Saturday, November 03, 2018

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun

Lama sebelum dunia barat mengenali pahlawan samurai sebagai sesuatu yang dikuasai kaum lelaki, telah wujud sekumpulan samurai wanita di mana mereka adalah sama hebat dan pakar. Mereka dikenali sebagai Onna-bugeisha, dilatih sama seperti lelaki, samada dalam gerakan bertahan atau menyerang.

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun
Gambar hiasan.

Mereka juga dilatih menggunakan senjata yang direka khas untuk wanita, diberi nama Naginata, yang bersesuaian untuk mengimbangi tubuh badan mereka yang lebih kecil.

Selama bertahun lamanya mereka berjuang bersama samurai lelaki, Onna-bugeisha juga diberikan penghormatan serta menjalankan tugas yang sama dengan samurai lelaki.

Pada tahun 200 Masihi, Maharani Jingu sendiri telah mengatur dan memimpin satu perperangan ketika menawan Korea.

Pada waktu itu, pemahaman tradisional pada umumnya, kedudukan wanita adalah di belakang lelaki dan mereka perlu patuh kepada suami serta mempunyai peranan sebagai suri rumahtangga.

Namun begitu, pengecualian dibenarkan terhadap wanita seperti Jingu kerana golongan wanita seperti ini dilihat sebagai berdikari, gagah dan berani berlawan di samping samurai lelaki.

Setelah Maharani Jingu menjadi pembuka jalan, manakala Onna-bugeisha yang lain pula mula menempa nama.

Sekitar tahun 1180 hingga 1185, satu perang telah meletus di antara dua suku kuasa pemerintah Jepun.

Perang Genpei melibatkan perperangan di antara suku Minamoto dan suku Taira yang sama-sama percaya mereka yang layak memerintah.

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun
Salah seorang samurai wanita pertama adalah Maharani Jingu.

Perperangan ini menjadi kejatuhan kepada suku Taira manakala suku Minamoto pula berjaya mengekalkan kekuasaan mereka.

Mereka mungkin tidak dapat melakukannya sekiranya bukan kerana Tomoe Gozen, seorang Onna-bugeisha.

Tomoe Gozen, seorang legenda Onna-bugeisha Gozen dinyatakan sebagai seorang yang sangat berbakat di medan tempur bahkan juga seorang yang mempunyai kepandaian yang luar biasa.

Dalam pertempuran, dia telah mempamerkan kehebatan memanah sambil menunggang kuda. Dia juga mahir menggunakan katana, pedang panjang tradisi samurai.

Di luar medan perang dia juga seorang yang digeruni, tenteranya patuh kepada setiap arahannya dan juga percaya setiap gerak hatinya.

Dia terlibat dalam politik dan berita tentangnya tersebar luas di serata Jepun. Tidak lama kemudian, suku Minamoto menamakan Tomoe Gozen sebagai Panglima Perang Jepun sebenar yang pertama.

Dia sememangnya tidak mengecewakan.. Pada tahun 1184, dia telah mengetuai 300 orang samurai menuju ke medan perang berhadapan dengan 2,000 orang pahlawan suku Taira.

Onna-Bugeisha, Legenda Pahlawan Samurai Wanita Jepun
Tomoe Gozen.

Tomoe Gozen merupakan salah seorang daripada hanya 5 pahlawan Minamoto yang terselamat.

Selepas itu pada tahun yang sama juga ketika Pertempuran Awazu, dia telah berjaya mengalahkan pahlawan paling terkenal dari suku Musashi iaitu Honda no Moroshige. Dia memenggal kepala Moroshige dan menyimpan kepalanya sebagai piala.

Apa yang berlaku kepada Tomoe Gozen selepas pertarungan itu tidak dapat dipastikan. Ada yang mengatakan dia meneruskan pertarungan sehingga terkorban, yang lain pula mendakwa dia pergi dengan menaiki kuda membawa kepala Moroshige bersamanya.

Walaupun tiada rekod mengenai Gozen selepas pertempuran itu, ada dakwaan mengatakan dia telah mengahwini seorang rakan samurai dan menjadi biarawati setelah kematian suaminya.

Berabad lamanya setelah pemerintahan Tomoe Gozen, Onna-bugeisha mula berkembang.

Pahlawan wanita telah menjadi sebahagian dari samurai yang melindungi perkampungan dan membuka lebih banyak sekolah di sekitar Empayar Jepun untuk melatih wanita muda tentang seni pertarungan serta penggunaan Naginata.

Walaupun terdapat banyak suku kumpulan tersebar di serata Jepun, kesemua mereka termasuklah pahlawan samurai mula menerima Onna-bugeisha.

Onna-bugeisha terakhir

Onna-Bugeisha Terakhir

Akhirnya, semasa zaman pergolakan di antara pemerintah suku Tokugawa dan Pihak Istana (Imperial Court) pada tahun 1868, satu kumpulan khas pahlawan wanita yang dikenali sebagai 'Aizu Yoshitai' telah dibentuk dan diketuai oleh seorang Onna-bugeisha berusia 21 tahun bernama Nakano Takeko.

Takeko secara keseluruhannya dikira sebagai seorang pahlawan samurai wanita hebat yang terakhir, manakala Pertempuran Aizu pula adalah merupakan penglibatan terakhir bagi Onna-bugeisha.

Sejurus selepas kekalahan Shogun, pemerintahan Jepun telah diambil alih oleh Imperial Court.

Walaupun zaman Onna-bugeisha telah berakhir selepas Takeko, namun pahlawan wanita masih ada di kebanyakan tempat.

Sepanjang tahun 1800-an, wanita terus mencabar pemikiran tradisional mengenai peranan jantina dalam pertempuran.

Ketika sebahagian besar dunia melihat pahlawan samurai sebagai lelaki gagah dan kuat, wanita juga telah menempa legenda tersendiri sebagai Onna-bugeisha di dalam sejarah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, November 02, 2018

Kenapa Tun Mahathir Mahu Membina Jambatan Bengkok?

Kenapa Tun Mahathir Mahu Membina Jambatan Bengkok?

Jambatan bengkok atau dalam perancangan mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang diimpikan bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.

Kenapa Tun Mahathir Mahu Membina Jambatan Bengkok?

Idea pembinaan jambatan lurus telah dicetuskan dan kemudian diubah menjadi 'bengkok' kerana Singapura tidak mahu mengubah struktur penghubung di sempadan negaranya.

Persetujuan Singapura pada awalnya tentang projek tersebut dikatakan diberikan secara ‘tidak rela hati sepenuhnya’ dan dilakukan hanya sekadar berdasarkan pendekatan berpakej.

MANFAAT PEMBINAAN JAMBATAN BENGKOK

1. Melancarkan aliran lalu lintas ke Singapura dan sebaliknya.

2. Kapal dagang atau pasukan keselamatan boleh belayar melalui Selat Tebrau (Selat Melaka ke Laut China Selatan dan ini akan merancakkan industri perkapalan dan pelabuhan negara iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

3. Kelancaran aliran air di Selat Tebrau mampu meningkatkan kualiti air dan juga alam sekitar.

4. Pembukaan laluan air itu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan negeri Johor secara keseluruhan.

KRONOLOGI JAMBATAN BENGKOK

5 Julai 1996

Tun Mahathir Mohamad telah mencetuskan idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan sebuah jambatan baharu.

8 Julai 1996

Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menganggap cadangan Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baharu tidak mengejutkan republik itu.

1 Ogos 1996

Mahathir umumkan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin setelah mendapat persetujuan Singapura, namun tiada perjanjian secara rasmi dimeterai.

31 Julai 1997

Sebuah perbincangan telah berlangsung di antara Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor.

4 September 2001

Kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dianggarkan siap pada tahun 2007.

13 Jun 2004

Malaysia yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan fasa awal kemudiannya menghentikan sementara pembinaan bagi membolehkan rundingan lanjut dibuat dengan Singapura.

24 Januari 2005

Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.

27 Ogos 2005

Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskannya.

6 Februari 2006

Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan tersebut tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.

9 Mac 2006

Malaysia meneruskan kerja-kerja awal pembinaan jambatan bengkok atau ‘Jambatan Indah’ berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.

Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi dan membolehkan kapal-kapal kecil melepasinya namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.

12 April 2006

Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan bahawa Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.

"Kerajaan juga membuat keputusan untuk menghentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.” ~ Tun Abdullah Ahmad Badawi, 12 April 2006.

26 Jun 2010

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimbangkan semula.

"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini.

"Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor." - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, 26 Jun 2010.

17 April 2014

Mahathir sekali lagi membuat kenyataan mengenai mengapa pentingnya jambatan itu dibina sewaktu menghadiri sebuah acara di Iskandar Malaysia.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina." - Tun Mahathir Mohamad, 17 April 2014

16 Oktober 2018

Kerajaan Negeri Johor dalam usaha merealisasikan impian tertunda Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk membina jambatan bengkok yang bakal menghubungkan Johor dengan Singapura.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang mengatakan perancangan pembinaan jambatan berkenaan telah ditolak oleh dua perdana menteri terdahulu.

ISU LAIN MENGENAI PEROBOHAN TAMBAK JOHOR

1. Laluan Kapal Dagang

Terbinanya jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor akan membolehkan bot-bot kecil dan kapal bersaiz sederhana merentasi Selat Tebrau dengan mudah.

Selama ini kapal-kapal yang dalam pelayaran jauh perlu mengelilingi Singapura.

Kemungkinan pengurangan kapal yang singgah ke pelabuhan di republik itu difahamkan menjadi perkara yang ‘dibimbangi’ pihak Singapura.

2. Laut Bersih

Dengan pembinaan jambatan bengkok, aliran air di Selat Tebrau dijangka bertambah baik kerana selama ini ia terhalang struktur Tambak Johor.

Aliran air laut yang lebih terbuka secara tidak langsung memberi kelebihan kepada kualiti air dan beberapa pihak menjangkakan ekosistem laut di Selat Tebrau akan menunjukkan penambahbaikan.

3. Bantahan Pengusaha Kupang

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan kecil di kalangan pengusaha penternakan kupang sangkar di beberapa kampung nelayan berdekatan terutamanya di Kampung Senibong.

Mereka mengatakan bahawa keadaan air di Selat Tebrau sekarang ini yang tenang dan penuh nutrien membolehkan benih kupang hidup subur.

Jika aliran Selat Tebrau sudah bebas dibuka, mereka bimbang benih kupang akan hanyut dan tidak melekat pada sangkar.

Lagipun, para penternak kupang di kampung tersebut percaya bahawa benih induk kupang kebanyakannya berada di Tambak Johor.

TIADA PERJANJIAN

Walau apapun yang didebatkan mengenainya, sebenarnya tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan bengkok tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Peguam Negara Malaysia mendapati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan berkenaan secara bersendirian (unilateral) kerana terikat dengan Perjanjian Air Johor-Singapura, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.

PAK LAH U-TURN

Sebelum Pak Lah membuat keputusan pada 12 April 2006 membatalkan Projek Jambatan di Tebrau bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula itu, Pak Lah terlebih dahulu membuat kenyataan pada 10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial Tun Hussein Onn, di Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur seperti berikut:

“Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru sama ada bengkok, lurus atau herot”.

Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti berikut:

“Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan implikasi yang serius.

"Sebaliknya, pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan perhubungan Malaysia-Singapura lebih baik.”

Demikian kata Abdullah Ahmad Badawi selepas kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Singapura George Yeo di Parlimen Singapura pada 2 Mac 2006.

Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas. Rakyat juga tidak pernah membantah terhadap projek Jambatan Johor yang sudahpun mula dilaksanakan itu.

Malah rakyat cukup sedar bahawa pembinaan Jambatan itu akan membawa faedah yang besar kepada negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.

Tetapi, 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3 Mac 2006 itu, Pak Lah telah membuat kenyataan yang memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006 seperti berikut:

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.

"Kerajaan juga membuat keputusan untuk menghentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”

Putrajaya 12 April 2006

Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu lagi kenyataan iaitu:

“Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya menjadi projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan, ia keputusan politik.

"Kita tidak boleh mengenepikan perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk rakyat.”

Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya 22 hari sebelum itu.

Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu kemudian mengundang pelbagai kontroversi terutama sekali apabila ditegur oleh Tun Mahathir Mohamad hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan.

26 Jun 2009 Tun Pernah Mengulas Mengenai Tambak Johor

1. Saya siarkan dokumen berkenaan pembiayaan pembinaan Tambak Johor kerana ada Menteri di dalam pentadbiran Tun Abdullah yang mendakwa Tambak Johor milik bersama antara kita dan Singapura. Sebab itu Singapura harus bersetuju sebelum apa-apa tindakan (meroboh) dapat dilakukan terhadap tambak tersebut.

2. Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.

3. Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.

4. Kenapa kita perlu bina jambatan untuk gantikan tambak? Jalanraya di Johor Baru di mana lalu lintas dari dan ke arah tambak bertemu dengan lalu lintas menghala ke arah timur dan barat seringkali sesak. Di masa hadapan apabila lebih banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut, kesesakan tentu akan bertambah buruk.

5. Jambatan akan disambung ke jalan jejambat dari dan ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), dan ini akan benarkan lalulintas dari timur ke barat untuk bergerak lancar.

6. Selain masalah trafik, laluan air di selat juga tidak mengalir. Jika tambak dibuka, air akan bebas mengalir di kedua-dua arah, dan akan membersihkan perairan di selat.

7. Ketiadaan tambak juga akan benarkan bot dan kapal layar belayar pergi balik di kedua-dua arah. Pengangkutan barangan dan penumpang di antara pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipermudahkan. Ini akan membantu pertumbuhan kedua-dua pelabuhan – sesuatu yang mungkin Singapura tidak suka lihat.

8. Laluan tanpa halangan bot-bot sepanjang selat juga akan mewujudkan peluang perniagaan. Jambatan akan lebih lebar daripada tambak dan akan mempercepatkan aliran lalulintas. Bangunan CIQ juga direkabentuk untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi.

9. Saya ditanya kenapa ianya tidak dibina semasa 22 tahun pentadbiran saya, jawapannya ialah keperluan untuk jambatan hanya jadi lebih jelas di akhir jangka waktu pentadbiran saya. Walau bagaimanapun, saya telah luluskan projek tersebut sebelum saya berundur. Kerja-kerja pembinaan juga bermula semasa saya masih lagi mentadbir. Jika Abdullah tidak berhentikan, jambatan sudah tentu akan hampir siap sekarang.

10. Oleh kerana Singapura hanya akan setuju untuk membina jambatan lurus jika satu bilion metre padu pasir dijual kepadanya; oleh kerana rakyat Johor membantah penjualan pasir dan kebenaran bagi pesawat pejuang Singapura berlatih di ruang udara Johor, pilihan yang ada bagi Kerajaan Malaysia hanyalah untuk kembali pada pembinaan jambatan bengkok (indah) di perairan wilayah kita. Ini adalah hak sebuah negara berdaulat yang merdeka.

11. Sebaliknya Abdullah putuskan untuk bukan sahaja tidak bina jambatan di perairan kita tetapi juga untuk berhenti berunding berkenaan semua perkara lain termasuk keengganan Singapura meluluskan dana CPF (Central Provident Fund) yang dicarum pekerja dari semenanjung Malaysia, tanah keretapi, harga air mentah 3 sen untuk 1,000 gelen yang dibayar Singapura (Melaka bayar 30 sen untuk 1,000 gelen).

12. Kesemua isu ini memberi keuntungan pada Singapura dan dengan menghentikan rundingan untuk mendapatkan hak yang lebih baik dalam masalah tersebut kononnya kerana orang Johor menolak penjualan pasir yang rugi ialah kita. Yang kalah adalah kita. Saya rasa ini satu cara bodoh untuk hukum Singapura. Ataupun adakah ianya satu hukuman bagi orang Johor kerana tidak setuju jual pasir (ada orang yang akan buat banyak duit) dan menolak cadangan supaya ruang udara Johor Baru dijadikan tempat pesawat pejuang Singapura berlatih berperang dan mengebom.

Jambatan Bengkok Tidak Perlu Kelulusan Singapura

Malaysia tidak perlu mendapatkan sebarang kelulusan daripada kerajaan Singapura untuk membina jambatan bengkok.

Tun Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat untuk melaksanakan projek itu langsung tidak membabitkan Singapura.

Namun begitu, Tun Mahathir menegaskan Malaysia masih perlu mendapatkan kelulusan Singapura jika ingin membina jambatan ketiga menghubungkan Johor Bahru dan Republik itu.

Untuk pembinaan jambatan ketiga kena minta kebenaran daripada Singapura tetapi Singapura mungkin tak benarkan kerana pembinaan jambatan bengkok langsung tidak membabitkan Singapura.

Jadi, Malaysia boleh membina jambatan bengkok pada bila-bila masa, namun bagi jambatan ketiga kena minta (kebenaran) Singapura, katanya.

Kenapa Singapura begitu takut dengan idea Tun Dr Mahathir?

Pada persepsi Singapura, meruntuhkan Tambak Johor walaupun dibahagian Johor sekalipun adalah dipercayai akan membawa kemudaratan yang cukup besar kepada mereka. Kenapa?

Tambak Johor yang dibina British telah menyebabkan adanya sekatan laluan bagi sebarang pergerakan kapal kecil mahupun besar.

Rahsia tersuratnya disini:-

"Seandainya separuh daripada tambak Johor diruntuh dan digantikan dengan sebuah jambatan baru yang akan bercantum kembali dibahagian tambak disebelah Singapura, maka laluan Selat Tebrau akan terbuka dan bersedia untuk dilalui oleh kapal-kapal perdagang!

Ekonomi Singapura yang terkenal sebagai pusat pelabuhan antarabangsa akan tergugat.

Kapal-kapal besar yang melalui Selat Melaka dan ingin menuju ke Laut China Selatan akan dapat memendekkan tempoh perjalanan dengan mengambil 'jalan pintas' di Selat Tebrau tanpa perlu mengelilingi Pulau Singapura yang kecil itu!

Tun melihat dengan pemotongan Tambak Johor itu akan menguntungkan ekonomi Malaysia dengan berkembangnya aktiviti-aktiviti di Pelabuhan Pasir Gudang dan juga di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani | musramrakunman | darah-satria | astroawani2

10 Kemalangan Pesawat Di Indonesia

10 Kemalangan Pesawat Di Indonesia

Nahas pesawat Boeing 737 Lion Air, JT610, mengingatkan kembali beberapa kecelakaan udara yang terjadi di Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Lion Air JT-601
Gambar hiasan.

Sistem penerbangan Indonesia menerima banyak kritikan dan dakwaan bahawa sistem penerbangannya tidak mengikut standard antarabangsa.

Berikut ialah insiden pesawat yang terjadi sejak tahun 2013 di beberapa lokasi di Indonesia.

1. April 2013

Boeing 737-800 Lion Air terbelah dua selepas terbabas dari landasan kapal terbang dan terhempas di perairan di Bali. Kesemua 108 orang yang berada dalam pesawat tersebut selamat selepas mereka berenang ke tepi pantai.

Dilaporkan juruterbang pesawat terbabit kurang berpengalaman.

2. Disember 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa sehingga mengorbankan 162 nyawa. Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia, komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu rosak berulang kali termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku pada tahun sebelumnya.

3. Ogos 2015

Pesawat Trigana Air terhempas di Papua New Guinea disebabkan cuaca buruk yang menyebabkan semua 54 orang di dalam jet itu maut.

Pesawat itu membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima anak pesawat, semuanya warga Indonesia.

4. Mei 2016

Dua pesawat Lion Air bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia manakala sebulan sebelum itu, pesawat Batik Air tersangkut dengan sebuah pesawat TransNusa. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

5. 4 Jun 2016

Helikopter jenis Bell 206 milik syarikat PT Amur terhempas di daerah Nabire, wilayah Papua di timur Indonesia menyebabkan empat orang maut.

6. 20 Mac 2016

Helikopter jenis 412 EP milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat membawa 13 anggota tentera terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah. Kesemua penumpang dan juruterbang terkorban.

7. 10 Feb 2016

Pesawat EMB-314 Super Tucano milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) terhempas di kawasan perkampingan Blimbing, Kota Malang, Jawa Timur menyebabkan tiga maut termasuk dua orang awam.

8. 1 Julai 2015

Pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan awam di Medan, utara Sumatera mengorbankan lebih 140 nyawa.

9. 28 Dis 2014

Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang membawa 155 penumpang terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah selepas hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda pada 5.30 pagi (waktu Surabaya) sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi (waktu Surabaya).

Pesawat yang membawa 155 warga Indonesia, tiga warga Korea Selatan dan masing-masing seorang warga Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Perancis itu dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat itu mengambil masa hampir dua bulan.

10. 29 Oktober 2018

Pesawat Lion Air JT-601 terhempas di Perairan Karawangan Laut Jawa, Indonesia, beberapa minit selepas pesawat Boeing 737 berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Apa Sebenarnya Maksud Syaitan Dari Golongan Manusia?

Apa Sebenarnya Maksud Syaitan Dari Golongan Manusia?

Syaitan merupakan kata umum untuk setiap entiti ṭaghūt, penderhaka dan golongan sesat, sama ada dari golongan manusia ataupun daripada golongan jin, mahupun dari golongan yang lain, bukanlah sebuah kewujudan yang khusus di dalam al-Qur'an, bahkan manusia yang jahat, tukang fitnah dan orang yang melakukan kerosakan juga digelar syaitan.

Syaitan Manusia
Gambar hiasan.

Oleh itu, yang dimaksud dengan "syaṭān al-ins" adalah manusia yang sesat dan menyimpang kerana menderhakai segala perintah Allah dan juga berada pada tahap menyesat dan menyimpangkan orang lain.

Asal-usul Syaitan

"Shayṭān" kata terbitan daripada perkataan "shaṭana" yang bermakna menjauhi. Oleh kerana syaitan menjarakkan diri dari perbuatan yang baik, maka ia dihindarkan dari rahmat Allah. Lantaran itulah ia digelar dengan nama ini.

Syaitan merupakan kata am manakala Iblis adalah kata khas. Dengan kata lain, syaitan ialah setiap kewujudan yang berbahaya, menyesatkan, penderhaka, ṭāghūt, sama ada dari jenis manusia mahupun bukan manusia.

Sementara itu, Iblis ialah nama syaitan yang telah memperdaya Nabi Adam dan sampai sekarang sentiasa bersama tenteranya untuk mengganggu dan menggoda manusia.

Kitab Ṣiḥaḥ Al-Lughah mengatakan, "Setiap kedegilan yang berpaling dari kebenaran dan realiti, sama ada dari kalangan individu manusia ataupun jin, mahupun daripada kalangan haiwan adalah syaitan."

Antara beberapa hal di dalam al-Qur’an yang menggunakan perkataan syaitan ialah kewujudan yang berbahaya dan memudharatkan, kewujudan yang tersesat dari jalan yang benar dan berada pada tahap menganggu orang lain.

ebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur'an: “ﺍﻧﻤﺎ ﯾﺮﯾﺪ ﺍﻟﺸﯿﻄﺎﻥ ﺍﻥ ﯾﻮﻗﻊ ﺑﯿﻨﮑﻢ ﺍﻟﻌﺪﺍﻭﺓ ﻭ ﺍﻟﺒﻐﻀﺎﺀ ”.. 4 ] (Qs. Al-Maidah [5]:91)

Dalam al-Qur'an, syaitan tidak dirujuk kepada mana-mana makhluk tertentu sahaja, bahkan manusia-manusia jahat dan melakukan kerosakan juga dikatakan sebagai syaitan.

“ﻭﮐﺬﺍﻟﮏ ﺟﻌﻠﻨﺎ ﻟﮑﻞ ﻧﺒﯽ ﻋﺪﻭﺍً ﺷﯿﺎﻃﯿﻦ ﺍﻻﻧﺲ ﻭﺍﻟﺠﻦ ”. ‏[ 5 ]

Iblis juga disebut sebagai syaitan kerana kerosakan dan kejahatan yang terdapat pada kewujudannya.

Perkataan syaitan juga adalah kata panggilan untuk mikrob-mikrob:

"Janganlah engkau biarkan sampah-sampah bermalam di rumah kalian.

"Sesungguhnya sampah-sampah tersebut merupakan tempat tinggal syaitan."

Oleh kerana sampah-sampah merupakan tempat berkumpulnya segala haiwan dan serangga berbahaya, maka ia diterjemahkan sebagai syaitan (dalam hadis tersebut).

Selain itu, dalam kebanyakan ayat al-Qur'an Allah SWT memanggil pengikut hawa nafsu, hasad, marah, takabbur, munafik dan sebagainya sebagai syaitan.

Oleh itu, syaitan mempunyai pelbagai makna yang berbeza di mana realiti miṣdāq (extention)-nya ialah Iblis dan tenteranya.

Manalaka miṣdāq yang lain ialah manusia yang sesat dan menyesatkan.

Walau bagaimanapun, sebahagian kecil maknanya ialah ialah mikrob-mikrob berbahaya.

Selain itu, syaitan dalam maknanya yang asli diceritakan sebagai pemahaman sifat, iaitu “kejahatan” dan di dalam al-Qurʻan membawa makna tersebut.

Melainkan, kadang-kadang membawa makna tentang diri Iblis dan kadang-kadang membawa makna umum setiap kewujudan yang jahat, di mana kejahatan yang dimilikinya sangat utuh.

Oleh itu, berkemungkinan syaitan itu terdiri daripada jin atau manusia yang di kalangan syaitan daripada kelompok jin terdapat individu istimewa yang mempunyai pangkat syaitan tertinggi, iaitu Iblis.

Walau bagaimanapun, terdapat perselisihan pendapat tentang Iblis, sama ada ia daripada golongan jin atau malaikat.

Secara zahirnya, kesimpulan daripada sebahagian ayat-ayat al-Qur'an adalah Iblis berasal daripada golongan para malaikat.

Pada ayat yang lain disebutkan, "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam.” Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, lalu menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim." (Qs. Al-Kahf [18]:50)

Oleh itu, Iblis berasal daripada golongan jin dan lantaran ia melakukan ibadah selama ribuan tahun, ia berada sebaris dengan golongan malaikat. Atas alasan itu ia menjadi tujuan (miṣdāq) perbicaraan ayat tersebut.

Kesimpulan

Syaitan merupakan sebuah entiti yang memiliki kedudukan yang degil dan menderhakai, pada masa yang sama ia juga adalah penyebar fitnah dan menyesatkan.

Boleh jadi syaitan ini berasal dari golongan manusia, jin dan haiwan atau dari jenis yang lain. Yang dimaksud dengan syaitan ins ialah manusia-manusia yang memiliki sifat-sifat seperti ini.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: islamquest

Thursday, November 01, 2018

20 Sumber Fiber (Serat) Dari Makanan Semulajadi

20 Sumber Fiber (Serat) Dari Makanan Semulajadi

Fiber atau serat boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah, mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan dan boleh juga mengatasi masalah yang boleh menyebabkan kanser usus, juga membantu mengatasi masalah buasir.

Sumber Serat

Menurut Institut Perubatan Amerika Syarikat, jumlah serat yang disyorkan setiap hari untuk orang dewasa yang berumur tidak lebih dari 50 tahun ialah 38 gram bagi lelaki dan 25 gram untuk wanita.

Bagi mereka yang melebihi 50 tahun pula, jumlah sehari ialah 30 gram bagi lelaki dan 21 gram untuk wanita.

Kurangnya jumlah serat yang disyorkan untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas ialah kerana berkurangnya jumlah pengambilan makanan apabila umur semakin meningkat.

Berikut adalah 20 buah-buahan dan sayuran tinggi serat.

1. Jagung

Sebenarnya, jagung sangat kaya dengan nutriennya yang antioksidan. Setiap setengah cawan jagung yang kita makan, ia mengandungi 2 gram fiber.

Jadi, untuk mendapatkan khasiat fiber, bolehlah lepas ni beli jagung rebus.

2. Almond

Almond atau Badam, antara kekacang yang menjadi kegilaan ramai terutama ketika musim perayaan.

Tahukah anda, kacang almond adalah sumber terbaik fiber dalam badan kita kerana ia membekalkan protein dan lemak baik.

Pengambilan almond adalah baik tetapi tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak sebab dia tinggi dengan kandungan kalori.

Jadi, setengah cawan atau segenggam kacang almond akan membekalkan kandungan 3 gram fiber dengan 170 kalori.

3. Kacang Hitam

Black beans atau kacang hitam mengandungi 15 gram fiber serta 15 gram protein secawan. Warnanya yang hitam dan gelap, sudah cukup memberitahu kita bahawa ia kaya dengan antioksidan.

Jadi, banyakkan pengambilan kacang hitam ini dalam diet makanan anda dan jangan lupa minum banyak air.

4. Avocado

Avokado yang lemak berkrim ini merupakan sumber fiber paling baik dan dua sudu jus avokado untuk setiap hidangan mengandungi 2 gram fiber dan sebiji buah avokado pula mengandungi 10 gram fiber.

Avokado juga adalah sumber terbaik yang mempunyai kandungan lemak tidak tepu, membantu memecahkan lemak dan mengurangkan kandungan kolesterol serta mengurangkan masalah jantung.

5. Kacang kuda

Kacang kuda juga mengandungi kandungan fiber dan antioksidan yang tinggi. Di Timur Tengah, ia adalah makanan ruji penduduk kawasan itu sehinggalah kini.

6. Artichoke

Artichoke (sejenis bunga yang berasal dari selatan Eropah dan Mediterrenean) mengandungi 10.3 gram fiber yang kaya dengan antioksidan untuk memberikan kesihatan yang baik pada tubuh.

7. Buah Pear

Buah pear membekalkan nutrien dan kaya dengan fiber. Buah pear yang tidak dikupas mengandungi 5.5 gram fiber.

8. Beras Perang

Setiap cawan beras perang ini mengandungi 3.5 gram fiber. Kajian Harvard mendapati makan setiap lima atau lebih hidangan nasi putih seminggu meningkatkan risiko penyakit diabetis sehingga 17% dan tambahan dua kali hidangan beras perang seminggu pula membantu mengurangkan risiko penyakit diabetis sehingga 11%.

9. Edamame (Kacang soya hijau/muda)

Ia adalah sejenis kekacang yang banyak ditemui di Jepun dan Korea, Edamame adalah kacang soya muda berwarna hijau.

Setengah cawan Edamame mengandungi lebih dari 11 gram protein dan 9 gram fiber.

Kandungan lemak yang ada dalam Edamame sangat sihat untuk jantung dan membantu merendahkan kolesterol dan merendahkan risiko penyakit jantung.

10. Roti berserat

Roti berserat atau whole wheat bread memang banyak sangatlah kat kedai-kedai runcit pasaraya.

Roti putih pun sebenarnye berasal dari gandum, kemudian diproses berkali-kali dan bahagian yang bergandum atau yang berserat itu telah dibuang, lalu jadilah roti tu berwarna putih.

Sebaliknya, roti berserat berwarna coklat sebab kandungan seratnya masih ada dalam roti.

11. Kacang Dhal

Kacang Dhal adalah dari keluarga kekacang yang kaya dengan fiber. Ia mengandungi 15.6 gram fiber secawan, juga merupakan sumber protein, vitamin B, zat besi dan lain-lain mineral yang sangat baik untuk tubuh.

12. Pasta penuh serat

Pasta adalah sejenis makanan tradisional daripada gandum yang memberikan sumber terbaik pada tubuh kita.

Tapi, whole-wheat pasta ini rasanya kurang enak sikit berbanding pasta putih yang selalu kita makan.

Mungkin cara penyedian pasta ini sedikit berbeza supaya rasanya boleh disesuaikan dengan selera kita kan.

13. Kacang Kidney (kacang buah pinggang)

Ia adalah sejenis kacang bewarna merah, rupanya seperti kacang merah tapi saiznya agak besar. Ada yang menggelarnya kacang buah pinggang sebab bentuknya macam buah pinggang.

Selalunya kita akan jumpa kacang ini dalam ABC (air batu campur), rasanya yang lemak memg sedap.

Kidney bean popular dikawasan utara India dan juga New Orleans, kaya dengan fiber, protein dan zat besi.

14. Oatmeal

Oat mengandungi kandungan beta-glucan, sejenis fiber yang mengandungi khasiat untuk mengurangkan kolesterol dalam darah disamping meningkatkan fungsi sistem imun dalam badan.

Oat juga adalah gabungan terbaik soluble fiber (fiber yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah) dan insoluble fiber (fiber yang membantu sistem pencernaan berjalan dengan lancar).

15. Raspberri

Raspberri adalah buah dari keluarga beri bewarna merah dan selalu dijadikan hiasan atas kek atau ais krim.

Untuk menambahkan extra-rice dalam fiber harian, secawan raspberri memberikan anda 3x jumlah fiber yang diperlukan sehari, juga mengandungi antioksidan.

16. Kacang Peas

Secawan kacang peas memberikan anda 16.3 gram fiber dan secawan peas yang telah disejukkan kemudian dimasak pula mengandungi 8.8 gram fiber.

17. Brokoli

Sudah tidak dapat disangkal lagi, warna hijau pada brokoli menunjukkan bahawa sayuran ini tinggi dengan kandungan serat, sangat baik untuk mengatasi masalah kanser usus.

Secawan brokoli atau jus brokoli mengandungi 5.1 gram fiber, mengandung vitamin dan mineral, antara lain beta-karoten, vitamin A, vitamin C, zat besi, vitamin B dan folat.

Brokoli dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan kanser usus.

Selain melawan kanser, brokoli juga baik untuk melawan penyakit jantung dan jangkitan terutama yang berhubungan dengan saluran pernafasan.

18. Buah Epal

Sebenarnya, kulit epal paling tinggi fiber, mengandungi 4.4 gram serat dalam sebiji epal saiz biasa.

19. Kacang Putih

Untuk meningkatkan kandungan fiber, protein dan zat besi tambahan dalam badan, ambillah kacang putih kerana ia merupakan sumber nutrisi yang baik.

Secawan kacang putih memberikan 25 peratus sumber nutrisi harian.

20. Barli

Barli sangat sesuai kalau di minum semasa badan panas dan tidak selesa, kerana ia sangat sejuk dalam badan.

Dalam satu kajian mendapati, kita akan menjadi sihat dengan memakan barli sebagai sarapan sebelum makan tengah hari dan ada juga yang menggantikannya sebagai nasi.

Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat barli berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah.

Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi barli.

Ia juga bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Di bawah ini ada beberapa senarai fiber yang boleh dimanfaatkan dalam diet harian kita.

Produk Gandum:
  • Roti, bun, muffin.
  • Sarapan dengan cereal, oat.
  • Whole-wheat pasta dan spagetti.
  • Barli, popcorn, beras perang.

Buah-buahan:
  • Aprikot, kurma, prune dan kismis.
  • Keluarga beri seperti blackberries, blueberries, raspberries dan strawberries.
  • Buah limau, epal beserta kulit, avocado, kiwi, mangga dan buah pear.

Sayur-sayuran:
  • Sayuran bewarna hijau seperti bayam dan kailan.
  • Brokoli dan bunga kubis.
  • Terung.
  • Squash plant (sejenis labu kuning).
  • Daun saleri.
  • Kacang hijau.
  • Tomato.
  • Kekacang yang dikeringkan seperti kidney beans, kacang hitam, kacang dhal, kacang kuda.

Kekacang dan benih:
  • Almond.
  • Kacang soya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Permatang Kristal Bukit Tabur Terpanjang Di Dunia Terletak Di Malaysia

Permatang Kristal Bukit Tabur Terpanjang Di Dunia Terletak Di Malaysia

Bukit Tabur adalah lokasi yang mana terletaknya Klang Gates Quartz Ridge sepanjang 16 kilometer, merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia, dengan ketinggian lebih kurang 800 meter dan bakal tersenarai dalam Tapak Warisan Sedunia UNESCO.

Permatang Kristal Bukit Tabur

Bukit Tabur terletak di Taman Melawati, Malaysia, juga dikenali sebagai Bukit Hangus dan amat menonjol serta boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).

Bukit ini setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz, mempunyai hutan Dipterokarp dan boleh ditemui banyak flora yang mempunyai nilai perubatan.

Hiking

Pendaki akan masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam.

Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit.

Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengagumkan dan bukit ini mempunyai beberapa puncak yang boleh disusuri.

Namun begitu apabila sudah melalui beberapa puncak, pendaki akan menuju ke satu jalan mati. Disitulah puncak terakhir dimana pendaki dapat melihat keseluruhan pemandangan disekelilingnya.

Biasanya bukit tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi.

Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru.

Dari puncak ini akan kelihatan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan sekelilingnya.

Mereka boleh melihat dan menikmati keindahan pertunjukan bunga api dengan menikmati angin puncak bukit yang nyaman sekali.

Kepada pendaki yang ingin melihat panorama matahari terbit disarankan memulakan pendakian seawal 6.30 pagi.

Bagi pendaki yang masih baru, bukit tabur ini mempunyai jalan "trek" yang agak berbahaya. Dengan batuan-batuan granit yang keras serta dakian dan penurunan sehingga 90 darjah pasti membuat pendaki merasa gayat.

Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin mendaki bukit ini supaya memastikan tahap kecergasan dalam keadaan baik disamping peralatan yang lengkap dengan menggunakan peralatan terutama pakaian dan kasut yang sesuai.

"Trek" perjalanan di Bukit Tabur amat berbeza sekali dengan laluan gunung di malaysia kerana walaupun laluan agak pendek sekitar 1 jam setengah pendakuan, namun oleh kerana laluan yang mencabar dan tebing-tebing yang berbahaya membuatkan perjalanan ke puncak terasa amat perit sekali.

Ada dua laluan dimana pendaki perlu menuruni jalan curam menggunkan tali dimana jurang setinggi 100 kaki.

Permatang Kristal Bukit Tabur

Dikawasan tebing inilah sering berlaku kemalangan kepada pendaki terutama kepada pendaki yang tidak berpengalaman.

Namun, keperitan pendakian terasa hilang sedikit demi sedikit apabila tiba di puncak gunung di mana disitu pendaki dapat merehatkan badan di atas "grass carpet" yang lembut dan sejuk.

Dinasihatkan kepada pendaki yang ingin menawan bukit ini agar membuat persiapan rapi.

Dikatakan bahawa, walaupun pendaki adalah seorang profesional, jika tidak mementingkan aspek keselamatan, maka pendakian boleh menjadi malapetaka buat mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Kisah Terkulainya Cik Mary Ann Jolley Ditangan Pendekar Najib!

Kisah Terkulainya Cik Mary Ann Jolley Ditangan Pendekar Najib!

Silap besar dan sesat yang nyatalah untuk sesiapa yang menganggap politik negara ini semudah mentafsir bidalan Abdul Hadi Awang atau kepintaran Nazri Aziz.

Mary Ann Jolley Pendekar Najib

Memanglah di permukaannya politik Malaysia agak mudah dan polos namun di mata awam, ada sifir politik yang lebih rumit dan mendebarkan berbanding Malaysia.

Nah, di situlah titik permulaan kesilapan orang yang tidak mengetahui. Ketika hal ehwal negara dilihat laksana lebuh raya yang lurus, siasah sebenar umpama jalan-jalan kampung yang berselirat dan serba menduga.

Justeru apabila anda mentertawakan Najib Razak yang kelihatan tenggelam punca atau hilang sabar, kita sebenarnya mengagumi langkah strategik bekas perdana menteri itu.

Pedulilah apa pun anda kata, namun Najib sebebarnya berjaya menempuhi sesi temu bual dengan Cik Mary Ann Jolley dengan jayanya.

Pujian yang melangit juga wajar dirafakkan kepada pasukan pemikir, perencana dan pelaksana langkah politik kontemporari Najib.

Sebagaimana lincahnya Najib mengutarakan pemikiran dan hujah di media sosial, begitu jugalah kepintaran yang ditunjukkan beliau di depan kamera Al Jazeera

Tanda sahabat sejati

Kerana kepintaran Najib maka boleh dikatakan semua orang - terutama anggota Umno - lupa kepada isu desakan bercuti kepada Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itulah yang diperlukan oleh Umno atau sekurang-kurangnya Ahmad Zahid, Lokman Noor Adam dan ratusan ribu penyokong parti berkenaan.

Maka satu daripada masalah Umno dapat diselesaikan dengan penuh bergaya oleh salah seorang pemimpin teragung mereka. Najib.

Mungkin ada yang sudah terlupa bagaimana hubungan persahabatan di antara Najib dan Ahmad Zahid sudah terbina sejak puluhan tahun silam.

Dan pada setahun silam - atau tepatnya 27 Okt 2017 - Najib sekali lagi menegaskan betapa bertuahnya beliau memiliki seorang sahabat sejati dari Bagan Datuk. Ahmad Zahid namanya.

Ketika bekas timbalan perdana menteri itu didesak oleh orang yang ada di sekelilingnya untuk bercuti, tidak ada orang yang lebih tepat tampil untuk mempertahankan beliau kecuali Najib.

Jika ada pun orang yang mungkin lebih sesuai membela Ahmad Zahid lebih gigih daripada Najib, tentulah individu tersebut bernama Lokman.

Nak berharap kepada Jamal Yunos, ada sedikit risiko juga. Bimbang pada masa diperlukan beliau sukar dikesan.

Dan di sebalik kecaman masyarakat kita, jangan sesekali menolak kemungkinan bahawa bakal pemimpin terhebat masa depan Umno - Lokman - mengadakan pakatan dengan Al Jazeera. Justeru temu bual 101 East itu konon-kononnnya memerangkap Najib.

Jolley kena belajar lagi

Mana mungkin seorang pejuang rakyat sehebat Najib boleh tersasul dan tersilap langkah di depan Cik Jolley?

Najib bukan sekadar pejuang. Beliau ialah seorang panglima. Jika tidak cukup menggerunkan, beliau juga bertaraf pendekar.

Selain ada senjata yang berbisa, beliau juga ada armada laut yang bersedia digerakkan menerjah badai tanpa mempedulikan sama ada sauh sudah dilabuh atau belum. Asalkan layar sudah dikembangkan, hanya ada satu kata, maju terus!

Sekali lagi ditegaskan, susah untuk diterima akal Najib boleh tergelincir kata-katanya di depan Cik Jolley.

Siapa sangatlah wartawan asing yang mewakili media asing itu berbanding pengarang-pengarang media Malaysia, kan?

Secara jujur, kita wajar mencari seseorang yang dapat menyampaikan pesanan kepada wartawan Al Jazeera itu supaya dia belajar lebih mendalam lagi bagaimana cara untuk berdepan dengan Najib.

Cik Jolley wajib berguru dengan ketua-ketua pengarang akhbar negara cara-cara untuk mengajukan soalan yang benar-benar mencabar Najib.

Setakat wartawan bernama Cik Jolley, ia umpama lebihan makanan di celah gigi saja. Kalau Al Jazeera mahu mengenakan orang lain, bolehlah.

Mereka mungkin berjaya memberi tekanan kepada pemimpin lain di dunia seperti Donald Trump, Vladimir Putin malah Raja Salman di Saudi itu.

Namun, mereka melakukan silap yang terlalu besar apabila menggunakan taktik yang sama ke atas Najib.

Apabila beliau kemudiannya mengakui gagal mengawal perasaan semasa temu bual itu berlangsung, sebenarnya tindakan tersebut mesti difahami dengan betul.

Najib tidak mengaku salah, tetapi sekadar berbudi bahasa selayaknya orang Timur yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Penegasan terbaik Najib kepada Al Jazeera itu dapat dilihat ketika beliau berkata, "Because as far as I am concerned, making lies, fabricating lies is not something we want to tolerate in this country."

Dan 'pukulan maut' terakhir untuk Najib menafikan perangkap Cik Jolley dan Al Jazeera itu ialah apabila beliau dengan penuh bergaya dan segak bangkit dari kerusinya dan berkata, "I'm going to walk out. No more. No more. I'm done."

Dalam konteks politik Malaysia, apakah maksud kenyataan Najib yang dilihat ramai sebagai 'mengelak' atau 'mengalah' itu?

Bagi ahli politik, aksi tersebut sebenarnya membawa mesej yang jelas lagi terang dan menawan, bak permata disinari cahaya.

Pernyataan itu wajib difahami sebagai soalan padu daripada beliau, "Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?"

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

4 Keburukan Berkahwin Pada Usia Muda

4 Keburukan Berkahwin Pada Usia Muda

Benarkah kahwin muda boleh membuatkan hidup terasa lebih bahagia atau sebaliknya? Adakah molek kita membenarkan anak muda kita untuk segera mendirikan rumah tangga walaupun mereka baru saja selesai belajar di sekolah menengah atau masih menuntut di universiti? Sudah pasti, setiap orang akan ada pendapat mereka yang tersendiri.

4 Keburukan Berkahwin Pada Usia Muda

Walaupun ada ramai pasangan bahagia di luar sana yang telah memilih untuk bernikah pada usia muda, namun ia tentu bukan gaya hidup yang sesuai untuk semua orang.

Ada beberapa kesan negatif yang harus difahami oleh anak muda sebelum mereka memutuskan menikah awal.

Keburukan kahwin muda atau kahwin awal;

1. Tiada Pengalaman

Pasangan yang baru berusia belasan tahun secara umumnya belum memiliki pengalaman untuk menghadapi tanggungjawab besar seperti bernikah dan berumah tangga.

Kadar kematangan perlu diambil kira oleh mereka yang berusia muda sebelum terburu-buru ke jinjang pelamin.

2. Ekonomi Belum Stabil

Tidak semua mereka yang berusia muda sudah memiliki pekerjaan yang tetap dan kedudukan ekonomi yang belum stabil dikhuatiri boleh menjadi antara penyebab kepada keruntuhan rumah tangga kelak.

3. Keinginan Berseronok

Pemberian waktu me-time. Sudah menjadi lumrah untuk orang-orang di usia muda untuk melakukan aktiviti menyeronokkan.

Mereka mahu menonton filem, pergi ke mall atau berkumpul bersama teman-teman secara bebas mengikut kemahuan sendiri, walaupun kadangkala pilihan waktu mereka itu tidak sesuai.

Apabila sudah menikah, terutamanya apabila terus ada anak, kegiatan ini tentunya tidak akan mudah untuk dilakukan dengan kerap atau secara bebas.

4. Komitmen

Masalah komitmen. Ini adalah penyebab utama dalam keruntuhan rumah tangga pasangan muda. Kebebasan menjadi hal yang dipentingkan oleh sebahagian besar daripada mereka yang masih berada di usia muda.

Tetapi situasi sebenar untuk memastikan perkahwinan terus kekal bahagia adalah pasangan perlu sentiasa saling mengalah dan bertoleransi serta menyingkirkan ego mereka.

Mereka tidak boleh lagi melakukan apa pun sesuka hati mereka.

Tanpa kematangan diri dan kemampuan untuk bertolak ansur, rumah tangga yang dibina amat mudah untuk runtuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Wednesday, October 31, 2018

ICERD: Kenapa Perlu Acuan Barat, Sedangkan Hak Asasi Kita Lebih Sesuai?

ICERD: Kenapa Perlu Acuan Barat, Sedangkan Hak Asasi Kita Lebih Sesuai?

ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang mewarisi asas penting daripada Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 dan terlebih dahulu Magna Carta 1215 yang secara sejarahnya, definisi hak asasi ini dibentuk beracuankan pemahaman Barat.

ICERD: Kenapa Perlu Acuan Barat, Sedangkan Hak Asasi Kita Lebih Sesuai?

Kerajaan dan beberapa pihak mengusulkan untuk Malaysia menandatangani dan meratifikasi International Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (ICERD).

Mereka mengatakan Malaysia harus mengikut jejak majoriti negara di dunia, dan sudah tiba masanya setelah lama Malaysia enggan melakukannya.

Walaupun telah banyak negara menandatangani ICERD, tetapi masih banyak negara belum meratifikasikannya.

Ratifikasi secara mudah bermaksud, bersetuju untuk terikat dengannya, manakala Malaysia masih belum menandatangani, apatah lagi meratifikasikannya.

Pelbagai pihak melihat perkara ini sebagai satu langkah mundur dan kuno, walhal Malaysia punya acuan sendiri bersendikan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial dan sering menjuarai isu hak asasi, dalaman, serantau mahupun dunia walaupun tidak meratifikasi ICERD.

Malaysia antara yang terawal menentang aparteid (penindasan kulit hitam) di Afrika Selatan secara terbuka, bahkan pelopor keamanan ketika penyembelihan kaum di Serbia, Kosovo dan Rohingya, yang ketika itu barat dan NATO masih berselimut.

Hak asasi acuan Malaysia sangat unik kerana ia mengiktiraf beberapa perkara, yang pada skala ICERD merupakan satu diskriminasi, tetapi pada skala Malaysia, adalah satu rahmat bertunjangkan kontrak sosial.

Ciri-ciri uniknya ialah berkenaan agama Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

'Acuan kita lebih sejahtera'

Melalui Perlembagaan Persekutuan, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, namun agama lain tetap bebas diamal.

Pun begitu, penyebaran agama lain kepada orang Islam adalah dilarang, walaupun penyebaran Islam kepada sesiapa jua tidak dihalang.

Ini adalah kompromi awal atas kehendak Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak agama Islam, suatu agama yang diamal secara turun temurun di Malaysia (dulunya Tanah Melayu).

Kaum Melayu juga diberi beberapa keistimewaan. Ada institusi awam yang menjaga kepentingan Melayu seperti MARA, MRSM, UITM dan sebagainya. Ada juga peruntukan khas pemilikan tanah tertentu dibawah skim Tanah Rizab Melayu.

Keunikan yang disebut di atas menjadikan Malaysia negara yang hampir bebas konflik dan pertumpahan darah (kecuali tragedi 13 Mei).

Rakyat hidup dalam harmoni sedang keistimewaan penduduk asal iaitu kaum Melayu dihormati.

Soalnya, kenapa perlu kita mengambil acuan hak asasi barat, sedangkan acuan kita lebih sejahtera, dan sesuai?

Di kalangan ahli politik dan akademik juga ada mencadangkan untuk kita meratifikasi ICERD dengan “reservation”, sebagai jalan tengah untuk tidak menolak secara total tuntutan antarabangsa.

Reservation, secara mudah bermaksud pengecualian yang dibuat sendiri oleh negara terbabit. Kata mereka, Artikel 2.2 boleh dikecualikan.

Sejarah menunjukkan bahawa pengecualian yang dibuat oleh pelbagai negara di dunia terhadap ICERD berkisar tentang Artikel 4 dan 22.

Artikel 4 adalah berkenaan idea atau teori sesuatu kaum itu lebih utama daripada kaum lain dan Artikel 22 adalah berkenaan rujukan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Negara-negara seperti Afghanistan, Bahrain, China, Cuba, Mesir, Equitorial Guinea, India, Indonesia, Iraq, Israel, Kuwait, Lebanon, Libya, Madagascar, Morocco, Mozambique, Syrian Arab Republic, Thailand, Turki dan Vietnam mengecualikan Artikel 22.

Sementara negara seperti Australia, Austria, Bahamas, Belgium, France, Ireland, Italy, Japan, Malta, Monaco, Nepal, Papua New Guinea dan Switzerland mengecualikan atau mendefinisikan semula Artikel 4.

Hanya beberapa negara yang membuat pengecualian Artikel 2 secara spesifik termasuk Monaco, Switzerland dan Singapura, itupun berkenaan dengan undang-undang mereka tentang kemasukan buruh asing.

Tidak mahu terikat

Pengecualian ini pula, sekiranya melanggar matlamat asal ICERD boleh dibantah oleh negara lain, dan diisytihar tidak sah. Ya, pengecualian boleh jadi tidak sah.

Arab Saudi yang meletakkan syariat Islam sebagai sumber tertinggi hukumnya pada 23 Sept 1997 membuat pengecualian berikut, “The Government of Saudi Arabia declares that it will] implement the provisions of the above Convention, providing these do not conflict with the precepts of the Islamic Shariah”

Pengecualian Arab Saudi tersebut telah dibantah keras oleh beberapa negara seperti Austria, Finland, Jerman, Norway, Spain dan Sweden. Kata mereka pengecualian sedemikian melanggar matlamat asal ICERD.

Yaman juga membuat pengecualian yang penuh kontroversi. Yaman mengecualikan negaranya daripada aplikasi Artikel 5(c) dan 5(d)(iv), (vi) dan (vii).

Artikel 5(c) adalah berkenaan hak penyertaan dalam politik dan pilihan raya yang perlu dijamin, manakala Artikel 5(d)(iv) adalah hak untuk kahwin dan memilih pasangan, (iv) hak mewarisi harta, (vii) kebebasan berfikir, kesedaran dan agama, yang masing-masing perlu dijamin tanpa diskriminasi atas dasar kaum dan warna kulit.

Pendek kata, Yaman tidak mahu terikat dengan hak-hak tersebut.

Pengecualian ini mendapat bantahan 14 negara termasuk Australia, Belgium, Canada, Denmark, Finland, France, Jerman Italy, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Sweden dan UK. Maka, pengecualian ini jadi tidak berguna dan tidak diiktiraf.

Seperkara yang menarik tentang Yaman ialah mereka juga menjadikan Islam sebagai agama negara menurut Artikel 2 Perlembagaan Yaman, dan mempunyai sistem mahkamah berteraskan undang-undang Shariah. Ia ada miripnya dengan Malaysia.

Soalnya sekarang, kalau pun benar Malaysia perlu meratifikasikan ICERD (yang mana saya katakan tidak), dan buat pengecualian, pengecualian apa? Dan apakah ia tidak bertentangan dengan matlamat ICERD yang pastinya akan dibantah masyarakat antarabangsa?

Kritikan hebat antarabangsa

Saya boleh fikirkan beberapa pengecualian yang perlu dibuat seperti berikut:-

a. Artikel 2.1 tentang memansuhkan atau meminda apa-apa undang-undang yang ada asas diskriminasi - bagi mempertahankan kewujudan mahkamah Syariah sebagai mahkamah khusus untuk orang Islam, enakmen-enakmen syariah yang terpakai hanya untuk orang Islam, institusi-institusi zakat yang memberi pengecualian cukai kepada orang Islam, jabatan-jabatan agama Islam, dsb.

b. Artikel 2.2 (tentang membolehkan polisi untuk membantu sesuatu kaum sekira keadaan memerlukan sehingga mereka tidak lagi didiskriminasi) sebagaimana dicadangkan - untuk mengekalkan dasar afirmatif kepada bumiputera.

c. Artikel 4(c) tentang institusi awam yang berasaskan “diskriminasi” kaum - untuk pertahankan MARA, MRSM, UITM, Askar Wataniah dll

d. Artikel 5(d)(iv) tentang hak memilih pasangan - bagi mengelakkan liberalisasi perkahwinan jantina yang sama (kerana LGBT juga boleh disifat sebagai diskriminasi).

e. Artikel 5(d)(v) tentang hak memiliki hartanah (sebagaimana dibuat oleh Tonga yang mahu mempertahan pemilikan tanah oleh orang asal Tonga) - bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu, dan syarat-syarat kuota bumiputera bagi pemilikan hartanah.

f. Artikel 5(d)(vi) tentang pewarisan harta - bagi mempertahankan sistem faraid Islam yang berjalan seiring dengan pewarisan bukan Islam.

g. Artikel 5(d)(vii) tentang kebebasan berfikir, kesedaran dan agama - bagi membanteras pemikiran-pemikiran sesat seperti Syi’ah, Qadyani dsb.

h. Artikel 8 tentang rujukan kepada Jawatankuasa.

i. Artikel 22 tentng rujukan kepada ICJ.

j. Pengecualian tentang pengiktirafan negara haram Israel (sebagaimana dibuat oleh beberapa Negara Islam).

Pendek kata, Malaysia mungkin menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian, dan tentunya akan menjadi kritikan hebat antarabangsa, sebagaimana Arab Saudi dan Yemen.

Ertinya, jelas lagi bersuluh bahawa ICERD adalah hak asasi acuan barat, yang tidak sesuai sama sekali dengan acuan Malaysia, sehingga hampir mustahil untuk menerimanya tanpa merombak hampir keseluruhan asasnya.

Oh, jangan salah sangka pula! Saya tidak sekali-kali mengatakan bahawa kita mengiktiraf diskriminasi dalam apa jua keadaan. Tentunya agama kita menentang keras sebarang bentuk diskriminasi. Hakikatnya, Rasul datang 1400 tahun dahulu adalah untuk memerangi Asabiyah/taksub/perkauman.

Apa yang saya katakan dan tekankan ialah, menghapus diskriminasi dan menegak hak asasi, tidak semestinya menggunakan acuan ICERD. Hak asasi kita, acuan kita. Acuan kita adalah Perlembagaan Persekutuan, kompromi awal dan kontrak sosial.

Sudah tentulah al-Quran yang mendokumentasikan hak manusia lebih awal dari ICERD, ataupun Piagam Madinah yang mendokumentasikan hak dalam sesebuah negara lebih awal dari ICERD, lebih dahulu perlu “diratifikasikan”.

Sebelum itu berlaku, “rule of law ” pastinya menuntut kita untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, kompromi awal dan kontrak sosial yang begitu lama dipertahan.

Nota: Penulis adalah YUSFARIZAL YUSSOFF, merupakan seorang peguam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Durian Tersenarai 80 Makanan ‘Menjijikkan’ Di Dunia!

Durian Tersenarai 80 Makanan ‘Menjijikkan’ Di Dunia!

Durian dikenali sebagai raja buah di Asia disebabkan keunikan dan kemewahan rasa buah tersebut, namun lain pula cerita di Sweden apabila durian tersenarai antara 80 makanan menjijikkan dari seluruh dunia.

Durian Disgusting

Durian terpilih untuk dipamerkan di Muzium Makanan Menjijikkan di Sweden bersama 79 makanan eksotik yang lain antaranya kepala arnab pedas, keju Su Callu Sardu yang diperbuat daripada perut anak kambing dan kacang soya perap dari Jepun.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi menu dari Asia seperti Kopi Luwak, wain tikus dan telur padi juga tersenarai dalam pameran tersebut.

Menurut pegawai kajian muzium, faktor pemilihan makanan atau minuman tersebut dipilih dari segi rupa bentuk, bau dan rasa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Disgusting Food Museum.

Untuk memasuki muzium ini, anda perlu membayar tiket 185kr (~RM85) dan percuma untuk kanak-kanak (terhad kepada 3 kanak-kanak untuk satu tiket dewasa).

Menariknya, anda boleh mencuba sendiri 3 hidangan ‘jijik’ iaitu Surströmming (ikan yang diperam selama 6 bulan dalam tin), icelandic shark dan durian sekiranya anda melawat muzium ini.

Kalau anda mahu cuba makan Surströmming, boleh lawat muzium ini nanti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket