Sunday, March 04, 2018

Maksud Istilah AP Set, My Set, Refurbished Set Dan Klon Set Telefon Bimbit

Maksud Istilah AP Set, My Set, Refurbished Set Dan Klon Set Telefon Bimbit

Bagi anda yang sangat meminati smartphone dan merancang untuk membeli gadjet terbaharu, ini adalah tips khusus untuk anda yang hendak tahu dari mana asal telefon bimbit atau smartphone yang di beli, sama ada ianya AP set, My set, refurbished set atau klon set.

Maksud Istilah AP Set, My Set, Refurbished Set Dan Klon Set Telefon Bimbit

Jangan kerana terlihat harga murah yang ditawarkan, sampai anda tertipu dan melayang wang ringgit.

Telefon AP Set

AP (Approval Permit) Set merupakan telefon yang diimport sepenuhnya dari negara luar, dengan mendapat kebenaran kastam, bukannya direct dari pengeluar telefon sendiri.

Maksudnya, telefon AP Set diimport oleh syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor).

Ada di antara syarikat-syarikat yang mengimport ini adalah syarikat besar, jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak selamat juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada pengeluar, dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Dari segi kualiti, AP Set juga berkualiti, sama seperti telefon biasa, malah syarikat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan AP Set merupakan syarikat besar yang bertaraf ISO.

Dari segi warranty (jaminan), paling baru AP Set menawarkan warranty selama 24 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 3 BULAN untuk LCD. 3 BULAN warranty diberikan untuk battery dan charger.

Warranty dari syarikat tersebut dan bukan direct dari syarikat telefon dan terpulang kepada syarikat yang bertanggungjawab membawa telefon tersebut masuk ke Malaysia untuk meletakkan tempoh jaminan bagi bahagian tertentu telefon.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat bertanggungjawab membawa telefon masuk ke Malaysia.

Kebiasaannya, syarikat baik pulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau kalau beli AP Set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke tempat lain misalnya.

Dari segi harga, AP Set menarik untuk dibincangkan kerana harga AP Set biasanya 10% - 30% lebih murah.

Contohnya, harga Sony Experia Z1 berharga lebih kurang RM1559, original set ialah RM1839. Perbezaan sebanyak RM280.

Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli AP Set disebabkan harganya namun begitu, oleh kerana mungkin melibatkan kos pengurusan, harganya mungkin lebih tinggi sedikit dari biasa, namun masih rendah berbanding dengan My Set.

Telefon My Set

Telefon My Set biasanya telefon yang dibuat di Malaysia, namun standard dan kualiti yang digunakan sama dengan kualiti yang dihasilkan di luar negara.

Contohnya iPhone, walaupun ia adalah My Set, kualitinya tetap sama seperti iphone yang dihasilkan di luar negara.

Cuma untuk My Set, pembeli boleh mendapatkan alat ganti atau perkhidmatan terus melalui center di Malaysia dan tidak perlu lagi di hantar ke luar negara jika mengalami masalah.

Harga My Set sudah tentu lebih mahal sedikit dari AP Set, namun kualiti dan originalnya sama seperti iPhone dari agen sah.

Biasanya telefon My Set mudah didapati di mana-mana centre telco atau syarikat menjual telefon.

Telefon Refurbished Set

Refurbished Set pula sebenarnya adalah telefon original, namun oleh kerana terdapat sedikit kerosakan yang sangat minor, maka ianya direject dari pasaran oleh syarikat telefon.

Kerosakkan ini dibaiki oleh syarikat lain atau syarikat yang bertindak sebagai penjual telefon tersebut sesudah kerosakan dibaiki.

Namun, Refurbished Set masih menjadi pilihan ramai pengguna kerana kualitinya yang masih tinggi.

Kerosakan tersebut boleh jadi kerosakan fizikal yang sangat minor bukan melibatkan sistem operasi seperti androids.

Cuma pembeli perlu berhati-hati sebab warranty untuk telefon jenis ini biasanya tidak panjang.

Telefon Klon Set

Sementara Klon Set merupakan set yang dihasilkan terus oleh bukan syarikat telefon dan mungkin dihasilkan dari China, boleh jadi juga dari Malaysia.

Yang ini terpulang kepada pembeli, kalau nasib baik boleh guna sampai puas hati, tetapi kalau rosak atau tak boleh digunakan, anda patut tahu risikonya, betul tak?

Senang cakap, kalau telefon klon memang berisiko rosak, tidak berfungsi atau macam-macam masalah lain.

Jadi, fikir habis-habis sebelum beli telefon klon.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Jelly' Smartphone Android Paling Kecil Di Dunia

sumber: lovehijau

10 Jenis Kacamata Paling Popular

10 Jenis Kacamata Paling Popular

Ramai menyangka semua kaca mata hitam adalah sama namun hakikatnya, bagi mereka yang mementingkan gaya dan penampilan, kaca mata hitam banyak jenisnya.

Ada yang berbeza bingkai, berbeza warna kaca, berbeza juga bentuk dan saiz dan dari perbezaan inilah yang akan menghasilkan variasi untuk pemakai yang akan disesuaikan dengan citarasa, bentuk wajah dan bajet.

Mari kita kenali beberapa jenis 'shades' atau kaca mata hitam yang terdapat di pasaran.

1. Kacamata The Wayfarer

10 Jenis Kacamata Paling Popular
The Wayfarer Shades.

Jenis ini cukup popular masa kini. Mula diperkenalkan oleh Ray Ban sekitar 1956 dan jika berkunjung ke kedai kacamata tidak kira butik atau uptown sekalipun anda akan menemui kacamata jenis wayfarer ini.

Cukup popular dengan bingkai sederhana tebal dan menutupi mata sehingga kening, datang dalam pelbagai jenis warna kaca yang sesuai untuk dipadankan.

Kacamata jenis ini membuatkan kita rasa terjamin (secure), bingkai yang agak 'bold' bentuknya cukup sesuai dengan mana-mana golongan dan target fesyen.

Popularitinya mungkin disebabkan versatilitinya untuk pemakai, unisex, lelaki dan wanita sesuai.

Kadang-kadang ia tidak begitu melihat pada bentuk muka pemakai dan bagi mereka yang inginkan 'biasa-biasa' dan tidak begitu 'funky' ini pilihan terbaik.

2. Kacamata The Aviator
10 Jenis Kacamata Paling Popular
The Aviator Shades.

Dengan batang halus membentuk bingkai kacamata, tidak setebal bingkai wayfarer yang lebih menampakkan pemakainya kelihatan 'macho' dan matang.

Jika lelaki memakainya kelihatan maskulin dan jika wanita ia lebih kepada keseriusan karakter pemakainya.

Cukup dikenali dengan nama 'aviator' memandangkan jenis ini memang menjadi pilihan Tom Cruise dalam filem 'Top Gun'.

Kacamata keluaran Ray Ban ini sekitar 1936 adalah pilihan juruterbang ketika Perang Dunia Kedua, sebagai penahan sinaran matahari ketika penerbangan.

Nak nampak macho dan matang? Ini pilihan anda.

3. Kacamata Teashades (Round Vintage frame)

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Round Shades.

Jenis ini juga dikenali sebagai "teashades" dan "Lennon specs", jenis membulat yang banyak digunakan oleh kumpulan The Beattles.

Cermin mata round ini banyak ke arah mencari kelaianan selain dari tema komedi.

Kacamata jenis round ini boleh dianggap 'adik' kepada aviator kerana dari satu sudut kita dapat melihat kematangan dalam diri pemakainya.

Jadi, dari komedi sehingga ke kematangan, kacamata ini boleh dianggap 'rare'.

Seni kreatif kepada pemakai. Dari segi nilai dan ingin kelihatan vintaj. Round frame untuk anda.

4. Kacamata Clear Frame

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Clear Frame Shades.

Citarasa dan variasi karakter manusia berbeza-beza. Ada yang sukakan bingkai yang bewarna-warni, ada yang sukakan warna 'plain' dan ada juga yang tidak menyukai warna, ada sekadar bingkai dan lutsinar (transparent).

Terang lagi bersuluh, clear frame adalah kacamata jenis lutsinar bingkainya.

Bentuknya seakan wayfarer yang bentuk bingkainya agak tebal, untuk bingkai jenis ini memang tidak akan sesuai untuk jenis bingkai halus seperti aviator.

Bingkai lutsinar ini lebih menjurus kepada fesyen klasik dan pemakai yang tidak begitu inginkan perhatian yang serius namun ada nilai klasik, ini pilihan sesuai.

5. Kacamata Rimless

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Rimless Shades.

Rimless adalah semata-mata kaca dan pemegang ke telinga. Sesuai bagi mereka yang jenis simple, minimalist.

Tidak begitu menyerlah namun menggambarkan pemakainya benar-benar inginkan kacamata untuk faktor tertentu dan tidak begitu mementingkan gaya.

Akan tetapi ia tetap menampakkan gaya matang dan simple.

Anda simple orangnya, kaca mata rimless paling sesuai.

6. Kacamata Brownline (Semi-Rimless)

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Brownline Shades.

Jika rimles tanpa bingkai kaca, kali ini dengan bingkai kaca namun separuh sahaja. Macam nak tak nak. Kaca mata jenis ini juga dikenali sebagai 'brownline'.

Mungkin jenis ini ada bingkai pada bahagian separuh lagi namun agak nipis berbanding separuh atasnya.

Dari simple kepada ada gaya sedikit untuk jenis 'brownline' ini. Simple dalam gaya. Itu frasa yang agak sesuai mungkin.

Jenis ini juga dikenali sebagai clubmaster.

7. Kacamata Oversized

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Oversized Shades.

Ini adalah 'king' dan 'queen' dalam kacamata. Seseorang yang inginkan nampak diva dan 'vogue', inilah pilihan anda.

Kacamata jenis ini sebagai kaca mata mata lalat. Besar gedabak, mungkin sesekali boleh tertutup lubang hidung.

Bergaya, diva dan level konfiden yang tinggi adalah pemakai jenis ini.

Bagi yang bukan diva ia sesuai untuk berada di pantai atau kawasan cahaya yang silau dimana akan menghadirkan karakter misteri si pemakai.

8. Kacamata Shield

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Shield Shades.

Kacamata jenis ini adalah lebih kepada unsur futuristik. Pernah layan filem terminator? Pasti anda kenali bentuk kacamata ini. Mungkin sesuai untuk mereka yang gemarkan trend dan muzik tekno.

Bentuk bingkai yang 'smooth' dan membentuk lengkok tanpa penghujung adalah ciri pada cermin mata ini. Untuk mereka yang gemarkan filem 'back to the future'.

Sesuai untuk pemakai yang futuristik dan inginkan gaya masa depan.

9. Kacamata Shutter Shades

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Purple Shutter Shades.

Agak 'rare' sebenarnya. Sukar ditemui pemakainya di mana-mana. Bagi muzik video atau ke majlis 'funcky' mungkin mudah ditemui.

Dengan jalur-jalur pada cermin memberikan karakter meronta-meronta dalam jiwa si pemakai.

Jika anda sesuai menjadi lady gaga, bolehlah mencari kaca mata ini. Peminat tarian 'shuffles' banyak mengenakan pemakaian shades ini.

Gaya ? Ia agak lebih kepada personaliti untuk mencari kelainan dan peringkat keyakinan yang tinggi.

10. Kacamata Sukan (Sport)

10 Jenis Kacamata Paling Popular
Sport Shades.

Begitu jelas namanya, untuk aktiviti sukan. Sukar tertanggal dan tahan silau. Dua sifat yang diperlukan untuk atlit perlukan dalam memilih kaca mata. Sekali pandang seumpama melekat pada muka. Longgar-longgar tak sesuai untuk aktiviti lasak.

Dalam lasaknya ada juga gaya, apalagi bila memilih cermin yang memiliki tona warna dari terang ke pudar.

Bagi yang inginkan bergaya saja-saja dengan kaca mata ini, tidak salah kerana ia masih dalam skop untuk bergaya selain dari menu utamanya iaitu untuk aktiviti sukan.

Sejarah Trend Pemakaian Kaca Mata

Awalnya trend kacamata (untuk bergaya) bermula sekitar 1920-an. Zaman ini sudah begitu maju dari industri perfileman dan hiburan untuk negara yang menjadi penjajah dan yang bukan dijajah.

Bagi mengelakkan dikenali oleh peminat atau paparazi yang 'hardcore', pemakaian kaca mata hitam bermula dengan pelakon filem atau personaliti terkenal dalam bidangnya, satu alat penyamaran selain dari menghalang pandangan silau cahaya terang.

Dari masa ke masa, ia mula tular dan menjadi 'trend' masyarakat sehingga ke hari ini.

Maka wujudnya syarikat jualan kaca mata seperti Ray Ban, Oakley, Prada Eyewear, Persol, Gucci, Emporio Amani dan pelbagai lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata

sumber: belangtarung

Punca Sakit Tengkuk Leher Dan Cara Merawatnya

Punca Sakit Tengkuk Leher Dan Cara Merawatnya

Sakit tengkuk leher adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan juga muka.

Punca Sakit Tengkuk Leher Dan Cara Merawatnya

Sakit tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura.

Faktor penyebab sakit tengkuk berasaskan:
  • Postur yang tidak baik.
  • Ketidakseimbangan otot.
  • Kekurangan stabiliti otot tengkuk.
  • Kecederaan whiplash.

Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja.

Objektif Rawatan Fisioterapi
  • Untuk mengurangkan sakit dan inflamasi.
  • Untuk menguatkan otot leher.
  • Untuk mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala.
  • Untuk meningkatkan julat pergerakan leher dan kepala.
  • Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit.
  • Untuk meningkatkan kesedaran pesakit tentang kondisi dan cara pengendaliannya.

Gejala-gejala Sakit Tengkuk
  • Ketegangan/ kekerasan otot leher.
  • Kekurangan julat pergerakan sendi leher.
  • Kesakitan sendi leher.
  • Sakit di bahgian belakang kepala/leher.
  • Sakit di bahagian torasik, bahu, dan/atau rahang.

Pencegahan

Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.

Semasa baring:
  • Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher.
  • Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada. dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama.
  • Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk. mencapai perkembangan yang optima.
  • Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
  • Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.

Rehabilitasi

1. Pengurusan sakit leher

Ice pack untuk sakit leher yang akut.
  • Cara melakukan: Balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.

Hot pack untuk sakit leher yang kronik dan berulang
  • Cara melakukan: Balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.

2. Program senaman sakit leher

Punca Sakit Tengkuk Leher Dan Cara Merawatnya

Senaman regangan bahagian leher.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Punca Sakit Tulang Belakang Ketika Bangun Tidur

sumber: myhealth

Saturday, March 03, 2018

Tasik Plitvice Lokasi Pelancongan Paling Cantik Di Dunia Sejak Abad Ke 19

Tasik Plitvice Lokasi Pelancongan Paling Cantik Di Dunia Sejak Abad Ke 19

Plitvice National Park yang terletak di sempadan Bosnia Herzergovina tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang wajib dilawati penduduk dunia sebagai model destinasi pelancongan terindah dan tercantik di muka bumi sejak abad ke-19 lagi.

Tasik Plitvice Paling Cantik Di Dunia

Lonely Planet, sebuah portal pelancongan terkemuka dunia telah menyenaraikan Tasik Plitvice antara 10 landskap paling mengagumkan di dunia selain Angkor Wat (Siem Reap, Kemboja), Great Barrier Reef (Australia), Great Wall (China), Machu Picchu (Peru), Taj Mahal (Agra India), Grand Canyon National Park (Arizona Amerika Syarikat), Alhambra (Granada, Sepanyol) dan Hagia Sophia (Istanbul Turki).

Keseluruhan Tasik Plitvice mencapai keluasan 300 kilometer persegi dan dikelilingi tiga gunung utama, Mala Kapela, Dinaric Alps dan Medvedak.

Gunung-ganang ini secara tidak langsung mempengaruhi iklim serta kepelbagaian flora dan fauna di taman negara ini. Pada musim sejuk, sebahagian besar Tasik Plitvice membeku dan pepohon dilitupi salji.

Kira-kira 90 peratus keluasan tasik ini terletak di negeri Lika-Senj, manakala bakinya terletak di dalam negeri Karlovac di Croatia.

Hampir tiga perempat daripada kawasan taman negara ini merupakan hutan hijau yang diwartakan sebagai kawasan larangan menebang dan membalak selain kaya dengan pokok beech, cemara, willow, hornbeam, pain Scotland dan pokok-pokok spruce.

Setakat ini, sebanyak 114 buah gua serta 1,300 spesies tumbuhan telah didaftarkan di dalam kawasan taman negara itu.

Maskot rasmi taman ini merupakan seekor beruang, biar pun taman ini mempunyai pelbagai jenis haiwan lain seperti serigala, rusa, rusa roe, kucing hutan, lynx, memerang, marten, babi hutan, ketam sungai, rama-rama serta pelbagai spesies burung.

Air terjun

Tasik Plitvice Paling Cantik Di Dunia

Dipercayai taman negara ini telah dinamakan sempena sebatang sungai kecil bernama Plitvice yang mengalir ke dalam tasik ini sehingga membentuk 16 buah tasik berbeza, selain airnya jernih hijau kebiru-biruan (turquoise) dan ada air terjun menghiasinya.

Namun begitu, warna air tasik ini akan berubah tertakluk kepada musim dan sumber mineral yang terdapat di dalam kandungannya.

Pada musim tertentu air tasik dilihat berwarna hijau kebiru-biruan tetapi pada musim yang lain pula ia akan bertukar warna menjadi kelabu.

Salah satu air terjun tercantik di Plitvice dinamakan sebagai Air Terjun Milka Trina sempena nama primadona opera Croatia.

Namun begitu, nama Plitvice pertama kali muncul dalam dokumen bertulis pada tahun 1777 oleh seorang mubaligh Kristian bernama Dominik Vukasovic.

Keunikan dan kecantikan tasik ini mendorong para pengarah filem melakukan penggambaran berlatarbelakangkan tasik tersebut antaranya filem Karl May yang diterbitkan pada tahun 1970-an.

Terdapat 12 buah tasik di bahagian atas manakala empat lagi dikategorikan sebagai tasik bahagian bawah.

Air dari bahagian tasik atas akan mengalir ke bawah tasik lalu membentuk air terjun yang memukau pandangan.

Namun begitu, rupa bentuk air terjun ini tidak tetap dan laluannya boleh berubah-ubah mengikut kapasiti air di bahagian atas tasik. Air terjun paling tinggi, Velia Slap mencapai ketinggian 70 meter.

Punca utama air tasik ini ialah dari sungai yang mengalir melalui gunung dan sungai bawah tanah. Tasik paling tinggi berada pada aras ketinggian 636 meter.

Air tasik ini kemudian mengalir ke tasik kedua yang berketinggian 503 meter. Tasik yang paling rendah seterusnya membentuk aliran Sungai Korana yang menghala ke arah utara.

Pelancong dilarang melakukan aktiviti memancing dan berenang. Air terjun yang berkalsium tinggi ini membentuk batuan bertangga ke laluan menuju ke tasik.

Pelancong perlu meredah laluan berbukit dan berkerikil sejauh dua kilometer sebelum tiba di pangkalan bot yang akan membawa anda menikmati pemandangan unik.

Terasa kepuasan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata apabila disajikan keindahan ciptaan Tuhan yang mempesonakan.

Air terjun yang berjuraian mengalir indah dari perbukitan melalui celahan akar pepohon hijau di tebing dan mengalir ke dalam tasik.

Benarlah seperti kata-kata Nadija Golic, 30, pemandu pelancong kami dari Croatia ini sesiapa yang pernah sampai ke negaranya, pasti mengakui bahawa pemandangan di Tasik Plitvice mampu mempesonakan sesiapa saja.

Bagi memelihara keindahan tasik ini, pada tahun 1949 pemerintah Yugoslavia telah mewartakan kawasan pelancongan ini sebagai Taman Negara Tasik Plitvice.

Pada tahun 1979, UNESCO pula mewartakannya sebagai Tapak Warisan Dunia kerana keindahan alam semulajadinya yang luar biasa.

Tasik Plitvice Paling Cantik Di Dunia

Bagaimanapun, peristiwa berdarah tercetus di taman negara ini pada bulan Mac 1991 sebagai tempat konfrantasi bersenjata apabila etnik Croat menuntut kemerdekaan daripada pemerintah Yugoslavia.

Selama tempoh konfrantasi itu berlaku beberapa kerosakan terjadi terhadap alam semulajadi di taman negara ini sehinggalah akhir bulan Ogos 1995 apabila pemerintah Croatia berjaya merebut kembali haknya ke atas taman negara ini selepas konflik berakhir.

Tamatnya konfrantasi ini bermakna berakhirnya peperangan di antara tiga etnik utama di Balkan iaitu Bosnia, Croatia dan Serbia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Keindahan Tasik Baikal Yang Sangat Mempesonakan

sumber: utusan

Asal-usul Tarian Barongan

Asal-usul Tarian Barongan

Gabungan buni gendang, gong, saron, angklung, bonang, tipung dan sampret akan menghasilkan alunan yang indah, tambahan pula gabungan bunyi ini menaikkan semangat pendengarnya.

Asal-usul Tarian Barongan

Bulu roma terasa tegak apabila mendengar irama muzik itu. Ada sepuluh orang penari kuda kepang sedang beraksi.

Tiba-tiba datang masuk seorang penari dengan memakai topeng harimau. Itulah yang dinamakan 'Barongan'.

Sedang semua mata tertumpu pada Barongan, terdengar suara seorang berteriak kuat. Heppppp!!

Dia kemudian bangun dan terus masuk ke tengah laman. Mukanya kelihatan sangat garang. Matanya tepat melihat ke arah penari-penari kuda kepang. Beberapa orang cuba menenangkannya, tapi dia semakin agresif.

Apabila dia semakin tidak terkawal. Seorang lelaki bangun lalu mendekati Barongan itu. Dia memandang lelaki tersebut sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu ditiup ke muka lelaki itu. Sebentar kemudian, lelaki itu terus rebah.

Namun demikian, walaupun terdapat gangguan daripada lelaki tersebut, penonton seolah-olah tidak terganggu.

Mereka seperti sudah biasa dengan keadaan begitu. Persembahan Barongan tetap berjalan.

Jarang sekali kita mendengar tentang Barongan. Tarian ini terkenal di Johor. Apa sebenarnya tarian Barongan?

Barongan adalah kesenian orang Jawa yang berasal dari daerah Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Tarian Barongan membawa semangat harimau, berdasarkan satu hikayat dalam kepercayaan orang Jawa.

Kononnya, pada suatu zaman dahulu, terdapat seorang lelaki paling kaya di daerah Ponorogo.

Dia mempunyai 40 ekor kuda belaan, namun setiap hari banyak kudanya hilang. Daripada 40 ekor, akhirnya hanya tinggal empat ekor sahaja.

Dia merasa sangat hairan namun, lama-kelamaan akhirnya dia mendapat tahu kudanya hampir habis dimakan harimau.

Orang kaya itu merasa marah. Dia menguar-uarkan kepada semua penduduk kampung, sesiapa yang dapat membunuh harimau itu akan dihadiahkan ganjaran lumayan.

Ramai yang mencuba tapi semuanya tewas sehinggalah datang seorang pemuda bernama Bujang Ganong yang disebut-sebut sebagai seorang yang handal dan merupakan anak murid Kiyai Klono Sewan Dono.

Bujang Ganong yang menawarkan diri untuk menangkap harimau itu akhirnya berjaya membunuh harimau yang telah membaham kuda-kuda orang kaya itu.

Bujang Ganong kemudiannya meletakkan bangkai harimau itu diatas bahunya dan pulang ke kampung.

Orang kampung yang teruja melihat bangkai harimau turut sama mengikut dibelakang Bujang Ganong sehinggalah ia dipersembahkan kepada orang kaya tersebut.

Sebab itulah jika mengikut prinsip tarian Barongan, sesiapa pun tidak boleh duduk lebih ke depan daripada Barongan tanpa mengira pangkat dan kedudukannya.

Upacara Sebelum Persembahan

Asal-usul Tarian Barongan

Sebelum memulakan pertunjukan Barongan, perlu ada adat dan upacara harus dijalankan terlebih dahulu.

Biasanya mereka akan menyiapkan 'sajan' yang diibaratkan seperti 'makanan' untuk memanggil semangat harimau.

Sajan biasanya terdiri daripada pisang raja, daun sirih, tembakau, cengkih, telur, nasi, air kopi dan kemenyan. Semuanya akan diletakkan di dalam sebuah dulang.

Selepas itu, akan dimulakan dengan bacaan untuk memanggil semangat harimau yang dinamakan 'Joblongko'.

Tujuan semangat Joblongko diseru adalah supaya pertunjukan nampak lebih 'hidup' apabila Barongan dirasuk semangat harimau.

Menurut cerita, pisang raja yang digunakan untuk dijadikan sajan jika dimakan selepas pertunjukan Barongan, rasa manisnya hilang, rasanya tawar dan tidak sedap.

Semangat Joblongko

Pada kebiasaannya, penari yang diresapi semangat harimau akan menjadi seperti harimau. Gaya, gerak geri dan wataknya nampak seakan-akan seperti seekor harimau.

Semangat Joblongko sememangnya suka jika orang memuja dan memanggilnya.

Kalau dipanggil memang Joblongko akan datang, tapi bila nak suruh balik dikatakan sangat payah dan perlu dipujuk elok-elok.

Peralatan muzik Barongan juga dikatakan tidak boleh disimpan sembarangan kerana adakalanya ia akan berbunyi sendiri terutama jika ditinggalkan ditempat baharu.

Kini, Barongan hanyalah salah satu kesenian tradisi warisan zaman dan persembahannya lebih kepada hiburan semata-mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Tarian Kuda Kepang

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Kembar Mowforth Mati Serentak!

Misteri Kembar Mowforth Mati Serentak!

John dan Arthur Mowforth adalah pasangan kembar di Great Britain yang tinggal berasingan sejauh 80 kilometer antara rumah masing-masing.

Misteri Kembar Mowforth Mati Serentak!
Gambar hiasan.

Petang 22 Mei 1975, mereka tiba-tiba sakit dada. Keluarga kedua-dua kembar itu segera menghantar mereka ke hospital.

Yang menghairankan ialah, mereka menghidap serangan jantung dan dihantar ke hospital dalam waktu yang hampir sama.

Apa yang lebih menakjubkan, kedua-duanya meninggal dunia sebaik-baik sampai ke hospital!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kampung Yang Memiliki Kembar Paling Ramai Didunia

-SENTIASAPANAS.COM

10 Tanda Mengenali Berita Palsu

10 Tanda Mengenali Berita Palsu

Berita palsu ialah maklumat yang tidak benar tetapi dibuat seolah-olah benar, yang tidak dipetik dari mana-mana sumber atau fakta tetapi direka cipta.

10 Tanda Mengenali Berita Palsu

Sesetengah pengamal media menafsirkannya dengan lebih luas iaitu berita satira, sindiran atau sendaan yang kadangkala menokok tambah dan memperkenalkan fakta dengan niat untuk jenaka atau untuk menegaskan sesuatu perkara tetapi tidak untuk memperdaya.

Claire Wardle, penyelidik di First Draft News, sebuah pusat yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran, melaksanakan penyelidikan dan menangani cabaran berkait kepercayaan dan kebenaran dalam media digital, mengenalpasti tujuh jenis berita palsu.

7 JENIS BERITA PALSU
  1. Satira atau parodi.
  2. Perkaitan palsu (seperti judul berita yang tidak selari dengan kandungan).
  3. Kandungan yang mengelirukan (penggunaan maklumat yang mengelirukan untuk merangka isu).
  4. Konteks yang palsu (kandungan yang tulen dikongsi dengan maklumat konteks yang palsu).
  5. Penyamaran kandungan (sumber yang tulen disamari dengan sumber yang palsu atau dibuat-buat).
  6. Kandungan yang diputar belit (maklumat atau imej benar tetapi diputar belit untuk memperdaya).
  7. Kandungan yang direkacipta (kandungan yang 100 peratus palsu dan direka untuk perdaya dan membawa mudarat).

Bagaimanakah cara mengenal pasti berita palsu?

1. Perhatikan sumber

Organisasi berita mempunyai laman web yang boleh dirujuk dan telah lama beroperasi. Berita palsu selalunya disalurkan melalui laman yang tidak dikenali atau cuba meniru sedia ada.

Sekiranya ia datang dari laman web yang tidak pernah anda dengar atau cuba meniru nama dan URL organisasi media sedia ada, besar kemungkinan ia berita palsu.

2. Pergi kepada sumber asal

Usah terima bulat-bulat berita yang anda terima. Ada orang menggunakan masthead media ternama bagi meyakinkan pembaca bahawa berita itu asli. Pergi kepada sumber berkenaan.

Sekiranya anda lihat masthead pada berita itu, pergi ke laman web atau blog asal untuk baca berita itu. Sekiranya berita itu tidak ada di situ, maka itu berita palsu.

3. Siapakah sumber berita

Adalah menjadi amalan yang diterima untuk media melaporkan berita tanpa menyebutkan sumber. Ini bertujuan melindungi kerahsiaan sumber tersebut dalam berita yang mungkin boleh memberikan kemudaratan kepadanya.

Bagaimanapun, dalam keadaan biasa, wartawan bertanggungjawab menyebutkan sumber maklumat itu.

Dia ialah seorang yang tidak beretika jika keseluruhan berita bersandarkan laporan “sumber” tanpa menyebut sumber tersebut.

Berita sedemikian ada kemungkinan palsu, walaupun ia disiarkan oleh media ternama.

4. Gaya penulisan

Wartawan dilatih menulis berita dengan gaya piramid terbalik atau inverted pyramid. Dalam bahasa mudah, penulisan berita ada kaedah dan cara yang betul. Begitu juga, organisasi media mempunyai house rules bagaimana mereka menulis.

Cara menulis di sesuatu organisasi media tidak sama dengan organisasi lain. Amatur yang menulis berita palsu mungkin tidak menguasai kaedah ini.

Sekiranya anda lihat gaya penulisan yang “pelik,” besar kemungkinan itu berita palsu.

5. Adakah berita masuk akal?

Sekiranya berita yang anda baca itu tidak masuk akal, besar kemungkinan ia berita palsu. Apabila kita baca tajuk berita tak masuk akal, elok baca tulisan itu sampai habis.

6. Baca sampai habis

Kebanyakan orang terus menghantar sesuatu print screen tajuk berita tanpa baca habis. Kadangkala tajuk dan berita tak sama.

Sering kali, berita palsu hanya ada tajuk tanpa laporan penuh. Usah ghairah menghantar print screen tajuk sekiranya kita belum baca keseluruhan tulisan itu.

7. Semak tarikh

Sesetengah berita itu bukan palsu, tetapi berita lama yang diedarkan semula. Berita sedemikian sudah keluar konteks dan boleh menjadikan pembaca membuat rumusan yang salah mengenai sesuatu isu.

Berhati-hati dengan “surat khabar lama.”

8. Rujuk kepada pakar

Apabila kita baca sesuatu yang nampak tak masuk akal, bertanyalah kepada mereka yang pakar.

Sebagai contoh apabila ditunjukkan laporan kesihatan yang mendakwa pil tertentu boleh jadikan kita panjang umur, tanya doktor. Mereka boleh memberikan maklum balas.

Begitu juga apabila ada orang kata ekonomi kita sedang menuju kemusnahan, rujuk kepada pakar ekonomi (pakar luar yang bebas dari campur tangan politik).

9. Satira

Ada orang tak dapat membezakan antara satira dan berita benar. Satira politik ialah perbuatan mengubah berita sebenar sebagai bahan jenaka.

Dalam Islam, satira ada batasnya.

Apabila kita mengetawakan seseorang disebabkan bentuk badan, cara bercakap atau keluarganya, maka itu diharamkan.

Elakkan ketawa kerana seseorang gemuk atau kurus. Usah permainkan apa yang ALLAH SWT berikan kepadanya.

10. Berhati-hati sebarkan berita

Anda di pihak sebelah manapun, jangan menyebar berita palsu.

ALLAH SWT murka orang yang suka sebarkan berita palsu. Dalam Surah al-Hujurat, ALLAH SWT ingatkan apabila kita menerima sesuatu berita, maka semaklah berita itu terlebih dahulu.

Usahlah kerana perbuatan kita menyebarkan berita itu, maka keluarga, masyarakat atau negara berpecah-belah.

TIPS ELAK SEBAR BERITA PALSU

1. Perhatikan individu yang menyebarkan berita berkenaan. Adakah menggunakan akaun fake? Sudah berjumpakah? Pernah kenalkah? Ada wajahnya dan disahkan itu memang wajah dan identitinyakah?

2. Berapa kali dia terkantoi menyebarkan berita palsu?

3. Adakah dikalangan kawan kita yang ori seringkali mempromosi, berkongsi dan menyebarkan berita-berita palsu dari akaun fake?

4. Sekali dua mungkin kesilapan. Tiga empat kali mungkin kecuaian. Lima enam kali mungkin terlupa. Tetapi jika terlalu kerap ia bermakna akaun tersebut dengan sengaja menyebarkan berita palsu atas tujuan propaganda.

5. Ada beza sebaran berita palsu oleh cybertroopers BN dan PH. Cybertroopers BN hampir pasti tidak didakwa dan disiasat tetapi ini berbeza dengan penyokong PH yang selalunya berakhir dengan mengambil keterangan dan siasatan.

6. Jangan jadi penyumbang kepada maklumat palsu dan agen penyebar propaganda fitnah.

7. Sesiapa sahaja boleh mengakui sebagai penyokong parti tertentu dan menyebarkan apa-apa berita tetapi untuk mengesahkan ketulenan berita tersebut, anda perlu keluarkan usaha untuk menyemaknya sendiri.

8. Dan dari sekarang, mulalah mencatit dalam otak, siapakah yang anda sering perhatikan suka menyebarkan maklumat palsu.

9. Boleh jadi ia adalah akaun sandiwara yang menyokong parti anda tetapi hakikatnya mereka hanya mempropaganda untuk memperdayakan kepercayaan anda.

10. Menjelang PRU lebih banyak maklumat palsu akan disebarkan oleh pelbagai pihak dan kita jangan sesekali menjadi agen percuma mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!

sumber: sinarharian

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan

Pokok kelor juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae, mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca dan berasal dari India.

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Pokok Kelor.

Pokok Kelor merupakan spesis yang ditanam secara meluas dalam genus Moringa, merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae.

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil moringa, pokok kayu dram (dari bentuk lenggi biji benih tiga segi yang panjang dan langsing), pokok minyak ben atau pokok benzoil (dari minyak yang dihasilkan dari benihnya).

Kelor merupakan pokok yang cepat tumbuh, tahan kemarau di kaki bukit selatan Himalaya di barat laut India dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika di mana lenggai muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran.

Kelor juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan dan turut digunakan dalam perubatan herba.

Pokok Kelor

Kelor tumbuh menegak dan mempunyai banyak cabang, tumbuh sehingga ketinggian batang 7-11 meter.

Daun kelor berbentuk bulat telur dengan ukuran kecil bersusun majmuk dalam satu tangkai yang merupakan bahagian penting untuk dimakan sebagai sayur dan dijadikan sebagai bahan untuk ubat.

Bunganya Kelor berwarna putih kekuning-kuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau.

Bunga Kelor di Malaysia lazimnya keluar sepanjang tahun dengan aroma bau semerbak pada kadar sederhana.

Buah Kelor berbentuk segitiga memanjang yang disebut 'kelentang' dimana ia juga dapat dimakan sebagai sayuran.

Ciri-ciri Pokok Kelor

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Bunga Kelor.

Kelor juga dipanggil sebagai Kelor, Limaran (Indonesia), Moringa, Ben-oil tree, clarifier tree, drumstick tree (Inggeris), Kalor, merunggai (Melayu), Chùm ngây (Vietnam), Ma-rum (Thailand) dan Malunggay (Filipina).

Kelor mempunyai batang berkayu (lignosus) yang tumbuh menegak dengan kulit berwarna putih kotor yang mana ia adalah kulit nipis serta ada permukaan kasar.

Bentuk cabang pokok Kelor adalah simpodial dimana arah cabang tegak atau senget yang tumbuh lurus dan memanjang.

Bahagian daun Kelor adalah jenis majmuk yang mempunyai tangkai panjang dimana daunya bersusun bersilang (Alternate).

Warna daun muda adalah hijau muda dan menjadi hijau gelap apabila matang.

Buah Kelor adalah berbentuk panjang bersegi tiga dengan ukuran panjang sekitar 20-60 cm. Buah muda berwarna hijau kemudian bertukar kepada coklat setelah tua.

Bentuk biji Kelor adalah bulat berwarna coklat kehitaman dimana pokok Kelor yang telah berumur 12-18 bulan akan mula berbuah.

Akar pokok Kelor jenis tunjang berwarna putih dan ia lazimnya akan membesar seperti lobak.

Pokok Kelor Rimbun

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Buah Kelor.

Jika pokok Kelor dibiarkan tumbuh secara semulajadi, ia akan tumbuh tinggi lebih 10-12 meter dan sukar untuk menuai hasilnya.

Aktiviti memangkas tunas Kelor pada batang utama pokok diperlukan bila pohon mencapai ketinggian 50 cm sampai 1.0 meter.

Aktiviti ini akan membolehkan pertumbuhan cabang lateral Kelor yang banyak dimana ini akan meningkatkan hasil serta mengurangkan ketinggian pokok.

Selain itu, dengan pemangkasan ranting pokok Kelor akan mengurangkan risiko kerosakan pokok tumbang akibat angin kencang.

Aktiviti memungut hasil dari pokok Kelor akan lebih mudah apabila pokok tidak terlalu tinggi.

Pada peringkat awal cantasan, hanya patahkan pucuk dengan kuku jari kerana batang pucuk pokok masih lembut.

Bagaimana pun, jika batang atau dahan sudah keras perlu gunakan parang atau gergaji yang ssuai. Sapu dengan racun kulat dikawasan dipotong untuk mengelakkan serangan penyakit kulat.

Penanaman Pokok Kelor

Pokok Kelor, Cara Penanaman Dan Penjagaan
Biji benih Kelor.

Penanaman Kelor secara komersil dan monokrop boleh dijalankan diatas tanah subur dengan sistem saliran yang baik.

Biji benih Kelor dapat bercambah dengan mudah walau pun tanpa sistem pengairan sempurna asalkan ada hujan mencukupi.

Akar anak benih Kelor yang tumbuh akan terus naik berkembang dalam tempoh dua puluh hari dan amat kritkal serta perlu dibekalkan air melalui sistem pengairan untuk terus sihat.

Sebaiknya 3 bulan pertama penanaman Kelor, air diberikan sehingga akarnya mampu hidup stabil didalam tanah.

Sistem pengairan titis atau renjis boleh dipasang untuk memastikan hasil tanaman Kelor yang tinggi dan keperluan dimusim kemarau.

Kekurangan air di musim kemarau akan menyebabkan daun pokok Kelor mengugurkan daun walaupun sebenarnya pokok tidak mati.

Aktiviti membuat cantasan dahan Kelor sebaiknya dibuat pada awal musim hujan setelah kita menambahkan baja organik.

Kawasan Penanaman Pokok Kelor

Kawasan penanaman Kelor sering tumbuh rumpai yang perlu dihapuskan. Ini kerana rumpai yang tumbuh akan terus bersaing dengan pokok kelor untuk makanan, air, cahaya matahari selain daripada perumah kepada perosak.

Kerja merumput kawasan tanaman Kelor boleh dijalankan secara manual dengan cara menggunakan cangkul disamping dapat menggemburkan tanah dan menambah baja kompos dari pereputan rumpai.

Rumpai yang tebal akan menyebabkan daun Kelor kekuningan kerana kurang baja Nitrojan (N) yang diambil oleh rumpai.

Aktiviti untuk membuang rumpai lebih kerap ketika pokok Kelor masih muda dimana cahaya matahari sampai kepada tanah tetapi akan berkurangan apabila pokok Kelor menjadi dewasa.

Lazimnya kerja mengawal rumpai dijalankan 4 kali setahun apabila pokok Kelor dewasa dan kekerapan mungkin lebih dimusim hujan.

Rumput yang dipotong sebaiknya diletakkan dibawah pokok Kelor untuk mengawal kelembapan selain dari meningkatkan baja apabila ia mereput.

Penggunaan penutup bumi plastik silvershine kini lebih praktikal untuk mengawal rumpai disekitar pokok Kelor.

Pembajaan

Pembajaan pokok Kelor adalah penting untuk mendapatkan hasil tinggi. Pokok Kelor dapat menghasilkan daun dalam jumlah besar apabila ia mendapat cukup zat penting atau pun baja organik.

Kandungan daun Kelor kaya protein dan mineral bermakna tanah dikawasan penanaman mestilah menyediakan nitrogen dan mineral yang cukup bagi tanaman.

Berbanding dengan baja kimia, baja organik seperti tahi kambing atau baja kompos dapat memberikan zat baja yang diperlukan pokok Kelor serta mampu memperbaiki struktur tanah.

Pemberian bokashi yang merupakan campuran tahi kambing, kompos dan jerami padi kering yang diproses dengan mikrob (organisma berfaedah) amat digalakan penggunaannya.

Program pembajaan perlu dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga pokok Kelor dewasa.

Setelah dibuat cantasan awal pembentukan selesai, maka cantasan penyelenggaraan pokok Kelor perlu dilakukan.

Aktiviti ini dapat dilakukan pada setiap kali aktiviti menuai hasil Kelor dilakukan iaitu dengan cara memotong semua batang di atas ketinggian tertentu.

Sebaiknya ia dijalankan pada awal musim hujan untuk membuat cantasan dan elakkan musim kemarau. Amalan agronomi yang baik untuk tanaman pokok Kelor mampu memberikan pendapatan tambahan yang lumayan kepada petani.

Jana Pendapatan

Kelor boleh dijadikan tanaman sampingan di tapak atau ladang tanaman komoditi lain dan berdasarkan kajian dijalankan, tanaman moringa ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh enam bulan saja dan mampu memberi pulangan sehingga RM3,000 sebulan bagi setiap 0.4 hektar atau satu ekar tanah.

Produk atau hasil daripada tanaman Kelor juga semakin mendapat permintaan di seluruh dunia memandangkan ia mempunyai banyak manfaat dan kelebihan tersendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

sumber: animhosnan | wikipedia | pressreader

Friday, March 02, 2018

Apa Sebenarnya Perbezaan Tarian Singa Dan Tarian Naga?

Apa Sebenarnya Perbezaan Tarian Singa Dan Tarian Naga?

Tarian Naga adalah seni unik ketika sambutan Tahun Baru Cina yang berasal daripada budaya Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.

Apa Sebenarnya Perbezaan Tarian Singa Dan Tarian Naga?

Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh mengurniakan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga supaya menurunkan air hujan ketika musim kemarau.

Ia kemudiannya menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga sebagai simbol tuah.

Untuk Dinasti Tang dan Song, tarian naga telah menjadi aktiviti semasa perayaan penting.

Pada perayaan Tahun Baru Cina, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain Tarian Naga.

Selepas beribu-ribu tahun, Tarian Naga telah menjadi tarian yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mendapat hujan dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan gembira.

Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi menggunakan jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian dipakaikan pakaian membentuk naga yang cantik.

Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan Tarian Naga pada waktu malam yang sangat menarik.

Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara dan semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.

Tarian Singa

Apa Sebenarnya Perbezaan Tarian Singa Dan Tarian Naga?

Tarian Singa adalah tarian tradisional China, juga adalah aktiviti yang sangat popular. Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru untuk menambah keseronokan.

Adat Tarian Singa ini telah berusia seribu tahun.

Di China, Tarian Singa boleh dibahagikan kepada dua bentuk: Singa Utara dan Singa Selatan. Bentuk, corak, warna dan banyak lagi adalah berbeza antara Singa Utara dengan Singa Selatan.

Mengapa orang ramai sangat suka bermain singa ketika Tahun Baru Cina?

Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming di Guangdong, telah muncul seekor raksasa setiap kali tahun baru, yang akan keluar lalu merosakkan tanaman, memudaratkan manusia dan haiwan.

Penduduk tempatan sangat takutkannya kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara Tarian Singa untuk menakutkan raksasa itu.

Akhirnya, raksasa tersebut ketakutan lalu melarikan diri dari kawasan kediaman penduduk tempatan.

Oleh itu, penduduk percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik.

Selepas itu, setiap kali Tahun Baru menjelma, rakyat akan bermain Tarian Singa untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Warna Merah Dan Sambutan Tahun Baru Cina

sumber: diarikikbm

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2018

Assalaamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca tersayang dan rakan-rakan blogger terbaik di Malaysia yang selalu datang berkomentar di blog ini.

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Februari 2018
Gambar hiasan.

Tanpa sedar, bulan Mac sudah tiba membawa bersama kesibukan dunia mengakhiri perayaan Tahun Baru Cina.

LAMAN PENGIKLANAN ALTERNATIF ADSENSE

Kali ini, kami ingin menjemput blogger-blogger sekalian untuk menyertai laman web pengiklanan terbaik alternatif ADSENSE, MGID.com, bagi yang belum memiliki akaun google adsense atau telah di banned.

Jika dibandingkan dengan kaman pengiklanan Innity dan Nuffnang, MGID mampu menjana pendapatan lebih lumayan, pembayaran pantas dan sangat mudah untuk memasang kod pada template.

Jangan tunggu lama. Daftar segera; MGID.

ANDA MENCARI JODOH?

Buat para pembaca yang masih single, duda ataupun janda dan ingin mencari jodoh, laman web BaitulJannah yang berpusat di Malaysia menjemput anda untuk mendaftar secara percuma. Siapa tahu ketemu jodoh kan?

Jemput daftar di BaitulJannah.com.

BLOG TERBAIK MALAYSIA

Buat para pembaca sekalian, anda sangat dialu-alukan untuk berkunjung ke blog-blog terbaik Malaysia dibawah untuk membaca maklumat terbaik yang mereka kongsikan. Semoga memberi manfaat.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA FEBRUARI 2018

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Hans Hanis - Hanshanis.com

3. Arzmoha - arzmoha.com

4. ABD KADIR Rusdi - ABD KADIR Rusdi

5. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

6. Hakimramli - Hakimramli.com

7. White Barley - Whitebarley.blogspot.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM