Saturday, December 29, 2018

SBDJ Siri 7: Terkencing Dalam Seluar

SBDJ Siri 7: Terkencing Dalam Seluar

Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kian keras bertiup. Bunyi dedaun yang bergeseran sama sendiri amat menakutkan. Dan datuk terus melangkah dengan tenang. Api yang memakan daun kelapa, sekerap marak, sekejap suram.

Terkencing dalam seluar

“Kenapa kita ikut sini tok?” tanya saya. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh datuk, bunga-bunga api dari andang daun kelapa jatuh atas bumi. Saya tidak tahu kenapa datuk ikut jalan ini. Kenapa dia tidak mahu ikut jalan biasa yang mudah dan senang. Tidak perlu melintas tanah sawah yang luas terbentang.

Saya yang memakai baju Melayu cekak musang terpaksa mengulung lengan baju hingga ke siku, kasut getah dan hujung seluar hitam saya mula basah diresapi oleh air embun. Langkah datuk terus lancar. Andang kelapa diangkatnya tinggi-tinggi.

“Kita patah balik ikut jalan lain tok,” saya mengemukakan cadangan.

Datuk berhenti. Dia cacakkan andang daun kelapa tepi batas. Datuk membuang pacat yang singgah di kaki seluarnya.

“Kenapa mesti patah balik, ikut sini dekat,” datuk cabut andang daun kelapa. Saya diam.

Cakapnya tidak boleh dibantah. Saya melangkah dengan hati-hati. Silap langkah nanti jatuh ke dalam sawah. Cahaya dari andang daun kelapa menerangi rumpun-rumpun padi yang baru pecah anak, sesekali terdengar bunyi haruan melompat dalam air sawah menangkap anak.

Suara burung hantu dan jampuk saling tingkah meningkah. Bulan sudah tidak mengeluarkan sinarnya. Awan telah dilindungi permukaan bulan. Suara lolongan anjing kian bertambah keras.

Daun-daun dari pokok besar yang memagari batas sebelah kanan tetap bergerak hebat. Angin malam cukup keras bertiup. Badan saya rasa cukup dingin.

“Lagi cepat kita sampai, lagi baik,” suara datuk parau. Dia menoleh ke arah saya.

“Saya sejuk tok, jauh lagi ke?”

“Ah, kejap lagi sampailah, sekarang kau jalan dulu, biar aku ikut kau dari belakang.” Itu perintah datuk. Badan saya jadi menggeletar, macam-macam perkara buruk datang dalam hati saya.

“Tok jalan dulu, saya tak tahu jalan,” saya berdalih.

“Kau tak tahu, atau pun kau takut?” Datuk ketawa.

Dia memaksa saya jalan dulu. Saya tidak ada pilihan lain. Saya menurut perintahnya. Saya dan datuk sampai di sebuah tali air. Datuk menyuruh saya ke belakang. Lama juga dia berhenti di tepi tali air itu sambil merenung pada air yang mengalir.

“Jalan ke depan lagi, di sana ada titi tak payah kita melompat,” ucap datuk dengan tenang.

Kami mara ke depan. Berhenti di bawah pokok mempelam telur yang berdaun lebat. Cakap datuk memang tepat, di pangkal pokok mempelam telur terdapat titi batang pinang.

Kami menyeberang dengan selamat, dari situ kami mendaki bukit kecil yang penuh dengan pokok pisang hutan, selesai mendaki bukit itu, kami berhadapan dengan sebatang jalan tanah merah ynag lebarnya kira-kira dau kaki.

“Ikut jalan ini ke utara,” ujar datuk sambil meraba ulu golok peraknya.

Saya anggukkan kepala dua tiga kali. Berjalanlah saya dengan datuk, suara burung hantu terus juga menyumbat lubang telinga.

Kami melintasi sebuah tanah perkuburan. Dari sinar api andang daun kelapa itu, saya melihat batu-batu nisan terpacak dengan gagahnya. Suara burung hantu kian kuat. Suara salakkan anjing kian dekat terdengar.

Pokok-pokok puding dan pokok-pokok kecil lain yang berhampiran dengan tanah kubur saya lihat bergerak-gerak, bagaikan ada benda yang menggoncangnya.

Awan tebal yang melindungi bulan mula beredar, dan sinar bulan mula menerangi sebahagian dari jalan yang kami lalui, tiba-tiba awan tebal datang kembali menutup bulan dan andang kelapa yang saya bawa pun padam.

Datuk berhenti, dia membakar andang kelapa yang baru, memang datuk membawa dua tiga andang daun kelapa untuk digunakan dalam satu-satu keadaan yang tertentu.

“Jalan cepat sikit, aku rasa tak berapa sedap hati di sini,” datuk menyuarakan suara hatinya. Saya diam.

“Langkah panjang sikit,”tambah datuk lagi.

Saya hanya boleh anggukkan kepala sahaja. Tidak lebih dari itu. Angin malam yang bertiup menjatuhkan dedaun tua dan ranting-ranting, berderup-derup bunyinya, bagaikan orang mematah kayu kering. Saya mula terasa cemas, tapi saya tidak menyatakan hal pada datuk.

Saya dan datuk jalan dan terus berjalan, matlamat kami mahu sampai ke rumah Anjang Dollah dengan secepat mungkin. Barangkali Anjang Dollah sudah bersila di muka pintu menanti kedatangan kami, agaknya Anjang Dollah sudah menyediakan semua barang yang digunakannya untuk kami, fikir saya dalam hati.

Tanah perkuburan tua agak jauh kami tinggalkan. Dada saya terasa lapang, tapi batin saya terus menyumpah seranah suara burung hantu yang seakan-akan mengikuti langkah kami. Datuk berhenti berjalan.

“Siapa tu,” suarnya perlahan.

Saya merenung ke depan. Saya terpandangkan benda putih berjalan terhincut-hincut di depan datuk dan saya, kerana bulan dilitupi awan tebal dan cahaya dari andang datuk tidak menyala dengan baiknya, saya tidak dapat melihat dengan jelas benda tersebut.

“Barangkali ada orang nak lalu,” datuk bersuara tenang.

Saya juga sependapat dengan datuk. Suara burng hantu dan jampuk bertambah galak. Salakan anjing bertalu-talu, sayup-sayup dan memanjang pula, bagaikan orang menangis di malam sepi.

Benda putih terus menghampiri kami, bila datuk mahu menegurnya, benda putih tersebut itupun hilang. Entah ke mana. Saya tidak dapat memastikan apakah dia masuk ke dalam hutan pokok pisang di kanan, atau masuk ke dalam belukar di kiri jalan. Benda putih itu menjelma di depan kami lagi.

“Bukannya manusia,” datuk membisik ke telinga saya. Serentak dengan itu dia memadam api andang daun kelapa.

“Kita ke tepi, biarkan dia lalu,” perintah datuk.

Saya patuh pada arahan datuk. Kami berdiri di balik pokok getah besar. Benda putih itu melintas di depan kami. Saya tidak dapat melihat bentuk mukanya. Apa yang saya lihat pada benda putih itu berjalan tanpa kaki, tidak mempunyai kepala. Berjalan menuju ke kawasan tanah perkuburan, saya dan datuk melihat Anjang Dollah datang membawa cangkul.

“Apa ni tok,” tanya saya pada datuk.

“Kau diam, kau ikut saya apa yang aku buat,”

“Baik tok,” saya menoleh ke kiri dan ke kanan.

Datuk melangkah ke jalan tanah merah. Dia menarik tangan saya mengikuti langkah Anjang Dollah menuju ke kawasan perkuburan. Saya menurut sahaja. Dua tiga kali saya tersungkur kerana tersepakkan batu-batu nisan. Datuk berhenti.

Saya mendongak ke langit, awan tebal sudah berlalu dari sisi bulan. Dengan pertolongan sinar bulan enam belas, kami dapat apa yang dilakukan oleh Anjang Dollah. Dia sedang mencangkul tanah perkuburan. Benda putih duduk dekat batu nisan.

Anjang Dollah dapat menyelesaikan semua tugas-tugas dalam masa kurang lebih empat puluh lima minit. Seluruh badannya dibasahi peluh, nampak berminyak-minyak ditampar sinar rembulan enam belas.

Dia duduk di pangkal pokok cempedak. Kemudian dia berkata pada kawannya yang nampak putih itu. Benda putih tanpa kepala dan kaki itu, bagaikan terawang-awangan, bergerak dan berhenti di depan Anjang Dollah.

“Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau bawa barang-barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama, kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan,” itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada sahabatnya.

Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati beranak dan rambut. Lama juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur. Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar-legar di tepi kubur.

Kadang-kadang dia nampak bagaikan duduk di akar pokok cempedak. Suara burung hantu kian gamat. Suara jampuk bersahut-sahutan. Lolong anjing tingkah meningkah. Suara dahan kayu berlaga sama sendiri jelas kedengaran di rempuh angin malam. Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi.

Saya bagaikan terdengar bunyi orang berjalan di belakang. Bila ditoleh, tidak ada apa-apa. Saya bagaikan terdengar bunyi burung terbang di atas kepala. Bila diperhatikan tidak ada apa-apa.

Bulu tengkok saya berdiri tegak. Macam-macam perkara aneh saya rasakan. Saya rapat pada datuk yang duduk tenang. Mulunya membaca sesuatu, saya sendiri tidak tahu apa yang dibaca olehnya.

“Kau ingat, tidak ada benda yang berkuasa di dunia ini, selain daripada Allah yang maha besar, dan tiada manusia yang boleh melawan kekuasaannya. Ingatkan Allah yang maha besar,” datuk memberitahu saya, bila dilihatnya saya menggeletar sendirian.

“Kau lihat di depan,” datuk menajamkan mulutnya ke arah kubur yang digali oleh Anjang Dollah.

Saya merenung ke depan. Saya lihat benda putih tanpa kepala dan kaki itu terjun ke dalam kubur. Saya terdengar bunyi suara Anjang Dollah terpekik dalam kubur, tanah kubur berterbangan ke udara, serentak dengan itu juga saya dengar suara mengaum macam suara harimau dari dalam kubur.

Suara jeritan Anjang Dollah beransur lemah. Tanpa dapat ditahan datuk meluru ke tanah kubur. Datuk mahu menolong Anjang Dollah, dia mengambil sepotong kayu, lalu memukul benda putih yang keluar dari lubang kubur.

Setiap kali datuk memukulnya, benda itu tidak melawan, malah dia mengelak, akhirnya ghaib dari kawasan perkuburan.

Datuk memanggil saya, waktu saya mahu sampai dekat datuk, saya rasa pangkal seluar saya basah. Sesungguhnya, saya tidak sedar waktu bila saya terkencing dalam seluar.

Datuk suruh saya membakar andang daun kelapa. Saya patuh dengan cakapnya. Bila andang daun kelapa sudah terbakar. Kawasan sekitar tanah kubur yang digali oleh Anjang Dollah terang.

“Kau lihat,” datuk menuding jari kelingkingnya ke dalam lubang kubur.

Lubang kubur saya jenguk. Anjang Dollah terbaring di dalamnya. Seluruh mukanya berdarah. Di sebelahnya terdapat mayat seorang perempuan, kepalanya sudah terpisah dengan badan. Kain kapannya sudah koyak dan berdarah.

“Perbuatan yang dikutuki oleh Allah, perbuatan sesat yang terpisah dari ajaran agama, cuma orang yang tidak beriman dan tidak percayakan Allah saja yang berani membuat kerja sial ini,” datuk merungut panjang.

Saya renung muka datuk. Wajahnya penuh kesal. Memang, di luar dugaan datuk, bahawa pawang Anjang Dollah boleh membuat kerja yang tidak direlakan oleh agama Islam.

“Apa yang patut kita buat datuk,” saya menyoal datuk. Lama juga datuk termenung di situ. Saya tidak tahu apa yang difikirkannya.

“Sebagai orang Islam, Anjang Dollah tidak boleh dibiarkan begini, dia harus dimandikan, dikapan dan ditanam serta dibacakan talkin,” terang datuk.

“Siapa yang mahu menguruskan semuanya ini.”

“Siapa lagi, kita yang mesti menyelesaikannya,” datuk bersuara tegas.

“Dia membuat kerja yang silap, biarkan dia di situ,” bantah saya.

Datuk senyum. Suara burung hantu dan jampok terus bersahut-sahutan, tapi suara salakan anjing sudah tidak ada lagi. Bunyi dahan jatuh masih kedengaran.

“Kau silap, kita tahu dia memang beragama Islam, soal dia membuat kerja yang tidak baik tu, soal dia dengan Tuhan,” datuk memberitahu saya.

Datuk membuat keputusan yang tepat. Dia mahu memberitahu pada seluruh penduduk tentang peristiwa yang menimpa diri Anjang Dollah. Dia mahu menghebahkan hal itu ke seluruh kampung.

Datuk juga mengharap pada sesiapa yang mengambil ilmu salah atau yang berguru dengan Anjang Dollah supaya bertaubat dan membuang semua ilmu itu untuk kembali ke jalan Allah.

Saya merenung ke dalam kubur kembali. Saya lihat mayat perempuan mati beranak itu masih berdarah, saya kira perempuan itu tentu sahaja baru ditanam. Hal itu saya tanyakan pada datuk.

“Agaknya dia mati semalam,” kata datuk.

Dia menarik tangan saya keluar dari kawasan perkuburan. Kami berpatah balik menuju ke kampung. Bila sampai di kampung nanti, datuk mahu melapurkan perkara itu kepada penghulu.

Kami kembali meredah tanah sawah yang luas terbentang. Kali ini saya tidak mahu berjauhan dengan datuk. Datuk tahu perasaan hati saya. Dia menyuruh saya memegang pinggang seluarnya.

Sebaik sahaja kami sampai di gigi kampung, saya dan datuk terserempak dengan Imam Hamid. Dia agak terkejut bila kami nyatakan yang kami baru sahaja kembali dari tanah kubur.

“Apa halnya,” tanya Imam Hamid.

“Panjang ceritanya dan Pak Imam ni dari mana,” soal datuk.

Imam Hamid terdiam. Kemudian dia memberitahu kami, bahawa dia juga mahu pergi ke kubur.

“Apa sebabnya,” datuk mengemukakan soalan. Imam Hamid diam sejenak.

“Anak aku Sepinah mati beranak, dah ditanam pun pagi semalam.”

“Kami tak tahu,” jawab datuk.

“Silap aku, aku mahu menanamnya cepat, tiba-tiba malam ini hati aku teringatkan dia. Aku bimbang kuburnya dikorek orang, kau sendiri tahulah sekarang, kubur perempuan mati beranak suka sangat digali orang,” terang Imam Hamid.

Mendengar cakap Imam Hamid itu, wajah datuk segera berubah. Dia mula ragu dengan apa yang dituturkan oleh Imam Hamid.

Jauh dalam hati datuk, timbul satu pertanyaan apakah Imam Hamid bersubahat dengan Anjang Dollah dalam perkara ini?

Datuk terus menepuk bahu Imam Hamid dalam mengajak dia pulang. Imam Hamid keberatan. Datuk terus memujuk. Ada sesuatu yang mahu disoal oleh datuk pada Imam Hamid. Kalaulah Imam Hamid membuat kerja terlarang, dia mahu memujuknya supaya kembali ke jalan Allah.

“Ke rumah saya saja malam ini, ada hal yang mahu saya tanya pada Pak Imam,” kata datuk. Mendengar cakap datuk itu muka Imam Hamid berubah menjadi pucat.

Tamat siri 7/284

BACA: SBDJ Siri 6: Melihat Jembalang Air
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Shopee Laman Web e-Dagang Terbesar Asia Tenggara

Shopee Laman Web e-Dagang Terbesar Asia Tenggara

Muncul tiga tahun lewat berbanding Lazada bukan alasan buat Shopee untuk mengatasi serta memintas Lazada serta penawaran laman e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan lebih hebat, mereka juga berjaya menjadi lamana e-dagang paling dominan di hampir setiap negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

Laman Web e-Dagang Terbesar

Berjaya mengutip lebih 12 juta tempahan sempena jualan 12.12 serta 11 juta tempahan pada jualan 11.11 sekali gus berjaya menunjukkan orang ramai lebih berminat untuk berbelanja di platform ini berbanding beberapa laman web pencabar yang lain.

Mengulas dari segi populariti, ramai yang menjangkakan Shopee mampu bergerak dengan lebih jauh lagi melihat kepada jumlah penggunanya yang semakin ramai dimana mereka berjaya mendominasi pasaran e-dagang di Vietnam mengalahkan The Gioi Di Dong serta Tokopedia dan Bukalapak di Indonesia.

Difahamkan, rahsia disebalik peningkatan pengguna Shopee adalah pengalaman pembelian yang sangat mudah.

Tidak dilupakan juga promosi yang berterusan berjaya membuatkan orang ramai semakin tertarik untuk membeli-belah di laman ini berbanding beberapa laman penjualan yang lain.

Melihat kepada trend pengguna yang mudah berbelanja serta mengakses laman mereka melalui telefon pintar, Shopee sejak dari awal lagi memfokuskan kepada penawaran terbaik buat pengguna telefon pintar berbanding desktop.

Berbincang mengenai barangan yang sering menjadi rebutan di Shopee, difahamkan platform ini berjaya didominasi oleh ruangan health & beauty serta mobile & accessories dimana orang ramai lebih cenderung mendapatkan barangan penjagaan kulit, kosmetik serta telefon pintar.

Setakat suku pertengahan 2018 sahaja, laman ini telah pun mengutip sebanyak 158.5 juta tempahan bernilai $2.7 bilion (RM11.28 bilion).

Mengulas lanjut mengenai pelan strategik Shopee menjelang 2019, pengarah urusan Shopee bercadang untuk memfokuskan kepada peningkatan rangkaian produk dalam meningkatkan lagi jumlah bilangan pengguna.

Gabungan kerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka juga bakal dipertingkatkan agar platform ini terus kekal releven dalam menawarkan barangan yang menepati citarasa pengguna.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018

10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018

Rasanya ramai nak tahu siapa 100 Lelaki Paling Seksi di dunia yang telah disenaraikan oleh starmometer.com berdasarkan 7 juta undian di seluruh dunia, mengangkat ahli kumpulan muzik band BTS dari Korea Selatan, Jeon Jungkook, sebagai Lelaki Paling Seksi tahun ini.

Berikut adalah senarai 10 lelaki paling seksi 2018.

1. JUNG KOK, KOREA

JUNG KOK, KOREA

Jung Kok merupakan ahli kumpulan K-pop yang kian mendominasi dunia, iaitu BTS.

2. KRIST PERAWAT, THAILAND

KristKRIST PERAWAT, THAILAND

Krist atau nama penuhnya Perawat Sangpotirat merupakan aktor, penyanyi dan model dari Thailand dan baru saja berumur 23 tahun.

3. ALDEN RICHARDS, FILIPINA

ALDEN RICHARDS, FILIPINA

Alden adalah seorang pelakon, hos dan model yang semakin meningkat naik di Filipina.

4. KAI (EXO) KOREA

KAI (EXO) KOREA

Siapa yang dapat menidakkan kuasa populariti kumpulan K-pop yang semakin mendominasi dunia muzik global. Dan KAI dari kumpulan EXO turut tersenarai dek personalitinya.

5. PIETRO BOSELLI, ITALY

PIETRO BOSELLI, ITALY

Dirinya pernah tular suatu ketika dahulu dan diberi gelaran guru matemarik paling kacak di dunia!

Selepas itu, populariti Pietro kian melonjak malah dilamar oleh agensi modeling malah memperaga variasi jenama dan pereka.

6. CHRIS PINE, USA

CHRIS PINE, USA

Berusia 36 tahun, pelakon tampan ini masih lagi mengekalkan keseksiannya walaupun ramai bintang baru bersilih ganti.

7. ANSEL ELGORT, USA

ANSEL ELGORT, USA

Populariti Ansel tidak dapat dinafikan sejak muncul dalam filem The Fault in Our Stars serta Baby Driver, apatah lagi dirinya berbakat bukan saja berlakon tetapi turut boleh menyanyi dengan baik.

8. HARRY STYLES, USA

HARRY STYLES, USA

Walau sudah bergerak solo selepas perpecahan dari kumpulan One Dirrection, Harry Styles masih lagi digilai ramai!

9. COLE SPROUSE, USA

COLE SPROUSE, USA

Walau pun masih muda, dan memiliki kembar iaitu Dylan Sprouse, Cole tersenarai buat pertama kali. Ini berikutan watak popular yang dibawanya dalam siri misteri hit iaitu Riverdale menjulang namanya.

10. PARK SEO-JUN, KOREA

PARK

Seorang pelakon lelaki dari Korea Selatan yang terkemuka dengan rangkaian filem serta naskah popular seperti Heal Me dan She Was Pretty.

Jom kita lihat senarai penuh 100 Lelaki Paling Seksi di dunia 2018.

1. Jungkook, KOREA

2. Krist Perawat, THAILAND

3. Alden Richards, PHILIPPINES

4. Kai, KOREA

5. Pietro Boselli, ITALY

6. Chris Pine, USA

7. Ansel Elgort, USA

8. Harry Styles, ENGLAND

9. Cole Sprouse, USA

10. Park Seo-Jun, KOREA

11. Sehun, KOREA

12. Yang Yang, CHINA

13. Choi Min-Ho, KOREA

14. Jackson Wang, HONG KONG

15. Lay, CHINA

16. Dylan Wang, CHINA

17. Nadech Kugimiya, THAILAND

18. Chris Hemsworth, AUSTRALIA

19. Channing Tatum, USA

20. Cristiano Ronaldo, PORTUGAL

21. Shawn Mendes, CANADA

22. Jamie Dornan, NORTHERN IRELAND

23. Marlon Texeira, BRAZIL

24. Henry Cavill, ENGLAND

25. Jason Momoa, USA

26. Tom Hardy, USA

27. Zac Efron, USA

28. Ji Chang Wook, KOREA

29. Ryan Reynolds, USA

30. Joe Taslim, INDONESIA

31. Chris Evans, USA

32. Charlie Puth, USA

33. AJ Kapa, NEW ZEALAND

34. William Levy, CUBA

35. Robert Pattinson, ENGLAND

36. Ryan Gosling, CANADA

37. Kris Wu, CHINA

38. Chris Pratt, USA

39. Idris Elba, ENGLAND

40. Lee Min Ho, KOREA

41. Zayn Malik, ENGLAND

42. James Reid, PHILIPPINES

43. Enrique Iglesias, SPAIN

44. Giulio Berruti, ITALY

45. David Grandy, ENGLAND

46. Sean O’pry, USA

47. Tom Holland, ENGLAND

48. Justin Bieber, CANADA

49. Chadwick Boseman, USA

50. Nick Bateman, CANADA

51. Noah Centineo, USA

52. Deniz Can Aktas, TURKEY

53. Daniel Radcliffe, ENGLAND

54. Hu Yitian, CHINA

55. Shahid Kapoor, INDIA

56. Nick Jonas, USA

57. Kit Harrington, ENGLAND

58. Nam Joo Hyuk, KOREA

59. Darren Chen, TAIWAN

60. Cha Eun Woo, KOREA

61. Jensen Ackles, USA

62. Douglas Booth, ENGLAND

63. Adam Levine, USA

64. Song Joong-Ki, KOREA

65. Chase Crawford, USA

66. Piolo Pascual, PHILIPPINES

67. David Beckham, ENGLAND

68. Choi Siwon, KOREA

69. Liam Hemsworth, AUSTRALIA

70. Gong Yoo, KOREA

71. Jericho Rosales, PHILIPPINES

72. Jared Padalecki, USA

73. Daniel Matsunaga, BRAZIL

74. Park Bo-Gum, KOREA

75. Mario Maurer, THAILAND

76. Fattah Amin, MALAYSIA

77. Paul Iskandar, LEBANON

78. Max Nattapol, THAILAND

79. Jung Hae-In, KOREA

80. Francisco Escobar, COLOMBIA

81. Niall Horan, IRELAND

82. Thanit Itthipat, THAILAND

83. Hideo Muraoka, BRAZIL

84. Xavier Serrano, SPAIN

85. Seung Hwan Lee, KOREA

86. Cameron Dallas, USA

87. Antonin Beranek Muz Roku, CZECH REPUBLIC

88. Aakash Shresta, NEPAL

89. Pedro Mendes, SWITZERLAND

90. Alex Hogh Andersen, DENMARK

91. Rohit Khandelwal, INDIA

92. Maxi Iglesias, SPAIN

93. Stephen James, ENGLAND

94. Bruno Gagliasso, BRAZIL

95. Antoine Griezmann, FRANCE

96. Mario Casas, SPAIN

97. Park Hyung-Sik, KOREA

98. Imran Abbas, PAKISTAN

99. Alexey Vorobyov, RUSSIA

100. Ross Butler, USA

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Thailand Iktiraf Ganja Dan Ketum Untuk Tujuan Perubatan

Thailand Iktiraf Ganja Dan Ketum Untuk Tujuan Perubatan

Kerajaan Thailand telah meluluskan pindaan terhadap undang-undang narkotik negara itu yang menyaksikan penggunaan produk ganja dan ketum untuk tujuan perubatan tidak lagi menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang.

Thailand Canabis
Pokok Ganja.

Keputusan itu sekali gus menjadikan Thailand sebagai negara pertama di rantau Asia, yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia, dalam membenarkan penggunaan dadah tersebut.

Usul untuk pindaan tersebut diluluskan oleh Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) Thailand setelah mendapat 166 undi yang menyokong dengan 13 undi berkecuali dan tiada yang menentang.

Dengan pindaan tersebut, jawatankuasa kawalan narkotik mempunyai kuasa untuk membenarkan pemilikan, pengeluaran, penggunaan, import dan eksport ganja dan ketum, serta undang-undang (regulations) yang berkaitan dengannya.

“Ini adalah hadiah tahun baru daripada NLA kepada kerajaan dan rakyat Thai,” kata Somchai Sawangkarn, pengerusi jawatankuasa penggubalan tersebut, seperti dilaporkan oleh Al-Jazeera.

Kebenaran tersebut tertakluk pada penggunaan ganja dan ketum untuk tujuan perubatan, rawatan pesakit, kajian dan penyelidikan, pertanian, perdangangan, sains dan juga industri.

Amaun tertentu pengguna

Thailand Ketum
Pokok Ketum.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh membawa amaun tertentu produk tersebut bagi tujuan rawatan penyakit sekiranya mereka mempunyai preskripsi daripada golongan profesional dalam bidang tertentu.

Amaun pemilikan dadah tersebut pula tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh jawatankuasa kawalan narkotik, lapor Bangkok Post.

Sementara itu, lesen untuk penggunaan ganja dan ketum pula adalah untuk organisasi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pendidikan dalam bidang perubatan serta pertanian, selain organisasi kawalan narkotik (narcotics suppression).

Organisasi lain yang terlibat adalah Persatuan Palang Merah Thailand, profesyen perubatan orang asli dan tradisional, universiti perubatan, organisasi petani berasaskan komuniti yang berdaftar, pengendali pengangkutan antarabangsa, serta pesakit yang melakukan perjalanan antarabangsa- yang perlu membawa narkotik dan bahan-bahan yang dibenarkan oleh kementerian kesihatan awam Thailand.

Sesiapa yang didapati melangar undang-undang boleh dihukum penjara antara lima hingga 15 tahun, dan atau denda sehingga 1 juta baht, bergantung pada jumlah ganja dan ketum yang dimiliki secara haram.

Konspirasi

Tahukah anda bahawa perubatan moden merupakan industri kedua terbesar didunia selepas industri minyak?

Tahukah anda mengapa Presiden Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dibuat kajian?

Pada 18 September 2014, seorang doktor di Amerika bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana merawat seorang pesakitnya menggunakan daun Marijuana (ganja) sedangkan pesakitnya yang menghidap kanser itu telah pun sembuh selepas itu!

Penyakit adalah bisnes lumayan bagi doktor anda!

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Friday, December 28, 2018

SBDJ Siri 6: Melihat Jembalang Air

SBDJ Siri 6: Melihat Jembalang Air

Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut golok perak di pinggang. “Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti.”

Melihat Jembalang Air

Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya. Ular pun panggung kepala. Bagaikan kilat datuk mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu-satu. Barulah puas hati datuk.

Malam bertambah dingin. Daun-daun pokok di kiri kanan jalan bergerak-gerak diterajang oleh angin. Bunyi suara burung hantu bersahut-sahutan. Di selang-seli dengan raungan anjing yang mendayu-dayu.

Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir tenang itu bergolak dan berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun dan berombak itulah bangkai ular yang dipotongnya jatuh.

Makin lama, makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang hebat. Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ. Datuk termenung. Belum pernah dia berhadapan dengan hal-hal begitu.

Mata datuk terus juga merenung pada air sungai yang beralun dan berbunyi dengan teliti. Datuk berdebar juga. Terniat dalam hatinya mahu meninggalkan tempat tersebut. Niat itu mati dengan sendirinya, bila timbul desakan dalam hatinya untuk mengetahui apakah benda dalam perut sungai.

Dalam suasana agak kelam-kabut itu. Datuk terpandang, air sungai mula melimpah ke tebing. Di tengah-tengah sungai itu timbul satu lembaga besar hitam, badannya sebesar kerbau jantan. Lembaga itu terus timbul.

Setiap kali lembaga itu bergerak. Air terus bergelombang merempuh pokok-pokok keladi di tebing sungai. Semuanya tumbang. Macam selalu, bila berhadapan dengan perkara-perkara yang aneh datuk akan membaca ayat suci al-quran.

Kali ini datuk membaca ayat ‘Kursi’ dengan khusyuk. Semasa dia membaca ayat-ayat itu lembaga di dalam sungai terus mengamuk dan bertempik, bagaikan suara gajah. Datuk tidak peduli.

Dia terus membaca. Bila ayat itu habis dibaca. Suasana di dalam sungai kembali normal. Air sungai terus mengalir tenang. Daun-daun pokok tidak bergerak meskipun angin malam bertiup.

“Syaitan?” kata datuk sambil meninggal kan tempat tersebut.

Datuk terus mendapatkan anak buahnya. Mereka berkumpul kerana hari sudahpun beransur cerah. Datuk terus membawa anak buahnya ke surau dan menunaikan sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh mereka pun berpecah meneruskan kerja masing-masing.

Separuh dari pada anak buahnya terus ke Paya Besar menoreh getah dan separuh lagi pergi ke tempat perusahaan membuat batu-bata di Jalan Parit. Banyak juga anak buah datuk yang menjadi buruh di syarikat perusahaan itu.

Datuk tidak pula menceritakan apa yang dialaminya pada orang-orang kampung. Walaupun begitu, ada juga orang kampung yang mengalami peristiwa seperti yang datuk alami itu bila berjalan malam di jambatan besi tersebut.

Jambatan besi itu masih ada lagi hingga sekarang, terletak di antara Kampung Pulau Kabung dengan Kampung Mandi Upeh. Tapi, peristiwa ganjil seperti yang dialami oleh datuk itu tidak berlaku lagi.

Di kiri kanan jambatan besi itu kini sudah penuh dengan rumah kediaman. Kadang-kadang jambatan itu jadi tempat persinggahan anak muda pada setiap malam, selepas mereka menonton wayang di Pekan Sitiawan, Air Tawar atau Bruas.

Dan kalau diceritakan kisah-kisah aneh pada mereka. Mereka tidak akan percaya, malah mereka akan mengetawakan pada orang yang menceritakannya.

Sebulan selepas dari peristiwa yang aneh itu, pada satu malam rumah datuk didatangi oleh seorang pemuda Udin namanya. Dia meminta jasa baik datuk untuk membuat air penawar pada anak kecilnya yang sudah seminggu menangis malam.

“Agaknya perut anak kau kembung,” kata datuk sambil merenung muka Udin.

“Sudah berbotol minyak angin saya lumurkan ke perutnya,” jawab Udin dengan tenang.

Datuk terdiam kerana dia tahu, dia bukanlah seorang dukun atau pawang, tapi kerana dia merupakan orang tertua di kampung tersebut, dia dianggap tahu dalam hal-hal kedukunan.

“Bawa saja anak kau ke klinik,” datuk mengesyurkan. Udin terdiam sejenak. Muka datuk direnungnya lama-lama.

“Malam klinik dah tutup.”

“Sepatutnya, kau tak payah minta penawar dari aku, jumpa daktor lagi baik, sebabnya mereka boleh memeriksa anak kau, mana tahu anak kau ada mengidap penyakit.”

“Saya tahu, tapi..” Udin berhenti bercakap. Ada rasa kecewa dan putus asa bermain di wajahnya.

“Baiklah, bolehlah aku buatkan penawar, tapi esok kau bawalah anak kau ke klinik,” kata datuk lagi.

Datuk pun segera membuat air penawar dan diberikan pada Udin. Sebelum Udin meninggalkan rumah, lagi sekali datuk memgingatkan Udin supaya membawa anaknya menemui doktor.

Datuk berpendapat berubat dengan doktor lebih baik dari berubat dengan dukun, kerana dengan peralatan moden, sakit seseorang dapat dikesan dengan cepat.

Pesan datuk itu tidak dipersiakan oleh Udin. Dia terus membawa anaknya menemui doktor dan menerima rawatan dengan baik. Sejak itu anaknya tidak lagi menangis malam.

Memang, begitulah sikap datuk, dia lebih suka mengalakkan orang-orang kampung berubat dengan doktor, kecuali kalau sudah menemui doktor pesakit tidak mahu baik, barulah dia menyuruh berubat cara kampung.

“Mari ikut aku ke rumah Anjang Dollah,” kata datuk pada saya.

Pemintaan datuk itu tidak dapat saya tolak. Dengan rasa kecewa saya meninggalkan kumpulan kawan-kawan saya yang sedang bermain galah panjang di depan rumah datuk.

“Apa halnya,” tanya saya

“Sajalah, aku dengar cerita Anjang Dollah tu handal mengubat orang kena sampuk, aku nak tengok cara dia mengubatnya. Kalau boleh aku nak belajar darinya.”

“Belajar buat apa?” balas saya.

Datuk tersenyum dan terus berkata, “Belajar untuk tahu apa salahnya, tidak merugikan kita.”

Setelah mendengar cakapnya itu. Saya pun tidak mengeluarkan sebarang soalan atau pertanyaan. Berjalanlah saya dengan datuk petang itu menuju ke Kampung Gelung Gajah yang jaraknya lebih kurang tiga batu dari kampung datuk.

Terpaksa meredah dua tiga anak sungai. Dan rumah Anjang Dollah letaknya agak terpencil dari rumah-rumah di situ. Berada di pinggir sebuah kolam dan berhadapan dengan sebuah belukar kecil.

Lebih kurang pukul empat petang, sampailah saya dan datuk ke rumah Anjang Dollah. Kami dipersilakan naik. Datuk terus menyatakan, bahawa kedatangannya ialah untuk melihat bagaimana cara dia mengubati orang yang kena sampuk.

“Apa salahnya,” balas Anjang Dollah dengan senyum bangga.

Anjang Dollah pun mempersilakan saya dan datuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil. Di dalam bilik itu penuh dengan barang-barang perubatan seperti kemenyan hantu, buah limau, buah kelapa dan tempat membakar kemenyan.

Di tepi bilik terdapat sebuah katil dengan tilam dan bantal bersarung kain hitam. Bantal dan tilam itu sudah buruk benar. Bila saya menghampirinya hidung saya tidak tertahan mencium bau hapak dari bantal dan tilam.

Bila saya mahu membuka kain tilam yang menutup katil itu saya ditahan oleh Anjang Dollah.

“Jangan,” suara Anjang Dollah keras.

Saya duduk kembali. Hati saya ingin tahu, siapakah gerangan yang tidur di situ. Saya yakin ada orang yang tidur di atas katil itu, kerana bila saya perhatikan kain hitam itu bagaikan bergerak-gerak mengikuti tarikan nafas manusia.

“Siapa yang baring tu,” datuk pula bertanya. Anjang Dollah merenung muka datuk. Saya mula resah tidak menentu.

“Sahabat saya, orang suruhan saya. Boleh disuruh keluar waktu malam dan balik pagi.” Anjang Dollah memperjelaskan pada datuk. Saya dan datuk pun angguk kepala.

“Dia tidur agaknya,” tanya saya lagi.

“Dia tak tidur,” sahut Anjang Dollah.

“Kalau tak tidur kenapa tak bangunkan,” tingkah datuk.

“Dia malu tengok orang,” itulah jawapan Anjang Dollah.

Jawapan itu sebenarnya tidak memuaskan hati saya. Dan saya mahu bertanya lagi. Bila saya mahu membuka mulut, datuk segera mencuit bahu saya. Fahamlah saya, bahawa datuk tidak mahu saya menyoal lebih lanjut tentang apa yang berada di atas katil.

Anjang Dollah meninggalkan kami di dalam bilik. Ada orang datang ke rumahnya. Sepeninggalan Anjang Dollah itu, bulu roma saya mula berdiri. Rasa takut datang dalam hati saya. Kalaulah tidak ada datuk di samping pasti tempat itu saya tinggalkan.

Anjang Dollah datang. Dia minta kami duduk di ruang tengah. Di ruang tengah itu terdapat sorang perempuan muda. Duduk bersila di atas lantai. Perempuan muda itu datang ke rumah Anjang Dollah kerana mahu meminta tolong mengubati adiknya yang menjerit dan meraung tidak tentu arah macam orang gila.

“Adik saya kena buatan orang Pak Anjang,” kata perempuan itu dengan muka agak muram.

“Dia terpaksa diikat dengan tali di tiang rumah,” tambah perempuan itu lagi.

Anjang Dollah menggigit bibir dan terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Tanpa bercakap sepatah, Anjang Dollah terus ke dapur. Datang semula keruang tengah dengan mangkok putih yang penuh berair.

“Mari masuk ke dalam bilik saya,” Anjang Dollah menjemput peremmpuan, datuk dan saya.

Kami pun masuk ke dalam biliknya. Anjang Dollah bersila, di depan katil. Matanya merenung air dalam mangkuk putih sambil mulutnya membaca sesuatu. Entah apa yang dibacanya saya pun tidak tahu.

Dia menoleh ke belakang merenung perempun muda seraya berkata, “Kau balik dulu.”

Bila perempuan itu sampai dekat muka pintu. Anjang Dollah memanggilnya kembali dan menyuruh perempuan itu duduk di depannya. Perempuan itu akur dengan perintahnya itu.

Anjang Dollah terus membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit Anjang Dollah berbuat begitu. Mukanya bertukar menjadi hitam. Matanya jadi hijau berkilai. Separuh anggota badannya mengeletar, macam orang kesejukan.

Lama juga Anjang Dollah jadi begitu. Hati saya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu. Bila wajahnya berubah dalam keadaan biasa. Barulah Anjang Dollah bersuara, tapi suaranya bertukar menjadi parau.

“Siapa nama adik kau,” tanya Anjang Dollah pada perempuan itu.

“Aishah.”

“Berapa umurnya?”

“Sembilan belas tahun.”

“Siapa nama emaknya.”

“Hamidah.”

Selesai sahaja Anjang Dollah menyoal dan menerima jawapan dari perempuan itu. Dia segera bangun dan terus rapat ke katil. Berdiri di situ agak lama juga sambil tangan kanannya memegang pangkal dagunya.

“Hai sahabatku yang setia, pergilah engkau ke tempat asalmu, ambillah sehelai rambut perempuan mati beranak,” kata Anjang Dollah.

Kain hitam mula bergerak. Datuk duduk dengan tenang. Saya merasakan mahu buang air kecil, terasa mahu buang air besar. Saya jadi serba salah. Rasa mahu buang kecil dan air besar itu hilang juga, bila saya terfikir kalau masa buang air kecil atau buang air besar kain hitam itu akan datang pada saya. Buruk padanya.

“Pergilah sahabatku,” ulang Anjang Dollah.

Dengan tiba-tiba kain hitam terjatuh atas lantai. Apa yang saya lihat di atas katil ialah bantal dan tilam bergerak sendiri. Tilam bagaikan digulung oleh orang.

“Dia sudah pergi,” kata Anjang Dollah pada datuk.

Datuk pun mengangguk kepalanya. Anjang Dollah pun mengambil kain hitam dan terus memberikan pada perempuan muda itu.

“Kau rimbaskan kain hitam ke muka adikmu tujuh senja, lepas tu kalau tak juga mahu hilang, kau datang ke mari lagi,” kata Anjang Dollah.

Dan perempuan itu pun menghulurkan wang pada Anjang Dollah. Dengan tenang perempuan itu meninggalkan rumah Anjang Dollah.

“Ini baru sedikit sahaja, minggu depan kalau kalian datang, kalian boleh lihat cara lain saya mengubat, saya boleh kenalkan awak berdua dengan sahabat saya itu,” megah benar Anjang Dollah.

“Saya datang lagi,” sahut datuk.

“Datanglah, tapi kena datang malam tau.”

“Baiklah.”

Datuk memberikan janji. Sesungguhnya janji yang diberikan oleh datuk pada Anjang Dollah satu penyeksaan pada diri saya.

Bila masa yang dijanjikan sampai. Berangkatlah saya dengan datuk menuju ke rumah Anjang Dollah. Kami terpaksa menggunakan andang yang dibuat dari daun kelapa untuk menyuluh jalan. Malam cukup gelap. Tidak ada sebiji biuntang pun di langit.

Sepanjang perjalanan telinga kami diasak dengan suara katak dan suara burung jampok dan burung hantu. Bulu roma saya tegak berdiri, bila terdengar suara lolongan anjing sayup-sayup dari gigi kampung.

Tamat siri 6/284

BACA: SBDJ Siri 5: Berjaga di Hujung Jambatan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Gula-gula Marshmellow Mengandungi Gelatin Babi?

Gula-gula Marshmellow Mengandungi Gelatin Babi?

Bahagian Hab Halal Jakim memperjelaskan dakwaan bahawa produk makanan marshmellow adalah haram sepertimana yang hangat diperkatakan. Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, produk yang berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal dari perspektif halal.

Marshmellow halal
Gambar hiasan.

Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya.

Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun jumlahnya amatlah terhad.

Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Apa Itu Gelatin?

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan.

Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Tanpa kita sedari, penggunaan Gelatin dalam makanan adalah perkara biasa dalam industri makanan.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah, kita tidak tahu sama ada produk yang dihasilkan menggunakan Gelatin yang halal atau tidak.

Terutamanya produk-produk makanan yang dihasilkan dari negara China, seperti makanan ringan dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sebenarnya

Benarkah Organ Mayat Dicuri Selepas Dibedah Siasat?

Benarkah Organ Mayat Dicuri Selepas Dibedah Siasat?

Terdapat spekulasi bahawa organ si mati akan dicuri untuk dijual sebaik sahaja jasad si mati dihantar ke mortuari (bilik mayat). Walau bagaimanapun, tiada sebarang laporan yang sah menyatakan terdapatnya kes sebegini di Malaysia.

Organ Mayat Dicuri

Sekiranya benar berlaku, proses tuntutan mayat dari hospital akan menjadi lambat, sejurusnya menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan waris dan keluarga.

Bayangkan keadaan boleh menjadi huru-hara jika kesan pemotongan dijumpai pada jasad si mati tanpa sebarang alasan yang munasabah!

Bagi membongkar mitos ini, beberapa fakta perlu diambil kira.

Pertamanya, perlu difahamkan bahawa justifikasi untuk mendapatkan organ dari jasad si mati adalah besar kemungkinan, secara logiknya, untuk memenuhi keperluan pemindahan (transplan) organ bagi mereka yang memerlukannya.

Dari segi undang-undang, bagi memastikan organ tersebut sesuai untuk transplan, organ tersebut mestilah diperolehi dengan kaedah yang betul oleh pakar yang terlatih dan mestilah disimpan dengan cara yang betul.

Sekiranya cara pengambilan organ tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan, organ tersebut akan rosak dan tidak boleh digunakan untuk pemindahan.

Agak sukar untuk memenuhi keperluan ini sekiranya pengambilan organ dilakukan secara sulit di dalam mortuari, tanpa pengetahuan dunia luar. Pelaku kesalahan ini sudah semestinya mudah ditangkap.

Keduanya, organ-organ manusia mudah rosak setelah dikeluarkan dari badan.

Bagi memastikan organ boleh berfungsi setelah dipindahkan kepada penerima organ, ianya perlu dipelihara dengan cara yang betul dalam tempoh pemeliharaan yang terhad.

Dalam ertikata lain, organ-organ mempunyai tarikh tamat tempoh masing-masing selepas diambil dari jasad, supaya ianya sesuai digunakan untuk transplan.

Anggaran tempoh pemeliharaan bagi pelbagai organ adalah seperti berikut:
  • Jantung/peparu: 4 – 6 jam
  • Pankreas: 12 – 24 jam
  • Hati: sehingga 24 jam
  • Ginjal: 48 – 72 jam
  • Kornea: mesti ditransplan dalam masa 5 –7 hari
  • Injap jantung, kulit, tulang, urat saphenous: Mungkin boleh dipelihara 3 – 10 tahun

Kadar kejayaan pemindahan organ-organ seperti jantung, hati, ginjal dan pankreas akan bertambah tinggi jika ianya dibekalkan darah dan oksigen secara berterusan.

Bekalan ventilator oksigen yang mencukupi membolehkan organ terus berfungsi dan memberi masa untuk koordinasi proses pendermaan.

Sebarang kesilapan dalam salah satu langkah akan menyebabkan organ-organ ini tidak boleh digunakan lagi.

Sebaik sahaja organ berjaya dipelihara, prosedur transplan hanya dapat dilakukan oleh pakar berkaitan dengan adanya bantuan dari warga kerja yang terlatih, peralatan yang betul dan bekalan darah yang mencukupi untuk pesakit.

Selepas transplan pula, pesakit perlu mendapatkan rawatan susulan dan dipantau oleh doktor pakar dalam bidang yang berkaitan.

Pesakit juga perlu mengambil ubat pos-transplan, iaitu immunosuppressant drugs untuk jangkamasa tertentu, supaya organ tersebut boleh berfungsi dengan baik.

Menurut Akta Racun 1952, immunosuppressant dikategorikan sebagai racun kumpulan B, iaitu preskripsi ubat ini hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai perubatan yang berdaftar.

Di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia pula, ubat ini diletakkan di bawah kumpulan ubat A*, iaitu preskripsi ubat ini hanya boleh diarahkan oleh pakar perunding bagi indikasi yang tertentu sahaja.

Bukan sebarangan orang yang boleh mengeluarkan preskripsi ubat tersebut.

Justeru itu, di Malaysia, bukannya senang untuk seseorang mencuri organ dari jasad dan ditransplan kepada orang lain tanpa menimbulkan syak wasangka.

Dari sudut pandangan perubatan, prosedur pengambilan dan pemeliharaan organ, transplan organ dan rawatan pos-transplan merupakan prosedur yang besar, di mana banyak usaha dan masa diperlukan.

Pusat Sumber Transplan Nasional, yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertanggungjawab menyelaras usaha ini dengan cara yang betul dan sah dari segi undang-undang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

5 Amalan Mudah Agar Rezeki Berkat Dan Mencukupi

5 Amalan Mudah Agar Rezeki Berkat Dan Mencukupi

Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Rezeki bagai tak lekat. Stress dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada saja yang tidak kena.

Amalan Rezeki Berkat

Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.

1. Bayar Hutang

Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu.

Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah.

Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

2. Bagi Duit Pada Mak Ayah

Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.

Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

3. Sedekah Punca Rezeki Berkat

Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

4. Buat Baik Pada Binatang

Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

5. Solat Dhuha

Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: MW

Thursday, December 27, 2018

SBDJ Siri 5: Berjaga di Hujung Jambatan

SBDJ Siri 5: Berjaga di Hujung Jambatan

Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang kedua, datuk akan marah.

Berjaga di Hujung Jambatan

“Aku bukan tukang cerita,” katanya dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri datuk.

Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka-suka pada sebelah petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh kawan-kawan pada dirinya.

Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata:

“Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian lihat nanti, apa yang akan terjadi.”

Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan-kawan datuk yang mahu menjawab cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya, merupakan satu legenda yang menjadi buah mulut orang-orang setempat. Sekarang, cerita itu tidak lagi diperkatakan oleh orang.

Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya sakit dan bengkak-bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan swasta, tapi sakit datuk tidak juga mahu hilang.

Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau Batu Gajah, bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak suka duduk di hospital.

Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di hospital. Jadi datuk terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil untuk merawatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang.

Seorang dukun dari Mambang di awan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat, kecuali oleh pawang yang benar-benar handal.

“Kenapa tok bomoh?” seorang cucu datuk bertannya.

“Sakitnya dibawa oleh orang atas,” jawabnya pendek.

“Siapa orang atas tu tok bomoh,” desak cucu datuk.

Dan bomoh itu tidak mahu memberikan jawapannya. Begitulah datuk, ia terus terlantar di tempat tidur menanggung sakit. Walaupun sakit terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan-kawannya yang datang melawat.

Kadang-kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya.

“Aku masih kuat lagi,” katanya.

Dengan itu semua anak cucu pun menyepi. Pada sutu malam, semua anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal dekat Grik.

Entah macammana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang dan membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Kemudian datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk merawatnya.

Memang di luar dugaan anak cucu, datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit datuk tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama.

Sesudah menerima suntikan dan memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan berjalan dari ruang tengah ke anjung ruamh. Mukanya nampak berseri. Tidak pucat lagi.  Datuk mula boleh makan nasi.

Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak.

Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya mengerumuninya. Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau-bauan yang wangi, diganti pula dengan bau kemayan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia terus duduk.

“Carikan aku tiga biji limau, tiga gelai daun sireh putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat membakarnya,” ujar datuk tenang.

“Nak buat apa,” tingkah nenek.

“Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang,” datuk membeliakkan matanya.

Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkankain kuning. Bila barang-barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk.

Duduklah datuk mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada kuasa ghaib yang menaburkan serbuk kemenyan di dalam dupa.

“Duduklah,” datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding.

Anak cucu merenung ke tepi dinding. Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerak-kerak bagaikan ada tangan yang menyentuh.

“Kalian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku,” datuk memberi perintah.

Semua anak cucu keluar. Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar.

“Dah berapa lama sakit ini, kenapa tak beritahu,” anak cucu datuk terdengar suara orang perempuan bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu.

Tidak ada orang lain dalam bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali datuk bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk melipatkan kaki kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut.

“Berapa lama sakit ni,” terdengar lagi suara perempuan.

“Dah dekat tiga bulan,” sahut datuk

“Patutlah lama tak ke rumah.”

“Sibuk.”

“Apa asalnya, ada jatuh atau ada tersalah makan.”

“Salah makan tu tak ada, tapi jatuh memang ada,saya jatuh dekat perigi buta.”

“Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya.

“Itu salah saya,” datuk mengaku.

Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil sesuatu serta bunyi orang mengoyakkan daun sireh.

“Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya,”terdengar lagi suara perempuan.

Beberapa saat kemudian, datuk memebuka pintu bilik, bau wangi masuk ke ruang rumah. Lepas itu datuk membuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu.

“Selamat jalan,” kata datuk pada malam yang samar-samar itu.

Datuk melambaikan tangannya. Entah pada siapa datuk melambaikaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. Perkara itu berlanjutan hingga tiga malam.

Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran. Datuk sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya.

Datuk sudah pun mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya.

Dan anak cucunya bertambah pening. Antara doktor dan dukun siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga sembuh. Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini: Masa kuat sakitnya doktor yang mengurangkannya dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja.

Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa-apa atas kehilangannya itu, semuanya tahu, bahawa datuk pergi ke rumah isteri orang bunian. Dan datuk akan kembali ke pangkuan nenek sesudah tinggal dengan isterinya orang bunian itu selama tiga empat hari.

Nenek tidak pula merasa cemburu. Apa yang nenek fikirkan ialah tentang kebahagiaan diri datuk. Biarlah datuk buat apa sahaja. Asalkan datuk gembira dan boleh panjang umur. Cukup mulia hati nenek.

Macam selalu, bila datuk pulang dari rumahnya di kampung bunian, datuk akan membawa seekor dua ayam hutan dan buah labu atau mentimun untuk nenek dan anak cucunya.

“Siapa yang merawat dalam bilik dulu,” tanya nenek pada suatu petang. Datuk tersenyum mendengar pertanyaan itu.

“Isteri muda kitalah.”

“Siapa?”

“Orang bunian.”

“Hum, lagi apa katanya pada awak.”

“Tidak ada apa-apa, cuma dia berpesan satu sahaja, kalau ada apa kesusahan pada keluarga kita, segera beritahu padanya,” jawapan yang diberikat itu cukup menyenangkan nenek.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, datuk terlibat dalam pengambilan ahli-ahli pengawal kampung untuk menentang pihak komunis yang sentiasa mengancam keselamatan penduduk kampung. Datuk telah dipilih untuk menjadi anggota AP.

Kerana itu datuk kena menjaga kampung pada setiap malam secara gergilir-gilir dengan orang-orang kampung yang lain. Kerana datuk dianggap penduduk yang tertua di kampung itu dan tahu pula serba sedikit ilmu dunia, datuk telah dipilih untuk menjadi ketua.

Kadang-kadang datuk dipanggil juga oleh pasukan keselamatan untuk masuk ke hutan untuk menggempur sarang komunis. Ini bukanlah beban yang berat baginya. Datuk mernerimanya dengan rasa senang hati.

Satu keistimewaan datuk, ialah dia kurang tidur tapi badannya tetap sihat. Wajahnya tidak cengkung atau pucat.

Satu malam telah diarahkan pasukan keselamatan untuk membawa anak buahnya menjaga kawasan kampung yang bersempadan dengan jalanraya yang merintangi sebuah anak sungai. Datuk pecahkan anak buahnya kepada dua pasukan, setiap pasukan dianggotai oleh lima orang.

Satu pasukan ditugaskan peronda tapi sungai mengala ke utara. Sedangkan datuk dengan kawan-kawan menguasai sebelah selatan hingga sampai ke jabatan besi. Datuk memilih pangkal jambatan besi itu sebagai tempat ia mengatur sebarang gerakan.

Malam itu datuk bertugas dengan tenang di atas jambatan besi. Sesekali malam yang sepi itu dipecahkan oleh bunyi jentera lori pasukkan keselamatan yang melintas di atas jambatan besi.

“Kau berdua pergi ke hujung sama, dan kau berdua pergi berjaga dekat pokok besar,” datuk memerintahkan anak buahnya.

“Di sini, siapa nak tunggu, tanya Hamid, salah seorang dari anak buahnya. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu dengan cepat. Dia termenung berfikir.

“Di sini, biar aku tunggu,” katanya.

Anak buahnya yang sudah diperintah mengikut arahan yang ditetapkan. Malam bertambah sejuk. Datuk mengigil kesejukan. Dua tiga kali dia menguap. Badannya disandarkan pada besi jambatan.

Tiba-tiba datuk terkejut, seekor ular berbelang kuning dan hitam meniti atas palang besi jambatan menuju ke arahnya. Lebih kurang satu ela mahu sampai padanya, ular itu berhenti.

Panggung kepala. Menjulurkan lidah. Mata ular itu nampak merah. Dari mulut ular itu terpancar sesuatu macam api. Bila ular itu mengatupkan mulutnya. Api itu padam dan api itu akan wujud kembali, bila ular itu membuka mulutnya.

Tamat siri 5/284

BACA: SBDJ Siri 4: Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Legenda Puteri Gunung Ledang Bunian Atau Jin?

Legenda Puteri Gunung Ledang Bunian Atau Jin?

Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.

Puteri Gunung Ledang
Gambar hiasan.

Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.

Cerita Puteri Gunung Ledang sememangnya terkenal dan dicatatkan dalam kitab Melayu lama, antaranya Salalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah selain diperturunkan secara lisan daripada generasi lama ke generasi baharu.

Justeru, ada banyak versi kisah puteri jelita berkenaan dan satu daripada versi itu bermula dengan kemangkatan permaisuri Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan kelapan dan terakhir memerintah Kerajaan Melaka dari tahun 1488 hingga 1511.

Orang bunian

Akibat kematian permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan Hang Tuah yang sudah tua selain Sang Setia dan Tun Mamat melamar Puteri Gunung Ledang yang amat jelita. Ada versi mengatakan puteri itu bukanlah manusia sebaliknya orang bunian.

Maka, rombongan peminangan dihantar dan selepas beberapa hari meredah hutan, akhirnya Tun Mamat bersama pengiring tiba di Gunung Ledang. Hang Tuah yang uzur gagal meneruskan pendakian manakala Sang Setia menemani Hang Tuah.

Selepas lama mendaki menelusuri hutan tebal, Tun Mamat tiba di taman nan indah di atas gunung.

Mereka kemudian menemui ketua dayang kepada Puteri Gunung Ledang dan menyampaikan hajat peminangan Sultan Melaka.

Selepas lama menunggu jawapan, akhirnya datang seorang nenek bongkok menyampaikan syarat tujuh hantaran Puteri Gunung Ledang iaitu:
  • Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang.
  • Jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka.
  • Tujuh dulang hati nyamuk.
  • Tujuh dulang hati kuman.
  • Tujuh tempayan air mata anak dara.
  • Tujuh tempayan air pinang muda.
  • Semangkuk darah Raja Muda Melaka.

Tun Mamat terkejut mendengar syarat yang mustahil dipenuhi itu. Beliau kemudian turun menemui Hang Tuah dan menceritakan hal berkenaan.

Sultan menjadi zalim

Secara tersirat, Hang Tuah sedar peminangan Sultan ditolak secara kiasan oleh Puteri Gunung Ledang.

Lalu akibat kecewa kerana gagal menyempurnakan titah, Hang Tuah enggan kembali ke istana dan menghilangkan diri dalam sungai. Tun Mamat pulang menyampaikan syarat peminangan kepada Sultan Melaka.

Tanpa memahami maksud tersirat di sebalik syarat hantaran, Sultan Mahmud mengerahkan seluruh rakyat menyediakan tuntutan supaya baginda dapat memperisterikan Puteri Gunung Ledang.

Keadaan dalam negara menjadi kacau-bilau apabila rakyat dikerah membina jambatan emas dan perak sehingga seluruh emas dan perak milik kerajaan dilebur. Tidak cukup dengan harta kerajaan, emas dan perak penduduk turut dirampas.

Lebih zalim, kalangan gadis dikerah berkurung dalam istana dan dipaksa menangis manakala rakyat lain dikerah mendapatkan pinang muda untuk diperah airnya walhal pinang muda tidak berair.

Selepas bertahun-tahun, akhirnya semua hantaran berjaya disediakan kecuali satu, iaitu semangkuk darah Raja Muda Melaka, iaitu Raja Ahmad.

Sultan Mahmud diceritakan tidak sampai hati untuk membunuh anakandanya yang masih kecil tetapi hasutan nafsu menyebabkan baginda tidak mempedulikan apa-apa lagi. Lantas dada kecil Raja Ahmad cuba ditikam.

Bagaimanapun, ketika keris hampir menembusi dada kanak-kanak itu, tiba-tiba Puteri Gunung Ledang menjelma di hadapan Sultan.

Puteri itu menzahirkan kekecewaannya terhadap Sultan Mahmud yang sanggup menindas rakyat dan menumpahkan darah zuriatnya sendiri kerana tergila-gilakan wanita yang tidak pernah dikenali.

Puteri Gunung Ledang menjelaskan beliau menolak pinangan Sultan Mahmud dan rentetan kejadian itu akhirnya menginsafkan baginda.

Pelbagai versi cerita

Sehingga kini, ramai pihak tertanya-tanya di manakah letaknya jambatan emas dan perak yang kononnya sudah dibina. Melewati masa, tiada kesan tinggalan jambatan ditemui melainkan dalam kisah legenda semata-mata.

Menerusi laman sesawang informasi Wikipedia, tertera maklumat pihak tertentu percaya jambatan emas dan perak itu wujud tetapi tertimbus dibawah tanah.

Wikipedia turut memaparkan versi lain kisah berkenaan antaranya Puteri Gunung Ledang tidak pernah mengemukakan tujuh syarat hantaran tetapi syarat itu direka Tun Mamat dan Hang Tuah dengan harapan Sultan Mahmud faham peminangannya ditolak.

Ada juga versi mengatakan Sultan Mahmud gagal menunaikan semua syarat pelik itu sekali gus menjelaskan jambatan itu tidak pernah dibina.

Selain itu, satu lagi misteri dalam legenda Puteri Gunung Ledang ialah identiti sebenar wanita berkenaan.

Puteri raja dari Jawa

Ada juga cerita disebarkan kononnya Puteri Gunung Ledang bukanlah manusia tetapi ratu bunian, jin atau makhluk kayangan.

Bagaimanapun, ada juga pihak dan pengkaji yakin Puteri Gunung Ledang adalah manusia iaitu puteri raja dari Jawa.

Puteri itu turut dikenali sebagai Raden Puteri Mas Nyawa, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Puteri Ratna Gumilah Sari dan Puteri Siti Jamilah binti Sultan Alam Fattah alAkbar.

Mengikut pendapat itu, ketika remaja, Puteri Gunung Ledang dihantar ayahandanya dari Jawa untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka.

Selepas itu, puteri berkenaan berpindah ke Gunung Ledang bersama pengikutnya untuk bersuluk dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Mengenai dakwaan kononnya Puteri Gunung Ledang adalah bunian atau jin, pihak skeptikal berhujah sememangnya gunung dan hutan menjadi kediaman jin dan tidak mustahil makhluk halus itu menyamar sebagai Puteri Gunung Ledang untuk menipu manusia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian