengarah filem, Stanley Kramer menjadi penama pertama yang diabadikan di bintang tersebut.

Bagaimanapun, Joanne Woodward sering disalah anggap sebagai yang pertama kerana sebelum itu namanya diabadikan di bintang yang dipasang sementara pada Ogos 1958 di Highland Aveneu bersama tujuh selebriti lain, untuk dijadikan contoh rupa Walk of Fame apabila diwujudkan kelak. Kemudian, Joanne adalah artis pertama bergambar bersama bintang tersebut.

Hollywood Walk of Fame - Joanne Woodward

Apabila berjalan di kaki lima itu, para pelancong dari seluruh dunia tidak putus-putus bergambar di bintang-bintang selebriti yang mereka minati.

Tetapi awas, bintang bintang itu terlalu banyak hingga kita akan keliru di mana mahu bermula, di mana berakhir, di mana lokasi bintang-bintang tertentu dan sebagainya.

Bayangkan, sehingga kini ada lebih kurang 2,500 nama artis yang diabadikan di Walk of Fame, dari zaman animasi dan 3D. Dari sebelum zaman Thelma Todd dan Bela Lugosi, sampailah kepada zaman The Beatles, Britney Spears, Tom Cruise, Celine Dion, Michael Jackson dan Johnny Deep.

Dan anda kenal siapa Gene Autry? Untuk pengetahuan anda, Autry merupakan satu-satunya selebriti yang mendapat lima bintang kerana namanya diabadikan dalam kelima-lima kategori tersebut.

Walk of Fame Gene Autry

Sementara itu, sumbangan Bob Hope, Mickey Rooney, Roy Rogers dan Tony Martin diberikan penghargaan dalam empat kategori bintang.

Frank Sinatra dalam tiga kategori manakala Michael Jackson, dua bintang, iaitu sebagai artis solo dan berkumpulan dalam The Jackson Five. Dan sudah tentulah bintang milik Michael Jackson adalah yang paling laris. Tidak putus-putus pelancong bergambar di situ.

Tetapi, jangan tersilap pula. Ada dua orang selebriti bernama Michael Jackson di Hollywood. Michael Jackson yang kita kenal dan Michael Jackson seorang personaliti radio.

Apabila penyanyi Michael Jackson meninggal dunia pada Jun 2009, ramai pengunjung tersilap meletakkan jambangan bunga, lilin dan pelbagai lagi tanda mata di sekitar bintang personaliti radio tersebut.

Hollywood Walk of Fame - Michael Jackson

Anda minat pelawak Charlie Chaplin? Namanya hanya diabadikan selepas dua kali pencalonan. Ketika namanya dicalonkan pada 1956, jawatankuasa menolaknya kerana Charlie ketika itu didakwa terlibat dalam perlanggaran undang-undang moral dan politik berhaluan kiri.

Bagaimanapun, namaya dicalonkan semula pada 1972 dan seterusnya diabadikan. Tahun yang sama juga Chaplin menerima Anugerah Oscar, yang dijalankan di bangunan Kodak Theatre yang merupakan 'pusat' Walk of Fame. Kalau minat, carilah namanya di sana.

Menariknya, ramai yang tidak tahu, bukan nama artis sahaja yang diabadikan di Walk of Fame, Astronaut pertama ke bulan Neil Armstrong, Michael Collins dan Edwin Eldrin pun diabadikan. Bukan dalam terazo bintang tapi bulan, yang turut mencatatkan tarikh 7/20/69 dan perkataan Apollo XI di bawah kategori industri TV.

Ini kerana misi tiga orang angkasawan itu mendapat liputan televisyen di seluruh dunia. Ia sekaligus melonjakkan kemajuan industri tersebut.

Walk of Fame Muhammad Ali

Petinju lagenda, Muhammad Ali pun diberikan penghargaan kerana sumbangannya dalam persembahan live. Bagaimanapun, bintang beliau diabadikan pada dinding bangunan Kodak Theatre atas permintaan Ali kerana tidak mahu namanya dilangkah dan dipijak orang.

Kalau anda peminat kartun pula, bolehlah bergambar di bintang Mickey Mouse, Bugs Bunny, Donald Duck, Woody Woodpacker, Shrek, Snow White dan banyak lagi.

Ramai orang mengatakan kita berfikiran kuno sebab percaya pada benda-benda karut. Tapi jangan terkejut, orang Hollywood pun ada kepercayaan sebegitu.

Misalnya, seseorang itu perlu membongkok di bucu bintang yang bawah kemudian letakkan tapak tangan kiri pada huruf pertama nama dalam bintang tersebut. Tanpa menggerakkan tangan kiri tadi, cecahkan tapak tangan kanan pada setiap bucu bintang mengikut arah jam, bermula dari bucu paling atas.

Kononnya, kalau anda berjaya buat begini tanpa menggerakkan tangan kiri, anda akan mendapat nasib yang baik sepanjang berada di Hollywood.

audrey-hepburn

Satu lagi, kononnya sesiapa yang meletakkan sekuntum bunga ros di atas bintang terazo milik aktres jelita Audrey Hepburn, kemudian mengelilinginya sebanyak sembilan kali sambil berniat untuk mendapatkan cinta sejati atau anak, hajat itu akan tertunai!

Dalam proses mengabadikan nama-nama selebriti berkenaan, beberapa kali terjadi kesilapan mengeja. Misalnya, Dick Van Dyke ditulis Vandyke, Julia Louis-Dreyfus (Julia Luis Dreyfus) dan Maurtitz Stiller (Maurice Diller).

Sedikit lagi fakta menarik, Bintang Rooger Moore dipasang di 7007 Hollywood Boulevard. Lokasi ini sangat bersesuaian dengan Moore kerana beliau menjadi James Bond sekuel ketujuh filem perisikan itu.

Walk of Fame Dead Ends Kids

Bintang terakhir yang diabadikan di penghujung sebelah barat Walk of Fame adalah milik Dead Ends Kids, iaitu kumpulan 14 orang pelakon muda pada tahun 1930an. Sebahagian daripada nama-nama bintang tadi sudah pun meninggal dunia. Sebahagian lagi hanyalah watak khayalan.

Jadi macamana, anda berminat ke Hollywood?

BACA INI JUGA: Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon