Thursday, August 23, 2018

Kenali Lobster (Udang Kara) Air Tawar

Kenali Lobster (Udang Kara) Air Tawar

Lobster Air Tawar dengan nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia, juga dipanggil Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan Red Claw merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama.

Lobster air tawar

Ada lebih 1,000 jenis Lobster atau udang kara di seluruh dunia dan walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak.

Sepanjang hidup seekor Lobster, ia akan melalui beberapa kali proses bersalin kulit.

Ia berlaku apabila tubuhnya membesar menyebabkan cengkerang lamanya tidak dapat menampung saiz bentuk badan lamanya.

Rupa Bentuk Lobster
  • Spesis yang tidak memiliki tulang dalam, manakala permukaan badan, organ luarnya diliputi cengkerang.
  • Terbahagi dua kepala dan badan Cengkerang menutup kepala untuk melindungi organ otak, insang, hati dan tepi organ.
  • Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.
  • Sepasang penyepit yang lebar dan panjang.
  • Sepasang antena berfungsi menghidu makanan.
  • Sepasang antena berperanan merasa, meraba makanan dan persekitaran.
  • Enam pasang kaki berperanan untukberenang.
  • Kaki renang digunakan untuk membersihkan telur dan larva dari kekotoran.
  • Empat pasang kaki untuk berjalan.

Mengenali Jantina

Cara membezakannya ialah bagi Lobster jantan di kaki ke 3 dari ekornya, tidak memiliki bulatan seperti betina, melainkan adanya tonjolan di sisi kiri dan kanan kaki pertama dari ekor.

Jantina lobster dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit. Bentuk jantina lobster memiliki sepit lebih besar dari induk betina.

Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.

Induk betina yang sedang bertelur, kaki renangnya memiliki rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dapat dipenuhi.

Saiz matang induk

Saiz matang Lobster Air Tawar untuk dijadikan induk adalah yang berumur 7-10 bulan.

Jantan yang bersaiz 4 inci ke atas sesuai di jadikan induk penjantan, manakala yang betina pula saiz 3.5 - 4 inci ke atas boleh dijadikan induk betina yg akan menghasilkan 80-300 biji telur setiap kali bertelur.

Jangka Hayat Lobster

Lobster Air Tawar jenis Clarkii boleh mencapai umur sehingga 5 tahun dan rekod jangka hayat Lobster terpanjang dan terlama menurut GaleryCrayfish oleh pemegang rekod Lobster terbesar di dunia, Astacopsis Gouldi (nama lainThe Tasmanian Giant Freshwater Crayfish) lebih 40 tahun.

Lobster Air Tawar juga sesuai menjadi hiasan akuarium, kerana ada sesetengah warnanya mempunyai corak yang menarik.

Spesis Lobster

Nama lain bagi Lobster ialah crayfish, crawfish, crawdad. Ada 3 famili lobster air tawar iaitu Astacidae, Cambaridae dan Parastacidae.

Habitat alamnya di tasik dan sungai di daerah pegunungan, aktif mencari makan pada malam atau keadaan gelap (lebih kurang seperti burung hantu).

Cara makan Lobster adalah dengan menggunakan antena panjang mendekati makanan terlebih dahulu.

Jika ia sesuai dengan keinginannya, ia akan menangkapnya menggunakan sepit, dan menyerahkan pada kaki pertama sebagai tangan pemegang makanan untuk di makan.

Ia memiliki gigi halus dipermukaan mulut, cara makan sedikit demi sedikit.

Dihabitatnya, ia memakan biji-bijian, ubi, tumbuhan, haiwan mati (scavenger), memangsa hidupan lain dari keluarga udang. Oleh itu, Lobster termasuk haiwan omnifora.

Pemangsa

Lobster suka memakan udang kecil yang hidup di habitatnya atau memangsa spesisnya sendiri, kerana ia memiliki sifat kanibal dan sebab itulah jika ada anak udang yang baru menetas harus diasingkan bagi mengelakkan ia dimakan udang lebih besar.

Setakat ini lobster di Malaysia hanya dihidangkan di hotel bintang dan sesetengah restoran, tetapi masyarakat Amerika, Kanada, Perancis, Belanda, Australia menjadikan lobster sebagai makanan kegemaran kerana yakin Lobster lebih menyihatkan berbanding makanan laut.

Lobster Meningkatkan Nafsu

Ramai percaya bahawa Lobster adalah makanan penguat tenaga batin dan awet muda untuk wanita dan harganya ada yang mencapai ratusan ringgit satu hidangan.

Lobster mengandungi protein melebihi kandungan protein ayam. Juga tidak banyak kalori terutamanya ayam yang disuntik.

Penternakan

Jantina Lobster air tawar

Pembesaran Lobster Air Tawar memerlukan waktu agak lama lebih kurang 6-7 bulan, tidak seperti menternak ikan keli.

Jadi untuk membuat perniagaan terpaksa menunggu masa lama, perlu bertahan menanggung kos operasi.

Kebersihan air kolam dan pemberian makan juga perlu diperhatikan, kerana lobster adalah haiwan air yang memerlukan kualiti air yang baik dan kandungan oksigen tinggi, Lobster akan mati jika perawatannya kurang terjaga.

Salah satu penyakit Lobster ialah ekor melepuh, (blister) disebab dasar kolam kotor.

Cara mengubatinya ialah dengan memicit cairan yang ada pada ekor sehingga keluar, kemudian bersihkan cairan tersebut.

Lobster Australia

Didapati udang kara air tawar yang berasal dari Australia paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan kualiti air pada kadar hingga pH7.

Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium.

Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara.

Pemilik akuarium udang kara yang cantik berwarna kebiruan ini sanggup berbelanja lebih bagi menyediakan akuarium, hiasan dalaman dan makanan serta ubatan untik dijadikan keseronokkan melihatnya.

Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain.

Ia boleh diternak didalam bekas tong plastik besar yang dipasang dengan sistem ternakan udang yang diletakkan dikawasan rumah terlindung.

Bahan yang digunakan (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai.

Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut yang suka bersembunyi.

Kebanyakan udang kara ini mempunyai tabiat makan udang lain atau makanan ikan kecil dan lambat membesar apabila sumber makanan terhad.

Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).

Pengasingan udang mungkin perlu dibuat pada saat seperti ini dalam tangki pemeliharaan.

Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian untuk udang kara juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri.

Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius.

Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium.

Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium daripada jenis yang tenggelam (ada pellet yang jenis timbul dipermukaan air).

Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air.

Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang.

Proses pembiakan berlaku apabila udang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci.

Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina.

Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur.

Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.

Udang Kara dihidangkan dalam bentuk masakan istimewa seperti di goreng berempah, masak sambal, dibakar atau cara-lain yang diminati oleh peminatnya.

Lazimnya ia berharga agak mahal jika ianya bersaiz besar yang dihidangkan direstoran-restoran makanan laut, hotel lima bintang atau premis masakan yang ekslusif.

Hidangan udang kara boleh dimakan begitu sahaja tetapi dikalangan masyarakat kita lazimnya dimakan dengan nasi putih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cheraxlobster | animhosnan

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Laporan akhbar 11 Oktober 1992 mencetuskan kegemparan yang amat luar biasa kepada ramai penduduk di Malaysia malah, sebaik membaca laporan berita berkenaan, ramai penduduk terutama yang beragama Islam diselubungi rasa gerun dan takut seolah-olah kiamat semakin hampir untuk memusnahkan dunia ini.

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Peristiwa dilaporkan itu ternyata pelik dan penuh misteri. Rentetan kisah dilaporkan akhbar itu berlaku lewat malam 26 Julai tahun itu apabila kira-kira 200 pelajar sekolah agama di Klang, Selangor, mendakwa melihat 26 bentuk objek aneh di langit!

Objek aneh itu dikatakan muncul secara tiba-tiba di langit malam apabila kumpulan pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran.

Bentuk misteri itu dikatakan muncul berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan kumpulan pelajar itu kebingungan dan ketakutan untuk berhari lamanya.

Antara objek yang muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah panjang serta lidah dipotong dan disambung semula.

Bentuk lain ialah rambut perempuan berlari yang ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah babi, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman serta lelaki berserban sujud ke arah Kaabah manakala yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.

Turut ditayang peta Malaysia terbalik dengan Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkafan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.

Fenomena luar biasa itu kemudian dilaporkan akhbar tempatan sehingga menyebabkan ramai masyarakat Islam di negara ini gempar dan kegerunan.

Ramai menyangka bahawa kemunculan lakaran aneh itu adalah petanda kiamat sudah teramat hampir dan akan berlaku tidak lama lagi.

Maka ramai penduduk mula insaf dan bertaubat sehinggakan surau yang dahulunya kosong mula dipenuhi jemaah dan wanita yang membuka aurat mula memakai tudung.

Kalangan ahli agama berpendapat kejadian objek di langit itu tidak mustahil berlaku dengan kekuasaan Allah SWT.

Malah Allah SWT sudah menurunkan peringatan kepada umat Islam sejak dulu lagi seperti bala pada zaman Nabi, malah banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijelaskan logik akal, boleh berlaku.

Objek di langit itu juga dikatakan amaran Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan kebanyakan penduduk negara ini.

Selain itu, terdapat juga pihak yang skeptikal dengan kejadian itu dan mengandaikan bahawa ia mungkin propaganda ciptaan manusia.

Mereka berpandangan bahawa semua objek di langit itu tidak mustahil dihasil menggunakan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.

Berikutan peristiwa aneh itu menggemparkan ramai penduduk Islam di negara ini, maka pihak berkuasa mula tampil melakukan siasatan menyeluruh bagi mencari satu kesimpulan terhadap kejadian berkenaan.

Maka Bahagian Penyelidikan Pusat Islam dan polis mula memanggil dan menyoal siasat guru sekolah agama yang mendakwa melihat 26 objek di langit berkenaan.

Ketika siasatan terhadap kesahihan isu objek di langit itu masih dijalankan, pihak berkuasa turut mengenal pasti kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Antaranya sebuah kumpulan tarekat mendakwa satu daripada 26 objek yang muncul di langit itu ialah gambaran wajah pemimpin mereka yang akan muncul tidak lama lagi tetapi wajah itu tidak dilukis dengan betul dalam akhbar yang menyiarkan gambaran objek itu.

Anggota kumpulan itu juga dikatakan membuat salinan lukisan objek itu dan menyebarkan kepada umat Islam di beberapa kawasan di Selangor.

Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang mereka cerita kononnya bandar Klang akan dilanda banjir besar.

Justeru, mereka menjalankan kegiatan memungut derma secara tidak sah kononnya untuk membina kapal besar bagi membolehkan penduduk menyelamatkan diri ketika bencana itu muncul.

Selama beberapa minggu, penduduk Islam di Malaysia terus diasak kebingungan dan ketakutan dengan peristiwa aneh membabitkan kemunculan objek di langit itu.

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Bagaimanapun, teka-teki dan misteri itu akhirnya terjawab pada 1 November tahun itu apabila akhbar Berita Minggu menyiarkan satu laporan berita bertajuk `Objek di langit hanya khayalan.'

Laporan berita itu antara lain menyebut Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama terbabit hasil pendewaan mereka terhadap guru yang dipercayai menyebar ajaran sesat.

Siasatan JPM menunjukkan bahawa pemikiran pelajar itu dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja yang diperkatakan guru itu dianggap benar.

Pihak berkuasa itu juga mengesahkan guru itu terbabit dengan sebuah kumpulan agama yang mengutip derma untuk membina kapal sebagai persediaan menghadapi kiamat.

Walaupun kisah objek di langit itu sudah lama berlalu dalam lipatan sejarah negara, tinjauan di laman sesawang mendapati masih ada pihak tertentu yang yakin bahawa peristiwa itu benar-benar berlaku atas kekuasaan Allah SWT dan bukannya satu pembohongan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Seperti yang kita tahu, rumah pada zaman kegemilangan ini kebanyakannya mahal-mahal. Ada kawasan perumahan betul-betul mewah yang orang lain tak mampu nak beli.

Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Tambahan, ada pula rumah yang semuanya diibaratkan “goreng pisang” panas. Baru gantung iklan dah “sold out”.

Apapun alasannya, kami nak kongsikan maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan untuk membina rumah diatas tanah sendiri atau istilah pinjaman LPPSA.

Geran Tanah Sendiri

Membina rumah perlu atas tanah nama pemohon atau bersama pasangan sahaja. Selain daripada itu tidak dibenarkan.

Jenis Pinjaman
  • Pinjaman Jenis ke-2: Membeli rumah diatas tanah sendiri.
  • Pinjaman Jenis ke-6: Membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.

Jika belum mempunyai tanah, anda boleh membuat pinjaman untuk membeli tanah dan kemudian baru bina rumah sendiri.

Melantik Peguam

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah melantik peguam dan kontraktor.

1. Peguam

Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA;
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN/LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

2. Kontraktor

Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA;
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apa pun perlu berhati-hati

Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu mendapatkan pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.

4. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan LPPSA

JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (JADUAL G)

Bayaran Kemajuan (Progress Payment) perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian untuk pinjaman jenis 2 dan jenis 6.


Carta aliran untuk membina rumah di atas tanah sendiri.


Langkah 1:

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak LPPSA.

Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.

Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.

Berdasarkan pengalaman, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan LPPSA.

Langkah 2:

Arkitek akan membuat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor.

Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan (kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina).

Langkah 3:

Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk, pemohon @ peguam @ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian.

Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online.

Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke LPPSA.

Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

Langkah 4:

Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Panduan untuk ubah suai rumah (Renovation)

Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan.
  1. Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.
  2. Salinan lesen kontraktor dan CIDB/SSM yang disahkan dan belum tamat tempoh.

Nota:
  • Dahulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan), sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.
  • Dahulu dikenali sebagai Lampiran E, tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.

Kesimpulan

Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk mereka bentuk rumah mengikut selera dan kepuasan masing-masing.

Malah anda juga boleh menjimatkan kos peruntukan untuk membina rumah. Tetapi jika tersilap boleh meningkatkan kos.

Jika tanah dibeli 2 lot, 1 atas nama isteri dan 1 lagi atas nama suami dan rumah akan dibuat atas kedua-dua lot, hanya 1 lot harta dibenarkan untuk membuat pinjaman.

Sebaiknya, satukan lot berkenaan, jika tidak anda perlu masuk ke dalam kes rayuan.

Anda juga boleh menggunakan kontraktor dari kalangan ahli keluarga, tetapi pastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen daripada khidmat kontraktor CIDB atau ROC yang masih belum tamat tempoh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mohdelam

Wednesday, August 22, 2018

Kemusnahan Kaum Nabi Lut Angkara Amalan LGBT

Kemusnahan Kaum Nabi Lut Angkara Amalan LGBT

Kewujudan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) membuktikan ada pihak tidak pernah mengambil iktibar daripada malapetaka hukuman Tuhan terhadap manusia songsang yang melampaui batas.

Kemusnahan Kaum Nabi Lut Angkara Amalan LGBT

Golongan manusia yang mengamalkan LGBT sebenarnya pernah wujud pada ribuan tahun lalu tetapi dimusnahkan Allah SWT lantaran kemaksiatan mereka. Kisah itu difirmankan Allah SWT dalam al-Quran:

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka, "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!"

Mereka menjawab, "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

Nabi Lut berkata, "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu". (Nabi Lut berdoa), "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya -semuanya kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu. Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran," (ayat 160 hingga 173, surah As-Syuara).

LGBT DIKUTUK SEMUA AGAMA

Cerita kemusnahan kaum Nabi Lut bukan mitos atau dongeng lantaran tertera dalam kitab suci Islam, Kristian dan Yahudi.

Keyakinan bahawa golongan songsang yang dihancurkan itu benar-benar wujud menyebabkan penyelidik cuba mencari lokasi mereka dimusnahkan pada ribuan tahun lalu dengan harapan dapat menjumpai kesan tinggalan arkeologi natijah petaka dahsyat itu.

Antara petunjuk digunakan dalam usaha itu ialah jenis bala diutuskan Allah kepada kaum terbabit seperti firman Allah dalam ayat ke-82, surah Hud, "Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."

Menerusi ayat itu, penyelidik mengandaikan bala menimpa kaum Nabi Lut yang hidup di bandar Sodom dan Gomorrah berupa gempa dahsyat serentak letusan gunung berapi sehingga menghasilkan `hujan batu dari tanah yang dibakar'.

Penyelidik Barat menganggarkan Nabi Lut hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim iaitu kira-kira 3,800 tahun lalu dan sekitar tempoh itulah bencana berlaku.

Seterusnya, lokasi yang pernah dilanda gempa dan letusan gunung berapi sekitar 3,800 tahun lalu dicari dan satu daripada lokasi itu diyakini terletak di Laut Mati, yang berada di sempadan Jordan dan Israel.

Dalam buku Kaum-kaum Yang Pupus hasil tulisan Harun Yahya, dinyatakan timbunan lava dan basalt di tepi Laut Mati menjadi bukti letusan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di situ.

Laut Mati terletak tepat di atas zon gempa bumi aktif, manakala bahagian atas Lembah Jordan pula terdapat kawah gunung berapi yang sudah pupus.

Kajian mendapati malapetaka yang menghancurkan kaum Nabi Lut berlaku akibat rekahan panjang pada garisan gelinciran bumi yang mencapai sejauh 190 kilometer.

Penyelidik Jerman, Werner Keller, pernah menulis, "Bersama asas rekahan yang besar ini yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah - pada suatu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan gempa bumi hebat dan kemungkinan besar dituruti letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama itu tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan berkenaan."

Keller percaya tinggalan kota purba kaum Nabi Lut terletak di dasar Laut Mati selepas struktur tanah lokasi itu mula dinaiki air tasik akibat bencana berkenaan.

Buku Kaum-kaum Yang Pupus juga menerangkan sebahagian kota itu berjaya ditemui di tepi Laut Mati dan kesan peninggalan berkenaan jelas menunjukkan kaum Nabi Lut sudah mencapai tahap kehidupan tinggi sebelum dimusnahkan.

Akan tetapi, usaha lanjutan mencari kesan malapetaka hukuman Tuhan terhadap penduduk kota itu berdepan kesukaran lantaran tasik itu meliputi kawasan luas sehingga 41,650 kilometer persegi dengan kedalaman sehingga 300 meter.

Malah, kandungan garam tinggi dalam Laut Mati menyebabkan aktiviti menyelam sukar dilakukan, malah manusia yang tidak tahu berenang juga akan terapung di tasik itu.

Bagaimanapun, hukuman Tuhan terhadap manusia yang mengamalkan hubungan songsang itu tidak dapat dinafikan.

Malangnya, selepas ribuan tahun kaum Nabi Lut dihancurkan, ternyata masih ada pihak yang tidak mengambil pengajaran akibat tragedi itu.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

5 Pemimpin Yang Menjadi Ketua Negara Selepas Dipenjarakan

5 Pemimpin Yang Menjadi Ketua Negara Selepas Dipenjarakan

Liku perjalanan yang panjang perlu dilalui pemimpin-pemimpin ini menjadi catatan sejarah yang sangat menarik untuk dibincangkan, dengan beberapa orang individu berjaya naik menjawat pemimpin tertinggi negara mereka selepas mengharungi pengalaman dipenjarakan daripada kehidupan normal.

Berikut adalah lima orang pemimpin dunia pilihan kami yang telah melalui zaman penjara, sebelum berjaya naik mengetuai negara masing-masing dalam jawatan tertinggi.

1. Jawaharlal Nehru

5 Pemimpin Yang Menjadi Ketua Negara Selepas Dipenjarakan

Perdana Menteri pertama India, Jawaharlal Nehru mempunyai peranan yang hampir serupa dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bagi negara kita.

Pemberontakan yang timbul pada 1910 melonjakkan watak Nehru sebagai salah seorang calon pemimpin muda, membuka ruang kepada beliau membawa agenda kemerdekaan India daripada British.

Nehru menyertai Barisan Kongres yang ditugaskan membawa tuntutan kemerdekaan India ke peringkat antarabangsa namun tindakannya kurang disenangi.

Beliau berdepan pemenjaraan pertama pada tahun 1921 atas dakwaan kerajaan British.

Nehru dibebaskan pada bulan Mac 1922, bagaimanapun kembali di penjarakan pada tahun 1923 selepas melanggar larangan mengunjungi beberapa kawasan tertentu.

Dibebaskan, Nehru dilantik sebagai presiden Kongres India namun beliau dipenjarakan sekali lagi pada tahun 1930.

Pada tahun 1935 selepas bebas, beliau diangkat menjadi Presiden All India States People Conference.

Pengaruhnya yang dilihat semakin berkembang menjadi ancaman pada kerajaan British ketika itu, jadi Nehru sekali lagi dipenjarakan bermula pada tahun 1942 sehinggalah tahun 1945 atas dakwaan mahu menjatuhkan kerajaan.

Setelah tamat hukuman penjara, tempoh dua tahun berikutnya digunakan Nehru bagi mempersiapkan perjuangan mereka dalam usaha mencapai kemerdekaan India.

Pada Ogos 1947, Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India selepas kerajaan British bersetuju memberikan tampuk pemerintahan kepada kerajaan yang berjaya dibentuk oleh beliau.

2. Aung San Suu Kyi

5 Pemimpin Yang Menjadi Ketua Negara Selepas Dipenjarakan

Anak kepada Mejar Jeneral Aung San yang dianggap bapa kepada negara Burma/Myanmar, Suu Kyi lahir pada tahun 1945 di Yangon semasa Myanmar masih lagi dipanggil British Burma.

Bapanya adalah individu yang berjaya melakukan rundingan kemerdekaan negara Burma daripada Empayar British pada tahun 1947, namun mati dibunuh oleh musuh politik beliau pada tahun yang sama - tidak lama selepas berjaya menubuhkan kerajaan.

Kerjaya politik Suu Kyi bermula lambat. Selepas kepulangannya ke Burma pada tahun 1988, Suu Kyi diangkat sebagai pemimpin pemberontakan atas faktor jasa ayahnya pada negara mereka, menuntut demokrasi diperkenalkan di Burma.

Berucap di hadapan lebih setengah juta orang, Suu Kyi menuntut perubahan kerajaan namun tidak lama selepas itu berlaku negara mereka jatuh kepada pemerintahan tentera.

Suu Kyi menubuhkan National League for Democracy pada 27 September 1988.

Pengaruh parti beliau kepada orang ramai memaksa pemerintah Burma meletakkan beliau dalam perintah kurungan rumah bermula 20 Julai 1989.

Walaupun begitu, parti yang dianggotai beliau berjaya memenangi pilihanraya pada tahun 1990.

Malangnya keputusan itu tidak diterima kerajaan junta tentera mengakibatkan kegagalan berlakunya pertukaran kerajaan.

Perintah kurungan ke atas Suu Kyi ditarik pada tahun 1995 sebelum perintah sama ditambah bagi memastikan gerakan politik beliau terbantut.

Suu Kyi dipenjarakan pada bulan Mei tahun 2003 selepas parti beliau terlibat dalam pertembungan dengan penyokong kerajaan, dengan beliau dan beberapa individu lain dipersalahkan.

Dia dipenjarakan selama lima bulan sebelum dibenarkan pulang dengan sekatan di rumah terus dilaksanakan.

Hanya pada 13 November 2010 semua larangan ke atasnya ditarik balik.

Suu Kyi naik menjadi ahli Parlimen pada tahun 2012 sebelum dilantik sebagai Kaunselor pertama Myanmar pada 6 April 2016.

Sepanjang hidupnya, 15 tahun usianya dihabiskan dalam tempoh kurungan dan penjara.

3. Vaclav Havel

5 Pemimpin Yang Menjadi Ketua Negara Selepas Dipenjarakan

Mula terkenal sebagai seorang penulis skrip teater, Vaclav Havel bertindak menyertai pemberontakan yang digelarkan Prague Spring pada tahun 1968, dalam usaha membebaskan negara mereka, Czechoslovakia daripada terus didominasi Kesatuan Soviet.

Disenarai hitamkan kerajaan ekoran penglibatannya itu, kerjaya aktivis politik Havel mula berkembang dan namanya semakin terkenal.

Bakat menulis Havel digunakan bagi menerbitkan buku bertajuk 'The Power of the Powerless', yang penuh dengan kritikan terhadap rejim pemerintah.

Hasil penulisan serta aktiviti beliau sebagai aktivis membuatkan Havel dianggap sebagai musuh kerajaan.

Dia dipenjarakan selama 4 tahun setengah atas tuduhan terlibat dengan gerakan subversif mahu menggulingkan kerajaan yang sah.

Havel dibebaskan pada tahun 1983 sebelum kembali pada ke penjara pada bulan Januari 1989 selama 9 bulan, atas tuduhan cuba menimbulkan kekacauan namun beliau bebas pada bulan Mei tahun yang sama, selepas protes besar-besar menuntut pembebasan beliau berlaku.

Havel yang mendapat sokongan orang ramai akhirnya dinaikkan menjadi Presiden pertama Republik Czech selepas berjaya membentuk kerajaan.

Beliau memegang jawatan tersebut bermula 26 Januari 1993 sehingga Februari 2003.

4. Nelson Mandela

5 Pemimpin Yang Menjadi Ketua Negara Selepas Dipenjarakan

Antara pemimpin dunia paling terkenal ekoran jatuh bangun beliau dalam politik, Nelson Mandela merupakan Presiden pertama Afrika Selatan pada tahun 1994 sehinggalah tahun 1999.

Terkenal sebagai individu yang berjaya menghapuskan sistem apartheid di negaranya, kisah Mandela memang penuh dengan kisah dalam penjara.

Sejak muda, Mandela memang terlibat dengan gerakan aktivis politik. Beliau dibuang pusat pengajian setelah menyertai tunjuk perasaan badan pelajar, menyertai parti Kongres Nasional Afrika (ANC) pada tahun 1943.

Mandela ditangkap buat pertama kali pada Disember 1956 atas dakwaan cubaan khianat bersama 156 aktivis lain dan dibicarakan tanpa berjaya dibuktikan bersalah, sebelum dibebaskan daripada tuduhan pada tahun 1961.

Selepas bebas daripada tuduhan, Mandela bertindak menubuhkan gerakan bersenjata Umkhonto we Sizwe (Spear of the Nation) dalam parti ANC, memegang jawatan komander.

Tindakan ini menyebabkan kerajaan Afrika Selatan ketika itu menangkap beliau lalu disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan.

Mandela dihukum penjara selama 5 tahun atas tuduhan ini.

Semasa masih dalam penjara, Mandela dibicarakan atas tuduhan lain melakukan sabotaj ke atas kerajaan yang berlaku di Johannesburg.

Atas tuduhan itu serta semua tuduhan lain, Mandela akhirnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup bermula pada tahun 1964.

Pertukaran kerajaan selepas itu tidak banyak membantu nasib Mandela sebelum era 80-an apabila rundingan bagi pembebasan beliau mula digerakkan dengan lebih kukuh, hasil kerjasama Presiden Afrika Selatan PW Botha dan Timbalannya F.W. de Klerk.

Mandela berjaya dibebaskan selepas mendapat persetujuan kabinet pada tahun 1990 dan terus menggerakkan usaha membebaskan negaranya daripada dasar apartheid yang mengganggu masyarakat mereka selama ini, setelah bebas.

Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela mengangkat sumpah menjadi Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan.

Jawatan itu dipegang selama satu penggal sahaja kerana Mandela menolak lantikan untuk penggal berikutnya atas faktor usia dan kesihatan yang kurang baik.

5. Michelle Bachelet

5 Pemimpin Yang Menjadi Ketua Negara Selepas Dipenjarakan

Michelle Bachelet merupakan pemegang jawatan Presiden negara Chile dalam dua penggal - pada tahun 2006 hingga 2010 serta 2014 hingga 2018. Beliau menjadi individu pertama berjaya menjawat jawatan Presiden Chile untuk dua penggal.

Ayahnya, Jeneral Alberto Bachelet Martinez didakwa melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Chile di bawah pimpinan diktator Jeneral Augusto Pinochet, dipenjarakan dan diseksa sehingga menyebabkan kematiannya pada tahun 1974.

Setahun berikutnya, Bachelet dan ibunya ditangkap dan diseksa pada awal bulan Januari 1975, ekoran hubungan mereka dengan mendiang ayahnya.

Beliau dan ibunya merasai pengalaman ditutup mata untuk dibawa ke sebuah pusat tahanan dan setibanya di sana, mereka diasingkan.

Diseksa dengan cara psikologi semasa siasatan, Bachelet dipindahkan ke pusat tahanan Cuatro Alamos.

Nasibnya baik berjaya diselamatkan dengan bantuan ahli diplomat Argentina di Chile bernama Roberto Kozak. Michelle sempat melarikan diri ke Australia, sebelum mendapat perlindungan kerajaan Jerman Timur.

Beliau akhirnya mendapat kebenaran untuk kembali ke Chile pada tahun 1978.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, August 21, 2018

Dajjal Sudah Ada Di Bumi?

Dajjal Sudah Ada Di Bumi?

Ada segelintir pihak mendakwa dajal iaitu kuasa kejahatan yang akan memusnahkan manusia beriman pada akhir zaman sebelum tibanya kiamat, sudah pun muncul di muka bumi pada ketika ini.

Dajjal Sudah Ada Di Bumi?

Dakwaan berkenaan sememangnya mengejutkan ramai pihak, berikutan keluarnya dajal secara tidak langsung bermaksud dunia sudah terlalu hampir dengan penghujungnya dan akan musnah bersama segala isinya tidak lama saja lagi.

Keluarnya dajal adalah satu daripada 10 tanda besar mengenai tibanya kiamat seperti sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Imam Muslim daripada Hudzaifah bin Usaid Al-Ghiffari ra katanya, "Rasulullah SAW pernah muncul di hadapan kami ketika kami sedang berbincang. Lalu Baginda bertanya, "Apa yang sedang kamu bincangkan?" Sahabat menjawab: "Kami sedang membincangkan As-Sa'ah (hari kiamat).'

"Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya kiamat tidak akan datang sehingga kamu melihat 10 ayat (tanda) sebelumnya. Kemudian Baginda menyebut asap, dajal, binatang (yang akan keluar dari perut bumi), terbitnya matahari dari sebelah barat, turunnya Isa as, Yakjuj dan Makjuj, tiga gempa bumi iaitu di timur, barat dan di Jazirah Arab dan yang terakhir ialah keluarnya api dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpul mereka."

Kerosakan muka bumi

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengkaji kontemporari berpandangan bahawa dajal sebenarnya bukanlah makhluk, sebaliknya adalah `pemikiran' atau ideologi yang menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan dunia.

Mereka berpendapat ideologi inilah dikenali sebagai 1dajal' yang mendorong manusia kepada kebejatan akhlak dan kejahatan, menyesatkan masyarakat ke dalam keingkaran dan kederhakaan terhadap Allah SWT serta menimbulkan kerosakan di muka bumi dan umat manusia lain.

Pandangan berkenaan juga menyatakan ciri-ciri dajal seperti disampaikan hadis adalah ayat berbentuk simbolik dan ia lebih menjurus kepada ciri sebuah ideologi yang membawa kepada kehancuran alam.

Sebagai contoh, ciri-ciri dajal yang disebutkan hadis sebagai buta sebelah mata diibaratkan sebagai ideologi yang tidak menilai sesuatu dengan adil dan saksama.

Pandangan moden berkenaan secara tidak langsung menyebabkan ramai pihak terutamanya umat Islam mengerutkan dahi dan diasak kebingungan. Dalam diam, timbul pertanyaan adakah betul dajal sebenarnya satu ideologi? Benarkah `dajal' sudah muncul pada hari ini?

Dajal bersifat makhluk

Berhubung perkara berkenaan, Yusuf Abdullah Yusuf alWabil dalam kitabnya Tanda-tanda Kiamat menjelaskan berdasarkan hadis sahih, jelas menunjukkan dajal itu bersifat makhluk iaitu seorang lelaki dan bukannya sekadar ideologi atau lambang banyaknya khurafat, pembohongan dan kebatilan pada akhir zaman.

"Dia (dajal) adalah seorang muda yang berkulit merah, pendek, berambut kerinting, dahinya lebar, bahunya lebar, matanya yang sebelah kanan buta dan matanya ini tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam seolah-olah buah anggur yang masak (tidak bercahaya) dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya.

"Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa', ra' secara terpisah atau tulisan `kafir' secara bersambung berangkai yang dapat dibaca oleh setiap Muslim yang pandai menulis mahupun yang tidak menulis dan antara tandanya lagi ialah mandul, tidak punya anak," jelas pengkaji itu lagi berdasarkan pelbagai hadis mengenai dajal.

Dajal dikatakan sudah hidup sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, antaranya hadis Tamim AdDari menjelaskan pada zaman itu, dajal pernah dijumpai di sebuah pulau terpencil oleh sekumpulan orang Arab yang hanyut.

Bagaimanapun, dajal akan terus hidup dan hanya akan muncul kembali di dunia manusia pada akhir zaman untuk melakukan angkara.

Muncul dari Khurasan

Kronologi kemunculan semula dajal bermula apabila masyarakat sudah terlalu jauh meninggalkan agama dan ajaran Allah SWT serta diingkari secara terang-terangan.

Kekacauan berlaku di mana-mana di seluruh dunia; keruntuhan akhlak, peperangan dan pembunuhan berjalan seiring dengan putaran waktu.

Ketika itulah akan munculnya dajal yang datang dari arah timur iaitu Kampung Yahudiyyah, Kota Ashbahan dari Khurasan.

Selepas kemunculannya, dajal akan mengembara ke seluruh penjuru bumi sehingga tiada satu pun negeri yang tidak dimasukinya kecuali Makkah dan Madinah kerana dua kota suci itu dijaga malaikat.

Pengikut dajal terdiri daripada orang Yahudi, Ajam, Turki, Arab Dusun dan semakin lama, semakin ramai manusia daripada pelbagai bangsa dan golongan yang percaya kepadanya.

Pada saat kemunculan dajal, ia mampu menunjukkan pelbagai kekuasaan magis yang pasti menakjubkan mereka yang tidak lagi beriman serta meneruskan penindasan terhadap sesiapa yang masih mahu mengesakan Allah.

Antara kemampuan dajal seperti diizinkan Allah SWT ialah boleh menghidupkan orang yang sudah dibunuh, memiliki kemewahan dunia, memerintahkan hujan supaya turun dan bumi menumbuhkan tanaman, memperlihatkan kepada pengikutnya kononnya keadaan syurga walhal gambaran itu adalah neraka dan sebaliknya, menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak. Pihak yang menolak dakyahnya akan menerima musibah.

Dajal tinggal di bumi selama 40 hari dengan kiraan sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu dan baki seterusnya adalah seperti hari biasa.

Zaman fitnah dajal hanya berakhir apabila turunnya Nabi Isa as yang kemudian akan membunuhnya di pintu gerbang Kota Lud iaitu sebuah kota berhampiran Baitulmaqdis.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Mesej Wang Palsu RM100 Nombor Siri 996 Tidak Benar

Mesej Wang Palsu RM100 Nombor Siri 996 Tidak Benar

Polis menafikan pengedaran wang kertas RM100 palsu secara meluas, sebagaimana tular di media sosial sejak kebelakangan ini yang sebenarnya adalah berita lama yang terus dikitar semula.

Wang Palsu RM100 Siri 996

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, menyatakan bahawa mesej bergambar yang tular di dalam aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook dan laman sosial itu adalah tidak benar.

Mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu adalah imej lama yang sebelum ini telah tular, disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang tidak pasti.

Bagaimanapun, pihak polis meminta kerjasama pihak yang menyebarkan mesej berkenaan tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis sekiranya mengetahui mengenai perkara itu.

Polis dan Bank Negara akan sentiasa memantau dan meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan aktiviti itu, termasuk melaporkannya di balai polis berdekatan.

Wang Palsu RM100 Siri 996

Menerusi gambar tular itu, terkandung mesej yang memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap aktiviti pengedaran wang kertas RM100 palsu, kononnya mempunyai nombor siri berakhir dengan 996, yang diedar secara meluas.

Mesej yang turut disertakan gambar wang RM100 diikat dan disusun dalam kotak itu juga meminta orang ramai supaya menyebarkan maklumat itu sebagai amaran.

Ingat, menyebar berita bohong adalah berdosa dan menyusahkan walaupun mungkin dengan niat baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ismaweb

Kebaikan Dan Keburukan Pinjaman MBSB Bank 70% Kelayakan

Kebaikan Dan Keburukan Pinjaman MBSB Bank 70% Kelayakan

Untuk memastikan kakitangan kerajaan tidak meminjam melebihi kemampuan, kerajaan menetapkan had kelayakan berdasarkan ansuran bulanan yang tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan kasar (gaji pokok campur elaun tetap).

Kebaikan Dan Keburukan Pinjaman MBSB Bank 70% Kelayakan

Semua institusi kewangan kecuali MBSB mengambil had 60% ini untuk mengira jumlah pinjaman yang layak untuk setiap peminjam.

MBSB Bank

Asian Finance Bank (AFB) kini dikenali sebagai MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) selepas pengambilalihan sepenuhnya oleh Malaysia Building Society Bhd (MBSB).

Menerusi pengambilalihan itu, MBSB Bank kini adalah bank Islam kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah aset sebanyak RM43.7 bilion sewaktu pengambilalihan pada awal April 2018.

Apakah perbezaan kiraan kelayakan MBSB berbanding dengan institusi lain?

MBSB mengira jumlah pinjaman yang layak berdasarkan 70% kelayakan. Ini bermaksud peminjam MBSB layak dapat pinjaman yang lebih berbanding dengan institusi lain.

Kakitangan kerajaan yang sudah meminjam sehingga had kelayakan 60% masih lagi boleh membuat pinjaman di MBSB.

Adakah Potongan Di Slip Gaji melebihi 60% untuk peminjam MBSB?

Tidak. Potongan ansuran masih dihadkan kepada 60% yang ditentukan oleh kerajaan. Tetapi selepas 5 tahun, ansuran bulanan akan secara automatik meningkat.

MBSB telah menjangka selepas 5 tahun, gaji kakitangan kerajaan akan naik dan ansuran selepas 5 tahun tidak akan melebihi had 60%.

Kelebihan dan Kelemahan Pakej MBSB 70%

Kelebihan Pakej Pinjaman 70%
  • Peminjam layak meminjam lebih.
  • Peminjam yang tidak layak kerana sudah sampai had 60% masih dapat meminjam.

Keburukan Pakej Pinjaman 70%
  • Ada kemungkinan peminjam MBSB menghadapi kesusahan memohon fasiliti kredit seperti kad kredit atau pinjaman kereta kerana komitmen masa depan tinggi.
  • Pakej MBSB 70% sangat susah untuk overlap. Ianya akan memakan masa yang sangat lama (8 – 10 tahun atau lebih lama) untuk overlap.
  • Ansuran MBSB akan naik secara otomatik selepas 5 tahun dan gaji bersih anda akan turun.

Nasihat

Pinjaman MBSB 70% kelayakan sesuai untuk situasi dimana:
  • Peminjam sudah pinjam sehingga 60% tetapi amat memerlukan pinjaman.
  • Peminjam masih layak meminjam kerana belum sampai had 60% tetapi jumlah pinjaman tidak mencukupi.

Selain daripada dua situasi di atas, pakej pinjaman lain lagi sesuai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: smartpinjaman

Monday, August 20, 2018

Tanda-tanda Strok Haba Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Ia Berlaku

Tanda-tanda Strok Haba Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Ia Berlaku

Strok haba adalah penyakit yang berkaitan haba, adalah satu bentuk hipertemia yang berlaku apabila suhu badan seseorang naik secara mendadak.

Tanda-tanda Strok Haba

Dalam keadaan normal, suhu badan manusia adalah kira-kira 37.0°C. Apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5°C, seseorang akan mengalami strok haba.

Strok haba merupakan kes kecemasan perubatan yang serius kerana boleh mengakibatkan mangsa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

Dalam kes strok haba, ianya tidak sama seperti serangan angin ahmar. Istilah "Stroke" adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan berkurangnya aliran oksigen ke kawasan otak.

Bagaimana Strok Haba Berlaku

Dalam keadaan biasa, badan kita mengeluarkan haba akibat metabolisme dan selalunya berupaya menghilangkan haba melalui proses sejatan peluh.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan haba panas yang terlampau tinggi, kelembapan persekitaran yang tinggi atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa matahari terik, besar kemungkinan badan tidak dapat menghilangkan haba dengan sempurna dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 41 °C. Keadaan tersebut boleh menyebabkan strok haba.

Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan strok haba. Individu yang mengalami dehidrasi tidak dapat mengeluarkan peluh dengan cukup cepat untuk menghilangkan haba, yang menyebabkan suhu badan meningkat.

Apabila suhu badan meningkat, akhirnya ia menyebabkan penyahhidratan yang teruk, tisu otak menjadi bengkak, tekanan darah menjadi rendah serta mengakibatkan kerosakan pada organ, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian.

Tanda-tanda Awal Terkena Strok Haba
  • Sakit kepala berdenyut.
  • Mual.
  • Kurang berpeluh walaupun pada suhu panas.
  • Denyutan nadi pantas.
  • Otot lemah dan kejang.
  • Muntah.
  • Kulit kering serta kemerahan.
  • Sawan atau pitam.

Walau bagaimanapun, sesetengah individu boleh mengalami gejala strok haba secara tiba-tiba dan tanpa amaran.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba mungkin berlainan bagi individu yang lain.

Golongan Dan Keadaan Berisiko Mengalami Strok Haba

1. Bayi atau kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami strok haba jika dibiarkan di dalam kereta yang tertutup.

Ini adalah kerana suhu dalaman kereta yang berkunci boleh meningkat antara 10 hingga 20 darjah dalam masa 20 minit.

Keadaan ini boleh menyebabkan kepanasan melampau terhadap bayi dan kanak-kanak.

2. Warga tua

Kebiasaanya penghidap penyakit yang berkaitan jantung, tekanan darah tinggi,

penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, penyakit kelenjar tiroid, penyakit berkaitan sistem pernafasan serta kencing manis berisiko tinggi berbanding orang biasa kerana tahap kehilangan air dalam badan mereka lebih ketara.

3. Atlet

Atlet yang berlatih dalam keadaan sekeling yang panas.

4. Berada Di Luar Rumah

Individu yang bekerja di luar bangunan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti buruh, petani, tentera, polis dan lain-lain.

Langkah Segera Yang Perlu Diambil Terhadap Mangsa Strok Haba

Mangsa strok haba mestilah menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan kekal pada organ. Tindakan pantas kita mungkin boleh membantu mangsa strok haba.

Sila lakukan perkara berikut sementara menunggu pihak ambulan datang:
  • Tempatkan mangsa ke kawasan yang teduh dan berhawa dingin/di bawah kipas.
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah atau sapukan air sejuk atau suam pada kulit mangsa.
  • Longgarkan pakaian mangsa.
  • Beri minuman sejuk atau minuman isotonik kepada mangsa.
  • Pantau suhu badan mangsa dengan termometer sambil meneruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan mangsa menurun sehingga mencecah lebih kurang 38 °C.
  • Membuat panggilan kecemasan dengan segera.

Cara Mengelak Strok Haba Daripada Berlaku:
  • Langkah-langkah yang paling penting untuk mengelakkan strok haba adalah mengelakkan tubuh 'menjadi' kering dan aktiviti fizikal yang lasak dalam keadaan cuaca panas dan lembap.
  • Badan anda perlu mengisi semula elektrolit (seperti natrium) dan juga cecair jika anda berpeluh secara berlebihan atau melakukan aktiviti lasak dalam cahaya matahari untuk tempoh yang berpanjangan.
  • Ambil rehat yang kerap untuk hidrat diri sendiri. Pakai topi dan pakaian longgar berwarna cerah.

Langkah Mencegah Strok Haba

Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah:
  1. Pastikan anda dan keluarga minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
  2. Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa cuaca panas.
  3. Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi.
  4. Elakkan mengambil minuman beralkohol, minuman berkafein seperti kopi/teh serta minuman yang mengandungi gula yang tinggi kerana minuman-minuman tersebut menyebabkan kita lebih mudah terhidrat.
  5. Dapatkan rehat secukupnya mandi dengan kerap.
  6. Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah. Gunakan topi/payung semasa keluar dari rumah.
  7. Makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai.
  8. JANGAN sesekali meninggalkan bayi, kanak-kanak atau haiwan di dalam kereta yang tertutup dan berkunci. INGAT! Biarlah urusan kita menjadi sedikit lambat apabila membawa anak-anak keluar untuk menyelesaikan sesuatu urusan daripada kita menyesal selama-lamanya atas kecuaian kita meninggalkan mereka di dalam kereta.
  9. Pastikan kereta hendaklah sentiasa dikunci apabila tidak digunakan agar anak-anak kita tidak menyelinap masuk ke dalamnya dan terperangkap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sirapantioksidan

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

Bila melihat rombongan jemaah haji berlepas ke kota suci Makkah, hati mula terdetik “Bila la masa aku pula nak menunaikan haji.”

5 Tips Tunai Haji Di Usia Muda

Semua sedia maklum bahawa nak tunggu giliran ke sana boleh cecah sampai berpuluh-puluh tahun tapi, tak ada yang mustahil.

Afyan Mat Rawi telah pun berkongsi tip tentang bagaimana nak menunaikan haji pada usia muda kerana dia telah berpeluang untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua.

1. Daftar

Paling penting, perlu daftar terlebih dulu melalui Tabung Haji. Ramai orang ingat dengan membuka akaun Tabung Haji, bermakna kita sudah mendaftar untuk menunaikan haji.

Tapi sebenarnya membuka Tabung Haji bermaksud kita mulakan simpanan di dalam akaun Tabung Haji dengan minimum simpan RM2 saja.

Manakala, mendaftar giliran menunaikan haji pula perlu minimum simpanan RM1300 dalam akaun Tabung Haji, barulah layak mendaftar bagi memohon giliran menunaikan haji.

Jika sebulan kita simpan RM100, hanya perlu setahun sebulan saja untuk cukupkan RM1300 tu.

Kita juga boleh gunakan wang KWSP untuk tujuan ini.

Dan jika baru hendak daftar sekarang, giliran menunaikan haji sekitar 50 tahun akan datang. Ya, 50 tahun akan datang.

Jadi, usah bertangguh untuk mendaftarkan giliran haji. Jika masih ada anak kecil, daftar cepat-cepat supaya mereka tak menerima nasib seperti kita menunggu giliran yang lama untuk menerima panggilan Baitullah.

2. Simpanan

Kos sebenar menunaikan haji ialah lebih kurang RM19,950 dan kita di Malaysia bertuah kerana lebih separuh ditanggung oleh pihak Tabung Haji.

Kita hanya perlu membayar RM9,980 apabila nak menunaikan haji nanti.

Jika nak dibandingkan dengan negara-negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei yang jumlahnya RM20,000 ke atas.

Jadi langkah seterusnya, selepas daftar haji kita kena pastikan mempunyai sekurang-kurangnya Rm9,980 di dalam akaun Tabung Haji.

Jika sebulan simpan RM100, kira-kira 7 tahun selepas kita daftar haji duit dah cuku RM9,980 dengan anggaran keuntungan purata Tabing Haji 6%.

3. Rayuan

Langkah seterusnya, ialah membuat rayuan untuk menunaikan haji. Secara normal, tempoh menunggu untuk mendapat giliran menunaikan haji boleh mencecah sehingga 50 tahun.

Tempoh ini adalah untuk jemaah yang ingin menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui mu’assassah Arab Saudi.

Jadi nak tak nak, kita perlu usahakan untuk merayu giliran dipercepatkan sebab dalam tempoh 10 ke 50 tahun macam-macam perkara boleh berlaku.

Selalunya, tiga atau empat bulan sebelum musim haji bermula, pihak Tabung Haji mula memproses surat-surat rayuan dan menghantar surat balas.

Jadi, hantarlah surat rayuan dengan lebih awal. Sebaiknya selepas tamat musim haji, boleh terus siapkan surat rayuan untuk dihantar.

Mengikut pengalaman peribadi Afyan, dia mula buat rayuan kira-kira 5 atau 6 tahun lepas apabila wang di dalam akaun dah cukup untuk membayar kos menunaikan haji kira-kira RM10,000.

Dan setiap tahun juga apabila menerima surat balasan rayuan ditolak, dia akan hantarkan surat bar uke Tabung Haji untuk merayu lagi.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun merayu akhirnya rayuannya diterima.

Setiap tahun pasti ada kuota yang kosong atas pelbagai sebab seperti:
  • Bakal jemaah haji meninggal dunia.
  • Bakal jemaah haji mengandung.
  • Bakal jemaah haji mempunyai masalah kesihatan.
  • Bakal jemaah haji menolak atau pelbagai sebab.
  • Kuota ditambah.

Sebaiknya, rayuan dilakukan apabila sudah betul-betul cukup wang simpanan untuk membiayai kos haji supaya ada kredit untuk Tabung Haji menerima rayuan kita.

4. Datang kursus haji

Ini juga adalah salah satu tip dimana apabila kita menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji melalu masjid-masjid dalam kariah kita, nama kita akan dimasukkan dalam senarai kehadiran.

Jadi, ia memberi kredit kepada kita apabila pihak Tabung Haji membuat penilaian terhadap rayuan haji.

Namun begitu, perkara ini tidak disahkan oleh Tabung Haji, ia hanya berdasarkan pengalaman peribadi Jemaah haji saja.

5. Doa

Ini merupakan harapan utama dan terakhir jika benar-benar berhasrat untuk menunaikan haji. Segala pergantungan hanyalah kepada Allah SWT.

Doa ini bukan bermaksud doa sebelum musim haji sahaja. Terus-terusan berdoa sehingga hari-hari akhir penerbangan jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi.

Ada jemaah haji yang menerima panggilan Tabung Haji kira-kira seminggu sebelum penerbangan! Ya, seminggu saja untuk memberi jawapan dan buat persiapan.

Jadi, jangan berhenti berdoa. Allah pun sudah berjanji akan memakbulkan doa hamba-Nya, dengan pelbagai cara.

Ada banyak kisah jemaah haji yang menerima jemputan-Nya dgn pelbagai cara.

Ada jemaah haji muda dapat menunaikan haji sebagai mahram ibunya kerana ayahnya yang patut pergi bersama baru meninggal dunia.

Ada juga suami yang lambat daftar haji tapi disebabkan isterinya daftar lebih awal dan dapat giliran, suami dapat pergi sebagai mahram. Dalam masa sama, ada juga yang punya wang ratus-ratus ribu tapi masih belum terima panggilan-Nya.

Ada juga seorang sahabat saya katanya sudah ikut semua tip yang saya kongsikan di atas, malah beberapa tahun sertai kursus haji. Tapi masih belum ada rezeki dijemput oleh-Nya.

Malah ada juga yang sudah terima surat tawaran, sudah buat persediaan, kenduri doa selamat, datang ke Tabung Haji Kelana Jaya tapi tak dapat pergi sebab visa gagal dikeluarkan. Point penting di sini, jangan berhenti berdoa.

Amacam, dah ada rasa semangat nak menyimpan dekat Tabung Haji tak? Jangan risau, masih belum terlambat lagi kalau nak mulakan sekarang.

In Sha' Allah, siapa tahu ada rezeki kan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja