Monday, March 12, 2018

5 Sebab 7-Eleven Jepun Terbaik Di Dunia


Meskipun terdapat francais di 18 buah negara di seluruh dunia, namun di Jepun kedai 7-Eleven adalah kedai serbaneka yang melengkapi gaya hidup masyarakat di sana dengan budaya kerja yang begitu sibuk dan efisien, menjadi alasan kenapa mereka menjadikan kedai serbaneka atau dipanggil konbini, begitu penting dalam kehidupan harian mereka.

5 Sebab 7-Eleven Jepun Terbaik Di Dunia

Oleh itu, francais 7-Eleven di Jepun adalah yang terbaik di dunia, semua kerana 5 sebab ini!

1. Khidmat pelanggan yang superb!

Budaya meraikan tetamu yang menjadi tradisi Jepun, oleh itu perkhidmatan pelanggan di 7-Eleven telah disesuaikan mengikut piawaian masyarakat tempatan.

Staf di 7-Eleven sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan mereka dan sedia cuba memenuhi apa sahaja permintaan mereka.

Walaupun tidak dinafikan, kekurangan masyarakat di sana bertutur dalam Bahasa Inggeris menjadi sedikit halangan untuk berkomunikasi secara efektif, namun stafnya bersungguh-sungguh membantu anda.

2. Pilihan makanan segar yang ekstensif dan berkualiti

Jika anda melancong secara bajet, maka 7-Eleven memang ‘penyelamat’!

Ini kerana, kedai serbaneka ini menawarkan pelbagai makanan Jepun yang segar, sedap dan harga berpatutan seperti onigiri, bento dan mi soba atau udon, bermula dengan harga 100¥ (RM3.70) tidak termasuk cukai GST lapan peratus.

Jika tekak anda tidak serasi dengan makanan Jepun, 7-Eleven di sana turut menyediakan makanan fusion Barat dan Asia yang enak seperti spageti telur ikan, sandwich telur dan tuna, salad bersama kepingan ikan salmon segar dan yakisoba (mi goreng Jepun) yang dihidang dengan ikan gril.

Cuma pilih, bayar dan panaskan di kedai dan hidangan anda sedia dimakan!

3. Kepelbagaian jenis air minuman

Orang Jepun memang amat berbangga dengan perisa tradisi turun-temurun mereka, jadi anda pasti teruja melihat air minuman yang berperisa ‘aneh’ seperti umeboshi (asam boi), bunga sakura, mougicha (teh barli) dan tembikai garam!

Meskipun Jepun amat sinonim dengan teh hijau atau matcha, tetapi mereka juga amat menggemari kopi.

Oleh itu, di rangkaian 7-Eleven terdapat banyak jenis dan jenama kopi yang enak dan kurang manis.

Malah, kesemua minuman ini dibru menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi seperti Jamaican Blue, Arabica dan Liberica.

4. Kemudahan mesin ATM yang mesra pengguna

Gaya hidup masyarakat Jepun yang berentak pantas dan sentiasa bergerak menjadikan mereka gemar sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan mereka.

Seiring itu, 7-Eleven menawarkan perkhidmatan mesin ATM dan mesin deposit bagi memudahkan pelanggan menguruskan kewangan mereka tanpa perlu ke bank.

Bukan setakat itu, malah ada sesetengah mesin deposit dan ATM yang boleh digunakan untuk membayar bil, memindahkan wang dan membeli tiket kapal terbang atau bas! Hebat kan?

5. Macam-macam snek dan makanan ringan yang pelik!

Kita semua sudah tahu betapa obsesnya masyaarakat Jepun dengan coklat Kit-Kat. Setiap tahun, ada sahaja perisa yang pelik dan unik dicipta dan mencetuskan ‘kegilaan’.

Inovasi makanan ini tidak tertumpu kepada Kit-Kat yang setakat ini sudah mempunyai 250 jenis perisa di Jepun, malah diaplikasikan juga kepada kerepek dan snek yang lain seperti kek dan roti.

7. Eleven di Jepun tidak pernah mengecewakan

Slogan ‘Sentiasa Bersama Anda’ yang dijamin francais ini turut memberikan pelanggan setianya satu keyakinan bahawa mereka boleh ‘bergantung harap’ kepadanya, pada bila-bila masa tanpa gagal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon