Wednesday, January 15, 2020

Permohonan Bantuan Sekolah INSPIRASIKU YaPEIM 2020 Secara Online

Permohonan Bantuan Sekolah INSPIRASIKU YaPEIM 2020 Secara Online

Melalui Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU, pihak YAPEIM mensasarkan bantuan kepada seramai 40,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang layak dan kurang berkemampuan, serta pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk dibantu.

Dana Inspirasiku YAPEIM

Jumlah bantuan sehingga RM500 untuk sekolah rendah, RM500 untuk sekolah menengah Dan sehingga RM1,000 untuk institut pengajian tinggi.

Borang serta salinan dokumen lengkap bolehlah diserahkan kepada:
  • Ibu Pejabat YAPEIM.
  • Poslaju/ekspress ke Ibu Pejabat YAPEIM.
  • Cawangan Ar Rahnu YAPEIM berhampiran.
  • Pejabat YAPEIM Negeri.

Sebarang Pertanyaan Lanjut sila Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-27172717.

Apa itu Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU?

Dalam usaha menyantuni kumpulan B40, satu lagi inisiatif diperkenalkan iaitu Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku) daripada YAPEIM, yang telah dilancarkan pada 6 November 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dr Wan Azizah.

Objektif Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku)

Membantu ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau golongan B40 dalam menyelesaikan yuran sekolah anak-anak dan pelajar.

Meringankan bebanan keluarga dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukkan ke IPT.

Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit.

Kadar Bantuan;
  • Pelajar Sekolah – Sehingga RM500.
  • Pelajar IPT – Sehingga RM1000.

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku);
  • Permohonan mestilah melalui ibubapa dan bukan pelajar itu sendiri.
  • Permohonan akan dibuka sehingga 31 Januari 2020.
  • Permohonan dibuka selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana.
  • Bantuan akan diberi mengikut kelayakan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul.

Cara Memohon;

Download terlebih dahulu borang Bantuan Persekolah YAPEIM di pautan disediakan di bawah. Borang-borang ini juga boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh Malaysia.

Senarai Semak Dana Inspirasiku;

Jika anda tidak mendapat akses untuk muat turun borang, anda boleh dapatkan borang di facebook rasmi di YaPEIM (Official) (klik sini).

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:
  • Serahan tangan ke ibu pejabat YaPEIM.
  • Pos laju/ekspress ke ibu pejabat YaPEIM.
  • Emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan.
  • Pejabat YaPEIM Negeri.

Alamat Ibu Pejabat YaPEIM;

(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur).

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di http://inspirasiku.yapeim.my

Syarat Am Permohonan
  • Permohonan mesti atas nama ibu/bapa/penjaga.
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.

Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku);

1. Setiap keluarga layak memohon untuk setiap anak yang bersekolah rendah, menengah dan IPT.

2. Borang berasingan perlu diisi untuk pelajar sekolah dan IPT. Sila lengkapkan kedua-dua helai borang yang disediakan berserta lampirkan kesemua 10 dokumen yang diminta bersama-sama setiap borang yang diisi.

3. Pastikan semua borang disahkan sebelum dihantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM yang berhampiran.

4. HANYA BORANG YANG LENGKAP AKAN DI PROSES.

5. Borang akan diproses dalam tempoh 30 hari, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di laman web YAPEIM.

6. Bantuan akan diagihkan secara tunai di cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh negara.

7. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia Golongan B40 tanpa mengira agama@bangsa.

8. Borang permohonan boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM, Pejabat YAPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YAPEIM seluruh negara. Atau di laman web YAPEIM.

9. Borang fotostat juga diterima.

Maklumat Lanjut Berkaitan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku); Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-27172717.

Tarikh tutup permohonan 31 Januari 2020.

Anda juga boleh melayari laman web rasmi YAPEIM atau ikuti perkembangan terkini di Facebook Rasmi YAPEIM di pautan di atas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pendidikan4all

Friday, January 10, 2020

Isu Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Isu Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Dikala asap panas kontroversi tulisan Jawi, kini timbul satu lagi isu yang berisiko melaga-lagakan rakyat Malaysia, iaitu perhiasan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong, Selangor, yang memaksa menteri turun padang.

Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong

Kalangan yang mengikuti perkembangan sosiopolitik di Malaysia pasti maklum akan kenyataan daripada beberapa menteri berhubung isu ini.

Tetapi, apakah sebenarnya yang berlaku dan kenapa ia menjadi masalah?

Berikut adalah apa yang diketahui setakat ini.

Apa isunya secara ringkas?

SMK Pusat Bandar Puchong 1 dituduh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dengan memasang perhiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi di kawasan sekolah.

Siapa yang kata ia melanggar perlembagaan?

Aduan itu dibangkitkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang juga naib presiden parti Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), sebuah parti yang diterajui Ibrahim Ali.

Di media sosial, dia mendakwa menerima aduan daripada ibu bapa, yang merasakan perhiasan itu satu percubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain terhadap murid Islam.

Katanya, hiasan itu melanggar Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan (berkenaan Islam sebagai agama persekutuan).

Bagaimana rupa perhiasan tersebut?

Antaranya hiasan bunga dan tanglung di pintu, bersama tulisan "Selamat Tahun Baru Cina" dan karakter tulisan Cina yang bermaksud "musim bunga".

Apa tindakan Mohd Khairul dalam isu itu?

Peguam itu mendakwa dia telah menulis surat kepada pengetua sekolah, Rohani Mohd Noor, yang kemudian setuju untuk menurunkan perhiasan tersebut.

Dalam satu emel yang dimuat naik Mohd Khairul di media sosial, didakwa daripada Rohani, pengetua itu mendakwa dia tidak dirujuk terlebih dahulu tentang perhiasan tersebut.

Adakah sekolah itu kini berdepan masalah?

Difahamkan bahawa, pengetua itu telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan berhubung perkara tersebut.

Kakitangan sekolah yang lain tidak dibenarkan bercakap kepada pihak media.

Benarkan perhiasan itu melanggar perlembagaan?

Peruntukan yang dirujuk Mohd Khairul adalah tentang penyebaran agama lain kepada penganut Islam, bagaiamanapun, Tahun Baru Cina bukan perayaan agama, tetapi perayaan kebudayaan.

Di Twitter, Peguam Nizam Bashir membidas tindakan Mohd Khairul yang menggesa pihak sekolah menurunkan perhiasan itu atas alasan ia bertentangan dengan perlembagaan.

Menurutnya, “percubaan untuk mencairkan (dilute) tradisi Tahun Baru Cina melanggar hak individu terhadap kebebasan hidup dan kebebasan individu” yang dilindungi Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Apa kata para pemimpin mengenainya?

Kebanyakan menteri dan timbalan menteri mengecam tindakan untuk menghalang sekolah berkenaan menaikkan perhiasan tersebut, dan mereka membangkitkan Tahun Baru Cina sebagai satu perayaan kebudayaan.

Berikut merupakan maklum balas mereka:

Teo Nie Ching (timbalan menteri pendidikan): "Tidak akan kurang sifat Melayu atau Indianya bila kaum bukan Cina meraikan sambutan Tahun Baru Cina atas semangat muhibah.

"Malah pengenalan tiga (3) muka surat tulisan jawi tidak akan menjadikan murid-murid bukan Islam untuk menukar agama.

"Tulisan jawi adalah khazanah bahasa kebangsaan manakala sambutan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan budaya.

"Kedua-duanya berbeza namun berkongsi satu jalan cerita; warna bangsa yang berbilang.

"Malaysia ini tanahair kita. Marilah kita saling menghormati dan tidak menjadikan perbezaan sebagai punca untuk bersengketa.

Saifuddin Abdullah (menteri luar):

"Antara kekuatan Malaysia ialah rakyatnya yang pelbagai kaum, budaya dan agama, yang hidup aman dan harmoni. Ini perlu diperkukuh atas landasan hidup bersama dalam budaya damai.

Sambutan Tahun Baru Cina bukan bab agama. Ia telah lama disambut seluruh rakyat. Tradisi ini perlu diteruskan.

Syed Saddiq Abdul Rahman (menteri belia dan sukan):

"Sekolah kebangsaan milik semua bangsa dan agama. Perayaan Tahun Baru Cina diraikan bersama kerana Malaysia negara milik semua. Bila tiba perayaan tahun baru cina, pandai pula tuntut cuti.

Ramkarpal Singh (Anggota Parlimen Bukit Gelugor): "Ancaman oleh Putra ini memang sesuatu yang tidak wajar, dan tak pernah berlaku sebelum ini.

"Mengikut logik Putra yang bercelaru, semua perhiasan Tahun Baru Cina di seluruh negara sepatutnya diturunkan kerana kononnya melanggar perlembagaan.

"Ini tak boleh difahami dan betul-betul tak logik."

Steven Sim (timbalan menteri belia dan sukan): "Tradisi Cina terutama dalam Konfucianisme dan agama Buddha mengajar tentang 中庸 atau dalam terjemahan ringkas Bahasa Melayu, kesederhanaan (jalan pertengahan).

"Budaya Melayu juga mengajak kepada kesederhanaan. Dalam masyarakat majmuk kita, kesederhanaan amat penting untuk membolehkan Rakyat pelbagai kaum dan agama hidup bersama secara harmoni.

"Hari ini, puak pelampau kaum menyebarkan ketakutan dan pemikiran tidak waras di kalangan Rakyat Malaysia. Cukup-cukuplah.

"Dah sampai masanya kerajaan mengambil pendirian lebih tegas ke atas pelampau dari semua kaum."

Kenapa kontroversi ini penting?

Ia timbul di tengah-tengah kontroversi pengenalan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Malaysia, termasuk di sekolah vernakular, yang telah menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

7 MENTERI

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi hiasan tahun baru Cina itu "mengisyhtiharkan kemenangan".

"Saya sudah menang sebab saya satu surat, tujuh menteri turun.

" I (saya) punya satu surat turun tanglung, tujuh menteri turun untuk naikkan balik itu tanglung.

"I dah menang," katanya yang juga naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan pemimpin lantang Ibrahim Ali.

Khairul berkata demikian selepas memberi isyarat jari 'V' kepada petugas media di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Ditanya maksud isyarat itu, beliau "victory" (kejayaan).

Pihak polis merakamkan kenyataanya di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya.

SKMM selepas itu turut merakamkan kenyataannya. Bagaimanapun, siasatan SKMM berkaitan isu lain, bukan berkaitan isu sekolah itu.

Difahamkan siasatan SKMM berkaitan tulisan Azam di Internet yang mempersoalkan saiz kubur Cina yang menurutnya besar dan "membazir tanah".

Beliau sebelum ini menulis surat bantahan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Di tengah-tengah kontroversi, tujuh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, turun padang bagi menyatakan sokongan kepada usaha memupuk perpaduan sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum itu.

AGENDA RASIS?

Isunya bukan sekadar tanglung atau kaligrafinya, tetapi sebenarnya agenda siapa yang lebih tersirat dan dominasi siapa yang semakin ketara.

Tanglung dan kaligrafi Cina hanyalah satu kesinambungan dari rentetan aksi-aksi gerombolan rasis cauvinis ekstrim, yang angkuh dan mendabik dada sambil mencabar dan mencemuh.

Seakan-akan mereka adalah "The Untouchables" yang semakin galak dan haloba dengan "kemenangan demi kemenangan" yang dikecapi, di saat bangsa dan umat sedang berbalah dan berpecah.

Penolakan terhadap tulisan jawi adalah satu penentangan terhadap apa yang disifatkan sebagai satu percubaan untuk mencairkan identiti mereka, tetapi fobia terhadap Islam digunakan sebagai satu alasan dangkal untuk menutup keangkuhan dan kesombongan mereka.

Hakikat bahawa tujuh orang pak mak Menteri terpaksa turun padang untuk melakukan kerja-kerja kakitangan am sekolah, sudah membuktikan bahawa ahli-ahli politik pun boleh dipergunakan dan diperalatkan, ataupun mereka sendiri yang datang secara sukarela untuk membiarkan diri diperbodohkan di hadapan masyarakat.

Begitu hebat sekali tahap penguasaan dan kewenangan agenda rasis cauvinis ekstrimis ke atas ahli-ahli politik. Satu persembahan hipokrit tanpa tolok banding!

Adapun orang-orang lain yang mendakwa diri mereka sebagai wakil rakyat Melayu yang muslim, lebih suka bersantai dan memilih untuk tidak memperlihatkan kejantanan mereka, yang sudah pun menghampiri makam kedayusan.

Inilah natijahnya bila si jahil melantik si dungu untuk beraksi di hadapan makhluk lain, yang sudah bersedia dan merancang sejak lama.

Apa sahaja isu baru yang bakal muncul pada masa hadapan, tidak akan berganjak jauh dari satu fenomena baru pula – iaitu "pertempuran" untuk mendominasi dan menguasai minda rakyat serta menentukan bagaimana mereka harus berfikir dan bertindak.

Isu ini tidak akan selesai atau tamat melainkan salah satu pihak meletak senjata dan mengibarkan bendera putih.

Tanglung hanyalah satu representasi kepada fahaman-fahaman Liberal, Rasis, Cauvinis, Sekularis, Ekstrimis, Evangelis dan Sosialis, yang masing-masing bertunjang kepada falsafah penolakan terhadap agama atau campurtangan agama.

Umat Kristian sudahpun dikalahkan dalam pertempuran azali ini.

Kini, adalah giliran umat Islam sebagai benteng bagi setiap manusia yang masih memiliki kejujuran dan fitrah yang sejahtera.

Pastikan kedudukan kita dari awal sebab kita akan dipertanggungjawabkan terhadap pilihan kita.

Jadi bagaimana sekarang?

Jika tidak dikendalikan dengan baik, isu ini mampu menegangkan lagi hubungan antara kaum Melayu dan Cina secara umumnya.

Bagaimanapun, tewas bukan lagi satu opsyen untuk umat dan bangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

New Zealand Buka Permohonan Visa Kerja Sambil Melancong Pada 23 Januari 2020

New Zealand Buka Permohonan Visa Kerja Sambil Melancong Pada 23 Januari 2020

Untuk pengetahuan pembaca, New Zealand bakal membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia.

Visa kerja NZ

Dengan adanya visa ini, anda dibenarkan untuk bekerja atau belajar sepanjang anda travel di New Zealand.

Difahamkan bahawa pemohon yang ingin memohon visa travel sambil bekerja tersebut perlulah bekerja selama 6 bulan atau ke atas di sana.

Walau bagaimanapun, pemohon haruslah mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) sebagai persediaan untuk membayar tempat tinggal dan lain-lain.

Akan tetapi, terdapat beberapa kriteria yang perlu anda ikuti untuk memenuhi syarat permohonan visa tersebut.

Antaranya adalah, anda perlu berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana.

Bagi yang sudah berkeluarga, anda tidak boleh bawa anak dan pasangan. Jika mahu membawa pasangan, mereka perlu buat visa berasingan.

Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (~RM860) menggunakan kad kredit atau kad debit.

Adalah diingatkan bahawa hanya 1,150 visa ini akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia.

Jika anda berminat untuk memohon visa ini dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Semoga berjaya!

PENGALAMAN BEKERJA DI NEW ZEALAND

Berikut sedikit perkongsian daripada Muhammad Anwar bin Ibrahim yang pernah bekerja selama 9 bulan di New Zealand di bawah program working holiday visa (WHV).

“Working Holiday Visa New Zealand untuk warga Malaysia hanyalah selama 6 bulan. Dan boleh sambung lagi 3 bulan dengan beberapa syarat.

"Selepas cukup 9 bulan, tiada lagi tempoh extend untuk WHV melainkan visa pelancong yang hanya sah untuk tujuan melancong saja, bukan untuk bekerja." – Anwar.

Menurut pelajar lulusan UTP ini, dia terus ke New Zealand sebaik saja selepas habis peperiksaan akhir.

Apatah lagi tiket penerbangan ke New Zealand telah dibeli setahun lebih awal, iaitu sewaktu AirAsia mengumumkan route penerbangan ke Auckland.

"Perancangan asal saya hanyalah travel saja, sebab NZ memang dah masuk dalam ‘wishlist’ saya. Tapi dalam 1 ke 2 bulan sebelum ke NZ saya dapat info dari kawan berkenaan WHV NZ dan dari sini saya ambil keputusan untuk cuba memohon."

Pekerjaan yang dilakukan sepanjang di New Zealand

Sepanjang 9 bulan di negawa Kiwi ini, Anwar berpeluang bekerja di kedua-dua pulau utama iaitu di North Island dan South Island.

Sepanjang di North Island, Anwar bekerja di ladang memetik epal, blueberries, dan juga di kilang memproses epal di Hastings.

Apabila dia ke South Island pula, Anwar berpeluang bekerja sebagai pembantu ladang lembu susu di sebuah ladang menternak lembu di Ashburton, South Island.

Skop kerja di ladang ini termasuk memerah susu, menghalau lembu, bawa traktor dll kerja berkaitan.

Bagaimana dengan penginapan?

Bagi tempat tinggal, menurut Anwar ia bergantung kepada jenis kerja, lokasi ladang dan juga musim.

Ada majikan yang menyediakan tempat tinggal di ladang dan mengenakan sewa yang lebih murah. Ini sekali gus membantu dari segi menjimatkan kos pengangkutan.

Tapi jika tinggal di bandar, harga sewaan adalah antara 60-150 NZD seminggu bergantung kepada tempat dan musim.

Bagi Anwar sendiri, sepanjang di New Zealand dia banyak tinggal di rumah sewa di bandar, kecuali sepanjang bekerja di ladang menternak lembu di mana rumah sewa disediakan oleh majikan.

Tinggal seorang diri di ladang

Bagi Anwar, ada 2 pengalaman menarik yang dirasakan banyak memberi pengajaran sepanjang bekerja di New Zealand.

Menjadi dairy farm assistant memerlukan Anwar tinggal di sebuah rumah ladang seorang diri.

Lokasi rumah pula jauh dari bandar, iaitu 45 minit memandu kereta.

Keadaan ini menyebabkan Anwar bukan hanya perlu pandai menguruskan masa, tapi juga perlu belajar dan beradaptasi dengan keadaan semasa.

"Sepanjang di sini saya kena uruskan semuanya sendiri. Uruskan masa, jam berapa kena bangun, bila nak masak, bila perlu keluar ke bandar, bila masa boleh travel.

"Contonya, jam 4 ke 5 pagi dah bangun. Saya mula kerja seawal jam 4.30 pagi bergantung kepada shift. Tengah hari saya balik rumah utuk rehat dan makan. Kemudian sambung balik kerja sehingga jam 5-7 petang.

"Petang, balik masak dan sediakan apa yang perlu untuk hari kerja esok. Ini contoh rutin hari bekerja. Dan bila waktu cuti, inilah waktu yang paling di tunggu.

"Saya akan hargai betul-betul waktu ini, gunakan sepenuhnya untuk travel walapun kadang-kadang off day 1 hari saja. Tak lupa juga off day adalah hari untuk saya beli barang untuk memasak." – Anwar

Kerja di kilang epal

Semasa bekerja di kilang memproses epal, lain pula pengalaman Anwar.

Bekerja di tempat yang juga menawarkan pekerjaan yag sama kepada backpackers lain memberi peluang kepada dia untuk berkenalan dengan pengembara dari serata dunia.

"Walaupun kerja bosan (pusing-pusing nampak epal sahaja selama 10 jam), tetapi saya dapat berborak dengan traveller dari merata dunia di waktu smoko (smoko adalah terma untuk waktu rehat yang singkat selama 15 minit).

"Di waktu ini kami berkongsi pengalaman dan cerita. Ada yang datang dari Amerika Selatan, Eropah dan dari negara kepulauan."

Malah, Anwar juga pernah berkenalan dengan traveller dari negara yang dia sendiri tak pernah dengar sebelum ini.

Di hari cuti pula, berbagai aktiviti dirancang bersama. Antaranya meneroka kawasan sekitar, BBQ party, hiking, main golf dan ada masa hanya sekadar lepak bersama dan belajar memasak.

Tips memohon working holiday visa New Zealand

Anwar turut berkongsi 5 tips berikut untuk anda yang nak mohon WHV NZ;

1. Buat kajian lengkap ke mana patut pergi dan bila patut pergi.

Sebab tak semua kerja ada di setiap waktu. Ada kerja bergantung kepada musim tertentu.

Yang perlu anda tahu, di mana kerja itu dan di waktu bila. Cara ini membantu untuk lebih mudah anda rancang di waktu mana yang sesuai untuk pergi.

Jadi, bila sampai di sana boleh walk-in sahaja. InsyaAllah banyak kerja di sana untuk pemegang WHV.

2.Guna duit simpanan sebagai modal

Di NZ, paling penting adalah kenderaan, contohnya kereta. Bila ada kereta mudah untuk bergerak ke tempat kerja, dan juga untuk cari kerja.

Selain itu, kereta juga boleh digunakan sebagai rumah sementara. Ini adalah perkara biasa bagi pengembara di sana tidur di dalam kereta.

Cuma anda kena pastikan ia di tempat yang dibenarkan untuk parking dan bermalam.

3. Cari partner. Jika boleh sebelum sampai di New Zealand

Anda boleh jimat banyak dari segi kos perkongsian beli kereta, tempat tinggal, kos beli barang dapur dan sebagainya. Lag-lagi lagi kalau nak travel, amat jimat.

4. Siap kan 2 ke3 laptop atau 2 ke 3 browser untuk memohon WHV NZ

Pastikan passport sedia atau diperbaharui. Jangan gelabah waktu isi borang. Pastikan isi betul-betul.

Minta tolongjuga pada kawan-kawan untuk cuba mohon bagi pihak kita kalau mereka free.

5. Pastikan kad debit ada duit untuk buat pembayaran

Perlu diingat, anda hanya boleh mohon sekali saja seumur hidup, sebelum umur 30.

"NEVER THINK TWICE, JUST GO FOR IT. AND YOU WILL APPRECIATE IT LATER."

Perubahan positif kepada diri

Bagi Anwar sepanjang di New Zealand banyak perkara baru yang telah dipelajari. Paling utama dia dapat belajar memasak dan buat roti serta kek.

"Sebelum ni tak pernah nak memasak. Bila di sini rajin tu datang sendiri dan semua benda nak dicuba. Belajar sendiri is the best way walaupun kadang-kadang tak sedap pun."

Tambah Anwar lagi, hidup merantau di tempat orang juga mengajar dia untuk belajar berdikari, uruskan masa dengan lebih baik, bagaimana untuk survive dan hiburkan diri bila harus tinggal seorang diri di ladang.

Anwar juga semakin menghargai erti persahabatan.

"Sebab bila travel solo, apatah lagi bila kena tinggal sorang diri di ladang, saya jadi suka bila dapat jumpa orang baru, walaupun tak kenal.

"Lagi-lagi bila jumpa orang dari Malaysia, dari tak kenal terus jadi rapat hinggakan perbezaan umur bukan satu masalah."

Bekerja dan menetap selama 9 bulan di New Zealand turut membuat Anwar melihat satu-satu perkara dari sudut berbeza.

"Jika sebelum ni saya hanya travel touch & go kerana masa yang terhad, kali ni saya ada peluang untuk terokai satu-satu tempat dengan lebih lama.

"Sekali gus bagi peluang kepada saya untuk belajar tentang budaya dan ambil tahu kenapa ada perkara di lakukan berbeza oleh penduduk setempat.

"Banyal persoalan turut terjawab bila saya ada masa untuk explore."

Perancangan masa depan

Nampaknya Anwar seperti sudah suka dengan New Zealand, malah pemuda ini merancang untuk kembali ke New Zealand dan meneroka peluang di sana.

"Saya merancang nak buat special tour di NZ, khas untuk mereka yang ingin merasa hiking dan explore tempat yang kurang popular tetapi memilik pemandangan yang sangat cantik.

"Saya ingin jadikan travel sebagai kerjaya dengan berkongsi berpengalaman dan tips-tips travel.

"Sebab tak semua orang berpeluang untuk travel dan tak semua orang ada masa atau duit untuk travel."

Harapnya, dengan perkongsian pengalaman ini, ia dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada pembaca dan there’s a lot of way to travel.

Ada soalan tentang Working Holiday Visa NZ? Anda boleh DM di Instagram M Anwar Ibrahim.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Putera Harry Dan Meghan Markle Tinggalkan Keluarga Diraja!

Putera Harry Dan Meghan Markle Tinggalkan Keluarga Diraja!

Putera Harry dan Meghan Markle mahu mengundurkan diri untuk tidak lagi bersama keluarga Diraja dan memilih untuk hidup berdikari, yang diumumkan dalam satu kenyataan menerusi The Duke and Duchess di laman Instagram mereka.

Putera Harry, Meghan, Archie

Dalam kenyataan tersebut, pasangan itu mendedahkan mereka akan berpindah ke Amerika Utara tahun 2020 ini.

"Selepas berfikir panjang dan melakukan perbincangan selama berbulan, kami memilih untuk melakukan peralihan pada tahun ini bagi memulakan peranan baharu yang progresif dalam kehidupan kami.

"Kami berhasrat meninggalkan keluarga Diraja dan bekerja secara bebas sambil terus memberi sokongan penuh kepada Ratu Britain, Elizabeth II.

"Melalui sokongan Ratu, terutamanya sejak kebelakangan ini, kami sedia membuat perubahan.

"Kami kini merancang untuk membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara dan terus menghormati tugas kami kepada Ratu," katanya dalam satu kenyataan.

'MEGXIT'

Keputusan Putera Harry dan isterinya, Meghan 'meletakkan jawatan' sebagai keluarga diraja Britain menenggelamkan berita berkaitan krisis di Iran dan Brexit khususnya di kalangan media di Britain.

Tindakan berkenaan yang diberi jolokan sebagai ‘Megxit’ mendapat liputan meluas media di negara berkenaan dengan setiap akhbar menggunakan isu itu sebagai tajuk utama.

Media melaporkan Duke dan Duchess of Sussex itu tidak berunding terlebih dahulu dengan bapanya, Putera Charles dan Ratu Elizabeth II mengenai keputusan mereka itu.

Berita mengejutkan itu susulan pengakuan pasangan itu sebelum ini yang berdepan tekanan liputan media dan dakwaan hubungan dingin dengan Putera Charles.

Pasangan itu turut membincangkan mengenai masa depan anaknya, Archie dan rancangan mereka untuk membesarkannya dengan memberi penghargaan kepada tradisi Diraja.

"Keseimbangan geografi membolehkan kami membesarkan anak dengan menghargai tradisi Diraja kerana dia telah dilahirkan sebagai kerabat Diraja di samping memberi peluang kepada keluarga kami untuk memberi tumpuan kepada langkah seterusnya.

"Kami tidak sabar untuk berkongsi butiran penuh mengenai langkah seterusnya kerana kami akan terus bekerjasama dengan Yang Mulia Ratu, Putera Wales, The Duke of Cambridge dan semua pihak yang berkaitan. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan," katanya.

Pasangan itu didakwa oleh masyarakat di United Kingdom lebih banyak membahagikan masa antara Kanada dan United Kingdom dan tidak lagi menggunakan gelaran Diraja (Her Royal Highness).

Selepas pengumuman mengejutkan itu dikeluarkan, Ratu Elizabeth II melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ratu Britain memberi amaran terhadap kenyataan tersebut yang menceritakan permasalahan sulit sedang berlaku.

"Kami memahami keinginan mereka untuk mengambil pendekatan yang berbeza, tetapi ini adalah masalah rumit yang akan mengambil masa yang lama untuk dibincangkan," katanya.

Sementara itu, sumber istana memberitahu ahli keluarga Diraja yang tidak tahu mengenai pengumuman itu telah membuat mereka terguris dengan kenyataan Putera Harry.

ANAK TIADA GELARAN

Sebelum ini, ramai membuat andaian mengenai gelaran yang akan disandang anak Putera Harry dan Meghan Markle, Archie, kelak.

Adakah bayi itu akan menyandang gelaran puteri dan putera seperti anak-anak Putera William dan Kate Middleton?

Ternyata menurut sebuah peraturan diraja, anak Meghan Markle dan Putera Harry, tidak mungkin menyandang gelaran ini, berdasarkan titah Raja George V yang dikeluarkan pada 1917.

Perintah ini menyebutkan bahawa cicit-cicit dalam keluarga Kerajaan Inggeris, hanya anak lelaki tertua dari garis keturunan monarki yang menyandang gelaran putera atau puteri.

Ini bermakna, sebenarnya hanya Putera George yang boleh menyandang gelaran ini.

Selain Putera George, seluruh cicit lain dari Ratu akan bergelar Lord atau Lady.

Mereka juga tidak akan dipanggil sebagai "His Royal Highness" atau "Her Royal Highness."

Keputusan ini diambil Raja George V kerana saat itu kekuasaan kerajaan di Eropah dan negara lainnya mulai runtuh namun, ternyata hal ini bukanlah muktamad.

Ratu Elizabeth II masih boleh mengeluarkan titah untuk memberikan gelaran puteri atau putera kepada anak Meghan Markle.

Mungkinkah kecewa, antara punca pasangan ini meninggalkan kerabat Diraja Britain?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Harta Yang Tidak Akan Habis

Harta Yang Tidak Akan Habis

Ketika Aisyah r.a. menghidangkan makanan kesukaan Nabi SAW iaitu paha kambing, Rasulullah SAW bertanya, ”Wahai Aisyah, apakah engkau sudah berikan makanan ini kepada Abu Hurairah tetangga kita? Aisyah menjawab, "Sudah ya Rasulullah. Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Bagaimana dengan Ummu Ayman? Aisyah kembali menjawab, “Sudah ya Rasulullah."

Rezeki sedekah

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Bagaimana dengan tetangga-tetangga yang lain? Adakah sudah diberi masakan tersebut?"

Dengan nada bingung Aisyah kemudian menjawab, "Sudah habis ku berikan ya Rasulullah. Yang tersisa apa yang ada didepan kita saat ini."

Rasulullah tersenyum dan dengan lemah lembut menjawab, "Engkau salah wahai Aisyah. Yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan.” (HR. At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga bersabda, "Kelak di hari akhirat manusia akan berkata, inilah harta bendaku, padahal tidak ada harta yang diperolehnya didunia kecuali tiga perkara.

"Apa yang ia makan akan keluar dari tubuhnya, apa yang ia pakai akan menjadi rosak serta usang dan apa yang disedekahkan akan menjadi pahala kebaikan yang kekal baginya." (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, January 08, 2020

Video IRAN Serang Pangkalan Tentera AS, Perang Dunia Ke 3 Bermula!

Video IRAN Serang Pangkalan Tentera AS, Perang Dunia Ke 3 Bermula!

Akhirnya, IRAN melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) pada jam 3 pagi Selasa waktu tempatan dan antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.

Iranian missiles attack US
Gambar hiasan.

Serangan tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Namun, tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.

"Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu," menurut kenyataan Hoffman.

Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan itu dan kini memerhati rapat situasi terkini sambil mendapat nasihat pasukan keselamatannya.

“Pagi ini, pejuang Tentera Udara IRGC melancarkan Operation Martyr Soleimani dengan kod ‘Oh Zahra’ yang menyerang menggunakan berpuluh peluru berpandu dari darat ke darat terhadap pangkalan kuasa teroris AS,” lapor media rasmi Iran ISNA, menurut ABC.

Pada Selasa, Setiausaha Pertahanan Mark Esper dalam satu taklimat menegaskan bahawa AS bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan yang dilancarkan Iran.

“Kepada rakan sekutu dan rejim Iran, saya ingin kata bahawa kami tidak ingin memulakan peperangan bersama Iran, namun kami bersedia untuk mengakhirinya,” kata Esper.

AS$80 JUTA UNTUK KEPALA DONALD TRUMPH

Iran menawarkan hadiah AS$80 juta (RM327 juta) kepada pihak yang berjaya mendapatkan kepala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump susulan kematian Ketua Jeneral Iran, Qasem Soleimani.

Memetik laporan akhbar media, penyiar rasmi perarakan pengebumian Soleimani di Iran berkata 1 dolar AS akan disumbangkan setiap rakyat Iran dengan jumlah penduduk seramai 80 juta.

"Iran mempunyai 80 juta penduduk. Berdasarkan kepada penduduk Iran, kami ingin menaikkan AS$80 juta yang merupakan hadiah bagi mereka yang dapat mendekati Presiden Trump," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iran Abolfazl Aboutorabi mengancam untuk menyerang politik Amerika.

"Kita (Iran) boleh menyerang White House. Kita boleh memberi respons kepada mereka di tanah Amerika. Kami mempunyai kuasa, kami akan bertindak balas pada masa yang sesuai. Ini adalah perisytiharan perang, yang bermaksud jika anda teragak-agak, anda akan kalah," kata Aboutorabi.

Pembukaan Parlimen Iran menyaksikan kesemua Ahli Parlimen republik itu memanggil Presiden AS sebagai 'pengganas yang berbaju sut' selepas Donald Trump mengancam untuk menyerang 52 lokasi kepentingan Iran.

BAGAIMANA PERANG AS-IRAN AKAN TERJADI?

Sekatan yang dikenakan oleh AS telah memusnahkan ekonomi Iran, dan Tehran sangat mahukan ianya ditarik balik.

Tetapi, disebabkan tiada pilihan, para pemimpin Iran boleh memilih taktik yang lebih ganas untuk mencapai matlamat mereka, terutamanya selepas kematian Soleimani.

Tentera Iran boleh mengebom kapal tangki minyak Amerika yang melalui Selat Hormuz, sebuah laluan penting bagi perdagangan tenaga global yang agresif dipatrol oleh pasukan Tehran, menyebabkan kehilangan nyawa atau bencana tumpahan minyak.

Penggodam Iran yang mahir juga boleh melancarkan serangan siber besar-besaran ke atas sekutu serantau seperti Arab Saudi atau Emiriah Arab Bersatu.

Israel boleh membunuh saintis nuklear Iran, yang membuatkan Iran menyerang kembali dan menarik Amerika Syarikat ke dalam perbalahan itu, terutama jika Tehran bertindak balas dengan tegas.

Atau, proksi berkaitan dengan Iran boleh mensasar dan membunuh tentera serta diplomat Amerika di Iraq. Pilihan terakhir ini dilihatkan yang paling berkemungkinan, menurut pakar.

Lagipun, Iran pernah mengebom berek Marin AS di Lubnan pada tahun 1983 dan membunuh lebih daripada 600 tentera AS semasa Perang Iraq. Dan jika ini berlaku, adalah mustahil untuk pentadbiran Donald Trump tidak bertindak balas.

Sekiranya Tehran memusnahkan kapal tangki minyak, membunuh dan menyebabkan tumpahan minyak, AS mungkin akan memusnahkan beberapa kapal Iran.

Jika Iran mengeluarkan arahan menembak satu lagi pesawat udara tentera Amerika Syarikat, AS mungkin menyerang beberapa pertahanan udara Iran.

Dan jika militan yang menyokong Iran membunuh orang Amerika di Iraq, maka tentera AS yang ditempatkan di sana boleh membalas, membunuh pejuang militia dan mensasarkan pangkalan operasi mereka sebagai balasan.

Amerika Syarikat juga boleh mengebom pusat latihan tertentu di dalam Iran atau membunuh pegawai tinggi.

Jika ini berlaku, kedua-dua pihak perlu berkomunikasi antara satu sama lain dan mencari cara bagaimana untuk tidak melampaui garis merah.

Masalahnya ialah, tidak ada saluran terus antara kedua-dua negara dan mereka tidak mempercayai satu sama lain. Oleh itu, situasi boleh hilang kawalan bila-bila masa.

Cara AS Memenangi Perang

Strategi AS kemungkinan besar akan melibatkan kekuatan udara dan laut yang besar untuk menewaskan Iran.

Tentera AS akan mengebom kapal Iran, melancarkan pesawat perang, tapak peluru berpandu, kemudahan nuklear, dan tempat latihan, serta melancarkan serangan siber ke atas kebanyakan infrastruktur ketenteraan Iran.

Matlamatnya adalah untuk menurunkan daya konvensional Iran dalam beberapa hari dan minggu pertama, menjadikannya lebih sukar untuk Teheran menentang kekuatan Amerika.

Menurut pakar, rancangan itu adalah munasabah sebagai seranga pembukaan yang mengejut, tetapi ia tidak akan membuatkan AS terus memenangi peperangan ini.

Ini kerana serangan udara AS pastinya akan membunuh beribu-ribu orang Iran termasuklah orang awam.

Dan perkara ini sekali gus boleh merangsang masyarakat Iran menentang Amerika Syarikat dan berdiri teguh di belakang rejim itu, walaupun Iran sendiri telah melayan rakyatnya dengan teruk dalam beberapa dekad berkuasa.

Terdapat satu lagi risiko, iaitu satu permainan perang pada tahun 2002 menunjukkan bahawa Iran boleh menenggelamkan kapal dan membunuh anak kapal Amerika, walaupun tentera laut AS lebih kuat.

Jika Iran berjaya melakukan ini, ia boleh memberikan imej kukuh yang boleh bertindak sebagai propaganda rampasan kuasa bagi rakyat Iran.

Dan jika Trump pula melakukan perkara yang sama iaitu dengan memusnahkan kapal perang Iran, AS tidak akan boleh menyemarakkan semangat rakyatnya.

Donald Trump telah memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu menghantar tentera darat ke Iran atau menghabiskan masa yang lama menentang negara itu.

Ini seiring dengan kecenderungan beliau untuk menjauhkan AS daripada perang asing, terutamanya di Timur Tengah.

Tetapi, dengan pembantunya yang agresif, seperti Setiausaha Negara Mike Pompeo, terdapat kemungkinan AS dapat meyakinkan Donald Trump untuk tidak kelihatan lemah dan berperang habis-habisan.

Menurut pakar, pilihan yang dimiliki oleh presiden AS pada masa itu akan menjadi sangat bermasalah. Yang paling berisiko setakat ini adalah menceroboh dan menyerang Iran.

Iran mempunyai hampir 3 kali ganda jumlah penduduk yang dimiliki Iraq pada tahun 2003 ketika perang bermula, dan 3.5 kali ganda lebih besar.

Malah, ia adalah negara ke-17 terbesar di dunia, dengan wilayah yang lebih besar daripada gabungan Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Sepanyol, dan Portugal.

Geografi Iran juga berbahaya di mana ia mempunyai gunung kecil di sepanjang sempadannya.

Memasuki dari bahagian Afghanistan di timur bermakna mereka terpaksa melintasi dua padang pasir.

Cuba untuk masuk dari barat juga adalah sukar walaupun dengan Turki (sekutu NATO) sebagai negara sempadan. Lagipun, Turki tidak akan membiarkan AS menggunakan Turki untuk menyerang Iraq.

AS boleh cuba memasuki Iran seperti yang dilakukan Saddam Hussein semasa perang Iran-Iraq, berhampiran dengan anak sungai yang berbatasan dengan barat daya Iran. Tetapi, kawasan itu berpaya dan agak mudah untuk dilindungi Iran.

Oleh itu, harapan terbaik untuk pentadbiran Donald Trump adalah konflik ini berakhir secepat mungkin selepas serangan pembukaan mereka bermula.

Jika tidak, dan jika Iran menentang, semuanya akan menjadi bertambah buruk bagi AS dan seluruh dunia.

Cara IRAN Memenangi Perang

Leftenan Jeneral Marin AS iaitu Vincent Stewart yang sudah bersara meninggalkan jawatannya sebagai orang kedua tertinggi di US Cyber Command pada tahun 2019 dan di penghujung kerjayanya, beliau menghabiskan masa di barisan depan perisikan tentera dan komuniti keselamatan siber.

Oleh itu, beliau adalah individu yang mempunyai maklumat terkini tentang bagaimana cara yang mungkin bagi Iran untuk menentang AS.

Menurutnya, strategi Iran mungkin dengan mengelakkan operasi konvesional secara langsung seboleh yang mungkin.

Iran akan cuba menyebabkan kerosakan pada skala global, menyerang kepentingan AS melalui operasi siber dan sasaran keganasan dengan niat untuk memperluaskan konflik, sambil menggalakkan komuniti antarabangsa untuk menghalang tindakan Amerika.

Dalam erti kata lain, Tehran tidak dapat menandingi kekuatan senjata Washington.

Tetapi, ia boleh menyebarkan huru-hara di Timur Tengah dan di seluruh dunia, dengan harapan bahawa masyarakat AS yang tidak tahan dengan peperangan serta masyarakat antarabangsa yang marah membuatkan Amerika menarik diri.

Ini mungkin kelihatan seperti sesuatu yang sukar tetapi para pakar percaya Iran mempunyai kebolehan ini dan akan melakukannya untuk mencapai apa yang dimahukan.

Rangkaian proksi dan unit elit Iran yang luas seperti Pasukan Pengawal Revolusi Iran boleh diperintahkan untuk membunuh tentera, diplomat dan rakyat AS di seluruh rantau itu.

Tentera AS di Syria agak lemah dan kekurangan sokongan, membuatkan mereka menjadi sasaran mudah.

AS juga mempunyai beribu-ribu orang awam, tentera dan kontraktor di Iraq, yang mana kebanyakannya bekerja di kawasan di mana militan Iran beroperasi.

Sekutu AS juga boleh menjadi sasaran utama. Hezbollah, kumpulan tentera yang disokong Iran di Lubnan, mungkin menyerang Israel dengan roket dan memulakan perjuangan kejamnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Iran juga boleh menggalakkan organisasi pengganas atau proksi lain untuk menyerang di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan negara-negara Teluk yang lain.

Tahun 2019 lepas, ia merancang dan melaksanakan serangan drone ke atas dua kemudahan minyak utama Arab Saudi utama yang menjejaskan pasaran dunia.

Sokongan Iran terhadap pemberontak Houthi di Yaman akan semakin meningkat, menawarkan lebih banyak senjata dan dana untuk menyerang lapangan terbang, pangkalan tentera dan loji tenaga Arab Saudi.

Sementara itu, negara-negara seperti Rusia dan China yang mana kedua-duanya sangat rapat dengan Iran, akan cuba menghalang pertempuran dan pada masa yang sama, memanfaatkan peluang ini.

China sangat bergantung terhadap eksportnya yang melintasi Selat Hormuz, jadi ia mungkin akan menenangkan Iran supaya Tehran tidak menutup jalan air tersebut.

Rusia mungkin akan menuntut pengekangan, tetapi menggunakan peluang itu untuk memperkuat hubungannya dengan Iran.

Para pakar juga menyatakan bahawa Iran kemungkinan besar memiliki "ejen senyap" di Eropah dan Amerika Latin, di mana mereka ini boleh muncul apabila diperlukan dengan cara yang dramatik dan ganas.

Sebagai contoh pada tahun 1994, pengganas yang dikaitkan dengan Iran mengebom hab masyarakat Yahudi di Buenos Aires, ibu negara Argentina, yang membunuh 85 orang dan mencederakan kira-kira 300 yang lain.

Tragedi ini kekal sebagai serangan pengganas terbesar dalam sejarah Amerika Latin, dan kemungkinan akan berlaku yang lebih besar.

Pada tahun 2018, Argentina menahan dua lelaki yang disyaki mempunyai hubungan dengan Hezbollah.

Sementara itu, Iran adalah ancaman besar kepada AS dalam dunia maya. Bermula pada tahun 2011, Iran menyerang lebih daripada 40 bank Amerika, termasuk JPMorgan Chase dan Bank of America.

Serangan itu membuatkan bank menghadapi masalah untuk melayan pelanggan dan pelanggannya menghadapi masalah menggunakan perkhidmatan bank.

Pada tahun 2012, Iran melancarkan malware ke rangkaian Saudi Aramco, sebuah syarikat minyak utama, yang memadamkan dokumen, e-mel, dan fail lain dalam komputer syarikat sekitar 75%, lalu menggantikannya dengan imej bendera Amerika yang terbakar.

Dan dijangkakan para penggodam Iran akan mencetuskan huru-hara yang lebih dahsyat di tengah-tengah peperangan.

Jika kesemua faktor ini diambil kira, peperangan antara Amerika Syarikat dan Iran akan menjadi satu pertarungan yang sangat kejam dan jahat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


sumber: 1 | 2

Politik Penipu Dan Rakyat Yang Cerdik

Politik Penipu Dan Rakyat Yang Cerdik

Padan muka jugalah kepada PH atas kekalahan mereka di Semenyih tempoh hari dan jika kamu percaya kata-kata orang banyak, kekalahan itu berpunca daripada kegagalan PH menjalankan tanggungjawabnya sebagai kerajaan.

Tolak PH

Kamu kata kerajaan tidak menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu. Hidup kamu masih derita sepertimana hidup di bawah kerajaan yang lalu. Tiada bahagia seperti yang diimpikan.

Setiap langkah adalah beban besar dan hanya kematianlah kerehatan yang didambakan daripada hidup dilukai janji manis pemimpin.

Tol tidak dihapuskan. BR1M berkurangan. Ladang sawit mahu ditukar kepada rumpun buluh. Pekerja dikurangkan. Elaun hapus. YB bermewah-mewahan. Harta kerajaan habis dijual, sedang mereka hanya sibuk berpolitik kotor sesama sendiri. Asyik mahu berebut jawatan dalam partai dan seribu macam kepandiran lain.

Justeru kamu menghukum mereka dengan memberikan undi kepada pembangkang.

Tidak sedikit mereka yang berasa terlalu gembira dengan keputusan itu. Mereka datang dari kedua belah pihak yakni penyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Sekali lagi padan muka PH.

Bahkan, boleh dikatakan bahawa para perokok adalah antara manusia yang paling gembira dengan keputusan pilihan raya tersebut.

Bahawa pada saat ini, kerajaan PH sedang giat memburu 4 juta PEROKOK, melihat seolah-olah itulah kesalahan paling menjijikkan, terlupa diri mereka, AHLI POLITIK, yang kaya-raya, gila kuasa, sombong kepada rakyat, berbohong, penipu, menipu, terus menekan rakyat bawahan yang baru terlepas dari kerajaan PENYAMUN, rupanya tiada beza, cuma berlainan sebutan, mungkin layak digelar kerajaan penipu dan zalim.

Dendam mereka seperti berbalas. Kezaliman ke atas mereka seperti terbukti diadili oleh tuhan. Mereka adalah orang teraniaya yang doanya telah dimakbulkan.

PH Zalim

Kita nak kata apa? Para penagih rokok biasanya hilang rasional apabila mandat pilihan mereka diperhalang. Bunuh mak pun sanggup. Apalah sangat memberi undi kepada pihak lawan jika nak dibandingkan.

Apa yang gagal dilihat adalah bagaimana pengundi kini sudah faham tugas mereka. Mereka kini memahami betapa kuasa memilih dan membuang ada di tangan mereka.

Sedikit demi sedikit kita sedang melepaskan diri kita daripada belenggu kepartaian. Cahaya demokrasi dalam berpolitik mungkin mula menyinari kebodohan kita semua.

Sebahagian daripada kita sedar bahawa partai politik hanya mahukan kuasa untuk dijadikan modal berbangga. Mendabik dada konon telah mendapat kepercayaan rakyat apabila menang dan menuduh kita semua ini manusia dungu apabila partai mereka tewas.

Lihat saja bagaimana kita diperintah oleh hanya satu gagasan selama 60 tahun. Lihat pula bagaimana bangganya kumpulan yang memerintah dulu memperkotak-katikan kita semua.

Mereka bebas berbuat apa saja kerana mereka tahu betapa kita ini hanya perlu ditakut-takutkan dengan kemiskinan, dengan perpecahan.

Lalu kita disogok dengan perbagai cara demi mencapai matlamat kuasa yang diidamkan mereka.

Dituduhnya kita berpuak-puak, sedang mereka sibuk melaungkan hak kaum masing-masing.

Politik Straw

Kita diberi sedikit-sedikit supaya kita sentiasa meminta-minta, sedang mereka berjoli sakan tak ingat dunia.

Tidak ada politikus yang mengisytiharkan harta lalu untuk terbukti mereka adalah sederhana. Semuanya mewah tanpa perlu berbuat apa selain berjanji dan mencadangkan mimpi indah kepada kita.

Duduk sajer pun ada sepuluh juta! Baser.

Semua kita hendaknya menggunakan kuasa yang ada untuk mengajar politikus yang ada sekarang ini bahawa mereka ialah wakil rakyat. Bukannya wakil kerajaan.

Tugas mereka ialah untuk melindungi kita dan bukan partai wakilan mereka. Jika mereka makan suap, jika mereka gagal menjalankan tugas maka kitalah yang bertanggungjawab membuang mereka.

Bukan sokong membuta tuli hanya kerana mereka dari partai yang kita sokong.

Ini tidak, bila politikus jerit pasal membela kaum, kita pun naik semangat. Rasa macam Hang Tuah dan mahu segera bertengkolok dan berkeris. Pasang kekuda dan sedia bergasak dengan siapa saja yang kononnya mengambil hak kita.

Tertipu PH

Pemimpin partai jerit "Tuhan Maha Besar!" lalu kita pun sibuk mencari jaket pembunuh diri dan rela meletupkan siapa saja yang kita lihat sebagai anti-Islam, yang hina agama. Padahal awak, sembahyang pun culas.

Selagi tidak berasa diri itu miskin, selagi itulah tidak ke masjid. Apabila berdoa, mintak kaya dan mintak partai menang. Dalam kepala hanya ada itu: untuk diri sendiri dan partai. Orang lain semua biar miskin, biar mati kafir.

Jadilah pengundi yang cerdik. Jadilah rakyat yang bijak. Jangan selamanya kita diherdik. Jangan selamanya kita dipijak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Tuesday, January 07, 2020

4 Penyakit Kronik Yang Menyakitkan Wanita Ketika Hubungan Intim

4 Penyakit Kronik Yang Menyakitkan Wanita Ketika Hubungan Intim

Tahukah anda semua wanita berpotensi untuk menghidap penyakit kronik di kawasan faraj? Pesakit yang mengalami kesakitan kronik di kawasan faraj ini boleh menjadi satu penyakit serius hingga pesakit tak mampu melakukan hubungan seks, walaupun selepas kahwin!

Hubungan intim
Gambar hiasan.

Malah, kesakitan kronik tersebut juga boleh memberi rasa sakit yang melampau sebelum, semasa dan selepas haid.

Terdapat beberapa kesakitan kronik di kawasan faraj, seperti:
  • Endometriosis
  • Vaginismus
  • Vulvodynia
  • Interstitual Cystitis

1. Endometriosis

Endometriosis adalah salah satu penyakit "senyap" yang tidak dibincangkan sesiapa namun, hampir 5 juta wanita sengsara dengan penyakit ini!

Ia adalah kesakitan akibat tisu endometrium berada di luar tisu dan antara tempat yang boleh terjejas adalah seperti ovari, tiub falopian, perut dan punggung.

2. Vaginismus

Lebih kurang sama dengan gejala penyakit endometriosis, vaginismus adalah keadaan di mana otot vagina mengecut apabila dimasukkan dengan sesuatu seperti zakar.

Oleh itu, hubungan intim akan menjadi sungguh menyakitkan dan doktor pakar masih belum mengetahui punca kesakitan ini.

3. Vulvodynia

Vulvodynia adalah rasa sakit kronik di kawasan sekitar pembukaan vagina, labia dan perineum. Pesakit boleh mengalami rasa kebas di bahagian vagina dalam keadaan yang lama.

4. Interstitial cystitis

Ini adalah satu sindrom pundi kencing. Pesakit akan mengalami tekanan di sekitar pundi kencing hingga boleh sakit dan mengalami kejang di bahagian vagina dan otot pelvik.

Menyeksakan

Yang pasti, keempat-empat penyakit kesakitan kronik di kawasan intim ini sungguh menyeksakan sehingga mangsa tidak dapat melakukan hubungan seks.

Jika anda mengalami salah satu simptom, sila berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan pemeriksaan.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat!

BACA INI JUGA:

sumber: 1

Kisah Gay Indonesia Yang Merogol 138 Orang Lelaki Di Britain!

Kisah Gay Indonesia Yang Merogol 138 Orang Lelaki Di Britain!

Reynhard hadir ke Manchester sejak tahun 2007, sudah lebih tujuh tahun menetap di Manchester dalam sebuah apartment yang terletak tidak jauh daripada sebuah kelab malam bernama Factory Nightclub sejak tahun 2012.

Reynhard gay rogol lelaki
Reynhard.

Berumur 36 tahun (semasa artikel ini ditulis), Reynhard sangat cemerlang dalam pelajarannya. Dia sudah menamatkan pengajian peringkat ijazah sebanyak empat kali dan sedang menyambung pengajian dalam peringkat doktor falsafah.

Kehidupan siangnya dipenuhi dengan kelas dan tugasan, dikenali sebagai seorang pelajar pintar yang mesra, baik budi pekerti dan gemar hidup bebas. Reynhard juga terkenal gemar mengunjungi gereja berdekatan.

Jadi, tidak ada sesiapa mengesyaki hidupnya jauh berbeza pada waktu malam, apabila dia menggunakan apartmentnya untuk dijadikan sarang seks, mengumpan lelaki-lelaki kurang bernasib baik untuk dijadikan pemuas nafsu.

Modus operandi Reynhard

Berikutan tubuhnya yang tinggi dan langsing serta tidak kelihatan mampu mengancam sesiapa, agak mudah bagi Reynhard mendekati mangsa. Sasarannya lelaki heteroseksual atau dalam bahasa kasarnya, lelaki normal. Lelaki yang suka wanita.

Ini kerana Reynhard merasakan ada kepuasan lebih sekiranya dia berjaya menodai lelaki-lelaki yang lurus, tidak sama sepertinya seorang homoseksual.

Taktiknya sama saja setiap kali, dengan membawa perwatakan baik dan ingin membantu, Reynhard akan menyapa mana-mana lelaki yang sedang menunggu di sekitar Factory Nightclub.

Selepas menegur mangsa, Reynhard akan mula menaburkan simpati terhadap nasib mangsa yang terpaksa menunggu di luar lalu menawarkan rumahnya untuk mereka berteduh sementara. Lebih selesa, lebih mudah dan mangsa diyakinkan tidak perlu berada di luar lagi.

Setelah hadir ke dalam apartment, Reynhard akan berbual-bual sebelum menawarkan minuman kepada mangsa.

Majoriti mangsa yang hadir membuat laporan polis hanya ingat setakat itu sahaja, kerana mereka tidak lagi sedarkan diri selepas itu. Besar kemungkinan, ramai masih lagi tidak tahu apa yang telah Reynhard lakukan pada mereka bila mereka pengsan.

Apa yang pelik, kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka telah dirogol, sebaliknya beranggapan mereka pengsan disebabkan kesan arak yang diminum semasa berada di kelab.

Jadi, ada antara mereka yang mengucapkan terima kasih pada Reynhard kerana membenarkan mereka menginap semalaman, sebelum pulang ke rumah seperti biasa.

Tidak diketahui sejak bila mula merogol lelaki

Berasal dari Depok, Jakarta dari keluarga berada, masalah kewangan tidak pernah membelenggu hidup Reynhard, membolehkan dia menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Dia menamatkan pengajian ijazah dalam senibina di Universiti Indonesia, Depok, sebelum berpindah ke Manchester bagi menyambung pengajian.

Dia berpindah randah dari Manchester ke Leeds, menamatkan tiga lagi kursus ijazah sebelum menetap di apartment yang menjadi markasnya sejak tahun 2012. Hanya pada 2 Jun 2017, kegiatannya selama ini terbongkar.

Seorang remaja yang dipancing untuk hadir ke sarang Reynhard selepas gagal menghubungi kumpulan rakannya, melalui kejadian serupa, pengsan secara tiba-tiba selepas diberikan bahan GHB, sejenis dadah jenis cecair tanpa warna yang lebih dikenali di Britain sebagai 'chemsex'.

Diambil dalam dos kecil akan menyebabkan rasa keinginan syahwat. Dalam dos lebih besar - seseorang boleh kehilangan kesedaran diri. Dalam sukatan melampau? Boleh mati.

Remaja itu yang tidak dinamakan tersedar semasa Reynhard sedang melakukan aktiviti seksual ke atas dirinya, menyebabkan remaja itu bertindak menyerang Reynhard.

Selepas beberapa kali berjaya menyerang Reynhard yang berlakon seakan remaja itu pula mencerobohi rumahnya, remaja itu berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Polis yang hadir pada mulanya mempercayai kisah Reynhard bahawa rumahnya diceroboh, sebelum penemuan telefon pintar miliknya berjaya menemukan pihak polis dengan aksi Reynhard sedang merogol remaja tersebut.

Sebuah lagi telefon milik Reynhard ditemui dan kesemua 'koleksi' video miliknya merogol mangsa, berjumlah lebih 800 video semuanya.

Reynhard gemar merogol mangsanya berulang kali, dalam tempoh beberapa jam dalam keadaan mangsanya tidak sedarkan diri. Yang berdengkur pun ada.

Majoriti video yang ditemui merekodkan aktiviti ganas Reynhard bermula pada tahun 2015, namun pihak polis percaya Reynhard sudah menjalankan aktivitinya lebih lama.

Dibicarakan dan dihukum

Sepanjang perbicaraannya, Reynhard tidak menampakkan wajah penyesalan, sebaliknya nampak seperti biasa, tersenyum, mesra dan terbuka untuk berbual dengan sesiapa.

Berikutan kelakuan jenayahnya yang sangat luar biasa, hakim memerintahkan agar hukuman minima 30 tahun penjara dikenakan ke atasnya, di atas hukuman penjara 20 tahun yang telah berjaya dijatuhkan dalam perbicaraan lebih awal pada tahun 2018.

Kes yang berjaya dibicarakan setakat artikel ini ditulis, hanya melibatkan 48 orang lelaki pelbagai usia, melibatkan 136 tuduhan rogol, 8 tuduhan cubaan merogol, 14 tuduhan serangan seksual dan 1 tuduhan serangan penetrasi seksual.

Daripada video yang berjaya ditemui, pihak polis menganggarkan terdapat lebih 70 orang lagi mangsa yang gagal dikenali, masih lagi besar kemungkinan tidak menyedari mereka telah pun dirogol, beberapa kali.

Jadi, sekiranya ada antara anda pernah melawat Manchester, hadir ke kawasan yang disebutkan dan disapa seorang lelaki Indonesia yang lembut perwatakannya kemudian diajak ke rumahnya, cuba ingat kembali adakah wajah yang kami paparkan dalam artikel ini serupa dengan individu yang anda kenali?

Jika ya, mungkin itu tanda anda pun pernah dinodai. Arghh..

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Love Kiss Cream: Gel Pelincir Tahan Lama Suami Isteri

Love Kiss Cream: Gel Pelincir Tahan Lama Suami Isteri

Ketika wanita mengalami rangsangan seksual, salah satu tindak balas yang berlaku ialah kelembapan faraj akibat peningkatan perjalanan darah kepada anggota kemaluan wanita ketika terangsang, menyebabkan faraj menghasilkan cecair pelicin untuk keselesaan hubungan seksual.

Love Kiss Cream

Malah, 'wanita yang banyak air' ketika melakukan seks akan lebih menikmati hubungan intim, lebih-lebih lagi suami.

Malangnya, bukan semua wanita yang terangsang akan mengeluarkan cairan yang banyak ketika bersama suami disebabkan oleh banyak faktor.

Apatah lagi kalau sekadar menurut dan terpaksa melayan keinginan suami, gesekan zakar hanya akan menyebabkan kesakitan lalu hilang nikmat.

Sedapnya tiada, yang ada cuma rasa sakit dan pedih pada lubang faraj dan suami yang kelelehan berseorangan.

PANCUT AWAL!

Berdesup menusuk ke jantung. Perasaan bagai dirobek dan dihiris dengan senjata tumpul. Sakit dan pedihnya memang tidak terperi.

Tapi terpaksa diakui dan ditelan kerana memang salah sendiri, yang tidak mampu mengawal permainan. Sendiri yang tidak mampu memuaskan pasangan.

Masalah ini bukan masalah abang sorang tapi ini masalah global hubungan intim suami isteri. Orang lain pun sama. Ramai yang ada masalah yang sama cuma mahu mengaku atau tidak, itu saja.

Masalah pancutan pra marang atau pancut awal memang sering kali terjadi dalam hubungan intim.

Bukan semua orang mampu memberikan masa yang cukup untuk memuaskan pasangan. Kadang-kadang belum mula game, dah tembak. Sebab apa? Terlalu ghairah!

Kerana ego dan angkuh, akhirnya diri sendiri dan pasangan merana. Kepuasan yang ingin dinikmati tidak sampai ke puncak.

Soalan untuk anda!
  • Adakah anda mahu bertahan selama mana yang anda mahu dan menikmati kesemua aspek hubungan seks yang hebat tanpa perlu memikirkan sama ada anda mampu bertahan?
  • Adakah anda mahu bertahan cukup lama untuk memberikan kenikmatan maksimum kepada pasangan anda, merasai cengkamannya apabila anda memberikannya orgasme berganda?
  • Adakah anda mahu menamatkan kekecewaan dan keaiban pancutan pra-matang UNTUK SELAMANYA?

Tahan Lama

Apa yang ramai tidak tahu, sebenarnya punca biasa suami cepat pancut ketika melakukan seks adalah kerana faraj isteri kering dan tidak licin.

Tetapi, bagaimana mahu menjadikan faraj wanita licin selicin-licinnya ketika mahu memasukkan zakar anda?

Jawapannya: Bukan mudah!

Namun, ada jalan penyelesaiannya. GUNAKAN GEL PELINCIR!

Banyak gel pelincir ada dijual dipasaran tetapi mahu mendapatkan yang terbaik bukannya senang.

Anda sebenarnya memerlukan Gel Pelincir Seks tahan lama yang benar-benar 'licin' dan berfungsi serta-merta tanpa perlu merangsang isteri selama 20 minit!

Juga, Gel Pelincir Seks yang baik adalah benar-benar licin, jimat, selamat digunakan dan sebagai 'bonus' istimewa, zakar anda tahan sekali atau dua kali ganda berbanding biasa.

Apa pula fungsi hebatnya kepada zakar anda? Menghilangkan ngilu kepala zakar tanpa rasa kebas. Ini bukan gambir!

Saya perkenalkan kepada anda LOVE KISS CREAM, gel pelincir terbaik yang pernah dicipta untuk suami isteri!

GEL AJAIB 'LOVE KISS CREAM'!

Tahan lama

Love Kiss Cream adalah gel pelincir seksual yang digunakan untuk memudahkan hubungan seks bagi wanita yang mengalami masalah faraj kering yang juga secara langsung dapat menjadikan zakar lelaki lebih tahan lama!

Love Kiss Cream yang berfungsi sebagai pengganda nikmat seksual dan untuk meningkatkan lagi ghairah suami-isteri ini adalah berasaskan air, tidak berminyak dan mudah dibersihkan. Hanya bilas dengan air dan kesannya akan hilang.

Love Kiss Cream juga tidak bertoksik dan selamat andai termakan, mempunyai aroma buah-buahan, membantu menaikkan mood suami isteri ketika bersama dengan cara yang luar biasa, yang anda tidak pernah rasai sebelumnya!

Love Kiss Cream sangat berkesan menghilangkan rasa ngilu kepala zakar yang menjadi punca utama anda cepat pancut!

Rahsia kebahagiaan rumah tangga terbongkar!

Kami kini berkongsikan rahsia yang tidak ramai tahu. Ianya adalah rahsia terbaik kami. Dan ianya sungguh meyeronokkan, jadi kami mahu kongsikannya dengan anda.

Ia adalah satu revolusi dan ianya membuatkan wanita di seluruh dunia tersenyum kepuasan.

Dan kepuasan dalam hubungan seks adalah bagus buat ANDA!

Love Kiss Cream direka khas untuk lelaki dan wanita untuk membantu anda berdua mencapai kepuasan dalam hubungan seks!

CARA PENGGUNAAN: Love Kiss Cream Perangsang Nafsu Isteri
  • Gunakan Love Kiss Cream sebelum hubungan seks.
  • Sapu pada keseluruhan ZAKAR dan lubang Faraj isteri.
  • Anda boleh berjimak serta-merta selepas disapu pada kemaluan!
  • Ketika tusukan pertama, anda akan merasakan ghairah dan rasa kehangatan yang sangat luar biasa!

Kenapa Love Kiss Cream Sangat Menakjubkan?
  • Pelincir berperisa buah-buahan.
  • Faraj menjadi sangat licin dan rasa hangat ketika tusukan.
  • Zakar tahan lebih lama kerana faraj yang sangat licin menyebabkan 'geseran' kepala zakar menjadi kurang sensitif, anda akan lambat pancut!
  • Nafsu isteri mendadak naik hanya pada tusukan pertama!
  • Rengekan isteri bertambah kuat berbanding biasa!
  • Selamat dan tidak bertoksik (sudah berada dipasaran lebih 10 tahun).
  • Sangat hebat untuk urutan seksual dibahagian klitoris isteri dan hubungan seks.
  • Isteri dijamin klimaks!
  • Zakar dijamin tahan lebih lama!

Cuba satu hari ini dan anda akan beli lagi berulang-kali!

BERAPA HARGA Love Kiss Cream?

Harga Love Kiss Cream SEKARANG Sebelum Harga Di Naikkan! RM49 Satu! Tambang Poslaju Percuma!

KANDUNGAN

1 Botol = 100ml

CARA MEMBUAT PESANAN

Berikut adalah langkah mudah yang perlu ANDA ikuti untuk membeli produk dari blog ini. Pilih produk yang ingin dibeli dan jumlahkan harganya.

ANDA hanya perlu SMS kan semua sekali dalam satu SMS (mencukupi) untuk memesan produk.

Langkah 1
  • Bank In @ Deposit jumlah amaun ke akaun bank di bawah;

Nama Akaun: Hamidi Hussin
1100-9608-5743

Langkah 2
  • Simpan slip@bukti pembayaran sehingga ANDA menerima produk yang di pesan.

Setelah membuat pembayaran mengikut harga yang telah ditetapkan, anda perlulah membuat pengesahan pembayaran melalui Whatsapp atau SMS:-
  • Nama penuh
  • Alamat lengkap
  • Nama produk
  • Jumlah produk
  • Jumlah bayaran
  • Nama Bank
  • Hari dan masa pembayaran

Hantar ke: 011 3150 7324 atau klik http://www.wasap.my/601131507324/love_kiss_cream

Nota: Jika bayaran dibuat menggunakan internet banking, sila masukkan;
  • Recipient email: sentiasapanas@gmail.com
  • Recipient reference: Nama Anda
  • Other payment details: No.Tel Anda

Ini untuk memudahkan kami mengesan bayaran tempahan yang dibuat.

PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POSLAJU MALAYSIA
  • 6-10 hari bekerja.

(Bergantung Kepada Poskod Kawasan & Zon Serahan Pos Malaysia)

Kami akan memberikan Tracking Code kepada anda untuk menyemak kedudukan Parcel sama ada sudah di kirim ataupun belum.

Bungkusan Rahsia Poslaju

Bungkusan pesanan adalah RAHSIA & SULIT. Tiada sebarang label produk. Privasi ANDA keutamaan kami.

LIHAT SENARAI PRODUK SEKSUAL ANDA di; Produk Dewasa Suami Isteri

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com