Wednesday, August 10, 2016

Rahsia Dan Kuasa Mistik 'Kain Cindai'


Asal nama Kain Cindai adalah Patola, namun dipanggil sebagai Kain Cindai oleh masyarakat Melayu terdahulu dan sudah wujud sekitar abad ke 15 lagi.

Kain Cindai

Ketika itu, Kain Cindai dianggap sebagai alat kebesaran oleh sultan, golongan pembesar dan pahlawan ketika zaman Kesultanan Melaka.

Oleh kerana dipakai oleh golongan tertentu, harga Kain Cindai agak mahal dan tidak mungkin mampu dibeli oleh rakyat biasa.

Sebenarnya, keunikan Kain Cindai terserlah melalui cara ia dibuat kerana pada zaman dahulu, kain ini hanya ditenun oleh lelaki sahaja.

Sejenis teknik yang dinamakan sebagai ikat ganda digunakan untuk menenun Kain Cindai.

Tekstil ini ditenun pada dua jenis daging kain yang berbeza, ditenun secara berpasangan, iaitu kain jantan berdaging halus dan kain betina berdaging kasar dan inilah keistimewaan yang tidak ada pada kain tenun lain di dunia.

Proses pembuatan Kain Cindai mengambil masa yang cukup lama dan proses mewarna kain (ikat celup) dianggarkan memakan masa 6 hingga 12 bulan.

Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status bangsawan dan hartawan.

Mengikut sejarah, Kain Cindai merupakan sejenis tenunan yang berasal dari Gujerat, India, dan di sana ia dipanggil dengan nama Kain Patola

Pada mulanya, ia merupakan sejenis barang dagangan yang dibawa oleh pedagang India Muslim ke Asia Tenggara sejak abad ke 14 hingga awal abad ke 19.

Selepas itu, berlaku pemindahan teknologi dimana tekstil yang didagangkan ini diperhalusi oleh orang Melayu agar lebih berkualiti dan tahan lama digunakan.

Difahamkan, masyarakat terdahulu telah melakukan inovasi dengan menggantikan penggunaan benang sutera kepada serat nenas.

Selain itu, penggunaan corak motif asal seperti geometri dan haiwan turut diubah dan dimasukkan unsur Melayu.

Sebagai contoh, penggunaan corak motif yang seringkali digunakan adalah pucuk rebung.

Kain Cindai turut dijadikan bengkong atau ikat pinggang oleh golongan bangsawan lelaki dan bagi wanita pula, Kain Cindai digunakan sebagai selendang dan penutup kepala.

Di India, ia dijadikan sari dan merupakan antara kain yang sangat kukuh dan tahan lasak.

Dipasaran dunia, Kain Cindai tradisional berusia ratusan tahun mampu mencecah harga ratusan ribu.

Ini kerana barang warisan ini selalunya dianggap mempunyai kuasa mistik hingga wujud istilah 'Kain Cindai Bunian' dan sebagainya.

Tidak terkecuali dalam versi kepercayaan masyarakat Melayu terdahulu yang mengaitkan Kain Cindai ini dengan ilmu kebal.

Namun, mengikut teori pakar, mungkin ianya disebabkan oleh proses tenun ikat ganda menjadikan daging kain rapat dan kukuh menjadikannya sukar ditembusi oleh objek tajam, dengan syarat ia hendaklah dililit beberapa lapisan.

Kuasa Mistik

Mongol warrior

Suatu ketika dulu, di kurun ke-13, tentera Mongolia pernah menggunakan sejenis kain yang diambil dari India sebagai alat pelindung senjata tajam.

Kain ini sengaja dibiarkan tidak bernama. Ini kerana, Gengis Khan percaya, tenteranya akan lebih bersemangat juang sekiranya mereka tidak tahu nama kain itu. Ia juga dapat menghilangkan rasa takut dan keyakinan mereka tentang kekuatan yang abadi.

Sepanjang kempen penaklukan Gengis Khan, tenteranya telah berjaya berperang dan menawan empayar seluas 33 juta kilometer bermula dari Poland hingga ke Korea di timur. Dari Siberia ke Teluk Oman di utara dan turun ke selatan hingga ke Vietnam.

Semuanya di takluk dengan penuh semangat keperwiraan tanpa sedikit gentar pun. Di sebalik kehebatan ini, tersimpul satu kepelikan tentang sejenis kain yang diberikan kepada mereka.

Mereka tidak tahu apakah nama kain itu. Apa yang mereka tahu, kain itu mampu menahan anak panah daripada menembusi tubuh malah ia juga dapat menghalang darah daripada terus mengalir akibat kecederaan parah di tetak musuh.

Bagaimanapun, kisah mengenai kain itu tidak pernah muncul dalam sejarah Mongol dan ia cuma sebahagian daripada cerita penglipur lara.

Bagi ahli sejarah, kisah itu lebih menggambarkan tentang teknologi baju perang di mana ia begitu popular dalam empayar Jin yang diterajui oleh Maharaja Xuanzong atau nama sebenarnya Wanyan Xun.

Lebih kukuh lagi, tidak pernah ada satu catatan pun mengenai kain tersebut pernah ditemui oleh mana-mana ahli sejarah yang mengkaji tentang dinasti ini.

Namun, sekali imbas, apakah kehidupan gasar masyarakat nomad mempunyai teknologi seperti baju perang? Dan bagaimana pula mereka berperang? Apa pula kaitan kejayaan Gengis Khan dengan kain yang di panggil sebagai Patola oleh orang-orang Gujerat ini?

Kewujudan mengenai kain ini mungkin dapat diperjelaskan jika kita dapat membongkar kemunculan sebuah bandar bernama Patola di Helsinki, Finland.

Apakah benar sewaktu tentera Batu (cucu Gengis Khan) meninggalkan Golden Horde, Rusia, mereka telah meninggalkan selembar kain Patola kepada seorang pembesar di Bulgaria yang kemudiannya membawanya ke Estonia lalu menyimpannya di Helsinki?

Kisah Tuah Dan Jebat

Pertarungan Tuah dan Jebat

Mengenai kekebalan Cindai juga wujud dalam Hikayat Hang Tuah, halaman 392. Di ceritakan, Hang Jebat membalut luka tikaman Hang Tuah dengan kain Cindai sebelum dia mengamuk selama tujuh hari.

Kemudian selepas Jebat membuka balutan itu, dia akhirnya meninggal dunia.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon