Friday, June 12, 2020

Suhu Badan Normal Antara 36.0 Hingga 37.5 Darjah Celsius – KKM

Suhu Badan Normal Antara 36.0 Hingga 37.5 Darjah Celsius – KKM

Memahami suhu badan kita adalah sangat penting bagi mengetahui gejala apabila diserang penyakit, oleh itu kita harus tahu berapakah suhu tubuh manusia normal dan bagaimanakah cara yang betul untuk mengukurnya.

Suhu Badan Normal

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter menjelaskan bahawa suhu badan manusia yang normal adalah di antara 36.0 darjah selsius sehingga 37.5 darjah selsius.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kehidupan kita berubah kepada norma baru. Saringan suhu dibuat setiap kali melangkah masuk mana-mana bangunan awam.

Umum tahu, gejala utama COVID-19 adalah demam dan pemeriksaan paling mudah untuk mengetahui seseorang itu sihat adalah melalui bacaan suhu badan daripada termometer.

Sekiranya ada yang mempunyai suhu dibawah 36.0 darjah selsius, mungkin disebabkan mereka sakit seperti penyakit hypothermia, itupun jika terdedah kepada cuaca sejuk dalam tempoh yang lama dan jarang berlaku dinegara bercuaca panas seperti Malaysia.

Sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah selsius dalam situasi normal, seseorang itu dianggap demam yang biasanya disertai pening kepala, bersin dan hidung berhingus.

Langkah ini sangat penting untuk kita mengetahui tiada penularan wabak COVID-19 berlaku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

2 Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel Dengan Menggunakan Lampu Suluh

2 Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel Dengan Menggunakan Lampu Suluh

Ramai sudah tahu sebelum ini ada kes dimana kamera tersembunyi dijumpai di dalam bilik penginapan atau hotel yang pastinya boleh menyebabkan privasi dalam situasi berbahaya kerana boleh disebarkan kepada umum atau dijadikan bahan ugutan.

Hidden Camera in hotel

Oleh itu, ramai berasa tidak selamat ketika berada dalam bilik penginapan dan seperti ada mata yang sentiasa memerhati.

Namun, terdapat pelbagai cara untuk mengesan kamera tersembunyi di tempat penginapan anda, tetapi kami akan senaraikan 2 cara paling mudah anda boleh gunakan.

1. Suluh lampu pada kawasan tersorok

Kamera tersembunyi

Selalunya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat oleh mata kasar.

Antara tempat persembunyian tersebut ialah pengesan asap, penapis udara, buku, hiasan dinding, kotak TV digital, penyangkut pakaian, pen dan juga almari.

Caranya, suluh lampu pada kawasan-kawasan tersebut dan difahamkan kamera tersembunyi akan bertukar warna menjadi warna hijau atau biru apabila terkena cahaya.

2. Padamkan lampu

Ungu berkelip-kelip

Pastikan anda memadamkan lampu sebelum masuk ke dalam bilik, kemudian pasang lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilik tersebut.

Jika cahaya berwarna ungu berkelip-kelip didapati, mungkin kamera infrared telah disembunyikan di situ.

Diharap perkongsian ini akan membantu anda di luar sana agar tidak jadi mangsa penjenayah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

'Picit Challenge' Untuk Mereka Yang Tiada Rasa Malu

'Picit Challenge' Untuk Mereka Yang Tiada Rasa Malu

Bergambar memeluk isteri sambil memicit punggung? Itu cabaran media sosial yang dikenali sebagai #picitchallenge yang mula tular sejak sambutan Aidilfitri lalu, mengundang pelbagai persepsi umum termasuk kecaman daripada warganet.

Picit Challenge memalukan agama

Cabaran berkenaan menampilkan suami memicit punggung isterinya dan gambar berkenaan dimuat naik di laman sosial serta meletakkan tanda pagar #picitchallenge.

Walaupun secara prinsipnya, isteri adalah hak terhadap suaminya namun adakah sesuatu yang wajar gambar kurang sopan berkenaan dikongsi di akaun media sosial seolah-olah sudah hilang perasaan malu.

Bermesraan antara suami dan isteri selepas berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki.

Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri.

"Iman itu ada 70 lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang daripada iman." (Riwayat Muslim, no. 35)

Rasa malu menurut Imam an-Nawawi RH adalah, "Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya daripada kelalaian dalam memenuhi hak pemiliknya."

Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai.

Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan di media sosial kerana ia bukan akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.

Tanpa sedar juga, perbuatan berkongsi gambar suami memicit punggung isterinya bukan hanya menjatuhkan maruah, malah perkara itu mengundang imaginasi orang yang melihatnya.

Bagaimana maruah seorang isteri walaupun si isteri itu bersifat 'reda' dengan kelakuan suaminya dan berkongsi gambar untuk menjadi tontonan umum di media sosial.

Adakah perkara berkenaan hanya mengejar 'kebanggaan' dan bagaimana pula adab pasangan suami isteri yang bergelar penganut Islam?

"Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan." (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)

Satu petikan kenyataan daripada Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyatakan bahawa perbuatan berkongsi keintiman dengan khalayak adalah dilarang dan perbuatan itu perlu disesuaikan dengan tempat yang sepatutnya.

Islam sangat mengutamakan adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang lebih sesuai walaupun seseorang itu bergelar suami isteri namun masih perlu mengutamakan tatasusila membabitkan gambar yang ingin dikongsi dengan umum.

Apa yang berlaku bagi segelintir umat Islam hari ini yang melihat semua itu sebagai 'normalisasi baharu' walaupun pada kaedah pemikiran akal adalah sangat bertentangan, malah mengundang terbukanya pintu fitnah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Menurut Kajian Saintis, Lelaki Miliki Jari Manis Panjang Kurang Risiko Kematian Akibat Covid-19

Menurut Kajian Saintis, Lelaki Miliki Jari Manis Panjang Kurang Risiko Kematian Akibat Covid-19

Hasil satu kajian sekumpulan saintis di Universiti Swansea melibatkan golongan lelaki di 41 negara yang berdepan dengan penularan wabak Covid-19 berkaitan Covid-19 mendapati, golongan lelaki yang mempunyai saiz jari manis lebih panjang kurang berisiko kematian akibat wabak Covid-19 sekiranya dijangkiti.

Panjang Jari

Hasil kajian tersebut mendapati kadar kematian lelaki yang mempunyai jari manis lebih pendek antara ketiga tertinggi di beberapa negara.

Menurut saintis, saiz jari manis ditentukan oleh berapa jumlah testosteron yang melekat di janin ketika membesar di dalam rahim.

Dipercayai, semakin banyak testosteron lelaki terdedah di rahim, semakin panjang saiz jari manis.

Testosteron dipercayai boleh melindungi daripada risiko kematian Covid-19 dengan meningkatkan bilangan reseptor ACE-2 di dalam badan.

Kumpulan saintis percaya bahawa koronavirus, yang secara rasmi disebut SARS-CoV-2, memasuki tubuh dan menyebabkan jangkitan melalui reseptor ini.

Tetapi kajian juga menunjukkan bahawa tahap reseptor ACE-2 yang tinggi dapat melindungi dari kerosakan paru-paru, yang boleh menyebabkan dijangkiti koronavirus.

Kajian terbaharu ini mendapati lelaki dengan kadar testosteron rendah dua kali berisiko kematian akibat Covid-19 berbanding mereka yang mempunyai tetosteron lebih tinggi.

Kumpulan penyelidik ini telah mengumpul 200,000 data individu di 41 negara dengan mendapatkan saiz jari manis secara sukarela.

Jari telunjuk dan jari manis diukur dengan milimeter terdekat, dengan pengukuran pertama dibahagikan dengan ukuran kedua untuk mendapatkan nisbah 2D:4D dan semakin kecil nisbah digit, semakin panjang jari manis.

Kajian juga mendapati, nisbah digit terkecil tangan kanan lelaki adalah negara Malaysia, dengan 0.976.

Semakin tinggi nisbah digit, semakin pendek jari manis dan Bulgaria mempunyai nisbah digit tertinggi tangan kanan lelaki dengan 0.99.

Jari manis panjang

Penyelidik mendapati, negara-negara yang mempunyai lelaki dengan nisbah digit lebih kecil, termasuk Malaysia, Rusia dan Mexico mencatat kadar kematian kes Covid-19 lebih rendah.

Manakala negara-negara mencatat nisbah angka lelaki lebih tinggi, termasuk United Kingdom, Bulgaria dan Sepanyol mencatat kadar kematian kes lebih tinggi.

Hasil kajian lebih ketara menggunakan tangan kanan lelaki berbanding tangan kidal.

Profesor John Manning yang mengetuai kajian ini memberitahu bahawa golongan lelaki dari negara Australia, New Zealand, Austria dan negara-negara Asia Timur mempunyai saiz jari manis lebih panjang, iaitu 'kelebihan biologi'.

"Penemuan kami ini membawa kepada kemungkinan, lelaki memiliki jari manis yang panjang akan mengalami gejala ringan dan dapat kembali bekerja," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Thursday, June 11, 2020

6 Etnik Yang Menjadi Mangsa Rasis Dan Sejarah Perkauman Di Amerika Syarikat

6 Etnik Yang Menjadi Mangsa Rasis Dan Sejarah Perkauman Di Amerika Syarikat

Rasisme adalah sejenis kepercayaan bahawa sebuah bangsa, warna kulit atau satu kelompok secara umumnya, sama ada dari segi agama, nasionalisme atau etnik, dianggap lebih tinggi dan dominan berbanding yang lain.

Perkauman Di Amerika Syarikat

Namun, rasisme terdapat pelbagai jenis serta kategori, dan adakalanya rasisme itu perlu demi kemandirian sesebuah bangsa.

Namun berbeza dengan Amerika, rasisme telah menjadi sebahagian daripada lanskap politik Amerika sejak penjajahan Eropah di Amerika Utara bermula pada abad ke-17.

Sudah ada pelbagai kelompok yang terpaksa menghadapinya, ia dipraktikkan dalam undang-undang yang diskriminatif, amalan sosial dan tingkah laku jenayah yang ditujukan kepada kumpulan sasaran.

Berikut adalah senarai beberapa etnik yang menjadi mangsa perkauman orang kulit putih Amerika.

1. KAUM PRIBUMI AMERIKA

Dengan kedatangan orang Eropah di pesisir Amerika Utara dan perancangan sistematik mereka untuk menunduk dan menakluki tanah itu, berlakulah konflik perkauman dan kekejaman terhadap orang Pribumi.

Orang Eropah percaya bahawa penduduk asal Amerika adalah kafir dan tidak bertamadun, mereka perlu diperkenalkan dengan peradaban melalui agama Kristian dan budaya Eropah.

Ini menyebabkan berlaku pembunuhan beramai-ramai, pengusiran, rampasan tanah, cubaan untuk menghapuskan tradisi penduduk asli Amerika, serta asimilasi paksa melalui institusi seperti sekolah residen dan menubuhkan "Indian Reservation".

Malah, media menggambarkan penduduk asal di benua ini sebagai orang buas yang hauskan darah, lantas membantu menghalalkan penindasan Eropah terhadap Pribumi Amerika.

Kesan jangka panjang, antara lain, layanan sebegini menjelaskan hakikat hari ini di mana kaum Pribumi Amerika mempunyai kadar kes bunuh diri tertinggi berbanding mana-mana kumpulan di Amerika Syarikat, menurut National Institute of Mental Health.

2. AFRIKA-AMERIKA

Ramai orang Afrika yang dibawa ke Amerika bermula pada abad ke-17 tiba sebagai hamba, diculik dari tanah air dari pelbagai bahagian benua Afrika.

Malah, sebilangan daripada mereka terkenal sebagai golongan bangsawan dan celik huruf.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak Afrika dihapuskan nama asal dan identiti mereka, dipaksa melalui proses "Kristianisasi", diseksa dan dalam beberapa kes, mereka dihukum atau digantung sesuka hati oleh pemilik mereka dari kaum kulit putih, yang menganggap perhambaan adalah kepentingan utama untuk mengekalkan kekayaan dan hartanah mereka yang luas.

Ahli keluarga dipisahkan melalui proses jual beli hamba dan walaupun tidak semua orang Afrika di Amerika menjadi hamba, sebilangan besar dijadikan hamba terutamanya di negeri-negeri selatan.

Bagi orang-orang Afrika di Amerika yang bebas, undang-undang diskriminatif yang melarang mereka memiliki harta dan mengundi, misalnya, serta kepercayaan terhadap kerendahan status diri hakiki orang berkulit gelap oleh majoriti kulit putih yang dominan menghalang mereka dari meraih kesaksamaan penuh dalam negara Amerika Syarikat.

Walaupun perhambaan akhirnya diharamkan dan undang-undang yang melarang diskriminasi terhadap Afrika-Amerika dibuat, perkauman terhadap komuniti ini terus wujud dan ditunjukkan dalam pelbagai cara yang lebih halus hari ini.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Amalan Pekerjaan yang Adil Washington DC telah mendapati bahawa orang kulit hitam menghadapi diskriminasi dalam satu daripada setiap lima temuramah pekerjaan.

Persatuan Sosiologi Amerika menyatakan bahawa, "hari ini majikan menggunakan fasa proses pengambilan pekerja yang berlainan untuk mendiskriminasi golongan minoriti (misalnya, merekrut dari sekolah orang kulit putih sebagai prioriti dan bukan melalui program latihan pekerjaan) dan menawarkan pekerjaan dan gaji yang bertaraf lebih tinggi kepada pekerja kulit putih."

3. JEPUN-AMERIKA

Dengan pengeboman Pearl Harbor di Hawaii pada bulan Disember 1941, diskriminasi perkauman terhadap komuniti Jepun-Amerika semakin meningkat.

Sama seperti umat Islam setelah serangan 9/11, orang Jepun-Amerika menjadi sasaran gangguan, diskriminasi dan pengawasan pemerintah. Anggota komuniti ini kehilangan rumah, pekerjaan dan perniagaan.

Tetapi, tamparan terburuk adalah Perintah Eksekutif Februari 1942 yang ditandatangani oleh Presiden Franklin D. Roosevelt yang membenarkan penahanan mana-mana orang Jepun-Amerika.

Mereka kemudiannya dianggap sebagai musuh negara dan lebih separuh daripada 120,000 orang Jepun-Amerika dihantar ke kem, walhal dilahir dan dibesarkan di Amerika Syarikat serta tidak pernah menjejakkan kaki ke Jepun. Separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.

Perintah Eksekutif membenarkan pengecualian secara paksa terhadap orang Jepun-Amerika dari kawasan tertentu demi menjaga keselamatan dari sebarang sabotaj, pengintipan dan menjaga harta benda.

Sebahagian dari mereka yang dipenjarakan mati di kem kerana kekurangan rawatan perubatan yang tepat. Yang lain kebanyakannya dibunuh kerana tidak mematuhi perintah.

Menurut laporan tahun 1943 yang diterbitkan oleh War Relocation Authority, pihak yang menguruskan kem, orang-orang Jepun-Amerika ditempatkan di "barak-barak yang dilapisi kertas tar dengan pembinaan struktur sederhana tanpa kemudahan saliran mahupun fasiliti untuk memasak."

Penginapan yang penuh sesak ini amat suram dan dikelilingi oleh kawat berduri. Presiden Roosevelt sendiri menggelar tempat itu sebagai "kem konsentrasi."

4. SINOFOBIA/CINA-AMERIKA

Sentimen anti-China atau sinofobia telah wujud di Amerika Syarikat sejak pertengahan abad ke-19, tidak lama setelah imigran dari China pertama kali tiba di pantai Amerika Syarikat.

Ia dianggarkan bermula pada tahun 1860-an, ketika orang-orang Cina membantu membangunkan projek Kereta Api Transkontinental Pertama.

Pernah dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Pengecualian Cina tahun 1882, iaitu menghentikan bukan sahaja imigrasi tetapi juga naturalisasi.

Puncanya dapat ditelusuri melalui para pedagang, mubaligh, dan diplomat Amerika yang pulang dari China bersama laporan "negatif tanpa henti" mengenai orang-orang yang mereka temui di sana.

Persepsi ini ditularkan kepada orang Amerika yang tidak pernah meninggalkan Amerika Utara, memicu perbahasan mengenai Yellow Peril dan terus berlanjutan melalui Perang Dingin semasa McCarthyism.

Beberapa sentimen anti-Cina moden mungkin disebabkan oleh kebangkitan kerajaan komunis Republik Rakyat China sebagai kuasa besar dunia yang dilihat memangsakan negara-negara di luar China.

Sentimen sinofobia atau anti-Cina adalah istilah sifat penentangan atau permusuhan yang ketara terhadap budaya Cina, politik Cina dan dasar Republik Rakyat China, kadang-kadang, terhadap kumpulan tertentu orang-orang Cina.

5. YAHUDI-AMERIKA

Walaupun orang Yahudi pertama kali tiba di Amerika lebih dari 300 tahun yang lalu dan menikmati tahap kebebasan beragama tertentu, anti-Semitisme tetap wujud dan biasa dilakukan secara sosial dalam beberapa kes.

Sebagai contoh, beberapa negeri pada akhir abad ke-18 melarang mereka yang bukan beragama Kristian daripada mengundi atau memegang jawatan awam.

Namun, halangan-halangan ini kemudiannya ditamatkan, terutamanya setelah wujudnya Rang Undang-Undang Hak.

Juga, semasa tragedi Holocaust di Eropah pada tahun 1940-an, sebuah kapal yang memuatkan lebih 900 pelarian Yahudi terutamanya dari Jerman tidak diizinkan untuk berlabuh di tanah Amerika, berdasarkan Undang-Undang Imigrasi yang dikecualikan pada tahun 1924.

Hanya satu pertiga sahaja daripada penumpang kapal itu yang dipaksa untuk kembali ke Eropah, terselamat dari menjadi korban pembunuhan Yahudi di Eropah pada masa itu.

Klux Klux Klan, salah satu kumpulan pengganas yang paling kejam di Amerika Syarikat, tidak hanya mensasarkan kebencian mereka kepada orang Afrika-Amerika, bahkan orang Yahudi juga menjadi sasaran.

Diskriminasi terhadap orang Yahudi dilakukan dalam beberapa kes dalam konteks tenaga kerja dan mereka tidak diizinkan masuk ke sejumlah kawasan peranginan dan kelab sosial.

Kolej juga mengamalkan diskriminasi dengan mengehadkan pendaftaran untuk mereka, orang Yahudi juga dilarang membeli harta benda tertentu.

6. ISLAMOFOBIA

Ini adalah istilah yang dicipta untuk menggambarkan permusuhan semasa terhadap agama Islam dan Muslim di Amerika Syarikat, yang dizahirkan secara prejudis, gangguan dan diskriminasi.

The Pew Forum On Religion And Public Life mendapati beberapa tahun lalu bahawa pendapat positif terhadap Islam di kalangan orang Amerika telah menurun sejak tahun 2005.

Islamofobia semakin meningkat setelah berlakunya serangan 9/11 dan perang lanjutan di Iraq dan Afghanistan.

Umat ​​Islam di Amerika Syarikat dalam satu dekad terakhir ini telah melalui 700,000 soal jawab oleh FBI, pintasan panggilan tanpa wayar, pengawasan telefon dan pelbagai lagi kaedah.

Ditambah lagi dengan retorik kebencian dan penyampaian maklumat salah yang didorong oleh para "pakar-pakar" keganasan, penulis sayap kanan, hos dan personaliti rancangan bual bicara televisyen dan radio, serta blog dan laman web yang tidak terhitung jumlahnya yang memfitnah Islam dan umat Islam, sekali gus mengaitkannya dengan keganasan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

18 Alasan Kenapa Minum Kopi Lebih 'Enak' Daripada Perempuan

18 Alasan Kenapa Minum Kopi Lebih 'Enak' Daripada Perempuan

Siapa tak kenal kopi. Minuman paling sedap dan enak untuk dinikmati pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Ia mampu menyegarkan mata dari mengantuk dan menguatkan badan dari kelesuan.

Minum Kopi

Tetapi, apa kaitan kopi dengan seorang wanita? Jom kami bagitau anda kenapa minum kopi jauh lebih enak jika kita bandingkan dengan seorang perempuan.

1. Anda tidak perlu menambahkan krim untuk membuat rasa kopi lebih enak.

2. Kopi tidak akan memprotes jika anda mencampurkan krim di dalamnya.

3. Secangkir kopi selalu terlihat nikmat di pagi hari.

4. Anda tidak akan pernah mengantuk dan tidur setelah menikmati secangkir kopi.

5. Anda selalu boleh memanaskan kembali kopi yang sudah dingin.

6. Kopi tidak akan pernah habis, selalu ada isi ulang di dalamnya.

7. Kopi lebih murah.

8. Anda tidak akan ditangkap kerana membeli kopi pada jam 3 pagi.

9. Kopi tidak pernah berlari keluar rumah.

10. Kopi hanyalah hampas dan dibuang setelah esok pagi.

11. Anda boleh membuat kopi semanis yang dikehendaki.

12. Aroma dan rasa kopi sentiasa menggoda.

13. Jika cangkir kopi tumpah, anda boleh membersihkannya hanya dengan kain biasa atau lap sahaja.

14. Anda boleh selalu menikmati kopi segar.

15. Anda boleh menikmati kopi di warung kecil pinggir jalan, juga di dalam kafe mewah.

16. Anda boleh membuang kopi yang menurut kamu tidak enak.

17. Jika menambahkan coklat di dalam kopi, ia tidak akan membuatkan anda gemuk.

18. Sejelek mana pun penampilan diri, anda tetap dapat menikmati kopi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Anda Bangga Jadi Tukang Viral Fitnah Di Laman Sosial?

Anda Bangga Jadi Tukang Viral Fitnah Di Laman Sosial?

Pada zaman serba moden dan canggih kini, gejala fitnah berleluasa dengan semakin pantas, ditambah lagi dengan adanya pelbagai platform media sosial dan internet di hujung jari, 'penyakit' hati yang telah pun wujud sejak turunnya Nabi Adam a.s. di muka bumi ini kini nampaknya semakin menjadi-jadi.

Fitnah Di Laman Sosial

Jika dahulu, fitnah disebarkan secara 'telinga ke telinga' atau melalui kaedah lisan dan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk tersebar, kini ia hanya mengambil masa selama beberapa saat sahaja untuk tersebar ke seluruh dunia.

Hanya dengan menggunakan telefon pintar atau skrin komputer, sesiapa sahaja boleh mencipta sesuatu fitnah dan menyebarkannya kepada semua orang.

Kesannya daripada aktiviti fitnah ini, ia bukan sahaja akan memburukkan maruah mangsa fitnah, malah lebih malang, ia mampu membawa kepada satu lagi penyakit sosial masa kini, iaitu buli siber.

Pernahkah anda terfikir apakah kesan yang akan menimpa kepada mangsa fitnah, apabila kita yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu cerita, terus-menerus mengecam dan menulis perkara-perkara yang tidak elok mengenai seseorang itu?

Jika benar individu itu ialah mangsa fitnah, pernahkah kita terfikir bagaimana dia ingin berdepan dengan seluruh dunia dengan maruahnya yang telah dipijak-pijak?

Inilah bahana gejala fitnah yang mungkin tidak pernah kita fikirkan, namun memberi impak yang sangat besar kepada individu yang terlibat.

Jangan Membantu Menyebar Fitnah

Apakah yang anda lakukan ketika sedang melayari newsfeed di laman Facebook, tiba-tiba ada rakan berkongsi posting mengenai sesuatu perkara atau gambar yang tidak dapat dipastikan kesahihannya?

Adakah anda akan turut sama memberi komen pada posting tersebut dengan menyokong kenyataan berbaur fitnah rakan anda itu, atau anda turut berkongsi posting tersebut pada profil sendiri, atau anda tidak mengendahkan posting tersebut?

Jika anda seorang yang sering berkongsi semula posting rakan lain mengenai sesuatu isu yang tidak pasti kesahihannya, anda sebenarnya tergolong dalam golongan penyebar fitnah.

Ini kerana, selagi sesuatu perkara itu belum dipastikan kebenaran atau kebatilannya, ia dianggap sebagai fitnah.

Sebaiknya, kita hendaklah menyelidik sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya secara membuta tuli.

Kepentingan untuk tidak mempercayai bulat-bulat sebarang berita yang diterima tanpa menyelidik terlebih dahulu amat ditekankan dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Justeru, apabila anda terbaca sebarang posting yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, jika mampu untuk menasihati rakan anda yang berkongsi posting tersebut, nasihatilah dia.

Namun, jika tidak mampu, anda hanya perlu scroll paparan newsfeed tersebut tanpa perlu memberi sebarang respons.

Samalah dengan mesej berantai "copy paste dari group sebelah' yang kita selalu terima di grup WhatsApp.

Ada maklumat yang sudah terang-terangan berbaur fitnah, tetapi masih disebar oleh individu-individu yang suka forward mesej. Kononnya sentiasa mahu menjadi orang pertama berkongsi sesuatu maklumat.

Dosa Menyebar Fitnah

Bagi mereka yang menyebar berita bohong dan fitnah, Allah SWT memberi amaran yang keras dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara), sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian)." – Surah An-Nur, ayat 19

Dalam surah Al-Buruj, ayat 10 pula Allah S.W.T. berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan fitnah (bencana) terhadap orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api neraka yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."

Daripada kedua-dua ayat ini, jelas menunjukkan bahawa dosa memfitnah dan menyebarkan berita bohong ini amatlah besar azabnya.

Sanggupkah kita menerima azab tersebut dengan membantu penyebar fitnah menyebarkan fitnah yang diciptanya terhadap seseorang?

Jika tidak sanggup, elakkanlah diri daripada menjadi pecipta fitnah, penyebar fitnah mahupun sekadar mengeluarkan kenyataan atau pendapat sendiri mengenai fitnah tersebut, tanpa usul periksa.

Cuba letakkan diri anda di tempat mangsa fitnah tersebut, apakah perasaan anda jika kita difitnah sesuka hati sehingga satu dunia memijak maruah anda yang telah tercalar itu?

Bagaimanakah anda akan berdepan dengan satu dunia yang memandang serong kepada anda tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi?

Justeru, marilah kita sama-sama mengelak dan membendung gejala fitnah yang semakin berleluasa pada dunia akhir zaman ini.

Jadilah pengguna media sosial yang berhemah, yang tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu perkara tanpa usul periksa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: salamweb

SBDJ Siri 152: Ketuanya Bomoh Wanita

SBDJ Siri 152: Ketuanya Bomoh Wanita

Bahagian depan (muka) ditutup dengan kain hitam yang nipis dan jarang. Ini membolehkan orang tersebut melihat sesuatu dengan bebas. Dan datuk macam tadi juga, berdiri dengan tenang. Sepasang matanya tetap menyorot setiap pergerakan orang yang berpakaian serba hitam di depannya.

SBDJ siri 139

"Huuuhhhh..."

Orang yang berpakaian serba hitam melompat ke udara, setinggi lebih dari sepuluh kaki dan akhirnya berdiri atas busut jantan untuk beberapa minit sebelum melompat dan berdiri di depan datuk.

Orang yang berpakaian serba hitam segera menghulurkan tangan untuk bersalam. Saya lihat datuk seperti keberatan untuk menyambut salam yang dihulurkan.

Dan orang itu seperti memaksa agar datuk menyambut salamnya. Dia cuba berusaha menyambar telapak tangan datuk. Macam tadi juga, datuk terus mengelak.

Ternyata perbuatan datuk itu menimbulkan kemarahannya. Kalau tadi dia menghulurkan tangan untuk bersahabat, kali ini dia melepaskan penumbuk sulung yang kencang ke arah datuk.

Datuk berjaya mengelak dan orang yang menyerang terbabas ke dalam rumpunan pepokok kecil, jatuh terduduk di situ.

Dia bangun dengan pantas lalu menyerang datuk dari arah kiri. Datuk tidak dapat mengelak.

Satu tendangan yang padu dan tajam singgah di rusuk kiri. Datuk tersungkur dan bergolek ke bumi menahan rasa sakit sambil mengerang.

Saya jadi terharu melihat apa yang datuk alami. Tetapi, saya tiada daya untuk menentang orang yang berpakaian serba hitam. Orang itu bukan lawan saya.

Di saat datuk menahan rasa sakit, orang yang berpakaian serba hitam tidak mahu melepaskan peluang untuk menamatkan riwayat datuk.

Dia segera melompat untuk menghentakkan sepasang kakinya ke dada datuk. Ternyata apa yang di rancangkan oleh si baju hitam dapat dibaca oleh datuk.

Dengan pantas datuk menggolekkan tubuhnya di bumi, ligat macam gasing menuju ke arah kaki si baju hitam yang mahu memulakan lompatan.

Kaki kiri si baju hitam (di bahagian buku lali) disambar oleh datuk lalu dipulas dengan sekuat hati.

Si baju hitam tidak dapat mengimbangi badannya. Terumbang ambing macam sabut dilambung ombak. Akhirnya dia tersembam ke bumi.

Dengan sedaya upaya datuk memeluk badan si baju hitam lalu melepaskan penumbuk ke arah perutnya.

Saya terdengar suara pekikan dan dalam rasa senak yang amat sangat si baju hitam cuba menendang tubuh datuk.

Ternyata datuk lebih cekap bertindak. Kain hitam penutup wajah segera di rentap dan dibuang oleh datuk ke dalam belukar.

Datuk berhenti dari memeluk tubuh si baju hitam dan dia terus mencangkung di depan si baju hitam yang tewas.

"Kamu bukan lawan aku, pulanglah," kata datuk.

Si baju hitam yang tewas segera duduk bersila di tanah sambil merenung penuh dendam ke wajah datuk.

Tanpa diduga dia melepaskan tendangan dari kaki kiri ke arah kemaluan datuk. Mujur datuk menepis tendagan itu lalu menangkap kaki kirinya. Datuk rentap ke kanan hingga si baju hitam menjerit kesakitan.

"Kamu bukan lawan aku," ulang datuk lagi.

"Ahhhh..." si baju hitam bersuara dengan wajah yang amat pucat.

Tanpa menunggu arahan dari datuk, saya terus mendekati si penyerang yang terbaring dengan keadaan terkangkang di bumi.

Saya tatap wajahnya dan saya kira usianya sekitar 21-25 tahun. Air mukanya bersih macam orang bijak pandai.

Dari raut mukanya, saya menduga dalam tubuhnya mengalir darah kacukan Melayu-Cina.

Gerak matanya membayangkan dirinya seorang yang berotak cerdas. Ada tokoh untuk menjadi pemimpin dan pendekar.

"Kenapa kamu serang aku? Aku tak buat apa-apa dengan kamu?" suara datuk meninggi.

Tangan si baju hitam segera di kilas hingga keris di tanganya jatuh ke tanah.

"Cakap kenapa kamu serang aku?" desak datuk.

"Ada orang yang suruh," katanya tercungap-cungap.

Tangan yang dikilas segera datuk lepaskan. dan keris yang tersadai di bumi segera datuk ambil.

Dengan tenang datuk menatap luk dan besi keris yang hulunya dibuat dari gading gajah dalam bentuk paruh burung lang (helang).

"Duduk," kata datuk

Si baju hitam yang terbaring di bumi merasai dirinya dalam bahaya. Dia segera akur dengan cakap datuk. Terus duduk mencangkung. Di wajahnya terpamer seribu penyesalan.

"Jangan bunuh saya," rayunya

"Aku tak bunuh kamu tapi, kamu mesti berterus terang dengan aku."

"Maksudnya?"

"Mudah saja. Kamu beritahu aku siapa yang suruh kamu buat semuanya ini," soal datuk lalu duduk bersila disisinya.

Cara datuk duduk nampak kemas sekali. Sengaja datuk berbuat demikian sebagai persediaan. Kalau si baju hitam membuat olah dengan senang dapat melepaskan buah silat.

Si baju hitam termenung sejenak. Dia kerutkan dahi sambil melepaskan beberapa keluhan. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang yang bergolak dalam dadanya.

Si baju hitam renung kiri, renung kanan. Nampak resah semacam.

"Saya tak boleh tunaikan permintaan awak," dia bersuara.

"Sebabnya?" soal datuk.

"Kalau saya dengar cakap awak, ertinya saya langgar sumpah. Saya tak boleh langgar sumpah," tutur si baju hitam tersangkut-sangkut bersama dengan wajah yang sangat hiba sekali.

"Kalau kamu langgar sumpah macam mana?" tanya saya dengan mengejut.

Datuk pun melemparkan kerlingan amaran yang tajam untuk saya. Seolah-olah memberi amaran supaya jangan turut campur dalam urusannya.

Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menundukkan kepala sebagai tanda minta maaf atas keterlanjuran ang dilakukan.

JAWAB

Sebelum menjawab pertanyaan yang saya kemukakan, anak muda merenung ke langit. Dia lihat awan gemawan petang yang bergerak lemah.

Dia juga melihat beberapa ekor gagak berterbangan di atas kepalanya sambil berbunyi dengan agak nyaring. Si baju hitam benar-benar berada dalam cemas.

"Sekarang kamu terang dengan jujur, apa akibatnya bila melanggar sumpah," datuk mendesak.

"Saya muntah darah. Dalam seminggu saya terus mati. Tolong jangan paksa saya langgar sumpah," rayu si anak muda itu.

Saya lihat datuk jadi serba salah, termenung untuk beberapa saat, mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya.

Datuk tidak mahu kerana dirinya, si baju hitam akan menerima padahnya. Saya pun diamuk keresahan. Memang tidak diduga begini jadinya.

Saya kira setelah berjaya mengatasi halangan yang mencemaskan, perjalanan selanjutnya akan aman dan selesa.

"Begini saja, kamu terangkan pada aku, siapa yang suruh kamu buat kerja ni. Cakaplah, kalau ada apa-apa hal aku bersama kamu. Aku jadi galang gantinya. Aku tak biarkan kamu kesaorangan," datuk memberikan harapan dan janji.

Tetapi, si baju hitam masih ragu-ragu dengan janji itu.

"Awak tak akan berjaya melindungi saya. Saya tetap dimakan sumpah, saya tetap mati," si baju hitam mula menangis. Dari perlahan-lahan terus meraung sekuat hati.

Datuk segera memaut bahu si baju hitam sambil menekan ibu jarinya pada salah satu urat di sendi bahu kiri si baju hitam.

Dengan serta merta si baju hitam berhenti menangis. Wajahnya yang pucat bertukar menjadi merah.

Dari sedih bertukar menjadi garang, penuh dengan dendam kesumat yang amat sangat.

"Benar-benar awak mahu menolong saya," si baju hitam menjegilkan biji mata ke arah datuk. Macam tadi juga, datuk terus anggukkan kepala.

"Awak bersedia menghadapi kematian?" tanya si baju hitam .

"Bersedia," jawap datuk

Si baju hitam gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Tumitnya ditekan ke bumi sehinga berlubang.

Semua gerak-geri yang diperlihatkan itu diperhatikan oleh datuk dengan terperinci.

"Awak banyak ilmu dunia," tanyanya lagi.

Datuk gelengkan kepala.

"Kalau awak tak ada semuanya tu, bagaimana awak mahu melawan mahaguru aku," si baju hitam makin bingung.

"Aku mohon pertolongan pada Allah."

Si baju hitam yang kebingungan itu tiba-tiba senyum sinis. Dia geleng kepala beberapa kali, membayangkan rasa kurang yakinnya atas kemampuan datuk.

"Pak Aji, Pak Lebai, Pak Imam, Tuk Kadi, guru agama semuanya kalah, tak ada doa yang boleh melawan ketua saya," si baju hitam bersuara penuh rasa bangga.

Dia seolah-olah memperolehi kekuatan baru untuk menghadapi apa tindakan dari datuk.

"Saya tak mahu langgar sumpah, saya mahu hidup lama," tuturnya sambil mengepal-ngepal penumbuk.

"Hei, dengar sini, mahaguru kamu tu bukannya Allah yang boleh menentukan panjang pendek umur sesaorang," sahut datuk sambil sepasang matanya mengawasi gerak kaki si baju hitam.

"Saya tak mahu langgar sumpah," jerit si baju hitam dengan sekuat hati. Dia menunjukkan sikap aggresif.

"Saya tak rela," katanya lagi.

Nada suaranya tetap tinggi dan keras. Datuk terus membisu, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Datuk bagaikan terpukau dengan jeritan dan tindak-tanduk si baju hitam.

"Saya tak rela," dia mengulangi perkataan yang sama untuk kali yang ketiga.

Saya terkejut, bila melihat si baju hitam bagaikan mendapat kuasa tertentu hingga boleh melompat melebihi paras pucuk pokok yang terdapat di situ.

Dia kelihatan seperti terbang di udara dengan kedua belah tangannya terbuka, macam kepak burung helang. Suara jeritannya terus menguasai kawasan sekitar.

SIAP

Datuk menyuruh saya siap sedia. Pada hematnya, besar kemungkinan si baju hitam yang sedang naik darah itu akan bertindak melulu menyerang apa saja.

Saya segera berlindung dalam rumpunan pokok senduduk. Datuk tidak berubah tempat dan bersedia menanti serangan dari si baju hitam.

Setelah beberapa minit berada di udara, si baju hitam kembali memijak bumi. Reranting yang kena sentuhan kaki dan tangannya terus bergoyang dan dedaun pun berguguran.

Si baju hitam yang mendapat semangat baru lagi sekali mengatur langkah untuk melakukan serangan terhadap datuk.

Ia pun angkat kaki kanan dan menghala penumbuk lalu menerpa ke arah datuk.

Aneh, langkah dan serangan yang diatur terus terhenti. Kenapa si baju hitam tidak meneruskan tindakan selanjutnya?

Rupa-rupanya datuk membaca sepotong ayat dari al-Quran untuk melemahkan gerak anggotanya.

Saya lihat si baju hitam jadi lemah, tidak mampu angkat tangan dan kaki. Dia terus kaku di situ, macam patung, cuma kelopak matanya yang terkebil-kebil.

Dengan cepat datuk menerpa ke arahnya. Datuk pun meletakkan ibu jari kanan ke pangkal dagunya.

Perlahan-lahan datuk tekan ibu jari hingga menimbulkan bekas di pangkal dagu si baju hitam.

Setelah tiga kali berturut-turut datuk hembus muka si baju hitam, barulah saya lihat si baju hitam bertenaga kembali. Boleh menggerakkan tangan dan kaki.

"Sekarang aku tak mahu bertolak ansur dengan kamu lagi. Kalau tak beritahu, siapa ketua kamu, aku cekik kamu kemudian aku gantung di dahan pokok itu," datuk segera menuding jari telunjuknya ke arah pokok petai.

"Sekarang kamu pilih, kalau kamu tak beritahu, aku bunuh kamu. Kalau kamu langgar sumpah, kamu muntah darah. Seminggu lepas muntah darah kamu mati.

"Pilih salah satu, pada hemat aku kalau kamu langgar sumpah, kamu masih ada harapan untuk hidup," sambung datuk dengan wajah yang cukup serius.

Si baju hitam gigit bibir. Mungkin dia berada dalam dilema, tidak tahu yang mana satu harus dipilih.

Saya lebih suka apa yang datuk ajukan. Dengan itu, tidak ada akan berlaku perkara yang tidak disenangi.

Saya terus gelisah kerana matahari semakin condong, tempat yang ditujui masih belum sampai.

Halangan dan rintangan juga belum tamat, kalaulah saya tahu jadi begini jadinya memijak bumi jambi, tidaklah saya mahu mengikut datuk.

Jika ada sesiapa yang lalu di sini, pasti saya tahan. Saya minta orang itu membantu datuk tetapi, anehnya tak ada seorang pun yang lalu di jalan sepi ini.

Dalam kegelisahan itu, saya renung ke langit melihat awan petang yang bergerak lembut. Melihat beburung yang berterbangan.

Saya renung ke arah dedaun yang bergerak lembut disentuh bayu.

"Kamu kata, kalau langgar sumpah ada harapan untuk hidup," dengan nada suara yang lemah si baju hitam bertanya.

"Iya," datuk anggukan kepala.

Si baju hitam tunduk merenung bumi, kemudian perlahan-lahan dia angkat kepala hingga matanya bertemu dengan datuk.

"Cakap," sergah datuk.

Si baju hitam terkejut dan tergamam.

"Siapa suruh kamu jahanamkan aku," nada suara datuk kian keras.

Sepasang biji matanya dijegilkan, tidak berkelip merenung wajah si baju hitam.

Datuk membongkok lalu sepasang tangannya menepuk bumi tiga kali berturut-turut.

"Cakap, siapa suruh kamu datang ke sini. Cakap sebelum aku cekik kamu," kata datuk sambil menegakkan tubuhnya.

Sepasang tangan dengan sepuluh jari terkembang diarahkan ke batang leher si baju hitam.

"Cakap sekarang," datuk maju dua tapak lagi hingga hujung jari jemarinya menyentuh kulit leher si baju hitam yang kelihatan cemas , tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

"Siap suruh kamu, cakap!" datuk terus bersuara.

"Bomoh perempuan," katanya terketar-ketar.

"Bomoh perempuan," ulang datuk.

"Iya," balasnya gagap.

"Siapa namanya," desak datuk.

"Nama sebenarnya Halijah tapi orang panggil dia bomoh Minah Supandi."

"Halijah Supandi," kata datuk.

"Iya, iya," balas si baju hitam dengan terketar-ketar.

Tangan yang dihalakan ke batang leher si baju hitam segera di jatuhkan oleh datuk, kembali dalam keadaan asal.

Datuk cekak pingang sambil mengedutkan dahi, ada sesuatu yang datuk fikirkan. Datuk senyum panjang.

"Sekarang kamu boleh pergi dan jangan ganggu aku," datuk segera memusingkan badannya membelakangi si pendekar muda untuk meneruskan perjalanan.

Saya segera keluar dari tempat persembunyian.

"Aduh!"

Datuk segera menoleh kebelakang, dilihatnya si baju hitam tersembam ke bumi. Mukanya berlumuran darah.

Sebelum datuk menghampirinya, datuk suruh saya keluarkan golok perak dari dalam beg.

Dengan golok itu datuk tetak pucuk palas yang belum kembang. Pucuk palas itu datuk buka satu demi satu.

Darah yang berlumuran di muka si baju hitam datuk hilangkan dengan pucuk palas. Datuk dudukkan si baju hitam.

HITAM

Saya lihat muka si baju hitam jadi hitam, di mula bernafas tercungap-cungap macam ikan kekurangan air. Mula batuk tersangkut-sangkut tetapi tidak mengeluarkan darah.

Dalam usaha mengurangkan beban yang ditanggung oleh si baju hitam itu, datuk suruh saya korek tanah untuk mengambil akar pokok petai, memetik daun keladi besar atau keladi gergasi untuk di jadikan bekas air.

"Kamu ambil air di tepi parit kecil, taruhkan akar petai, daun serunai laut, dan pucuk tapak kuda campurkan semua dengan air di dalam daun keladi," kata datuk.

Perintahnya saya ikuti dan secara kebetulan dari tempat saya duduk itu terdapat parit kecil yang airnya mengalir perlahan-lahan menuju ke sungai Batanghari.

Ini memudahkan kerja saya. Semua barang-barang itu saya serahkan pada datuk.

Tanpa membuang masa barang-barang yang sudah bersatu dengan air, datuk curahkan ke dada si baju hitam.

Saya lihat si baju hitam meronta-ronta dan akhirnya terkapar atas tanah macam ayam kena sembelih. Bunyi nafasnya macam bunyi nafas kerbau.

"Biarkan dia di situ, sekejap lagi hitam dimukanya hilang dan dia pulih macam sediakala," ujar datuk penuh yakin.

Saya anggukkan kepala. Bibir datuk saya lihat bergerak-gerak, entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak pasti.

Lima minit sudah berlalu, si baju hitam masih terkapar dibumi. Saya jadi resah dan mula rasa bosan.

Saya tersenyum, bila saya lihat sepasang tangan si baju hitam mula bergerak-gerak, mencakar-cakar buli dan menarik apa saja didepannya.

Datuk buat tidak tahu dengan perubahan ang berlaku terhadap diri si baju hitam.

Datuk masih macam tadi, tetap menggerak-gerakkan sepasang bibirnya, saya kira dia membaca ayat-ayat al-Quran.

Si baju hitam dengan saja terus duduk bersila. Benarlah seperti apa yang datuk katakan warna hitam di wajahnya sudah hilang.

Dia tidak batuk lagi, nafasnya kembali lancar dan normal. Wajahnya nampak berseri dan si baju hitam pun segera bergerak ke arah datuk.

"Apakah aku selamat dari sumpah?" tanyanya.

"Dengan izin Allah, kamu tidak apa-apa."

"Tapi..."

"Tak ada tapinya, Allah berkuasa atas segala-galanya," datuk segera menerpa ke arah baju hitam.

Disuruhnya si baju hitam itu bangun. Mereka bersalaman dan berpeluk-pelukan.

"Awak lindungilah aku," rayu si pendekar.

"Bukan pada aku minta perlindungan. Mintalah pada Allah. Dia Maha Mengetahui," datuk terus menepuk-nepuk belakang si baju hitam.

Di tengah-tengah suasana kemesraan dan keakraban itu, saya dikejut dengan tangis si baju hitam.

Dia kian erat memeluk tubuh datuk, bagaikan tidak mahu di lepaskannya. Datuk terus menepuk-nepuk belakangnya hingga tangisannya berhenti dengan sendiri.

"Begini saja, kamu ikut aku. Bila sampai di rumah keluarga aku nanti, kita boleh bercerita panjang," begitu cara datuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya.

"Di rumah nanti banyak perkara yang mahu aku tanyakan kepada kamu terutama asal-usul kamu. Sebab-sebab ketua kamu mahu membunuh aku.

"Di sini bukan tempatnya untuk membunuh aku," sambung datuk lagi.

Mana mungkin si baju hitam mahu memenuhi pelawaan datuk. Kalau permintaan itu dipenuhinya bererti si baju hitam mendedahkan dirinya dalam jurang bahaya. Demikian saya membuat kesimpulan.

"Saya setuju ikut awak."

Kata-kata yang diluahkan oleh si baju hitam membuat sepasang biji mata saya terbeliak. Kesimpulan yang saya buat memang tidak tepat. Sungguh mengejutkan.

Kesediaan si baju hitam menerima pelawaan datuk menggambarkan yang dirinya mahu keluar dari dunia lama menuju ke dunia baru yang lebih luas dan terbuka.

Barangkali Allah sudah memberikan dia cahaya keinsafan dan kebenaran, fikir saya sendirian.

"Kalau sudi marilah," ajak datuk.

Si baju hitam pun anggukkan kepala dan melangkah seiring dengan langkah datuk. Saya cuma mengekori mereka dari belakang.

PERAMAH

Si baju hitam rupanya seorang yang peramah, sambil berjalan dia bercerita kepada datuk tentang pengalaman masa kecilnya yang bersuka berlari di celah-celah pokok besar, melastik burung dan mandi di sungai.

"Sepanjang jalan ni memang tempat saya dan kawan-kawan berjalan-jalan dan kadang-kadang mencuri buah jambu orang," katanya.

"Sekarang kamu tak buat kerja macam tu lagi," tingkah datuk.

"Iya tapi..." si baju hitam tidak meneruskan percakapan.

"Tapi apa?" desak datuk tanpa memberhentikan langkah kaki.

Si baju hitam tunduk merenung permukaan bumi dipijaknya.

Kerana tidak menjawab pertanyaan datuk dengan segera menimbulkan keraguan dan kesangsian dalam hati saya.

Rasa mahu saya menyoal si baju hitam tetapi, kerana memikirkan perbuatan itu tidak disukai oleh datuk terpaksalah saya diamkan dalam hati.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 152/284

BACA: SBDJ Siri 151: Misteri Kain Hitam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Asal-usul Minyak Pugai Balabak Dan Rahsia Cara Membuatnya

Asal-usul Minyak Pugai Balabak Dan Rahsia Cara Membuatnya

Kali ini kami akan bercerita tentang àsal-usul minyak pugai (minyak pengasih) dari sebuah pulau di daerah Kudat utara negeri Sabah, yang dikatakan sangat 'power' untuk memikat teruna atau dara idaman.

Asal-usul Pugai Balabak

Minyak pugai ini lebih dikenali sebagai Pugai Balabak, adalah bersempana dengan nama suku kaum Balabak yang membuat minyak pengasih ini.

Cara menggunakannya sama juga seperti minyak pengasih lain, iaitu dengan mencalit dibahagian kening.

Pulau Banggi

Tempat untuk membuat pugai ini terletak di Pulau Banggi dan menurut cerita, cuma ada dua tempat disitu yang dikatakan ada membuat minyak pugai ini. Satu di kampung Miliu dan satu lagi di kampung Dambaran.

Menurut cerita orang-orang disitu, sudah tidak ramai yang tahu membuat minyak pugai Balabak kerana ramai pembuatnya sudah meninggal dunia.

Bagaimana Pugai Balabak Dihasilkan?

Bahan untuk membuat pugai ini antaranya ialah kelapa, macam kebanyakan minyak pengasih lain juga kecuali minyak dagu. Mungkin sebab minyak dari kelapa itu sendiri sebagai bahan asas.

Proses pembuatan minyak pugai Balabak bermula dengan mencari sejenis akar di hutan rimba.

Dan untuk mendapat akar yang dinamakan pugai ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana akar pugai ini hanya boleh didapati di Pulau Banggi.

Dan dikatakan bahawa, akar pugai ini dikawal oleh Jin dan orang yang ingin mendapatkan akar pugai ini perlu berpuasa untuk memudahkannya berhubung dengan jin penunggu.

Cara untuk mendapatkan akar ini juga bukan dengan cara memujuk rayu jin penunggu, tetapi dengan cara mencurinya ketika Jin itu sedang tidur atau ketika sedang bersembang dengannya.

Kayu (Akar) Balabak

Ciri-ciri kayu ini ialah ianya tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti tunduk menyembah bumi.

Walaupun pokok ini menjalar dan membesar, pucuk pokok ini akan terus berpaut pada akarnya sehingga mati.

Pokok ini hanya berdaun dihujung dan daunnya runcing serta berbunga putih dan hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun dan bunganya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja.

Keesokan harinya, kuntum bunga pokok balabak akan ghaib dengan sendirinya. Oleh itu amat sukar untuk menemui kuntum bunga yang menjadi ramuan utama pugai balabak ini.

Kemudian, jika berjaya mendapat akar atau bunga pugai itu, pembuat minyak pugai perlu mendapatkan beberapa biji buah kelapa dan perlu diambil pada waktu malam.

Kelapa yang diperlukan ialah kelapa tua sebanyak tujuh biji dan ketika memanjat pokok, tidak dibenarkan memandang ke bawah.

Sebelum kelapa dipetik, mentera akan dibacakan dan buah yang diambil tidak boleh dibiarkan jatuh ke tanah. Jadi, ia perlu diturunkan satu persatu dan perlu dilakukan dengan tertib.

Kemudian, akar pugai dan air kelapa tua akan dicampurkan ke dalam periuk besar bersama dengan sepuluh lagi jenis ramuan termasuklah cendana dan kayu tunggal.

Proses membuat minyak pugai Balabak ini akan mengambil masa selama tiga hari, tiga malam.

Selama tempoh itu, penanak minyak pugai tidak boleh bergerak kemana-mana. Makan, minum, tidur dan sebagainya hanya boleh dilakukan di situ.

Kemudian, minyak pugai yang telah siap ditanak akan di seru nama bakal pemiliknya sebelum diserahkan.

Pantang Larang

Walau bagaimanapun, untuk memiliki minyak pugai balabak mempunyai pelbagai rintangan dan dugaan.

Ini kerana antara pantang larang pugai ini ialah ia tidak boleh dibawa keluar dari pulau asalnya dan sekiranya pugai ini dibawa keluar merentasi laut, ribut taufan akan datang melanda.

Selain itu haiwan seperti ikan yu dan burung camar juga akan datang menyerang dan sekiranya berjaya dibawa keluar dari pulau, haiwan di darat juga akan tertarik dengan pugai ini.

Haiwan seperti lipan dan ular akan sering memasuki rumah sekiranya minyak pugai ini diletakkan di dalam rumah. Oleh itu antara pantang pugai Balabak ini ialah jangan disimpan dalam rumah.

Selain untuk memikat hati untuk percintaan, minyak pugai balabak juga sering digunakan untuk tujuan pelaris perniagaan dan juga menguatkan pengaruh politik.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, June 09, 2020

Berjaya Sembuh Dari Penyakit Darah Tinggi, Pemuda Ini Kongsi 7 Tips Berguna

Berjaya Sembuh Dari Penyakit Darah Tinggi, Pemuda Ini Kongsi 7 Tips Berguna

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015, 47.7% Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah berat badan berlebihan yang merisikokan mereka mendapat penyakit peyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit kencing manis.

Sembuh dari Hipertensi

Menurut Mohamad Faizal Bin Saedon, individu yang pernah mengalami masalah obestiti dengan berat badan 135kg dan ketinggian hanya 170cm, dia telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit darah tinggi.

Katanya melalui posting di Facebook, dia sebenarnya seakan tidak percaya yang dia menghidapi penyakit itu kerana merasakan dirinya sihat seperti orang lain dan tidak menolak besar kemungkinan dia hanya tertekan di tempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja.

Malah, dia juga tidak ambil serius dalam mengambil ubat darah tinggi.

"Saya memang telah di disahkan oleh doktor menghidapi penyakit tekanan darah tinggi. Tapi sebagai pemuda yang berasa sihat, saya selalu tidak percaya fakta yang saya ada masalah itu. Saya hanya stress ditempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja.

"Selama beberapa tahun saya abaikan nasihat doktor untuk ambil ubat darah tinggi. Saya percaya ramai yang seperti saya, berasa tubuh sihat walaupun hakikat punya masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi." tulisnya di Facebook.

Seperti yang semua tahu, darah tinggi adalah pembunuh senyap kerana kerosakan yang berlaku kepada organ tubuh berlaku secara perlahan dan senyap.

Penghidap penyakit ini tidak merasa apa-apa kesakitan sehinggalah tiba satu masa organ seperti buah pinggang gagal berfungsi.

Mujurlah dia tidak sampai ke tahap itu, namun pengalaman dan salah seorang ahli keluarga yang menghidapi penyakityang sama memberi tamparan hebat buatnya.

"Mujurlah saya tidak sampai ketahap itu lagi. Tapi abang kandung saya tak sebaik nasib dengan saya.

"Beliau telah mengalami strok dan punya kerosakan minor buah pinggang, ianya adalah kerana abaikan nasihat doktor untuk mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.

"Alhamdulillah, saya telah bebas dari penyakit ini, usaha saya dalam 6-8 bulan berpantang makan, bersenam membuahkan hasil setelah doktor mengesahkan saya telah bebas dari masalah tekanan darah tinggi dan sekali gus tidak perlu mengambil ubat setiap hari."

Dia menasihati orang ramai yang mengalami obesiti pergi membuat medical check-up di klinik terlebih dahulu selama 7 hari berturut-turut dan ambil tekanan darah.

Sekiranya positif, makan ubat seperti yang di suruh doktor walaupun ingin mengamalkan diet sepertinya.

Menurutnya, sepanjang 6–8 bulan ini dia tinggalkan gula dalam minuman serta menjaga pemakanannya dan mula bersenam.

1. Tinggalkan gula dalam minuman

Apa kaitan gula dan tekanan darah? Mesti itu yang kalian fikirkan. Bagi saya mudah, saya ada masalah tekanan darah tinggi ini kerana tubuh saya punya berat berlebihan (obesiti) dan saya kena turunkan berat badan untuk normalkan tekanan darah.

2. Jaga Pemakanan

Alasan seperti diatas, saya kena turunkan berat badan.

3. Kurangkan pengambilan garam

Saya mula makan dengan bijak, bukan tak boleh langsung tapi saya kawal. Saya elakkan makan makanan yang tinggi garam.

Elakkan makan:
  • Segala makanan dalam tin (semua makanan dalam tin punya kandungan garam yang tinggi untuk mengekalkan ketahanan makanan tersebut).
  • Segala makanan dalam botol (sama seperti diatas, segala sos, kicap saya elakkan).
  • Tinggalkan ikan masin dan telur masin (sangat jelas ianya punya garam yang sangat banyak).

4. Mula bersenam secara konsisten

Hanya dengan berjalan dan berjoging, 3 kali seminggu secara konsisten, bukan saja dapat membakar lemak untuk turunkan berat badan, tapi bersenam memberi kebaikan kepada organ dan pengaliran darah.

5. Mula jaga tidur

Saya akan pastikan tidur minima 7 jam sehari pada waktu malam. Tidur adalah ubat paling mujarab untuk tubuh.

Semasa kita tidur tubuh masuk fasa penyembuhan sendiri dan ia amat baik jika kita tidur dengan cukup.

6. Saya amalkan suplemen fish oil

Ini adalah saranan dari doktor dan minyak ikan memang antara suplemen yang baik untuk membetulkan masalah tekanan darah tinggi.

Cuma pesanan saya, jangan hanya ambil tips ini dan tinggalkan tips yang lain. Buat semua tips.

Jangan hanya fikir dengan makan suplemen masalah kalian akan terkawal. Itu salah!

7. Beli mesin tekanan darah tinggi dan monitor sendiri dirumah

Ini juga amat penting. Bila kita dapat memeriksa sendiri tekanan setiap hari, kita akan dapat tahu mana kesilapan dan kekalkan semangat untuk berusaha kekalkan momentum usaha kita.

Kesimpulan

Menurutnya, inilah tip yang diamalkan olehnya sepanjang dia diet dan ingin bebas dari masalah tekanan darah tinggi.

Katanya lagi, tidak semestinya anda telah disahkan atau tidak oleh doktor anda tidak boleh mengambil beberapa tip ini.

Mulakan sekarang walaupun ada di antara kalian belum di sahkan mempunyai penyakit atau pesakit darah tinggi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maskulin