Tuesday, May 08, 2018

5 Fungsi Terbaharu Whatsapp Berikan Admin Grup Kuasa Veto!

5 Fungsi Terbaharu Whatsapp Berikan Admin Grup Kuasa Veto!

Nampaknya selepas ini, semua orang hendak menjadi admin untuk WhatsApp Group masing-masing selepas pengarahnya, Mubarik Imam mengumumkan beberapa penambah baikan membabitkan aplikasi itu semasa persidangan F8 Developer.

5 Fungsi Terbaharu Whatsapp Berikan Admin Grup Kuasa Veto!

Katanya, 450 juta pengguna WhatsApp akan mula menggunakan fungsi terbaru ini “tidak lama lagi”.

Menariknya, kebanyakan daripada penambahbaikan ini akan menguntungkan para admin di dalam Grup WhatsApp.

Hmmm, apa kelebihan baru itu?

1. Hanya admin yang boleh mengubah deskripsi grup, ikon gambar dan subjek (nama) grup tersebut.

Ahli grup tidak lagi dibenarkan untuk mengubah apa-apa data.

2. Namun, jika admin ingin memberikan kebenaran kepada mana-mana ahli grup untuk mengubah data, dia boleh berbuat sedemikian.

Contohnya, jika di dalam grup ada ketua dan pembantunya, ketua boleh membenarkan pembantu mempunyai kuasa admin tersebut.

3. Admin juga mempunyai kuasa ‘Restrict Group’ di mana dia boleh menghentikan semua ahli grup daripada menaip mesej.

Pada masa yang sama, hanya admin yang boleh memberikan mesej kepada orang lain. Wow!

Jadi bagaimana ahli nak menaip mesej penting?

Mereka perlu menekan butang ‘Message Admin’ untuk menyeru Admin memberikan mereka kebenaran agar mesej mereka boleh dibaca oleh semua ahli lain.

Gila kuasa betul ni.

Admin tangkas tangani mesej ahli ke nanti?

Namun khabarnya, perbuatan “menutup mulut ahli lain” ini hanya boleh bertahan untuk 72 jam saja.

Macam fungsi mute juga yang mempunyai kekangan masa tertentu.

4. Selain itu, salah satu kuasa baru untuk admin WhatsApp juga adalah ‘Admin Settings’.

Hanya admin grup yang boleh melihat fungsi ini di mana dia boleh mengubah beberapa setting pada grup tersebut.

5. Paling menarik, WhatsApp juga khabarnya akan memperkenalkan fungsi Group Video Call kepada penggunanya!

Buat masa ini, fungsi tersebut hanya boleh digunakan di antara 1 pengguna ke 1 pengguna lain.

Sama seperti Group Live Video di Instagram yang membabitkan dua pihak saja.

Tak lama lagi, korang boleh memasukkan 4 orang dalam sebuah video call.

Bolehlah buat meeting tergempar atau sesi ‘membawang’ selepas ini dengan lebih mudah. Hehe.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Monday, May 07, 2018

Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Tuduhan Najib Pencuri?

Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Tuduhan Najib Pencuri?

Seorang taikun perniagaan, Lee Kim Yew menyamakan isu 1MDB dengan 'wabak' yang perlu ditangani walaupun kerajaan berulangkali menegaskan skandal itu membabitkan isu kelemahan "pentadbiran syarikat".

Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Tuduhan Najib Pencuri?

Dalam temu bual bersama pengasas Country Heights Holdings Bhd itu, beliau menyeru kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei 2018 ini untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Skalanya seperti wabak yang menjangkiti rakyat Malaysia dan negara jiran, (terutama Singapura)," katanya.

Ditubuhkan tidak lama selepas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih teraju negara pada 2009, pinjaman 1MDB dengan pantas mencecah RM42 bilion.

Menjelang tahun 2015, firma itu berusaha membayar balik pemiutang dan banyak asetnya mesti segera dijual sebagai sebahagian daripada apa yang disebut kerajaan sebagai sebagai "amalan rasionalisasi".

Terdapat pelbagai dakwaan termasuk oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) bahawa dana 1MDB terlibat dalam penyalahgunaan.

Antara lain, DOJ menuduh seorang pegawai peringkat tinggi yang tidak dinamakan - dikenali sebagai "Malaysian Official (MO1)" -menerima AS$731 juta dana yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

Pembangkang, yang dipimpin bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad menggelar Najib dengan pelbagai gelaran negatif termasuk seorang kleptokrat dan pencuri, dalam skandal berkenaan.

1MDB walau bagaimanapun menafikan dananya diseleweng.

Najib pula walaupun mengesahkan laporan Wall Street Journal yang RM2.6 bilion memang disalurkan ke akaun peribadinya, tetapi menyangkal dakwaan penerbitan itu yang ia berasal daripada 1MDB.

Beliau mendakwa wang tersebut adalah "derma" daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan dan berkata wang tersebut telah dipulangkan.

Mengapa tiada tindakan?

Lee berkata, kerajaan atau Najib sendiri, gagal mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menjejaskan kedudukannya selaku perdana menteri.

"Mengapa dalam tempoh tiga tahun yang lalu, perdana menteri kita tidak pernah menyaman sesiapa yang menggelarnya seorang pencuri.

"Apabila kamu berdiam diri, kamu mengakui (tuduhan itu) dan tidak bersikap adil terhadap jawatan rasmi yang kamu pegang," katanya.

"Dalam memandang ke hadapan, kita tidak boleh biarkan perdana menteri dipanggil pencuri, penjenayah tanpa melakukan apa-apa," kata Lee, 62, yang merupakan seorang anggota MCA.

Teladani China tangani krisis

Beliau memberikan contoh bagaimana pihak berkuasa Singapura dengan pantas menutup bank yang dikaitkan dengan 1MDB bagi melindungi status negara itu sebagai hab kewangan Asia.

Lee juga berkata China misalnya berjaya menangani krisisnya sendiri apabila membendung wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), serta membasmi rasuah besar-besaran sejak tahun 2003.

Beliau berkata itulah yang harus dilakukan oleh Malaysia apabila menghapuskan rasuah.

Lee sebelum ini dikenali sebagai salah seorang rakan rapat kepada Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Mahathir Mohamad.

Dalam tempoh berkempen berbaki beberapa hari lagi menyaksikan, bekas menteri kanan Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim memihak kepada negarawan itu.

Lee menafikan temu bual bersama beliau ada kaitan dengan pilihan raya dan mengatakan beliau hanya menyatakan pendapat yang dijamin oleh perlembagaan.

"Saya tidak berada di sini untuk membantu mana-mana parti menang," katanya, sambil menambah beliau berkawan dengan Mahathir dan Najib tetapi menolak untuk menyatakan sokongan terhadap salah seorang antara kedua-dua pemimpin itu.

Nasihat peribadi Lee kepada Najib

Sebagai seorang kawan, Lee menasihatkan Najib agar kekal sebagai presiden Umno, tetapi tidak terus menjadi perdana menteri atau memegang sebarang jawatan kabinet.

"Sebagai presiden Umno, kamu masih mengawal permainan, kamu masih boleh menamakan perdana menteri.

"Nah, saya rasa bila dia buat begitu, BN akan menang besar," katanya.

Menurut Lee, beliau sekarang lebih dekat dengan Mahathir berbanding sewaktu bekas perdana menteri itu berkuasa selama 22 tahun.

Lee mengimbau pertemuan tahunan dengan Mahathir pada Tahun Baru Cina, selain makan malam bersama anggota kabinetnya termasuk Najib sendiri.

Lee yang mengagumi kerja keras Mahathir berkata, "Pada usia 93 tahun, beliau meletakkan kembali dirinya dalam 'penjara', di mana kamu perlu memanggil mesyuarat kabinet setiap minggu. Kamu membakar diri sebagai seorang ahli politik."

Beliau merujuk keputusan HARAPAN menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya umum.

"Dia (Mahathir) kata bahawa dia telah membuat kesilapan dan dia mahu membetulkannya, saya percaya dia ikhlas," katanya.

Lee dalam pada itu turut meminta pengundi menyingkirkan ahli politik yang buruk dan memilih yang lebih baik.

"(Ingatlah) Dahulukan negara, yang lain-lain itu kemudian," katanya lagi.

Menurut Lee, banyak "penyakit" yang dihadapi negara boleh disembuhkan jika berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Video Pesilat Maut Dalam Pertunjukan Ilmu Kebal

Video Pesilat Maut Dalam Pertunjukan Ilmu Kebal

Satu rakaman video memaparkan seorang pesilat remaja maut akibat digelek lori pikap ketika membuat persembahan dalam satu majlis telah tular di Indonesia.

Video Pesilat Maut Dalam Pertunjukan Ilmu Kebal

Kejadian itu sempat dirakam seorang pengunjung dan rakaman berdurasi 2 minit itu kini tular di media sosial Indonesia dan di Malaysia.

Berdasarkan laporan portal berita negara itu, Tribunnews, mangsa dari sekolah pondok Al Kholil di Berau, Kalimantan, membuat pertunjukan itu bersama lima rakan mereka pada majlis di sekolah berkenaan yang turut dihadiri datuk bandarnya.

Dalam pertunjukan itu, enam pesilat terbabit berbaring sebelum lori pikap menggilis mereka.

Sebaik pertunjukan selesai, empat pesilat segera bangun tetapi dua lagi dikenali sebagai Rangga dan Jodi didapati tidak sedarkan diri.

Dua pesilat itu dikejarkan ke hospital tetapi Rangga disahkan meninggal dunia ketika dirawat manakala Jodi pula dilaporkan cedera parah.

Sementara itu, polis Berau sedang menyiasat kes itu dan sudah mengambil keterangan enam individu termasuk jurulatih silat serta pihak pengurusan sekolah pondok berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


sumber: mynewshub


100 Sebatan Untuk Kebijaksanaan Tun

100 Sebatan Untuk Kebijaksanaan Tun

Lawak Politik. Pak L, N dan Tun M telah ditangkap kerana beberapa kesalahan berat di negara mereka, jadi untuk jenayah berat mereka semuanya dijatuhkan hukuman 20 sebatan setiap seorang.

100 Sebatan Untuk Kebijaksanaan Tun

Ketika mereka sedang menunggu sebatan, Hakim mengumumkan, “Hari ini adalah hari jadi Isteri saya dan dia minta saya untuk membenarkan satu permintaan sebelum kamu disebat..”

Pak L yang pertama dan selepas berfikir seketika, dia pun berkata, “Tolong ikatkan bantal dibelakang saya..”

Bantal pun diikat tapi bantal itu hanya bertahan 10 sebatan dan Pak L terpaksa diangkat, berdarah dan menangis-nangis kesakitan.

Kemudian tiba giliran N. Apabila melihat Pak L dalam keadaan menderita, N pun tersenyum dan berkata, “Ikatkan dua bantal di belakang saya..”

Tetapi, dua lapisan bantal itu cuma bertahan sehingga 15 sebatan dan N juga diangkat berdarah dan berteriak-teriak menangis.

Tun M yang terakhir tetapi sebelum dia berkata apa-apa, Hakim itu telah bercakap dahulu, “Awak adalah yang paling pintar dan licik orangnya. Untuk ini, awak boleh minta dua permintaan!”

“Terima kasih Tuan Hakim,” jawab Tun M.

"Untuk menghargai kebaikan tuan Hakim yang mulia, permintaan pertama saya ialah tuan berikan saya bukan 20 sebatan, tapi 100 sebatan!”

Tuan Hakim menjawab, “Bukan saja awak seorang yang terhormat dan pernah jadi orang paling berkuasa suatu masa dulu, tapi awak juga seorang yang sangat berani,” kata Hakim itu dengan rasa kagum kepada Tun M.

“Jika permintaan awak 100 sebatan, maka permintaan itu dikabulkan.”

“Dan apa permintaan awak yang kedua?” tanya hakim itu.

Tun M tersenyum lalu berkata, “Ikatkan N di belakang saya!!"

Jangan ketawa sorang ye..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM


Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Sewaktu pilihan raya, pengundian pos masih dibenarkan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang memenuhi syarat dan jari mereka tidak perlu ditanda dengan dakwat kekal, manakala warna dakwat bagi pengundi awal dan pengundi biasa adalah berbeza.

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal

Berikut adalah maksud undi pos dan undi awal pilihan raya di Malaysia.

UNDI POS

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Hanya untuk petugas media, polis, dan warganegara Malaysia yang berada di Luar Negara.

Undi pos akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.

UNDI AWAL

Maksud Undi Pos Dan Undi Awal Semasa Pilihan Raya

Akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa.

Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan hanya akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: melvister


Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Uqasha ditahan bersama 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 dalam beg tangan jenama Chanel milik pelakon wanita itu.

Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika Uqasha memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

Selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, dibawa ke balai polis TTDI untuk siasatan.

“Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemua mempunyai 53 biji dadah disyaki jenis eramin 5.

Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

“Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” kata beliau.

Katanya, kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Uqasha ketika dihubungi tidak memberi sebarang maklum balas berhubung laporan polis yang mendakwa dirinya memandu dalam keadaan khayal dan berjanji untuk menghubungi semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo


Sunday, May 06, 2018

Telinga Berdesing Dan Sakit Kepala Simptom Darah Tinggi

Telinga Berdesing Dan Sakit Kepala Simptom Darah Tinggi

Semakin kita berusia, semakin tinggi peluang untuk menerima penyakit ini, tetapi apa sebenarnya penyebab tekanan darah tinggi dan apa yang boleh kita lakukan untuk menghindarinya?

Telinga Berdesing Dan Sakit Kepala Simptom Darah Tinggi

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1.13 bilion orang di dunia mengalami tekanan darah tinggi.

Apa itu darah tinggi?

Sebelum kita pergi lebih dalam mengenai penyakit ini, anda perlu tahu apa yang di maksudkan tekanan darah tinggi.

Ia merupakan peredaran darah yang bergerak di dalam alteri anda, darah yang dipaksa untuk melalui dinding alteri anda akibat beberapa faktor menyebabkan darah tinggi berlaku.

Bagaimana untuk membaca darah tinggi?

Terdapat pelbagai alat untuk membaca tekanan darah. Anda boleh dapat alat-alat ini di farmasi atau pusat rawatan kerajaan atau swasta.

Terdapat juga peranti yang boleh dibeli untuk rumah anda.

Bacaan tekanan darah sentiasa diambil dari lengan anda, di peringkat jantung anda.

Jika anda memakai lengan panjang, penting untuk menggulungnya untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat.

Apakah tekanan darah tinggi?

Dalam bidang perubatan, dua bacaan diperlukan untuk mengira tekanan darah.

Yang pertama adalah tekanan sistolik.

Inilah bacaan yang lebih tinggi dari kedua-dua, kerana ia diambil pada saat tindak balas hati anda.

Yang kedua adalah tekanan diastolik.

Ini diambil apabila jantung dalam keadaan tenang dan bacaan yang lebih kecil.

Anda mempunyai tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, jika anda mempunyai bacaan 140/90 mmHg (milimeter merkuri) atau lebih.

Faktor Darah tinggi

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, yang sering dikaitkan dengan gaya hidup kurang sihat seperti merokok, tidak aktif, mengalami obesiti, makan makanan cepat saji dan minum terlalu banyak alkohol.

Terdapat juga faktor lain seperti umur meningkat, kencing manis, kolesterol atau keadaan buah pinggang.

Bagaimana penyakit ini dapat dicegah?

Tidak ada rawatan yang boleh menghilangkan penyakit ini sekali gus.

Sudah tentu, ubat-ubatan memang ada untuk mengurangkan tekanan darah, tetapi jika anda tidak membuat sebarang perubahan pada gaya hidup anda, mereka mungkin tidak mempunyai kesan.

Berikan diri anda kemungkinan terbaik untuk berjaya dengan bergerak lebih banyak dan makan dengan lebih baik.

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menjadi sangat berbahaya, meningkatkan risiko anda mengalami strok, serangan jantung atau kegagalan jantung berfungsi.

Tekanan tinggi adalah masalah kesihatan yang tidak boleh diabaikan. Namun mencegahkan lebih baik dari merawat.

SIMPTOM DARAH TINGGI

Sakit kepala

Mengalami sakit kepala sekali-sekala tidak bermakna anda mempunyai tekanan darah tinggi.

Secara amnya, mereka yang mengidap keadaan ini mengadu sakit kepala pada waktu pagi apabila mereka bangun.

Kesakitan cenderung terletak di bahagian atas kepala dan di lehernya.

Mudah letih

Adakah anda menghadapi masalah bangun dari katil pada waktu pagi? Adakah anda berasa letih sepanjang hari?

Anda mungkin kurang tidur atau vitamin.

Tetapi anda mungkin juga mengalami tekanan darah tinggi, terutamanya jika anda mengalami sakit kepala sebelum tengah hari.

Telinga anda berdesing

Berdesing di telinga kadang kala disebabkan tahi telinga berlebihan atau sebagai kesan sampingan antibiotik.

Ia juga memberi kesan kepada pesakit tertentu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Walau bagaimanapun, gejala ini hanya akan menjadi jelas apabila tekanan darah tinggi adalah teruk.

Bermakna, anda sudah wajib mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maskulin

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia

Pakar entomologi dari China menemui nyamuk gergasi dengan sayap yang ukurannya mencecah 11.15 sentimeter (sm) di wilayah Sichuan, China.

'Holorusia Mikado' Spesis Nyamuk Terbesar Di Dunia

Zhao Li, kurator Muzium Serangga di barat negara itu berkata, nyamuk itu adalah daripada spesis Holorusia mikado iaitu yang terbesar di dunia.

Ia ditemui Ogos 2017 lalu ketika melakukan lawatan ke Gunung Qingcheng di Chengdu, demikian lapor agensi berita Xinhua.

Serangga ini pertama kali ditemui di Jepun dan dinamakan oleh entomologis Britain, John Obadiah Westwood pada 1876 sebagai spesis Holorusia mikado.

Bagaimanapun, ketika itu sayap serangga itu hanya berukuran lapan sm.

"Nyamuk ini kelihatan begitu dahsyat, tetapi ia tidak menghisap darah tetapi madu bunga.

"Manakala usia spesis dewasa hanya mencapai beberapa hari sahaja," kata Zhao Li.

Menurutnya, terdapat ratusan ribu jenis nyamuk di seluruh dunia dan hanya 100 spesis yang menghisap darah dan menimbulkan masalah kepada manusia.

Holorusia mikado juga dikenali sebagai lalat panjang di barat Sichuan yang kebanyakannya ditemui di Chengdu di kawasan pergunungan pada ketinggian 2,200 meter.

"Saiz badan yang besar menyebabkan ia sukar terbang," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar


10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi

10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi

Flaxseed merupakan sejenis makanan sihat yang berupa biji-bijian yang mirip dengan biji bunga matahari dengan warna merah kecokelatan namun ukurannya lebih kecil dan banyak ditemui di Amerika Syarikat dan Kanada.

10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara Semulajadi

Jika anda adalah seorang pesakit yang mengalami gastrik yang teruk atau masalah ulser, pengambilan Flaxseed adalah sangat digalakkan.

Fakta nutrisi Flaxseed:
  • Omega-3 (ALA) 6,338mg
  • Fiber 8g
  • Protein 6g
  • Vitamin B1 31% RDA
  • Manganese 35% RDA
  • Magnesium 30% RDA
  • Phosphorus 19% RDA
  • Selenium 10% RDA
  • Flaxseed juga mengandungi vitamin B6, Iron, potassium, copper and zinc.

Berikut adalah kebaikan flaxseed terhadap sistem tubuh manusia:

1. Tinggi Kandungan Fiber tetapi Rendah Karbohidrat

Antara kebaikan luar biasa Flax Seed adalah, ia mengandungi Getah Mucilage yang tinggi.

Mucilage ialah fiber dalam bentuk gel yang larut air dan kesan yang sangat baik untuk sistem organ gastrointestinal tract.

Mucilage ini dapat mengekalkan makanan dalam perut daripada cepat larut ke usus, lalu meningkatkan penyerapan nutrisi.

Flax juga sangat tinggi kandungan fiber larut dan tak larut yang turut membantu menyahtoksinkan kolon, mengurangkan berat dan mengurangkan ketagihan gula.

2. Kulit dan Rambut yang sihat

Lemak ALA (Alpha-linolenic acid) yang terkandung dalam Flax Seeds bermanfaat kepada kulit dan rambut dengan membekalkan lemak dan vitamin-b yang bantu mengurangkan kekeringan dan lapisan.

Ia juga memperbaiki simptom jerawat dan eczema.

Minyak Flax Seed adalah pilihan yang baik untuk di amalkan dalam diet harian keran kandungan lemak sihat yang tinggi.

3. Kurangkan Berat Badan

Kajian yang dikeluarkan dalam Journal of Nutrition mendapati flaxseeds dan walnut membantu obesiti dan membantu mengurangkan berat badan.

Flaxseed kaya dengan serat dan lemak yang baik uuntuk kesihatan badan kita.

Ia mampu membuatkan kita berasa kenyang lebih lama, mendorong kita untuk mengambil makanan kurang kalori, seterusnya menyumbang kepada pengurangan berat badan.

Lemak ALA yang terkandung dalam flaxseed turut membantu mengurangkan keradangan.

Ini penting untuk proses pengurangan berat badan, kerana tubuh yang mengalami keradangan cenderung untuk menampung lebihan berat badan.

Tambahkan dua sudu teh flaxseed ke dalam makanan seperti sup, salad, atau smoothies sebagai tambahan kepada diet harian anda.

4. Mengurangkan Kadar Kolestrol

Menurut jurnal Nutrition and Metabolism, dengan menambah flaxseed ke dalam makanan, ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita.

Serat yang terkandung dalam flaxseed memerangkap lemak dan kolestrol dalam sistem pencernaan kita.

Oleh kerana itu, komponen-komponen ini tidak sempat diserap ke dalam badan kita.

Serat di dalam flaxseed juga turut menyerap cecair hempedu yang dihasilkan oleh kolestrol yang terdapat pada hempedu.

Cecair hempedu ini kemudiannya dibuang melalui sistem penghadaman dengan memaksa tubuh kita menggunakan lebihan kolestrol dalam darah dan seterusnya mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

5. Flaxseed bebas Gluten

Flax adalah makanan terbaik untuk menggantikan bijirin yang mengandungi gluten, yang mana boleh menyebabkan keradangan.

Hal ini disebabkan oleh flax bersifat anti-radang.

Flaxseed amat disyorkan kepada pesakit Celiac (Celiac disease, satu keadaaan di mana seseorang mengalami kerosakan pada usus kecil yang mengakibatkan ketidakmampuan untuk mencerna nutrisi) atau yang sensitif terhadap gluten.

Gluten ialah sejenis protein yang selalu dijumpai dalam barli, gandum dan tepung dan berfungsi untuk mengekalkan rupa bentuk bijirin yang dikandunginya.

Flaxseed juga kaya dengan lemak omega-3, bagus untuk menggantikan ikan bagi yang alah terhadap makanan laut.

6. Flaxseed tinggi anti-oksida (lignans)

Flaxseed sangat kaya dengan anti-oksida.

Lignan adalah serat polifenol yang membekalkan anti-oksida yang sangat diperlukan dalam proses anti-penuaan, menyeimbangkan hormon dan pertumbuhan sel-sel hidup.

Polifenol membantu perkembangan prebiotik dalam usus dan menyingkirkan yis dan fungus keluar dari badan.

Lignan kaya dengan komponen anti-virus dan anti-bakteria.

Oleh sebab itu, menambah flax seed ke dalam diet seharian mampu membantu mengurangkan demam dan selsema.

7. Kesihatan sistem pencernaan

Flaxseed terkenal dengan keupayaannya membantu sistem pencernaan.

Lemak ALA yang terkandung dalam flax melindungi saluran usus dan seterusnya membantu memperbaiki kesihatan GI.

Ini terbukti apabila orang yang mengalami penyakit Crohn (Crohn’s disease, suatu keadaan di mana usus kecil mengalami keradangan) atau usus pencernaan yang lain, oleh kerana ia boleh mengurangkan radang pada usus.

Anda juga disarankan mengambil 3 sudu teh minyak flaxseed yang dibancuh bersama 8oz jus lobak untuk melancarkan pembuangan.

Flax juga tinggi keterlarutannya dan tidak larut dalam air.

Ia membantu memperbaiki sistem pencernaan dan salah satu daripada makanan tinggi magnesium.

Dua sudu teh flaxseed mengandungi 5 gram serat atau suku daripada diet yang disarankan (RDA) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Serat yang terkandung dalam flaxseed mampu menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus yang membantu sistem perkumuhan dalam badan.

8. Flaxseed baik untuk kanser

Kebaikan flaxseed terbukti berkesan selama berabad lamanya untuk mengurangkan kanser payudara, prostat, ovari dan juga kanser kolon.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Cancer Research membuktikan bahawa tabiat mengamalkan flaxseed mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Terdapat tiga lignan yang terkandung dalam flaxseed mampu ditukarkan oleh bakteria dalam susu menjadi enterolactone dan enterediol yang membantu menstabilkan hormon, yang mana menjadi sebab utama kurangnya risiko terkena penyakit kanser payudara.

Terdapat juga kajian lain yang diterbitkan oleh Journal of Nutrition menjumpai bukti bahaya lignan yang terkandung dalam flaxseed mengurangkan risiko terkena penyakit kanser ovari dan endrometriosis.

9. Tinggi Asid Lemak Omega-3

Sering kali kita dengar tentang kebaikan minyak ikan atau lemak omega-3.

Minyak ikan mengandungi EPA (Eicosapentanoic acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid), antara komponen dalam lemak omega 3 yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh kita.

Walaupun flaxseed tidak mengandungi DHA dan EPA (biasanya dijumpai dalam ikan dan makanan laut), flaxseed mengandungi komponen lemak omega 3 lain yang kritikal untuk tubuh badan, iaitu ALA.

Kajian yang diterbitkan oleh Nutrition Reviews menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 20% ALA boleh ditukarkan kepada EPA, dan 0.5% ALA boleh ditukarkan kepada DHA.

Juga, terdapat kajian menunjukkan bahawa jantina memainkan peranan penting dalam proses ini, di mana tubuh seseorang wanita mampu melakukan proses penukaran ini 2.5 kali anda lebih banyak berbanding lelaki.

ALA ditakrifkan sebagai lemak yang baik dan sangat diperlukan dalam diet seharian.

10. Simptom menstrual

Lignan yang terkandung dalam flaxseed mampu membantu wanita berasa tenang setiap kali datang bulan, bertindak sebagai terapi hormon kerana lignan bersifat estrogenik.

Komponen ini mampu mengurangkan risiko esteoporosis, juga bagus untuk menstabilkan hormon dan menyeimbangkan kitaran haid.

Apabila hampir datang bulan, cuba campurkan 1 atau 2 sudu teh flax ke dalam sarapan atau minuman.

Wanita akan rasa lebih tenang dan kurang rasa sakit senggugut (menstrual pain).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fngcurve

Saturday, May 05, 2018

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft

Tidak ramai mengenali Shahmeer Amir, namun remaja Pakistan berusia 22 tahun ini telah memperolehi keuntungan lumayan sekurang-kurangnya $USD150,000.

Shahmeer Amir, Hacker Genius Yang Menggodam Google, Facebook dan Microsoft

Apa yang dilakukan olah Shahmeer adalah dengan menggodam lebih daripada 400 laman sesawang syarikat-syarikat besar seperti Facebook, Twitter, Microsoft, Google, Yahoo, LinkedIn, Dropbox dan banyak lagi.

Beliau kemudiannya melaporkan pepijat yang berjaya dikesan (Bugs track). "Bugs track" adalah proses mengesan kelemahan atau masalah perisian komputer mahupun aplikasi telefon pintar. Bugs pula adalah penyebab kelemahan tersebut.

Seorang Yang Genius, Mempelajari Bahasa Komputer Dalam Masa Singkat

Bagi penulis, bahasa komputer merupakan antara bahasa yang paling susah untuk difahami, dan memerlukan masa yang lama untuk dikuasai. Antara contoh bahasa komputer termasuklah C, C++, Java, Fortran, Visual Basic, XBase, Powerbuilder, JavaScript, Word Basic dan banyak lagi.

Shahmeer boleh dikatakan sebagai seorang genius, kerana mampu mempelajari skill godam luar biasa dalam tempoh yang singkat. Pengalaman selama 10 hingga 15 tahun adalah tempoh masa yang diperlukan bagi seseorang untuk mencapai kebolehan seperti beliau.

Ketika berusia 20 tahun pada 2015, beliau telah dinobatkan sebagai penggodam No.1 dunia oleh

Hackerone . Tahun berikutnya, kedudukan beliau jatuh sebanyak 10 anak tangga ke kedudukan ke-11. Namun, dengan usianya yang masih muda, beliau mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang ini.

Gagal di Usia Muda, Beliau Tidak Pernah Berputus Asa

Shahmeer Amir bersama keluarga berpindah dari Multan ke Karachi ketika beliau berusia 13 tahun. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah dari Rangers Public School, sebelum menyambung ke peringkat menengah di

Government Degree College dalam bidang kejuruteraan.

Walaupun permohonan beliau untuk meyambung pengajian ke universiti telah ditolak sebanyak 17 kali, beliau akhirnya berjaya mendapat biasiswa untuk belajar di Usman Institute of Technology dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik.

Shahmeer amat meminati penggunaan komputer sejak kecil. Semasa awal penglibatan dalam dunia pengkomputeran, beliau selalu menemui bugs dalam komputer Pentium 3. Hanya dengan menggunakan Google, beliau mampu untuk mencari penyelesaian untuk masalah bugs.

Mempunyai Prinsip Yang Tinggi, Beretika Ketika Hacking

Sejak dari itu, beliau tidak pernah menoleh ke belakang dalam bidang menggodam, dan terus berusaha menjadi seorang yang professional dalam bidang tersebut.

Baginya, seseorang perlulah beretika ketika menggodam.

Seorang Yang Pemurah, Rezeki Tidak Pernah Putus

Selain menjadi seorang penggodam yang beretika, beliau merupakan seorang yang sangat dermawan, menderma hampir setengah dari hasil insentifnya kepada mereka yang memerlukan.

Buat masa ini, Shahmeer berada di Lahore menguruskan syarikat cyber security miliknya iaitu Veiliux, dengan 6 orang ahli di bawah pengawasan Punjab IT Board (PITB). Beliau merupakan seorang yang sangat berpandangan jauh, selalu berbincang idea-idea baru bagi menguatkan pertahanan ruangan siber di Pakistan dan syarikat-syarikat IT.

Menuntut Ilmu Dengan Ikhlas, Kesenangan Akan Hadir

Antara nasihat Shahmeer untuk mereka di luar sana yang ingin menceburi bidang aplikasi sesawang, perlulah belajar asas-asas bidang tersebut dahulu, daripada hanya ingin sekadar mengejar komisyen wang semata-mata. Jangan buat kesilapan itu kata beliau.

Nasihatnya lagi, untuk berjaya dan dihormati, perlulah bekerja keras dan belajar dengan ikhlas, duit akan datang kemudian, dan jangan lupa untuk menderma dengan murah hati kerana Insyallah akan mendapat keberkatan hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi