Monday, March 12, 2018

5 Sebab 7-Eleven Jepun Terbaik Di Dunia

5 Sebab 7-Eleven Jepun Terbaik Di Dunia

Meskipun terdapat francais di 18 buah negara di seluruh dunia, namun di Jepun kedai 7-Eleven adalah kedai serbaneka yang melengkapi gaya hidup masyarakat di sana dengan budaya kerja yang begitu sibuk dan efisien, menjadi alasan kenapa mereka menjadikan kedai serbaneka atau dipanggil konbini, begitu penting dalam kehidupan harian mereka.

5 Sebab 7-Eleven Jepun Terbaik Di Dunia

Oleh itu, francais 7-Eleven di Jepun adalah yang terbaik di dunia, semua kerana 5 sebab ini!

1. Khidmat pelanggan yang superb!

Budaya meraikan tetamu yang menjadi tradisi Jepun, oleh itu perkhidmatan pelanggan di 7-Eleven telah disesuaikan mengikut piawaian masyarakat tempatan.

Staf di 7-Eleven sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan mereka dan sedia cuba memenuhi apa sahaja permintaan mereka.

Walaupun tidak dinafikan, kekurangan masyarakat di sana bertutur dalam Bahasa Inggeris menjadi sedikit halangan untuk berkomunikasi secara efektif, namun stafnya bersungguh-sungguh membantu anda.

2. Pilihan makanan segar yang ekstensif dan berkualiti

Jika anda melancong secara bajet, maka 7-Eleven memang ‘penyelamat’!

Ini kerana, kedai serbaneka ini menawarkan pelbagai makanan Jepun yang segar, sedap dan harga berpatutan seperti onigiri, bento dan mi soba atau udon, bermula dengan harga 100¥ (RM3.70) tidak termasuk cukai GST lapan peratus.

Jika tekak anda tidak serasi dengan makanan Jepun, 7-Eleven di sana turut menyediakan makanan fusion Barat dan Asia yang enak seperti spageti telur ikan, sandwich telur dan tuna, salad bersama kepingan ikan salmon segar dan yakisoba (mi goreng Jepun) yang dihidang dengan ikan gril.

Cuma pilih, bayar dan panaskan di kedai dan hidangan anda sedia dimakan!

3. Kepelbagaian jenis air minuman

Orang Jepun memang amat berbangga dengan perisa tradisi turun-temurun mereka, jadi anda pasti teruja melihat air minuman yang berperisa ‘aneh’ seperti umeboshi (asam boi), bunga sakura, mougicha (teh barli) dan tembikai garam!

Meskipun Jepun amat sinonim dengan teh hijau atau matcha, tetapi mereka juga amat menggemari kopi.

Oleh itu, di rangkaian 7-Eleven terdapat banyak jenis dan jenama kopi yang enak dan kurang manis.

Malah, kesemua minuman ini dibru menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi seperti Jamaican Blue, Arabica dan Liberica.

4. Kemudahan mesin ATM yang mesra pengguna

Gaya hidup masyarakat Jepun yang berentak pantas dan sentiasa bergerak menjadikan mereka gemar sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan mereka.

Seiring itu, 7-Eleven menawarkan perkhidmatan mesin ATM dan mesin deposit bagi memudahkan pelanggan menguruskan kewangan mereka tanpa perlu ke bank.

Bukan setakat itu, malah ada sesetengah mesin deposit dan ATM yang boleh digunakan untuk membayar bil, memindahkan wang dan membeli tiket kapal terbang atau bas! Hebat kan?

5. Macam-macam snek dan makanan ringan yang pelik!

Kita semua sudah tahu betapa obsesnya masyaarakat Jepun dengan coklat Kit-Kat. Setiap tahun, ada sahaja perisa yang pelik dan unik dicipta dan mencetuskan ‘kegilaan’.

Inovasi makanan ini tidak tertumpu kepada Kit-Kat yang setakat ini sudah mempunyai 250 jenis perisa di Jepun, malah diaplikasikan juga kepada kerepek dan snek yang lain seperti kek dan roti.

7. Eleven di Jepun tidak pernah mengecewakan

Slogan ‘Sentiasa Bersama Anda’ yang dijamin francais ini turut memberikan pelanggan setianya satu keyakinan bahawa mereka boleh ‘bergantung harap’ kepadanya, pada bila-bila masa tanpa gagal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam

sumber: mynewshub

Baca Doa Makan Selepas Solat?

Baca Doa Makan Selepas Solat?

Masih ramai merasakan ianya lucu atau tidak sesuai membaca doa makan ketika usai solat, namun sebenarnya jika kita memahami maksud doa makan itu, ia boleh dibaca dalam apa juga situasi pun.

Adakah Baca Doa Makan Ketika Menyantap Rezeki Saja?

Di facebook, sekeping foto gadis bersama ayahnya dengan ucapan, "Selamat ulang tahun ayah, Allahumma baarik lanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar", tular di Indonesia ketika seorang anak memberikan ucapan beserta doa makan sempena ulang tahun bapanya.

Adakah Baca Doa Makan Ketika Menyantap Rezeki Saja?

Ia kemudiannya menjadi bahan ejekan netizen.

Adakah Baca Doa Makan Ketika Menyantap Rezeki Saja?

Sebenarnya maksud doa makan membawa maksud bersyukur di atas rezeki dan sangat sesuai di baca bila-bila masa.

Adakah Baca Doa Makan Ketika Menyantap Rezeki Saja?

Justeru kita juga harus memahami maksud doa itu agar khusyuk dan ikhlas sampai tidak meletakkan diri kita serendah-rendahnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Hukum Ucapan 'Salam' Atau 'As-salam' Dilaman Sosial?

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, March 11, 2018

4 Khasiat Saderi Untuk Kesihatan

4 Khasiat Saderi Untuk Kesihatan

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

4 Khasiat Saderi Untuk Kesihatan

Daun Saderi dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

1. Khasiat Daun Saderi menjadi penawar menurunkan tekanan darah tinggi

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi.

Cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula.

Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

2. Khasiat Daun Saderi mengubati keracunan

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.

Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

3. Khasiat Daun Saderi Membantu pencernaan

Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.

4. Daun Saderi Tingkatkan Keinginan Seks

Daun SADERI dikatakan boleh membantu meningkatkan keinginan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl, daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh terangsang dengan cepat.

Saderi lebih elok jika di makan mentah. Saderi dikatakan mengandungi hormon androsterone.

Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan.

Antioksidan

Saderi adalah sumber yang sangat kaya dengan antioksidan. Sayur-sayuran mengandungi fitonutrien berikut:
  • Asid fenolik
  • Flavonols
  • Dihydrostilbenoids
  • Flavones
  • Furanocoumarins
  • Phytosterols

Vitamin dan mineral

Saderi sangat kaya dengan vitamin K dan juga mengandungi folat, vitamin A, kalium dan juga vitamin C.

Serat

Walaupun kebanyakan kandungannya air, saderi juga menyediakan jumlah serat pemakanan yang ideal.

Saderi mengandungi 1.6 gram serat dalam setiap 100 gram.

Cara Tanam Daun Saderi

Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari.

Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1-2 inci.

Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut.

Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar.

Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Makanan Pembangkit Selera Seks

sumber: oldtraffords

Bom Atom Senjata Utama Perang Dunia Ke 3

Bom Atom Senjata Utama Perang Dunia Ke 3

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercakap di sana sini akhir-akhir ini bahawa ia akan menghapuskan Iran jika negara Islam itu dibiarkan terus mengembangkan tenaga atomnya.

Bom Atom Senjata Utama Perang Dunia Ke 3

Ini bererti Israel tidak mempedulikan apa yang telah dipersetujui oleh AS di bawah Presiden Obama dan beberapa buah negara besar dunia, termasuk Rusia, UK, China dan Perancis.

Walaupun tidak disebut secara tepat, maksud Benjamin Netanyahu ialah, dia hendak menggugurkan bom atom ke atas Iran sekiranya didapati peperangan biasa tidak mencukupi.

Walaupun Israel mempunyai banyak kereta kebal dan pelbagai senjata kecil besar, dengan bala tentera kononnya paling terlatih, namun dia bimbang peperangan biasa tidak menjamin kemenangan baginya.

Kemungkinan Iraq dan Turki menyertai Iran melawan Israel sentiasa wujud.

Israel berpenduduk kurang 10 juta sedangkan Iran, Iraq dan Turki mempunyai hampir 200 juta penduduk.

Jika hanya 20 juta orang merempuh masuk Israel, ia sudah cukup untuk memacetkannya. Tidak mungkin bom atom digugurkan Israel di bumi sendiri yang memungkinkan kematian sebahagian besar orangnya sendiri.

Atas dalil itulah Israel akan menggugurkan bom-bom atomnya ke atas Iran.

Sesuai diulangi, menurut Presiden Carter, presiden AS 1977-81, Israel mempunyai lebih kurang 300 buah bom atom. AS hanya buat tidak tahu bom atom Israel itu tetapi benar ada.

Hakikat ini tidak disebut oleh AS dan ia melarang sekutu-sekutu dari mengungkitnya. Tidak ada penyiasatan dilakukan terhadap Israel.

Konon sebabnya ialah Israel tidak menyertai perjanjian antarabangsa yang membataskan pemilikan bom atom. Itu pun atas anggukan AS.

Jelaslah Israel dan AS tidak mahu Iran mempunyai potensi memiliki bom atom waimma sebiji pun.

Maka dipercayai jika berlaku kemungkinan terburuk ke atasnya yang dilakukan Israel, Iran tidak ada pilihan melainkan membuat rempuhan itu.

Sekiranya Iran ada bom atom sulit yang terletak di dasar gunung, ia akan menggunakannya sebagai langkah terakhir terhadap Israel.

Ini dengan sendirinya menyeret Pakistan, jiran sempadannya yang mempunyai bom atom, demi menjaga keselamatannya.

Rusia pula yang begitu lama menjadi sahabat baik Iran tidak akan berdiam diri dari memetik suis bom atomnya, sebagai satu peluang yang ditunggu-tunggu sejak era perang dingin lagi.

Sudah tiba masanya untuk Rusia menguji lebih 1,000 bom atomnya – lebih banyak daripada pemilikan AS – yang telah mengalami kos tersangat mahal membuatnya selama berpuluh tahun.

Negara China pula pasti tidak hanya berdiam diri apabila bekas Laluan Sutera, kini dipanggil kawasan ‘Belt and Road’, yang merosakkan perdagangannya yang bernilai trilion dolar.

Ini belum dikira Korea Utara yang amat gatal tangan hendak melancarkan bom-bom atomnya ke bumi sekutu-sekutu AS di lereng lautan Pacifik, malah di kontinen AS sendiri.

Dalam buku sejarah, banyak diceritakan tentang pelbagai peperangan entah di mana di alam Melayu, apabila berlalu peperangan hebat yang melibatkan lembing, tombak, keris dan parang panjang, selalu saja kita mendengar ungkapan ‘berlaksa-laksa’ orang terbunuh sedangkan tempat peperangan menjadi ‘padang jarak padang tekukur’.

Kita kini tahu satu laksa ialah 10,000. Matematik orang zaman dulu tidak begitu baik tentang pengiraan jumlah, maka apabila tidak terkira lagi, ia hanya disebut beribu laksa.

Bumi yang berdarah, pokok-pokok kecil dan besar ranap dan patah, binatang dan burung yang bergelimpangan. Kini kiranya berlaku perang atom, satu pemerian seperti itu boleh dipakai.

Mungkin diungkap ‘bumi yang begitu terbakar kini hangus berdebu dan keracunan udaranya mencacatkan tubuh badan manusia, segala kehidupan dan tumbuhan’.

Bom atom yang digugurkan di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun, mematikan lebih kurang 300,000 orang. Sebutir bom sekarang berkekuatan 30 kali ganda.

Bayangkan jika Israel yang ada 300 biji menggugurkan semuanya ke atas jiran-jirannya.

Darabkan pula dengan ribu-ribu bom dalam tangan AS, Perancis, Rusia, China, India, Pakistan dan Korea Utara dan kita pasti tidak terbayang apa yang akan jadi kepada bumi Tuhan ini.

Jika hanya 10 peratus digugurkan, seluruh dunia akan hancur. Dalam sains, dunia sudah kiamat beratus-ratus juta tahun dulu apabila semua mergastua penting seperti dinosaur pupus.

Manusia menurut sains merupakan makhluk terakhir dan selepas tamadun demi tamadun, bumi dan manusia menjadi seperti sekarang.

Menurut agama, keadaan maha hodoh akan wujud sebelum dunia kiamat. Semoga Israel yang sudah mengancam Iran tidak mencetuskan kehodohan itu. Ya Rabbi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

sumber: sinarharian

8 Smartphone Untuk 'Kaki Game' Harga Di Bawah RM1,000

8 Smartphone Untuk 'Kaki Game' Harga Di Bawah RM1,000

Game kasual seperti Mobile Legends atau Arena of Valor sememangnya antara aplikasi perlu dalam telefon pintar untuk bermain game namun ada kekangan disebabkan bajet poket.

8 Smartphone Untuk 'Kaki Game' Harga Di Bawah RM1,000

Berikut beberapa jenama smartphone yang kami cadangkan untuk peminat game bagi tujuan game kasual berharga di bawah RM1,000.

Namun perlu diingatkan, berdasarkan pemprosesan, format skrin dan RAM yang ada, ia tidak terlalu hebat, jadi berpadalah ketika bermain.

1. Xiaomi Redmi 5 Plus
Harga: RM749

Xiaomi Redmi 5 Plus beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 625 dengan skrin 5.99 inci jenis 18:9 dan RAM 4GB.

Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh, namun teknologi bateri pada Xiaomi kali ini memungkinkan anda menggunakan fon ini seharian tanpa powerbank.

2. Honor 7X
Harga: RM900 - RM1,000

Smartphone yang hebat dan memang padan untuk dimainkan pada peranti mempunyai skrin 5.93 inci didatangkan dengan paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel namun berjaya dinipiskan sehingga 7.6 milimeter dengan berat hanya 165 gram.

Bermakna, bermain game memang tidak mendatangkan masalah apatah lagi dengan pemprosesan Kirin 659 2.36GHz yang berkuasa tinggi dengan GPU pun tidak kurang hebatnya di samping RAM 4GB ini.

3. Samsung Galaxy J7 Prime (2017)
Harga: RM759

Telefon yang mempunyai versi RAM 3GB dan storan 32GB ini cukup untuk bermain game kasual, namun jangan terlalu lama di depan skrin.

Ia mempunyai skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 HD, jadi boleh tahan untuk visual.

4. Vivo V7
Harga: RM999

Berdasarkan skrin 5.7 inci dengan RAM 4GB, ia mampu mengoperasikan permainan kasual.

Selain storan 32GB, Vivo V7 juga lengkap skrin jenis FullView 18:9 di samping pemprosesan Qualcomm 1.8GHz.

5. Moto G5s Plus
Harga: RM860 - RM999

Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.

Ia dibangunkan dengan storan 32GB dan menggunakan operasi Android 7.1.1 di samping kapasiti bateri yang besar iaitu 3000mAh, yang mampu bertahan seharian dengan penggunaan kerap selain skrin 5.2 inci IPS LCD 1920 x 1080 piksel Corning Gorilla Glass 3.

6. Xiaomi Mi A1
Harga: RM899 - RM1,000

Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia.

Memang sesuai untuk kaki game, ia dilengkapi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM sebanyak 4GB dibantu storan dalaman 64GB.

7. Neffos X1 Max
Harga: RM698

Neffos mempunyai model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas dan menjimatkan bateri.

X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus jadi kalau habis bateri, cepat sikit dicas.

8. ASUS Zenfone 4 Max Pro
Harga: RM999

ASUS Zenfone 4 Max Pro nyata berbaloi sekarang apabila datang dengan harga lebih murah iaitu RM999 saja, namun anda boleh memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh

Ia juga berfungsi sebagai powerbank manakala skrin 5.5 inci HD penuh memang sesuai untuk game dengan RAM 3GB.

Berminat? Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

sumber: hmetro

Fakta Apa itu Vaksin Dan Hukumnya Dalam Islam

Fakta Apa itu Vaksin Dan Hukumnya Dalam Islam

Vaksin adalah bahan mengandungi antigen yang diperolehi daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimati atau dilemahkan, berfungsi untuk meransang sistem daya tahan melawan jangkitan tubuh membentuk sistem imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Fakta Apa itu Vaksin Dan Hukumnya Dalam Islam

Kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi beberapa jenis vaksin yang digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

JENIS-JENIS VAKSIN

Antara jenis-jenis vaksin adalah:

Live attenuated vaccine

Vaksin hidup yang dibuat dari bakteri atau virus yang sudah dilemahkan daya virulensinya dengan cara kultur dan perlakuan yang berulang-ulang, namun masih boleh meningkatkan reaksi imunologi yang seripa dengan infeksi alamiah.

Inactivated vaccine(Killed vaccine)

Vaksin dibuat dari bakteria atau virus yang dimatikan dengan zat kimia (formaldehid) atau dengan pemanasan, dapat berupa seluruh bahagian dari bakteri atau virus, atau bahagian dari bakteria atau virus atau toksoidnya sahaja.

Vaksin Toksoid

Vaksin yang dibuat dari beberapa jenis bakteria yang menimbulkan penyakit dengan memasukkan racun dilemahkan ke dalam aliran darah.

Vaksin Acellular dan Subunit

Vaksin yang dibuat dari bahagian tertentu dalam virus atau bakteria dengan melakukan kloning dari gen virus atau bakteria melalui kombinasi DNA, vaksin vektor virus dan vaksin antiidiotipe.

BAHAN-BAHAN PEMBUATAN VAKSIN

Vaksin mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria.

Vaksin juga mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain.

Setiap bahan yang terkandung di dalam vaksin mempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin. Vaksin tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh badan.

1. Thiomersal atau thimerosal

Pengawet di dalam sesetengah vaksin berfungsi untuk menstabilkan vaksin serta mencegah pembiakan bakteria dan kulat dalam vaksin.

Pengawet yang selalu digunakan ialah thiomersal atau thimerosal yang mengandungi sejenis raksa yang dinamakan ethyl merkuri.

Ia tiada kaitan dengan sebarang kesan toksik methyl merkuri. Methyl merkuri adalah toksik kepada sistem saraf.

Thiomersal yang telah digunakan dalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam kuantiti yang amat sedikit dan sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan ia berbahaya.

Setelah mengkaji bukti epidemiologi terkini berkaitan thiomersal dan profil farmakokinetiknya, Jawatankuasa Penasihat Sedunia bagi Keselamatan Vaksin di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah membuat kesimpulan bahawa tiada bukti kesan toksik merkuri ke atas bayi, kanak-kanak atau orang dewasa yang terdedah kepada thiomersal dalam vaksin.

Tambahan pula, banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan kecacatan sistem saraf atau perkembangan seperti autisme disebabkan oleh penggunaan vaksin yang mengandungi thiomersal.

2. Garam aluminium

Bahan penstabil berfungsi mencegah komponen vaksin dari melekat di dinding botol vaksin. Ia mengekalkan keselamatan dan keberkesanan vaksin di dalam keadaan dan suhu yang pelbagai. Gelatin dan lactose-sorbitol adalah contoh bahan penstabil.

Adjuvan ditambah ke dalam vaksin untuk meningkatkan tindakbalas system ketahanan tubuh terhadap vaksin.

Adjuvan yang sering digunakan adalah garam aluminium (dikenali sebagai alum).

Pengambilan aluminium dari vaksin adalah lebih rendah berbanding dengan pengambilan harian dari makanan atau ubat-ubatan seperti antasid.

Penelitian semua kajian yang ada berkaitan vaksin difteria, tetanus dan pertussis yang mengandungi aluminium (sama ada secara berasingan atau kombinasi) menunjukkan bahawa tiada bukti garam aluminium di dalam vaksin menyebabkan sebarang kesan sampingan serius atau kesan sampingan jangkamasa panjang.

Kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan selalunya berkait dengan vaksin yang mengandungi aluminum berbanding vaksin yang tiada kandungan aluminium, namun kesan ini selalunya ringan.

BENARKAH SESETENGAH VAKSIN DIBUAT MENGGUNAKAN SEL JANIN?

Sel janin digunakan untuk membuat lima jenis vaksin iaitu rubella, cacar air, hepatitis A, kayap dan penyakit anjing gila (rabies).

Ia digunakan untuk membiakkan virus-virus tersebut bagi penghasilan vaksin. Sel janin yang digunakan diperolehi dari dua pengguguran elektif yang dijalankan di Sweden dan England pada awal tahun 1960an.

Pengguguran janin baru tidak perlu dijalankan lagi kerana sel janin yang diperoleh dalam tahun 1960an tersebut masih dikekalkan dalam kultur makmal.

Ahli saintis memilih untuk menggunakan sel janin atas beberapa sebab, iaitu:
  • Virus berbeza dari bakteria kerana ia memerlukan sel untuk membiak. Sel manusia adalah media yang lebih baik bagi menggalakkan pembiakan virus manusia, berbanding dengan sel haiwan.
  • Sel janin kebal dan boleh membiak banyak kali sebelum mati, berbeza dari sel lain yang hanya membiak secara terhad sebelum mati.

MENGAPA FORMALDEHID TERKANDUNG DI DALAM VAKSIN?

Formaldehid adalah bahan sampingan yang terhasil dari proses pembuatan vaksin.

Formaldehid digunakan dalam proses penghasilan sesetengah vaksin untuk melemahkan virus (seperti virus polio dan hepatitis A) atau toksin bakteria (seperti toksin difteria dan tetanus).

Hampir semua formaldehid dinyahkan semasa proses penghasilan vaksin dan yang tinggal hanya dalam kuantiti yang amat sedikit.

Formaldehid juga boleh ditemui dalam saluran darah manusia kerana ia merupakan bahan sampingan sintesis protein dan DNA.

Kuantiti formaldehid dalam darah adalah sepuluh kali lebih tinggi berbanding kandungannya dalam vaksin.

MENGAPA ANTIBIOTIK TERKANDUNG DI DALAM VAKSIN?

Antibiotik digunakan semasa proses penghasilan beberapa jenis vaksin untuk mencegah pencemaran bakteria.

Terdapat kebimbangan sekiranya antibiotik ini boleh mendatangkan bahaya seperti tindakbalas allergik apabila mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan.

Walau bagaimanapun, jenis antibiotik yang digunakan dalam vaksin seperti neomycin, streptomycin, polymixin B, chlortetracycline dan amphothericin B bukanlah antibiotik yang lazimnya menyebabkan kesan allergik.

PROSES PEMBUATAN VAKSIN

Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah penyebab penyakit berbahaya.

Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawalselia dengan rapi.

Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Perkara asas yang perlu dipatuhi termasuk:
  • Memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat.
  • Memastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Penghasilan vaksin dijalankan di dalam persekitaran bebas kuman (aseptik) dan dipantau secara rapi melalui langkah-langkah kawalan kualiti.

Proses penghasilan boleh berbeza mengikut jenis vaksin kerana beberapa komponen yang digunakan dalam proses penghasilan adalah khusus kepada jenis vaksin sama ada berunsurkan virus atau bakteria.

Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:

Pembiakan
  • Pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam vaksin.

Pengasingan
  • Pengasingan organisma hidup daripada sel atau media pertumbuhan yang digunakan semasa langkah pembiakan.

Penulenan
  • Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada organisma yang dikultur, atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk digunakan dalam vaksin.

Formulasi
  • Melibatkan pencampuran bahan yang telah ditulenkan ke dalam larutan sehingga ia mencapai kepekatan yang sesuai. Proses ini juga merangkumi penambahan komponen seperti pengawet, pelarut, adjuvant dan agen penstabil. Di peringkat akhir proses penghasilan, vaksin diisi ke dalam botol atau picagari dan dibungkus untuk dihantar ke fasiliti kesihatan.

Contoh: Penghasilan vaksin berunsurkan virus

Oleh kerana virus hanya membiak di dalam sel hidup, virus yang digunakan dalam vaksin dibiakkan di dalam sel (seperti telur ayam) atau sel Vero (seperti sel Vero).

Setelah virus membiak, ia diasingkan daripada sel dan medium kultur sel.

Beberapa teknik digunakan untuk proses pengasingan ini, seperti pemecahan sel menggunakan bahan kimia, sentrifugasi dan penapisan atau proses penyeragaman.

Proses seterusnya adalah penulenan virus, yang juga melibatkan beberapa teknik sentrifugasi, penapisan ultra, kromatografi atau penulenan menggunakan bahan kimia.

Pada peringkat ini, virus juga dilemahkan secara kimia untuk penghasilan vaksin menggunakan virus yang dilemahkan.

Persediaan virus tadi kemudiannya dicampurkan dengan bahan lain untuk memastikan setiap dos vaksin mencapai kepekatan yang sesuai agar boleh diberikan secara selamat.

Pada peringkat ini, vaksin boleh digabungkan dengan antigen lain (seperti vaksin measles-mumps-rubella).

Produk yang telah dicampurkan diisi ke dalam botol atau picagari.

Sesetengah vaksin dikering-bekukan pada peringkat ini bagi memanjangkan tempoh simpanan vaksin.

Contoh: Proses penghasilan vaksin berunsurkan bakteria

Bakteria tidak memerlukan sel hidup untuk membiak, maka ia dibiakkan dalam bioreaktor yang mengandungi media kultur khusus.

Setelah dibiakkan, pengasingkan dilakukan secara sentrifugasi atau menggunakan teknik khusus bagi mengekstrak polisakarida.

Proses penulenan adalah khusus kepada antigen yang digunakan, seperti pemendakan kimia atau pemeringkatan, penapisan ultra and langkah kromatografi.

Pada peringkat ini, protein pembawa boleh digabungkan dengan vaksin polisakarida dan vaksin yang telah digabungkan kemudiannya ditulenkan melalui pelbagai teknik penapisan atau kromatografi.

Produk yang telah ditulenkan kemudiannya digunakan sebagai vaksin. Pada peringkat ini juga produk boleh digabungkan dengan beberapa antigen lain.

Sesetengah vaksin polisakarida mengandungi beberapa jenis polisakarida (seperti vaksin polisakarida pneumococcal mengandungi 23 polisakarida berbeza) manakala sesetengah vaksin berunsurkan bakteria digabungkan dengan bakteria lain dan/atau antigen virus (seperti vaksin difteria-tetanus-pertussis–Hepatitis B atau juga dikenali sebagai DTP-Hep B).

BAGAIMANA VAKSIN BERFUNGSI?

Tubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindunginya daripada jangkitan virus dan bakteria.

Walau bagaimanapun, mekanisma pertahanan ini boleh dirangsang dengan suntikan vaksin.

Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap penyakit tertentu.

Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan.

Kesan maksimum sesuatu vaksin lazimnya akan bermula selepas dos terakhir vaksin tersebut diambil mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

MENGAPA KANAK-KANAK DIBERI IMUNISASI SEMASA BAYI?

Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa.

Pemberian vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsangan sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa.

Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.

ADALAH VAKSIN BENAR-BENAR MENCEGAH PENYAKIT?

Melalui imunisasi, Smallpox (cacar air) telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia pada tahun 1980.

Smallpox (cacar air) adalah penyakit yang tiada rawatan dengan kadar kematian yang tinggi. Ia menyebabkan parut atau buta kepada mangsa-mangsa yang dijangkiti.

Poliomyelitis telah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000.

Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara.

Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini.

Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.

Kita dilindungi dari barah (kanser) tertentu seperti vaksin Human papilloma virus (HPV) memberi perlindungan terhadap kanser pangkal rahim manakala vaksin hepatitis B memberi perlindungan terhadap kanser hati.

ANAK SAYA SIHAT DAN KUAT, MENGAPA PERLU IMUNISASI?

Tidak dapat dipastikan anak yang sihat akan sentiasa bebas dari dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana penyakit boleh menjangkiti seseorang tanpa disangka.

Sekiranya kanak-kanak telah diberi imunisasi, mereka akan terlindung dari penyakit cegahan vaksin dan sekiranya dijangkiti, kesan dan komplikasi akibat jangkitan tersebut tidak membahayakan.

ADAKAH VAKSIN MEMBERI PERLINDUNGAN 100% TERHADAP PENYAKIT CEGAHAN VAKSIN?

Keberkesanan vaksin tidaklah 100%. Tindakbalas tubuh seseorang terhadap vaksin adalah berbeza-beza, dan terdapat kemungkinan sesetengah orang tidak menghasilkan tindakbalas imun yang mencukupi terhadap vaksin yang diambil.

Hasilnya, individu seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk membantu menguatkan imuniti terhadap penyakit tertentu.

Perlindungan yang diperolehi dari vaksin adalah lebih baik dari tiada perlindungan langsung.

BUKANKAH DAYA LAWAN JANGKITAN YANG DIPEROLEH SECARA SEMULAJADI LEBIH BAIK DARI IMUNISASI?

Bagi menghasilkan perlindungan (imuniti) secara semulajadi terhadap penyakit tertentu, seorang kanak-kanak perlu dijangkiti oleh bakteria atau virus tersebut, dan sembuh sepenuhnya dari jangkitan itu.

Dalam proses tersebut, kanak-kanak berisiko untuk mengalami komplikasi jangkitan yang boleh mengancam nyawa.

Vaksin, sama ada yang berunsurkan bakteria atau virus yang telah dimatikan atau dilemahkan memberi perlindungan setaraf dengan perlindungan (imuniti) semulajadi hasil dari jangkitan, tanpa perlu melalui risiko komplikasi jangkitan.

Vaksin menggunakan tindakbalas semulajadi tubuh terhadap jangkitan untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun).

Maka sekiranya seseorang terdedah kepada patogen tertentu pada masa hadapan, sistem imun individu tersebut akan ‘mengenali’ patogen tersebut dan menghasilkan tindakbalas yang berkesan bagi menyekat jangkitan tersebut atau mengurangkan keterukan gejalanya.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PERLINDUNGAN YANG DIPEROLEH DARI IMUNISASI?

Tempoh perlindungan sesuatu vaksin berbeza-beza bergantung kepada jenis vaksin dan cara penghasilannya.

Sesetengah vaksin memberi perlindungan sepanjang hayat, manakala terdapat vaksin yang boleh memberi perlindungan sehingga 30 tahun.

Terdapat juga vaksin yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk memastikan perlindungan berterusan.

MENGAPA SESETENGAH VAKSIN DIBERI BEBERAPA KALI?

Sesetengah vaksin memberi perlindungan untuk tempoh terhad maka, dos tambahan (booster) diperlukan untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) dan memastikan antibodi pada paras yang tinggi.

Sekiranya anak anda tidak mengambil dos tambahan mengikut jadual yang ditetapkan, mereka tidak akan dilindungi dengan berkesan.

VAKSIN PERLU DIBERI MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN

Vaksin diberi mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan. Ia bagi memberi peringatan dan ransangan kepada tubuh untuk menghasilkan perlindungan yang berkesan.

Jangkamasa di antara dos vaksin bergantung kepada jenis vaksin tertentu.

Pastikan anak anda menerima kesemua dos lengkap pelalian dan patuhilah jadual imunisasi yang telah ditetapkan. Ia bagi memastikan anak anda mendapat perlindungan yang optimum.

Sekiranya anak anda tertinggal satu dos vaksin, sila maklumkan doktor atau jururawat secepat mungkin. Tarikh baru untuk suntikan dos seterusnya akan diberikan.

VAKSIN MELINDUNGI KITA SERTA ORANG LAIN DALAM MASYARAKAT (IMUNITI KUMPULAN)

Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria dan virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti.

Oleh itu, seluruh masyarakat akan terlindung dari jangkitan penyakit tersebut, ini dinamakan ‘imuniti kelompok’.

Imuniti kelompok hanya dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi. Ia berupaya melindungi mereka yang tiada perlindungan imunisasi dan berisiko daripada dijangkiti bakteria/virus tersebut.

Maka, imunisasi bukan sahaja melindungi individu, tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai ahli masyarakat, kita bertanggungjawab untuk melindungi mereka yang tidak sesuai menerima imunisasi seperti kanak-kanak yang menghidap barah (kanser) dan perlu menjalani rawatan kemoterapi; lantas mereka berisiko untuk mendapat jangkitan.

Tanggungjawab kita untuk melindungi mereka.

BAGAIMANA VAKSIN DIKATAKAN SELAMAT SEKIRANYA IA MENGANDUNGI KUMAN?

Vaksin dihasilkan dari keseluruhan atau sebahagian virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.

Virus dan bakteria tersebut tidak berupaya untuk menyebabkan penyakit kepada kanak-kanak yang sihat.

Terdapat terlalu banyak vaksin untuk kanak-kanak, tidakkah sistem daya lawan jangkitan anak saya terlalu terbeban?

Vaksin tidak akan membebankan sistem daya lawan jangkitan (imun) kanak-kanak kerana sistem imun mereka boleh bertindakbalas terhadap pelbagai keadaan.

Vaksin mengandungi antigen yang amat sedikit berbanding dengan pendedahan tubuh terhadap antigen asing melalui makanan, minuman dan aktiviti lain.

Maka, lebih dari satu vaksin boleh diberi pada satu masa atau selepas tempoh tertentu, dan tidak akan membahayakan sistem imun kanak-kanak.

ADAKAH VAKSIN SELAMAT TERUTAMA BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK YANG MASIH TERLALU MUDA?

Sebelum vaksin dipasarkan secara komersial untuk digunakan, ia diuji dengan rapi pada ribuan orang menerusi kajian klinikal berskala besar.

Ia dipantau dengan ketat bagi menjaminkeselamatan penerimanya.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mendaftar dan meluluskan sesuatu vaksin sebelum ia boleh digunakan di Malaysia dan dimasukkan ke dalam program imunisasi.

ADAKAH VAKSIN MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN?

Vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan atau demam, namun kebanyakan kesan sampingan ini adalah ringan dan sembuh dengan segera.

Adalah sukar untuk menjangka siapa yang akan mengalami kesan sampingan ringan dan yang berkemungkinan mengalami kesan sampingan yang lebih serius kesan dari pengambilan vaksin.

Lazimnya kesan sampingan serius amat jarang berlaku dan anda boleh melaporkan kepada pihak Kementerian sebarang kesan sampingan yang dialami selepas penerimaan vaksin.

ADAKAH SEBAB MENGAPA SESEORANG TIDAK BOLEH DIBERI IMUNISASI?

Sentiasa berbincang dengan doktor / jururawat sebelum anak anda menerima sebarang vaksin. Sila maklumkan kepada doktor dan jururawat sebarang sejarah perubatan keluarga dan sejarah penyakit atau alahan yang anak anda pernah alami. Ini akan membantu memastikan sama ada anak anda boleh menerima vaksin tertentu.

Individu berikut adalah dinasihatkan agar berbincang dengan doktor atau jururawat sebelum menerima sebarang vaksin:
  • Pernah mengalami tindakbalas atau kesan sampingan serius setelah menerima suntikan vaksin tertentu.
  • Menghidap penyakit seperti barah (kanser), HIV/AIDS, kencing manis (diabetes), penyakit jantung atau paru-paru, serta lain-lain penyakit.
  • Sedang menerima rawatan untuk barah (kanser), rawatan steroid atau immunosuppressant; kerana rawatan-rawatan tersebut melemahkan sistem daya lawan jangkitan tubuh (imun).
  • Sedang mengandung kerana sesetengan vaksin tidak disyorkan diambil semasa mengandung.
  • Sekiranya kurang sihat pada hari vaksin sepatutnya diberi, terutama sekiranya sedang mengalami gejala yang sederhana atau teruk.

MENGAPA ORANG DEWASA PERLU DIBERI IMUNISASI?

Ibu mengandung

Banyak penyakit boleh menjangkiti ibu mengandung dan kandungannya. Contohnya jangkitan hepatitis B, rubella dan tetanus (kancing gigi).

Terdapat vaksin yang diambil diambil sebelum mengandung (seperti vaksin Hepatitis B dan vaksin rubella) atau semasa mengandung (seperti vaksin tetanus) yang akan mencegah pelbagai komplikasi kepada ibu mengandung dan kandungannya.

Perjalanan ke luar negara

Sesetengah penyakit adalah endemik (biasa berlaku) di beberapa negara di dunia oleh kerana itu, terdapat vaksin khusus yang disyorkan sebelum melawat ke negara yang berisiko berlaku jangkitan ini.

Sebagai contoh, keperluan mendapatkan demam kuning (Yellow Fever) sebelum melawat ke negara-negara di benua Afrika; pelalian polio sebelum melawat negara Nigeria, Afghanistan atau Pakistan memandangkan negara-negara ini masih mempunyai kes poliomyelitis.

Jemaah Haji pula perlu mendapat pelalian vaksin meningococcal ACW135Y kerana ia telah ditetapkan, diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Walaupun tiada peraturan yang ditetapkan untuk mengambil vaksin tertentu sebelum pergi ke luar negara, adalah satu langkah yang bijak untuk mendapatkannya.

Ia bertujuan mencegah dari mendapat jangkitan penyakit semasa di luar Negara dan juga bagi menghalang dari menyebarkan jangkitan tersebut kepada orang yang disayangi setelah pulang ke tanahair.

Penyakit Bermusim

Vaksin memberi perlindungan terhadap penyakit bermusim seperti influenza yang berlaku setiap tahun.

Vaksin tersebut boleh mencegah ketidakhadiran ke tempat kerja atau sekolah, kemasukan ke hospital atau kematian terutama apabila wabak berlaku.

Warga emas dan individu dengan sistem imuniti yang lemah atau penghidap penyakit kronik adalah berisiko untuk mendapat komplikasi sekiranya dijangkiti penyakit bermusim, dan perlu mempertimbangkan pengambilan vaksin bermusim ini.

Warga Emas

Warga emas (berumur lebih 65 tahun) secara umumnya mempunyai sistem imuniti yang lemah. Mereka mudah terdedah kepada jangkitan penyakit cegahan vaksin.

Oleh itu, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin tertentu seperti vaksin pneumococcal dan influenza.

ISU KERAGUAN DAN PENOLAKAN VAKSIN DAN IMUNISASI OLEH GOLONGAN YANG MENGAMALKAN PERUBATAN HOMEOPATI

Terlalu sedikit kajian saintifik yang telah dijalankan ke atas persediaan homeopati, dan tiada kajian saintifik yang telah dijalankan ke atas persediaan homeopati yang digunakan untuk mencegah penyakit cegahan vaksin yang tersenarai dalam jadual imunisasi kebangsaan.

Manakala keberkesanan vaksin konvensional telah terbukti melalui kajian berskala besar yang telah dijalankan untuk mengkaji keselamatan dan keberkesanan vaksin sebelum ia digunakan dengan meluas.

Oleh itu, keberkesanan persediaan homeopati dalam mencegah penyakit cegahan vaksin masih belum dibuktikan.

Terdapat beberapa produk homeopati yang dijual sebagai ‘vaksin’. Kebanyakan produk tersebut dihasilkan daripada proses pencairan pati (ekstrak) tisu berpenyakit atau pati tumbuhan kepada tahap di mana tiada bahan asal masih berbaki dalam hasil akhir produk sebelum ia dijual.

Proses ‘succussion’ tersebut dikatakan boleh memindahkan kesan perlindungan dari bahan asal ke dalam air yang digunakan untuk proses pencairan tersebut.

Namun, dari sudut biologi tiada penjelasan munasabah bagaimana pengambilan persediaan homeopati tersebut boleh mencegah jangkitan dan atau penyakit.

Ramai pengamal homeopati yang menyokong pemberian vaksin konvensional untuk perlindungan terhadap penyakit cegahan vaksin.

Di antaranya, Persatuan Homeopati Australia dan Persatuan Perubatan Homeopati United Kingdom mengesyorkan imunisasi melalui pemberian vaksin konvensional.

Persatuan Pengamal Homeopati United Kingdom juga tidak menggalakkan ahlinya menasihati pesakit supaya menolak vaksin.

Presiden Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM), Encik Zainul Azmi b. Ahmad juga sependapat dengan badan-badan homeopati antarabangsa seperti Persatuan Homeopati British, Fakulti Homeopati London, Jawatankuasa Homeopati Eropah, Jawatankuasa Induk Homeopati Eropah, Majlis Homeopati Antarabangsa dan Daftar Pengamal Homeopati Australia mengenai imunisasi.

Imunisasi perlu diberi menggunakan vaksin konvensional.

PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN

Di Malaysia, Program Imunisasi Kebangsaan diperkenalkan pada awal tahun 1950an.

Perkhidmatan tersebut diberikan percuma untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan tuberculosis (batuk kering), hepatitis B, difteria, pertussis (batuk kokol), poliomyelitis, Haemophilus influenza type b, measles (campak), mumps (beguk), rubella, human papillomavirus (HPV) dan Japanese encephalitis (JE).

TUGAS-TUGAS KAKITANGAN KESIHATAN
  • Sentiasa beri penerangan kepada pesakit atau ibubapa mengenai faedah imunisasi dan kepentingan mematuhi jadual imunisasi, sebelum vaksin diberikan.
  • Maklumkan kepada pesakit atau ibubapa jenis vaksin yang akan diberikan.
  • Terangkan dengan ringkas dan jelas kesan sampingan yang boleh dialami selepas suntikan vaksin.
  • Berikan suntikan vaksin mengikut prosedur yang betul.
  • Catatkan nama vaksin, nombor kelompok dan tarikh luput vaksin dalam buku atau kad kesihatan kanak-kanak.

KEROSAKAN TUBUH AKIBAT VAKSIN

Kerosakan tubuh akibat vaksin ada dinyatakan di sini oleh beberapa pandangan tokoh, antaranya ialah:

Menurut analisa bebas dari data yang dikeluarkan Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS) di US, pada tahun 1996 terdapat 872 tragedi yang dilaporkan kepada VAERS, melibatkan kanak-kanak dibawah 14 tahun yang disuntik vaksin Hepatitis B. Kanak-kanak tersebut dibawa ke wad ICU hospital kerana mengalami masalah kesihatan yang mengancam nyawa. Sebanyak 48 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia setelah mendapat suntikan vaksin tersebut.

Informasi kesihatan juga dipenuhi contoh yang mengaitkan vaksin dengan timbulnya penyakit. Vaksin telah dikaitkan dengan kerosakan otak, IQ rendah, gangguan penumpuan, kemampuan kurang belajar, autism dan neurologi.

Vaksin beguk dan campak yang diberikan kepada kanak-kanak misalnya telah menyebabkan kerosakan otak, kanser, diabetes, leukimia, hingga kematian (sindrom kematian bayi mendadak).

Kajian tahun 1992 yang diterbitkan dalam The American Journal of Epidemiology menunjukkan peningkatan kematian kanak-kanak meningkat hingga 8 kali ganda pada jangka waktu 3 hari setelah mendapat suntikan vaksin DPT.

Pada tahun 1977, Dr Jonas Salk (Penemu vaksin Polio salk) mengeluarkan kenyataan bersama ilmuan lain bahwa 87% dari kes Polio yang terjadi sejak tahun 1970 adalah akibat dari vaksin Polio.

Setiap tahun, 25, 000 bayi Amerika mengalami kematian mendadak. Vaksinasi adalah penyebab terbesar kematian mendadak. Jepun telah meningkatkan usia penerima vaksin sehingga 2 tahun kemudian angka kematian mendadak turun drastik di negara itu.

Sweden menghentikan vaksinasi batuk pada tahun 1979 karena ternyata wabak penyakit ini terjadi pada kanak-kanak yang telah mendapatkan vaksin. Setelah itu penyakit ini menjadi penyakit ringan tanpa kes kematian. Hal ini secara jelasnya menunjukkan bahawa vaksin sebenarnya menyebarkan penyakit.

PARA DOKTOR DAN ILMUWAN YANG MEMBANTAH VAKSIN

Antaranya:

“Terdapat banyak bukti yang menunjukkan imunisasi terhadap anak lebih banyak merugikan daripada manfaatnya.” (dr. J Anthony Morris, Pakar Vaksin.

“Ancaman terbesar serangan penyakit kanak-kanak datang pada usia pencegahan yang tidak efektif dan berbahaya melalui imunisasi besar-besaran.” (dr. R. Mendelsohn, Penulis How to Raise A Healthy Child In Spite Of Your Doctor dan Profesor Pediatrik).

“Semua vaksin berfungsi mengubah tiga situasi darah kepada ciri-ciri kanser dan leukemia…Vaksin DO dapat menyebabkan kanser dan leukemia.” (Profesor L.C. Vincent, penggagas Bioelektronika).

“Data rasmi menunjukkan vaksinasi berskala besar di US gagal memberikan kemajuan yang signifikan dalam pencegahan penyakit yang seharusnya dapat ia lindungi.” (dr. A. Sabin, pengembang vaksin Polio Oral, dalam ceramahnya di hadapan doktor-doktor Itali di Piacenza, Itali, 7 Disember 1985).

“Selain jelas banyak kes kematian akibat program ini, terdapat juga bahaya jangka panjang yang hampir mustahil diukur dengan pasti. Terdapat sejumlah bahaya dalam seluruh prosedur vaksin yang seharusnya mencegah penggunaan yang terlalu banyak atau tidak wajar.” (Sir Graham Wilson dalam The Hazards of Immunization).

HUKUM IMUNISASI MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Menactra®.

Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik (toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.

Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra® ini, tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Menactra® adalah diharuskan.

nota: Menactra adalah sejenis vaksin bagi melindungi bayi berusia sembilan bulan daripada penyakit Meningococcal invasif (IMD), jangkitan bakteria serius membawa kepada menningistis yang boleh membawa maut.

Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan; Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya.

Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana situasi kini dianggap tidak dharurat;
  • Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
  • Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

Keterangan dan Hujah

Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka.

Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax).

Vaksin BioThrax™ digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak.

Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah Taala:

Maksudnya, "Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya." (Surah al-An’am : 119)

Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus.

Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

Bertuahnya Brunei Tidak Sertai Kemerdekaan Bersama Malaysia

Bertuahnya Brunei Tidak Sertai Kemerdekaan Bersama Malaysia

Mungkin ramai pembaca sudah tahu mengapa negara Brunei tidak mahu bersatu dan merdeka bersama Malaysia seperti yang telah tercatat dalam sejarah namun, apakah anda tahu faktor-faktor yang mendorong Brunei menolak untuk bernaung dibawah satu bumbung bersama Malaysia?

Bertuahnya Brunei Tidak Sertai Kemerdekaan Bersama Malaysia

Mari kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei ini.

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut.

Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Selain itu, tuntutan Sultan Brunei tidak dipenuhi dan antara tuntutan tersebut:
  • Sekurang-kurangnya Brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen.
  • Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.
  • Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan.
  • Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan.
  • Kadar cukai yang rendah dikekalkan.
  • Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
  • Jaminan keselamatan ke atas Brunei terjamin.
  • Sultan Brunei mahukan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi Yang Dipertua Agung.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dengan syarat-syarat di atas.

Hari ini, Brunei adalah sebuah negara berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN.

Ini bermakna Brunei adalah sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dengannya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan perkapita antara yang tertinggi di dunia, harga petrol terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.

Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya juga pernah melahirkan rasa kecewa secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak.

Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei. Amaran keras dan terbuka.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata padanya, “Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu.”

Sejarah adalah perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku seandainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai untuk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan perkapita rakyat Brunei setahun tidak mungkin akan setinggi USD76,740 berbanding Malaysia, USD11,028 bagi tahun 2017.

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal berbanding sekarang B$0.36. (Rujuk perkapita)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dengan gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import sangat mahal dan ramai rakyat Brunei terpaksa membeli kereta Proton dan Perodua sahaja.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong sehala yang berombak-ombak dan banyak lubang. Dan di kebanyakan lokasi, akan di tampal berulang-ulang kali macam kek lapis Sarawak.

Kesimpulan

HARI INI, lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga tersenarai dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian.

Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja.

Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini memiliki paras hutang negara pada kadar KOSONG peratus daripada KDNK negaranya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rasuah Malaysia Jadi Bahan Lawak Pemimpin Afrika

sumber: infokini

Saturday, March 10, 2018

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia

Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri di ruang rumah dan dianggap sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan juga adalah industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan untuk menjana pendapatan lumayan.

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan kerana mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar yang mana 1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.

Spesies paling popular sudah tentulah spesies eksotik, antaranya ikan Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai.

Namun begitu, spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiak walaupun sangat berpotensi dimajukan.

Jom kita kenali 7 spesis ikan hiasan paling popular di Malaysia.

1. Spesis Cyprinidae

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Tiger Bard.

Antaranya Barb, Seluang (Rasbora) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.

Ikan Barb, antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, dengan warnanya yang berbelang seperti harimau.

Ikan Kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap, sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran.

Sekarang menjadi ikan hiasan popular dan mempunyai 19 spesis diseluruh dunia dan hanya 3 spesis di Malaysia.

2. Spesis Anabantidae

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Ikan Kaloi.

Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan, termasuklah ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.

Pearl Gourami, ikan sepat yang memerlukan air yang masam, elakkan menukar air selalu, namun pastikan tangki atau akuarium sentiasa bersih.

3. Spesis Poecilliidae

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Ikan Guppy.

Antara ikan hiasan paling popular dari spesies ini termasuklah ikan Guppy, Platy Molly dan SwordTail.

Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor kembang dengan pelbagai warna dan corak.

4. Spesis Cyprinidae

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Ikan Koi.

Ikan Emas dan ikan Koi, antara spesies yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia.

Ikan Emas, masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam.

Ikan Koi, merupakan ikan hiasan yang berasal dari Asia Timur dan sangat popular sebagai pelengkap seni Taman Jepun.

5. Spesis Characidae (Tetra)

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Black Widow fish.

Antaranya ialah ikan Black Widow, Black Neon, Serpae yang kebanyakan ikan dari keluarga ini berasal dari Amerika, namun dengan pantas membiak di Malaysia.

Black Widow, ikan Tetra yang mampu membiak di dalam akuarium dengan mudah.

6. Spesis Cichlidae

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Ikan Angel.

Antara ikan popular ialah Ikan Angel, Discus dan Oscar.

Ikan Angel antara ikan cantik yang dibela di akuarium dan antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'.

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Ikan Discus.

Discus adalah ikan hiasan yang paling rumit jagaannya, namun jika anda ingin membuka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada dalam senarai, kerana harganya mahal tetapi tinggi permintaannya.

Ikan Discus berasal dari Eropah, namun sudah banyak dibiakkan di Asia, memerlukan kualiti air serta makanan yang baik jika anda ingin membelanya.

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia
Ikan Oscar.

Ikan Oscar juga sangat laris dipasaran.

7. Spesis Osteoglossidae

7 Spesis Ikan Hiasan Paling Popular Di Malaysia

Antara spesis paling popular dan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa malangnya, spesis ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia.

Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau, memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya, kerana harga yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.

Walaupun berwajah ganas, ikan Arowana semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

sumber: lovehijau

UFO Terakam Di Ruang Udara Norway

UFO Terakam Di Ruang Udara Norway

Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang bersinar terang dikesan melintasi ruang udara di Bardufoss, Norway, Februari 2018 lalu.

UFO Terakam Di Ruang Udara Norway

Kehadiran UFO itu telah mengejutkan sekumpulan individu di Bardufoss sebelum dilihat semula sejauh kira-kira 128 kilometer di Tromso.

Menurut saksi, objek UFO itu dapat dilihat sehingga selepas matahari terbenam dan kemudian seperti meletup dan pecah kepada dua bahagian sebelum hilang.

“Pada mulanya, kami ingat itu sebuah helikopter yang menuju ke arah kami.

"Objek tersebut sangat terang dan datang dari sebalik pergunungan sebelum berpusing dan melewati kami,” kata Tarquin Millington-Drake daripada majalah Frontier Travels kepada Mail Online.

Millington-Drake menyaksikan fenomena UFO menakjubkan itu dari Wolf Lodge, sebuah resort yang menawarkan pengalaman mendekati serigala.

Setakat ini, penjelasan bagi perkara itu mungkin Paz, sebuah satelit imej radar yang dilancarkan beberapa hari sebelumnya di California dari roket Falcon 9 milik Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

5 Sebab Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik

5 Sebab Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik

Kebanyakan lelaki inginkan wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, sopan santun dan paling penting mendengar kata apabila menyentuh bab memilih pasangan.

5 Sebab Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik

Tetapi, bagaimana pula apabila dijodohkan dengan wanita yang degil dan keras kepala? Adakah mana-mana lelaki yang sukakan wanita jenis ini?

Ramai lelaki tidak tahu, sebenarnya wanita jenis keras kepala adalah calon isteri paling terbaik. Nak tahu sebab apa?

1. Dia tahu apa yang diinginkan

Wanita jenis keras kepala selalunya tahu apa yang dia inginkan dan tidak pernah risau dengan segala apa yang dihadapinya.

Jadi, jika sudah mencintai seseorang, apa pun terjadi, dia tetap setia mempertahankan cintanya.

2. Bijak menguasai emosi

Wanita keras kepala ini tahu bila masa yang sesuai untuk marah dan akan memperjuangkan sesuatu hingga semuanya selesai. Tidak seperti wanita lemah-lembut yang tidak menentu emosinya.

3. Wanita keras kepala sangat prihatin

Mesti ramai yang terkejut. Wanita keras kepala dia tidak mempedulikan tentang dirinya. Apa yang penting adalah orang di sekelilignya.

4. Mereka lain dari yang lain

Selalunya wanita jenis lemah-lembut inginkan sesuatu yang romantik. Berbeza dengan wanita keras kepala, mereka sukakan sesuatu lain dari yang lain. Barulah hubungan cinta lebih menarik.

5. Mereka percayakan diri

Wanita jenis ini sentiasa percaya dan yaking dengan diri sendiri. Bagi mereka, tiada siapa yang dapat mengubah apa yang dia inginkan.

Apa yang bagusnya, wanita jenis keras kepala tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hanasuva