Monday, November 12, 2018

Sambutan Minggu Kesedaran Antibiotik

Sambutan Minggu Kesedaran Antibiotik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran dunia kini sedang kehabisan antibiotik baharu untuk menentang ancaman kekebalan antimikrob yang semakin berkembang dan Malaysia juga turut terjejas serta perlu mengambil tindakan segera terhadap ancaman ini.

Bahaya kebal antibiotik

Menurut Ketua Pegawai Perubatan United Kingdom, Profesor Dame Sally Davies, “Dunia kini sedang berdepan malapetaka antibiotik”.

Jika antibiotik kehilangan keberkesanannya, ia menandakan ‘berakhirnya ubatan moden’.

Melainkan tindakan diambil untuk menghentikan amalan yang membolehkan kekebalan antimikrob merebak dan cara ditemui untuk memajukan jenis antibiotik baharu, kita boleh kembali kepada hari yang rutin pembedahan, luka biasa atau jangkitan langsung boleh mendedahkan kepada ancaman sebenar kepada kehidupan, beliau memberi amaran.

Laporan WHO mengesahkan bahawa kebanyakan ubatan baharu pada masa kini dimajukan untuk mengatasi kekebalan antibiotik hanyalah penyelesaian jangka pendek.

Laporan itu mendapati beberapa pilihan rawatan berpotensi bagi mereka yang terdedah kepada jangkitan antibiotik mendedahkan ancaman terbesar kepada kesihatan, termasuklah batuk kering (TB) kebal antibiotik yang membunuh kira-kira 250,000 orang setiap tahun.

Kekebalan antimikrob (termasuk kekebalan bakteria, kulat, virus dan parasit) merupakan darurat kesihatan global yang akan membahayakan dengan serius kemajuan dalam ubatan moden,’

Sekitar 700,000 orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat jangkitan kekebalan antimikrob termasuk TB, HIV dan malaria.

Jika tiada tindakan diambil, adalah dianggarkan bahawa jangkitan kekebalan antibiotik akan membunuh 10 juta orang setiap tahun menjelang 2050.

Disebabkan kekebalan antimikrob (AMR) ‘tersembunyi’ orang hanya ‘membiarkannya berlalu begitu sahaja’.

AMR kini bersama kita, membunuh manusia. Jika ia sesuatu yang lain manusia akan berusaha bersama mengenainya.

Tetapi disebabkan ia tersembunyi mereka membiarkannya sahaja.

Ia hanya akan menjadi lebih teruk melainkan kita mengambil tindakan tegas di mana sahaja di seluruh dunia.

Ini merupakan kebimbangan global memandangkan mekanisme kekebalan baharu sedang muncul dan merebak di seluruh dunia, mengancam kemampuan untuk merawat penyakit jangkitan biasa, mengakibatkan penyakit berpanjangan, kecacatan dan kematian.

Tanpa ubatan berkesan untuk pencegahan dan rawatan jangkitan, prosedur perubatan seperti pemindahan organ, kemoterapi kanser, pengurusan diabetes dan pembedahan seperti caesarean atau penggantian tulang pinggul menjadi amat berisiko.

Satu lagi masalah yang berkaitan ialah tiada kelas baharu antibiotik yang memasuki pasaran dalam tempoh 30 tahun terakhir.

Terdapat keperluan bagi model inovasi baharu yang memajukan antibiotik baharu yang mampu untuk diperoleh.

AMR meningkatkan kos penjagaan kesihatan

Menurut kajian yang dilakukan oleh kerajaan UK, AMR akan menyebabkan kos ekonomi dunia sehingga $100 trilion setahun.

AMR berlaku secara semula jadi dalam tempoh masa yang berlalu, biasanya melalui perubahan genetik bagaimanapun, penyalahgunaan dan penggunaan berlebihan antimikrob mempercepatkan lagi proses itu.

Contoh penyalahgunaan itu termasuklah apabila pesakit dengan jangkitan virus seperti demam selesema dan flu dipreskripsikan antibiotik atau amalan memberikan antibiotik kepada haiwan sebagai penggalakan pembesaran.

Sisa ubatan ini serta organisme kebal antibiotik ditemui dalam air, tanah dan udara. Ia boleh merebak antara manusia dan haiwan, dan daripada manusia kepada manusia.

Kawalan jangkitan yang lemah, keadaan sanitasi yang tidak mencukupi dan pengendalian makanan yang tidak sempurna menggalakkan lagi AMR.

Perhimpunan Kesihatan Dunia WHO mengakui bahawa AMR perlu ditangani menggunakan model ‘Satu Kesihatan’ yang mempromosikan koheren, komprehensif dan pendekatan bersepadu melibatkan aktor dan sektor yang berbeza seperti ubatan veterinar dan manusia, pertanian, kewangan, alam sekitar dan pengguna.

Tindak balas pelbagai sektor ini akan menjadi sebahagian dan bidang Pelan Tindakan Kebangsaan (NAP) oleh semua negara ahli WHO.

CAP menggesa kerajaan untuk:

1. Memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi menangani kekebalan antibiotik. Komitmen politik yang kuat, pemilikan negara dan kemampuan institusi pelbagai sektor yang mencukupi penting bagi pelaksanaan NAP yang berkesan. Ia seharusnya melibatkan seberapa ramai ‘stakeholders’ seberapa yang boleh termasuklah NGO. NAP untuk Malaysia perlu terbuka untuk orang awam dan diberikan publisiti dengan meluas.

2. Memperbaiki pemantauan jangkitan kekebalan antibiotik. Sistem pemantauan bersepadu kebangsaan perlu dimasukkan sektor awam dan swasta dan ubatan veterinar, akuakultur, ternakan dan produknya, pertanian dan alam sekitar. Sistem pemantauan kebangsaan pengambilan antibiotik dalam semua sektor juga perlu dilaksanakan.

3. Mengukuhkan langkah kawalan dan pencegahan jangkitan, contohnya pelaburan dalam infrastruktur kumbahan dan sanitasi terutama sekali menghapuskan antibiotik daripada air sisa buangan.

4. Menggubal dan melaksanakan dasar negara bagi penggunaan antibiotik yang wajar dan rasional.

5. Menggubal peraturan dalam preskripsi dan pemberian ubat dan penguatkuasaan.

6. Mengawal amalan pemasaran tidak beretika antibiotik dalam bentuk promosi dan insentif yang ditawarkan kepada pengamal perubatan, pergigian dan veterinar untuk meningkatkan jualan dan penggunaan.

7. Mendidik orang ramai berhubung bahaya penyalahgunaan dan penggunaan berlebihan antibiotik. Melibatkan NGO, media, sekolah, komuniti, profesional perubatan dan pengguna.

8. Mengukuhkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk memasukkan kawalan ke atas pencemaran antibiotik dalam sistem air, rawatan sisa kumbahan, kumbahan, tanah dan partikel dalam udara.

9. Mengawal dan memantau penggunaan antibiotik dalam pengeluaran ternakan, akuakultur, pertanian dan hortikultur dan mengharamkannya dalam penggunaan bukan terapeutik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mk

Sunday, November 11, 2018

Kebijaksanaan Archimedes Tiada Tolok Bandingnya!

Kebijaksanaan Archimedes Tiada Tolok Bandingnya!

Archimedes bukan saja ahli matematik Yunani yang hebat, malah antara yang teragung sepanjang zaman dan walaupun ramai mengenali Archimedes melalui Prinsip Archimedes (Archimedes Principle), tetapi Archimedes lebih banyak menyumbang dalam lapangan matematik.

Kebijaksanaan Archimedes
Lukisan Archimedes.

Archimedes juga seorang perekacipta dan rekaan mesin-mesin Archimedes pernah membantu kota kediamannya, Syracuse daripada pencerobohan musuh, manakala Galileo Galilei pernah menggelar Archimedes sebagai ‘Superhuman Intellect’.

Wajah Archimedes pula terukir pada pingat Field Medal yang merupakan anugerah tertinggi dalam bidang matematik setaraf Nobel Prize.

Kelahiran Anak Seorang Ahli Astronomi

Archimedes dilahirkan sekitar tahun 287 SM di Kota Syracuse, Sicily. Tidak diketahui tentang ibunya. Ayahnya pula bernama Philadiaus dan merupakan seorang ahli astronomi. Perkahwinan Archimedes juga masih lagi misteri.

Ketika Archimedes dilahirkan, ranting dahan zaitun digantung pada pintu rumah Philadiaus untuk memaklumkan yang beliau telah mempunyai seorang anak lelaki. Kelahiran Archimedes disambut dengan meriah. Hamba-hamba keluarga Philadiaus turut sama meraikan kelahiran ini.

Philadiaus merupakan orang yang dihormati dan mempunyai hubungan yang rapat dengan kerabat diraja Syracuse. Maka, Archimedes dapat pendidikan yang baik ketika zaman kanak-kanaknya.

Pengajian Di Bawah Anak Murid Euclid

Ketika muda, Archimedes belajar sejauh hingga ke Alexandria, Mesir. Sama ada dihantar ataupun beliau sendiri yang pergi ke sana. Archimedes telah menziarahi perpustakaan agung Alexandria sekali gus menambahkan pelbagai ilmu pengetahuannya. Archimedes juga belajar di sekolah yang ditubuhkan oleh ahli matematik agung iaitu Euclid.

Ketika di Mesir, beliau berkawan dengan dua orang tokoh yang agak terkenal juga iaitu Conon dan Eratosthenes.

Eratosthenes merupakan ketua Perpustakaan Alexandria dan orang pertama yang mengukur lilitan Bumi. Ukurannya cuma terlebih 100 batu saja. Persahabatan dengan Archimedes membuatkan mereka saling belajar dan menginspirasikan antara satu sama lain.

Mahkota Emas Raja Hiero II

Dalam dunia fizik, Archimedes terkenal sebagai individu yang menemui konsep keapungan (buoyancy). Terdapat dua versi peristiwa penemuan prinsip ini. Tetapi yang paling popular adalah kisah arahan Raja Hiero II untuk menentukan ketulenan emas mahkotanya.

Pada suatu hari, Raja Hiero II mahukan mahkota emas. Beliau amanahkan kepada tukang emas (goldsmith) untuk menempa mahkota tersebut. Bila sudah siap, Hiero II ragu-ragu sama ada mahkota tersebut betul-betul emas. Beliau bimbang kalau tukang emas itu menipunya dengan menempa mahkota tersebut daripada campuran emas dan perak.

Kiranya, ia akan jadi tidak 100% emas manakala emas yang selebihnya dicuri oleh tukang emas itu.

Hiero II meminta Archimedes untuk menyelesaikan masalah ini tanpa merosakkan mahkota tersebut jadi, Archimedes ada masalah untuk menentukan ketumpatan mahkota.

Ketumpatan emas lebih tinggi daripada ketumpatan perak. Kalau mahkota itu 100% diperbuat daripada emas, ia akan lebih tumpat daripada mahkota yang tidak emas tulen.

Untuk cari ketumpatan, Archimedes kena tahu jisim dan isi padu mahkota. Yang menjadi masalah Archimedes adalah untuk mendapatkan isi padunya kerana mahkota tersebut tidak boleh dileburkan atas arahan raja. Kalau tidak dapat dileburkan, isi padu sukar untuk diukur kerana bentuk mahkota yang kompeks.

Akhirnya ilham kepada jawapan ini lahir ketika Archimedese sedang mandi. Dia mendapati isi padu air yang melimpah keluar daripada tab mandinya sama dengan isi padu tubuhnya yang masuk ke dalam tab mandi tersebut.

Archimedes terlalu seronok lalu berlari keluar dari rumahnya sambal menjerit-jerit “Eureka!” dalam keadaan tidak berbaju. Eureka adalah perkataan Yunani yang bermaksud, “Aku telah menemuinya!”

Beliau akhirnya menemui bagaimana untuk menyelesaikan masalah Hiero II. Eksperimen dijalankan dan memang mahkota tersebut terdapat campuran perak.

Kapal Syracusia Untuk Raja Ptolemy

Versi kedua pula mungkin peristiwa yang lebih tepat walaupun tidak popular. Hiero II meminta Archimedes untuk membina sebuah kapal gergasi yang memuatkan perpustakaan, kolam mandi, gymnasium, kuil Aphrodite dan 8 buah menara yang berdiri di atas patung dewa Atlas.

Waqaf Saham

Tambahan daripada itu, Hiero II mahu kapal tersebut dapat memuatkan 1600 orang termasuk termasuk tentera dan kandang yang memuatkan 20 ekor kuda serta beratus tan sumber makanan dan keperluan.

Bagi Archimedes, sukar untuk membina kapal seberat itu kerana pastinya akan tenggelam. Ketika sedang mandi itulah ilham teragung Archimedes datang. Pengamatan Archimedes pada tab mandinya mampu terapung di atas air itulah yang mengilhamkan penyelesaian kepada masalah Hiero II.

Ketika inilah Archimedes menemui konsep keapungan objek. Beliau pun berlari-lari menjerit “Eureka!” dalam keadaan berbogel dan akhirnya, jawapan kepada cara mahu mengapungkan kapal gergasi yang bakal dibina itupun ditemui Archimedes.

Penjelasannya ialah, kalau air yang digantikan oleh kapal sama berat dengan berat kapal itu sendiri, kapal tidak akan dapat terapung dengan baik. Tetapi kalau berat air yang digantikan oleh kapal lebih ringan daripada berat kapal, kapal akan tenggelam. Maka, berat air yang digantikan oleh kapal mestilah lebih tinggi daripada berat kapal supaya kapal dapat terapung dengan baik.

Kalau kita meneliti dua kisah ini, kita dapati kisah mahkota tadi tidak lebih daripada sekadar Archimedes menemui bagaimana untuk menyukat isi padu objek yang kompleks.

Dalam kisah kapal ini pula, Archimedes benar-benar menemui hukum keapungan. Tapi ini sekadar kemungkinan. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Kapal tersebut dihadiahkan kepada pemerintah Mesir ketika itu, Ptolemy. Dalam pembinaan kapal tersebut, Archimedes mencipta sejenis mesin skru yang digunakan untuk mengeluarkan air yang bocor ke dalam badan kapal (hull) supaya air tersebut mengalir ke saluran pengairan.

Mesin skru ini atau dipanggil sebagai ‘skru Archimedes’, berilhamkan para petani Mesir yang tidak mempunyai sistem yang efisyen untuk menyalurkan air dari Sungai Nil yang dilihat oleh Archimedes.

Cermin Pemusnah Kapal

Archimedes sangat terkenal dengan ciptaan-ciptaannya dalam pertahanan dan pembangunan Kota Syracuse.

Archimedes pernah menggunakan ciptaannya untuk menembak objek-objek berat ke arah tentera Rom sehingga membuatkan mereka takut dan gementar. Enjin-enjin pertahanannya sangat mengagumkan.

Ketakutan tersebut sampai ke peringkat apabila mereka melihat seutas tali ataupun sekeping kayu yang terlontar dari tembok, mereka terus menderau. Ini yang membuatkan Marcellus kagum dengan ilmu kejuruteraan Archimedes sehingga digelar ‘Briereus geometri’.

Antara ciptaan Archimedes yang menarik adalah gelas-pembakar (burning-glasses) yang digunakan untuk membakar kapal-kapal musuh. Alat ini juga dipanggil sebagai ‘sinaran haba Archimedes’.

Ketika pengepungan Kota Syracuse oleh tentera Rom, Archimedes menggunakan gelas-pembakar ini untuk memusnahkan kapal-kapal tentera Rom. Konsepnya kita sudah biasa lihat. Ambil kanta pembesar dan tisu. Halakan cahaya matahari yang terbentuk di kanta pada tisu. Tisu akan terbakar dalam masa beberapa minit.

Semakin tinggi fokus cahaya matahari, semakin cepat objek yang menjadi sasaran terbakar. Peristiwa ini dikatakan sebagai legenda kerana secara praktikalnya masih tiada orang sehinga zaman kini yang mampu melakukan apa yang Archimedes lakukan.

Archimedes tidak penah menulis untuk menjelaskan rekaan enjin dan ciptaan-ciptaannya kerana baginya kejuruteraan terlalu hodoh berbanding sains tulen dan matematik.

Cabaran Raja Hiero II

Tuil (lever) sudah lama wujud sebelum zaman Archimedes lagi, tetapi Archimedes adalah orang pertama yang betul-betul faham bagaimana tuil ini berfungsi dari sudut matematik.

Kefahaman itu yang membuatkan Archimedes bertitah:

“Bagi aku satu tempat berdiri dan tuil yang cukup panjang. Aku akan gerakkan dunia ini!”

Raja Hiero II mencabar Archimedes untuk menolak sebuah kapal yang dinaiki para tentera dan barang-barang lain.

Archimedes lantas membangunkan sebuah sistem tuil yang agak kompleks tetapi hasilnya, kapal itu dapat ditolak dan digerakkan oleh Archimedes dengan mudah. Terus rasa kagum menyelubungi Raja Hiero II dan para penonton.

Matematik

Archimedes banyak menyumbang dalam bidang matematik. Karyanya dalam bidang matematik termasuklah ‘On the Measurement of a Circle’ yang menjelaskan tentang kiraan-kiraan bulatan.

Antara yang dibahaskan dalam karya ini ialah formula 2Ï€r dan juga nilai Pi. Kemudian dalam ‘On Spirals’, ia berkisar tentang pusaran bermatematik atau dikenali juga sebagai ‘pusaran Archimedes’ (Archimedean spiral).

Dalam karya ‘On the Sphere and the Cylinder’ pula, ia membahaskan formula-formula untuk mengira isi padu sfera dan silinder. Ini merupakan sumbangan Archimedes paling agung termasuk karya kiraan bulatan yang disebut awal tadi. Formula-formula macam 2Ï€r3 dan 4/3 Ï€r3 datang dari Archimedes.

Karya-karyanya yang lain Archimedes adalah tentang penciptaan formula untuk mengira luas dan isipadu untuk bentuk-bentuk lain seperti parabola, kon, segitiga dan lain-lain.

Perkara yang membuatkan ahli-ahli matematik selepas zamannya tertekan adalah Archimedes tidak pernah menunjukkan bagaimana beliau mendapatkan formula-formula ini.

Apabila diberikan masalah, Archimedes terus menyelesaikannya. Beliau mempunyai tabiat begini sewaktu belajar di bawah anak-anak murid Euclid di Mesir.

Tekanan ini berakhir apabila karyanya ‘The Method’ ditemui pada tahun 1906 M. Dikatakan karya ini pernah disimpan oleh kawannnya, Eratosthenes.

Dalam karya ini, Archimedes menunjukkan kaedah dan pembuktian formula-formula yang telah beliau paparkan di karya-karya lain.

Dalam karya ini juga, Archimedes memperkenalkan konsep ‘pusat jisim’ (centre of mass) iaitu konsep dalam memahami keseimbangan.

Kematian Archimedes

Archimedes meninggal pada tahun 212 SM ketika Perang Punic ke-II. Ketika peperangan ini, tentera Rom dapat menakluk Kota Syracuse setelah dua tahun membuat kepungan.

Dikatakan ketika Kota Syracuse dikepung, Archimedes sedang menyelesaikan permasalahan matematik di atas pasir.

Tentera Rom meminta Archimedes menemui Jeneral Marcus Claudius Marcellus tapi Archimedes menolak atas alasan mahu menyelelesaikan dulu permasalahan tersebut. Jeneral Marcellus adalah orang yang mengetuai penaklukan ke atas Kota Syracuse.

Tentera Rom tersebut marah kerana Archimedes masih lagi berdegil lalu membunuh Archimedes walaupun sudah diberikan arahan supaya Archimedes tidak dibunuh.

Jeneral Marcellus sangat marah apabila mendapat laporan Archimedes dibunuh kerana beliau melihat Archimedes sebagai aset saintifik yang berguna. Marcellus menggelar Archimedes sebagai ‘Geometri Briareus’.

Menurut mitos Yunani, Briareus adalah salah seorang gergasi yang membantu dewa-dewa Olympian melawan Titan ketika Pertempuran Dewa-dewa (Battle of the Gods).

“Jangan ganggu bulatan aku” merupakan ayat terakhir Archimedes.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Apa Sebenarnya AntiOksidan Dan Kepentingannya Untuk Kesihatan?

Apa Sebenarnya AntiOksidan Dan Kepentingannya Untuk Kesihatan?

Tentu ramai pernah mendengar, antioksidan membantu kita jadi sihat terutamanya sebagai langkah mencegah penyakit berbahaya seperti kanser dan untuk kecantikan, tetapi bagaimanakah caranya? Contoh paling mudah ambil sebiji epal, makan separuh, tinggalkan dalam suhu bilik dan perhatikan perubahannya.

Apa itu AntiOksidan

Epal yang berubah menjadi perang disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan produk sampingan iaitu radikal bebas.

Ini juga berlaku di dalam badan antaranya radikal bebas yang dihasilkan oleh badan melalui tindak balas biokimia. Bagaimanapun, radikal bebas yang terlalu banyak akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan.

Faktor lain seperti merokok, minum arak, lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan pencemaran persekitaran akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan.

Jadi, badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh.

Antara contoh antioksidan, Vitamin A, C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.

Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.

Antara antioksidan terbaik untuk badan adalah glutathion, yang amat diperlukan bagi melindungi molekul dalam badan.

Glutathion dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan dan memelihara protein sel badan.

Bagaimanapun, glutathione berkurangan apabila usia meningkat dan menghidap penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser.

Bercerita mengenai antioksidan, buah-buahan dalam kumpulan beri mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur.

MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN

Organ dalaman tubuh manusia seperti hati, usus, ginjal, paru-paru, kulit, darah dan sistem limfa secara semula jadi bekerjasama untuk memastikan racun kimia diubah menjadi bahan yang kurang berbahaya untuk disingkirkan dari tubuh.

Bahan toksin dalam tubuh secara semula jadi dikeluarkan melalui peluh, air kencing atau najis sebagai satu cara detoksifikasi atau mengeluarkan bahan buangan dan racun dari dalam tubuh.

Bagi memudahkan proses detoksifikasi ini, kita boleh membantu tubuh dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sihat yang kaya kandungan antioksida.

Terdapat pelbagai jenis bahan yang kaya dengan khasiat dan antioksida semula jadi yang jarang diketahui ramai.

Malah, ada antara kita hanya mengamalkannya tanpa mengetahui nutrien penting yang terkandung di dalamnya amat baik untuk proses detoksifikasi.

Berikut antara buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksida yang mampu menyingkirkan bahan berbahaya dari tubuh dan pastinya membantu penghadaman lebih sempurna.

1. Bawang putih

Kandungan sulfur dalam bawang putih menjadikan salah satu kegunaan dapur ini bahan detoks yang mengagumkan.

Bawang juga memiliki sifat antibiotik sehingga boleh membantu menyembuhkan dalaman tubuh.

Selain itu, antioksida dalam bawang juga melindungi ginjal daripada kesan racun akibat pengambilan ubatan.

2. Limau

Buah ini membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah batu ginjal berkembang.

Limau juga rendah gula semula jadi dan kalori menjadikannya amat baik untuk diet.

Kajian juga menunjukkan kulit limau kaya dengan flavanoid, antioksida kuat yang membantu mengurangkan radang, memperbaiki jaringan yang rosak dan melindungi hati.

3. Avokado

Kandungan antioksida iaitu daripada jenis gluta pada buah ini berfungsi menyingkirkan racun bahaya dari tubuh.

Dengan mengurangkan bahan kimia dan racun dari dalam tubuh, anda rasa lebih sihat dan segar.

4. Lemon

Jus lemon sememangnya diketahui kaya vitamin dan antioksida yang membantu melindungi hati dan melarutkan bahan kimia dari dalam tubuh.

Pengambilan lemon secara teratur dapat meningkatkan kesihatan.

5. Ubi bit

Makanan berkarbohidrat daripada jenis ubi ini kaya betaine dan pektin yang membantu melindungi hati dan sistem pencernaan.

6. Brokoli

Brokoli juga kaya dengan kandungan antioksida dan selain itu, brokoli tinggi kandungan enzim yang membantu melancarkan sistem pencernaan.

Brokoli mentah lebih disarankan untuk diambil kerana nutrisi yang tinggi di dalamnya.

7. Kubis

Kubis mengandungi sulfur yang penting untuk mengurai bahan kimia dari dalam tubuh seperti racun serangga hingga ubat yang diambil ketika sakit.

8. Biji bunga matahari

Bahan ini kaya dengan vitamin E dan ia tergolong antara herba yang efektif membersihkan hati.

Biji bunga matahari atau biasa disebut kuaci juga boleh menyingkirkan racun berbahaya yang berada di dalam tubuh.

Biji bunga matahari juga membantu mengawal paras kolesterol agar sentiasa rendah.

Kuaci kaya dengan asid linoleat yang membantu mengurangkan pembentukan plak dalam otot dan saraf sehingga mempermudahkan aliran darah ke arteri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro | utusan

Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

Kuasa Hati Mampu Mematahkan Sihir

Sebut sahaja santau, tuju-tuju, voodoo, santet termasuk entiti yang berkaitan dengannya seperti polong, pelesit, hantu raya, sudah pasti timbul suatu perasaan seram dan takut kepada orang yang mendengarnya, kerana ilmu hitam atau sihir antara ilmu yang digeruni oleh kebanyakan orang.

Mematahkan Sihir

Bukan niat untuk menakutkan tetapi hakikatnya perkara ini wujud dalam semua bangsa di dunia. Cuma ketakutan kita terhadap perkara ini selalunya tidak bertempat dan menyalahi hakikat yang sebenarnya.

Ditambah lagi dengan filem dan cerita seram di televisyen serta tokok tambah lidah yang tidak berasas menjadikan ilmu hitam ini berada di suatu kedudukan yang tinggi dalam indeks seram manusia.

Ilmu sihir ajaran syaitan

Iblis dan syaitan telah merancang pelbagai misi untuk menyesatkan manusia. Mereka tidak akan melaksanakan sesuatu pelan kecuali dengan tujuan untuk memastikan manusia mengikut mereka masuk ke neraka.

Mereka mengajarkan pelbagai ilmu yang menyebabkan manusia jadi jahat dan kufur. Antaranya ialah melalui ajaran sihir.

Fakta ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 102:

”...puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia akan ilmu sihir...”

Persepsi masyarakat terutama bagi kita yang beragama Islam tentang kehebatan ilmu hitam ini perlu dikikis.

Ini kerana ilmu tersebut tidaklah sehebat dan sekuat seperti yang disangkakan. Ianya mudah diatasi sekiranya kita mengetahui rahsia dan kelemahannya.

Malangnya, kejahilan kita terhadap perkara ini menyebabkan kita cepat melatah apabila diancam sihir. Mulalah kita berikhtiar dan mencari pelbagai kaedah rawatan yang kadang-kadang menyalahi ajaran Islam.

Secara tidak langsung misi syaitan dan iblis untuk menyesatkan manusia telah berjaya.

Allah SWT tidak akan menurunkan suatu masalah dan musibah kecuali pasti Allah menyediakan panduan untuk mengatasinya sama ada melalui Al-Quran atau Sunnah Nabi.

Al-Quran sendiri mengemukakan beberapa kisah pertarungan antara ahli sihir dan para utusanNya dan antara yang paling hebat ialah kisah Nabi Musa a.s. melawan ahli sihir Firaun yang sangat hebat.

Kisah Nabi Musa Mengalahkan Ahli Sihir Firaun

Nabi Musa a.s. telah diutuskan oleh Allah SWT bukan sahaja untuk berdepan dengan Firaun yang amat zalim dan kejam, tetapi juga untuk berdepan dengan ahli-ahli sihir terhebat.

Allah tidak mengutuskan Nabi Musa dengan tangan kosong, tetapi dibekalkan dengan dua perkara yang menjadi mukjizat kepada Nabi Musa a.s. iaitu tongkat yang boleh bertukar menjadi ular dan tangan Baginda yang boleh mengeluarkan cahaya.

Kisah ini dirakamkan dalam Al Quran, surah Ta-Ha, ayat 17-22 yang bermaksud:

“Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?” Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”.

Allah Taala berfirman, “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!” Lalu ia mencampakkannya. Maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.

Allah berfirman, “Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.

Apakah rahsia tongkat dan tangan Nabi Musa?

Sekarang, marilah kita meneliti rahsia apabila Allah berfirman, “apa yang ditanganmu wahai Musa.”

Imam Fakhru Al-Razi dalam tafsirnya mengatakan, oleh kerana tajalli pandangan Allah jatuh kepada kedua objek tersebut iaitu tangan dan tongkat, maka kedua-duanya menjadi mukjizat yang sangat hebat.

Lalu kedua-duanya bertukar dari keadaan yang biasa menjadi sesuatu yang luarbiasa dengan izin-Nya.

Tongkat Nabi Musa yang merupakan batang kayu yang telah mati dan kering tiba-tiba boleh bertukar menjadi ular yang hidup. Tangan Nabi Musa bertukar menjadi bercahaya gilang gemilang.

Kedua-dua perkara luar biasa ini sangat ajaib. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ini tidak lain dan tidak bukan kecuali kerana rahmat pandangan Allah yang jatuh ke atas tongkat kayu dan tangan Nabi Musa a.s. lalu ia bertukar menjadi hebat dan mampu mengalahkan tipu daya ahli sihir Firaun.

Imam Ar-Razi seterusnya menyambung bahawasanya Allah SWT memandang kepada hati hambanya sebanyak 360 kali pada setiap hari.

Jika hati manusia dipandang oleh Allah sebanyak itu dalam sehari, sudah pasti hati orang itu akan hidup dan menjadi lebih hebat dari tongkat Nabi Musa.

Malangnya, kerana hati kita selalu alpa dan lalai dari mengingati Allah, maka hati tersebut berterusan dalam keadaan mati.

Apabila berdepan dengan ancaman sihir yang kecil pun, kita sudah mula mengelabah dan tiada kekuatan untuk melawannya.

Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk menentang kejahatan ilmu hitam ialah dengan menghidupkan hati untuk menerima kesan rahmat dan tajalli pandangan Allah ke atasnya.

Hati ini bukan sahaja akan hidup, malah berupaya mengalahkan segala tipu daya penyihir.

Bagaimana untuk menghidupkan hati?

Tanyalah kepada ahli-ahli zikir dari kalangan ahli sufi kerana pada mereka ada ilmu dan petua untuk menghidupkan hati yang mati, menyembuhkan hati yang berpenyakit, mencelikkan hati yang buta, melembutkan hati yang keras, menyinari hati yang kelam.

Kisah Nabi Muhammad SAW mengatasi sihir

Nabi Muhammad SAW sendiri telah beberapa kali cuba disihir oleh kaum Yahudi. Dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat satu riwayat tentang kisah Rasulullah SAW yang disihir oleh Labib bin Al-A’sam.

Bahan sihir yang digunakan ialah rambut Nabi SAW yang diikat pada mayang kurma dan ditanam dalam sebuah telaga bernama telaga Za’rawan.

Akibat sihir tersebut, baginda SAW merasakan seolah-olah sudah bermalam di rumah salah seorang isterinya sedangkan Baginda SAW tidak melakukan demikian.

Perkara ini berlarutan untuk suatu tempoh hinggalah Baginda SAW diberitahu oleh malaikat bahawa Baginda terkena sihir.

Maka Nabi SAW telah meminta para sahabat untuk pergi mendapatkan bahan-bahan sihir yang ditanam itu dan meleraikannya. Sebaik sahaja simpulan sihir tersebut dileraikan, maka kesan sihir itu telah hilang.

Kisah nabi disihir ini merupakan satu panduan untuk kita berdepan dengan masalah sihir.

Langkah pertama yang Nabi tunjukkan ialah dengan melerai dan memusnahkan bahan-bahan sihir yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Ini bermakna, selagi mana bahan tersebut masih dalam keadaan tidak dileraikan, maka selagi itulah kesan sihir itu akan dirasai oleh mangsa.

Cara meleraikan bahan sihir itu juga mesti mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW iaitu dengan pergi mendapatkan sendiri bahan-bahan tersebut, bukannya dengan cara menarik dari jauh melalui khidmat pawang atau bomoh.

Kadang-kadang, mangsa sihir akan mendapat petunjuk tentang bahan-bahan yang digunakan.

Mungkin kadang-kadang bermimpi tempat ianya ditanam, mungkin terbayang-bayang lokasi ianya dilakukan, mungkin menyebut suatu petanda tentang bahan tersebut dikala tidak sedar akibat rasukan.

Nabi SAW diperlihatkan kedudukan mayang kurma yang diikat rambut Baginda SAW dan baginda meminta para sahabat untuk pergi mengambil dan meleraikannya.

Mengenali Bahan-bahan Sihir

Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk menyihir boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
  • ‘Bahan Luaran’ iaitu bahan yang bukan berasal dari diri mangsa atau orang yang hendak menyihirnya.
  • ‘Bahan dalaman’ iaitu bahan yang berasal dari diri mangsa atau penyihirnya.

1. Bahan Luaran

Jenis-jenis ‘bahan luaran’ dan cara penyediaannya adalah berbeza-beza mengikut amalan tukang sihir itu.

Bahan-bahan ini lebih merupakan satu simbolik yang menggambarkan bentuk kesan yang hendak dikenakan kepada mangsa.

Antara bahan-bahan luaran yang digunakan oleh tukang sihir adalah:

Bahan-bahan kotor dan busuk seperti darah, najis, bangkai, tengkorak, kain kafan mayat, air kencing, abu mayat digunakan untuk menjadikan seseorang itu gila, dibenci, mengalami gangguan perasaan.

Bahan-bahan yang berbisa dan beracun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, ubur-ubur, katak puru bertanduk, bisa kala jengking digunakan untuk menyakiti dan menyebabkan penderitaan kepada fizikal mangsa dan boleh jadi untuk membunuh mangsa.

Bahan-bahan tajam dan melukakan seperti kaca, mentol lampu, kelonsong telur ayam, benang sutera, berus besi, kawat sental periuk, tali sabut yang direndam, pisau, paku, ranting bunga kertas, kuku manusia atau binatang digunakan untuk menyakiti dan menyebabkan penderitaan kepada fizikal mangsa, dan boleh jadi untuk membunuh mangsa secara perlahan.

Bahan-bahan gatal dan miang seperti miang buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni dan ulat bulu mati beragan digunakan untuk mendatangkan kemudaratan kepada tubuh mangsa terutama organ dalaman.

Bahan-bahan simpulan seperti kain, benang, rambut, tali sabut, tali yang mempunyai warna-warna tertentu, biasanya merah, hitam, kuning dan putih digunakan untuk mengurung atau mengawal kehendak dan mental seseorang dari berfikir secara waras.

Bahagian tertentu dari anggota badan manusia seperti tengkorak, tulang belulang atau apa-apa yang terhasil darinya seperti rambut, kuku, air liur, air mani dan darah haid digunakan untuk mengawal atau menundukkan seseorang supaya mengikut segala kehendaknya.

Bahagian tertentu dari anggota haiwan seperti taring harimau, gading gajah, tanduk kerbau, taring babi hutan digunakan untuk menjadikan mangsa itu garang ditakuti orang. Bulu kongkang, hati mawas putih, hati kura-kura dan tulang dagu kera duku digunakan untuk menjadikan mangsa itu bodoh dan malu apabila melihat orang.

Bahan-bahan yang diambil dalam keadaan tidak stabil seperti benda-benda yang memusing di tengah-tengah air seperti daun, kayu atau haiwan mati, atau benda-benda seperti bangkai semut, labah-labah atau lipas yang tersangkut di sarang labah-labah, atau benda-benda bergantung yang sentiasa berpusing ke kanan dan ke kiri, atau sampah, daun kayu atau binatang kecil yang telah mati diambil dari air yang berpusar. Ianya digunakan untuk menjadikan mangsa bingung, tidak keruan, gelisah dan tidak tentu arah.

Patung-patung yang dibentuk dari tanah liat, lilin atau jerami, kemudian dicucuk dengan jarum atau duri nibung, disalai dan dibakar dan sebagainya bertujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Bahan Dalaman

‘Bahan dalaman’ pula merujuk kepada barang peribadi milik mangsa yang hendak disihir atau milik orang yang hendak melakukan sihir itu sendiri seperti rambut, bulu roma, kuku, pakaian dalam, baju, kain, seluar, tisu dan tuala yang pernah dipakai oleh mangsa.

Bahan-bahan tersebut mengandungi sampel DNA mangsa dan ini memudahkan jin dan syaitan untuk mengesan mangsanya dengan tepat.

Justeru, Islam telah menyeru agar umatnya mengambil berat soal penjagaan barangan peribadi.

Antaranya ialah dengan menanam rambut dan kuku yang bercerai dari tubuh. Sudah pasti perkara ini ada seribu hikmah.

Kesimpulan

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Quran dan hadis telah menunjukkan beberapa kaedah yang praktikal untuk mengatasi gangguan ilmu hitam dalam kehidupan kita.

Allah SWT juga telah menegaskan bahawa ilmu hitam tidak akan memberi apa-apa kesan mudarat kepada manusia melainkan dengan izinNya.

Justeru, kita perlu sentiasa berdoa memohon agar Allah menjauhkan kita dari ancaman sihir.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, November 10, 2018

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Pada 30 Oktober 2017, Takahiro Shiraishi, berumur 27 tahun telah ditangkap atas kesalahan membunuh 8 orang wanita dan seorang lelaki dalam tempoh 2 bulan dan dilaporkan juga, dia telah melakukan serangan seksual ke atas 8 wanita tersebut sebelum mereka dibunuh.

Pembunuh Bersiri Paling Pelik

Dalam kalangan mangsa, 4 orang daripadanya berumur 17 tahun, selebihnya berumur 20 tahun ke atas.

“Aku nak tolong orang yang benar-benar menderita. Mohon mesej saya bila-bila masa saja.” -Takahiro Shiraishi

Pembunuh bersiri seperti Shiraishi mungkin tidak begitu mengejutkan jika dibandingkan dengan Luis Garavito yang telah membunuh seramai 138 orang, Yang Xinhai seramai 67 orang dan Alexander Pichushkin seramai 48 orang.

Yang menariknya tentang kes Shiraishi ini adalah, dia tidak mencari mangsa untuk membunuh, tetapi mangsa mencari dia untuk dibunuh. Mangsa tersebut adalah individu yang tertekan dengan hidup dan mahu mengakhiri riwayatnya.

Shiraishi menjadikan pekerjaan membunuh individu yang hendak membunuh diri sebagai satu bentuk perniagaan malah, dia pernah menerima bayaran sebanyak 3,400 pound sterling daripada seorang mangsa.

Shiraishi menjadikan laman Twitternya untuk menarik pelanggan dan selain daripada apa yang dituturkan di atas, dia juga pernah mengatakan, “Gejala buli ada di mana-mana. Di sekolah dan di tempat kerja.”

“Di luar sana mesti ada ramai orang yang sedang menderita apabila cuba hendak bunuh diri. Cuma kes mereka tidak dilaporkan saja. Aku nak tolong orang macam itu.”

Shiraishi menggunakan pelbagai bentuk perkataan di laman media sosialnya untuk menarik mangsa untuk dibunuh.

Dilaporkan, Shiraishi semasa kecil dulu adalah seorang kanak-kanak normal, pendiam tetapi pandai bersosial dengan jiran-jiran. Dalam pelajaran pun dia biasa-biasa sahaja.

Dia gemar bersukan, jarang bercakap pasal diri sendiri. Selalunya sekadar mendengar orang sembang, itu menurut laporan oleh akhbar Asahi Shimbun.

Shiraishi juga dikatalan suka bermain cekik-cekik dengan kawan-kawannya dan dipernah pengsan sebab permainan itu dan kebetulan, mangsa-mangsa Shiraishi pun dibunuh dengan kaedah yang sama iaitu dicekik.

Dia pernah bercinta dengan seorang wanita yang menurut Shiraishi, seorang yang lemah lembut pewatakannya.

Selepas menamatkan persekolahan, dia pernah bekerja dia sebuah pasaraya selama 2 tahun.

Selepas itu, dia bekerja sebagai peninjau mencari gadis-gadis untuk dijadikan pelacur sebuah kelab di Kabukicho dan pernah dipenjarakan sebab pekerjaan ini.

Sikap Shiraishi mula berubah sewaktu dia bercakap kepada ayahnya, “Saya tak tahu kenapa aku hidup.”

Kemudian, waktu inilah dia mula membangunkan banyak akaun Twitter dan mencanang dirinya sebagai ‘Tukang Gantung Profesional’ (Professional Hangman). Dia dilaporkan akan terus membunuh mangsanya sejurus bertemu.

Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh 9 mangsa Shiraishi termasuk kepala dan anggota badan yang lain.

Rumahnya mungkin dijadikan sebagai tempat untuk Shiraishi menghilangkan bukti yang kemudiannya, jiran-jiran mula menghidu bau busuk dari rumahnya.

Sehingga sekarang pihak polis masih lagi menyiasat identiti-identiti mangsa pembunuhan pembunuh bersiri paling pelik ini.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Bagaimana Ekstrak Tongkat Ali Membantu Tenaga Batin Lelaki?

Bagaimana Ekstrak Tongkat Ali Membantu Tenaga Batin Lelaki?

Tongkat Ali dikatakan berfungsi membantu untuk menambah tenaga badan dengan meningkatkan paras hormon testosterone lelaki yang juga amat penting untuk meningkatkan nafsu dan keinginan seksual.

Tongkat Ali Membantu Tenaga Lelaki

Selain itu, Tongkat Ali juga membantu menurunkan paras kartisol di dalam badan, penyumbang kepada pengumpulan lemak di sekitar perut dan mampu meningkatkan kadar metabolisme badan dengan selamat dan berkesan.

Selain terbukti secara klinikal, Tongkat Ali boleh membantu merawat penyakit Malaria, kanser, masalah keradangan, risiko kencing manis serta jangkitan bakteria.

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.

Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae, dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul dan setunjang bumi.

Tongkat Ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks) dan secara tradisi, digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.

Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting.

Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

BritishJournal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo, menunjukkan ciri-ciri anabolik pada Tongkat Ali.

Sesetengah atlet dan ahli bina badan kini menggunakan hasil tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides, adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam Tongkat Ali.

Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasil tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain.

Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% kandungan Tongkat Ali sebenar.

Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini Tongkat Ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi.

Herba Tongkat Ali juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aidahalalmart

Friday, November 09, 2018

10 Kaedah Mencari Barang Yang Hilang Dengan Cara Islam

10 Kaedah Mencari Barang Yang Hilang Dengan Cara Islam

Salah satu perkara yang menyebabkan seseorang dilanda tekanan (stres) ialah apabila sesuatu barang miliknya yang berharga dan disayangi tiba-tiba hilang. Kehilangan itu makin dirasai terutamanya sesudah semua masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit dibelanjakan dalam usaha untuk mencarinya.

Kaedah Mencari Barang Hilang

Semakin berharga milikannya yang hilang itu, maka semakin serius tekanan dialami. Apabila menghadapi masalah kehilangan sesuatu milik kesayangannya, masyarakat kita cenderung untuk mengambil jalan pintas, tanpa memikirkan soal halal atau haramnya.

Tumpuan utama mereka ialah tukang tilik, pak nujum, pawang, bomoh yang dianggap mengetahui perkara yang ghaib dan boleh membantu mereka untuk menemui barang mereka yang hilang itu.

Ada juga yang tergamak meminta pertolongan tukang tilik seperti bomoh orang asli, tok cha Siam dan sebagainya kerana apa yang penting, barang mereka yang hilang mesti ditemui dengan segera.

Mereka melupakan wasiat Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menemui ‘arraf (tukang tilik) atau munajjim (tukang ramal dengan menggunakan peredaran bintang) atau

kahin (pawang dan bomoh), sesungguhnya dia telah kufur terhadap kebenaran yang dibawa oleh Muhammad SAW.”

Setengah ulama menegaskan maksud kufur dalam hadis ini, bukan kufur yang menjadikan seseorang terkeluar dari Islam, tetapi ia bermakna berdosa besar atau fasik.

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW menegaskan bahawa solatnya (termasuk ibadatnya yang lain) tidak diterima oleh Allah selama empat puluh hari empat puluh malam.

SATU KAEDAH AMALAN GOLONGAN SUFIYYAH

Penulis ingin berkongsi amalan mencari barang yang hilang ditarbiyahkan oleh sesetengah sufiyyah yang mengandungi beberapa langkah.

LANGKAH PERTAMA

Lakukan taubat yang merangkumi empat amalan:
  • Membanyakkan istighfar;
  • Mandi sunat taubat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Minhaj al-‘Abidin;
  • Solat sunat taubat;
  • Solat sunat awwabin iaitu bertaubat dari dosa dalaman yang sukar disedari.

Sebaik-baiknya, semua amalan taubat tersebut terpimpin. Para sahabat Rasulullah apabila bertaubat, mereka akan dipimpin oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 64 yang bermaksud, “Sekiranya mereka yang telah menzalimi diri mereka sendiri (kerana melakukan dosa) datang menemui engkau (ya Muhammad), lalu mereka meminta keampunan kepada Allah, dan Rasulullah SAW juga meminta keampunan dari Allah untuk mereka, nescaya mereka akan dapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

LANGKAH KEDUA

Solat sunat hajat 2 rakaat. Adalah baik jika pada rakaat pertama, selepas membaca surah al-Fatihah, dibacakan surah al-Insyirah; dan pada rakaat kedua pula dibacakan surah al-Ikhlas.

LANGKAH KETIGA

Selesai solat hajat, bacalah ayat ke 16 surah Luqman seberapa banyak yang boleh dengan tatacara yang berikut:
  • Istighfar dengan menyebut Astaghfirullah sebanyak 70 kali.
  • Membaca al-Fatihah sekali diniatkan supaya Allah sampaikan pahalanya kepada Rasulullah SAW, para guru kita dan semua umatnya yang soleh.
  • Membaca ayat ke 16 dari surah Luqman seberapa banyak yang boleh sambil membayangkan Allah memulangkan barang yang hilang kepada kita.
  • Berzikir dengan menyebut terus seberapa lama yang mampu YA LATIF YA KHABIR.

LANGKAH KEEMPAT

Berzikir tahlil terus menerus seberapa lama yang boleh dalam keadaan muraqabah ma’iyyah sambil ditumpukan doa dalam hati, “Ya Allah hanya dengan rahmatMu, kehendakMu dan kekuasaanMu sahaja barang tersebut dapat ditemui.”

LANGKAH KELIMA

Buat nazar apa sahaja yang baik dan mudah dilakukan seperti puasa sunat sehari atau sebagainya.

LANGKAH KEENAM

Bersedekah setiap hari walaupun RM1.00.

LANGKAH KETUJUH

Kekalkan diri dalam keadaan berwuduk.

LANGKAH KELAPAN

Sentiasa ingat kehendak dan keazaman makhluk tidak dapat mengatasi takdir Allah.

LANGKAH KESEMBILAN

Sentiasa menjada adab terhadap Allah iaitu mengingati namaNya, muraqabah wujudNya, keagunganNya dan kesempurnaanNya.

LANGKAH KESEPULUH

Berdoa secara khusus dengan membaca doa qunut sebanyak 13 kali sehari.

KISAH BENAR

Seorang hamba Allah telah kehilangan motosikal berkuasa besar miliknya selama hampir enam bulan. Penulis ajarkan amalan di atas dan beliau telah mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari tiga malam.

Beliau menumpukan amalan tersebut di rumahnya dan tidak keluar rumah kecuali ada urusan yang penting.

Selepas kira-kira 2 atau 3 minggu, ketika turun daripada pejabat untuk balik ke rumah, beliau terperanjat besar kerana motosikalnya berada di tempat yang biasa beliau letakkan beserta dengan anak kuncinya sekali.

Setelah diperiksa, beliau yakin itu adalah motosikalnya yang hilang, cuma nombor platnya sahaja yang telah ditukar.

Ada kemungkinan orang yang mencurinya telah memulangkannya semula. Bagaimanapun hakikatnya, Allah yang memulangkan.

Seorang jiran penulis yang kehilangan semua barang kemas warisan keluarga dapat menemui semula semua barang kemasnya sesudah beliau terus menerus bertahlil selama kira-kira satu bulan.

Pencuri telah memulangkan barang kemasnya di depan pintu rumahnya di dalam beg plastik berwarna kuning.

Demikianlah sedikit sebanyak kisah benar yang berlaku. Semuanya adalah gambaran bagaimana kekuasaan Allah untuk mengabulkan permintaan hambaNya.

Ada diantara hambaNya yang meminta dengan jalan yang yang syirik, tetapi Allah tetap mengabulkannya. Ada juga hambaNya yang meminta dengan jalan yang diredhaiNya, maka dikabulkan juga.

Semuanya adalah ujian untuk melihat sejauh mana manusia akan percaya dan beriman dengan ketentuan Allah.

Bagi mereka yang menggunakan kaedah yang syirik lalu mendapat kembali barang yang hilang, maka tiada keuntungan baginya diakhirat, bahkan dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

Manakala mereka yang kehilangan suatu milikan, lalu bersabar dan berikhtiar dengan cara yang Allah redhai, maka Allah akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik di dunia dan akhirat, sekalipun barang tersebut tidak ditemui.

SYAITAN DAN JIN MENYOROKKAN BARANG

Islam tidak menolak kebolehan syaitan atau jin yang mampu menyorokkan sesuatu barang termasuk batang tubuh manusia hingga tidak mudah bagi manusia biasa melihat dan menemuinya semula.

Ini adalah kerana sifat kemurahan Allah yang bersifat ar-Rahman yang berkuasa mengabulkan permintaan syaitan dan jin yang jahat sekalipun.

Misalnya permintaan syaitan untuk masuk ke dalam tubuh badan nabi Ayub a.s. telah dikabulkan oleh Allah hingga baginda a.s. menderita sakit selama 18 tahun.

Ada ketikanya bukan barang yang disorokkan, tetapi kedua-dua mata manusia yang mencari barang tersebut yang ditutupkan oleh jin dan syaitan sehingga tidak dapat melihat jalan, rumah, sekolah, kapalterbang dan lain-lain objek yang besar yang berada di hadapannya.

Seorang yang sesat di hutan, ditemui berdiri di lorong yang biasa di laluinya. Beliau tidak nampak lorong tersebut kerana kedua matanya telah ditutupi oleh syaitan.

ISLAM MENOLAK PERANGKAP SYAITAN

Syaitan yang telah berjaya meyakinkan tukang tilik, tukang ramal dan bomoh, dengan maklumat yang benar akan mudah memerangkap mereka dan masyarakat umum melalui cerita-cerita karut dan khurafat.

Syaitan ini akan menetapkan pelbagai syarat dan kaedah pelik yang berlawanan dengan akidah dan syariah yang mesti dipenuhi untuk menemui semula barang yang hilang. Amalan dan kepercayaan karut serta khurafat inilah yang ditolak sekeras-kerasnya oleh Islam.

Kononnya, apa sahaja barang yang hilang boleh ditemui dengan mudah sekiranya dibuat beberapa langkah seperti berikut:

Pertama, puja hajat iaitu solat hajat special oleh sekumpulan wali ghaib terpilih yang memerlukan kos yang tinggi hingga mencecah puluh ribu.

Kedua, dengan menyembelih dua ekor kambing hitam. Dagingnya dibuat kenduri untuk arwah emak ayah dan datuk nenek. Kedua-dua kepala kambing korban itu mesti diletakkan di atas dua rakit batang pisang dan dihanyutkan ke sungai. Kononnya, kedua-dua kepala itu akan dapat diterima oleh raja jin laut yang tinggal di kuala sungai itu.

Ketiga, dengan menunaikan pengeras iaitu derma kepada mana-mana masjid atau surau sebanyak RM2.25 yang boleh dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau. Kononnya, selepas itu barulah barang atau anak akan dijumpai sebab raja jin dan kumpulannya akan membuka semua hijab ghaib yang melindungi selama ini.

Hakikatnya, menerusi tiga upacara tesebut, mereka telah terhumban ke dalam perangkap syaitan yang mengerikan tanpa sedar.

Apa yang menghairankan ialah mereka berasa bertuah kerana telah dapat melaksanakan tiga amalan yang baik yang menjanjikan kejayaan menemui barang atau orang yang hilang. Ketiga-tiga amalan itu bukan sahaj karut dan khurafat, tetapi menyebabkan mereka syirik.

Upacara penyembelihan dua ekor kambing dan menghanyutkan kepalanya adalah amalan menyemah atau buang ancak yang diharamkan.

Begitu juga dengan pengeras, walaupun kelihatan sangat remeh, tetapi mengandungi maksud tunduk dan taqarrub kepada syaitan.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis bahawa seorang mukmin yang memberi pengeras berupa bangkai seekor lalat kepada berhala, akan dimasukkan ke dalam neraka.

Manakala seorang mukmin yang enggan memberi pengeras tersebut sehingga dibunuh, akan dimasukkan ke dalam syurga.

Kaedah karut dan penuh khurafat yang disebutkan di atas merupakan salah satu daripada seribu satu macam kaedah mencari barang hilang yang digunakan oleh pawang dan bomoh.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Misteri Wali Allah, Siapa Mereka Sebenarnya?

Misteri Wali Allah, Siapa Mereka Sebenarnya?

Dalam setiap era kemodenan, kehidupan manusia sentiasa berkembang ke arah kesempurnaan, sehingga wujud adat-istiadat, pengetahuan, budaya, moral, kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan, undang-undang dan pemerintahan.

Wali Allah

Dalam perkembangannya, aturan moral ini tetap mengalami pasang surutnya namun, setiap kali pasti akan muncul insan-insan bergelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang untuk mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi, sehingga nilai-nilai ini diserap kembali ke dalam jiwa manusia.

Perkembangan adat dan nilai akhlak ini terjadi pula dikalangan dunia Islam sejak Allah SWT telah menjelaskan bahawa Nabi SAW mempunyai moral yang paling sempurna sebagai utusan yang akan menyempurnakan keperibadian moral dan akhlak.

Justeru itu, Allah SWT telah menyeru umat Islam untuk menjadikan RasulNya sebagai insan yang sentiasa dicontohi.

Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina sahabat-sahabatnya menjadi manusia-manusia sufi yang boleh dibanggakan di hadapan seluruh umat manusia, padahal pada waktu sebelumnya mereka adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di tepi jurang neraka dan tentunya kejayaan Rasulullah SAW itu tidak lain kerana bantuan Allah dan bimbingan Baginda SAW.

Dalam kehidupan sehariannya, Nabi SAW menyeru dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu prihatin, berharap penuh keredhaan Allah untuk kesenangan di akhirat dan selalu menjalani kehidupan sufi dalam segala tingkah laku dan tindakannya. Kehidupan ini dilanjutkan oleh generasi tabi’in, tabi’-tabi’in dan seterusnya sehingga kini.

Perjuangan Rasulullah SAW tidak berhenti setakat masa hidupnya sahaja, namun segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai akhlak Islamiyah telah diwarisi oleh wali-wali yang sentiasa mendokong dan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW sepertimana yang disifatkan oleh Allah SWT dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi:

“Wali-wali-Ku berada di bawah kubah-kubah-Ku. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku.”

Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di mana sahaja terdapat orang yang beriman.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah mereka sebagaimana tercatit dalam kitabnya.

“Wali Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah. Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri mereka dan mereka tidak merasa khuatir. Mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah, bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya, penciptaanNya, izinNya, dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang lingkungan agama. Semua itu kadang-kadang menghasilkan pelbagai karamah pada diri mereka sebagai hujah dalam agama dan bagi kaum muslimin, tetapi karamah tersebut tidak akan pernah ada kecuali dengan menjalankan syariat yang dibawa Rasulullah SAW.”

Kedudukan wali hanya dapat diberikan kepada orang-orang yang telah nyata ketaqwaannya, sementara orang yang nyata telah melanggar syari’ah tidak dapat diberikan kedudukan yang mulia ini.

Sayangnya, di kalangan manusia, ada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah wali dan memperoleh karamah dari Allah, padahal dalam kehidupannya sehari-hari mereka tidak melaksanakan syariat Islam dengan baik sehingga mustahil bagi Allah untuk memberikan darjat ‘wali’ kepada orang seperti ini.

Yang perlu diwaspadai juga, syaitan pun dapat membantu manusia untuk mewujudkan keajaiban-keajaiban di mata manusia. Itulah yang dinamakan sihir.

Syaitan pun berupaya membantu seseorang menghilangkan dirinya dari pandangan orang lain dan juga memberi maklumat kejadian yang akan datang dan inilah yang sering dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak beriman untuk menipu manusia.

Maka, pentingnya bagi umat Islam mengetahui perkara-perkara luar biasa yang wujud di alam ini supaya dapat membezakan antara yang hak dan yang batil kerana para wali-wali Allah juga diberi kurniaan yang luar biasa dikenali sebagai Karamah.

Karamah adalah sesuatu pemberian Allah SWT yang sifatnya seakan-akan dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan hal-hal luar biasa yang diberikan kepada orang-orang yang dikasihi-Nya yang dikenal sebagai wali Allah.

Mudah-mudahan dengan secebis pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.

Siapakah yang digelar Wali?

1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin menyatakan, “Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat.”

2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa Rasulullah SAW telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah. Baginda mengatakan, “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat Allah.”

3. Abu Bakar Al Asam mengatakan, “Wali-wali Allah itu adalah orang yang diberi hidayah oleh Allah dan mereka pula menjalankan kewajiban penghambaan terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru manusia kepada Allah.”

ISTILAH WALI DALAM AL-QURAN

“Allah adalah wali bagi orang-orang yang beriman.” - Surah Al-Baqarah: 257

“Dia menjadi wali bagi orang-orang soleh.” - Surah Al-‘Araf: 196

“Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas orang-orang kafir.” -
Surah Al-Baqarah: 286

“Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalah wali bagi orang-orang yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi mereka.” - Surah Muhammad: 11

“Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya.” - Surah Al-Maidah: 55

Dari semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali, orang mukmin disebut wali, seorang dewasa yang diberi tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali.

Demikian juga orang lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu juga dipanggil wali.

Penguasa, pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali.

Lantaran itu dapatlah kita mengambil kesimpulan makna yang luas sekali dari kalimat wali ini. Terutama sekali ertinya ialah hubungan yang amat dekat (karib), baik kerana pertalian darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau kerana kedudukan, atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang karib.

Allah adalah wali dari seluruh hamba-Nya dan makhluk-Nya, kerana Dia berkuasa lagi Maha Tinggi. Dan kuasa-Nya itu adalah langsung.

Jika makhluk tadi wajib berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari Allah. Kalau Allah sudah nyata tegas dekat atau karib kepadanya dia pun hendaklah beraqarrub, ertinya mendekatkan pula dirinya kepada Allah. Maka timbullah hubungan perwalian yang timbal balik.

Segala usaha memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa, menegakkan ibadah kepada Allah menurut garis-garis yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya, semuanya itu adalah usaha dan ikhtiar mengangkat diri menjadi wali Allah.

Segala amal soleh, sebagai kesan dari iman yang mantap, adalah rangka usaha mengangkat diri menjadi wali.

BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MENJADI WALI ALLAH?

Sesesorang itu menjadi wali dengan salah satu dari dua cara iaitu:-

1. Kerana Kurnia Allah

Adakalanya seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia dari Allah meskipun dia tidak pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid.

Allah berfirman, “Allah menarik kepada agama ini orang yang di kehendakiNya dan memberi petunjuk kepada agama-Nya orang yang suka kembali kepadaNya.” - Surah A-Syuara’ : 13

2. Kerana Usaha Seseorang

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:

“Allah berfirman, “Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku akan mengumumkan perang kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang mendekat dirinya kepadaKu dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal sunnah sehingga Aku menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya, tangannya dan kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau memohon perlindungan, maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya dan melindunginya. Belum Aku merasa berat untuk melaksanakan sesuatu yang Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seorang mukmin yang takut mati, dan Aku takut mengecewakannya.” - Hadis riwayat Al-Bukhari

APAKAH SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG WALI?

Tentang hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di antara mereka, ada yang berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui bahawa dirinya adalah seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya tentang dirinya dapat menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia merasa senang.

Tetapi, ada pula yang berpendapat bahawa seorang wali tahu dirinya seorang wali. Syeikh Al Qusyairi berkata, “Menurut kami, tidak semua wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang mengetahui bahawa dia adalah seorang wali. Jika seorang wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali, maka pengetahuannya itu adalah sebahagian dari karamahnya yang sengaja diberikan kepadanya secara khusus.” - Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662

TINGKAT PARA WALI ALLAH

Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi martabat berlainan.

Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang wajib diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya tidak wajib diketahui.

Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’, iaitu Muhammad SAW, Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s.

Para Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza, namun tidak ada siapa yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yang tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para nabi dan Rasul.

Para Aulia pula tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka, kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja.

Sebab itu para Aulia tidak dapat dikenal pasti yang lebih tinggi martabatnya daripada yang lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai. Mungkin martabat para Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika terdesak.

Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah SWT. Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya, tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya.

Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:

PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH

1. Al-Aqtab

Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahawa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya.

Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity, di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-Aimmah

Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah.

Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad

Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya.

4. Al-Abdal

Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini.

Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain.

Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal?

Jawab Muaz Bin Asyrash, “Para wali Abdal mendapat darjat tersebut dengan empat kebiasaan, iaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.

5. An-Nuqaba’

An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang.

Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang.

Selanjutnya mereka mampu meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah pelik.

Kalau ahli dari Mesir mampu mengungkap rahsia seseorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang wali-Nya?

6. An-Nujaba’

An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai.

Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun

Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain.

Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapat darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi, “Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”.

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau, tetapi Nabi SAW berkata demikian, kerana tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.

8. Al-Rajbiyun

Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rejab saja. Mulai awal Rejab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali biasa seperti semula.

Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.

Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf.

Ada dua orang Syiah yang mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain. Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya.

Ketika keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata, “Aku lihat kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para sahabat Nabi”.

Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.

Pada umumnya, di bulan Rejab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya. Selama bulan Rejab, mereka sentiasa mendapat pelbagai pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada orang lain.

Anehnya, penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rejab dan setelah bulan berakhir, maka kesihatan mereka kembali seperti semula.

9. Al-Khatamiyun

Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat Al-Khatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang.

Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa as.datang kembali.

Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi SAW, “Mereka berhati seperti hati Adam a.s.” Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah SWT.

Syeikh Muhyidin berkata, “Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang saja dikalangan umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain. Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf.

Setiap masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah.

Mereka senang dengan doa, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi”.

Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh a.s. Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama.

Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya, “Tuhan-Ku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali kebinasaan”.

Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi Nuh as. Mereka selalu memerhatikan sabda Nabi SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah SAW pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya.

Mereka suka dengan doa Nabi Ibrahim as yang ertinya, “Tuhanku, berikan kepadaku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang soleh”.

Mereka diberi keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk.

Syeikh Muhyiddin berkata, “Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bahawa kesenangan syurga telah dipercepatkan baginya”.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam setiap zamannya.

Rasulullah SAW pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat Jibril yang amat kuat.

Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril. Dan malaikat Jibril sentiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka selalu terpimpin.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Mikail a.s. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemah-lembut terhadap semua orang dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya ada satu orang sahaja dalam setiap zamann. Nabi SAW pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya.

Syeikh Al Muhyiddin berkata, “Di antara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah SWT”.

Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti hati Nabi Daud a.s. Jumlah mereka di setiap masa hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi pelbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.

10. Rijalul Ghaib

Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahawa Allah SWT selalu mengawasi mereka.

Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri.

Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya, “Tampilkan kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah mahupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur.” - Surah Adh Dhuha: 11

11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah

Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zaman.

Wali jenis ini mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang.

Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah.

Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zaman. Meskipun watak mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang suka berbuat kebajikan.

12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi

Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi, ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya.

Mereka selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir mahupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.

13. Rijalul Haibah Wal Jalal

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa. Jenis wali tingkatan ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengagumkan, meskipun sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui mereka akan tunduk.

Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti Nabi Muhammad SAW, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata, “Aku pernah menemui wali golongan ini di kota Damsyik”.

14. Rijalul Fathi

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi. Ertinya rahsia-rahsia Allah SWT selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan bilangan jam, iaitu 24 orang.

Meskipun demikian, mereka tidak pernah berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata mahupun yang rahsia.

15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma’arij Al ‘Ula. Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka termasuk wali-wali tingkatan tinggi, hampir setiap saatnya mereka naik ke alam malakut, mereka adalah orang-orang terpilih.

16. Rijalu Tahtil Asfal

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal, iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati mereka selalu hadir di hadapan Allah.

17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari tiga orang di setiap masa.

Mereka selalu mendapat pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan anugerah-anugerah Allah kepada manusia.

Adanya mereka menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kepada makhlukNya.

18. Ilahiyun Rahmaniyun

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun, iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa. Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa.

Sifat mereka seperti wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran mereka suka mengkaji firman-firman Allah.

19. Rijalul Istithaalah

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah, iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah mereka hanya seorang dalam setiap masa.

Yang termasuk kelompok ini adalah Syeikh Abdul Qadir Jilani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka sangat ditakuti.

20. Rijalul Ghina Billah

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah, iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun. Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya.

Mereka selalu mendapat siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak memerlukan kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.

21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid

Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya.

Mereka sentiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang ghaib. Seluruh hidup mereka aktif di semua aktiviti ibadah.

22. Rijalul Isytiqaq

Diantaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq, iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima orang di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat di siang dan malam hari.

23. Al-Mulamatiyah

Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah. Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya adalah Nabi Muhammad SAW. Mereka sangat berhati-hati dalam melaksanakan syariat Islam.

Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang tepat. Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada Allah. Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada kalanya pula jumlah mereka berkurangan.

24. Al-Fuqara’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’. Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan Allah.

25. As-Sufiyyah

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya bertambah dan ada kalanya pula berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan kebajikan-kebajikan yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.

26. Al-‘Ibaad

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al ‘Ibaad. Mereka dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah, yang merupakan amalan mereka setiap hari, mereka suka mengasingkan diri di gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai.

Di antara mereka ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di malam hari merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini adalah tempat untuk menyuburkan amal-amal di akhirat.

Abu Muslim Al Khaulani adalah di antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata, “Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang ternakanku”.

27. Az-Zuhaad

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad. Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi. Mereka mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya sedikitpun, sebab seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah.

Sayyid Muhyiddin berkata, “Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong dari wali tingkatan ini”.

Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi, seorang ahli ibadah di masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az Zuhad. Pada suatu hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat Syeikh Abdullah seraya berkata kepadanya, “Wahai Syeikh Abdullah, apakah aku boleh solat dengan pakaian kebesaranku ini?” Mendengar pertanyaan itu, Syeikh Abdullah tertawa. Tanya si penguasa: “Mengapa engkau tertawa, wahai Syeikh? Jawab Syeikh Abdullah: “Aku tertawa kerana lucunya pertanyaanmu tadi, mengapa engkau bertanya kepadaku seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta yang haram?”

Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa menangis dan menyatakan taubatnya kepada Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan kekuasaannya demi untuk mengabdikan diri kepada Syeikh Abdullah, sehingga beliau berkata: “Mintalah doa kepada Yahya Bin Yafan, sesungguhnya dia adalah seorang penguasa dan seorang ahli zuhud, andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak dapat melaksanakannya”.

28. Rijalul Maa’i

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa’i. Mereka adalah para wali yang sentiasa beribadah di pinggir-pinggir laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka mengasingkan diri.

Disebutkan, bahawa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah berada di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak: “Apakah ada di antara hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?”

Tiba-tiba ada seorang yang muncul dari dalam air seraya berkata: “Ada, wahai Abu Saud. Di antara hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di dalam air dan aku termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri Takrit, aku sengaja keluar, kerana beberapa hari mendatang akan terjadi musibah di negeri Baghdad”. Kemudian ia menghilang ke dalam air. Kata Abu Saud: “Ternyata tidak lebih dari lima belas hari musibah memang terjadi.”

29. Al-Afrad

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad. Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani.

Mereka jarang dikenali manusia lain, kerana kedudukan mereka terlalu tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.

30. Al-Umana’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana’ ertinya orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi SAW: “Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara umat ini”.

Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia, kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.

31. Al-Qurra’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra’. Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al Quran. Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk di antara mereka.

32. Al-Ahbab

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab, iaitu orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan.

Mereka mencapai tingkatan ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub kerana cinta kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari ibadah yang berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi mereka, mereka mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.

33. Al-Muhaddathun

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun, iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah.

Maka Umar Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin Ibnu Arabi ra berkata: “Di zaman kami ada pula wali-wali Al Muhaddathun, di antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i”.

Para wali yang tergolong dalam golongan ini sentiasa mendapat bisikan-bisikan rohani dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, sebab rohani mereka sudah dapat menembus alam arwah atau alam malakut.

34. Al-Akhilla’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla’. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah yang mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.

35. As-Samra’

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra’. Erti kata As Samra’ adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka termasuk orang-orang yang setiasa berdialog dengan Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada taranya.

36. Al-Wirathah

Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah, iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para ulama, pewaris para Nabi.

Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar beribadah melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka mengasingkan diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi kecintaannya kepada Allah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: jalansufi