Friday, May 18, 2018

Qalam, Hantar Kad Ucapan Ramadhan Secara Online Kepada Rakan

Qalam, Hantar Kad Ucapan Ramadhan Secara Online Kepada Rakan

Menjelang bulan Ramadhan, kini Google telah melancarkan sebuah penawaran baru mereka yang dinamakan sebagai Qalam.

Qalam, Hantar Kad Ucapan Ramadhan Kepada Rakan

Melalui Qalam, Google membolehkan para pengguna untuk menghantar kad ucapan yang unik kepada rakan-rakan melaluinya.

Pada laman Qalam, Google menyediakan sejumlah pilihan kad ucapan interaktif yang mana hadir dengan rekaan cantik dan kemas.

Pengguna seterusnya boleh memilih sesuatu kad ucapan interaktif berkenaan dan seterusnya membuat perubahan kosmetik dari segi warna.

Selesai membuat perubahan, pengguna seterusnya boleh memilih untuk terus berkongsi kad ucapan berkenaan kepada rakan-rakan atau ke media sosial dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Qalam dan mula membuat kad ucapan Ramadhan anda tersendiri hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

6 Perkara Apabila Terjadi Takdir Yang Tidak Disukai

6 Perkara Apabila Terjadi Takdir Yang Tidak Disukai

Ada sebahagian orang ditakdirkan memiliki kesihatan dan kesenangan hidup, manakala yang lain diuji takdir berupa kesusahan berpanjangan walaupun rajin berusaha. Ada yang kaya tapi hatinya tidak tenang, tapi ada juga hidup senang dan dermawan.

6 Perkara Apabila Terjadi Takdir Yang Tidak Disukai

Begitu juga si miskin yang selalu nampak tidak tenang, ada juga yang sombong. Kadangkala pula kita bertemu orang kaya yang baik hati dan senitiasa ikhlas membantu.

Kenapa manusia ditakdirkan begitu? Adakah ia tidak boleh berubah atau kita terpaksa bersabar sehingga ke mati?

Ibnu Qayyim berkata, apabila seorang hamba memperoleh suatu takdir yang tidak disukai, maka renungkanlah ia dari 6 sudut pandang.

#1: SUDUT PANDANG TAUHID

Bahawasanya Allah yang telah menentukan takdir itu. Dia menghendaki dan menciptakan takdir tersebut. Sungguh, apa pun yang dikehendaki-Nya, pasti terjadi dan apa pun yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi.

#2: SUDUT PANDANG KEADILAN

Bahawasanya takdir Allah terhadap hamba-Nya pasti berlaku dan aturan bagaimana berlakunya hukum-Nya pun pasti adil.

#3: SUDUT PANDANG RAHMAT

Bahawa rahmat Allah yang terkandung dalam takdir ini melebihi murka dan amarah-Nya. Bahkan rahmatNya adalah asas bagi berlakunya takdir-Nya.

#4: SUDUT PANDANG HIKMAH

Bahawasanya hikmah Allah menuntut berlakunya takdir itu. Dia tidak menentukannya tanpa sebarang kebaikan dan tidak menetapkan sesuatu secara sia-sia.

#5: SUDUT PANDANG PUJIAN

Bahawasanya Allahlah satu-satunya yang berhak mendapatkan pujian yang sempurna dengan berlakunya takdir itu, dari sisi mana pun kita melihatnya

#6: SUDUT PANDANG ‘UBUDIYYAH (Penghambaan)

Bahawasanya dirinya hanya seorang hamba. Berlaku atasnya hukum-hukum dan ketentuan Rabbnya, kerana dirinya adalah milikNya. Allah berhak menempatkan dirinya didalam naungan takdirNya, sebagaimana Dia berhak membuatnya tunduk pada hukum-hukum agamaNya.

*Ibnu Qayyim, Fawaidul Fawaid*

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM


Thursday, May 17, 2018

3 Usahawan Kongsi Bahaya Berniaga Online

3 Usahawan Kongsi Bahaya Berniaga Online

Dengan adanya puluhan platform media sosial percuma sebagai medium perniagaan telah menarik ribuan anak muda untuk membuka ‘bisnes segera’ sendiri walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa ramai peniaga yang tersalah langkah dan akhirnya tersungkur akibat ditipu pembekal luar negara.

3 Usahawan Kongsi Bahaya Berniaga Online
Gambar hiasan.

3 peniaga online telah berkongsi kisah cabaran dan pengalaman pahit sepanjang perniagaan mereka.

“Salah pilihan buat saya hampir muflis” – Raymond C. 34

Beberapa tahun lalu, saya berhenti kerja dan membuka perniagaan pakaian hip-hop di Instagram.

Pada mulanya, barangan tiba seperti yang dipesan. Segalanya berjalan lancar dan saya mula meraih sedikit keuntungan.

Tanpa berfikir panjang, saya buat keputusan untuk melabur keseluruhan simpanan serta mengambil pinjaman peribadi tambahan dan terus memesan dari pembekal tersebut.

Malangnya, pesanan saya tidak sampai dan pembekal tersebut tidak mahu bertanggungjawab terhadap ‘kehilangan’ barangan yang telah dipesan.

Bermulalah episod paling ngeri hidup saya – saya tak mampu bayar pinjaman kereta dan ia ditarik balik, kemudian saya terpaksa pindah dan tinggal dengan ibu bapa kerana tidak mampu bayar sewa rumah.

Bank juga menuntut bayaran pinjaman peribadi, hinggakan saya terpaksa merujuk khidmat guaman untuk mengelak diistihar muflis.

Mujurlah keluarga membantu saya membayar separuh dari pinjaman tersebut.

Nasihat saya, research betul-betul dan lebih baik jika anda boleh membeli terus dari pembekal tempatan.

Tak berbaloi untuk meletakan bisnes anda di tangan ketidakpastian.

“Pulang dengan tangan kosong, saya putus asa” – Noriah D, 46

Saya mula menjual pakaian muslimah pada 2005 sebelum jualan online popular, jadi memang saya terpaksa membeli stok dari orang tengah dan semuanya dipesan dari negara jiran.

Jadi bayangkanlah, adakalanya stok yang sampai tidak mencukupi, atau tersalah barang.

Pernah sekali, berbekal hanya RM150, saya terpaksa ulang-alik dari Melaka ke Thailand menaiki bas kerana masalah stok.

Malangnya saya pulang dengan tangan kosong akibat kesilapan penjual dengan orang tengah.

Disebabkan kehabisan duit, saya serik dan akhirnya terpaksa berhenti berniaga. Ia merupakan kegagalan yang cukup pahit dalam hidup saya.

“Hampir tak jadi kahwin” – Aina M., 26

Untuk mengumpul duit kahwin, saya buat keputusan berniaga sambilan menjual doorgift dan baju pengapit perkahwinan.

Bagi menjimatkan kos, saya gabungkan keperluan majlis saya bersama tempahan beberapa pelanggan untuk mendapat harga wholesale dari laman web pukal luar negara.

Terdetik juga ragu kerana rebiu pembelinya agak pelik, tapi sebab murah, saya teruskan pembelian.

Tak sangka, keraguan saya terbukti apabila stok yang dihantar lain dari yang dipesan dan kualitinya sungguh teruk. Baju pengapit bernilai ribuan Ringgit langsung tak sampai!

Masalah komunikasi dan ketidaktelusan peniaga luar boleh merosakkan perniagaan anda.

Kerana itu, ada pelanggan yang hampir tidak jadi meneruskan majlis persandingan!

Saya dihujani makian dan kecaman dari pelanggan sehingga saya terpaksa tutup laman sosial buat seketika.

Mujur kawan saya mengesyorkan KWC Fashion Wholesale dan saya sempat beli stok baru sebagai ganti untuk pelanggan.

Jika saya tahu ada pilihan dari pembekal tempatan seperti di KWC Fashion Wholesale, tentu saya tidak menghadapi masalah sebegitu.

Lupakanlah pembekal luar, saya syorkan anda beli stok dari penjual tempatan!

Dunia perniagaan sememangnya mempunyai risiko-risiko tersendiri, namun anda boleh mengelak dari terperangkap dengan masalah stok dari luar negara jika anda memilik pembekal dengan bijak.

Usah risikokan modal dan perniagaan anda. Pilihlah untuk membeli dari pembekal wholesale tempatan di KWC, pusat beli-belah fesyen pukal terbesar di Kuala Lumpur.

KWC Fashion Wholesale Mall terletak di Jalan Gelugor, Pudu, Kuala Lumpur.

TIP KWC untuk PENIAGA BARU:

3 Usahawan Kongsi Bahaya Berniaga Online

Kenal pasti jenis barangan yang ingin anda jual dan selidik trend terkini agar barangan pilihan anda mempunyai permintaan yang tinggi.

Lawati KWC dan terokailah variasi barangan tersebut dari pelbagai kedai. Inilah masanya untuk anda melihat sendiri stok yang ada, membanding kualiti serta mengaju sebarang soalan kepada setiap peniaga.

Lihat sendiri kualiti dan variasi pilihan yang ada agar anda benar-benar puas hati

Jangan lupa untuk turut melawat kedai-kedai dalam kategori lain, kerana harga barangan yang kompetitif mungkin membolehkan anda menjual lebih dari satu kategori barangan.

Selesai melawat kedai, rehat seketika di pelbagai rangkaian kedai makan yang tersedia. Sambil makan dan minum, anda bolehlah membuat kira-kira serta mengaudit pelan pembelian mengikut kedai-kedai yang telah dikenalpasti. Bila segalanya sudah pasti, bersedialah untuk membeli-belah!

Lakukan pembelian stok anda dan jangan lupa simpan resit serta informasi penjual anda supaya mudah untuk membuat rujukan atau memesan stok seterusnya.

Mudah bukan? Selamat berniaga!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: voiz

Terima Kasih Tun Mahathir Kerana Mencipta Malaysia Baru

Terima Kasih Tun Mahathir Kerana Mencipta Malaysia Baru

Percaya atau tidak, kita sebenarnya sudah merdeka dari cengkaman parti politik Umno dan BN setelah 61 tahun mereka memerintah dan berkuasa, mitos bahawa bangsa Melayu akan hancur tanpa Umno hanya kekal mitos. Macam mimpi.

Terima kasih Tun Mahathir

Begitu juga mitos bahawa negara akan huru-hara. Perang antara kaum akan berlaku. Panik di kalangan dunia korporat dan paling saspen, orang Islam akan kehilangan kuasa.

Mitos zaman Sriwijaya untuk menakut-nakutkan bangsa Melayu ini hanya kekal mitos.

Ada yang bertanya, bagaimana kita melakukannya?

Tidak sukar untuk menjawab soalan ini. Berkat revolusi teknologi dan media sosial, projek pembodohan tidak lagi berjalan dengan lancar dalam masa 10 tahun terkebelakang.

Ini bermakna rakyat semakin terdedah dengan informasi dan ini menjadikan mereka, iaitu kita semua semakin celik dengan situasi semasa.

Festival ‘jadong’

Kontradik dengan revolusi Twitter, Facebook dan Instagram ini, kerajaan Umno-BN yang berkuasa terlalu lama gagal menyerap semangat zaman ini dan bertindak sebaliknya dengan semakin terkebelakang.

Inilah yang berlaku sejak PRU ke-13 yang lalu.

Ketika rakyat semakin cerdik dan pandai, jemaah menteri dan kabinet kerajaan Umno-BN menjadi semakin ‘jadong’, iaitu jahat, bodoh dan sombong, sebuah istilah yang diperkenalkan oleh Syed Hussain Alatas pertama kali di dalam Cita Sempurna Warisan Sejarah (2000).

Kemuncak kepada festival ‘jadong’ oleh jemaah menteri dan kabinet kerajaan Umno-BN ini adalah apabila Dewan Rakyat menolak usul untuk membahaskan laporan Unicef ​​yang mendedahkan kemiskinan dan kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak yang tinggal di flat kos rendah di Kuala Lumpur pada 8 Mac 2018.

Usul itu, yang difailkan oleh anggota parlimen Charles Santiago (DAP-Klang), ditolak kerana tidak ada keperluan mendesak terhadap perkara itu dan bukannya melibatkan kepentingan awam.

Laporan Unicef, berjudul, "Kanak-Kanak Pinggiran: kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur" yang diterbitkan pada 26 Februari 2018 menunjukkan kanak-kanak yang tinggal di flat kos rendah kekurangan dari segi pemakanan, pendidikan, keselamatan dan keadaan hidup yang lain termasuk satu daripada lima kanak-kanak membesar pada kadar lebih perlahan berbanding (kanak-kanak) Thailand, manakala lapan dalam 10 keluarga tidak mempunyai simpanan walaupun RM1.

Kuasa rakyat

Syed Hussain Alatas ketika menerangkan mengenai perkataan ‘jadong’ menulis; “Yang dimaksudkan dengan’ bodoh’ di sini bukanlah sifat tolol, tidak tahu menggunakan daya fikir atau tipu muslihat.

"Yang dimaksudkan dengan bodoh itu adalah tidak bijak mencapai matlamat jangka panjang sebagai punca pencapaian, tidak tahu mengendalikan perasaan dan tidak menolak bahkan menerima pengaruh cita bencana.”

Sambung Syed Hussain Alatas, “Pada umumnya merekalah yang membawa keruntuhan masyarakat.

"Ketika mereka berkuasa, terutama sekali pada awalnya, tidak nampak sifat-sifat jadong tadi tetapi setelah beberapa lama, adakalanya 20 atau 30 tahun, mereka disingkir dan dibenci oleh kebanyakan rakyat.

"Adakalanya ini terjadi setelah mereka meninggal jika kekuasaannya sangat kuat sebagaimana Stalin.”

“Mereka ini bodoh kerana tidak dapat menarik hati rakyat dan melaksanakan keadilan.

"Mereka ini bodoh kerana tidak dapat mengakhiri zaman kekuasaannya dengan disanjung oleh rakyat."

Inilah yang berlaku kepada kerajaan ‘jadong’ Umno-BN pimpinan Najib Razak pada 9 Mei yang lalu.

Rakyat membuktikan, kuasa mereka lebih besar dari kuasa pemimpin yang jahat, bodoh dan sombong.

Dengan itu berakhirlah sebuah era di mana jemaah menteri dan kabinet berkelakuan kelakar seperti badut dan menjawab soalan rakyat dengan jawapan tak masuk akal seperti yang rakyat hadapi sejak 5 tahun yang lalu.

Hutang budi

Di sebalik ini semua berlaku, Tun Dr Mahathir terbit sebagai hero dan kembali disanjung masyarakat.

Bagaimanapun, saya pasti ramai dari teman yang berasa skeptik dengan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang ketujuh.

Menarik untuk diperhatikan adalah bagaimana seorang negarawan seperti Dr Mahathir menukar parti seperti menukar baju.

Ini sekali gus membuktikan, politik baharu yang kita tempuhi hari ini adalah politik isi, bukannya politik kulit atau politik kepartian.

Isi atau visi datang dahulu, kulit atau parti datang kemudian.

Ini sebenarnya lebih sukar kerana akhirnya pada 9 Mei, kita sebagai rakyat telah membuktikan bahawa kita semua mampu untuk membuat perubahan dengan menghumban ahli politik jadong jatuh ke bawah.

Ini bermakna mencipta kemenangan itu bukan satu kemustahilan.

Tetapi mengisi kemenangan itu adalah satu lagi cabaran baru untuk anak muda.

Mengikut statistik, pengundi Pakatan Harapan berjumlah 5,798,099 (47.99 peratus), dengan BN 4,081,038 (33.78 peratus) diikuti PAS 2,041,105 (16.89 peratus) dan Bebas 123,558 (1.34 peratus).

Bagaimanapun, Dr Mahathir sendiri hanyalah bentuk yang membenarkan kemenangan ini.

Tetapi tidak dapat dinafikan kita memerlukan sosok ini untuk menyatukan semua parti, membentuk pakatan yang kuat di samping membina strategi dengan langkah panjang untuk melawan institusi mega seperti Umno-BN.

Apa yang pasti, punca kemenangan ini pasti bukan Dr Mahathir sahaja.

Ia adalah kita semua, iaitu 82.32 peratus pengundi berdaftar yang turun mengundi.

Kita tidak berhutang budi dengan Dr Mahathir, kerana akhirnya kemenangan ini perlu diisi bukan hanya dengan janji 100 hari tetapi untuk lima tahun seterusnya.

Kita semua terhutang budi di antara satu sama lain, atau dalam kata lain sebenarnya Pakatan Harapanlah yang terhutang budi dengan rakyat hari ini.

Bezanya kali ini, Dr Mahathir bersama-sama dengan rakyat untuk melawan rejim jahat yang jadong.

Dan sudah pasti ombak perubahan ini bukan hadir kerana Dr Mahathir semata-mata.

Ia dibina lebih lama sejak 1998, disambung pada 2008 dan akhirnya inilah yang berlaku.

Kemenangan 9 Mei yang lalu adalah hasil ombak perubahan yang dibina sejak 20 tahun yang lalu.

Ada apa dengan Mahathir?

Ramai teman yang bertanya. Apa sudah jadi dengan saya, yang selama ini keras mengkritik Dr Mahathir, yang hari ini sudah pun menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-tujuh.

Saya sendiri tidak punya jawapan tuntas.

Yang saya tahu, ketika saya sendiri masih was-was dengan Dr Mahathir, sosok ini jugalah yang mencipta senyuman di malam hari, ketika kita semua baring di atas katil sebelum tidur mengingatkan bahawa Malaysia yang kita punya hari ini adalah Malaysia baharu.

Dan ini semua dilakukan tanpa pertumpahan darah. Islam masih agama rasmi negara dan institusi raja masih dipelihara secara bersama.

Jika senyum tiap malam itu, atau udara segar yang kita hirup tiap bangun pagi di negara baharu ini adalah sejenis dosa untuk diletakkan di atas bahu saya kerana mengangkat Dr Mahathir sebagai perdana menteri baharu, saya sedia untuk diberdosakan.

Kerana di akhirnya yang saya mahukan hanyalah sebuah negara yang merdeka (dari cengkaman kekuasaan jadong) untuk anak-anak kita.

Serta rakyat yang tahu fungsi mereka sebagai pengawal-imbang kekuasaan politik negara ini.

Hari ini, rakyat sudah belajar untuk mengundi ahli politik dan wakil rakyat mereka bukan berdasarkan parti atau bangsa lagi.

Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana anak bangsa kita, tanpa mengira bangsa menangis kegembiraan menyambut kemenangan ini.

Kita harus segera belajar untuk mengisi kemenangan ini dengan idea baru mengenai kesaksamaan dan keadilan untuk semua.

Untuk anak kecil. Untuk orang miskin. Untuk ibu bapa kita.

Serta untuk masa depan negara yang lebih inklusif untuk semua termasuk warga imigran dan pelarian perang.

Jadi, jika ditanya ada apa dengan Mahathir?

Saya akan jawab – “Ada Harapan."

Mungkin kerana hari ini, itulah satu-satunya yang kita punya, iaitu bangsa Malaysia yang lebih baik untuk masa depan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Apa Yang Duit AS$1 Dolar Boleh Beli Di Seluruh Dunia

Apa Yang Duit AS$1 Dolar Boleh Beli Di Seluruh Dunia

Duit satu dolar Amerika (bersamaan dengan 3.70 – 4 ringgit) tidaklah banyak mana namun sebenarnya, ia boleh membeli pelbagai makanan juga!

1 Dollar can buy

Tak percaya? Mari kita lihat makanan apa yang boleh dibeli dengan duit 1 dolar Amerika di serata dunia menurut Bright Side.

Makanan dengan duit satu dolar di benua Amerika

Kanada

Di Kanada, duit satu dolar hanya boleh digunakan untuk membeli seikat daun salad.

Wah, boleh kurus kalau makan salad setiap hari!

Amerika Syarikat

Kalau di Amerika Syarikat, duit satu dolar boleh beli sepotong pizza.

Kira-kira cukup kenyang tak?

Peru

Senang betul nak kenyang di Peru.

Dengan duit satu dolar Amerika, kita boleh makan makanan khas Peru iaitu Aji de Gallina, yang dibuat dari ayam, kentang, telur, saus krim, kacang walnut, cili Peru (aji amarillo), zaitun hitam, dan disajikan bersama nasi.

Wah, sedapnya!

Makanan dengan duit satu dolar di benua Eropah

Rusia

Di Rusia, duit satu dolar boleh beli dua kilo ubi kentang!

Boleh buat macam-macam menu kentang ni.

Hungry

Duit satu dolar di Hungry dapat membeli kuih tradisional yang disebut Kurtoskalacs.

Kuih ini berbentuk panjang dan rasanya manis, garing, dan biasanya diletak taburan gula, kelapa dan kayu manis.

England

Bila berjalan-jalan di England, duit satu dolar cukup untuk membeli sepotong roti.

Perancis

Di kota yang romantik ini, duit satu dolar boleh digunakan untuk membeli roti Perancis yang panjang dan keras.

Itali

Itali terkenal dengan kopi yang enak dan harganya yang tak terlalu mahal.

Secawan kopi espresso dengan kualiti yang baik di Itali hanya satu dolar.

Tanzania

Chipsi Mayai atau telur dadar dan kentang adalah makanan yang paling biasa ditemukan di Tanzania, Afrika Timur.

Makanan ini boleh dibeli dengan harga satu dolar Amerika.

Mesir

Di Mesir, duit satu dolar boleh digunakan untuk membeli makanan tradisional Koshari dan yang penting confirm kenyang.

Koshari adalah makanan tradisional Mesir yang terdiri dari nasi, makaroni dan kacang lentil yang dicampur dengan sos tomato pedas, cuka bawang putih, serta bawang goreng.

Dubai

Shawarma berisi daging (boleh pilih ayam, lembu, atau kambing) dan sayur-sayuran serta topping lainnya dengan harga satu dolar sahaja!

Agak-agak ada tak shawarma yang murah dekat Malaysia ni?

Nepal

Apa Yang Duit AS$1 Dolar Boleh Beli Di Seluruh Dunia

Satu dolar di Nepal dapat membeli sepuluh ladu!

Ladu Nepal, Momo ini sama dengan ladu dari Jepun, Gyoza.

India

Di antara negara-negara lain, mungkin hanya di India anda akan merasa paling kenyang dengan duit satu dolar.

Duit satu dolar di India dapat membeli satu set menu lengkap yang berisi nasi, kari dan roti naan. Nyums!

Jepun

Jepun memang terkenal dengan barang yang mahal.

Jadi, duit satu dolar hanya dapat digunakan untuk membeli satu coklat sahaja. Lapar?

Korea Utara

Di Korea Utara, sebotol susu segar berharga lebih kurang satu dolar.

Korea Selatan

Apa Yang Duit AS$1 Dolar Boleh Beli Di Seluruh Dunia

Para peminat drama Korea pasti tahu makanan ini.

Ia mirip dengan sushi dari Jepun, adalah kimbap sayur dari Korea Selatan.

Nasi yang digulung dengan nori dan berisi sayuran ini berharga satu dolar.

Hong Kong

Selain Jepun, Hong Kong juga termasuk salah satu negara yang mahal di Asia.

Dengan satu dolar, anda hanya mampu membeli satu tin Coca-cola.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Wednesday, May 16, 2018

Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Bila kita berbicara tentang tarikh 13 Mei 1969, satu topik yang takkan lari adalah mengenai legenda parang terbang Mahaguru Silat Selempang Merah yang dikatakan benar-benar terjadi pada masa itu.

Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Parang terbang adalah hasil daripada ilmu persilatan seorang Mahaguru Silat yang mampu membuatkan parang-parang itu terbang dan memancung atau menikam musuh pada waktu itu.

Cerita parang terbang datangnya daripada mulut-mulut orang yang ada pada masa itu yang bercerita pun sebenarnya dengar dari mulut orang lain.

Ada satu rumah bekas orang besar Negeri Sembilan yang berasal dari Muar dan didalamnya ada beberapa benda yang diwarisi anak cucu beliau dan pantang larangnya, barang-barang tu tak boleh disentuh atau dialihkan.

Salah satu benda yang disyaratkan termasuk sebilah parang panjang.

"Tu salah satu parang panjang yang terbang masa 13 Mei dulu," kata anak cucu dia.

Ada beberapa sebab kenapa bangsa Melayu sangat bergantung dan sangat percaya dengan kisah parang terbang ini.

Dan kisah parang terbang ini seolah-olah satu safety net untuk orang Melayu merasakan diri mereka akan terus selamat dan terus berkuasa di negara yang satu masa dulu namanya Tanah Melayu.

Walaupun betul atau tidak kisah parang terbang, tetapi legenda parang terbang ini terus menjadi satu bentuk kisah yang membuat orang Melayu rasa selamat dan yakin dengan perjuangan bangsa mereka.

Kita andaikan legenda parang terbang itu betul dan benar-benar terjadi, mungkinkah ia akan bangkit semula bila kedaulatan negara kembali terancam?

Parang Terbang kiyai Salleh

Parang Terbang kiai Salleh
Gambar Parang Terbang kiai Salleh.

Pada tahun 1940an, heboh seantero Malaysia perihal keajaiban parang yang berterbangan melibas mangsanya.

Siapa yang dikatakan terlibat? Siapa lagi kalau bukan Kumpulan Selendang Merah.

Diceritakan orang bahawa kumpulan silat ini bertapak di daerah Muar dan Batu Pahat Johor, juga turut terkenal di Sungai Manik Perak.

Kumpulan ini diketuai awalnya oleh Hj Mohd Salleh bin Abdul Karim yang turut dikenali sebagai Kiyai Salleh Selempang Merah, Panglima Salleh Selempang Merah dan Guru Salleh Parang Panjang.

Pada hujung 1945 dan awal 1946, Kiyai Salleh telah memimpin sekumpulan pejuang sukarela yang mahu menentang kekejaman Bintang Tiga di Muar Batu Pahat dan Pontian.

Kalau tengok pada mata kasar nampak macam parang terbang melibas membunuh orang tetapi sebenarnya menurut cerita, parang itu dipegang oleh ahli kumpulan Selendang Merah yang ghaib dan hanya parang saja dilihat terbang.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: cursingmalay

Baju Besi Pertama 'Iron Man' Bernilai RM1.2 Juta Dicuri!

Baju Besi Pertama 'Iron Man' Bernilai RM1.2 Juta Dicuri!

Kostum watak ‘Iron Man’ berwarna merah dan emas yang dipakai aktor Hollywood, Robert Downey Jr dalam karya asal adiwira itu pada 2008 dilaporkan hilang dalam sebuah kemudahan simpanan, di Movie Prop Storage Pacoima, Los Angeles.

Baju Besi Pertama 'Iron Man' Bernilai RM1.2 Juta Dicuri!

Jurucakap polis Los Angeles, Christopher No ketika memberitahu AFP, pemilik gudang itu percaya kostum itu hilang dari kemudahan simpanan peralatan di Pacoima di utara pusat bandar Los Angeles antara Februari hingga 25 April 2018 lalu.

Insiden itu dianggap luar biasa dan pihak polis amat mengambil berat mengenai kejadian itu namun, setakat ini penyiasat tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kes terbabit.

Baju zirah berkenaan dianggarkan bernilai USD325,000 (RM1.28 juta+-) dan tiada rancangan pihak produksi Marvel untuk menjual baju zirah ini kepada oang awam.

Disebabkan baju zirah ini adalah permulaan untuk karya MCU yang lain, ianya mempunyai nilai yang besar kepada para collector terutamanya.

Justeru itu, kemungkinan besar baju ini sedang dijual di pasaran gelap atau pun disimpan di satu lokasi peminat setia Marvel.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Jeffrey Kitingan Dakwa PATI Akan Di Berikan MyKad!

Jeffrey Kitingan Dakwa PATI Akan Di Berikan MyKad!

Kerajaan Negeri Sabah ingin menumpukan perhatian terhadap pembangunan negeri dan membantu rakyat berbanding melayan fitnah daripada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jeffrey Kitingan Dakwa PATI Akan Di Berikan MyKad!

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, ketika menepis tuduhan Presiden Parti Solidariti Sabah (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang mendakwa beliau akan mengiktiraf warga asing di negeri ini.

"Saya tidak mahu respon mengenai isu (tuduhan) ini.

"Fokus saya kini adalah untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat," katanya selepas merasmikan Majlis Ru'yah Hilal Ramadhan.

Terdahulu, sebuah portal berita menyiarkan dakwaan Jeffrey yang mengatakan kemenangan Warisan disambut baik golongan

pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana kesediaan kerajaan baharu itu bakal memberikan dokumen kerakyatan sah kepada mereka.

Dakwa Jeffrey, Sabah bakal berhadapan dengan PATI yang memiliki permit kerja dan dokumen IMM13 akan diberikan MyKad oleh kerajaan di bawah pimpinan Mohd. Shafie.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

UMNO Parti Haram Yang Bakal Berkubur?

UMNO Parti Haram Yang Bakal Berkubur?

11 Mei adalah hari ulangtahun kelahiran UMNO yang jika sebelum ini ketibaan tarikh tersebut disambut dengan penuh meriah, suasana kali ini sudah jauh berbeza kerana buat pertama kali UMNO meraikan ulangtahun kelahirannya dalam keadaan ia sudah kehilangan kuasa dan Najib Razak bukan lagi sebagai Perdana Menteri.

UMNO Parti Haram Yang Bakal Berkubur?

UMNO yang menunjangi BN telah kalah pada pilihanraya 9 Mei 2018 lalu kepada Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad.

Ia adalah kekalahan pertama setelah lebih 60 tahun berkuasa.

Lebih daripada itu, mengikut ukuran perlembagaannya sendiri, UMNO juga sebenarnya adalah pertubuhan yang haram.

Ini kerana di ketika perlembagaan UMNO memperuntukan pemilihan mesti diadakan setiap tiga tahun sekali dan jika ada lanjutan masa, ia tidak boleh melebihi 18 bulan selepas pemilihan terakhir pada 2013, tempoh itu sudah tamat pada 19 April 2018 yang lalu.

Tetapi, oleh kerana Pendaftar Pertubuhan atau ROS lebih merupakan alat kepada UMNO berbanding peranannya sebagai agensi kerajaan, lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan telah diberikan sehingga 19 April 2019.

Dengan yang demikian, UMNO sebenarnya telah melanjutkan tempoh pemilihan sehingga 30 bulan, meskipun perlembagaannya sendiri memperuntukkan lanjutan masa yang dibenarkan hanya selama 18 bulan saja.

Oleh itu, bukankah UMNO telah terharam dengan sendirinya?

Memandangkan Pakatan Harapan kini sudah menguasai kerajaan, pendirian ROS mengenai status UMNO tidak mustahil akan berubah kerana agensi itu tidak lagi terikat dengan UMNO.

UMNO juga tidak boleh lagi memperalatkan ROS.

Maka itu, pengisytiharan UMNO sebagai pertubuhan yang haram oleh ROS kerana gagal mematuhi perlembagaannya adalah sesuatu yang tidak mengejutkan akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

Andai itu terjadi, dalam keadaan ia sudah kehilangan kuasa, siapakah yang sedia memulihkan semula UMNO?

Berdepan dua situasi itu - sudah hilang kuasa dan berstatus haram - persoalan yang menjadi bualan di kalangan ahli-ahli UMNO ialah apakah parti itu masih mampu bertahan atau akan berkubur?

Ada pihak merasakan UMNO akan berkubur selepas ini kerana para pemimpinnya tidak biasa hidup tanpa kuasa.

Pemimpin UMNO adalah mereka yang sentiasa hidup dengan wang dan memburu kuasa, malah untuk meramaikan majlis-majlis pun mereka perlukan wang untuk membayar duit makan serta elaun kehadiran.

Pejuang-pejuang media sosial UMNO juga hanya bergerak dan rajin melakukan kerja jika diberikan ganjaran atau wang bulanan.

Tanpa elaun, mereka lebih rela menggunakan telefon bimbit untuk menonton youtube atau sebagai alat hiburan diri semata-mata. Tiada lagi perjuangan dan keikhlasan di hati mereka.

Dengan itu, dijangkakan ramai yang akan keluar UMNO sedikit demi sedikit untuk menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan tidak lama lagi.

Kecenderungan itu sudah mula kelihatan sekarang ini.

Jika ini berterusan berlaku, UMNO akan terus mengecil, tidak diminati dan akan lenyap dengan sendirinya.

Ia tambah mungkin jika Pakatan Harapan semakin kuat dan kian berkembang sehingga peluang untuk UMNO mengalahkannya dalam pilihanraya menjadi semakin mustahil.

Tambahan lagi dengan Tun Mahathir dan selepas ini Anwar Ibrahim pula akan menduduki kerusi Perdana Menteri serta sederetan pemimpin lain yang disukai rakyat seperti Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Syed Saddiq dan sebagainya berada dalam Pakatan Harapan, UMNO bersama bekas-bekas menteri yang ada sekarang sebagai pemimpinnya tidak lebih hanyalah sebuah parti yang kering, tandus serta kontang.

Jika keadaan itu disusuli dengan satu demi satu parti komponen meninggalkan BN dan memisahkan diri mereka, nasib UMNO akan bertambah buruk lagi.

Bagaimanapun, di satu pihak lain merasakan UMNO masih mampu dipulihkan dengan syarat Najib, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan beberapa pemimpin utamanya dibuang dengan segera.

Kata mereka, jika semua pemimpin itu tiada, terutamanya Najib yang terpalit dengan banyak skandal, UMNO masih mampu menambat hati rakyat dan jiwa orang-orang Melayu terhadapnya.

Lantaran itu, hanya dua hari setelah UMNO kehilangan kuasa dan di hari sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-72 hari ini, sudah mula kedengaran suara dan desakan agar Najib mengundurkan diri dengan segera.

Semakin ramai yang tidak mahu lagi berketuakan Najib.

Sebenarnya bukan saja Najib harus dibuang jika mahu memulihkan parti itu, tetapi juga seluruh pimpinannya yang ada sekarang.

Semua yang ada sekarang sudah kotor dan rosak imejnya di mata rakyat.

Untuk kembali diyakini rakyat, UMNO harus dipimpin oleh generasi baru yang bersih dan tidak pernah terpalit dengan apa-apa kekotoran.

Tetapi, sementara menunggu pemimpin tersebut muncul dan boleh menzahirkan bakat kepimpinan mereka, Pakatan Harapan lebih berkemungkinan terus menerajui negara ini.

Melihat kepada deretan pemimpin pelapis yang ada dalam Pakatan Harapan, UMNO barangkali hanya berpeluang dipulihkan semula selepas era kepimpinan Nurul Izzah atau Syed Saddiq menerajui negara ini.

Adakah itu terlalu lama bagi UMNO?

Jika itu terlalu lama, pilihan yang ada ialah biarkan saja UMNO mati dan tubuhkan sahaja parti baharu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudin


13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan sepenuhnya pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada suatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada apa pun yang boleh membawa mudarat melainkan dengan izin Allah jua.

Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar difahami dan yakin akan hakikat penggunaan, pemakaiannya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya.

Berikut adalah 13 jenis batu diseluruh dunia yang sangat popular dikalangan peminat dan juga di dalam dunia mistik.

1. BATU HAKIKAT

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit dan gunung, ada juga orang menggelar batu ini sebagai batu badar lumut.

Ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk.

Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Menundukkan musuh.
  • Menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit.
  • Menghindarkan ganguan makhluk halus.
  • Menghilangkan darah gemuruh.
  • Untuk keselamatan diri.

2. BATU PANCA NUR

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Panca Nur atau Pancha Warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna.

Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia.

Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya.

Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya.
  • Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling.
  • Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai.
  • Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
  • Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.

3. BATU LAFADH

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

BATU LAFADH adalah berbentuk, bergambar, bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah.

Amat jarang ditemui di dunia.

Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.

4. BATU SERAI

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Serai hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi.

Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui.

Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai.

Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.

Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.

5. BATU ZAMRUD

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Emrald atau Zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi.

Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual.

Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9.

Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi.

Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yang besar dan batu zamrud yang paling bernilai, paling tinggi kualitinya berasal dari negara Colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan Mei.

Walau bagaimanapun, batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.

Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan.

Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan dan keyakinan yang tinggi.

6. BATU BADAR BESI

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Badar Besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar.

Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.

Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs.

Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai di daerah Brazil, Mexico, Australia dan Amerika yang dekat dengan kawasan pergunungan dan sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.

Cerita mahsyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali.

Yang paling popular ialah, ia anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru.

Selain itu ialah, sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir dan menghindarkan aura jahat.

7. BATU KECUBUNG (Amethyst)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Amethyst yang juga dikenali sebagai Kecubung merupakan batu yang berwarna ungu.

Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar, dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas Amethyst tidak akan menyebabkan peminumnya menjadi mabuk.

Amethyst mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs dan dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno.

Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India.

Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau.

Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik, contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan.

Batu Kecubung merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari.

Dimata masyarakat, kelebihan dan keistimewaan Kecubung ialah untuk pengasih dan mampu mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.

8. DELIMA MERAH

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Ruby atau Batu Delima Merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan.

Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone" yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia.

Delima merah amat sinonim dan mahsyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasianya.

Batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).

Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs.

Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya.

Walau bagaimanapun, terdapat juga bekalan Batu delima berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, Pakistan, Afghanistan, Tanzania dan India.

Ruby merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Julai.

Di dalam masyarakat Melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir.

Bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh kepadanya.

Kelebihan Delima merah yang paling mahsyur dalam masyarakat Melayu ialah kebal dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan.

Ruby atau batu delima terbaik adalah dari negara Burma.

9. CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Mata Kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata kucing.

Inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya.

Batu cats eye ini banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda.

Cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.

Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai tinggi di pasaran dengan kualiti yang sangat baik.

Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Rusia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil dan Timur Afrika.

Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul profesional kerana batu permata ini sangat sukar untuk di perolehi dan harganya yang mahal.

Cat's eye yang baik mempunyai cahaya jaluran di bahagian tengah dan apabila membeli batu asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan.

Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan, musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya.

Juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir).

10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Tiger Eye juga dikenali sebagai batu Mata Harimau, tergolong dalam keluarga Quartz.

Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata harimau yang sedang merenung tajam.

Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.

Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak ditemui di negara Afrika Selatan, Rusia, Australia barat, negara Jerman dan China.

Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan.

Khasiat dan kekuatannya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata akan mudah diterima dan dipatuhi orang.

Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.

11. BATU JARUM MAS

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Jarum Mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu jenis Rutilated Quartz.

Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih.

Jarum Mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan di dalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.

Batu Jarum Mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi.

Kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs.

Terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik.

Di dalam masyarakat melayu nusantara, Batu Jarum Mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.

12. BATU NILAM (SHAPHIRE)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Nilam juga biasa disebut sebagai Sapphire atau Safir, amat dikenali di dunia sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi.

Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yang cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs.

Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Sri Lanka, Thailand, Rusia, Kalimantan Indonesia dan juga Afrika.

Batu permata Nilam yang terkenal didunia adalah Blue Shaphire yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan.

Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak setanding dengan nilam berwarna biru.

Kelebihan dan mitos pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan menenangkan hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup.

Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yang kuat terhadap bahaya.

Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya.

Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan September.

13. BATU PIRUS (TURQUOISE)

13 Jenis Batu Mistik Paling Popular Di Seluruh Dunia

Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise" dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya.

Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya.

Semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi.

Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs.

Ia banyak di temui di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico.

Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas.

Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.

Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya.

Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.

FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA

Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang sedia wujud padanya.

Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manfaat daripadanya.

Fahami bahawa batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa.

Batu-batu tersebut mempunyai kelebihan, keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah.

Jadi, janganlah lari daripada pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua.

Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah SWT.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mnidotcom