Saturday, January 04, 2020

Sambutan Hari Braille Sedunia

Sambutan Hari Braille Sedunia

Sambutan Hari Braille Sedunia disambut pada 4 Januari setiap tahun bertujuan bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan tulisan braille terhadap orang cacat penglihatan.

Hari Braille Sedunia

Selain itu, orang ramai juga perlu dididik bagi mengelak rasa prejudis terhadap golongan berkenaan, terutama dalam sektor pekerjaan kerana mereka juga mampu bekerja dengan baik seperti orang normal.

Orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, terutamanya di negara ini juga berhadapan masalah mendapatkan ilmu dan maklumat penting berikutan kurangnya kemudahan braille untuk mereka.

Keadaan tersebut merupakan antara cabaran terbesar kepada golongan cacat penglihatan.

Bahan bacaan dalam tulisan braille juga begitu kurang di pasaran, malah mesin braille untuk sekolah pendidikan khas juga masih tidak mencukupi.

Kekurangan kemudahan tulisan Braille juga menyukarkan golongan berkenaan mengetahui maklumat dan berita dalam dan luar negara.

Justeru, pihak yang bertanggungjawab disarankan agar memperbanyakkan maklumat dalam tulisan braille supaya OKU cacat penglihatan mempunyai peluang mendapatkan ilmu sama seperti orang normal, selain mempertingkatkan kemudahan awam kepada golongan berkenaan.

Malah, banyak kemudahan untuk orang kelainan upaya ini disalahgunakan, tempat pejalan kaki yang dikhaskan untuk orang buta dijadikan parkir motor, diletakkan meja makan dan sebagainya yang yang tidak patut dilakukan.

Sejarah Tulisan Braille

Braille adalah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta, telah dicipta oleh seorang lelaki Perancis bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil.

Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap.

Sistem ini dinamakan sistem Braille, namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.

Abjad Braille

Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:

Angka Braille

Kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut.

Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus.

Contohnya, perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku Braille yang lebih nipis boleh dicetak.

Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik.

Huruf dan Nombor Braille

Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik.

Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil.

Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf-huruf ASCII ditunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.

Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh (slate) dan stilus (stylus), dimana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler.

Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, January 03, 2020

Bahaya Kurang Atau Terlebih Garam Dalam Badan Yang Ramai Tidak Tahu

Bahaya Kurang Atau Terlebih Garam Dalam Badan Yang Ramai Tidak Tahu

Garam adalah bahan yang sangat biasa digunakan dalam masakan seharian, dan pengambilan garam penting kepada kesihatan jika diambil dalam jumlah berpatutan. Garam biasa dalam bentuk hablur atau kristal halus.

Bahaya dan kebaikan Garam

Tanpa garam, sesuatu hidangan akan menjadi tidak enak dimakan dan tawar serta tidak menyelerakan. Garam digunakan oleh manusia sejak zaman dulu, terutama untuk mengawet makanan.

Garam diletakkan dalam makanan yang berbentuk nyata serta tersembunyi, dan kebanyakan makanan proses mengandungi jumlah kandungan garam yang tinggi.

Malangnya, kebanyakan orang ramai tidak sedar atau tidak peduli mereka memakan garam secara berlebihan, sehinggalah ditimpa musibah penyakit.

Kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya dari makanan terproses.

Di samping itu makanan seperti roti, bijirin serta makanan manis juga mengandungi garam walaupun tidak berasa masin dan ini antara faktor mempengaruhi kesukaran seseorang mengurangkan garam sedia ada pada sesuatu makanan.

Garam biasa juga dikenali sebagai sodium klorida yang berasal dari laut dan lombong garam.

Selain garam biasa, sumber sodium dalam makanan atau minuman proses juga dilabel dengan nama seperti sodium benzoate, sodium nitrat, sodium bikarbonat dan monosodium glutamat (MSG).

Bahaya Terlebih Makan Garam

Garam biasanya mengandungi tidak kurang dari 95 peratus natrium klorida (NaCl) dengan kandungan sodium (natrium) sebanyak 40 peratus dan garam biasanya dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi.

Kajian sains menunjukkan dengan mengurangkan pengambilan garam, tekanan darah seseorang individu boleh dikurangkan dan dikawal dengan lebih baik.

Sebagai contoh, pengurangan garam secara sederhana dalam tempoh empat minggu atau lebih boleh mengurangkan tekanan darah dengan nyata dalam kalangan individu dewasa yang mempunyai tekanan darah normal atau tinggi.

Kajian meta analisis yang dilaporkan dalam British Medical Journal (BMJ) pada 2009 menunjukkan, pengurangan pengambilan garam dalam sehari boleh mengurangkan paras tekanan darah dan secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

Berdasarkan kajian oleh Scientific Advisory Committee on Nutrition pada 2003, ada bukti saintifik terkini menunjukkan pengambilan garam yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi tekanan darah dan risiko beberapa penyakit seperti osteoporosis, penyakit asma, kanser dan obesiti.

Kajian di Malaysia menunjukkan pengambilan garam adalah tinggi iaitu 8.7gram sehari berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang lima gram sehari.

Sumber Garam Dalam Makanan

Garam diambil dalam jumlah tinggi apabila seseorang mengambil makanan proses seperti makanan tin, kicap, sos, ikan masin, ikan bilis, bebola ikan, bebola daging, bebola udang, makanan sejuk beku, daging proses seperti burger, nuget, sosej, jajan, kerepek dan keropok.

Seseorang yang mempunyai paras sodium (natrium) tinggi di dalam darah berisiko menghidap hipertensi atau darah tinggi, seterusnya berisiko mendapat serangan sakit jantung dan strok.

Berdasarkan Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, dianggarkan 32.7 peratus atau 5.8 juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap hipertensi.

Manakala Kajian Beban Penyakit (Burden of Disease Study) di Malaysia pada 2014 menunjukkan, penyakit yang menjadi penyumbang utama kepada kematian rakyat Malaysia adalah penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Hipertensi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jangka masa panjang seperti penyakit strok, sakit jantung koronari, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan kerosakan mata.

Masalah utama hipertensi adalah, ia tidak mempunyai tanda pada peringkat permulaannya. Oleh itu, seseorang perlu kerap membuat pemeriksaan tekanan darah di klinik atau pusat kesihatan.

Jika seseorang tidak mengendahkan tekanan darahnya dan hanya mendapatkan rawatan setelah terkena komplikasi seperti serangan jantung atau strok, ia merugikan diri sendiri.

Garam Semulajadi

Ada ahli sains berpendapat, bahaya garam kerana kandungan sodiumnya tinggi dan kerana itu makan buah-buahan secara kerap membantu menurunkan tekanan darah kerana buah-buahan kaya dengan garam galian kalium atau potassium.

Potassium akan menseimbangkan nisbah garam galian sodium dan potassium dalam tubuh dan mengelak masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Pengambilan gula berlebihan dan karbohidrat terproses yang mengandungi karbohidrat halus (refine carbohydrate) juga punca masalah hipertensi kerana ia menyebabkan saluran darah arteri menjadi keras atau atherosklerosis.

Kajian oleh National Institute of Health, Amerika Syarikat pada 1997 menunjukkan, pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan cara pemakananan betul.

Kajian ini dipanggil kaedah pemakanan 'DASH' yang bermaksud 'Dietary Approach to Stop Hypertension' yang bermaksud pendekatan pemakanan untuk mengawal darah tinggi.

Kaedah itu membabitkan pengambilan makanan rendah lemak tepu (dari sumber haiwan) di samping makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan hasil tenusu rendah lemak.

Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi.

Hasilnya mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.

Pemakanan dengan kaedah DASH memberikan serat tinggi, zat kalsium, magnesium dan potassium yang terbukti menurunkan tekanan darah. Ia juga rendah dengan lemak tepu dan lemak 'trans'.

Secara umumnya, memakan makanan asli dan bukan makanan proses akan membantu mengurangkan garam berlebihan dalam pemakanan seharian, oleh itu ia mampu mengawal tekanan darah dengan lebih baik.

Bahaya Kurang Garam Dalam Badan

Selain bahaya terlebih garam, kekurangan garam potassium dalam badan juga tidak baik untuk tubuh kita dan keadaan ini dipanggil Hypokalemia.

Antara penyebab masalah ini adalah:
  • Masalah buah pinggang.
  • Pengambilan alkohol berlebihan.
  • Sering muntah-muntah.
  • Cirit birit.
  • Penggunaan ubat darah tinggi jenis diuretics (mengeluarkan air dari badan)
  • Kekurangan asid folik.
  • Terdapat masalah dengan hormon aldosterone.
  • Terdapat masalah dalam sistem pencernaan.

Garam diperlukan dalam badan untuk fungsi-fungsi yang berikut:
  • Menseimbangkan cecair dalam badan.
  • Mengekalkan kepekatan/konsentrasi cecair dalam badan.
  • Berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot.
  • Menseimbangkan asid dan alkali dalam badan untuk proses pencernaan.
  • Membina plasma darah dan cecair limfa.

Untuk mengetahui yang mana satukah punca masalah yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.

Hyponatremia pula adalah istilah bagi tahap garam biasa dalam darah terlalu rendah sedangkan garam adalah elektrolit yang membantu kawalan jumlah air dalam sel tubuh.

Akibatnya, pesakit akan berasa loya dan muntah, sakit kepala, keliru, tidak bertenaga, otot kejang, sawan dan koma.

Dan tahukah anda dari mana sumber terbaik untuk mendapatkan garam yang selamat untuk tubuh? MSG atau lebih kita kenali sebagai 'Ajinomoto'!

MSG adalah garam natrium asid glutamik yang dijadikan penambah rasa makanan dan digunakan secara efektif sejak sekian lama untuk menonjolkan rasa terbaik masakan.

Jadi, bersederhanalah dalam pemakanan. Itu yang terbaik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Asal-usul Bendera Pelangi Golongan LGBT

Asal-usul Bendera Pelangi Golongan LGBT

Sejak sekian lama, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengiktiraf bulan Jun setiap tahun sebagai Bulan LGBT, sebagai tanda menghormati peristiwa Rusuhan Stonewall yang berlaku di bandar New York pada tahun 1969.

Bendera Pelangi LGBT

Maka, apabila tiba bulan Jun, dibandar-bandar besar yang menerima budaya LGBT, anda akan melihat bendera-bendera berwarna pelangi dikibarkan oleh aktivis-aktivis gerakan LGBT ini.

Namun, tahukah anda daripada manakah asal-usul bendera berwarna pelangi ini?

Segalanya bermula pada tahun 1978 dimana seorang karyawan bernama Gilbert Baker, seorang individu yang secara terbuka mengaku sebagai gay mencipta bendera pelangi ini.

Beliau menyatakan bahawa, idea itu tercetus hasil desakan Harvey Milk yang mahukan sebuah logo bagi mewakili golongan mereka.

Harvey Milk merupakan seorang pegawai yang telah dilantik bagi mewakili golongan gay di Amerika Syarikat.

Gilbert Baker mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk mencipta logo bagi mewakili gerakan LGBT ini dalam bentuk bendera memandangkan bendera dilihat sebagai simbol kebanggaan yang paling kuat.

Gilbert Baker juga mendedahkan bahawa penciptaan bendera ini bagi membolehkan golongan seumpanya lebih berani mengaku budaya atau amalan mereka secara terbuka dalam masyarakat dan lebih mudah mengenali golongan sepertinya.

Idea asal bendera LGBT

Gilbert Baker mendapat inspirasi daripada warna pelangi di langit dan beliau mengambil 8 warna daripada pelangi tersebut sebagai 8 jalur warna pada bendera ciptaannya.

Menurutnya, setiap warna itu mewakili maksud tertentu:
  1. Merah jambu - Seks
  2. Merah - Kehidupan
  3. Jingga - Kesembuhan
  4. Kuning - Cahaya
  5. Hijau - Semulajadi
  6. Turquoise - Seni
  7. Indigo - Harmoni
  8. Ungu- Semangat

Versi pertama bendera pelangi ini telah digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 25 Jun 1978 dalam sambutan Hari Kebebasan Gay San Francisco di San Francisco.

Gilbert Baker dan beberapa orang sukarelawan telah menghasilkan bendera ini dengan tangan.

Perubahan terhadap bendera LGBT

Selepas pembunuhan Pegawai Gay San Francisco City, Harvey Milk pada 27 November 1978, permintaan bendera pelangi telah meningkat.

Bagi menampung permintaan yang tinggi ini, syarikat Paramount Flag Company mula menjual versi baru bendera pelangi ini dimana hanya 7 jalur sahaja digunakan.

Versi baru ini menyaksikan hanya warna merah, jingga, kuning, hijau, turquoise, indigo dan ungu sahaja digunakan sementara warna merah jambu telah dibuang.

Keputusan ini terpaksa dilakukan memandangkan kesukaran untuk mendapat fabrik berwarna merah jambu dalam kuantiti yang banyak bagi menghasilkan bendera ini dalam skala yang besar.

Namun, pada tahun 1979 menyaksikan bendera yang menjadi kebanggaan golongan LGBT ini mengalami satu lagi perubahan dimana jalur warnanya telah dikurangkan kepada 6 jalur warna sahaja.

Apabila bendera ini digantung secara menegak pada tiang lampu, jalur keempat yang berada pada bahagian tengah dilihat seolah-olah terhalang dengan tiang lampu tersebut menjadikannya seperti tidak sempurna.

Bagi mengatasi masalah ini, keputusan telah diambil untuk menukar bendera ini supaya mempunyai jumlah jalur dalam kiraan genap.

Oleh itu, sekali lagi bendera ini telah diubah kepada hanya 6 jalur sahaja iaitu warna merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Versi terbaru ini menyaksikan warna turquoise telah dibuang.

Pada tahun 1989, bendera pelangi ini mula mendapat perhatian warga Amerika Syarikat secara meluas berikut satu kes saman oleh John Stout terhadap pemilik rumah yang disewanya dan memenangi kes saman tersebut.

Dalam kes tersebut, tuan rumah yang disewa John Stout telah mengeluarkan arahan yang menghalang beliau daripada mengibarkan bendera ini daripada balkoni rumah yang didiaminya di West Hollywood, California.

Pada masa kini, terdapat juga beberapa pihak terutamanya golongan muda yang cuba mencipta versi baru bendera ini dengan memasukkan warna hitam dan coklat.

Warna hitam dan coklat ini dikatakan bagi mewakili golongan kulit berwarna selain daripada golongan orang putih.

Walau bagaimanapun, golongan veteran LGBT menentangnya kerana berpendapat kedua warna itu tidak menggambarkan keceriaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sejarah Akta ISA Di Malaysia

Sejarah Akta ISA Di Malaysia

Persoalan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) 1960, yang lebih dikenali dengan akronim Inggerisnya, ISA, suatu ketika dahulu sering menjadi perbahasan yang hangat di kalangan rakyat negara ini, kerana dianggap zalim, tidak berperikemanusiaan, drakonian, menentang demokrasi, undang-undang rimba dan sebagainya.

Sejarah Akta ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dirangka oleh R.H. Hickling, yang kemudiannya dijadikan undang-undang pada tahun 1960 dan telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali sebelum akhirnya dihapuskan.

Bagi sesetengah orang, Akta ISA ini sememangnya amat menggerunkan kerana kuasa mutlak yang diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Pernyataan seksyen perundangan yang berkaitan Akta ISA adalah seperti di bawah:

Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang pernah berkuatkuasa di Malaysia.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini.

Mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.

Ramai aktivis politik pada masa dahulu telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia.

Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka yang mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Akta ISA merupakan satu mekanisme pencegahan yang sangat berkesan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

MEMALI: SEJARAH PALING BERDARAH AKTA ISA

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.

Daerah Baling merupakan daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.

Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.

Kemudian, pertuduhan diubah, Ibrahim Libya dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.

Siapa Ibrahim Libya?

Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.

Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.

Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam.

Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.

Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya.

Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.

Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas.

Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.

Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

'Dosa' Ibrahim Libya

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.

Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.

Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Orang-orang kampung yang hidup, ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.

Simbol perlawanan terhadap ISA

Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.

Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun tragedi Memali:

"Beliau (Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya.

"Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."

SOSMA

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dimansuhkan 31 Julai 2012 dan diganti dengan SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

Undang-undang SOSMA berkaitan keganasan negara dianggap antara yang terbaik, kerana akta berkenaan banyak membantu mengekang kegiatan kumpulan Daesh termasuk mematahkan sejumlah 23 cubaan mereka melancarkan serangan di Malaysia sejak 2013.

Namun, pada 22 Julai 2018 lalu, Tun Mahathir berkata, kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang banyak menindas rakyat khususnya SOSMA selain pemansuhan POCA dan POTA.

Tetapi, bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengingatkan, kerajaan mesti meneliti kesannya sebelum bertindak memansuhkan undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Kesan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 harus jadi pengajaran dan dipertimbangkan kerajaan sebelum memansuhkan undang-undang pencegahan lain seumpamanya.

Selepas kerajaan memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat (EO), pemansuhan itu menyebabkan peningkatan ketara dalam kes jenayah berat khasnya yang membabitkan kumpulan kongsi gelap berebut kawasan masing-masing.

Tanpa SOSMA, POCA dan POTA, kerajaan tidak akan mampu mengekang kegiatan pengganas yang terlatih seperti kumpulan Daesh, kumpulan penjenayah terancang yang bersenjata lengkap dan ganas.

Undang-undang pencegahan yang tegas perlu sentiasa ada untuk melindungi negara dan rakyat, sekali gus menyekat pergerakan kumpulan ekstremis, kumpulan militan dan kumpulan jenayah terancang dewasa ini.

Pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan dari Mindano diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, di Felda Sahabat Kampung Tanduo, pada 9 Februari 2013 adalah pengajaran bahawa ancaman terhadap kedaulatan negara boleh berlaku bila-bila dan harus dikekang daripada awal lagi.

Krisis yang mengorbankan sembilan anggota keselamatan dan 54 pengganas, selain kira-kira 100 orang ditahan, mungkin tidak mampu ditangani dengan mudah jika negara tidak mempunyai undang-undang khas seperti SOSMA.

Undang-undang untuk mengekang ancaman keselamatan amat penting kepada negara seperti Malaysia yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama.

SOSMA Zalim?

Mengulas dakwaan mengatakan SOSMA menjejaskan hak asasi manusia, perkara berkenaan tidak benar sama sekali kerana mereka yang ditangkap di bawah undang-undang itu berhak membela diri.

Di bawah SOSMA, seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana tahanan selama 24 jam sahaja dan melanjutkan tempoh penahanan tidak lebih 28 hari bagi tujuan penyiasatan.

Apabila siasatan dijalankan dan mempunyai keterangan kes, maka orang yang ditangkap perlu dituduh di mahkamah dan sekiranya ada keterangan tetapi tiada bukti maka individu yang ditahan itu boleh dibebaskan.

Sebagai contoh, individu yang terbabit dalam kesalahan di bawah SOSMA, sama ada disiasat mengikut kesalahan di bawah Bab VIA, VIB, membabitkan kegiatan pengganas atau pemerdagangan orang, boleh dipakaikan Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) pada kaki mereka untuk tujuan pemantauan.

Mana-mana suspek yang ditahan perlu dimaklumkan kepada waris kadim iaitu anggota keluarga terdekat dan membenarkan suspek yang ditahan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya untuk pembelaan.

Di bawah SOSMA, tahanan masih ada peluang membela diri dan ia tidak seteruk Patriot Act di Amerika Syarikat di mana kumpulan pengganas yang ditahan dari serata dunia termasuk dua rakyat Malaysia didakwa terbabit dalam gerakan Al-Qaeda ditahan tanpa peluang membela diri di Pusat Tahanan Guantanamo Bay.

SOSMA juga mengurangkan kes-kes seperti gangsterisme, perjudian dan pelacuran di mana polis boleh mengambil langkah pencegahan awal sebelum kegiatan itu menular dengan lebih meluas.

SOSMA turut memainkan peranan penting dalam memelihara kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu serta kepentingan kaum-kaum yang mungkin tergugat sehingga boleh menimbulkan ancaman rusuhan kaum dan agama.

SENARAI TAHANAN AKTA ISA

Berikut merupakan senarai tahanan dan bekas tahanan yang pernah diletakkan di bawah Akta ISA;
  • 1960, 5 November, Koh Pak Ngee, Penolong Setiausaha Agung Barisan Sosialis (SF), Ketua Editor NYALA, organ parti SF, calon Parlimen SF bagi Pilihan Raya Umum 1959.
  • 1960, 5 November, Foo Seong Foh 24 tahun, juruteknik Lembaga Letrik Negara, Pengerusi Parti Pekerja Malaya (LMP) cawangan Jinjang, kaunselor pelajar yang dipilih pada 1957, Pengerusi majlis tempatan Jinjang.
  • 1960, 5 November, Chen Po An Bendahari Cawangan Ampang.
  • 1960, 5 November, Li Jian Xing Setiausaha , Cawangan RM Petaling Jaya.
  • 1960, 5 November, Tang Bing Ying Setiausaha , SF Selangor State.
  • 1960, 5 November, Chen Hai Chou Exco, PRM Perak State cum Chairman, PRm Ipoh Branch.
  • 1960, 5 November, Liu Xiao Houa Age 25, setiausaha Parti Pekerja Malaya (LMP) cawangan Jinjang, salesman.
  • 1960, 5 November, Hu Rong Shen Treasurer, PRM Perak State cum Pengerusi, PRM CaeangnIpoh Branch
  • 1960, 5 November, Li Wen Qing Ahli, LPM Jinjang Banch.
  • 1960, 5 November, Gu Tian Fu Age 21, Worker of Serdang Vew Village Local Council, former Jonior 3 student of Chung Huwa High School Kuala Lumpur, detained on 1 October 1985 under the Emergency Ordinace 1948 (EO) for almost a year.
  • 1960, 5 November, Huang Hai Qiu Age 22, Former Junior @ student of Tsun Jin High School Kuala Lumpur, detained on 1 October 1958 for a year plus, released in December 1959, worker of the Serdang New Village Local Council
  • 1960, 5 November, Yang Nan Xun Worker in the Serdang Vew Village Local Council, foemer Senior @ student of Confucian High School Kuala Lumpur, detained on 1 october 1958 for a year, relased with conditions.
  • 1960, 5 November, Liang Wen Hong,Worker of Serdang Vew Village Local Council, former Junior 2 student of Chung Hwa High School kuala Lumpur, later studied in a private English school, detained on 1 October 1958, released on conditions a year later.
  • 1960, 5 November, Ma Hui Qun, Female teacher, charged in court, detained again upon payment of fine.
  • 1960, 5 November, Ma Ming Xin@Ma Jin.
  • 1960, 2 November, Shi Song An, insurance company staff.
  • 1960, 5 November, Jian Hua Yang, Senior 1 student of Han Chiang High School Penang, Discharged by court but detained again by police.
  • 1960, 12 November, Jin De Sun, Senior 1 student of Han Chiang High School Penang, Discharged by court but detained again by police.
  • 1960, 10 November, Su Zhu Tai, Junior student of Chung Hwa High school Kuala Lumpur.
  • 1960, 10 November, Chen Zhang,Junior student of Chung Hwa High School Kuala Lumpur.
  • 1960, 10 November, Zhong De Ling (F), student of Chung Hwa High School Kuala Lumpur.
  • 1960, 10 November Qiu An, Pelajar.
  • 1960, 10 November Kong Me, Pelajar.
  • 1960, 10 November Kang Zi Kai, Pelajar.
  • 1960, 10 November Lin Hui Huang, Guru.
  • 1960, 10 November He Hui Fang, Pelajar.
  • 1960, 10 November Tan Xin Jie, Pelajar.
  • 1960, 10 November Fok Yee Seng, Pelajar.
  • 1960, 20 November, Chen Ya Xi @ Chen Yu Reng, Senior student of Hua Kiao High School Singapore.
  • 1960, 20 November, He Guang Peng St Michael Secondary English School.
  • 1960, 20 November,  Liu Xing Mei (F), Senior student of Hua Kiao High School.
  • 1960, 10 November, Soo Bing Choon, Secretary General, the Malayan Federation of Pineapple Workers Unions.
  • 1960, 10 November, Zhen Zhong Rong, PRM member.
  • 1961, 14 Januari, Chen Xiu Lian, Female Student.
  • 1961, 14 Januari, Zhen Shi Sheng, Rubber tapper Student.
  • 1961, 14 Januari, Lai Bing Zhang.
  • 1961, 14 Januari, Ye Guo Zhong, Senior Student of Confucian High School Kuala Lumpur.
  • 1961, 14 Januari, Qiu Yu Jiao (F), Rubber tapper.
  • 1961, 14 Januari, Liu Guo Chang, Rubber tapper.
  • 1961, 14 Januari, Chen Si Ting, Treasurer, PRM Semenyih Branch, rubber tapper.
  • 1961, 14 Januari, Jiang Jing Hua.
  • 1974, Anwar Ibrahim, 20 bulan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Demonstrasi Rakyat Baling.
  • 1974, Ibrahim Ali, Aktivis, Mahasiswa Demonstrasi Rakyat Baling.
  • 1987, Lim Kit Siang, 2 Tahun, Setiausaha Agung DAP, Operasi Lalang.
  • 1987, Chandra Muzaffar, dibebas dengan atau tanpa syarat, Presiden ALIRAN, Presiden Chandra Muzaffar, Operasi Lalang.
  • 1987, Chan Kit Chee, dibebas dengan atau tanpa syarat, MCA Vice President and Perak, Operasi Lalang.
  • 1987, Karpal Singh, 2 Tahun, Timbalan Pengerusi DAP, Operasi Lalang.
  • 1987, Halim Arshat, dibebas dengan atau tanpa syarat, Ketua Dewan Pemuda PAS, Operasi Lalang.
  • 1987, Ibrahim Ali, dibebas dengan atau tanpa syarat, UMNO MP for Pasir Mas, Operasi Lalang.
  • 1987, Fahmi Ibrahim, dibebas dengan atau tanpa syarat, Pemuda UMNO (Pendidikan), Operasi Lalang
  • 1987, Dong Jiao Zhong, dibebas dengan atau tanpa syarat, Chinese Education Associations, Operasi Lalang.
  • 1987, Lim Fong Seng, dibebas dengan atau tanpa syarat, Chairman Chinese Education Associations, Operasi Lalang.
  • 1987, Kua Kia Soong, dibebas dengan atau tanpa syarat, Publicity Chief of the Civil Rights Committee, Operasi Lalang.
  • 1987, Irene Xavier, dibebas dengan atau tanpa syarat.
  • 1987, Hilmy Noor, dibebas dengan atau tanpa syarat accused for "disrupting the Malay culture by being a Christian".
  • 1990-1991, Abdul Rahman Ahmad, Assistant Superintendent of Police, Special Branch.
  • 1990-1991, Albinus Yudah, opposition party member, member of Kadazan Cultural Association.
  • 1990-1991, Benedict Topin, opposition party member, Executive Secretary of Kadazan Cultural Association.
  • 1990-1991, Damit Undikai , retired Special Branch police officer.
  • 1990-1991, Jeffrey Kitingan, ahli politik pembangkang, pengarah Institut Development Studies.
  • 1990-1991, Maximus Ongkili, timbalan pengarah Institute for Development Studies.
  • 1990-1991, Vincent Chung pentadbir, Sabah Foundation.
  • 1998, Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Reformasi.
  • 1998, Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Reformasi.
  • 1998, Amidi Dato' Abdul Manan, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Reformasi.
  • 2001, Yazid Sufaat, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2001, Suhaimi Mokhtar, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2001, Raja Petra Kamarudin, 52 hari, Ahli Blog Malaysia Today.
  • 2002, Dr Abdullah Daud, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2002, Shamsuddin Sulaiman, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2002, Mat Shah Mohd Satray, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2002, Abdul Murad Sudin, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2002, Zaini Zakaria, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2002, Zainun Rashid, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2003, Wan Amin Wan Hamat, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2003, Sulaiman Suramin, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2003, Sufian Salih, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2003, Mohd Khaider Kadran, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah (pemimpin).
  • 2003, Hasim Talib, 6 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah.
  • 2004, Zakaria bin Samad, 4 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah - warga Indonesia.
  • 2004, Ahmad Zakaria, 4 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah - warga Indonesia.
  • 2004, Terhamid bin Dahalan, 4 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah - warga Indonesia.
  • 2005, Abdul Rahman Ahmad @ Deraman Koteh, 4 tahun, Alleged militant separatist of Thailand.
  • 2005, Mahfudi Saifuddin, 4 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah - warga Indonesia.
  • 2005, Mulyadi, 4 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah - warga Indonesia.
  • 2005, Arifin, 4 tahun, Suspek pengganas Jemaah Islamiyah - warga Indonesia.
  • 2005, Mat Tarmizi Zakaria, 4 tahun, Alleged Thai separatist.
  • 2005, Lai Kin Choy, 4 tahun, Tidak diketahui.
  • 2006, A Artas A Burhanuddin, 2 tahun, Alleged member of "Darul Islam Sabah", from Tawau.
  • 2006, Francis Indanan, 2 tahun, Alleged member of "Darul Islam Sabah", from Tawau.
  • 2006, Mohd Nazri Dollah, 2 tahun, Alleged member of "Darul Islam Sabah", from Tawau.
  • 2006, Mohd Arasad Patangari, 2 tahun, Alleged member of "Darul Islam Sabah", from Tawau.
  • 2006, Adzmi Pindatun, 2 tahun, Alleged member of "Darul Islam Sabah" from Tawau.
  • 2006, Idris Lanama, 2 tahun, Alleged member of "Darul Islam Sabah", from Klang.
  • 2006, Aboud Ghafar Shahril, 2 tahun, Indonesian; Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Jeknal Adil, 2 tahun, stateless; Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Binsali Omar, 2 tahun, Filipino (Malaysian PR); Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Husin Alih, 2 tahun, Filipino national; Ahli "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Yussof Mohd Salam, 2 tahun, Filipino national; Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Abd Jamal Azahari, 2 tahun, Filipino national; Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Pakana Selama, 2 tahun, PR status; Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Kasem Dayama, 2 tahun, Warganegara asing; Didakwa terlibat orang luar.
  • 2006, Shaykinar Guat, 2 tahun, stateless; Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Argadi Andoyok, 2 tahun, stateless; Alleged member of "Darul Islam Sabah".
  • 2006, Ng How Chuang, 2 tahun, Dakwaan pemalsuan dokumen.
  • 2006, Ng Keat Seng, 2 tahun, Dakwaan pemalsuan dokumen.
  • 2006, Mohd Azuan b Aniffa, 2 tahun, Didakwa terlibat orang luar.
  • 2007, Mohd Faizol Shamsudin, 2 tahun, Didakwa terlibat orang luar.
  • 2007, Zulfikli Abu Bakar, 2 tahun, Didakwa terlibat orang luar.
  • 2007, Zulfikli Marzuki, 2 tahun, Member of Parliament, Tidak diketahui.
  • 2007, Amir Hussain, 2 tahun, Warganegara asing; Dakwaan pemalsuan dokumen.
  • 2007, Mohd Nasir Ismail, 2 tahun, Didakwa terlibat dengan JI.
  • 2007, Ahmad Kamil Hanafiah 2 tahun Didakwa terlibat dengan JI Tidak diketahui (masih ditahan di KDC)
  • 2007, Muh Amir Hanafiah, 2 tahun, Didakwa terlibat dengan JI.
  • 2007, Tan Choon Chin, 2 tahun, Dakwaan pemalsuan dokumen.
  • 2007, Mavalavan, 2 tahun, Didakwa terlibat orang luar.
  • 2007, Lian Kok Heng, 2 tahun, Didakwa terlibat orang luar.
  • 2007, Sundaraj Vijay, 2 tahun, Warganegara asing; Dakwaan pemalsuan dokumen.
  • 2007, San Khaing, 2 tahun, Warganegara asing; Dakwaan pemalsuan dokumen.
  • 2007, K. Kengadhadran, 2 tahun Aktivis HINDRAF (Peguam), Menguruskan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur pada November 2007.
  • 2007, M. Manoharan, 2 tahun Aktivis HINDRAF (Peguam), Menguruskan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur pada November 2007.
  • 2007, P. Uthayakumar, 2 tahun Aktivis HINDRAF (Peguam), Menguruskan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur pada November 2007.
  • 2007, T. Vasantha Kumar, 2 tahun Aktivis HINDRAF (Peguam), Menguruskan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur pada November 2007.
  • 2007, K. Ganabathi Rao, 2 tahun, Aktivis HINDRAF (Peguam), Menguruskan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur pada November 2007.
  • 2008, Muhammad Zahid Haji Zahir Shah, 2 tahun, Tidak diketahui.
  • 2008, Shadul Islam, 2 tahun, Tidak diketahui.
  • 2008, Abdul Sathar Mohammad Sarjoon, 2 tahun, Tidak diketahui.
  • 2008, Faycal Mamdouh, 2 tahun, Tidak diketahui.
  • 2008, Mahamad Nakhrakhel, 2 tahun, Tidak diketahui.
  • 2008, Muhammad Shuaib Hazrat Bilal, 2 tahun, Tidak diketahui.
  • 2008, Raja Petra Kamarudin, 56 hari 2 jam 10 minit, Ahli Blog Malaysia Today, Dakwaan menghina Agama Accused of insulting Islam. Juga didakwa atas Akta Hasutan pada artikel bertajuk "Let's Send the Altantuya Murderers to Hell" yang diterbitkan pada laman MalaysiaToday.
  • 2008, Tan Hoon Cheng, 18 jam, Wartawan Sin Chew Jit Poh, Dituduh membuat kenyataan (tentang kata-kata berbaur perkauman oleh Ahmad Ismail) yang boleh menegangkan hubungan kaum Melayu dan Cina.
  • 2008, Teresa Kok Suh Sim, 7 hari, Ahli Parlimen, Seputeh, menghina Islam.
  • 2008, Cheng Lee Whee, 2 hari, Suaram activist, Johor, Menghina polis.
  • 2009, Mas Selamat Kastari, 2 tahun, Ketua Militan Jemaah Islamiah Singapura (JI).
  • 2010, Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, Disyaki menyertai Jemaah Islamiah.
  • 2010, Azzahari Murad, Disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan Wahabi.

KEMBALIKAN AKTA ISA?

Namun, ada pihak berpendapat, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) perlu dikuatkuasakan semula bagi membendung isu ketegangan kaum yang sedang menjejaskan keharmonian rakyat dan keselamatan negara.

Punca utama ketegangan kaum, selain penghinaan terhadap Islam dan agama lain yang berlaku secara berleluasa turut berpunca daripada kesilapan kerajaan memansuhkan ISA sebelum ini.

Dulu, ketika berlaku ketegangan kaum pada 1987 akibat tindakan sesetengah pihak mempersoalkan soal ketuanan Melayu, maka (Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu) mengarahkan Ops Lalang dilancarkan bagi meredakan keadaan.

Bagaimanapun, kerajaan sekarang semakin sukar mengawal keadaan kerana ISA sudah tiada, manakala undang-undang sedia ada tidak boleh membendung ketegangan kaum daripada terus memuncak.

Cuma, masalah besar dengan akta ISA ialah, ia mengizinkan kuasa yang terlalu luas kepada pihak menteri atau polis untuk menahan sesiapa sahaja hanya dengan alasan mereka mengancam keselamatan negara.

Apa kata anda?

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Kedudukan Saf Kanak-kanak Dalam Solat Jemaah, Ini Penjelasan Mufti

Kedudukan Saf Kanak-kanak Dalam Solat Jemaah, Ini Penjelasan Mufti

Masjid boleh mengajar kita erti persamaan. Orang tua duduk di samping anak-anak kecil, orang kaya di samping orang miskin, menteri di samping buruh, pemimpin di sebelah rakyat dan ternyata kesemuanya tidak ada perbezaan di antara mereka.

Saf Kanak-kanak

Namun, sering menjadi persoalan tentang kanak-kanak yang hadir bersolat di masjid. Apakah mereka diletakkan di bahagian saf belakang, atau tidak mengapa jika mereka berjemaah satu barisan dengan orang dewasa.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri, tampil memberikan penjelasan berhubung kedudukan sebenar kanak-kanak lelaki dalam saf ketika solat berjemaah.

Terdapat sebuah hadis Sahih Al-Bukhari yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik r.a. berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Menurut Imam Al-Khatib Al-Syarbini pula, kedudukan kanak-kanak di belakang makmum dewasa adalah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama dan sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa.

Sesungguhnya, kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)

Jawapan ini adalah sebagai menjawab persoalan sebuah surat yang tular di media sosial, hasil tulisan seorang kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan Sharul Azry kepada pengerusi di sebuah surau yang mendakwa dirinya 'dihalau' ke saf belakang oleh jemaah dewasa sedangkan beliau terlebih dahulu berada di saf hadapan.

Nadzrul Zarfan Saf

Dalam surat tulisan tangan itu, Nadzrul Zarfan turut mempersoalkan tindakan jemaah surau yang sering menghalau kanak-kanak yang berada di saf pertama di dalam surau.

Zulkifli memberikan beberapa cadangan kepada ibu bapa dan pihak masjid antaranya, tidak membawa kanak-kanak yang teramat kecil dan susah untuk dijaga serta akan mengganggu jemaah ke masjid.

"Jika kanak-kanak (yang masih kecil) tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu bapanya.

"Disyorkan dalam keadaan sebegini, ibu bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu di hujung sekali."

Zulkifli turut memuji peribadi Nadzrul Zarfan yang hadir menunaikan solat di surau bersama jemaah dewasa.

"Tak salah apa yang anakanda (Nadzrul Zarfan) buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan.

"Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama yang kata begitu," pesan Zulkifli.

Hukum Meletakkan Kanak-Kanak Di antara Saf Lelaki Dewasa

Al-Imam al-Mawardi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir menukilkan mengenai permasalahan di atas, kata beliau: "dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat." (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340)

Adapun mengenai terputusnya saf, setakat pencarian kami (wallahu a’lam), kami tidak mengetahui salah seorang dari ulama yang mengatakan terputusnya saf kerana wujudnya kanak-kanak di dalam saf tersebut.

Pendapat ulama kontemporari seperti Syeikh Ibn Baz Rahimahullah dan juga Syeikh Ibn 'Uthaymeen Rahimahullah mengatakan bahawa ianya tidak terputus. Ianya juga adalah pendapat Syeikh Soleh al-Munajjid.

Kedudukan Kanak-Kanak Di Dalam Saf Solat

Berikut merupakan beberapa keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

Pertama

Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

Kedua

Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

Ketiga

Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka.

Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (27/36-37).

Membina akhlak Kanak-kanak

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya yang masyhur Tarbiyah al-Aulad telah menyebutkan tiga institusi penting untuk kanak-kanak iaitu:
  • Rumah: Iaitu tempat pembangunan fizikal, adab, dan akhlak bagi kanak-kanak.
  • Masjid: Selaku tempat pembangunan kerohanian bagi kanak-kanak.
  • Sekolah: Yang merupakan tempat pembangunan akal fikiran, adab, serta pemikiran kanak-kanak.

Justeru, telah menjadi suatu adat kelaziman para ulama dan salafussoleh mengajar anak-anak mereka untuk hadir ke masjid. Bahkan di zaman mutakhir ini telah terdapatnya halaqah atau majlis pengajian ilmu untuk kanak-kanak yang dijalankan di masjid-masjid seperti di Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, Masjid al-Umawi, dan masjid-masjid yang terdapat di Mesir.

Menjadi saranan buat ibubapa, hendaklah mereka memainkan peranan penting dengan memerhatikan tingkahlaku anak-anak mereka di dalam masjid, mendidik dan mengingatkan anak-anak mereka akan tingginya kehormatan dan kedudukan masjid di dalam Islam, serta memahamkan anak-anak mereka akan fungsi atau peranan masjid itu sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran yang maksudnya: "Pada rumah-rumah (masjid-masjid) yang Allah telah mengizinkan supaya diangkat dan disebutkan nama-Nya di dalamnya. Di situ juga tempat Allah S.W.T disucikan pada waktu pagi dan petang." Surah al-Nur (36)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, January 01, 2020

Legenda 'Dangun Wanggeom' Pengasas Tamadun Korea

Legenda 'Dangun Wanggeom' Pengasas Tamadun Korea

Menurut tradisi Korea, Dangun Wanggeom (juga dikenali sebagai Dangun atau Tangun) merupakan pengasas Gojoseon (atau ‘Joseon Lama’), kerajaan pertama yang direkodkan wujud dalam sejarah Korea. Kerajaan ini berlokasi di bahagian utara Semenanjung Korea dan meliputi sebahagian kawasan timur laut Cina (khususnya wilayah Liaoning dan Jilin).

Legenda Dangun Wanggeom

Kewujudan kerajaan ini dibuktikan menerusi penemuan sejumlah artifak yang mempunyai perkaitan dengan Gojoseon, seperti pisau pendek berbentuk mandolin yang diperbuat daripada gangsa dan batu-batu dolmen yang ditemui di kawasan-kawasan tersebut.

Seperti mana-mana figura di zaman purba yang lain, tidak banyak sebutan pada artifak-artifak arkeologi berkenaan Dangun.

Oleh kerana itu, kita perlu beralih kepada sumber-sumber bertulis dan tradisi budaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang figura yang masyhur ini.

LEGENDA DANGUN

Catatan terawal yang memerihalkan legenda Dangun ditemui di dalam Samguk Yusa (Memoribilia Tiga Kerajaan) dan Jewang Ungi (Hikayat Berima Para Pemerintah). Naskhah-naskhah penulisan ini dihasilkan pada lewat abad ke-13M.

Legenda Dangun dimulakan dengan pengenalan sosok watak datuknya yang bernama Hwan-in dan bapanya, Hwan-ung. Hwan-in dipanggil sebagai ‘Raja Langit’ sementara Hwan-ung pula adalah salah seorang putera bongsu Hwan-in.

Pada suatu hari, Hwan-Ung meminta izin bapanya agar menurunkan beliau ke bumi supaya beliau dapat memerintah kerajaan sendiri. Menurut satu tafsiran berkenaan babak ini, sebagai seorang putera bongsu kepada Raja Langit, Hwan-ung tidak punyai harapan untuk mewarisi kedudukan bapanya.

Oleh kerana itu, untuk menjadi seorang pemerintah dan untuk menghindari konflik dengan abang-abangnya, Hwan-ung mengambil keputusan untuk pergi ke suatu tempat di mana beliau boleh menubuhkan kerajaan sendiri.

Permintaan ini dipersetujui oleh Hwan-in. Raja Langit itu lantas meninjau keadaan di bumi dan memilih Gunung Taebaek-san (Gunung Putih yang Besar), berlokasi di Korea Selatan moden sebagai tapak paling sesuai untuk puteranya itu.

Dalam beberapa versi yang lain, lokasi tersebut adlaah Gunung Paektu (juga dieja sebagai Baektu) yang terletak di sempadan antara Korea Utara dan Cina moden.

PENUBUHAN KERAJAAN

Hwan-un kemudiannya turun ke sebatang pokok cendana suci yang terletak di puncak Gunung Taebaek-san. Beliau membawa bersama 3000 orang pengikut setia dan tiga buah ‘mohor kerajaan langit’.

Selain itu, tiga semangat alam iaitu Angin, Hujan dan Awam turut berkhidmat sebagai menteri Hwan-ung. Lantas, sebuah kerajaan pun ditubuhkan, perundangan dan kod moral digubal.

Ilmu bercucuk tanam, perubatan, sains dan kesenian, semuanya diajarkan. Ringkasnya, Hwan-ung menubuhkan sebuah komuniti masyarakat yang bertamadun di Gunung Taebaek-san.

SANG HARIMAU DAN SANG BERUANG

Bahagian seterusnya di dalam hikayat ini berpindah kepada kisah ibu Dangun, melibatkan seekor harimau dan seekor beruang. Dua ekor haiwan ini datang ke kerajaan Hwan-ung dan berdoa supaya dijadikan sebagai manusia.

Sebaik sahaja Hwan-ung mendengar doa mereka, beliau memutuskan untuk memberi mereka peluang dan setiap seekor haiwan diberikan seguni mugwort dan 20 longgok halia. Hwan-ung mengarahkan mereka agar memakan makanan suci itu sahaja.

Beliau turut memerintahkan mereka agar tinggal di sebuah gua selama 100 hari. Jika arahan itu ditaati, mereka akan menjadi manusia, ujar Hwan-ung.

Walau bagaimanapun, sang harimau menyerah dan meninggalkan gua kerana tidak dapat bertahan dengan rasa lapar. Beruang pula terus menuruti arahan Hwan-ung dan pada hari yang ke-21, ia berubah menjadi seorang wanita.

KELAHIRAN DAN PEMERINTAHAN DANGUN

Ungnyeo (wanita beuang) meluahkan rasa syukur terhadap Hwan-ung dan memberi hadiah korban kepadanya. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berasa sedih kerana tidak mempunyai teman.

Lantas, beliau pun pergi ke pokok cendana suci di puncak Gunung Taebaek-san dan berdoa meminta agar diberikan seorang anak untuk menemaninya.

Oleh kerana berasa terkesan dengan doa itu, Hwan-ung pun menjelmakan diri sebagai seorang lelaki dan mengadakan hubungan intim dengan Ungnyeo.

Sembilan bulan kemudian, wanita-beruang itu pun melahirkan seorang putera dan menamakannya sebagai Dangun, yang bermaksud ‘putera mezbah’ atau ‘cendana’.

Dipercayai bahawa Dangun inilah yang menubuhkan Gojoseon, kerajaan pertama dalam sejarah Korea pada tahun 2333SM. Dalam beberapa buah catatan, ibu kota kerajaan yang ditubuhkan oleh Dangun ini terletak di Pyongyang, yang juga merupakan ibu kota kepada Korea Utara moden.

Dangun kemudian memindahkan ibu kotanya ke Asadal, sebuah lokasi yang diandaikan terletak di Gunung Guwol-san, wilayah Hwangshae. Namun dalam catatan lain, Asadal dianggap sebagai ibu kota pertama Gojoseon.

Menurut legenda, Dangun memerintah kerajaannya itu selama 1500 tahun sebelum turun takhta. Setelah itu, beliau bersembunyi di kawasan pergunungan dan menjadi Sanshin (semangat gunung yang hidup kekal) pada usia 1908 tahun.

DANGUN SEBAGAI DEWA DAN INSPIRASI DALAM SENI BELA DIRI

Pengaruh Dangun masih boleh dirasai sehingga ke hari ini. Bagi yang mengikuti perkembangan dunia perdukunan masyarakat Korea dapat mengetahui bahawa Dangun dihormati sebagai seorang dewa.

Terdapat sejumlah pergerakan dan pertubuhan yang menumpu pada pemujaan Dangun telah ditubuhkan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sistem kepercayaan tradisi sebegini dipercayai hanya diamalkan oleh golongan minoriti di Korea.

Sebuah lagi pengaruh daripada Dangun dapat dilihat menerusi seni bela diri Korea yang masyhur, dikenali sebagai Taekwondo.

Terdapat gaya yang dinamakan bersempena figura legenda ini dan pergerakan gaya tersebut dikatakan mewakili perkaitan antara Dangun, Langit dan gunung tempat beliau menjadi Sanshin.

Pengaruh terakhir yang dapat dikemukakan di dalam artikel ini adalah pengambilan tanggal 3 Oktober sebagai Hari Penubuhan Kebangsaan dan merupakan cuti umum di Korea Selatan.

Tarikh tersebut dipercayai sebagai tarikh di mana Gojoseon ditubuhkan oleh Dangun pada tahun 2,333SM.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots
Sumpah Laknat, Penjual Agama, Penjilat Dan Politik Jijik

Sumpah Laknat, Penjual Agama, Penjilat Dan Politik Jijik

Apabila Najib bersumpah laknat, ada yang kata, ayat-ayat sumpah orang sekarang ini duduk buat main dekat mulut saja, sedih. Mereka cuba main drama air mata atas nama agama. Mereka juga cuba cara lain. Kata mereka lagi, tak hairan dengan sumpah, sebab orang lebih melihat akhlak jahat Najib itu dari sumpahnya.

Sumpah Laknat mainan politik

Di sini macai sejati dan tulen tak faham. Ini kita panggil jilatan licin bersih sampai ke usus. Dan memang kita tak jangkakan mereka akan atau nak faham.

Sebab dalam Islam jelas, jika dianiaya, dituduh secara batil, walaupun dia Ariel Sharon sekalipun, Allah akan terima doa jika dia berdoa.

Ada pun akhlak jahat Ariel Sharon yang sangat jahat, itu dalam perkiraan lain. Atas nama menzalimi, tiada hijab doa walaupun dari orang bukan Islam.

Sebab itu Islam suruh berlaku baik walaupun kepada tahanan perang yang kafir. Zalim bukan dari Islam. Diterima doanya atas alasan dia dizalimi, bukan akhlaknya.

Iblis dan Firaun pernah meminta melalui Nabi Musa, Allah mengampuni mereka dan Allah bersedia menerima doa dan taubatnya dengan syarat.

Siapa lagi yang lebih jahat dari Iblis dan Firaun?

Tak pernah salah kalau sesiapa nak guna sumpah, jika yakin dia betul. Cuma sabar dengan fitnah itu lebih baik. Samalah macam Najib.

Akibat dari sumpah ini, Najiblah seorang yang akan tanggung akibatnya kalau beliau salah. Nak gelabah apa hal?

Al-Arqam

Saya mengajak seluruh umat Islam mengimbau kembali apa yang berlaku kepada al-Arqam.

Ketuanya, Ashaari pernah mengajak pengikutnya mengadakan sumpah mubahalah selepas beliau dikenakan hukuman oleh kerajaan.

Katanya, mereka meminta dalam masa tiga bulan, ditunjukkan Allah balasannya. Mereka yakin dan percaya yang mereka dianiaya.

Tan Sri Hamid Othman ketika itu memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, memberi amaran agar tidak bermain-main dengan sumpah mubahalah. Dan akhirnya kita tahu apa kesudahannya.

Kita tidak mahu mengatakan siapa betul atau salah, tetapi apabila sumpah laknat dilafazkan, ia akan berlegar mencari sasarannya.

Sama ada menimpa ke atas orang yang memfitnah atau sumpah itu akan kembali kepada orang yang menyumpah, salah seorang mereka pasti akan terkena.

Jadi, sangat mudah bagi kita, atas tuduhan ini, laknat itu pasti akan dapat dilihat kepada siapa ia akan singgah.

Kita tunggu, ia bukan satu keputusan mudah jika kita bersalah, lalu bersumpah, dan ia adalah satu langkah yang berani, jika kita difitnah.

Semoga makin jelas drama ini. Ianya antara Najib dan pemfitnahnya, jadi kenapa ada yang kalut lebih?

Mungkin, mereka itu penyebar tegar fitnah dan masih tak bertaubat, maaf saya lupa. Patutlah takut. Mungkin.

Kita langsung teringat kepada Saiful Bukhari Azlan. Nampak macam sangat bahagia dia sekarang dengan isteri dan anak-anaknya.

Macam tak terkena apa-apa sumpahan pun kan?

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: harakahdaily

Ingat! Jika Anda Perokok, Jangan Undi Pakatan Harapan PRU15!!

Ingat! Jika Anda Perokok, Jangan Undi Pakatan Harapan PRU15!!

Kalau boleh kita mahu semua rakyat sihat. Bukan sahaja tidak merokok, tetapi makan makanan yang terjamin bersih, atau kalau boleh semua orang mengambil makanan tambahan (supplement food) setiap pagi, petang dan malam.

Larangan Merokok

Kalau boleh juga, tidak ada kes bayi yang kena demam kuning yang serius dengan mendapat rawatan awal—apa khabar anak-anak kita yang baru lahir dari keluarga miskin atau di pedalaman sana?

Bukankah masih banyak kes bayi tidak mendapat rawatan rapi dan awal sehingga ada yang terpaksa ditukar darah hanya kerana demam kuning?

Dan bukanlah kesedaran untuk mengambil vaksin juga semakin merosot? Mengapa semua itu tidak diambil berat dengan langkah-langkah segera oleh kementerian kesihatan?

Kalau boleh lagi, kita tidak mahu ada wad hospital kerajaan yang panasnya macam neraka kerana tidak ada penghawa dingin; katil tidak cukup; waktu menunggu berjam-jam sehinggalah tempat parkir sudah mengalahkan padat dan sesaknya bazar Ramadan.

Lagi, jangan ada doktor yang sambil lewa merawat pesakit. Menunggu 4-5 jam, kemudian hanya diberikan Panadol.

Semua masalah asas ini tetap juga wujud, tetapi menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad masih sibuk mahu “menghapuskan” perokok!

Katanya, dia tidak kisah digelar “menteri 3 meter”. Agaknya dengan cara itu, dia tidak perlu bekerja untuk menyelesaikan semua masalah asas yang dinyatakan di atas tadi—cukup dengan menyerang perokok dengan bahaya kecil, yang dibesar-besarkan!

Soal digelar orang, dengan gelaran apa pun tidak penting. Apa yang mustahak ialah kerajaan hari ini bukan kerajaan Dr Dzulkefly—ini adalah kerajaan Pakatan Harapan (PH); yang berdiri atas pengorbanan dan perjuangan begitu ramai orang. Termasuk jutaan perokok! Bukan Dr Dzulkefly seorang!

Kalau Dr Dzulkefly memilih untuk menjadi menteri sepenggal dan kemudiannya kalah di parlimen Kuala Selangor, itu adalah pilihan beliau. Terpulang!

Dan kalau semua perokok tidak mengundi beliau lagi di sana dalam PRU akan datang, pasti di situ adalah titik akhir kepada karier politik Dr Dzulkefly, meski sebaik mana pun dia, dan sesuci apa pun niatnya.

Dan kalau semua perokok tidak mengundi PH pada PRU akan datang, padan muka!

Sejak ‘peraturan ganas’ melarang perokok di premis makan, dan sejak Dr Dzulkefly ‘melanggar parlimen’ untuk berkeras melaksanakan peraturan yang tidak wujud dalam manifesto PH, PH telah kalah dalam kesemua pilihan raya kecil (PRK). Ingat tu!

Mungkin Dr Dzulkefly masih juga tidak percaya bahawa majoriti perokok yang merasa tersisih telah menghukum serta memberi peringatan keras kepada PH sebagai cara mereka membidas menteri kesihatan bodoh yang baharu.

Walaupun ada menteri lain dan para pegawai yang berdiam diri, bahkan menjadi munafik dalam perkara ini untuk menjaga kedudukan, sesungguhnya sikap berkenaan tidak akan menguntungkan PH.

Apa yang diwujudkan oleh Dr Dzulkefly—serta mereka yang buat pekak, buta dan bisu dalam perkara ini—bukanlah menghapuskan perokok, tetapi hanya mewujudkan ketegangan dan pergaduhan antara kelompok masyarakat yang tidak merokok dengan kelompok yang merokok.

Pergeseran, ketegangan dan pergaduhan itu dapat kita lihat di media sosial.

Dapat juga kita lihat di warung-warung atau restoren-restoren; suasana yang tidak pernah wujud sebelum ini. Waima sejak puluhan tahun dan sejak negara ini merdeka sekalipun.

Protes senyap 4 juta perokok

Sebelum undang-undang keras oleh Dr Dzulkefly terhadap perokok, antara perokok dan yang tidak merokok boleh hidup aman damai.

Mereka boleh saling menyelesaikan masalah antara mereka, dan saling pula hormat menghormati tanpa perlu campur tangan kerajaan. Oleh kerana fikiran keras seorang menteri, kini antara dua kumpulan berkenaan sudah bermasam muka, tuduh-menuduh, ejek-mengejek dan mula bergaduh sesama sendiri.

Kesannya bukan sahaja di parlimen Kuala Selangor, bukan juga kepada Dr Dzulkefly sebagai seorang menteri kabinet, kesannya kini terpaksa ditanggung oleh seluruh kerajaan PH—yang, sekali lagi, didirikan oleh begitu ramai pejuang dan penyokong, termasuk di kalangan mereka yang merokok dan tidak merokok.

Sekali lagi dengan tegas dinyatakan, ini bukan kerajaan Dr Dzulkefly seorang!—walau sebaik mana peribadi beliau dan sesuci mana pun niat beliau.

Kalau corak kalah demi kekalahan terus menimpa PH, serta undi protes senyap-senyap terus dibuat oleh lebih 4 juta perokok tanpa mereka perlu turun ke jalan raya berdemontrasi, Dr Dzulkefly itulah yang terlebih dahulu perlu dikorbankan—atau beliau sendiri perlu menarik diri demi menyelamatkan kerajaan PH dalam PRU akan datang. Maaf, tidak ada cara lain!

Sesungguhnya manusia di Barat; di negara-negara maju seperti UK, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, atau di Korea Selatan dan Jepun pun tidak berani melaksanakan sesuatu undang-undang yang tidak secocok dengan budaya masyarakat mereka.

Hanya Dr Dzulkefly yang berani melakukannya dengan angkuh dan beliau harus pula menanggung akibatnya.

Kalau asap rokok itu terlalu bahaya, lebih bahaya dari rasuah atau lebih bahaya daripada asap kenderaan atau kilang, maka haramkanlah.

Tidak perlu main separuh-separuh. Kalau tidak, lebih baik tumpu kepada kerja azali untuk meningkatkan mutu hospital kerajaan dan kesihatan rakyat secara amnya.

Kita mahu semua rakyat kita sihat, tidak berbalah sama sendiri dan saling hormat-menghormati. Itulah kekuatan budaya Malaysia selama ini.

Ruangan Merokok

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan sekiranya terdapat pemilik premis yang mahu membuka restoran atau kafe khusus untuk perokok.

Kononnya, ketika ini memang ada beberapa kawasan tertentu yang tidak disenaraikan sebagai kawasan larangan merokok.

Antara kawasan yang tiada larangan merokok adalah kelab malam dan pub, namun kementerian akan mempertimbangkan jika ada pihak yang ingin membuka restoran atau kafe khas untuk perokok.

Bagaimanapun, setakat ini kementerian belum pernah membincangkan perkara berkenaan, dengan pengusaha restoran.

KKM juga akan meneliti semua aspek berhubung pelaksanaan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Beliau turut mengulas apabila ditanya berkenaan terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan hak orang ramai untuk merokok.

“Memang kalau kita hendak melihat kepada hak orang yang merokok, tetapi yang penting adalah kita juga perlu menjaga hak yang tidak merokok dan ada hak untuk bebas daripada asap rokok.

“Jadi kita mempertimbangkan kedua-dua pihak, dan ini keputusan yang kita perlu buat dan keputusan ini dibuat kerana semua tahu merokok itu memudaratkan kesihatan,” katanya.

Kebodohan Menteri PH

Dulu BN kalah kerana skandal 1MDB; jangan nanti PH kalah hanya kerana rokok. Ini sangat-sangat mengaibkan. Memalukan!

Di dalam kekalahan itu tidak lain apabila datang seorang penguasa atau menteri yang tidak faham budaya masyarakatnya sendiri. Betapa bodohnya.

Umno dan PAS pasti akan mengambil kesempatan ini untuk menjadi lebih munafik lagi.

Seperti kebanyakan menteri dan pegawai mereka di dalam kerajaan sekarang yang dilanda sindrom pekak, buta, bisu, atau singkatannya “PBB”, mereka nampaknya telah tercabut daripada suara akar umbi. Sudah tidak mengenal budaya masyarakat sendiri.

Petanda kalah sebegini, menakutkan sekali.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Monday, December 30, 2019

Hotel Mewah Khas Untuk Orang Yang Telah Mati!

Hotel Mewah Khas Untuk Orang Yang Telah Mati!

Kadar kematian tahunan di Jepun meningkat sebanyak 0.94 peratus. Pada tahun 2010 sahaja, seramai 1.2 juta orang penduduk di negara matahari terbit itu dilaporkan meninggal dunia. Rekod ini adalah jauh lebih tinggi daripada purata kematian dunia sebanyak 0.84 peratus setahun.

Keranda Hotel Lastel

Akibat kadar kematian yang semakin bertambah, rumah mayat dan tempat membakar mayat di Jepun menghadapi masalah untuk menguruskan jasad si mati.

Atas sebab itu, seorang lelaki bernama Hisayoshi Teramura terpanggil untuk membina sebuah hotel istimewa diberi nama Lastel, yang terletak di pinggir bandar Yokohama di Jepun.

Sekali pandang dari luar, bangunan tempat penginapan berkenaan tiada bezanya dengan hotel-hotel lain. Malah, para pelancong dan pasangan bercinta sering tersilap memilih hotel ini untuk menginap. Teramura terpaksa berkali-kali menjelaskan kepada para pengunjung bahawa hotel tersebut bukan hotel biasa, tetapi memberi alasan 'hotel kami sangat sejuk'.

Hotel Lastel sebenarnya hotel khas untuk orang mati. Dengan kata lain, kesemua penghuninya terdiri daripada mereka yang telah meninggal dunia. Hotel Lastel mempunyai 18 buah bilik 'sejuk'.

Sistem bilik berkenaan dilengkapi dengan keranda istimewa untuk si mati. Sistem penyimpanan mayat yang digunakan juga adalah canggih dan automatik.

Setiap kali menerima tetamu yang tidak bernyawa, mayat-mayat tersebut akan diawet dan disimpan dalam keranda sejuk. Keranda si mati kemudian diletakkan di ruang yang boieh dilihat oleh ahli keluarga.

Semasa mendiami hotel itu, ahli keluarga dan rakan-rakan si mati boleh datang melwat pada bila-bila masa untuk memberi penghormatan terakhir.

Hotel mewah dan berkeadaan sunyi sepi ini menawarkan kamar untuk si mati dengan bayaran sewa sebanyak 12,000 yen (RM482) sehari. Ahli keluaraa perlu membayar sewa untuk menyimpan atau mungkin memberi hiburan kepada si mati sementara menunggu giliran untuk dikebumikan.

Rakyat Jepun dikatakan antara penduduk dunia yang cenderung berbelanja besar dengan purata sebanyak 1.2 juta yen hanya untuk membayar bunga, tempayan, keranda dan perbelanjaan pengebumian.

Hotel Lastel

Justeru, bayaran sebanyak 12,000 yen sehari (RM453) untuk sewa penginapan terakhir bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia bukanlah diangqap sebagai satu isu besar.

Persoalannya, kenapa tidak dibina sahaja lebih banyak rumah mayat dan tempat membakar mayat? Bukankah itu lebih mudah? Bunyinya mungkin mudah.

Namun, satu permasalahan yang dihadapi oleh negara Jepun ialah tanah di sana sangat terhad. Tambahan pula, tiada siapa yang mahu lokasi pembakaran atau bilik mayat berdekatan dengan rumah mereka.

Masalah menguruskan si mati mungkin menghadapi lebih kesukaran kerana kadar kematian tahunan Jepun dijangka meningkat kepada 1.7 juta pada tahun 2040. Jangkaan ini berdasarkan trend menunjukkan generasi tua paling ramai berbanding kadar kelahiran bayi yang menyusut.

Sekiranya teori ini benar, maka populasi penduduk Jepun dianggarkan akan menurun kira-kira 20 juta orang.

Jumlah ini mengejutkan dunia kerana kadar kematian seperti itu tidak mungkin berlaku dalam sebuah negara maju dari segala segi seperti Jepun.

Juga dikatakan agak mustahil terjadi sekali pun negara yang mengalami peperangan atau kebuluran. Tapi itulah realiti kehidupan yang bakal dihadapi oleh rakyat Jepun.

Oleh itu, Teramura mengambil kesempatan daripada kematian ini dengan memberikan perkhidmatan untuk menyimpan mayat dalam keadaan selesa dan terpelihara. Walaupun dikenakan bayaran yang agak mahal, penduduk Jepun seperti tiada pilihan lain.

Di Yokohama, setiap tubuh yang meninggal dunia terpaksa menunggu giliran yang agak lama iaitu lebih daripada empat hari sebelum dihantar ke tempat pembakaran mayat.

Ketika dalam tempoh menunggu giliran, ahli keluarga menghadapi kesukaran untuk menempatkan mayat.

Hotel Mayat Lastel

Orang Jepun biasanya enggan meletakkan si mati di dalam rumah kerana bimbang mayat membusuk dan reput sebelum tiba giliran untuk dibakar. Tambahan pula, tidak ada ruang untuk meletakkan mayat kerana ruang yang ada sangat terbatas dan sempit.

Untuk menghormati si mati, mereka merasakan adalah lebih baik mayat-mayat itu diletakkan di tempat yang sesuai walaupun berbayar seperti Hotel Lastel.

Di tempat penginapan mayat itu, si mati dirawat dan dijaga agar tidak reput atau membusuk. Tubuh si mati kekal terpelihara sehingga sampai masa untuk dibawa ke tempat membakar mayat.

Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan, hotel untuk si mati mendapat permintaan tinggi.

Teramura memutuskan untuk membina sebuah lagi hotel ekslusif seumpamanya tidak lama lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sidang Kemuncak KL (Dialog Perdana), Persidangan Negara-negara Islam Di Malaysia

Sidang Kemuncak KL (Dialog Perdana), Persidangan Negara-negara Islam Di Malaysia

Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019, merupakan persidangan pertama dianjurkan Malaysia, bagi mengetengahkan isu-isu hal ehwal umat Islam, dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam.

Sidang Kemuncak KL Dialog Perdana

Pandangan terarah kepada perbincangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), diterajui Perdana Menteri dan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terkenal dengan pandangan mengenai isu-isu mengenai dunia Islam.

Turut menyertai beliau pada persidangan itu ialah Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta Presiden Iran Hassan Rouhani.

Indonesia diwakil Naib Presiden Ma’ruf Amin manakala Uzbekistan oleh Penasihat Negara kepada Presiden, Rustam Kasimov.

Kira-kira 450 wakil dari 56 negara Islam menghadiri sidang kemuncak ini yang akan melihat isu seperti kebangkitan Islamophobia, penahanan umat Islam di seluruh dunia dan penghijrahan besar-besaran umat Islam akibat perang saudara.

Bagaimanapun, negara yang rapat dengan Arab Saudi tidak menghadirinya.

Sebelum sidang bermula, tekanan Arab Saudi – yang memiliki pengaruh yang kuat ke atas kerajaan-kerajaan Islam termasuk menerusi bantuan-bantuan lumayan serta kawalan ke atas Makkah dan Madinah yang membolehkan ia menentukan kuota haji tahunan – memaksa puluhan pemimpin negara Islam menjauhkan diri.

Riyadh juga mendakwa sidang kemuncak itu cuba menjadi platform pilihan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dipimpin negara kaya dengan minyak tersebut.

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan tuduhan Riyadh.

Dalam ucapannya, Mahathir menyangkal dakwaan bahawa sidang itu mahu menggantikan platform sedia ada umat Islam.

"Kami di sini bukan untuk menggantikan mana-mana platform Muslim.

"Kami juga tidak berniat mewujudkan kategori atau kelas berbeza bagi negara Muslim atau menjejaskan negara lain.

"Ia perkumpulan beberapa negara Muslim, di mana sebahagian pemimpinnya mahu berkumpul untuk membincangkan beberapa perkara yang mungkin boleh diwujudkan kerjasama, yang pertamanya akan memberi manfaat kepada negara terlibat dan kemudian dibawa ke platform lebih besar dan kerjasama yang memberi manfaat kepada dunia Islam secara keseluruhan," katanya lagi.

Tema

Para peserta sidang kemuncak itu, yang membawa tema 'Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara', terdiri daripada pemikir, intelektual, ahli politik dan pemimpin masyarakat.

7 Teras Utama

Sidang Kemuncak memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta teknologi dan tadbir urus Internet.

Sebagai pengiktirafan kepada pentingnya belia di dunia Islam, buat julung kalinya Sidang Kemuncak Belia KL 2019​​​​​​, diadakan untuk membincangkan peranan belia dalam pembangunan negara-negara Islam.

Bertemakan “Pemberdayaan Belia dalam Menghadapi Cabaran Global”, sidang kemuncak berakhir membincangkan enam sesi dialog kluster.

Persidangan itu bertujuan untuk memperkukuhkan kesejahteraan belia dalam sektor pendidikan, memantapkan ekonomi digital, memperkukuhkan masa depan belia dalam politik, ekonomi dan kelestarian, cabaran IR 4.0 dan menyebarkan integriti dan ketelusan dalam memastikan tadbir urus yang baik.

Resolusi Sidang Kemuncak Belia KL akan dibentangkan kepada pemimpin menghadiri Sidang Kemuncak KL.

Dinar Emas

Idea menggunakan dinar emas sebagai mata wang diutarakan Dr Mahathir Mohamad seawal 2003 dan selepas sedekad, ia masih kekal sebagai cadangan yang belum terlaksana.

Namun, di akhir Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, perdana menteri berkata, peserta persidangan itu sedang melihat kemungkinan menggunakan dinar emas sebagai mata wang secara serius.

"Perbincangan kami juga menyentuh berkenaan mata wang dan cara kita akan melakukan perdagangan.

"Saya mencadangkan agar kami melihat semula idea melakukan urusan perdagangan menggunakan dinar emas dan sistem barter dalam kalangan kami.

"Kita sedang melihat kepada kemungkinan ini secara serius dan berharap dapat mencari mekanisme bagi melaksanakannya," kata Mahathir dalam ucapan penutup persidangan berkenaan.

Sebelum ini perdana menteri berkata, dengan menjadikan dolar AS sebagai mata wang, ada kecenderungan untuk negara tertentu sengaja merendahkan mata wang mereka untuk bersaing dalam perdagangan.

Keadaan itu, katanya, boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi global dan memusnahkan perkembangan ekonomi negara tertentu.

Justeru beliau mencadangkan agar dinar emas digunakan sebagai ganti dolar AS.

Namun kata Dr Mahathir, penggunaan dinar emas perlu diterima hanya untuk perdagangan antarabangsa, bukan menggantikan mata wang domestik.

Sidang Kemuncak KL mendapat liputan meluas daripada hampir 800 pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Dialog Perdana Mulai 2020

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 akan dijenamakan semula sebagai Dialog Perdana bermula tahun 2020.

Malaysia menjemput semua negara Islam dan pihak berkaitan untuk turut serta memberi sumbangan idea serta usaha dalam sidang berkenaan bagi menjayakan perbincangan masa depan.

Malaysia komited untuk melaksanakan penyelesaian pragmatik seperti yang disokong dalam persidangan dengan pandangan bertujuan memulihkan tamadun Islam yang dihormati.

Ia termasuk untuk memperbaiki keadaan semasa ummah selain memperluaskan jangkauan perkembangan ekonomi, sains, teknologi dan inovasi untuk manfaat generasi akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2