Monday, November 26, 2018

Adakah Anda Sudah Layak Membayar Zakat Pendapatan?

Adakah Anda Sudah Layak Membayar Zakat Pendapatan?

"Sudah bayar zakat ke?" Bila tiba musim hari raya, soalan ini yang wajib ditanya. Ada yang sanggup menunggu hingga pagi raya untuk membayar kerana lebih afdhal (dan pahalanya semakin banyak). Suasananya juga meriah, keluarga di rumah rasa lega jika zakat telah dibayar. Bolehlah raya!

Zakat Pendapatan

Seronokkan dapat membayar zakat fitrah. Zakat ini wajib dibayar hingga kalau tak bayar tak seronok rasanya. Tetapi, ada satu lagi zakat yang wajib yang dipanggil Zakat Pendapatan.

Zakat ini dibayar sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah SWT yang telah memberikan rezeki yang cukup kepada kita selama ini.

Tetapi apa sebenarnya Zakat Pendapatan ini, syarat-syaratnya dan mengapakah ia begitu penting?

Ikuti 11 panduan asas tentang Zakat Pendapatan.

1. Wajib ke?

Kewajipan membayar zakat adalah sama dengan solat. Zakat juga merupakan salah satu dari lima Rukun Islam yang menjadi kewajipan ke atas orang Islam.

Di dalam Al-Quran zakat disebut hampir 30 kali, malah selalu disebut sekali dengan solat. Jadi zakat adalah sama penting dengan solat dalam hidup kita.

2. Apakah maksud zakat pendapatan?

Zakat pendapatan adalah sebahagian kecil bayaran yang kita buat selepas menerima bayaran seperti gaji bulanan, tunggakan gaji, elaun, bonus atau dari sumber lain seperti pekerjaan tambahan (overtime atau part time).

Begitu juga jika kita menerima wang sewaan rumah, bangunan atau kenderaan. Bayaran zakat pendapatan ini dibuat kepada pejabat zakat yang berhampiran.

3. Adakah saya wajib membayar?

Ya, jika kita memenuhi syarat-syarat ini:
  • Seorang Islam yang dewasa, merdeka dan sihat akal fikiran.
  • Kita memiliki sepenuhnya pendapatan dan boleh menggunakan wang ini pada bila-bila masa.
  • Wang pendapatan ini mencapai nilai minimum (nisab) yang ditetapkan mengikut negeri.

Contohnya di negeri Melaka, jumlah pendapatan tahunan yang dikenakan zakat adalah sebanyak RM12,432-76 bersamaan gaji minimum sebulan sebanyak RM1,036.

Jadi, hanya pendapatan bulanan bermula dari RM1,036-00 ini sahaja perlu membayar zakat dan nilai minimum ini adalah berbeza mengikut ketetapan pusat zakat negeri masing-masing.

4. Berapa banyak zakat yang perlu saya bayar?

Pembayaran zakat pendapatan adalah sebanyak 2.5% sahaja dari jumlah pendapatan kita dan baki pendapatan sebanyak 97.5% boleh kita gunakan.

5. Kiraan 2.5% ini dari gaji kasar atau bersih?

Terdapat dua cara kiraan yang boleh digunakan iaitu:
  • 2.5% dari pendapatan kasar, iaitu tanpa potongan perbelanjaan, atau;
  • 2.5% dari pendapatan setelah ditolak perbelanjaan untuk diri sendiri, isteri, anak, KWSP dan pemberian kepada ibu bapa.

Sekiranya kita ada membuat simpanan di Tabung Haji atau Takaful juga boleh ditolak kerana badan-badan ini telah pun membayar zakat untuk sumbangan kita.

Cara paling mudah mengira bayaran zakat pendapatan adalah dengan menggunakan kalkulator zakat pusat zakat negeri masing-masing.

6. Adakah saya perlu bayar bulanan atau lumpsum setahun sekali?

Mana-mana satu pun boleh. Pilih cara yang kita rasa lebih mudah.

7. Perlukah bayar di pejabat zakat sahaja?

Jika bayar di kaunter pejabat zakat lebih baik kerana dapat bertanya dengan lebih lanjut.

Tetapi jika kita sudah pasti, atau ada rezeki ingin bayar lebih boleh sahaja bayar melalui online banking atau potongan gaji majikan secara tetap.

8. Kepada siapa zakat ini akan diberikan?

Zakat pendapatan serta lain-lain zakat akan diberikan kepada orang Islam yang fakir, miskin, pihak yang membuat kutipan zakat (amil), mereka yang terbuka hatinya memeluk Islam (muallaf), orang yang berhutang bagi tujuan yang baik, mereka yang berjuang untuk Islam, orang dalam perjalanan yang terputus wang belanja (musafir) dan untuk memerdekakan hamba.

9. Apakah kebaikan jika saya membayar zakat?

Kadang-kadang kerana terlalu sibuk, kita tidak sempat untuk mendengar kesusahan orang lain.

Zakat sebenarnya melatih kita untuk sentiasa menderma bagi membantu mereka yang sangat memerlukan, menjalinkan rasa kasih-sayang dengan orang yang tidak dikenali serta menjadikan hidup kita lebih berkat dan bahagia. Zakat juga akan menyuburkan harta kita.

10. Perlu bayar cukai pendapatan lagi ke?

Sebenarnya jika kita membayar zakat pendapatan, kita boleh mendapat pelepasan cukai pendapatan jika jumlah zakat yang dibayar sama atau melebihi cukai pendapatan kita.

Jika jumlah zakat yang dibayar adalah kurang, kita hanya perlu membayar bakinya sahaja kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Cara untuk mendapat pelepasan atau pengurangan ini adalah dengan mengemukakan resit zakat yang telah dibayar kepada LHDN.

11. Zakat pendapatan ini sama dengan sedekah?

Zakat sebenarnya adalah pemberian atau sedekah. Cuma zakat pendapatan adalah wajib dilakukan jika kita cukup syarat, manakala sedekah yang tidak wajib (sunat) adalah terpulang kepada diri masing-masing.

Hak orang miskin

Zakat vs Sedekah

Sebenarnya di dalam setiap rezeki yang kita terima, ada bahagian orang lain di dalamnya. 2.5% dari pendapatan kita adalah milik lapan golongan yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran.

Ada di antara mereka ini menyuarakan kesusahan mereka untuk dibantu dan ada juga yang berdiam diri sehingga kita tidak merasai keperitan yang mereka lalui.

Zakat pendapatan adalah satu rahmat Allah SWT yang melatih kita untuk mengingati mereka yang memerlukan dengan memberikan sedikit bantuan.

Zakat dalam bahasa Arab bermaksud bertambah, berkat, puji dan bersih. Sudah pasti dengan menunaikan zakat ini, rezeki yang kita perolehi menjadi bersih serta hidup kita akan lebih diberkati.

Ingin rasakan ketenangan yang hadir dari lubuk hati? Mulakan dengan “memberi”. Rasa tenang akan hadir sewaktu harta dunia berada di hujung jari dan bukan lagi di dalam hati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tzkrh

Gambar Perkahwinan YDP Agong Sultan Muhammad V Dengan Ratu Cantik Rusia

Gambar Perkahwinan YDP Agong Sultan Muhammad V Dengan Ratu Cantik Rusia

Pada 23 November lalu, telah tersebar gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita Rusia, dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow 2015 dikenali sebagai Oksana Voevodina.

YDP Agong Sultan Muhammad V

Seperti yang dilaporkan www.islamnews.ru, majlis perkahwinan berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara wanita terbabit memakai sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda. Dilaporkan, tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDPA Sultan Muhammad V.

Daulat Tuanku!

Biodata penuh Oksana Voevodina

Perkahwinan YDP Agong Sultan Muhammad V

Gadis dengan senyuman cantik menawan dan merupakan seorang yang pintar ini telah memenangi pertandingan “Miss Moscow 2015” lalu. Pertandingan ratu cantik itu telah diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” diambil dari tajuk lagu yang terkenal di Rusia.

Pada peringkat akhir pertandingan terdapat 32 peserta, tetapi Oksana melayakkan diri dan menjadi pemenang pertandingan berprestij itu.

Dalam ucapan ringkas Oksana, dia berterima kasih kepada semua yang membantunya hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya.

Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang menyertai pertandingan ratu cantik di Rusia pada 2015.

Perkahwinan YDP Agong Sultan Muhammad V

Gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan kecantikan dan kercerdikan yang dimiliki olehnya.

Pelajar berusia 22 tahun ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90 dan ketinggian 170 cm.

Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana Voevodina bekerja dengan agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia. Sejak usia muda, majalah fesyen antarabangsa dihiasai dengan foto gadis cantik ini.

Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, ketika itu dia merupakan pelajar di Fakulti Perniagaan di magistracy Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia. Miss Moscow 2015 ini juga mempelajari bahasa Inggeris dan sangat petah dalam penggunaan bahasa itu.

Perkahwinan YDP Agong Sultan Muhammad V

Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi, dia juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka.

Impian Oksana adalah untuk mencipta koleksi fesyen dengan jenamanya sendiri serta bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai televisyen sebagai profesion satu hari nanti.

Oksana Voevodina

Ratu Cantik Rusia
Ratu Cantik Rusia
Ratu Cantik Rusia
Ratu Cantik Rusia
Ratu Cantik Rusia
Ratu Cantik Rusia

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says | kakitapau

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Punggung

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Punggung

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi.

Rahsia Personaliti Melalui Punggung

Yang mana satu anda?

1. Punggung Bulat
  • Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental.
  • Idealistik.
  • Periang.
  • Sentiasa bersemangat.
  • Pandai mengawal perbelanjaan.
  • Suka bersosial.
  • Boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.
  • Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Punggung Seimbang
  • Paha dan punggungnya seimbang.
  • Tidak terlalu besar.
  • Tidak terlalu kecil.
  • Tidak terlalu bulat.
  • Tidak terlalu rata.
  • Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.
  • Bakal ibu dan bapa yang baik.
  • Seorang ibu yang sangat penyayang.
  • Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya
  • Sangat berjaya dalam kerjayanya.
  • Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Punggung Tinggi
  • Punggung tinggi ke atas.
  • Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi.
  • Sangat disukai ramai.
  • Tidak kisah dengan kata-kata negatiF orang lain.
  • Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain Suka berseronok.
  • Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati.
  • Sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Punggung Besar
  • Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik.
  • Subur.
  • Sihat.
  • Penuh rasa cinta.
  • Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita
  • Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan.
  • Baginya tidak ada yang mustahil
  • Segalanya boleh diatasi.
  • Jenis no problem.
  • Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Punggung Rata
  • Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan.
  • Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik.
  • Tidak pandai mencari peluang berniaga.
  • Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu.
  • Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas.
  • Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

Sumber: 1001rahsiadiri

Sunday, November 25, 2018

'Perang' Azmin-Rafizi, Apa Yang Tersirat Pada Pemilihan PKR 2018?

'Perang' Azmin-Rafizi, Apa Yang Tersirat Pada Pemilihan PKR 2018?

After the grueling 36-day Florida recount battle, Al Gore finally conceded the presidency to George W. Bush on December 13, 2000. But the controversy surrounding this unprecedented election and its aftermath did not end there. - CNN, 31 Oktober 2015

'Perang' Azmin-Rafizi

Selama 36 hari keputusan pemilihan presiden Amerika di Florida tertangguh. Politik Amerika panas bergelora. Kira dan ulang kira berlaku. Akhirnya George W Bush menewaskan Al Gore untuk menjadi presiden Amerika ke-43. Al Gore pasrah menerima keputusan.

Ini berlaku 18 tahun dahulu. Hingga ke hari ini kontroversi pemilihan tahun 2000 ini masih berterusan. Pada tahun 2015 kajian telah dilakukan oleh kumpulan media. Hasil kajian - keputusan masih tidak sekata dan tidak tuntas.

Ada pendapat mengatakan Al Gore menang dengan kelebihan 171 undi. Ada pendapat yang merumuskan Bush menang dengan 225 undi.

Kajian ini dilakukan bukan kerana Al Gore meroyan, tetapi untuk melihat dan mengumpul pengalaman agar dapat memperbaiki sistem pengundian di masa depan.

Kajian itu untuk melihat reka bentuk kertas undi, peraturan pengundian yang tidak tuntas, kesilapan pengundi dan menyemak tuduhan penipuan.

Ia untuk melihat kekuatan atau kelemahan mengundi cara lama dan kekuatan dan kelemahan mengundi cara e-undi yang pertama digunakan di Florida.

Mengundi cara eletronik ini baru sahaja selesai dilakukan oleh PKR. Dari September 22 hingga 11 November anggota PKR telah keluar mengundi untuk memilih kepimpinan parti daripada cabang hingga ke peringkat nasional.

PKR menjalankan sistem satu ahli satu undi.

Pada tahun 2000 Florida adalah wilayah termaju, tercanggih dan tereletronik dalam dunia. E-undi di Florida pada tahun 2000 masih dipersoalkan dan dihantui oleh masalah.

Bayangkan Malaysia, di mana sistem teknologi pengkomputeran masih lemah di Semenanjung. Bayangkan bagaimana agaknya kelajuan internet di Sabah dan Sarawak. Justeru e-undi PKR pasti membawa banyak masalah.

PKR menjadi pemula e-undi di Malaysia. PKR pemecah ruyung. Salut kita ucapkan. Kita angkat topi tanda hormat kepada PKR.

Tapi, apakah e-undi ini jawapan untuk pendemokrasian. Atau ada tembakau dibalut ganja. Atau ada jet di belakang taukeh.

Pemilihan PKR berjalan hampir tiga bulan - panas, hujan, banjir, ribut - dan e-undi diteruskan. Banyak dawai elektrik telah dipasang. Banyak air telah melintasi jambatan. Banyak sampah telah masuk ke dalam tong. Banyak air liur telah terhambur. Banyak sumpah telah diseranah. Yang meroyan masih meroyan.

Al Gore pasrah menerima kekalahan dan daripada laporan media kita membaca bahawa Rafizi terus meroyan tapi menerima keputusan hanya kerana mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Hanya Azmin dan Rafizi

Rafizi telah mempersoalkan jumlah undi kemenangan majoriti yang kecil. Jumlah majoriti kecil mengikut pandangan Rafizi bukan tanda sokongan mutlak yang boleh dibanggakan.

Berapa jumlah mutlak yang dihormati sebagai 'betul-betul menang' hanya Rafizi dan yang tahu.

Azmin mendapat hampir 5,000 undi majoriti. Apakah jumlah ini dianggap ‘menang’ oleh Rafizi? Wallahu a'lam bissawab.

Rakyat Malaysia wajib bersimpati kepada Akmal yang menang kerusi ketua pemuda PKR. Si Akmal ini hanya mendapat majoriti 50 undi. Muka Akmal basah oleh tempias air liur Rafizi.

Hakikatnya - semua bangsa melihat dan membaca pemilihan PKR 2018 ini sebagai pertarungan antara Rafizi dengan Azmin. Dua protagonis ini bertarung untuk menduduki kerusi timbalan presiden.

Nama-nama pemimpin lain yang bertanding hilang tenggelam. Yang menaikkan sheikh dan syahwat media dan orang ramai hanyalah nama Rafizi dan Azmin.

Azmin mempertahankan kerusi timbalan presiden manakala Rafizi cuba merampas. Azmin bekas menteri besar dan kini menteri dalam kabinet Pakatan Harapan. Manakala Rafizi hanya seorang penanam anggur.

Semua ini adalah garam masala dan ajinomoto yang menjadikan pertempuran dua protoganis ini menarik.

Berdasarkan kenyataan Rafizi, kita rasa mereka akan bertumbuk, bergocoh dan bergumpal sekali lagi. Mungkin tiga tahun dari sekarang. Kenapa ini berlaku?

Semua yang tidak mengikuti perlawanan ini pasti tertanya-tanya apa pentingnya perlawanan ini dalam arus politik negara. Ada cencaluk apa di belakang semua ini?

Awas dan waspada. Di belakang pertarungan ini ialah perebutan kuasa. Ini kuasa kerajaan bukan lagi kuasa pembangkang.

Bukti telah menunjukkan bagaimana sebelum dapat kuasa telah ada para cukong yang bersedia meminjamkan jet peribadi untuk ke sana ke sini berkempen. Telah ada cukong memfaraidkan bangunan sebagai pejabat.

Malah Pak Samseng pun tunduk berkumpul menyembah kuasa. Jangan lupa kisah Pak Samseng menganjurkan jamuan makan malam ketika pilihan raya kecil di Port Dickson. Semua ini adalah contoh kuasa yang maha kuasa.

Bila ada 'tapi'

Wajib kita rakamkan di sini secara ringkas bahawa latar belakang pemilihan PKR 2018 ialah keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. Politik yang berlaku ketika ini adalah manifestasi daripada keberahian Anwar ini.

Tapi bukankah keberahian ini telah dimuktamad? Dihebohkan bahawa ada perjanjian Anwar akan menggantikan Mahathir? Malah dihebohkan dan Mahathir ditanya berkali-kali oleh wartawan - tak putus-putus menanya tentang siapa akan menggantikannya.

Perkara kerisauan dalam keberahian ini timbul kerana sejarah lalu. Malah umum tahu siapa Anwar, malah Mahathir pun tahu siapa sabenarnya Anwar. Tapi paling afdal ialah Anwar lagi tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Ini ditambah pula oleh kenyataan daripada mulut Mahathir yang menggerunkan Anwar. Mahathir kerap dilaporkan berkata "pengganti saya ialah Anwar Ibrahim tapi semuanya terpulang kepada rakyat".

Bila ada perkataan ‘tapi’ ini bermakna empangan Aswan di Mesir pun boleh runtuh.

Ayat "tapi terpulang kepada rakyat" ini menjadikan Rafizi gelabah. Ayat ini juga menjadikan Anwar Ibrahim bertambah gelojoh. Apakah Rafizi dan Anwar tidak yakin yang rakyat akan memilihnya sebagai ganti Mahathir?

Pada hemat saya Anwar makin sedar tentang perasaan rakyat terhadap susuk yang dipanggil Anwar Ibrahim. Ini ditambah lagi dengan pengalaman 1998.

Justeru - dalam pemilihan PKR 2018 - Rafizi yang dikatakan setia kepada Anwar telah memunculkan slogan atau garis kempen: Siapa mahu Anwar jadi perdana menteri undi Rafizi.

Rafizi juga mempersoalkan bahawa wujud 'kepala angin' dalam PKR yang tidak meminati dan memperlekeh Anwar untuk menjadi perdana menteri ke-8.

Malah ini adalah sebahagian daripada ucapan Rafizi dalam kongres pada 18 November 2018 lalu.

Dalam kempen pemilihan kita selalu terdengar ungkapan Rafizi tentang kesetiaan. Seolah-olah ahli PKR wajib setia. Setia kepada apa dan siapa? Ini juga tidak jelas.

Apakah setia kepada garis politik atau setia kepada perjuangan parti tidak pula dituntas. Apa yang jelas ialah kesetiaan untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Siapa mahu Anwar jadi Perdana Menteri undi Rafizi?

Pada 17 Oktober 2018 - diumumkan bahawa Rafizi kalah. Rafizi gagal untuk merebut jawatan timbalan presiden. Azmin mendapat 51.82% undi. Rafizi mendapat 48.18%. Majoriti anggota PKR telah menyokong Azmin Ali. Apa maknanya ini?

Kalau mengikut lojik garis kempen Rafizi - hampir setengah daripada anggota PKR yang mengundi telah menolak Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri. Bila mereka tidak menyokong Rafizi bermakna mereka tidak menyokong Anwar.

Kalau saya Anwar - bila saya melihat ini berlaku saya akan gelabah marah. Segala usaha untuk memastikan Rafizi menang telah gagal.

Keputusan Azmin menang ini pasti diteliti Mak Cik Kiah anggota PKR dari Rantau. Penelitian dan komen Mak Cik Kiah ini tidak menggerunkan Anwar. Tapi penelitian Mahathir dan pandangan kepimpinan Pakatan Harapan membawa makna tersirat yang berlainan.

Apakah ini bermakna pemilihan PKR 2018 telah selesai dan tuntas?

Betul ianya telah selesai. Dari segi kira-kira jumlah undi ia telah selesai. Apa yang belum selesai ialah garis kempen Rafizi yang mengkaitkan undi dirinya sebagai tanda sokongan kepada Anwar.

Slogan si Rafizi - siapa mahu Anwar jadi perdana menteri undi Rafizi - kini membawa mudarat. Bukan kepada Rafizi yang jelas telah kalah. Yang menanggung seksa daripada garis kempen Rafizi ini ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Tapi saya yakin Anwar akan bersilat lidah. Anwar akan menukar songkok dan jubah. Anwar akan memetik gitar untuk menyanyikan lagu baru. Kali ini lagu yang akan didendangkan oleh Anwar bukan lagi oh nonaku Azizah.

Ketuk tetawak, tiup bangsi. Petik gitar dan gesek biola. Anwar Ibrahim akan mendendangkan lagu dan irama baru - oh Azmin timbalanku. Apakah dengan lagu baru ini biduk lalu kiambang bertaut?

Hanya masa akan menentukan.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini


Kata-kata Terakhir Mozart

Kata-kata Terakhir Mozart

"Rasa kematian sedang berada di bibir saya. Saya merasakan sesuatu yang tidak wujud di dunia ini." Itulah kata-kata terakhir Wolfgang Amadeus Mozart (1756-1791), seorang penggubah lagu yang prolifik dan berpengaruh semasa zaman klasikal.

Kata-kata Terakhir Mozart

Dia telah menggubah lebih 600 buah lagu yang mana kebanyakannya dianggap sebagai kemuncak kepada muzik simfonik, piano dan korus.

Mozart ialah seorang kanak-kanak genius dan telah menulis karya muziknya yang pertama pada usia lima tahun.

Mozart meninggal dunia pada pukul 1 pagi, 5 Disember 1791, pada usia 35 tahun, namun punca kematiannya telah dibahaskan selama bertahun-tahun lamanya.

Mozart mempunyai sejarah masalah kesihatan dan pernah menderita cacar kecil, tonsillitis, pneumonia, tifoid, demam, rheumatism dan penyakit gusi. Mozart juga dikatakan menderita beberapa simptom penyakit misteri sebelum kematiannya.

Sakitnya bermula dengan bengkak ditangan dan kakinya yang kemudian berlanjutan kepada kesakitan yang mendadak di bahagian perut, selain kerap muntah.

Dengan keadaannya itu, Mozart berpendapat bahawa dia telah diracun dan kekal terjaga dalam dua jam terakhir dalam hidupnya.

Tubuhnya membengkak dengan teruk sehinggakan dia tidak mampu untuk duduk di katil dan tidak mampu bergerak.

20 FAKTA MENARIK TENTANG MOZART

1. Christened Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart, dia dilahirkan pada 27 Januari 1756, di Salzburg, di mana sekarang adalah Austria, sebahagian daripada Empayar Rom pada masa itu dan Mozart adalah seorang Katolik yang setia.

2. Ayahnya, Leopold Mozart berasal dari Jerman dan juga seorang penggubah muzik, terutama untuk Putera Uskup Agung Salzburg. Beliau menulis sebuah buku teks tentang biola yang diterima dengan baik ketika diterbitkan pada tahun Mozart dilahirkan.

3. Apabila hanya berusia tiga tahun, Mozart akan mendengar kakaknya memainkan clavier (instrumen papan kekunci seperti harpsichord atau piano) dan mula bermain pada rangkap ketiga, dengan mudahnya.

4. Mozart memulakan latihannya pada usia lima tahun dan dapat memainkan clavier tanpa cacat dan telah mula menyusun coretan muzik pada masa itu. Ayahnya adalah gurunya, yang turut mengajarnya dalam bahasa dan bidang akademik lain.

5. Ibu bapanya mempunyai enam anak, tetapi hanya dia dan kakak sulungnya, Maria Anna, yang digelar "Nannerl" masih hidup.

6. Dia mengarang lebih dari 600 karya yang diklasifikasikan dalam "Kochel," dan diberi nombor sesuai dengan urutan yang dibuatnya. Kerja-kerja terawalnya, K. 1-5 ditulis pada zaman kanak-kanak dan meneruskan Requiem yang belum selesai, iaitu nombor K. 626.

7. Dari umur tujuh tahun (1762), dia mula mengembara bersama dengan bapanya (dan keluarga) untuk melakukan persembahan di pelbagai tempat di seluruh Eropah. Lokasi terkenal termasuklah Mahkamah Imperial di Vienna dan Prague, serta Courts di Munich, Paris, dan London.

8. Simfoni pertamanya ditulis ketika dia berusia lapan tahun.

9. Selama bertahun-tahun ketika keluarganya mengembara, dia bertemu dengan beberapa tokoh berpengaruh yang penting, termasuk J.C Bach, di London pada tahun 1763 -1766.

10. Semasa melawat Rom bersama bapanya, setelah mendengar muzik Miserere Allegri di Gereja Sistine, selepas mendengarnya, dia menghasilkan salinan karya yang tidak dibenarkan dan selama ini dirahsiakan oleh Vatican.

11. Kembali dari Itali pada tahun 1773, dia mendapat sedikit kejayaan, tetapi merasa disekat dengan gaji sebagai seorang pemuzik mahkamah untuk Putera Uskup Agung Hieronymus Colloredo lalu meletakkan jawatannya pada tahun 1777.

12. Walaupun dia digalakkan untuk kembali kepada jawatan mahkamahnya, Mozart ingin mengejar kerjaya yang bebas daripada kongkongan diraja, yang menyekat perjalanan hidupnya.

13. Seperti banyak keperibadian artistik, hidupnya juga ada turun naiknya dan tempoh kejayaan dan semangatnya turut diiringi dengan kemurungan dan hidup yang kucar-kacir.

14. Beliau telah dianugerahkan Order of the Golden Spur (anugerah yang diberikan kepada individu-individu yang telah menyumbang kepada Gereja) oleh Paus Clement XIV pada tahun 1770, kerana mencipta banyak lagu-lagu kerohanian untuk gereja.

15. Pada penghujung tahun 1780-an, hidupnya dilanda masalah kewangan yang menghadkan penampilannya. Maynard Solomon telah mencadangkan bahawa ini adalah masa kemurungan yang mendalam untuk pemuzik berbakat ini.

16. Semasa tahun terakhir hidupnya (1791), dia sedang dalam proses pemulihan peribadi dan sangat produktif sehingga penyakitnya melanda.

17. Menariknya, saingan seumur hidupnya, Antonio Salieri mendakwa bahawa dia telah meracuni Mozart, tetapi tidak pernah disahkan dan tidak dianggap salah.

18. Kematiannya, pada 20 November 1791, mencetus reputasinya.

19. Joseph Haydn pernah memberitahu ayah Mozart, "Saya memberitahu anda di hadapan Tuhan dan sebagai seorang lelaki yang jujur, anak anda adalah seorang komposer paling terkenal yang diketahui oleh saya dan ramai orang, dia mempunyai citarasa dan banyak kemahiran dalam menggubah muzik."

20. Menurut pengkaji dari Universiti Amsterdam, Richard Zegers, Mozart kemungkinan meninggal dunia akibat sakit tekak yang disebabkan bakteria streptokokus. Jangkitan yang menyebabkan kegagalan ginjal. Malangnya, tidak ada sesiapa pun yang benar-benar pasti sebab sebenar kematiannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

7 Adiwira Paling Popular Ciptaan Stan Lee

7 Adiwira Paling Popular Ciptaan Stan Lee

Selamat jalan buat legenda dan pencipta komik Marvel, Stan Lee yang meninggal dunia pada usia 95 kerana menghidupkan watak adiwira yang berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi komik sebelum ia difilemkan. Setiap cerita adiwira ciptaannya memiliki plot cerita mendalam, unik dan penuh dengan falsafah.

Ciptaan Stan Lee

Kami senaraikan antara watak adiwira paling popular ciptaan Stan Lee.

1. Fantastic Four

Ciptaan Stan Lee

Ia adalah adiwira ciptaan Stan Lee yang pertama. Ia muncul buat pertama kali pada 1961 dan dihasilkan bersama pelukis Jack Kirby.

Fantastic Four yang dianggotai empat saintis berlainan watak diadaptasi ke layar perak sebanyak dua kali pada 2005 dan 2015.

Filem pertamanya dibintangi Ioan Gruffudd, Jessica Alba, Chris Evans dan Michael Chiklis.

Pada tahun 2015 ia dihasilkan semula dengan menampilkan lakonan Miles Teller, Michael B Jordan, Kate Mara dan Jamie Bell.

2. Hulk

Ciptaan Stan Lee

Watak kedua dicipta Stan Lee ini mengenai saintis Dr Bruce Banner terperangkap dalam letupan radiasi gamma sehingga berubah menjadi gergasi hijau setiap kali marah.

Mula tampil sebagai siri TV pada 1978 lakonan Bill Bixby dan Lou Ferrigno.

Tiga pelakon tampil sebagai Hulk dan Dr Bruce Banner dalam filem iaitu Eric Bana (Hulk - 2003), Edward Norton (The Incredible Hulk - 2008) dan Mark Ruffalo (dalam siri The Avengers).

3. Spider-Man

Ciptaan Stan Lee

Adiwira paling popular dalam kalangan kanak-kanak, pertama kali muncul dalam komik antologi Amazing Fantasy isu 15 pada Ogos 1962.

Danny Seagren menjadi pelakon pertama melakonkan watak Spider-Man untuk siri TV pada 1974 hingga 1977.

Tiga pelakon membawa watak Peter Parker dan Spider-Man iaitu Tobey Maguire (Spider-Man, Spider-Man 2, Spider-Man 3), Andrew Garfield (The Amazing Spider-Man, The Amazing Spider-Man 2) dan Tom Holland (Spider-Man : Homecoming, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War).

Holland juga bakal muncul dengan filem terbaru Spider-Man: Far From Home.

4. Iron Man

Ciptaan Stan Lee

Pertama kali muncul dalam komik Tales of Suspense isu 39 pada Mac 1963, komik pertama Iron Man isu 1 ialah pada Mei 1968.

Dalam filem, watak Iron Man dan Tony Stark dibawa oleh Robert Downey Jr.

Setakat ini, Iron Man muncul dalam lapan filem iaitu Iron Man (2008), Iron Man 2 (2010), Iron Man 3 (2013), The Avengers (2012), Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Spider-Man: Homecoming (2017) dan Avengers: Infinity War (2018).

Filem terbaru Iron Man Marvel Cinematic Universe bakal ditayangkan pada tahun 2019.

5. Thor

Ciptaan Stan Lee

Membuat kemunculan pertama dalam komik Journey Into Mystery isu 83 pada Ogos 1962.

Chris Hemsworth adalah pelakon paling sinonim dengan Thor dan muncul dalam tujuh filem iaitu Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013), Avengers: Age Of Ultron (2015), Doctor Strange (2016), Thor: Ragnarok (2017) dan Avengers: Infinity War (2018).

6. Black Panther

Ciptaan Stan Lee

Muncul kali pertama dalam komik Fantastic Four isu 52 pada Julai 1966, merupakan watak adiwira kulit hitam pertama.

Chadwick Boseman membawa watak Black Panther atau T’Challa dalam tiga filem iaitu Captain America: Civil War (2016), Black Panther (2018) dan Avengers: Infinity War (2018).

Pada 2011, Black Panther disenaraikan di tangga ke 51 dalam Top 100 Comic Books Heroes.

7. Wolverine

Ciptaan Stan Lee

Pertama kali muncul dalam komik The Incredible Hulk isu 181 pada November 1974. Dalam filem, Hugh Jackman adalah individu paling sesuai membawakan watak Wolverine atau Logan.

Lebih sinonim dengan siri filem X-Men iaitu X-Men (2000), X2 (2003), X-Men: The Last Stand (2006), X-Men Origins: Wolverine (2009), X-Men: First Class (2011), The Wolverine (2013), X-Men: Day of Future Past (2014), X-Men: Apocalypse (2016), Logan (2017) dan Deadpool 2 (2018).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Saturday, November 24, 2018

Petua Merawat Rabun Dan Silau Mata

Petua Merawat Rabun Dan Silau Mata

Tahukah anda yang mata kita memiliki 107 juta sel yang sangat sensitif dengan cahaya dan untuk penglihatan normal dan sihat, memerlukan pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor mata iaitu membaca carta di dalam jarak 20 kaki. Jika keputusan 20/20, memang mata anda adalah normal.

Rabun Dan Silau Mata

Kebanyakan orang fikir jika mata mula rabun ataupun silau, ia akan membawa hingga ke tua. Pendek kata kalau sudah mula pakai cermin mata makanya hingga ke tua. Salah tanggapan tu.

Sebenarnya masalah mata boleh diperbaiki dengan melakukan senaman khas untuk mata disamping corak makanan juga membantu.

Sebelum itu, kita lihat secara terperinci apa itu rabun dan silau mata.

Rabun Jauh

Dikenali juga dengan Myopia. Dapat melihat objek dekat dengan terang tetapi kabur untuk objek jauh.

Biasanya mata akan dikecilkan untuk fokus bagi melihat objek yang tidak nampak.

Rabun Dekat

Dikenali juga dengan Hyperopia. Objek dekat dengan mata menjadi kabur dan sebaliknya pandangan menjadi jelas untuk objek jauh.

Biasanya mereka yang mengalami rabun dekat, mata akan lebih penat dan cepat sakit kepala bila membaca buku.

Rabun Silau

Juga dikenali Astigmatism. Rabun silau ini biasanya akan mempengaruhi pandangan waktu malam.

Ini kerana cahaya yang memantulkan menyebabkan pandangan menjadi kabur baik pada objek dekat mahupun objek jauh.

Ada juga untuk wanita, perubahan hormon semasa mengandung dan bersalin menyebabkan mata menjadi rabun lebih teruk.

Jom saya kongsikan petua untuk bantu rawat rabun dan silau mata.

4 Petua untuk Rawat Rabun dan Silau Mata

1. Petua untuk senaman mata

Mata juga memerlukan senaman yang konsisten untuk membantu menganjalkan kembali otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata.

Senaman 1

Merawat rabun mata

Senaman 2

Merawat silau mata

Untuk lebih terperinci, boleh lihat video ini, bagaimana beliau melakukan secara konsisten selama 2 bulan dan mata kembali normal.



2. Sunning dan Palming

Sunning ataupun berjemur membantu mengaktifkan semula flex dan juga otot mata kita.

Berjemur mata dengan membiarkan mata terbuka dan mengadap matahari, seolah mata akan menyerap ‘tenaga’ yang dipancarkan oleh matahari dengan nafas dalam-dalam. Lakukan dalam beberapa minit setiap hari. Lebih baik lakukan di waktu pagi kerana cahaya matahari lebih sihat.

Palming iaitu dengan menggosokkan kedua-dua belah tangan hingga terasa haba panas. Kemudian tekup di mata tanpa sebarang tekanan. Lakukan dalam keadaan santai. Pastikan mata ditutup rapat hingga tiada cahaya masuk.

3. Makanan Tinggi Vitamin A dan Beta Karotena

Biasanya sayuran yang berwarna selain hijau mengandungi beta karotena yang tinggi.

Saya detailkan disini antara makanan harian kita yang membantu untuk mata.

i) Karot, mengandungi tinggi Vitamin A untuk membantu kekalkan kesihatan kornea mata dan melindungi sel mata dan keseluruhan sel.

ii) Bayam, sangat bagus jika dijadikan jus dan minum setiap pagi semasa perut kosong. Bayam mengandungi vitamin A, lutein and zeaxanthin yang diperlukan untuk mata sihat.

iii) Minyak ikan, sangat bagus untuk mata yang selalu kekeringan.

Kandungan asid lemak Omega membantu untuk menganjalkan otot-otot di sekitar mata. Antara sumber utama minyak ikan adalah daripada ikan Salmon.

iv) Tomato, antara yang bagus untuk sumber Lutein untuk mengelakkan terjadinya katarak mata, sejenis selaput di mata yang menganggu penglihatan mata.

Untuk kesan yang lebih baik, memang kena amalkan ambil sayuran dan minyak ikan secara konsisten. Untuk anak-anak lebih bagus diamalkan sejak dari kecil.

4. Vitamin untuk rabun dan silau mata

Vitamin boleh bantu rawat rabun dan silau mata ke? Macam kurang percaya kan. Sebenarnya, memang boleh membantu untuk mengurangkan malah masalah rabun boleh hilang dengan vitamin.

Vitamin untuk rawat rabun dan silau mata

1. Tinggi Antioksida

Vitamin yang tinggi antioksida boleh membantu memberi tenaga kepada mitochondria, iaitu pusat tenaga sel kita. Sel-sel sekitar mata kita memerlukan tenaga yang cukup untuk mengelak mata menjadi lemah.

2. Vitamin A dan Beta Karotena

Vitamin A dan Beta Karotena amat diperlukan oleh mata untuk sihat, penting untuk retina kita terutamanya di waktu malam dan kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan masalah okular, juga membantu mencegah kekeringan di mata.

3. Omega

Minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3 & 6 yang membantu menganjalkan otot-otot sekitar mata.

Tetapi, pengambilan vitamin perlu diambil secara konsisten untuk memastikan nutrien sampai ke mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: azeniahmad

Apa Itu Darah Pekat, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Darah Pekat, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Darah pekat merupakan sebuah masalah umum dikalangan masyarakat sekarang yang sekiranya berlarutan boleh mendatangkan penyakit-penyakit kronik. Oleh itu, punca masalah ini harus dikenal pasti agar rawatan yang sesuai dapat diambil untuk membendung gejala ini.

Darah Pekat

Darah pekat membawa maksud bahawa pembekuan darah dalam salur darah adalah pada kadar yang tidak normal. Platlet darah saling bergumpal dan melekat antara satu sama lain hingga pengalirannya menjadi lebih perlahan dan kurang lancar.

Jika ia berlarutan, akan membawa kesan negatif seperti darah beku yang menyebabkan aliran darah tersumbat.

Punca masalah ini adalah kemungkinan ia diwarisi dari ahli keluarga yang bermaksud, seseorang individu tersebut mendapat masalah ini sejak lahir. Sekiranya masalah ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh mengundang maut.

Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh faktor pembekuan menjadi hyperaktif ataupun ‘overreactivity of clotting factors' kerana faktor pembekuan tersebut merupakan elemen penting dalam darah yang membantu proses pembekuan.

Sekiranya ia menjadi hyperaktif maka ianya akan mencepatkan proses pembekuan pada kadar yang tinggi dan menyumbat aliran darah.

Di samping itu, masalah ini juga akan timbul apabila anggota badan tersebut tidak digerakkan buat masa yang lama.

Contohnya, apabila seseorang itu baru terlibat dalam kemalangan jalan raya dan tulang kakinya patah, maka setelah kaki tesebut telah dirawat, pesakit tersebut haruslah melakukan aktiviti tertentu yang diajar oleh ahli fisioterapi untuk membantu pengaliran darah menjadi lancar.

Sekiranya tidak mengikut cara-cara tersebut, maka pengaliran darah akan menjadi perlahan dan darah akan lama-kelamaan menjadi pekat serta mengakibatkan aliran darah tersumbat.

GEJALA DARAH PEKAT

Gejala darah pekat boleh dikenal pasti dengan beberapa tanda penting yang boleh membantu untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Tandanya adalah seperti kemerahan anggota badan yang terlibat, bengkak dan juga sakit pada tempat tersebut, yang menandakan masalah dalam saluran urat.

Saluran urat yang terlibat akan mengalami kerosakan injap dan ini akan mendatangkan masalah tidak diingini.

Gejala darah pekat yang paling ketara ialah sakit badan, kerana darah menjadi pekat di seluruh badan, menyebabkan pengedaran oksigen kepada organ penting menjadi perlahan. Seterusnya, ialah sakit kepala atau migraine.

Sekiranya otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi dalam jangka masa yang ditetapkan maka ia akan mula menyebabkan pelbagai masalah dan jika berlarutan, boleh mendatangkan maut.

Selain itu, sakit mata juga boleh menjadi salah satu gejala berikutan masalah darah pekat ini.

Ini kerana apabila darah menjadi pekat, perjalanannya dalam saluran darah akan bertambah perlahan lalu nutrien dan oksigen yang diperlukan oleh mata mengambil masa yang lama untuk sampai pada mata.

Jadi, mata akan menerima tekanan yang tinggi dan mendatangkan sakit kerana kekurangan nutrien dan oksigen.

CARA MENCAIRKAN DARAH PEKAT

Masalah darah pekat ini boleh diselesaikan melalui beberapa cara atau rawatan. Cara utama untuk cairkan darah pekat ialah dengan mengambil ubat cair darah dan haruslah diambil atas nasihat doktor sahaja.

Ini kerana ubat tersebut harus diambil pada dos yang tertentu dan hanya boleh ditentukan oleh seorang doktor yang berkelayakan.

Sekiranya masalah ini datang daripada faktor pembekuan yang hyepraktif maka inidvidu tersebut perlulah mengambil ubat yang dapat membantu mencairkan ketulan darah dalam saluran. Contoh ubat tersebut ialah ‘heparin’ dan ‘warfarin’.

Selain itu, kita juga bolehlah mempraktikkan cara-cara semula jadi yang dapat membantu serba sedikit dalam masalah darah pekat ini.

Kita bolehlah mengamalkan peminuman air yang banyak untuk membantu mencairkan darah, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Oleh itu, dengan mengamalkan tabiat ini, sememangnya darah pekat dapat dicairkan.

Di samping itu, kepada orang yang megamalkan tabiat merokok ataupun mengambil minuman beralkohol, tabiat buruk ini haruslah dihentikan dengan serta merta untuk mengelakkan darah menjadi lebih pekat.

Jadi, setelah menghentikan tabiat ini, maka semestinya toksin dalam badan akan dapat disingkirkan perlahan-lahan.

Sehubungan dengan itu, dikatakan juga makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi dapat membantu mencairkan darah.

Makanan yang berkhasiat tersebut bukanlah makanan yang tidak diketahui oleh kita malah, ianya sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini dapat membantu mengembalikan kesihatan yang terjejas kepada menjadi sihat semula.

Seterusnya, dengan bersenam juga ia akan membantu mencergaskan lagi badan kita dan kita juga berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat.

Senaman dapat membantu aliran darah dalam saluran darah kita. Ini akan membantu mencairkan darah dengan lebih pantas dan mencegah darah menjadi pekat.

Kesimpulannya, sekiranya seseorang itu mengalami masalah seperti ini, individu tersebut haruslah segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ianya boleh membawa padah yang buruk.

Individu tersebut juga haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mencegah masalah ini daripada berleluasa.

4 KATEGORI MAKANAN SEMULAJADI PENCAIR DARAH

1. Pencair darah semulajadi mengandungi salicylates

Vitamin K sangat penting untuk proses pembekuan darah yang normal. Makanan yang tinggi salicylates pula berkebolehan untuk menyekat penyerapan Vitamin K, seterusnya mencair dan melancarkan pengaliran darah serta meningkatkan metabolisme badan.

Pengaliran haba ke seluruh badan juga akan berjalan dengan efisyen, oleh sebab itu tak hairanlah kalau makanan tinggi salicylates biasa dianggap sebagai “makanan yang memanaskan badan”.

Antara contoh makanan tinggi salicylates ialah:
  • Herba: Cili merah (Cayenne pepper) , serbuk kari, paprika, halia, kayu manis ( cinnamon ), thyme, oregano, dill, licorice, kunyit ( turmeric), pudina ( peppermint ), dll.
  • Buah-buahan: Oren, kismis, limau, prun, strawberi, ceri, anggur, kranberi, bluberi, dll
  • Makanan lain: Madu, cuka, wain, brokoli, avokado, kobis bunga, dll.

Pilih makanan organik jika mahukan kandungan salicylates yang lebih tinggi.

2. Pencair darah semulajadi mengandungi Vitamin E

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang boleh membantu mencairkan darah secara semulajadi.

Sifat antioksidannya yang kuat juga mampu melindungi dinding arteri daripada serangan radikal bebas, sekaligus mencegah penyakit kardiovaskular (= penyakit berkaitan jantung dan pembuluh darah).

Antara makanan pencair darah semulajadi yang kaya vitamin E adalah kekacang (almond, walnut, dll), semua jenis minyak sayuran, gandum, oat, mangga dan tomato.

3. Pencair darah semulajad mengandungi Asid lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3, terutama DHA dan EPA, menyebabkan sel platlet kurang cenderung untuk membeku.

Ia juga membantu mengawal paras kolesterol yang sihat sekali gus menurunkan risiko arteri tersumbat daripada berlaku.

Minyak ikan adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling mudah didapati. Anda boleh makan ikan-ikan seperti salmon, sardin, tuna, dll, ataupun mengambil suplemen minyak ikan yang berkualiti serta bebas kandungan logam berat dan juga toksin.

Makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti telur, minyak zaitun, minyak flaxseed, dll juga bagus diamalkan.

4. Pencair darah semulajadi yang bersifat antibiotik

Makanan seperti onions (bawang merah/bawang besar, dll) dan bawang putih (garlic) mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan vitamin K di dalam usus.

Kurang vitamin K dihasilkan bermakna platlet sel akan susah bergumpal dan darah lebih cair.

Air pencair darah semulajadi yang sering dilupakan

Antara komponen utama darah adalah air, tapi ramai orang suka minum air manis dan kurang ambil air kosong hingga menyebabkan darah pekat dan pengaliran kurang lancar.

Jadi, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Cara paling mudah, biasakan bawa air kosong ke mana-mana.

Anak-anak pun boleh mula dididik minum air kosong sejak kecil demi kesihatan mereka pada masa depan.

Penting untuk bersederhana

Walaupun makanan pencair darah semulajadi ini baik untuk kesihatan, kita tetap kena ambil secara bersederhana dan dalam jumlah yang bersesuian.

Kalau berlebihan boleh jadi pendarahan (bleeding) pula nanti, terutama bagi yang memang ada mengambil aspirin atau sebarang ubat pencair darah daripada doktor. Yang nak menjalani pembedahan juga kena berhati-hati.

Apa pun, jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum amalkan sebarang makanan ataupun suplemen pencair darah. Nak amalkan apa-apa perlu dengan ilmu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: doctoroncall

5 Penemuan Tidak Sengaja Yang Menjadikan Pemiliknya Menjadi Jutawan

5 Penemuan Tidak Sengaja Yang Menjadikan Pemiliknya Menjadi Jutawan

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak dapat diduga oleh sesiapa pun, namun yang pasti semua di antara kita menyimpan hasrat untuk berjaya di masa hadapan.

Begitulah apa yang terjadi kepada senarai-senarai di bawah di mana penemuan tak sengaja mereka memberikan pulangan yang tersangat lumayan dan merubah segala-galanya.

1. Saham Coca-Cola

Saham Coca-Cola

Jika difikirkan sejenak, bermain saham adalah seperti berjugi. Jika anda bernasib baik, anda boleh kaya dengan sekelip mata tetapi jika sebaliknya, anda akan menanggung rugi besar.

Hanya mereka yang mempunyai mentaliti kuat sahaja boleh kekal dalam perniagaan saham. Seperti yang dilakukan oleh Tony Marohn, tak ada siapa dapat menjangkakan hanya dengan RM20, beliau menjadi tersangat kaya pada hari ini.

Ia bermula apabila Tony membeli sebuah kotak berisi dokumen-dokumen dengan harga RM20. Selepas diperiksa, Tony mendapati bahawa di dalam kotak tersebut terdapat sijil 1,625 saham dalam Palmer Union Oil.

Dia kemudiannya mencari maklumat mengenai syarikat tersebut dan mendapati bahawa Palmer Union Oil telah bergabung dengan beberapa syarikat lain.

Rupa-rupanya, dengan pembelian kotak RM20 tersebut, Tony telah memiliki sejumlah kecil saham dalam syarikat gergasi dunia, iaitu Coca-Cola, yang mana nilainya mencecah RM544 juta.

2. Mutiara luar biasa

Mutiara luar biasa

Terdapat pepatah mengatakan jika anda sabar, maka Tuhan akan membuka jalan untuk anda. Pepatah ini boleh diterapkan dalam kehidupan kita terutama ketika bekerja. Jika kita berniat baik dan sabar dalam bekerja, pasti satu hari nanti kita akan berjaya.

Itulah yang berlaku kepada nelayan dari Filipina yang telah menjumpai sesuatu yang telah mengubah nasib hidupnya selama-lamanya.

Adalah menjadi rutin harian bagi seorang nelayan untuk menjala ikan dan pada tahun 2006, nelayan ini memutuskan untuk menjala di Pulau Palawan.

Secara tak sengaja, sauh nelayan tersebut tersangkut pada sesuatu membuatkannya terpaksa turun ke dalam air untuk memeriksa.

Rupa-rupanya, sauhnya tersangkut pada tiram gergasi, yang membawa kepada penemuan mutiara yang luar biasa.

Tanpa mengetahui nilainya, nelayan tersebut menyimpan mutiara tersebut di bawah katilnya sebagai pembawa nasib yang baik.

10 tahun kemudian, mutiara ini mendapat perhatian orang ramai dan setelah diteliti, mutiara yang bersaiz 30 sentimeter lebar dan 67 sentimeter panjang dengan berat 34 kilogram tersebut dianggarkan bernilai melebihi RM418 juta.

3. Patung aksi untuk Tsar Nicholas II

Tsar Nicholas II

Patung aksi atau action figure secara amnya tidaklah sama dengan mainan kanak-kanak. Ramai orang yang tersalah anggap dan menyamakan patung aksi ini sebagai alat permainan.

Patung aksi mempunyai rupa bentuk seperti alat permainan tetapi ia bertujuan untuk dipamerkan. Mengumpul patung aksi juga menjadi salah satu hobi menarik yang boleh menjana pendapatan lumayan.

Namun, bagi George dan Betty Davis dari New York, mereka beranggapan tidak ada sesiapa yang menyangka patung aksi boleh menjadi sumber pendapatan.

Ketika mereka ingin membuang sampah dari rumahnya, pasangan ini telah menjumpai patung aksi yang menurut jangkaan mereka mempunyai nilai yang tinggi dan jangkaan tersebut adalah tepat.

Rupa-rupanya, patung aksi tersebut adalah buatan Faberge Jewelry yang ditujukan khas untuk bekas raja Rusia, Tsar Nicholas II.

"Sampah" tersebut telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan dengan harga mencecah RM21.8 juta.

4. Hoxne Hoard

Penemuan Tidak Sengaja

Di antara salah satu daripada peninggalan Empayar Rom yang paling berharga dikenali sebagai Hoxne Hoard, dalam bentuk koleksi emas dan perak.

Peninggalan yang boleh dikatakan sebagai harta karun ini telah ditemui secara tidak sengaja di Great Britain pada tahun 1992 di Hoxne, Suffolk.

Ketika itu, seorang petani bernama Peter Whatling yang baru sahaja kehilangan tukulnya telah meminta bantuan daripada rakannya Eric Lawles untuk mencarinya.

Dengan pengesan logam, Eric menemui longgokan syiling emas dan perak, beserta dengan beberapa barang kemas dan sudu. Mereka juga dengan segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis dan kerajaan tempatan.

Keesokan harinya, harta karun yang ditemui itu diisytiharkan bernilai RM7.3 juta, yang mana kerajaan bersedia untuk memberikannya kepada Eric Lawles.

Eric memutuskan untuk membahagikan wang tersebut sama rata dengan Peter Whatling, menjadikan mereka jutawan segera. Kini koleksi Hoxne Hoard dipamerkan di Muzium British.

5. Komik Pertama Superman

Komik Pertama Superman

Penulis yakin ramai pembaca di sini suka membaca komik adiwira dan sudah tentu anda tahu tentang komik-komik oleh DC Comics dari Amerika Syarikat kan?

DC Comics adalah syarikat penerbitan popular yang telah mencipta pelbagai watak adiwira terkenal seluruh dunia termasuklah Superman, Batman, Wonder Woman, Green Lantern dan ramai lagi.

Komik pertama yang menjadi komik aksi pertama terbitan DC Comics pada tahun 1938, merupakan komik paling berharga dan dicari-cari oleh para pengumpul. Komik tersebut memaparkan kemunculan awal Superman.

Satu naskah komik tersebut yang berada dalam keadaan baik telah dijual di eBay pada tahun 2014 dengan harga RM12.6 juta.

Dan terdapat seorang individu yang sangat bernasib baik telah menjumpai komik berharga ini yang digunakan sebagai bahan isian dalam dinding rumah barunya.

Walaupun keadaan komik tersebut tidak begitu baik, namun ia masih sangat berharga, mencecah harga RM732,000.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, November 23, 2018

Video Air Terjun Pelik Mengalir Warna Hitam Di Indonesia

Video Air Terjun Pelik Mengalir Warna Hitam Di Indonesia

Fenomena air terjun di Sedudo, Indonesia, dalam satu video yang menunjukkan air bertukar menjadi warna hitam telah menggemparkan warga Indonesia yang menganggap ia sebagai petanda kejadian buruk akan berlaku.

Air terjun Sedudo hitam

Namun kerisauan itu dileraikan dengan pantas oleh Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Indonesia, yang menyatakan bahawa air terjun Sedudo menghitam bukanlah kerana aliran pasir.

Air Terjun Sedudo

Sebenarnya, air terjun tersebut membawa abu bekas kebakaran hutan pada kemarau sebelumnya, sehingga menyebabkan air terjun itu berubah menjadi warna hitam.

Kejadian tersebut juga berlaku tidak lama, hanya beberapa ketika sahaja.

Saksikan videonya dibawah.

BACA INI JUGA:



sumber: brilio