Thursday, January 30, 2020

Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka (Barangan Terkawal) Di Malaysia

Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka (Barangan Terkawal) Di Malaysia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga tidak munasabah bagi topeng muka susulan penularan 2019 Novel Koronavirus.

Harga Topeng Muka

Sebagai peringatan kepada peniaga, topeng muka adalah barang harga terkawal dan harga maksimum telah ditetapkan untuk lima jenis topeng muka di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Harga Topeng Muka:
  • Bagi topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga) harga borong pada RM5 sekotak, manakala harga runcit RM7 sekotak.
  • Bagi topeng muka (pembedahan/perubatan) dua lapisan (gelung telinga), harga borong RM8 sekotak manakala harga runcit RM10 sekotak dan RM0.20 sen seunit.
  • Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala) pula, harga borong RM25 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.
  • Bagi topeng muka (pembedahan/ perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala), harga borong RM30 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.
  • Bagi topeng muka (pembedahan/perubatan) N95, harga borong RM100 sekotak, harga runcit RM6.00 seunit.

Hukuman

Sebarang pelanggaran di bawah peruntukan akta tersebut bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bagi kesalahan individu, boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Perlu diingatkan juga, bagi topeng muka selain daripada lima jenis yang ditetapkan harga maksimum seperti di atas, kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (bagi sebarang perlakuan menaikkan harga borong atau runcit topeng muka secara tidak munasabah).

KPDNKK akan terus melaksanakan pemantauan dengan mengarahkan pegawai-pegawai penguat kuasa untuk membuat pemeriksaan di seluruh negara dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah.

Pihak yang terlibat dalam pembekalan dan penjualan topeng muka dinasihatkan agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum topeng muka yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

DENDA USD$590,000!

Sementara itu, sebuah farmasi di Beijing, China, didenda sebanyak tiga juta yuan (AS$590,000) kerana menaikkan harga topeng muka sebanyak enam kali ganda berbanding harga atas talian.

Menurut laporan Reuters, pihak berkuasa pasaran Beijing telah mengeluarkan notis penalti pentadbiran kepada Farmasi Jimin Kangtai kerana menaikkan harga topeng muka N95 di kedainya.

Farmasi itu menaikkan harga topeng N95 jenama 3M kepada 850 yuan bagi setiap kotak, menurut stesen televisyen tempatan yang dipetik Reuters.

Sebagai perbandingan, topeng sama dijual di atas talian pada harga 143 yuan sekotak.

Di Shanghai pula, pihak berkuasa pasaran kota itu telah mengarahkan sebuah farmasi ditutup kerana menjual topeng yang tidak mencapai piawaian.

Farmasi itu juga diarahkan untuk memulangkan semula wang kepada mereka yang telah membelinya, selain melupuskan topeng yang belum dijual, kata pihak berkuasa itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Lokasi Paling Selamat Pilihan Saintis Jika Berlaku Wabak Maut Di Seluruh Dunia

Lokasi Paling Selamat Pilihan Saintis Jika Berlaku Wabak Maut Di Seluruh Dunia

Apabila berlaku wabak yang mampu membawa maut disekitar kita, berita buruknya ialah tiada tempat untuk melarikan diri namun, sekiranya anda berada di tempat yang betul seperti di pulau yang terpisah daripada penyebaran wabak, anda mungkin akan selamat dan dapat membina semula kelangsungan manusia.

Pulau indah
Pulau Aogashima.

Saintis telah mengenalpasti dan meletakkan kedudukan pulau perlindungan yang berpotensi dalam menghadapi krisis tersebut. Pulau yang dapat memastikan kemandirian manusia dalam tempoh yang panjang.

Hal ini mungkin nampak seperti fiksyen sains distopia, tetapi sebahagian saintis memberikan amaran bahawa perkara ini tidak mustahil.

Dalam menentukan pulau yang efektif sebagai tempat perlindungan, mereka tidak mempertimbangkan pulau-pulau yang kecil. Walaupun pulau yang kecil dapat menempatkan manusia untuk terus bermandiri, populasi yang kecil tanpa pelbagai pakar teknikal tidak akan membantu manusia untuk membangunkan semula tamadun manusia.

Maka, saintis hanya mempertimbangkan negara berdaulat yang tidak mempunyai sebarang kekuasaan di darat, tidak mempunyai jambatan yang berhubung dengan daratan dan mempunyai populasi seramai 250,000 orang.

Selain dari ini, mereka mempertimbangkan ciri-ciri populasi, geografi, sumber alam semulajadi, sistem politik dan sistem sosial masyarakat. Selepas membuat penapisan, mereka telah menyenaraikan 20 lokasi yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pulau perlindungan. Markah pula diukur dari 0 – 1.

Tiga buah pulau gergasi yang paling cemerlang dan efektif sebagai tempat perlindungan ialah Australia (0.71), diikuti dengan New Zealand (0.68) dan Iceland (0.64).

Selain daripada tiga pulau, pulau-pulau lain mendapat markah kurang daripada 0.50 iaitu Jepun, Barbados, Cuba, Fiji dan Jamaica. Kemudian, banyak lagi yang kurang sesuai sebagai tempat kemandirian manusia.

Negara yang mempunyai GDP yang tinggi, iaitu negara yang dapat mengekalkan saluran makanan dan tenaga adalah negara yang efisyen sebagai tempat perlindungan.

Sesetengah negara mungkin dapat memperbaiki kedudukan mereka sekiranya mereka dapat meningkatkan produksi makanan dan tenaga. Sesetengah pulau mendapat kedudukan yang tidak beberapa baik kerana mempunyai situasi politik yang tidak stabil ataupun mudah terdedah dengan bahaya alam sekitar yang mana tidak sesuai untuk membangunkan tamadun manusia.

Sekumpulan saintis tersebut akur bahawa kaedah kajian mereka dapat diperbaiki di masa hadapan dengan memasukkan sekali faktor perubahan iklim namun, saintis sendiri berharap, mereka tidak perlu bergantung kepada analisis yang dikeluarkan.

Seperti insuran, kita harap tidak akan gunakan insuran tersebut tetapi apa-apa yang terjadi, kita harus bersedia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, January 29, 2020

Apa Hukum Mempercayai Ramalan Zodiak?

Apa Hukum Mempercayai Ramalan Zodiak?

ZODIAK atau bintang 12 adalah salah satu cabang astrologi, merupakan garisan yang dilalui oleh matahari dalam masa setahun, yang mana garisan itu adalah satu garisan melengkung khayalan (imaginary line).

Hukum Percaya ZODIAK

Dalam proses berkenaan, matahari dipercayai melalui 12 bahagian dan setiap bahagian akhirnya dinamakan mengikut nama gugusan bintang 12 iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces.

Namun begitu, zodiak seringkali dikaitkan dengan ramalan-ramalan berkaitan yang lazimnya melibatkan tilikan nasib seseorang.

Baik atau malang nasib seseorang itu biasanya diramalkan mengikut zodiak berkenaan dalam tempoh tertentu.

Bahkan, ada juga laman sesawang yang menyediakan ramalan zodiak tersebut mengikut hari berdasarkan tinjauan di internet.

Membaca ramalan berkenaan memang seronok, apatah lagi jika ia membayangkan 'nasib yang baik' kepada kita.

Fitrah manusia sememangnya sukakan kebaikan. Tinggal lagi keputusannya terletak pada diri sendiri sama ada mahu mempercayainya atau tidak.

Jika melibatkan nasib yang buruk, begitu sukar untuk kita menerimanya dan menganggap ia hanyalah sekadar ramalan 'kosong'.

Pun begitu, jika ia membawa tuah kepada kita, sedikit sebanyak akan membibitkan satu rasa percaya dalam diri untuk menerimanya, bukan?

Siapa yang tidak mahu nasib dan perkara baik berlaku dalam hidup. Paling tidak pun, kita pasti menyimpan impian agar ramalan positif tersebut akan berlaku dalam hidup kita.

Jika begitulah penilaiannya, kita berada di ambang bahaya, kerana dikhuatiri 'rasa' itu boleh menjebakkan diri dalam perbuatan syirik kerana menyamakan ALLAH SWT selain daripada-NYA.

Ketahuilah bahawa hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui apa sahaja yang berlaku di muka bumi ciptaan-NYA. Itu termasuklah hal pada masa hadapan.

Sesungguhnya pengetahuan manusia sebagai hamba ALLAH itu ada batasnya. Begitu juga ilmu kita.

Apakah pandangan Islam tentang ramalan zodiak? Benarkah orang yang mempercayai telahan berkenaan tidak diterima solat mereka?

Sebahagian ilmu falak

Sebelum menjawab persoalan berkenaan, beliau mengajak kita menelusuri historiografi zodiak yang merupakan ilmu bintang yang dicapai oleh orang terdahulu seperti Yunani sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dinamakan sebagai ilmu astrologi.

Mereka tiada televisyen atau radio dan sebagainya. Jadi, mereka banyak merenung ke langit. ALLAH menjadikan bintang di langit.

Sebagai contoh, bintang itu 'dikhayalkan' dalam bentuk kala jengking yang kemudian mereka panggil sebagai Scorpio.

Apapun, kita tidak boleh mengatakan ilmu bintang itu ditolak oleh Islam atau 100 peratus diterima dalam agama suci itu.

Ini kerana, ALLAH menceritakan tentang bulan dan bintang dalam kalam-NYA. Ia sebahagian daripada sunnatullah (Hukum alam).

Zodiak juga sebahagian daripada cabang ilmu falak, yang terbahagi kepada dua iaitu falak syarie dan satu lagi ialah ilmu untuk mengetahui masa depan.

Bagaimanapun, sebagai orang awam, ia tidak sesuai kerana boleh menggugat perjalanan akidah seseorang kerana mempercayai ilmu bintang lebih daripada kekuasaan ALLAH.

Bagi orang alim, ilmu berkenaan tiada apa-apa (kesan) kepada mereka kerana hanya dijadikan sebagai hukum adat sepertimana yang berlaku kepada Imam Syafie.

Diceritakan bahawa beliau pernah mempelajari ilmu firasah bina insan (karakter seseorang manusia).

Pada suatu hari, Imam Syafie bermusafir mengikut satu kafilah dagangan. Apabila beliau melihat orang-orang yang terlibat dengan musafir tersebut, kelihatannya mereka itu manusia yang jahat menurut ilmu firasah berkenaan.

Namun, apa yang dialami Imam Syafie pula adalah sebaliknya kerana mereka begitu memuliakan tetamu dan belanja makan.

Imam Syafie hampir-hampir hendak 'mengeluarkan' ilmu firasah berkenaan kerana merasakan ia hanyalah sia-sia.

Hinggalah beliau tiba ke destinasi, kafilah tersebut meminta balik apa yang telah mereka belanjakan.

Ia bererti, ilmu firasah itu penting untuk berjaga-jaga, bukan untuk kita mengimaninya.

Daripada kisah itu, pokok pangkal suatu perkara bergantung kepada sejauh mana kemantapan iman dan akidah orang yang mempelajarinya.

Jika tidak kuat, maka ia akan membawa syirik kepada ALLAH SWT.

Diharamkan agama

Zodiak diamalkan oleh orang jahiliah dahulu, dipanggil sebagai ilmu tanjim atau membaca bintang.

Ia mengaitkan apa sahaja yang ada di langit. Kesan atau tanggapan kepercayaannya berpandukan kepada bintang termasuklah sama ada seseorang itu dilahirkan dalam keadaan mereka bernasib baik atau buruk.

Jadi, perkara seperti itu memang diharamkan oleh Islam sebab ia dikaitkan dengan pengetahuan ilmu ghaib, sedangkan bintang-bintang itu sebenarnya tiada apa-apa kesan pun kepada kita.

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui dan manusia pula tidak tahu, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan bintang atau perkara-perkara tertentu khususnya ilmu zodiak termasuk horoskop dan sewaktu dengannya.

Firman ALLAH SWT: "Katakanlah (Muhammad), "Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali ALLAH..." (Surah al-Naml, ayat 65)

Solat tidak diterima

Ada juga yang berpendapat, amalan zodiak bertentangan dengan syarak, kerana ia mengaitkan dengan sial atau nasib buruk seseorang manusia itu.

Jika kita mempercayai perkara-perkara seperti itu, misalnya 'jika lahir pada zodiak tertentu dan mengaitkannya dengan nasib buruk atau baik', maka Nabi Muhammad SAW tidak mengaku umat sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis baginda.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW." (Riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam." (Riwayat Muslim)

Adakah Berdosa Membaca Ramalan Zodiak?

Jika kita hanya membaca ramalan zodiak berkenaan, tetapi tidak mempercayainya, ia tiada masalah.

Lebih-lebih lagi kalau ia dibaca untuk menambahkan ilmu dan untuk melawan balik dakwaan-dakwaan berkenaan.

Namun, ia tidak begitu digalakkan kerana dikhuatiri akan terpengaruh terutama kanak-kanak atau remaja yang tiada asas akidah yang kuat.

Apapun, dalam Islam, tiada kelebihan-kelebihan khusus jika seseorang itu dilahirkan pada bulan-bulan tertentu.

Bahkan, bulan itu sendiri tidak memberi sebarang kesan kepada nasib manusia, kerana hanya ALLAH SWT sahaja tahu apa yang berlaku kepada manusia.

Kalau kita dilahirkan pada bulan Ramadan, sekalipun ia bulan barakah, orang yang lahir pada bulan itu ada keberkatannya.

Namun, jika hendak dikaitkan dengan nasib baik atau nasib buruk, ia langsung tiada kena-mengena. Bulan tiada kuasa, yang berkuasa hanya ALLAH SWT.

Kadangkala orang kita percaya begitu sialnya bulan Safar dan sebagainya dan perkara seperti itu merupakan kepercayaan yang syirik atau menghilangkan keyakinan kita kepada ALLAH.

Kajian sifat-sifat manusia dibenarkan Islam

Kajian karakter sifat seseorang manusia merupakan perkara yang berbeza dengan ramalan zodiak.

Ia tidak berkaitan langsung dengan zodiak kerana berdasarkan kajian ahli psikologi tentang sifat manusia yang memperkenalkan karakter seseorang.

Ia sebagaimana yang diperkenalkan oleh pakar motivasi atau psikologi untuk memperkenalkan manusia kepada karakter berdasarkan kita lahir sebagai anak ke berapa.

Sebagai contoh, anak sulung sikapnya begini, manakala anak kedua pula sikapnya begitu, juga selainnya.

Justeru, kajian sifat-sifat manusia tersebut dibenarkan dalam Islam kerana ia tidak bersangkutan dengan qada dan qadar ALLAH.

Sebaliknya, ia adalah kajian dibuat oleh manusia, seterusnya meraka sendiri yang merumuskan karakter-karakter manusia berdasarkan kategori (anak ke berapa).

Namun, apabila kita membaca karakter itu, kita bukan mempercayai 100 peratus karakter kita begitu. Barangkali ada persamaan.

Tujuan kita membacanya Adalah untuk mengetahui kelebihan, kelemahan dan memperbaiki peribadi kita.

Contohnya, anak sulung dikatakan manja. Walaupun begitu, dia tidak menunjukkan kemanjaannya, tetapi bersifat tegas dan suka mengarah. Sikap suka mengarah jika tidak dikawal, ia akan menjengkelkan adik-adik di bawah.

Anak sulung itu biasanya ALLAH akan letak sifat kepimpinan dalam dirinya untuk dia memimpin adik-adiknya. Sifat kepimpinan itu seharusnya dijaga sebaiknya.

Perkara Ghaib

Zodiak juga menyentuh tentang nasib seseorang yang semuanya di bawah kekuasaan ALLAH SWT.

Namun, antara perkara yang kita tidak ketahui adalah masa depan, takdir dan qada serta qadar. Itu semua adalah milik ALLAH SWT.

Sebab itulah, hukum kita mempercayai zodiak adalah kafir kerana telah mengkufuri al-Quran yang menyatakan ilmu ghaib di bawah pengetahuan ALLAH SWT.

Umat Islam sentiasa diingatkan agar bertawakal kepada ALLAH SWT dengan berusaha ke arah kebaikan, kebenaran dan kejayaan.

Ingatlah bahawa takdir itu milik ALLAH SWT. Sebab itu, apabila kita mempercayai zodiak, maknanya kita telah melanggar takdir dan qada ALLAH.

Manusia yang mempercayai qada dan qadar itu, mereka tidak akan gentar menghadapi musuh dan kegagalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Jenis-jenis Kunyit Di Malaysia

Jenis-jenis Kunyit Di Malaysia

Kunyit (Curcuma longa) adalah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain di Asia, juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan, dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit, di samping daun serta bunga kunyit memang digemari sebagai ulam.

Jenis-jenis Kunyit

Satu kajian yang telah dijalankan oleh saintis mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin, yang dalam dos tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan.

Curcumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain, dengan bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser.

Namun, tahukah anda ada beberapa jenis kunyit dan yang mana satukah paling berkesan dijadikan sebagai herba bagi menghalang, merawat dan menyembuh penyakit berbahaya?

Di sini adalah KELUARGA KUNYIT setakat yang mampu dikutip;

Kunyit Kuning (Curcuma longa)

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan Asia. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.

Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit memang digemari sebagai ulam.

Kunyit Putih (Curcuma Zadoaria)

Kunyit Putih adalah sejenis tumbuhan yang sama bentuknya seperti kunyit yang biasa digunakan untuk masakan. Ia mempunyai nilai perubatan yang sangat berguna dan telah digunakan sejak turun temurun oleh pelbagai masyarakat didunia terutama India dan Asia Tenggara.

Bentuk dan rupa pokoknya sama seperti kunyit biasa. Buah dan rizomnya juga sama tetapi ia berwarna putih.

Kunyit Putih mempunyai buah biji di hujung akar disamping rizom sediada. Ia mempunyai persamaan dengan Temu Mangga mahupun Kunyit Puteri yang berbuah warna putih serta buah biji dihujung akarnya. Kunyit Putih mempunyai bau yang agak masam dan rasanya pahit seperti Lempuyang.

Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)

Dikenali sebagai Curcuma Caesia dalam nama saintifik. Warna umbi yang jenis biasa adalah seakan biru ungu (Biru hitam gelap - ada 2 jenis) dan ada berbentuk bulatan ditengah umbinya.

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ramai orang salah sangka antara Kunyit Hitam dengan Temu Hitam dan Lempuyang.

Temu hitam mempunyai umbi yang hampir sama warna dalamannya dengan Kunyit Hitam tetapi saiz Kunyit hitam adalah lebih kecil dan sama saiz seperti kunyit-kunyit yang lain.

Temu hitam mempunyai umbi yang besar seperti mana Temu Lawak dan Lempuyang pula mempunyai umbi yang berbentuk seperti Halia dan berwarna lebih kepada ungu gelap. Setiap tumbuhan ini mempunyai khasiat yang berlainan.

Jangan tertipu oleh perbuatan sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan kepada orang yang kurang faham tentang jenis-jenis tumbuhan perubatan.

Ada juga pihak-pihak tertentu yang menjual produk mereka mendakwa menggunakan kunyit hitam tetapi sebenarnya mereka menggunakan Temu Hitam Atau Lempuyang kerana mereka sendiri tidak pasti yang mana satu kunyit hitam.

Cekur (Kaempferia galanga)

Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia.

Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja.

Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu.

Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.

Temu Lawak (Curcuma xanthorrhiza roxb)

Temu lawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit.

Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede" dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.

Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, dipelbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.

Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal.

Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%).

Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari.

Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita, juga boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran.

Temu Kunci (Kaempferia Pandurata)

Temu kunci atau biasa dipanggil kunci merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga halia yang biasanya dijumpai tumbuh liar dikawasan hutan yang tidak terlalu tebal. Ia biasa dijumpai tumbuh dikawasan yang agak lembab seperti di dalam kebun getah.

Rizomnya yang berbentuk panjang berbau wangi menyebabkan ia juga dijadikan rempah dalam masakan. Di Kelantan rizomnya yang dirincih halus juga dijadikan ulam dalam nasi kerabu.

Temu Kunci merupakan antara bahan popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin. Ia mempunyai fungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.

Untuk membuat jamu yang mudah, 500g temu lawak dan 500 g temu kunci ditumbuk atau kisar bersama-sama. airnya kemudiannya diminum segelas setiap hari semasa pantang terutamanya pada minggu pertama kelahiran

Bonglai (Oroxylum indicum Vent)

Bonglai, bonglai kayu, bolai kayu, kulai, merkulai, bol, boloi, bikir, bekak, merulai, atau pokok biji lunang ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Oroxylum indicum Vent.

Pucuk dan buah muda bonglai boleh dibuat ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya boleh dibuat kerabu.  Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas.

Pokoknya sederhana besar setinggi 20 m, tidak banyak dahan. Daun majmuk, sederhana besar, anak daun dengan ukuran lebar yang hampir sama, bertangkai pendek, bentuk lonjong, pucuk muda berwarna hijau kekuningan dan bertukar hijau tua setelah matang.

Bunga majmuk, sederhana besar, berbentuk corong, putih kekuningan, berbau busuk, terdapat dalam jambak bunga yang keluar di hujung dahan. Buah besar, panjang meleper, sedikit bengkok dan berjuntai. Biji kecil, banyak terkandung dalam buah, sangat nipis, putih

Ia mengandungi air, karbohidrat, tanin, baicalin, glukosa, serat, krisin, alkoloid, kalsium, kalium, zink, zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin.

Bonglai dikatakan boleh merawat sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan, angin dalam perut/usus, pembuka selera makan, rawatan ibu selepas bersalin, demam panas, kolera, bengkak sendi, disenteri, sakit kepala (migrain), limpa bengkak, sakit gigi, sakit urat, tekanan darah tinggi, dan darah bertoksik atau kotor.

Temu Ulam (Curcuma Mangga)

Agak sukar jika dilihat pada pokoknya untuk mengenali pokok temu pauh. Ini kerana pokoknya sama seperti pokok kunyit atau kunyit putih. Daunnya tidak mempunyai bau yang kuat seperti kunyit.

Buahnya kekuningan atau putih pucat dan berasa sedikit manis. Ia mempunyai aroma seperti mangga muda atau buah kuini atau buah pelam pauh. Sebab itu ia di panggil Temu Pauh.

Biasanya dijadikan ulam atau acar atau sambal dalam masakan. Pucuk dan daun muda dan bunganya juga boleh dibuat ulam. Ia menjadi pembuka selera atau menambahkan lagi selera makan.

Khasiatnya adalah untuk menyembuhkan demam iaitu menurunkan suhu badan. Pembuka selera dan menambahkan selera makan. Sebagai bahan campuran dalam jamu secara asasnya untuk kesihatan badan.

Halia Bara (Zingiber Officinale)

Halia bara adalah sejenis halia yang berwarna merah. Bentuk pokoknya serupa seperti halia biasa hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Buahnya juga kecil dan berwarna merah. Baunya kuat seperti halia biasa.

Bentuk pokoknya adalah serupa dengan halia biasa hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Buahnya juga kecil dan berwarna merah. Baunya sama seperti bau halia biasa.

Kunyit (Halia) Hitam (Kaempferia Parviflora)

Di Malaysia ia panggil Kunyit Hitam, tapi nama sebenar adalah Halia Hitam (kaempferia parviflora) dan sering disalah anggap sebagai Kunyit Hitam (Curcuma Caesia).

Ia digunakan sebagai ubat batin di Malaysia, di Thailand rizom ini banyak digunakan sebagai UBAT KUAT lelaki. Di India halia hitam ini banyak digunakan untuk upacara sembahyang, manakala di Indonesia, pokok ini banyak ditanam di rumah untuk mengelakkan orang hantar sihir. Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Narsistik: Sentiasa Menganggap Diri Lebih Penting Berbanding Orang Lain!

Narsistik: Sentiasa Menganggap Diri Lebih Penting Berbanding Orang Lain!

Apa itu narsistik? Ia adalah sejenis gangguan personaliti yang menganggap dirinya jauh lebih penting berbanding orang lain selain 'dahaga' pujian dan penghargaan daripada orang lain. Akan tetapi, individu yang mempunyai masalah ini sebenarnya tiada keyakinan diri dan mudah sentap jika ada yang mengkritik mereka.

Apa itu Narsistik

Gangguan ini dapat mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan jika tidak ditangani dengan baik. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, narcissism atau narsisisme bermakna perihal atau keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri.

Narsisistik sebenarnya merupakan masalah serius yang mempunyai ciri spesifik yang telah dikaji dan dikategorikan oleh pakar-pakar psikologi.

JENIS-JENIS NARSISTIK

1. Grandiose Narcissism

Grandiose Narcissism mempunyai tanda-tanda klasik yang dikaitkan dengan narsisisme. Ini termasuklah sikap ekstrovert, terdesak mahukan perhatian dan kecenderungan untuk menjadi dominan dalam apa-apa perhubungan.

Seseorang yang mengalami Grandiose Narcissism lebih cenderung untuk memilih kerjaya yang mempunyai kuasa seperti ahli politik dan selebriti. Tapi ini bukanlah bermakna kesemua ahli politik dan selebriti itu narsisistik.

Namun, seorang yang narsisistik berkemungkinan besar akan memilih kerjaya dalam bidang seperti ini untuk memiliki status tinggi dan mendapat perhatian daripada semua orang, termasuklah mereka yang tidak dikenali.

2. Vulnerable Narcissism

Vulnerable Narcissism pula adalah berbeza dengan Grandiose Narcissism. Mereka yang mempunyai narsisisme jenis ini adalah lebih pendiam dan tidak banyak bercakap. Namun, mereka ini adalah manusia yang jatuh dalam kategori 'diam-diam ubi berisi'.

Amat mudah berasa terhina sekiranya ada pihak yang membangkang pandangan mereka. Orang yang mengalami narsisisme jenis ini juga sukar untuk bertahan dalam perhubungan yang sihat kerana mereka sentiasa mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan.

Kedua-dua jenis narsisisme mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan seseorang. Seseorang dengan grandiose narcissism cenderung untuk membuat keputusan yang lebih berisiko dan berbahaya namun kurang rasa belas kasihan pada orang lain.

Manakala individu dengan vulnerable narcissism pula kebiasaannya tidak setia dalam perhubungan kerana mereka sering merasakan mereka berhak untuk mendapat pasangan yang lebih baik.

Kecelaruan Personaliti Narsisistik

Anda jangan keliru pula sifat narsisisme yang biasa dilihat setiap hari dengan 'penyakit' ini. 'Penyakit' kecelaruan personaliti narsisistik ini hanya terjadi kepada 1-2% sahaja daripada populasi dunia. Ia juga terjadi kepada lebih ramai lelaki dewasa berbanding wanita.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik edisi kelima Persatuan Psikiatrik Amerika, berikut merupakan ciri-ciri kecelaruan personaliti narsisistik:
  • Kurang rasa empati kepada orang lain kerana mereka sering dilihat seperti kurang berharga.
  • Terlalu meninggi diri dan mempunyai kepercayaan yang kukuh bahawa dirinya lebih penting daripada orang lain. Merasakan dirinyalah yang paling bijak dan paling menawan dalam apa jua keadaan.
  • Sentiasa mengimpikan kuasa yang tidak terbatas, kecantikan paling menawan dan percintaan yang ideal.
  • Perlu disukai dan disayangi secara berlebih-lebihan daripada orang sekeliling.
  • Merasakan mereka mempunyai hak dan keistimewaan yang tinggi. Semua jangkaan dan permintaannya mesti dipenuhi.
  • Sentiasa berasa cemburu dengan orang lain dan percaya bahawa orang lain pun berasa cemburu dengan dirinya.

Punca kecelaruan personaliti narsisistik

Pelbagai kajian telah dibuat untuk mengenalpasti punca terjadinya sifat narsisisme ini. Faktor genetik juga telah dikaji dengan meneliti kejadian kecelaruan ini dalam pasangan kembar.

Walaupun faktor genetik sedikit sebanyak mempengaruhi berlakunya penyakit ini, namun didikan dan asuhan ibu bapa sebenarnya merupakan salah satu punca ia terjadi.

Jika ibu bapa membesarkan anak-anak dengan penuh pujian dan pujaan sepanjang kehidupan mereka, anak-anak ini akan lebih cenderung untuk mendapat narsisisme grandiose.

Begitu juga sebaliknya, jika ibu bapa bersikap dingin dan tidak beremosi langsung terhadap anak-anak, mereka berkemungkinan mendapat vulnerable narcissism.

Budaya narsisistik

Selain didikan ibu bapa, budaya masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan manusia narsisistik ini.

Masyarakat yang mementingkan keindividuan berbanding dinamik kelompok mungkin banyak menghasilkan individu yang narsisistik.

Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, bilangan pesakit yang mengalami kecelaruan personaliti narsisistik semakin meningkat sejak tahun 1970.

Ini berbeza dengan tahun 60-an di mana masyarakat masih mengamalkan kehidupan berkomuniti yang tidak mementingkan diri sendiri.

Narsisistik dan media sosial

Banyak kajian psikologi yang cuba meneroka kaitan peningkatan narsisistik dengan penggunaan media sosial. Walaupun nampak seperti ia mempunyai hubung kait yang rapat, namun belum masih ada fakta sahih yang membuktikan dakwaan ini.

Media sosial sebenarnya hanyalah platform paling mudah yang memberikan peluang pada kesemua manusia narsisistik ini untuk menonjolkan diri pada dunia.

Narsisisme ini merupakan satu 'wabak' yang memakan diri dari dalam dan pada masa yang sama membuatkan orang sekeliling merana. Ia masih boleh diubati dengan rawatan psikoterapi namun mungkin agak sukar kerana sifat individu narsisistik yang bencikan kritikan ke atas diri mereka.

Kesimpulannya, jangan perasan sangat. Bawa-bawalah bertenang, tarik nafas dan cuba sekali-sekala selami serta fikirkan perasaan orang sekeliling anda.

Percintaan

Dalam sesuatu hubungan cinta pula, agak sukar untuk mengetahui sama ada pasangan anda mempunyai masalah ini namun anda boleh mengesannya daripada awal, cemburu buta adalah tandanya!

Kajian diterbitkan menerusi Journal of Psychology memberitahu, perasaan cemburu berlebihan boleh dikaitkan dengan narsistik dengan mengkaji tingkah laku seseorang.

Sikap sombong, merendah-rendahkan pasangan serta ego adalah antara ciri individu dengan masalah narsistik.

Namun paling bahaya jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda seperti sering cemas dan senang terpengaruh dengan apa yang didengar daripada orang lain.

Perkara itu dapat memberi kesan besar kepada hubungan cinta anda dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah serius lain.

Penyelidik membuat kajian terhadap 473 pasangan untuk menilai keperibadian mereka, perilaku terhadap pasangan dan tahap cemburu.

Hasil kajian itu menunjukkan narsisme terkait rapat dengan masalah psikologi tetapi dalam cara berbeza.

Kajian sebelumnya juga menunjukkan individu yang mempunyai masalah narsistik sentiasa berwaspada dengan 'ancaman' dalam hubungan mereka.

Gangguan ini membuatkan mereka mudah berasa cemburu dan melakukan hal-hal yang diluar kawalan.

Bagaimanapun bukan semua cemburu itu adalah narsistik, tetapi ia boleh menjadi faktor yang harus diawasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Kunyit Hitam Berjaya Sembuhkan Kanser Yang Mengejutkan Dunia Perubatan Moden!

Kunyit Hitam Berjaya Sembuhkan Kanser Yang Mengejutkan Dunia Perubatan Moden!

Seorang pesara British yang bertarung nyawa menentang kanser selama lima tahun akhirnya berjaya sembuh daripada penyakit paling ditakuti itu dengan bantuan 'kunyit', herba yang biasa digunakan sebagai rempah masakan di Asia.

Dieneke Ferguson Cancer
Dieneke Ferguson.

Dieneke Ferguson, mungkin menjadi orang pertama diketahui pulih daripada kanser dengan mengambil tablet yang dibuat dari rempah-ratus, selepas menghentikan rawatan perubatan konvensional.

Dieneke, dari utara London, membuat tiga pusingan kemoterapi dan empat pemindahan sel induk (stem cell) dalam usaha untuk merawat kanser darahnya, myeloma.

Tetapi, ia hanya menambahkan kesakitan di bahagian belakangnya dan selepas dua kali mengalami relapse (penyakit kembali semula), doktor bimbang mengenai jangka hayat Dieneke.

Walau bagaimanapun, kiraan sel plasmanya kini tidak begitu banyak dan mengakui kualiti hidupnya bertambah baik dengan ketara.

Sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang, apabila dengan myeloma, menjadi tidak normal dan berkembang biak dengan tidak terkawal.

Pesara yang banyak terlibat dalam bidang seni ini menemui 'curcumin', salah satu sebatian utama kunyit yang dikatakan menjadi penawar.

Dia mengambil tablet kunyit 8g setiap hari selama bertahun-tahun tanpa rawatan lanjut dan telah mengejutkan doktor.

"Sepanjang pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama di mana kurkumin telah menunjukkan tindak balas objektif dalam penyakit progresif tanpa adanya rawatan konvensional," kata doktornya, dari Barts Health NHS Trust di London, yang menulis di British Medical Journal Case Report.

"Dengan tiadanya rawatan antimyeloma lagi, pesakit tetap stabil selama lima tahun dengan kualiti hidup yang baik."

Tablet itu, yang mengandungi paras curcumin yang tinggi, menelan kos £50 selama 10 hari.

Adalah sesuatu yang mustahil untuk merawat kanser dengan kunyit dapur biasa, kerana ia mengandungi hanya dua peratus curcumin.

Pakar kini percaya, kunyit yang biasanya digunakan dalam masakan Asia, boleh membantu melindungi penyakit Alzheimer, penyakit jantung dan kemurungan.

Walau bagaimanapun, ia jarang dipreskripsi kerana belum lagi diuji dalam ujian berskala besar.

Dieneke berkata, "Saya harap kisah saya ini akan membawa banyak manfaat kesihatan kepada orang ramai tentang khasiat kurkumin yang luar biasa."

Myeloma menjejaskan kira-kira 5,500 orang di UK setiap tahun, membunuh hampir 3,000 orang.

KHASIAT KUNYIT HITAM

Kunyit Hitam Curcuma Caesia
Kunyit Hitam (Curcuma Caesia). Wikipedia.

Kunyit Hitam adalah Curcuma Caesia, manakala Halia Hitam ialah Kaempferia Parviflora. Kedua-duanya mempunyai rizom yang seakan sama tetapi pokoknya sama sekali berbeza.

Antara keduanya, kunyit hitam adalah yang paling berkesan dalam menyembuhkan kanser.

Berikut 7 khasiat kunyit hitam untuk kesihatan:

1. Awet Muda

Ramai orang tentunya mahu muda walaupun sudah berumur diatas 30 tahun, dan untuk kelihatan muda individu bukan sahaja perlu menjaga kesIhatan kulit dengan baik.bahkan kesihatan dalam juga perlu dijaga

Kunyit hitam mengandung zat antioksidan yang tinggi, kandungan antioksidan memiliki peranan penting dalam melambatkan proses penuaan pada tubuh.

Kunyit hitam juga mengandungi kandungan anti-penuaan yang tinggi dan dapat membantu meremajakan kulit, menghilangkan sel-sel mati dan memperbaiki penampilan kecacatan, kedutan, dan bintik-bintik umur dengan berkesan dari kehidupan anda.

Dengan khasiat kunyit hitam ini ia dapat membantu anda kelihatan lebih muda dari umur anda sebenar WOW!

Khasiat kunyit hitam juga dapat membantu kesihatan kulit, serta membuat kulit lebih anjal dan lembab.

2. Kanser

Kanser sudah umum diketahui merupakan masalah kesihatan yang sangat susah untuk sembuh. Cara terbaik menangani dan melawan kanser yaitu mengesan gejala awal kanser pada tubuh badan.

Hasilnya, zat antioksidan yang ada dalam kunyit yang berfungsi untuk mengelak kanser lebih tinggi dibandingkan kunyit mangga.

Hasil penelitian menyebutkan kandungan senvawa fenolik di dalam kunyit hitam terbukti mempunyai kesan biologis yang kuat.

Fenol berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh, meluaskan pembuluh darah dan membantu mengurangkan pertumbuhan sel kanker di dalam tubuh.

Kadungan antioksidan di dalam kunyit hitam juga mampu memberikan khasiat untuk pengubatan masalah jantung dan stroke.

Ekstrak dan kunyit hitam (curcuma caesia) mengandung antioksidan semulajadi dan tidak menyebabkan kesan samping pada tubuh yang merbahayakan.

3. Meningkatkan Tenaga

Antara salah satu khasiat kesihatan kunyit hitam yang tidak diketahui ramai dan paling tidak dapat disangkal adalah kebolehannya untuk menambah tahap tenaga.

Ia telah lama dikenali di kalangan atlet sukan untuk meningkatkan tenaga semasa latihan dan jugak pertandigan.

Ia dapat meningkatkan jumlah pengambilan oksigen dalam badan dan meningkatkan penghasilan tenaga selular, dengan itu memberi rangsangan tambahan untuk orang yang memerlukan banyak tenaga terutama golongan atlet dan jugal orang yang berkerja berat.

Kebiasaannya Individu yang mengalami masalah kekurangan tenagaga akan akan mengalami keletihan melampau.

Minum herba kunyit hitam atau kapsul kunyit hitam secara rutin, ia dapat masalah ini dengan lebih baik.

4. Kulit Gatal

Penyebab terjadinya gatal-gatal pada kulit akibat bakteria yang menyerang kulit, demikian juga keadaan cuaca yang panas dan kurang baik boleh menyebabkan timbulnya rasa sangat gatal pada kulit.

Khasiat di dalam Kunyit hitam mampu dimanfaatkan untuk membantu masalah kulit gatal. Dimana di dalam kunyit hitam memiliki kandungan yang bersifat anti-bakteria yang bermanfaat untuk kulit gatal. Khasiat kunyit hitam ini juga mampu untuk melawan keradangan pada kulit dengan berkesan.

5. Melancarkan Haid

Seorang wanita yang mengalami haid yang kerap merasa tersiksa ketika muncul gejala sakit perut yang luar biasa. Bahan semulajadi kunyit menjadi salah satu bahan yang boleh dimanfaatkan untuk melancarkan haid.

Khasiat kunyit hitam mampu menormalkan jumlah darah yang keluar ketika haid, mengawal haid, menghindari warna darah menstruasi yang tidak normal, dan masalah pre-menstrual syndrome (PMS) seperti perut kembung.

6. Meningkatkan keinginan seksual

Kunyit hitam meningkatkan fungsi seksual untuk golongan lelaki. Sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai keinginan seksual yang rendah telah bertambah baik selepas mengamalkan makan kunyit hitam setiap hari dalam hidup mereka.

7. Melindungi Kesihatan Jantung

Penyelidikan mengenai kesan kunyit hitam telah menghasilkan banyak hasil menarik, terutamanya berkaitan dengan kesihatan kardiovaskular.

Satu kajian menunjukkan bahawa pesakit yang diberikan suplemen kunyit hitam, secara ketara kurang berkemungkinan mengalami kegagalan jantung.

Ini disebabkan terutamanya oleh ciri-ciri anti-radang dan antispasmodik herba yang boleh mencegah aritmia jantung dan komplikasi lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, January 28, 2020

Ekatarina: Gadis Cantik Dari Ukraine Berjaya Jual Dara £1 Juta!

Ekatarina: Gadis Cantik Dari Ukraine Berjaya Jual Dara £1 Juta!

Seorang remaja, Ekaterina, yang baru berusia 19 tahun dilaporkan telah berjaya menjual daranya pada harga yang sangat lumayan, 1 juta Pound Sterling (RM6.3 juta) menerusi laman sesawang sebuah agensi teman sosial.

Ekatarina 1 million Virgin
Ekatarina.

Ekaterina berasal dari bandar Kharkiv di timur laut Ukraine, tetapi kini menetap di Amerika Syarikat.

Pada Disember 2019 lalu, gadis itu mendedahkan hasrat untuk menjual daranya pada harga sekurang-kurangnya 84,120 Pound Sterling (RM447,000).

Bagi tujuan itu, dia menjalani pemeriksaan doktor untuk mengesahkan bahawa dia benar-benar masih memiliki dara.

Kemudian, pada pertengahan Januari 2020, Ekaterina mengesahkan daranya sudah dijual kepada seorang lelaki dari Munich, Jerman, yang berusia 58 tahun pada harga 1 juta Pound Sterling.

Individu yang mengaku sebagai ahli perniagaan dari Munich dan pemilik studio kesihatan yang mempunyai cawangan di seluruh Eropah adalah pembida tertinggi.

Selain lelaki itu, seorang peguam dari New York menawarkan 1 juta Euro (RM4.5 juta) dan seorang penyanyi dari Tokyo mahu membayar 800,000 Euro (RM3.6 juta).

Bagaimanapun, laman sesawang agensi berkenaan tidak memperincikan butiran pelanggan atas alasan privasi.

Ekatarina jual dara

Berdasarkan laman sama, pembeli boleh mempertimbang untuk mengahwini Ekaterina dan menyara kehidupan gadis itu dengan elaun 10,000 Euro (RM45,000), sebulan.

Terdapat juga video memaparkan wajah Ekaterina yang memberitahu bahawa dia berbuat demikian kerana mahu menikmati kehidupan mewah dan mengembara.

"Ini adalah badan saya dan ia pilihan saya. Saya fikir ini adalah keputusan terbaik," katanya.

Untuk layak disenaraikan dalam laman sesawang agensi berkenaan, seorang gadis perlu mengemukakan pengesahan dara dari doktor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Friday, January 24, 2020

Al-Malhamah Al-Kubra, Perang Besar Di Tanah Arab Dan Iran Tanda Akhir Sebelum Kiamat

Al-Malhamah Al-Kubra, Perang Besar Di Tanah Arab Dan Iran Tanda Akhir Sebelum Kiamat

Antara tanda-tanda akhir sebelum berlakunya hari kiamat adalah peperangan besar yang dinamakan Al-Malhamah Al-Kubra, akan menyaksikan peperangan umat Islam menentang tentera Rom moden, Yahudi, Eropah, Amerika dan tentera Dajjal.

Al-Malhamah Al-Kubra

Menyingkap maksud perkataan Al-Malhamah, ia berasal daripada kalimah lahm yang bermaksud daging. Perkataan itu turut merujuk kepada peperangan yang mengakibatkan banyak kematian.

Apabila kalimah Al-Malhamah digandingkan dengan kalimah Al-Kubra, ia membawa maksud peperangan besar yang mengakibatkan begitu banyak kematian.

Sesungguhnya, ia akan berlaku pada akhir zaman nanti dan merupakan tanda-tanda besar hari kiamat.

Ketahuilah bahawa peristiwa penting itu banyak disebut dalam hadis Rasulullah SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulama hadis.

Selain Al-Malhamah Al-Kubra, ia turut dipanggil 'perang dunia terbesar' dan ada juga pendapat yang memberikan istilah perang itu sebagai Armageddon.

Apa juga istilah yang digunakan, terdapat perbezaan dengan rujukan umat Kristian terutama tentang perincian dan pemahaman penganut agama berkenaan.

Meskipun ia merujuk kepada sebuah peperangan yang besar pada akhir zaman, agama Kristian menganggap kemenangan bakal berpihak kepada mereka.

Armageddon itu diambil daripada perkataan Ibrani yang bermaksud Bukit Megiddo (kini dipanggil Al-Majidiyyah) di Palestin berdekatan Baitulmaqdis iaitu tempat berlakunya peperangan tersebut.

Namun, ia jelas berbeza dengan Al-Malhamah Al-Kubra menurut Islam yang mana peristiwa itu akan berlaku di A'maq atau Dabiq.

Kedua-dua tempat berkenaan berdekatan dengan Halab, Syria dan juga Antakia, Turki, sebagaimana perkhabaran baginda Nabi Muhammad SAW.

DUA PERANG BESAR TERAKHIR

Kaum Muslimin akan menghadapi dua peperangan besar di akhir zaman, sekali gus sebagai penutup segala perang kerana setelah itu tidak akan ada lagi perang.

Kedua peperangan tersebut dijelaskan dalam nubuat akhir zaman.

Yang pertama adalah perang al-Malhamah kubra, yang akan terjadi setelah kaum muslimin menakluk Persia (Parsi), yang sekarang dikenali sebagai republik Iran.

Perang al-malhamah kubra terjadi antara kaum muslimin dengan Rom, sebagaimana dijelaskan dalam hadis tentang urutan peperangan akhir zaman.

"Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Persia sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Rom sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya." (HR Muslim)

Didalam hadis diatas, dijelaskan bahawa perang terakhir umat Islam terjadi dengan Rom dan Dajjal.

Peperangan dengan Rom disebut sebagai perang al-malhamah kubra sedangkan peperangan dajjal disebut dengan perang Armageddon atau perang Gog Magog (Ya’juj dan Ma’juj).

Perang al-malhamah kubra itu pusat peperangannya adalah di Syria, sebagaimana disebut dalam hadis.

"Sungguh Rom benar-benar akan memasuki Syam (Syria) selama empat puluh hari, tidak ada yang selamat selain Damaskus dan Amman." (HR Abu Daud)

Sedangkan perang Armageddon pusat peperangannya terjadi di Palestin wilayah negara Israel sekarang ini.

Kerana Dajjal akhir zaman akan menjadi pemimpin negara Israel yang mengusai wilayah Plaestin.

Mageddon adalah sebuah bukit yang terletak diwilayah Palestin, sehingga perang Armageddon adalah perang dalam misi pembebasan Palestin dari jajahan kaum Yahudi.

Penaklukan Turki

Perang al-malhamah kubra itu terjadi sebelum penaklukan Konstantinopel, sekarang adalah rejim sekular Turki dan perang Armageddon itu terjadi setelah penaklukan Konstantinopel tersebut.

Sebagaimana hadis, "Makmurnya Baitul Maqdis adalah tanda kehancuran kota Madinah, hancurnya kota Madinah adalah tanda terjadinya peperangan besar (Al-malmah kubra), terjadinya peperangan besar adalah tanda dari pembukaan kota Konstantinopel dan pembukaan kota Konstantinopel adalah tanda keluarnya Dajjal. Kemudian beliau menepuk-nepuk paha orang yg beliau ceritakan tentang hadis tersebut, atau dalam riwayat lain, 'pundaknya'. Kemudian bersabda: Semua ini adalah sesuatu yang benar, sebagaimana engkau -Mu'adz bin Jabal, sekarang berada di sini adalah sesuatu yang benar." (HR. Abu Daud)

Didalam hadis di atas, secara jelas dinyatakan bahawa perang al-Malhamah kubra terjadi sebelum penaklukan konstantinopel (Turki), sedangkan perang Dajjal atau perang armageddon itu terjadi setelah penaklukan Konstantinopel.

Adapun Rom yang dimaksudkan dalam hadis di atas, adalah Rom timur yang dulu pusat pemerintahannya berada di Konstantinopel.

Kerana dalam Islam tidak pernah dikenali Rom barat, yang telah runtuh seratus tahun sebelum munculnya Islam dan berdiri kembali setelah seratus tahun wafatnya Rasulullah SAW.

Rom yang dimaksudkan dalam al-Quran surah Rum adalah Rom Timur yang berpusat di Kostantinopel.

Setelah Rom Timur runtuh, pusat pemerintahannya berpindah ke Rusia yang disebut dengan gelaran Tsar Rusia.

Tsar adalah asal kata dari kaisar yang mengadoptasi sistem kekaisaran Rom Timur.

Berdamai Dengan ROM

Setelah kota Konstantinopel direbut oleh kaum muslimin, maka kekaisaran Byzantine beralih ke Rusia. Peranan kaisar sebagai pelindung Ortodoks timur didakwa oleh Ivan III, Adi Pati Agung Moskow.

Dia telah berkahwin dengan Shopia Paleologue. Cucunya Ivan IV akan menjadi Tsar Rusia yang pertama.

Tsar adalah istilah lama yang digunakan bangsa Slavia untuk kekaisaran Byzantine.

Penerus-penerus mereka mendukung gagasan bahawa Moskow adalah penerus kekaisaran Byzantine yang berpusat di Konstantinopel.

Gagasan kekaisaran Rusia adalah sebagai kekaisaran Rom itu tetap hidup hingga meletusnya revolusi Rusia pada tahun 1917.

Setelah berdirinya Soviet Union, kekaisaran Rom runtuh dan digantikan dengan sistem komunis, akan tetapi setelah Soviet Union runtuh, kekaisaran Rom dilanjutkan kembali oleh negara Rusia moden sekarang ini.

Maka, secara jelas bahawa Rom yang dimaksudkan dalam hadis adalah Rom timur yang merupakan Rusia hari ini.

Sikap Rusia yang menentang Zionis Dajjal menjadikan sebab Islam akan berdamai dengan Rusia.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis, "Kamu akan berdamai dengan Rom dalam keadaan aman, kemudian kamu dan mereka akan memerangi suatu musuh. Dan kamu akan mendapatkan kemenangan serta harta rampasan perang dengan selamat. Kemudian kamu berangkat sehingga sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Maka seorang lelaki dari kaum salib mengangkat tanda salib seraya berkata, 'Salib telah menang'. Maka marahlah seorang lelaki dari kaum Muslimin kepadanya, lalu ia mendorongnya dan jatuh (meninggal). Pada waktu itu orang-orang Rom berkhianat, dan mereka berkumpul untuk memerangi kamu di bawah 80 bendera, dimana tiap-tiap bendera terdapat 12 ribu tentara." (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Perdamaian dengan Rusia belum terjadi untuk saat ini kerana perdamaian tersebut terjadi disaat kaum muslimin memerangi Persia yang merupakan Iran sekarang.

Untuk saat ini, Iran masih bersekutu dengan Rusia menentang zionis Dajjal.

Akan tetapi, pada masa al-Mahdi, Rusia akan meninggalkan sekutunya Iran dan berdamai dengan kaum muslimin. Sedangkan Iran akan beralih bersekutu dengan zionis dajjal Amerika.

Hal ini boleh kita lihat melalui sikap Iran yang membantu rezim Iraq yang merupakan boneka zionis untuk mempertahankan hegemoni zionis di timur tengah.

Tentang perdamaian dengan Rom pada masa al-Mahdi dijelaskan oleh Imam as Sayuti, Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah.

Katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Di antara kamu dan orang-orang Rom akan berlaku 4 kali perdamaian. Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlu. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun. Ada seorang sahabat bertanya Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah! Siapakah Imam orang ramai (orang Islam) pada hari itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik."

Setelah Rom di takluk, kemudian kaum muslimin menakluki Turki tanpa peperangan. Setelah Turki ditakluk maka keluarlah Dajjal.

Maka terjadilah perang Armageddoon atau Perang Dajjal atau disebut juga dalam hadis sebagai perang Gog Magog (Ya’juj dan Majuj).

Ketiga-tiganya adalah sama kerana disebut perang armageddon, pusat peperangannya terletak di bukit Mageddon palestin, disebut perang Dajjal kerana pada saat itu Dajjal sebagai presiden negara Israel, disebut dengan perang Ya’juj dan Ma’juj kerana pasukan yang mempertahankan negara zionis dari serangan kaum muslimin, bergabung dalam negara-negara Eropah dan Amerika, disebut sebagai pasukan Ya'juj dan Ma'juj.

Sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam manuskrip yang ditulis semula oleh pengkaji berjudul: "Salam wa Harb fi Akhir Zaman ar Rabb."

Dalam perang itu, akan keluar seorang ratu dunia, pelaku makar dan pelacur. Namanya Amerika. Ia menggoda dunia waktu itu dalam kesesatan dan kekafiran.

Sementara itu, Yahudi saat itu berada di tempat yang paling tinggi. Mereka menguasai seluruh al-Quds dan al-Madinah al-Muqaddasah (Kota yang disucikan).

Semua negeri datang dari laut dan udara, kecuali negeri salji yang menakutkan dan negeri panas yang menakutkan.

Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia melakukan perkara buruk kepada diri dan ia melihat bahawa perbuatan Allah lebih hebat lagi. Ia melihat bahawa seluruh alam Tuhan berada dalam kekuasaannya.

Akhir dari perang itu ada di tangannya, dan seluruh dunia merupakan pohon yang dimilikinya dari dahan hingga ranting-rantingnya.

Di tanah Isra' dan Mi'raj terjadi perang dunia yang disitu al-Mahdi memberi peringatan kepada orang-orang kafir apabila mereka tidak mahu keluar.

Maka orang-orang kafir berkumpul untuk memerangi Al-Mahdi dalam pasukan sangat besar yang belum pernah dilihat sebelumnya.

Dalam kelompok kekuatan Yahudi al-Khazar dan Bani Israel masih terdapat pasukan lain yang tidak diketahui jumlahnya.

Al Mahdi melihat bahawa seksa Allah sangat mengerikan dan bahawa janji Allah benar-benar telah datang dan tidak diakhirkan lagi.

Kemudian Allah melempari mereka dengan lemparan yang dahsyat. Bumi, lautan dan langit terbakar, untuk mereka, dan langit menurunkan hujan yang sangat buruk.

Seluruh penduduk bumi mengutuk orang kafir, dan Allah mengizinkan lenyapnya seluruh orang kafir di Perang Dajjal, dan perangnya terjadi di negeri Syam dan kejahatan.."

***

Itu adalah sebahagian dari isi buku tentang nubuwah tersebut. Manuskrip berasal dari abad ke 2 H ditulis oleh salah seorang Tabi – Tabi’in yang berasal dari Syam (wilayah Lebanon, Palestin).

Manuskrip ini tersimpan di perpustakaan Turki di Istanbul.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: voa-islam

5 Tips Mencegah Jangkitan Virus Influenza

5 Tips Mencegah Jangkitan Virus Influenza

Masih ada dikalangan rakyat Malaysia yang keliru dalam membezakan antara influenza dan demam selesema biasa, yang hakikatnya flu lebih berbahaya malah dapat menimbulkan pelbagai komplikasi berbanding selesema biasa kerana boleh membawa maut.

Mencegah Jangkitan Influenza

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 1 bilion kes influenza berlaku setiap tahun dan daripada angka itu, antara tiga hingga lima juta dalam kategori serius hingga mengakibatkan 650,000 kematian di seluruh dunia.

Kebiasaannya, influenza lebih berbahaya kepada wanita hamil, kanak-kanak dibawah usia lima tahun, dewasa melebihi 65 tahun dan individu bermasalah kesihatan seperti asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Flu atau influenza adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru yang disebabkan oleh virus influenza dan ia mudah berjangkit serta merebak terutama ketika cuaca sejuk.

Tidak seperti di negara beriklim sederhana, di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak bagi influenza berlaku dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun setiap tahun dengan jangkitannya berlaku sepanjang tahun.

Secara umumnya, virus influenza boleh terbahagi kepada beberapa jenis:
  • Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan berbahaya.
  • Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya.
  • Jenis B: Boleh menjangkiti manusia kerana ia sering berlaku dan kesannya berubah-ubah di mana ada kalanya tidak teruk, ada kalanya berbahaya dan tidak pandemik.
  • Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku dan bukan epidemik.

Mudah Tersebar

Virus influenza boleh berjangkit melalui pembawaan udara dan mudah berlaku di negara bercuaca sejuk.

Virus influenza tersebar melalui pembawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup, manakala ia juga berlaku melalui hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta tangan yang tercemar.

Virus influenza yang paling biasa adalah virus influenza A dan Influenza B. Ia adalah penyakit berjangkit yang disebarkan melalui titisan udara sama ada melalui percakapan, bersin dan batuk.

Dipercayai, virus Influenza ini boleh disebarkan dalam jarak kira-kira dua meter dari individu pembawa.

Kenali gejala Influenza

Orang yang dijangkiti akan mengalami demam tinggi, batuk, sakit otot dan kelesuan yang teruk. Kebanyakan pesakit akan mengalami kekurangan air dalam badan.

Perkara Perlu Dibuat Jika Dijangkiti Virus Influenza

Doktor akan memberi ubat anti virus dan rawatan simptomatik lain seperti paracetamol, ubat batuk dan antihistamin.

Pesakit juga akan disarankan until menghabiskan ubat antiviral yang diberikan.

Ujian

Jangkitan influenza hanya boleh disahkan melalui sampel cecair hidung, namun adakalanya ujian saringan sedemikian tidak 100 peratus tepat.

Tempoh pulih

Pemulihan biasanya berbeza bagi setiap individu. Biasanya ia mengambil masa seminggu untuk pulih, tetapi anda mungkin masih merasa lemah sehingga beberapa minggu.

Punca kes meningkat di Malaysia

Malaysia terletak di khatulistiwa, oleh itu tiada musim Influenza yang jelas, sekali gus bermakna negara ini akan terdapat virus influenza sepanjang tahun.

Dipercayai, akhir tahun adalah musim kemuncak rakyat Malaysia melancong dan melawat negara lain dan pada masa itulah mereka akan membawa virus ini masuk ke dalam negara.

Berikut antara 5 tips yang boleh diikuti supaya tidak dijangkiti virus influenza:

1. Jaga kebersihan

Sering kali kita terlihat, ramai orang yang menutup mulut atau hidungnya ketika bersin dan juga batuk.

Tetapi, perlu diingatkan juga supaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih yang mengalir supaya kuman di telapak tangan tidak tersebar di merata tempat.

Secara tidak langsung dapat mengelakkan virus influenza ini dijangkiti.

2. Pakai topeng muka

Tutup mulut atau hidung dengan tisu kering apabila batuk atau bersin. Selain itu, pakai topeng muka supaya titisan cecair dari mulut dan hidung tidak tersebar ke orang lain.

3. Jauhi tempat sesak

Apabila terkena jangkitan selesema ataupun flu, jauhkan diri daripada tempat yang sesak, elakkan diri daripada mendekati orang-orang yang batuk atau selesema dan hindari bersentuhan dengan orang luar negara atau pelancong asing yang dijangkiti influenza atau flu burung.

Memakai penutup muka (face mask) dapat mengelakkan titisan cecair dari mulut dan hidung tersebar pada orang lain.

4. Pemakanan dan diet sihat

Jamah hidangan mengikut piramid makanan seimbang dan tidak membeli makanan luar yang terdedah di persekitaran kotor.

Selain itu, galakkan diri untuk lebih aktif bergerak dan berpeluh dalam kehidupan seharian.

5. Vaksin flu

Ibu bapa perlu prihatin terhadap anak-anak yang berumur di bawah lima tahun kerana kelompok itu lebih berisiko berbanding kategori yang lain.

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak udara, makanan dan minuman mengikut kuantiti pembesaran serta pertumbuhan diri.

Cara paling berkesan untuk mengubatinya ialah melalui vaksinasi kerana ia lebih selamat dan berkesan untuk kanak-kanak, malah pendekatan itu sudah digunakan sejak lebih 60 tahun.

Mencegah itu lebih baik

Kelompok remaja dan dewasa dinasihatkan supaya sentiasa sedar dan menjaga kesihatan agar tidak dijangkiti virus influenza.

Apabila imuniti badan rendah, kita senang dijangkiti penyakit. Imuniti badan boleh rendah jika kita kurang rehat, stres, pemakanan dan diet yang tidak seimbang serta waktu tidur yang tidak cukup.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga perlu ingat jika keimunan kanak-kanak dibawah lima tahun dan warga tua berusia 65 tahun ke atas ini pada tahap rendah, akan lebih senang dijangkiti demam, juga batuk dan selesema.

Jadi, amalkan gaya hidup sihat, dapatkan vaksin supaya kita dapat kurang komplikasi dan tidak mudah dijangkiti virus influenza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Apabila Ahli Agama Menjadi Batu Api

Apabila Ahli Agama Menjadi Batu Api

Di Malaysia, ada dua isu besar sedang menjadi penyakit yang jika tidak diatasi boleh menjadi barah berbahaya kepada negara, iaitu isu perkauman dan isu sentimen agama. Dua isu ini bukan semata-mata melanda negara kita yang tercinta ini, malah polemik sama juga menimpa negara jiran kita, Indonesia.

Ahli Agama Batu Api

Semenjak pilihan raya Indonesia (Pemilu), kelihatan bagaimana sentimen keagamaan dan pribumi membelenggu situasi masyarakat Indonesia.

Lebih menyedihkan, Pemilu yang merupakan mekanisme memilih pemimpin dicemari siri kekacauan sehingga pertumpahan darah.

Perkara sebegini tidak wajar berlaku di negara kita dan semoga negara kita dan negara jiran sentiasa diberikan keamanan oleh Allah.

Apa yang kita lihat terjadi di Indonesia, dari beberapa sudut, tidak jauh beza dengan apa yang berlaku di Malaysia.

Yang menjadi masalah adalah, sentimen perkauman dan agama, bukan dikepalai oleh rakyat biasa, tetapi menjadi "makanan harian" bagi kalangan asatizah (ustaz-ustaz) yang dibenarkan berceramah dan berkuliah di masjid dan surau di seluruh negara.

Sebagai ilmuan dan dai Islam, apabila melihat kekacauan dan permusuhan yang sedang dan bakal berlaku, sikap yang perlu ada adalah berusaha sedaya mungkin memadamkan api permusuhan.

Tetapi ini tidak berlaku pada sebilangan ilmuan dan dai Islam di Malaysia. Lebih menyedihkan, api permusuhan itu diminyaktanahkan oleh mereka, termasuklah mereka yang bergelar mufti.

Mereka sendiri yang menuduh kalangan yang berbeza dengan mereka sebagai "musuh Islam" dan "munafik".

Mereka sendiri yang mengangkat sentimen perkauman, walhal ada pendekatan yang lebih bijaksana - menjadi duta keamanan.

Jika kita teropong apa yang sedang berlaku di negara kita, perkara sebegini sebenarnya berlaku.

Lihatlah kepada dua isu yang terdekat dengan kita; Jawi dan Zakir Naik. Walhal, kedua-dua isu ini boleh diatasi dengan bijaksana.

Tetapi, kebijaksanaan itu ditenggelamkan dengan sentimen sebilangan asatizah, sehingga suasana di media sosial amat membimbangkan.

Apatah lagi, minyak tanah yang menyuburkan kebimbangan ini bersulamkan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran dan hadis yang bercanggah dengan maqasid dan tujuannya.

Mengenang Al-Ghazali

Kita sebenarnya amat berbangga apabila negara ini mengangkat Syeikh Abdullah bin Bayyah sebagai tokoh Maal Hijrah buat kali ini.

Seakan-akan tepat dengan masanya, beliau diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah pada saat sentimen agama dan perkauman sedang rancak dimainkan oleh sebilangan agamawan dan asatizah di Malaysia.

Syeikh Bin Bayyah yang merupakan salah seorang ulama terkenal yang berasal Mauritania, bukan sekadar dalam negara, malah dunia mengiktiraf beliau sebagai tokoh keamanan.

Bagi yang mengikuti perkembangan Syaikh Bin Bayyah dari apa saluran pun, pasti akan mendapati bahawa tidak pernah terungkap sebarang perkataan yang boleh membawa kepada perbalahan.

Malah, mulut beliau pasti akan terungkap seruan agar berhenti dari permusuhan, sama ada terhadap sesama Muslim mahupun terhadap masyarakat bukan Muslim.

Menarik berkenaan Syaikh Bin Bayyah, beliau boleh dikatakan antara ulama yang berjaya mengolah tradisi ilmu Islam untuk diadaptasi dalam kerangka masyarakat yang pelbagai - kalau diadaptasikan, ia boleh memberi implikasi keamanan.

Bukan tidak ada, tetapi pendekatan beliau boleh dikatakan agak jarang dapat dilakukan oleh ramai ilmuan dunia.

Sepertimana kita mengetahui dahulu terdapat seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal bernama Al-Imam Al-Ghazali.

Kemahiran beliau menggabungkan tradisi ilmu fikah dan tasawuf amat membanggakan, yang dapat kita lihat melalui tulisan beliau yang terkenal - kitab Ihya' Ulum al-Din.

Pendekatan Al-Imam Al-Ghazali amat dekat dalam masyarakat Islam sedari awal.

Ekoran itu, umat Islam lebih mengenali al-Imam Al-Ghazali berbanding anak al-Imam al-Syafie, walhal Al-Imam Al-Ghazali itu adalah ulama mazhab Syafie; masyarakat Islam ketika itu lebih mengenali kitab Ihya' Ulum al-Din karya Al-Imam Al-Ghazali berbanding kitab al-Umm karya Al Imam al-Syafi'i.

Bukan kerana Imam Syafie tidak hebat, tetapi pendekatan dengan menggabungkan fikah dan tasawuf seperti terdapat dalam Ihya' Ulum al-Din amat dekat dengan masyarakat umat Islam.

Sementara itu, apabila kita meneliti dan mempelajari banyak karya dan syarahan Syeikh Abdullah bin Bayyah, kita dapati, pendekatan beliau tidak jauh beza seperti yang dibawa oleh al-Imam Al-Ghazali.

Oleh itu, pendekatan Syeikh Abdullah bin Bayyah amat baik untuk dijadikan teladan bagi para asatizah di Malaysia.

Apatah lagi, apabila kita meneliti dalam banyak komentar ilmuwan Islam dan barat berkenaan Syeikh Abdullah bin Bayyah, rata-rata mereka mengakui bahawa Syeikh adalah seorang ilmuwan Islam yang amat dekat dengan keamanan.

Akal faqih, jiwa sufi

Bagi mereka yang mendalami pengajian Islam, walaupun banyak, tetapi kebiasaannya ada tiga perkara yang amat ditekankan; fikah, akidah dan tasawuf.

Perbincangan berkenaan akidah berorientasikan kepada kepercayaan dan keyakinan dalam agama.

Fikah pula berorientasikan kepada amalan perbuatan. Sedangkan tasawuf berorientasikan kepada pembinaan hati dan jiwa; hindari sifat-sifat buruk (mazmumah) dan membina sifat-sifat terpuji (mahmudah).

Guru agama yang terlibat dalam perbincangan akidah dan tasawuf, mereka mampu memberi pemahaman yang mendalam berkenaan kepercayaan, keyakinan dan amalan perbuatan.

Pun begitu, tidak semestinya mereka mampu menjadi manusia yang budiman, kerana kekurangan tasawuf.

Dengan sebab itu, kita akan dapati terdapat guru agama yang hebat dalam perbahasan akidah dan fikah, tetapi dalam masa yang sama menuduh Muslim yang berbeza pendapat sebagai sesat, kufur dan munafik.

Juga tidak sedikit, mudah menuduh kalangan yang berbeza agama dengan mereka sebagai musuh Islam atau anti-Islam. Dengan sebab itu, pendekatan Syaikh Bin Bayyah ini wajar diangkat.

Bukan tidak ada ulama lain, tetapi manhaj dan pendekatan Syaikh Ben Bayyah yang berjaya mengangkat wacana tasawuf yang digabungkan dengan ilmu fikah dan akidah, menjadikan keputusan hukum yang dikeluarkan beliau mempunyai sifat yang cukup manusiawi.

Dengan itu, kita akan dapati tidak ada sebarang elemen permusuhan datang dari ucapan beliau walaupun sebesar butir pasir.

Ketika wujud pertembungan dan perbalahan, kita akan dapati ucapan beliau adalah memadamkan api permusuhan.

Demi memastikan negara kita ini aman damai, bukan sekadar manhaj dan pendekatan, malah watak ini, wajar diteladani oleh para asatizah di Malaysia.

Di negara Arab, masyarakat mereka biasanya satu bangsa, walaupun wujud kepelbagaian agama. Demikian juga negara selain Arab, seperti Turki, Iran, Pakistan dan sebagainya.

Di negara barat juga tidak jauh beza. Walaupun wujud kepelbagaian bangsa, tetapi sesuatu bangsa itu tidak mewakili sesuatu agama.

Keadaan ini sudah pasti tidak sama dengan Malaysia, kerana setiap bangsa kelihatan seperti mewakili sesuatu agama.

Walaupun bukan kemestian, tetapi dari sudut persepsi di Malaysia, Melayu dianggap seperti mewakili agama Islam, India seperti mewakili agama Hindu dan Cina pula seperti mewakili agama Buddha.

Keunikan masyarakat Malaysia ini, sewajarnya dianggap satu kebanggaan negara kita.

Kita sebagai warganegara Malaysia perlu membuktikan kepada dunia bahawa kepelbagaian agama dan bangsa dalam negara ini tidak menjadikan kita berbalah.

Malah, kita sepatutnya mampu duduk bersama-sama dengan harmoni, kasih sayang dan saling menghormati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini