Tuesday, June 09, 2020

Berjaya Sembuh Dari Penyakit Darah Tinggi, Pemuda Ini Kongsi 7 Tips Berguna

Berjaya Sembuh Dari Penyakit Darah Tinggi, Pemuda Ini Kongsi 7 Tips Berguna

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015, 47.7% Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah berat badan berlebihan yang merisikokan mereka mendapat penyakit peyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit kencing manis.

Sembuh dari Hipertensi

Menurut Mohamad Faizal Bin Saedon, individu yang pernah mengalami masalah obestiti dengan berat badan 135kg dan ketinggian hanya 170cm, dia telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit darah tinggi.

Katanya melalui posting di Facebook, dia sebenarnya seakan tidak percaya yang dia menghidapi penyakit itu kerana merasakan dirinya sihat seperti orang lain dan tidak menolak besar kemungkinan dia hanya tertekan di tempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja.

Malah, dia juga tidak ambil serius dalam mengambil ubat darah tinggi.

"Saya memang telah di disahkan oleh doktor menghidapi penyakit tekanan darah tinggi. Tapi sebagai pemuda yang berasa sihat, saya selalu tidak percaya fakta yang saya ada masalah itu. Saya hanya stress ditempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja.

"Selama beberapa tahun saya abaikan nasihat doktor untuk ambil ubat darah tinggi. Saya percaya ramai yang seperti saya, berasa tubuh sihat walaupun hakikat punya masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi." tulisnya di Facebook.

Seperti yang semua tahu, darah tinggi adalah pembunuh senyap kerana kerosakan yang berlaku kepada organ tubuh berlaku secara perlahan dan senyap.

Penghidap penyakit ini tidak merasa apa-apa kesakitan sehinggalah tiba satu masa organ seperti buah pinggang gagal berfungsi.

Mujurlah dia tidak sampai ke tahap itu, namun pengalaman dan salah seorang ahli keluarga yang menghidapi penyakityang sama memberi tamparan hebat buatnya.

"Mujurlah saya tidak sampai ketahap itu lagi. Tapi abang kandung saya tak sebaik nasib dengan saya.

"Beliau telah mengalami strok dan punya kerosakan minor buah pinggang, ianya adalah kerana abaikan nasihat doktor untuk mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.

"Alhamdulillah, saya telah bebas dari penyakit ini, usaha saya dalam 6-8 bulan berpantang makan, bersenam membuahkan hasil setelah doktor mengesahkan saya telah bebas dari masalah tekanan darah tinggi dan sekali gus tidak perlu mengambil ubat setiap hari."

Dia menasihati orang ramai yang mengalami obesiti pergi membuat medical check-up di klinik terlebih dahulu selama 7 hari berturut-turut dan ambil tekanan darah.

Sekiranya positif, makan ubat seperti yang di suruh doktor walaupun ingin mengamalkan diet sepertinya.

Menurutnya, sepanjang 6–8 bulan ini dia tinggalkan gula dalam minuman serta menjaga pemakanannya dan mula bersenam.

1. Tinggalkan gula dalam minuman

Apa kaitan gula dan tekanan darah? Mesti itu yang kalian fikirkan. Bagi saya mudah, saya ada masalah tekanan darah tinggi ini kerana tubuh saya punya berat berlebihan (obesiti) dan saya kena turunkan berat badan untuk normalkan tekanan darah.

2. Jaga Pemakanan

Alasan seperti diatas, saya kena turunkan berat badan.

3. Kurangkan pengambilan garam

Saya mula makan dengan bijak, bukan tak boleh langsung tapi saya kawal. Saya elakkan makan makanan yang tinggi garam.

Elakkan makan:
  • Segala makanan dalam tin (semua makanan dalam tin punya kandungan garam yang tinggi untuk mengekalkan ketahanan makanan tersebut).
  • Segala makanan dalam botol (sama seperti diatas, segala sos, kicap saya elakkan).
  • Tinggalkan ikan masin dan telur masin (sangat jelas ianya punya garam yang sangat banyak).

4. Mula bersenam secara konsisten

Hanya dengan berjalan dan berjoging, 3 kali seminggu secara konsisten, bukan saja dapat membakar lemak untuk turunkan berat badan, tapi bersenam memberi kebaikan kepada organ dan pengaliran darah.

5. Mula jaga tidur

Saya akan pastikan tidur minima 7 jam sehari pada waktu malam. Tidur adalah ubat paling mujarab untuk tubuh.

Semasa kita tidur tubuh masuk fasa penyembuhan sendiri dan ia amat baik jika kita tidur dengan cukup.

6. Saya amalkan suplemen fish oil

Ini adalah saranan dari doktor dan minyak ikan memang antara suplemen yang baik untuk membetulkan masalah tekanan darah tinggi.

Cuma pesanan saya, jangan hanya ambil tips ini dan tinggalkan tips yang lain. Buat semua tips.

Jangan hanya fikir dengan makan suplemen masalah kalian akan terkawal. Itu salah!

7. Beli mesin tekanan darah tinggi dan monitor sendiri dirumah

Ini juga amat penting. Bila kita dapat memeriksa sendiri tekanan setiap hari, kita akan dapat tahu mana kesilapan dan kekalkan semangat untuk berusaha kekalkan momentum usaha kita.

Kesimpulan

Menurutnya, inilah tip yang diamalkan olehnya sepanjang dia diet dan ingin bebas dari masalah tekanan darah tinggi.

Katanya lagi, tidak semestinya anda telah disahkan atau tidak oleh doktor anda tidak boleh mengambil beberapa tip ini.

Mulakan sekarang walaupun ada di antara kalian belum di sahkan mempunyai penyakit atau pesakit darah tinggi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maskulin

Friday, June 05, 2020

4 Sebab Kenapa Pesakit Darah Tinggi Patut Makan Nanas

4 Sebab Kenapa Pesakit Darah Tinggi Patut Makan Nanas

Buah nanas dianggap sebagai buah paling berbahaya bagi wanita-wanita yang sedang hamil, tetapi sebenarnya buah nanas sangat baik untuk tubuh dan memiliki banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan.

Nanas Sembuh Darah Tinggi

Berikut empat alasan kenapa anda harus memakan buah nanas mulai dari sekarang.

1. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Selain mengurangkan pembengkakan, bromelain yang terkandung di dalam nanas juga sangat berkesan mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi.

2. Vitamin C

Selain jeruk, nanas juga mengandungi Vitamin C yang tinggi, yang boleh membuatkan kulit tampak lebih cerah dan putih!

3. Terdapat 10 Nutrisi

Satu-satunya buah yang mengandungi 10 nutrisi sekali gus adalah buah nanas. Jadi, ketika anda memakan buah ini, maka keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh akan langsung terpenuhi.

4. Melancarkan Pencernaan

Kandungan bromelain dalam nanas mampu membantu sistem pencernaan yang berfungsi menghilangkan konstipasi dan membersihkan usus besar.

Bromelain adalah kandungan enzim yang berfungsi memecahkan protein dan mengurangkan pembengkakan.

Kandungan Nutrisi Buah Nanas

Buah nanas sememangnya buah yang mempunyai banyak khasiat dan menyegarkan.

Berikut adalah kandungan nutrisi buah nanas bagi setiap 1 Cup (165g):
  • Kalori - 82 kcal
  • Lemak - 0.2g
  • Kolestrol - 0
  • Sodium - 2mg
  • Potassium - 120mg
  • Karbohidrat - 15g (Serat 2g, Gula 11g)
  • Protein - 1g

Kandungan Nutrisi Nanas Berdasarkan Keperluan Harian (RDI):
  • Vitamin C - 131%
  • Mangan - 76%
  • Vitamin B6 - 9%
  • Copper - 9%
  • Thiamin - 9%
  • Folate - 7%
  • Potassium - 5%
  • Magnesium - 5%
  • Niacin - 4%
  • Pantothenic acid - 4%
  • Riboflavin - 3%
  • Nanas juga mengandungi Vitamin A, K, Phosphorus, Zink dan Kalsium.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, September 10, 2019

Kulit Manggis Menyembuhkan Darah Tinggi

Kulit Manggis Menyembuhkan Darah Tinggi

Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen kepada semua sel dan organ dalaman didalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida.

Kulit Manggis

Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, seterusnya menyebabkan regangan pada dinding arteri yang diperbuat daripada otot separa fleksibel.

Sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi dadah di dalamnya bagi merawat tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang tidak diingini, cuba ubah gaya hidup anda dari segi pemakanan dan senaman selain daripada mencuba penawar semula jadi untuk tekanan darah tinggi di rumah.

Jadi sesiapa yang ada masalah darah tinggi, apa kata anda ikut petua ini untuk mengatasi tekanan darah tinggi anda itu?

Kulit Manggis Sembuhkan Darah Tinggi

Banyak herba yang menurut kajian mampu menyembuhkan tekanan darah tinggi seseorang, salah satu diantaranya ialah kulit buah Manggis.

Ekstrak kulit buah Manggis sangat membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi dimana sudah ramai orang mendapat manfaatnya.

Kulit buah Manggis mengandungi salah satu zat yang banyak memiliki manfaat.

Xanthone yang terkandung dalam ekstrak kulit Manggis memiliki sifat anti-bakteria dan anti-radang (anti-oksidan) yang boleh membuat tekanan darah tinggi menjadi normal.

Xanthone juga memiliki fungsi dalam memperkuat sistem kekebalan tubuh dan yang paling penting, memiliki sifat anti-stres.

Salah satu penyebab terjadinya tekanan darah tinggi adalah diakibatkan oleh keadaan lingkungan yang sering membuatkan seseorang stres.

Xanthone berfungsi dalam meminimumkan faktor stres dalam diri anda sehinggakan jika tahap stres dapat dijaga, maka keadaan tekanan darah pun akan menjadi normal.

Anda boleh mengambil jus kulit buah Manggis secara teratur untuk menurunkan tekanan darah tinggi secara perlahan sampai akhirnya kembali normal.

Anggap saja pengambilan jus kulit Manggis ini merupakan terapi yang memerlukan konsistensi dan semoga anda berupaya untuk mengatasi rasa kebosanan.

Cara Rebus Kulit Manggis.
  • Ambil sebiji buah manggis dan keluarkan isinya.
  • Ambil satu liter air.
  • Rebus sehingga tinggal separuh.
  • Minum awal pagi dan petang/malam, setiap hari.
  • Amalkan secara berterusan.

Jika ini mampu dilakukan dengan sepenuh hati, maka anda akan merasakan manfaatnya sendiri.

Tekanan darah tinggi anda secara perlahan akan kembali normal. Insyaa-Allah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com