Nov 26, 2015

Lembu Pun Tolak Seks Sama Jantina!

Kecuali beberapa orang yang kurang siuman, rasanya rata-rata orang kita – tanpa mengira kaum dan agama – tidak bersetuju seks sama sejenis. Islam menentang, agama-agama lain pun tidak menyokong amalan ini.

Barack+Obama+is+Cow

Waimma haiwan pun tidak pernah melakukan amalan ini. Sebodoh-bodoh lembu, dan segarang-garang singa pun tidak sanggup berasmara sesama jantina.

Perihal ada negara lain mengiktiraf LGBT, konon atas alasan hak asasi, itu dia orang punya fasal. Tetapi mereka tidak boleh mencampuri dan cuba mempengaruhi suara berdaulat kita supaya menyokong amalan seks songsang itu.

Hatta sekiranya yang cuba masuk campur itu adalah pemimpin negara paling berkuasa di planet bumi, termasuk Presiden Barack Obama.

Tetapi jangan sekali-sekali beliau mencadangkan supaya kita menghormati hak kumpulan seks sejenis. Beliau mungkin orang paling berkuasa dan ditakuti seluruh dunia. Namun beliau tidak boleh memaksa orang mengikut telunjuknya dalam hal seks songsang.

Malang sekali Sabtu lalu ketika berada di KL, Presiden Amerika Syarikat itu dilaporkan berkata, negara patut menghormati hak lesbian, gay, biseksual dan transgender sebagai hak asasi.

Katanya, seperti yang dilaporkan media, polisi kerajaan mengenai perkahwinan juga perlu adil kepada semua pihak termasuk perkahwinan sejenis.

Nampak sangat Obama tidak prihatin terhadap sensitiviti orang kita. Atau, boleh jadi beliau faham tetapi sengaja hendak menguji dan mencabar kesabaran kita. Sikap kurang ajar dan keangkuhan inilah menyebabkan kemarahan sesetengah orang kita.

Tidak ramai yang berani menegur sikap biadab seperti itu. Kerajaan tidak berkata apa-apa, agaknya bagi mereka kenyataan pemimpin No.1 dunia tidak ada kesan negatif.

Boleh jadi juga kita rasa amat terhutang budi kepada negara Epal Besar itu. Atau mungkin kita ingin terus meminta budi dari AS. Jadi apa yang dikatakan oleh pemimpinnya kita tidak berani membidas.

Hatta sekian banyak NGO yang selama ini mengaku pejuang bangsa dan penegak agama pun membisu seribu bahasa terhadap celopar dan loklak Sang Presiden. Tidak ada yang mengangkat bendera, tidak ada yang berarak di Dataran Merdeka.

Maka saya tabik spring dan angkat topi kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang berani dan tegas menyatakan bantahan terhadap presiden besar yang selalu digambarkan sebagai polis dunia itu.

Presiden NGO berkenaan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar membidas tindakan pemimpin dan tetamu asing itu dan menyifatkan kenyataan berkenaan kurang sopan. Beliau menuntut Obama menarik balik kenyataan tersebut.

Dalam surat kepada Joseph Y. Yun, Duta Besar AS di KL, Zainul menegaskan negara ini konsisten menolak LGBT. Kata beliau: “Kami mengambil maklum keputusan Mahkamah Agung AS yang membenarkan perkahwinan sejenis. Namun, keputusan itu tidak boleh terpakai untuk negara berdaulat lain seperti Malaysia yang mendukung nilai-nilai moral teras yang berbeza.”

PPMM mahu Obama meminta maaf kepada Malaysia. Kalau Obama jenis insan prihatin dan tahu mengambil hati kawan, beliau mungkin menarik balik kenyataan tersebut.

Kalau beliau ada sifat rendah diri dan sedar akan keterlanjuran itu, mungkin beliau – melalui pejabat kedutaan – akan mengeluarkan pernyataan maaf kepada rakyat Malaysia. Harap-harap sehari dua ini beliau memohon maaf.

Tetapi rasanya beliau bukan jenis manusia yang sedia memohon maaf, walaupun atas kesalahan dan keterlanjuran yang lebih besar. Almaklumlah, baginya kita terlalu kerdil, maka kitalah yang perlu selalu melutut kepadanya!

Lagi pun Obama bukan pemimpin AS pertama yang berlaku biadab ketika berada di negara kita. Tentu semua masih ingat satu ketika dulu Naib Presiden AS, Al Gore, datang ke KL untuk satu acara rasmi kerajaan.

Pada satu majlis beliau terang-terang mengangkat tangan sambil memekik ‘reformasi!’ pada hal ketika itu seluruh negara sedang bergelut menentang reformasi.

Al Gore secara sedar menghina kedaulatan kita, terus meninggalkan majlis, dan sampai sekarang tidak pernah memohon maaf. Dia tidak kisah pun sensitiviti majoriti rakyat. Itulah gaya orang besar. Angkuh.

Lebih sedekad lalu Al Gore datang menghina kita dengan jeritan reformasi. Beberapa hari lalu Obama datang mempertahankan LGBT. Dan, kita seperti tidak bergigi!

BACA INI JUGA: Kisah Hancurnya Kaum Nabi Luth Akibat Hubungan Sejenis
BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

ingat lagi kan anjing gonggong bayi kecil..selamatkan bayi lagi binatang ni..

Kalau manusia sesama jenis dia gonggong..menakutkan :(

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon