Oct 2, 2016

6 Lokasi Hiking Pilihan Ramai Di Malaysia

Malaysia sememangnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah di hujung minggu bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Begitu juga aktiviti hiking yang menjadi sukan pilihan ramai lebih-lebih lagi buat anak muda di tanah air ditambah lagi dengan kos yang murah juga turut menjadi punca utama aktiviti ini semakin disukai oleh anak-anak muda yang dahagakan aktiviti lasak.

Kali ini kami kongsikan 6 lokasi menarik kepada penggemar sukan hiking di Malaysia.

1. Bukit Lugas

Bukit Lugas
Sumber gambar (facebook)

Bukit Lugas terletak kira kira 32 km dari bandar Keningau, Sabah dan berada dalam kawasan Kg Kitou yang terkenal dengan penjualan jagung manis.

Lokasi ini telah menjadi popular setelah diviralkan dalam media sosial sebagai salah satu tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong untuk aktiviti hiking.

Bukit Lugas mempunyai 2 puncak yang sangat menarik iaitu "Bukit Gondol" dan "Bukit Lugas".

"Bukit Gondol" diberi nama berdasarkan struktur dan bentuknya yang menyerupai belakang kepala manusia yang tidak ditumbuhi rambut.

Manakala puncak kedua yakni puncak tertinggi di namakan sebagai "Bukit Lugas". Lugas dalam bahasa dusun bermakna tidak ditumbuhi rumput atau 'botak'.

Walhal, kedua-dua nama bukit ini sebenarnya membawa maksud yang sama cuma dibezakan antara kedua lokasinya yang berhampiran.

Pelawat yang dihubungi melahirkan keterujaan apabila berada dipuncak atau sepanjang laluan ini kerana ia pasti mengundang perasaan takut dan gayat namun membawa bersama perasaan gembira kerana dapat melihat panorama yang sangat indah dan jarang dirasai ditempat lain.

Perjalanan ke Bukit Lugas bermula dari starting point yang dinamakan sebagai timpohon oleh penduduk Kg Kitou.

Sepanjang laluan di atas puncak yang sepanjang kira kira 50 meter, pelawat akan dapat melihat kehijauan banjaran Trus Madi yang masih dipenuhi hutan hijau dan belum diterokai.

Jika pelawat boleh datang seawal jam 6 pagi, keindahan matahari terbit juga dapat dinikmati.

2. Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih
Sumber gambar (nadzirahata)

Bukit Batu Putih terletak di Port Dickson. Uniknya tempat ini adalah rumah api tanjung tuan yang diberi nama Cape Rachado.

Rumah api ini merupakan rumah api pertama di Malaysia yang dipercayai dibina pada abad ke-16 sewaktu di bawah pemerintahan portugis.

3. Mossy Forest

Mossy Forest
Sumber gambar (precioustour)

Mossy Forest terletak di Bukit Brinchang, Cameron Highland dan nama Mossy Forest ini amat sesuai sekali kerana keadaan kawasan yang berlumut dan berlumpur.

Untuk treking di sini, anda digalakkan memakai kasut yang boleh diikat kemas kerana keadaannya yang berlumpur.

4. Sungai Chiling

Sungai Chiling
Sumber gambar (flickr)

Seterusnya adalah Sungai Chiling. Menariknya mengenai sungai Chiling ini ialah air terjunnya. Dikatakan air terjun Sungai Chiling ini adalah antara yang terbaik di Selangor.

Untuk sampai di kawasan air terjun ini anda perlu mendaki selama kira-kira satu jam.

Terdapat yuran yang minima dikenakan sebelum mula treking ke air terjun. Bekas makanan serta beg plastik juga turut dikira sebelum masuk dan deposit dikenakan. Ini adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut.

5. Bukit Broga

Bukit Broga

Bukit Broga. Terletak di Semenyih dan trek bukit ini sesuai sekali untuk mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan hiking.

Mempunyai pemandangan yang indah di puncak. Jalan ke puncak juga tidak begitu mencabar.

6. Bukit Tabur

Bukit Tabur

Trek Bukit Tabur yang terletak di Selangor ini dikatakan agak mencabar kerana anda harus mendaki dan juga memanjat untuk sampai ke puncak.

Ada dua jalan untuk di bukit ini untuk tiba ke puncak iaitu Tabur east dan Tabur west. Kepada mereka yang baru berjinak-jinak di dalam aktiviti ini, anda dinasihatkan untuk menggunakan Tabur West. 

Lebih baik sekiranya anda mempunyai pembimbing untuk keselamatan.

***

Pada mereka yang sukakan aktiviti treking dan hiking masih tercari-cari aktiviti untuk hujung minggu ini mungkin boleh pergi ke salah satu lokasi ini untuk merasai sendiri pengalaman.

BACA INI JUGA: 10 'Syurga' Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

Sumber: SH

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon