Wednesday, May 02, 2018

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Harapkan hubungan kekal sehingga ke jinjang pelamin, rupanya cinta terputus di tengah jalan apabila ditinggalkan kekasih hati dan inilah yang berlaku kepada seorang gadis di Selangor apabila dia ditinggalkan kekasih hatinya gara-gara fizikalnya yang dikatakan ‘gemuk’.

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Namun, perubahan positif pada fizikal yang ditonjolkannya setelah ditinggalkan kekasih telah menarik perhatian ramai netizen di laman sosial.

Raden Zaharatul telah berkongsi kisah pahitnya itu di akaun twitternya, @RadenZaharatul.

Berat badan Raden ketika itu ialah 63 kilogram serta mukanya dipenuhi jerawat sehingga digelar ‘gajah’ dan ‘jalan tar’ oleh teman lelakinya sebelum memutuskan untuk meninggalkannya.

Raden lantas berazam untuk melakukan perubahan pada dirinya.

Dia berkongsi tip dengan melakukan senaman sit up sebanyak 30 kali pada setiap hari serta
perbanyakkan minum air masak.

Raden juga mengaku tidak memakai produk atau melakukan rawatan apa pun pada wajahnya.

Usaha kerasnya ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya menurunkan berat sehingga mencapai 58 kilogram.

Tubuhnya kini kelihatan langsing serta kulit wajahnya menjadi semakin licin.

Di laman twitternya, Raden turut memberi nasihat buat wanita di luar sana, “If bf korang tinggalkan korang, improve diri korang jadi lebih baik. Jangan sedih2 okay”.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, May 01, 2018

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Presiden Israel yang pertama dari tahun 1949 hingga 1952, Chaim Weizmann berkata bahawa Albert Einstein adalah "orang Yahudi paling hebat" yang hidup pada ketika itu dan apabila Chaim menghembuskan nafas terakhir pada 9 November 1952, hanya satu pengganti sahaja yang dilihat sebagai orang yang paling sesuai.

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Sebagai ahli fizik yang memenangi Hadiah Nobel dan pencipta formula yang paling terkenal di dunia, Albert Einstein mempunyai resume yang sangat mengagumkan.

Oleh itu, pada 17 November 1952, kedutaan Israel telah menghantar surat kepada Albert Einstein, secara rasminya menawarkan jawatan presiden Israel kepada beliau.

Dalam surat tersebut memberitahu bahawa jika jawatan itu diterima dan Albert Einstein berpindah ke Israel, beliau tidak perlu risau jawatan tersebut akan mengganggu kerja-kerja sains yang dilakukannya, kerana ia hanyalah jawatan presiden.

"Perdana Menteri memberi jaminan kepada saya bahawa dalam keadaan sedemikian kemudahan dan kebebasan untuk meneruskan kerja saintifik anda akan diberikan oleh kerajaan dan orang-orang yang sedar kepentingan yang besar dari hasil usahamu," tulis Abba Ebban, seorang diplomat Israel.

Dan walaupun Albert Einstein agak berusia pada ketika itu, iaitu 73 tahun, namun beliau masih menjadi pilihan popular.

Salah satu sebabnya adalah, sebagai seorang profesor kelahiran Jerman yang mendapat tempat perlindungan di Amerika ketika Hitler bangkit untuk berkuasa, Albert Einstein telah lama menjadi penasihat untuk penubuhan tempat perlindungan tanpa penganiayaan bagi orang-orang Yahudi.

Selain itu, sifat kepimpinan Einstein dalam menubuhkan Universiti Ibrani Jerusalem menunjukkan bahawa beliau mungkin menjadi calon yang layak dan penyokongnya menganggap kepakaran matematiknya sangat berguna dalam mengembangkan Israel.

"Albert Einstein mungkin mampu menggunakan ilmu matematiknya membantu ekonomi Israel dan memperbaiki segalanya," jelas seorang ahli statistik kepada majalah TIME.

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Walau bagaimanapun, Albert Einstein telah menolak tawaran ini yang mendesak bahawa lelaki yang namanya sinonim dengan perkataan "genius" adalah tidak layak.

Beliau juga menyebut bahawa usianya yang tua dan kurang berpengalaman sebagai sebab mengapa beliau bukanlah pilihan yang tepat.

"Sepanjang hidup, saya menangani dan menyelesaikan hal-hal yang objektif, oleh itu saya tidak mempunyai kebolehan semulajadi dan pengalaman untuk berurusan dengan orang dengan baik dan melaksanakan fungsi rasmi," tulis Albert Einstein.

Walaupun Albert Einstein sangat tegas dengan keputusannya, beliau berharap ia tidak menjejaskan hubungannya dengan masyarakat Yahudi, hubungan yang mana beliau katakan adalah "ikatan manusia paling kuat" bagi dirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

6 Jenis Facebook Ads Pengiklan Wajib Tahu

6 Jenis Facebook Ads Pengiklan Wajib Tahu

Jika anda sudah biasa dengan facebook ads anda akan perasan terdapat pelbagai objektif yang facebook sediakan sebelum mulakan iklan. Persoalannya mana satu objektif yang perlu digunakan? Yang mana lagi sesuai untuk anda?

6 Jenis Facebook Ads Pengiklan Wajib Tahu

Di dalam artikel ini kami akan kongsikan 6 jenis Objektif yang sering digunakan dan kesesuaiannya dalam membuat iklan.

1. Brand Awareness

Untuk objektif ini Facebook akan cuba optimizekan untuk mencari orang yang akan meluangkan masa untuk melihat dan membaca sesuatu iklan.

End goal untuk objektif ini adalah supaya orang ingat kepada brand kita.

Facebook akan kenakan charge per impression untuk objektif ini.

Objektif jenis ini sesuai untuk target Cold traffic disebabkan cost per impression adalah lebih rendah berbanding menggunakan objective jenis Post page Engagement (PPE)

2. Engagement

Untuk objektif ini Facebook akan cuba untuk optimize kepada mereka yang suka engage (LIKE, COMMENT & SHARE) di dalam facebook.

Facebook akan kenakan charge per impressions.

Objektif ini sesuai digunakan untuk iklan jenis Hard Sell.

Tidak digalakkan digunakan untuk mempekenalkan jenama anda.

3. Reach

Facebook akan cuba optimize kepada seberapa ramai orang yang akan nampak iklan kita.

Kelebihan lain objektif ini ialah anda boleh adjust berapa ramai orang yang anda hendak nampak iklan anda.

Anda akan dikenakan charge per impression.

Boleh adjust frequency (Frequency Capping).

Biasanya digunakan untuk audience yang dah kenal kita (Warm atau Hot Traffic).

Sesuai digunakan juga untuk localize marketing (contohnya seperti kedai makan di Bangi, anda boleh target mereka yang ada di kawasan Bangi).

4. Traffic

Untuk objektif ini Facebook akan fokus kepada orang yang biasa klik LINK di dalam Facebook.

Contoh link adalah seperti Link ke Instant Article, Link ke website, Link ke Messenger dan link ke Canvas.

Tujuan objektif ini adalah untuk target prospek untuk masuk ke website, messenger atau canvas.

Anda akan dikenakan Charge per impression (default) atau boleh pilih klik pada link yang dipaparkan.

Sesuai digunakan untuk iklan jenis Retargeting.

5. Video

Facebook akan optimize kepada mereka yang suka melihat video di dalam facebook.

Anda akan dikenakan charge per impression (default) atau boleh pilih kepada charge 10 saat video yang dilihat.

Jika video adalah kurang dari 10 saat, maka facebook akan charge 97% masa video dilihat.

6. Conversion

Objektif ini khas untuk mereka yang mempunyai website.

Penggunaan pixel adalah penting kerana anda perlu pasang Pixel tersebut di dalam website.

Yang menariknya objektif ini anda boleh minta facebook untuk optimize kepada mereka yang sudah pernah beli, opt-in di dalam website anda.

Charge yang dikenakan adalah per impression.

Sesuai digunakan untuk iklan jenis retargeting.

Kesimpulan

Diharap dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan berkaitan dengan Objektif yang ada di dalam Facebook Ads.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: firdausazizi

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Untuk mengurangkan sisa buangan gula-gula getah dan sampah, sebuah organisasi NGO I amsterdam, pereka jenama Explicit Wear dan syarikat Gumdrop bekerjasama menghasilkan kasut kitar semula daripada gula-gula getah yang dibuang oleh orang ramai.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Mereka menamakan model ini sebagai Gumshoe yang dihasilkan daripada teknologi sebatian kitar semula yang dikenali sebagai Gumtec melalui syarikat Gumdrop.

Sebatian ini terdiri daripada dua puluh peratus gula-gula getah.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

GumTec berkata, ini merupakan projek pertama di dunia dimana model kasut dihasilkan melalui bahan buangan gula-gula getah.

Dengan penghasilan kasut 'Gumshoe', syarikat ini berharap untuk menjadi pioneer serta alternatif dalam menghasilkan sesebuah kasut.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Selain itu, pencipta ini juga ingin meluaskan projek ini ke bandar utama di negara lain.

Untuk percubaan pertama, mereka telah menghasilkan kasut gula-gula getah ini dengan tiga warna pilihan iaitu merah jambu, hitam dan merah.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Kasut ini akan mula dijual pada bulan Jun 2018 ini dengan harga sekitar $232 (RM908).

Balenciaga Jenama Paling Popular Mengalahkan Gucci

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Sementara itu, selepas berjaya menggantikan jenama Gucci sebagai jenama paling popular di dunia pada tahun 2017 lalu, Balenciaga nampaknya berjaya mengekalkan kedudukannya selepas sekali lagi dinobatkan sebagai jenama paling popular buat suku pertama tahun 2018.

Kejayaan ini telah membuatkan jenama yang berasal dari Paris ini sebagai jenama paling popular selama 9 bulan.

Dari segi angka penjualan, jenama seperti Gucci, Off-White™, Stone Island dan Vetements masing-masing didapati menerima jumlah penjualan yang berkurangan.

'Gumshoe' Kasut Yang Dihasilkan Dari Gula Getah

Selain itu, jenama Prada berjaya menunjukkan peningkatan selepas berjaya disenaraikan sebagai jenama ke-11 paling popular hasil penawaran model Cloudbust.

Berdasarkan laporan daripada The Lyst, antara produk popular yang tersenarai adalah Off-White™’s diagonal hoodie, Balenciaga Speed Trainer, GG Logo Belt dan Gucci Slides.

Sekiranya anda merupakan seorang hypebeast yang sering mengikuti perkembangan fesyen, kami yakin anda cukup kenal dengan jenama dan model-model ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

9 Perkara Tentang Autisme Anda Perlu Tahu

9 Perkara Tentang Autisme Anda Perlu Tahu

Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

9 Perkara Tentang Autisme Anda Perlu Tahu

Malangnya, masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Ini 9 perkara yang perlu anda tahu tentang autisme.

1. Tidak menunjukkan respon

Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.

2. Perkembangan bahasa berbeza

Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi.

Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian

Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat

Ramai kanak-kanak yang menghidap autisme lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga.

Biasanya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.

5. Bantuan dan rundingan

Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang ini.

6. Tips untuk berkomunikasi

Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka.

Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang.

Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.

7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan.

Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

8. 15,484 penghidap autisme

Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara.

Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

Dalam pada itu, netizen seluruh dunia turut meluahkan keperhatinan mereka kepada anak-anak ini di platform media sosial sempena Hari Kesedaran Austime Sedunia 2018.

Rata-rata menyatakan hasrat untuk memakai pakaian berwarna biru simbolik kepada hari tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Monday, April 30, 2018

5 Negara Demokrasi Terbaik Di Dunia 2018

5 Negara Demokrasi Terbaik Di Dunia 2018

Demokrasi adalah sebuah sistem kerajaan oleh seluruh penduduk atau semua ahli negara yang layak yang biasanya melalui wakil yang dipilih.

5 Negara Demokrasi Terbaik Di Dunia

Sesebuah negara itu dikatakan mengamalkan demokrasi jika mempunyai 4 elemen ini:

1. Sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

2. Penyertaan aktif rakyat, sebagai warganegara, dalam politik dan kehidupan sivik.

3. Perlindungan hak asasi semua warganegara.

4. Peraturan undang-undang, di mana undang-undang dan prosedur berlaku sama rata kepada semua warganegara.

Menurut Indeks Demokrasi pada tahun 2017, Malaysia memperoleh skor 6.54 daripada 10 mata dan berada di tangga ke-59 daripada 167 negara paling demokratik di bawah negara seperti Indonesia, India dan Taiwan.

Jumlah skor yang diperoleh Malaysia merupakan purata kepada 5 elemen penting demokrasi:

1. Proses pemilihan dan pluralisme: 6.92/10

2. Kefungsian kerajaan: 7.14/10

3. Penyertaan politik: 6.11/10

4. Budaya politik: 6.25/10

5. Kebebasan awam: 7.06/10

Dan seperti yang anda jangka, negara paling tidak demokratik di dunia, adalah Korea Utara, dengan skor elemen proses pemilihan dan kebebasan awam adalah 0.

Dengan itu, kami ingin kongsikan 5 negara paling demokratik di dunia.

1. Norway

Norway adalah sebuah negara yang sangat cantik, kaya, gembira dan dipenuhi dengan penduduk yang baik dan menarik.

Komitmen Norway terhadap demokrasi datang dalam pelbagai bentuk tetapi jelas untuk dilihat dalam semua lapisan masyarakat.

Sebagai contoh, pendaftaran mengundi adalah automatik yang mana sangat berguna kerana keperluan pendaftaran yang sukar adalah faktor utama mengapa anda sentiasa mendengar orang menuduh negara-negara tertentu seperti Amerika Syarikat sebagai tidak adil dalam hak mengundi dan pilihan raya.

Juga kadar penyertaan politik oleh rakyat Norway tersangat tinggi, bermakna orang lebih suka keluar mengundi daripada menghabiskan waktu petang di rumah.

Ia juga menunjukkan rakyat yakin dengan sistem demokrasi negara kerana mereka tahu pilihan mereka mampu mengubah kerajaan Norway.

2. Iceland

Jika dilihat dari atas kertas, Iceland dikatakan tidak boleh berfungsi sebagai sebuah negara.

Ia merupakan sebuah tanah beku yang bersaiz kira-kira sebesar England, dan tempat meletusnya gunung berapi.

Namun, Iceland bukan sahaja mampu berfungsi sebagai sebuah negara, tetapi negara ke-2 terbaik dari segi demokrasi di dunia.

Seperti kebanyakan negara Nordik, Iceland mempunyai komitmen panjang terhadap kesaksamaan dalam melayan semua orang, tidak mengira parti mana yang anda undi.

Wanita diwakili dengan baik dalam politik, kebanyakan rakyatnya terlibat dalam demokrasi negara dan kebebasan dijamin oleh undang-undang.

Namun, dua skandal kes Panama Papers (kebocoran 11.5 juta fail maklumat dari pangkalan data firma undang-undang keempat terbesar di dunia) dan perjanjian rahsia mengampunkan pedofil telah menyebabkan Perdana Menteri, atau kerajaan Iceland runtuh beberapa yang lalu.

3. Sweden

Bermula dari tangga ke-1 hingga ketiga, semua adalah negara Nordik.

Negara Eropah sangat komited dalam menegakkan prinsip-prinsip demokrasi seperti yang diharapkan.

Walaupun begitu, kedudukan ini sedikit jatuh berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun 2006, Sweden berada di kedudukan pertama di dunia.

Menariknya, walaupun sangat demokratik, Sweden juga merupakan negara di mana berlakunya korupsi berkenaan penyiasatan yang dilakukan dengan cuai dalam sejarah.

Pada tahun 1986, Perdana Menteri ketika itu Olof Palme ditembak mati ketika keluar daripada sebuah teater dan pelakunya tidak diketahui sehingga hari ini.

Teori konspirasi yang berterusan mendakwa pihak polis yang lambat memberikan respon dan lambat memulakan siasatan, terlibat sama.

Jika ia terbukti benar, mungkin Sweden tak layak berada dalam senarai ini.

4. New Zealand

New Zealand sangat komited terhadap kebebasan, sehinggakan ia membuatkan Denmark kelihatan seperti penjara.

Malah, New Zealand sebenarnya menduduki kedudukan antara yang terbaik sebagai negara paling bebas di dunia.

Antaranya termasuklah toleransi terhadap golongan homoseksual, negara yang memberikan hak mengundi kepada wanita paling awal di dunia, tidak pernah menindas penduduk pribumi ketika mana negara lain memaksa kumpulan etnik untuk keluar daripada tanah mereka.

Berkenaan dengan demokrasi yang lebih praktikal, kerajaan New Zeland berfungsi dengan sangat baik, golongan minoriti diwakili dan pemimpin tertingginya adalah wanita (Jacinda Ardern), menunjukkan betapa efisyen dan telusnya kerajaan negara ini.

5. Denmark

Entah mengapa setiap kali ada senarai mengenai negara dengan perkara yang baik, Denmark pasti akan tersenarai.

Denmark merupakan antara negara paling gembira di dunia, antara negara mempunyai kebajikan terbaik, dan peneraju dari segi tenaga hijau.

Dan sudah tentunya, antara negara yang paling demokrasi di dunia.

Kebebasan individu adalah komponen teras undang-undang dan masyarakat di Denmark dan segala perkara di Denmark mencerminkan undang-undang ini.

Orang Denmark mentafsirkan perkara ini sedikit berbeza dengan negara-negara lain, iaitu kebajikan yang sangat murah hati.

Namun, di peringkat individu, konsep terasnya tetap sama.

Denmark juga mencatatkan prestasi yang tersangat baik dari segi keseimbangan jantina di tempat kerja dan kehidupan politik yang memperlihatkan ketelusan kerajaan Denmark.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kucing Stres Apabila Tetamu Bertandang Ke Rumah!

Kucing Stres Apabila Tetamu Bertandang Ke Rumah!

Seekor kucing yang berada dalam sesebuah rumah akan menjadi stres apabila ada tetamu bertandang ke rumah tuannya.

Kucing Stres Apabila Tetamu Bertandang Ke Rumah!

Begitu juga dengan kehadiran kucing lain dalam rumah berkenaan.

Perkara ini menjadi kepelikan dalam dunia haiwan namun, selepas dikaji, rupanya haiwan seperti kucing dan anjing mengenal kawasan mereka dengan bau tertentu.

Jadi, penyebaran bau yang tidak biasa melalui udara menyebabkan mereka stres!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Baka Kucing Paling Sukar Ditemui di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

5 Keburukan Tidak Bersarapan Pagi

5 Keburukan Tidak Bersarapan Pagi

Semua kita tahu bahawa pengambilan sarapan pagi itu sangat penting untuk kesihatan tubuh badan bagi melancarkan segala aktiviti seharian.

5 Keburukan Tidak Bersarapan Pagi

Namun, ianya masih diabaikan sesetengah orang yang sering bergegas setiap pagi untuk ke tempat kerja atau ke kelas.

Kami kongsikan 5 keburukan tidak mengambil sarapan pagi dan bekerja dengan perut kosong.

1. Refleks perlahan

Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif.

Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.

2. Kecekapan kerja menurun

Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada kadar minimum.

Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan untuk menambah gula dalam darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas mempengaruhi prestasi kerja.

3. Cenderung menjadi obesiti

Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan untuk mengurangkan berat badan.

Namun, mengelak sarapan pagi akan menyebabkan lebih mudah lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara berlebihan.

Akhirnya, pengambilan karbohidrat organik secara berlebihan menyebabkan cubaan kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti.

4. Sembelit

Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif.

Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekali gus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.

5. Penuaan pra-matang

Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga daripada simpanan glikogen dan protein.

Dalam jangka masa yang lama, ia bakal menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia.

Dan ini bererti anda akan lebih cepat menua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Sunday, April 29, 2018

Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Kekeliruan untuk memahami konsep poligami yang sebenar telah menimbulkan perdebatan sengit sehingga terjadi penolakan terhadap hukum poligami dan antara kenyataan yang sering dimomokkan, poligami dianggap sebagai suatu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita.

Kegagalan Memahami Kemuliaan Berpoligami

Ada pula sesetengahnya yang tanpa segan mengatakan tidak kepada poligami dan sebahagian pula menentang secara halus.

Punca salah faham terhadap hukum berpoligami itu adalah disebabkan kegagalan individu yang mengamalkan poligami tersebut.

Poligami mahupun monogami, kedua-duanya adalah syariat namun, apabila ada pihak yang mencemari kemuliaan itulah menyebabkan pelbagai tanggapan buruk berlaku.

ALLAH membolehkan seorang suami itu berkahwin lebih daripada satu, tetapi haruslah adil dan tidak berbuat aniaya terhadap isteri, terutamanya isteri yang pertama.

Poligami bukan sahaja dinilai dari segi pembahagian giliran dan nafkah sahaja, tetapi juga soal kasih sayang dan keprihatinan untuk kedua-duanya.

Meskipun suami mempunyai hak untuk beristeri lebih, namun ia diharuskan sekiranya terdapat beberapa kes-kes dengan syarat-syarat tertentu.

Misalnya, niat berkahwin itu untuk mengelakkan maksiat, menjaga balu atau janda, isteri gagal untuk hamil, berjauhan dengan isteri dan banyak lagi sebab yang membolehkan suami untuk berkahwin sekiranya mampu.

Isteri yang dikahwini tidak boleh dinilai dari rupa dan usia semata.

Sebaliknya carilah isteri yang sudah bersedia dan berilmu.

Menilai seseorang dari segi rupa itu hanya akan menyebabkan keseimbangan kasih sayang antara isteri pertama dan seterusnya akan menjadi berat sebelah.

Wajah yang cantik, dan usia yang muda bukan ukuran untuk mengekalkan kesejahteraan rumah tangga, sebaliknya kematangan serta kesediaan untuk bermadu itulah utama.

Kesilapan besar pengamal poligami

Sikap tidak peka dengan perasaan isteri pertama adalah punca berlakunya kepincangan.

Lebih-lebih lagi apabila suami meninggalkan isteri dengan kadar yang lama tanpa berita, tidak mengambil berat kebajikan keluarga, dan tidak pandai menguruskan dua isteri.

Rumah tangga yang diharapkan bahagia, akhirnya porak peranda dan sukar untuk disatukan.

Perkahwinan yang hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu dan sifat-sifat fizikal pasangan, kebiasaannya perkahwinan seperti ini tidak akan dapat kekal lama.

Sebaliknya, jika pasangannya itu dibekalkan dengan ilmu serta mampu untuk berlaku adil, rumah tangga tersebut akan kekal bahagia dan mudah untuk dikemudi.

Bagaimanapun, naluri wanita untuk tidak mahu berkongsi kasih adalah normal, begitu juga lelaki yang mempunyai naluri untuk beristeri lebih dari satu.

Namun, setiap wanita itu harus bersedia dalam apa juga kemungkinan.

Apabila ALLAH timpakan ujian poligami, seseorang itu perlu sabar dan berdoa agar ia dipermudahkan dengan baik.

Jadi bila kita faham konsep ini, kita akan lebih berlapang dada dan reda dengan ujiannya.

Poligami boleh menjadi madu dan juga racun, namun ia bergantung kepada situasi.

Untuk mengubati hati dan menerimanya dengan baik, kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Islam itu adalah agama yang penuh keadilan, Islam juga adalah agama rahmat.

Jadi, bila kita faham Islam itu dengan baik, tak mungkin ALLAH mahu menyakiti hati kita, sedangkan ALLAH tahu isi hati setiap wanita.

Seseorang itu akan mula memahami kemanisan hidup berpoligami setelah berjaya melepasi fasa kecamuk, tsunami dan sebagainya.

Pasangan akan merasai kebahagiaan itu akan bertambah di kemudiannya.

Al-Quran memberikan kita kefahaman dan kesembuhan seperti mana firman ALLAH yang bermaksud, seandainya manusia menghabiskan seluruh kekayaan bumi, untuk menyatukan hati-hati manusia, manusia tidak akan mampu menyatukannya.

Sesungguhnya ALLAHlah yang menyatukannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang berpangkalan di Malaysia dan menawarkan harga langganan yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain.

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

Terkini, selain daripada hanya bergantung kepada langganan, iFlix akan memperkenalkan iFlix versi percuma kepada umum.

iFlix versi percuma ini akan diperkenalkan dibawah iFlix 3.0 kelak, dimana ia akan turut hadir dengan sokongan pengiklanan.

Disamping akses kepada pelbagai rancangan, ia juga akan menyertakan akses kepada siaran TV percuma terus melalui iFlix.

Apakah had sepenuhnya dan perbezaan berbanding pelan berbayar masih tidak diketahui, selain daripada pengiklanan.

Selain daripada itu, iFlix juga dijangka akan menambah kandungan bersaiz kompak pada perkhidmatan mereka melalui Studio 215.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan iFlix 3.0 ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz