Sunday, November 12, 2017

Kenapa Suami Perlu Tahan Lama Ketika Bersama Isteri?


Dalam setiap perkahwinan, seks antara pelengkap kebahagiaan. Hubungan seks yang menyeronokkan membantu setiap pasangan menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Namun tidak dinafikan, kegagalan dalam hubungan seks mampu menjadikan rumah tangga berantakan hingga membawa kepada perceraian!

Suami tahan lama

Doktor kerap dihujani pertanyaan daripada lelaki yang gagal dalam persetubuhan apabila ketegangan atau ereksi kemaluan tidak bertahan lama.

Apabila mahu memasukkannya, ia mengendur! Ia berbeza jika mereka melakukan onani, di mana zakar dapat ereksi lebih lama.

Masalah sedemikian boleh menyebabkan tekanan kepada suami kerana tidak dapat memuaskan isteri, manakala isteri pula pasti kecewa.

Untuk mengatasi masalah itu, anda perlu memantapkan otot kemutan supaya ereksi dalam keadaan tegap dan padat. Otot kemutan digunakan untuk menahan najis dan kencing.

Jika kekuatannya sempurna, otot kemutan boleh dikekalkan kemutan ketika bergerak atau berdayung sewaktu bersama.

Apabila terasa hendak klimaks, hentikan pergerakan dan apabila perasaan hendak klimaks itu hilang, teruskan dayungan dengan memadatkan kemutan!

Lakukan senaman kemutan atau ‘kegel’ (mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing) 10 hingga 20 kali setiap sesi.

Dalam sehari, anda boleh melakukan sekurang-kurangnya empat sesi. Ada juga lelaki mengalami keciciran darah daripada salur ven ketika ereksi dan lama-kelamaan, ereksi menjadi kendur jika tiada rangsangan.

Ereksi kekal ketika onani kerana rangsangan dilakukan dengan tangan.

Ini tidak berlaku ketika bersetubuh dengan pasangan kerana rangsangan daripada isteri tidak sama dengan tangan, tambahan pula apabila individu itu terikat dengan tabiat onani!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drismail

1 comment

  1. Lelaki kena jaga kesihatan. Amalkan makanan segar dan berkhasiat..selain tu wajib sentiasa ada madu, aik betul kah ni SP..hahaha

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon