Friday, November 16, 2018

Diesel Euro5: Apa Kelebihan Minyak Ini Kepada Enjin Kereta Anda?

Diesel Euro5: Apa Kelebihan Minyak Ini Kepada Enjin Kereta Anda?

Diesel Euro 5 dicipta untuk tahan lebih lama dengan setiap tangki, selain mengekalkan kebersihan enjin dan menawarkan bahan api lebih cekap kepada pengguna kerana mengandungi sulfur rendah untuk prestasi maksimum bagi penjagaan enjin.

Minyak Diesel Euro5

Diesel Euro 5 bakal menjadi gred minyak di semua stesen menjelang 2020 yang digazet perlaksanaannya oleh kerajaan Malaysia, untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan kualiti minyak diesel yang lebih baik, juga terbukti dan diuji sepenuhnya dalam perlumbaan Rali Dakar, sebagai medan ujian bagi teknologi Diesel Euro 5 ini.

Sesuai untuk kegunaan trak pikap, kenderaan komersial dan kereta penumpang, Euro5 tidak sahaja melindungi enjin dan mengekalkan kuasa malah menghasilkan pembakaran lebih bersih serta dapat mengurangkan asap dan lebih jimat.

Kelebihan Diesel Euro5

Jika dibandingkan dengan diesel Euro 2M yang ditawarkan sekarang, diesel Euro 5 mempunyai kandungan sulfur yang jauh lebih rendah dan dapat disesuaikan dengan enjin moden supaya mencapai tahap optimumnya.

5 ciri isitimewa diesel Euro 5;
  • Aditif 100% baharu, yang dapat membersihkan enjin serta muncung dan dalaman 'injector'.
  • Dapat membantu memulihkan enjin, membersihkan mendapan/deposit yang ada pada enjin.
  • Ramuan yang dapat meningkatkan pembakaran. Ini adalah berkenaan rumusan kimianya.
  • Jumlah 'Cetane' yang tinggi. Enjin akan mudah stabil apabila baru dihidupkan dan kurang asap.
  • Kadar ketumpatan tinggi. Tenaga dapat diperoleh daripada sumber yang lebih kecil. Membawa kepada penjimatan bahan api.

Formula Euro 4M Ron97 kurangi geseran silinder

Sementara itu, Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah lama memperkenalkan bahan api petrol terbaru, Petronas Primax 97 (Ron97) yang pertama dengan formula tenaga dirumus khas menepati spesifikasi Euro 4M, yang mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) lebih rendah.

Petrol itu adalah rumusan baru pertama di dunia yang mengurangkan geseran pada dinding silinder dan memulihkan ciri pelinciran minyak enjin untuk menghasilkan pecutan lebih lancar.

Bahan api dari Petronas ini dihasilkan dari loji penapisan Kertih dan Melaka, dihasilkan melalui penyelidikan dari makmal tempatan dan bukan bahan api yang diimport.

PDB menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan petrol tanpa plumbum pada Ogos 1990 dan Ron 97 teknologi baru bertaraf dunia, Euro 4M.

Setiap tahun, PDB memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex), RM500 juta dan lebih kurang 50 peratus diperuntukkan bagi segmen runcit termasuk pengenalan bahan api baharu.

Minyak petrol Euro 4M Ron97 Petronas dicipta bagi melindungi enjin dengan bahan api rendah sulfur pertama Malaysia, memberikan pembakaran lebih baik menggunakan teknologi yang membawa kemenangan di litar lumba.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 14, 2018

Apa Sebenarnya Maksud Kecerdasan Buatan?

Apa Sebenarnya Maksud Kecerdasan Buatan?

Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence, juga dikenali sebagai (AI) merupakan kajian kejuruteraan mesin yang mampu melakukan fungsi dengan ciri-ciri pemikiran manusia yang telah bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20, membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan.

Kecerdasan Buatan

Secara ringkasnya juga, Kecerdasan Buatan adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan berkaitan dengan fungsi mesin untuk menyelesaikan masalah yang rumit untuk diselesaikan oleh manusia.

Perkara ini biasanya dilakukan dengan mengikuti atau mencontohi karakteristik dan analogi berfikir manusia dan menerapkannya sebagai algoritma yang dikenali oleh komputer.

Dengan suatu pendekatan yang lebih fleksibel dan efisien bergantung keperluan, akan mempengaruhi bagaimana wujudnya perilaku kecerdasan buatan.

AI biasanya dihubungkan dengan komputer, tetapi juga berkaitan dengan bidang lain seperti Matematik, Psikologi, Kajian, Biologi, Filosofi dan banyak lagi.

Kemampuan untuk mengkombinasikan pengetahuan dari semua bidang ini akhirnya akan memberi manfaat bagi kemajuan dalam upaya mencipta suatu kecerdasan buatan.

Pada awal penciptaan komputer, ia hanya berfungsi sebagai alat mengira sahaja, namun seiring dengan perkembangan zaman, maka peranan komputer semakin mendominasi kehidupan manusia.

Komputer tidak lagi digunakan sebagai alat mengira, malah kini diharapkan untuk melakukan semua pekerjaan yang dilakukan oleh manusia.

Jadi, secara ringkasnya, kecerdasan buatan adalah sebahagian ilmu komputer yang membuatkan mesin mampu melakukan pekerjaan seperti dan setanding manusia.

ISTILAH

AI adalah satu bidang ilmu komputer yang dicipta pada pertengahan tahun 1950-an dan istilah ini telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia.

Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik dan sistem diagnostik.

PENGGUNAAN

Program AI mempunyai banyak aplikasi yang digunakan oleh institusi-institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, perkhidmatan keselamatan dan pelbagai lagi.

Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet dan program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu.

Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakar analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik.

Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik dan contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia Garry Kasparov pada tahun 1997.

Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat.

Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan.

Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari.

Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh penggubah lagu terkenal.

JENIS AI

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membina kecerdasan buatan buat masa ini. Contoh-contoh utama termasuk:

Algoritma genetik

Menggunakan model berasaskan konsep evolusi (mutasi, perkongsian genetik, keupayaan hidup) untuk menghasilkan penyelesaian termudah untuk sesuatu masalah.

Logik kabur

Menggunakan logik kabur untuk mencapai pilihan optimum, berdasarkan intuisi manusia dan sangat mudah untuk direka.

Rangkaian neural

Dimodel dari interaksi antara neuron sebenar, berkemampuan untuk belajar dari set data-data sedia ada untuk meramal output.

SEJARAH KECERDASAN BUATAN

Aplikasi kecerdasan tiruan (buatan) merupakan proses dimana peralatan dapat melaksanakan kerja dengan menggunakan pemikiran atau kecerdasan seperti manusia.

Tahun 1963, merupakan tahun bersejarah lahirnya beberapa aplikasi kecerdasan buatan.

Seperti Samual yang menulis sebuah program lalu memberikannya nama checker playing program, ia bukan hanya digunakan untuk bermain game, tetapi dicipta untuk belajar dari pengalaman pada permainan sebelumnya.

Pada tahun yang sama banyak ditemui pembuktian theorema (theorem proving) yang mendukung AI seperti logic theorist yang diawal percubaan digunakan untuk membuktikan teori matematik tentang Prinsip Matematik Whiteheat dan Russel.

Theory Gelernter membuktikan pencarian kawasan yang lain dari matematik iaitu geometri. Lalu ada pembuktian dengan abstraksi/eksternal dengan menggunakan objek sebagai pemecah masalah umum.

SEJARAH PENCIPTAAN AI

Sebelum tahun 1963 dan tahun berikutnya menjadi tolak ukur perkembangan sistem pakar.

Sistem Pakar atau expert System merupakan bahagian dari ilmu kecerdasan tiruan/buatan.

Bila diambil dari sejarah sistem pakar berdasarkan tahun, kesimpulan tahun lahir dan perkembangan sistem pakar adalah seperti berikut:
  • Tahun 1943, Post E.L. Membuktikan bahawa masalah komputer dapat diselesaikan dengan aturan IF-THEN.
  • Tahun 1961, General Problem Solver (GPS) oleh A. Newel dan H. Simon. Sebuah program yang dibangunkan untuk menyelesai masalah mulai dari games sehingga kepada matematik.
  • Tahun 1969, Dendral. Dibangunkan di Stamford University atas permintaan Nasa (Buchanan dan Feigenbaum) untuk melakukan analisisis kimia terhadap keadaan tanah di planet Marikh.
  • Tahun 1970, MCYN. Dibuat untuk mendiagnosa ubat-ubatan oleh Buchanan dan Shortliffe.
  • Tahun 1982, R1/XCON. Dicipta oleh saintis di Carnegie Melon University (CMU), merupakan sistem pakar pertama yang dibuat.

MAMPUKAH AI MENGGANTIKAN MANUSIA?

Oleh kerana bidang ini masih baharu berbanding cabang-cabang sains lain, masih tiada jaminan cara mana akan boleh menghasilkan AI sebenar (true AI); yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | umardanny

Sunday, November 04, 2018

Saintis Berjaya Cipta Batu-batu Dari Air Kencing Manusia!

Saintis Berjaya Cipta Batu-batu Dari Air Kencing Manusia!

Sepasukan penyelidik di Afrika Selatan mendakwa berjaya mencipta batu-bata dengan menggunakan air kencing manusia menerusi proses yang melibatkan koloni bakteria.

Dr Dyllon, Suzanne and Vukheta.jpg

Reuters melaporkan, penyelidik itu percaya penemuan itu suatu hari nanti mampu mengurangkan kesan pemanasan global kerana menggunakan semula bahan kumuh.

Batu-bata kelabu itu dihasilkan dalam makmal selama lapan hari menggunakan air kencing, kalsium, pasir dan bakteria. Baja juga terhasil semasa proses pembuatan dan yang penting, batu bata itu tidak berbau.

Batu-bata itu dibuat menggunakan bahan urea, sejenia bahan kimia yang ditemui secara semula jadi dalam urin dan juga disintesis di seluruh dunia untuk membuat baja.

Proses mencipta batu-bata daripada urea telah diuji di Amerika Syarikat dengan penyelesaian sintetik, namun penemuan terbaru ini menggunakan air kencing (urin) manusia buat kali pertama.

“Kita lazimnya membuang air seperti ini setiap hari dan menjirusnya ke dalam rangkaian sistem pembetung.

"Apa salahnya menggunakannya untuk hasilkan pelbagai produk?" ujar pensyarah kanan bahagian kejuruteraan awam di Universiti Cape Town, Dyllon Randall.

Batu-bata biologi dihasilkan menerusi proses pemendakan karbonat teraruh mikrob, yang mirip dengan proses penghasilan terumbu karang. Pasir peroi dipenuhi bakteria yang menghasilkan enzim urease.

Enzim itu menguraikan urea dalam air kencing dan pada masa yang sama menghasilkan bahan seperti batu iaitu kalsium karbonat melalui reaksi kimia yang rumit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, October 23, 2018

DuitNow, Sistem Mudah Memindahkan Wang Secara Online

DuitNow, Sistem Mudah Memindahkan Wang Secara Online

DuitNow adalah kaedah terkini penghantaran dan penerimaan wang kepada pihak ketiga tanpa memerlukan nombor akaun penerima. Hanya dengan nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit atau nombor pasport penerima, membolehkan transaksi pemindahan dan penerimaan wang berjalan dengan lebih pantas dan berkesan.

DuitNow, Sistem Mudah Memindahkan Wang Secara Online

DuitNow adalah sebuah perkhidmatan perbankan terbaru yang diperkenalkan oleh PayNet, salah satu agensi dibawah Bank Negara yang sebelum ini telah menerajui beberapa perkhidmatan perbankan, termasuk antaranya adalah MEPS untuk pengeluaran duit melalui ATM, selain JomPay yang memudahkan pembayaran bil.

Sejak daripada 8 Oktober 2018 lepas, ramai pengguna yang terkejut dengan beberapa bank tempatan yang telah mula membuat pendaftaran automatik untuk perkhidmatan DuitNow, sekali gus menimbulkan kekeliruaan sama ada SMS yang diterima mereka adalah sahih atau sebaliknya.

Ini ditambah lagi dengan laman DuitNow sendiri seperti masih belum bersedia dan tidak menggunakan HTTPS, membuatkan beberapa pelayar web memaparkan ia sebagai “Tidak Selamat”.

Apa Itu DuitNow?

DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan baru yang ingin memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang dan tidak terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.

Melalui DuitNow, seseorang boleh memautkan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), atau nombor pasport (untuk bukan warganegara) ke akaun bank mereka.

Selepas memautkannya, pengguna boleh menerima pembayaran ke akaun mereka terus menggunakan sebarang nombor berkenaan. Langkah ini sekali gus akan memudahkan beberapa proses pembayaran.

Sebagai contoh, pengguna boleh memasukkan nombor akaun penerima duit dengan hanya memilihnya daripada senarai buku alamat nombor telefon dan melakukan pembayaran, sekali gus memudahkan pembayaran dilakukan pada peranti mudah-alih.

Selain itu, penggunaan DuitNow juga akan memudahkan syarikat atau agensi kerajaan untuk membayar terus ke MyKad anda.

Sebagai contoh, majikan boleh membayar terus ke nombor MyKad dan tidak lagi perlu sukar meminta nombor akaun bank dan sebagainya daripada pekerja mereka.

Hal sama juga untuk kerajaan melakukan sesuatu pembayaran terus kepada rakyat dan memudahkan simpanan rekod.

Pada masa yang sama, DuitNow turut menyokong akaun perbankan syarikat yang bermakna, syarikat boleh memautkan akaun pendaftaran syarikat mereka ke akaun bank dan seterusnya menerima pembayaran yang dibuat ke akaun pendaftaran syarikat mereka.

Ini juga mungkin meningkatkan kadar keyakinan seseorang pembeli terhadap sesuatu syarikat berkenaan.

Secara keseluruhan, DuitNow dilihat sebagai langkah PayNet untuk memudahkan pengguna mengingati maklumat penerima pembayaran.

Bagaimana DuitNow Berfungsi?

DuitNow berfungsi seperti perbankan biasa, dimana pengguna perlu memasukkan nombor telefon atau nombor MyKad pada tempat penerima, seterusnya memasukkan amaun.

Seperti pembayaran biasa, pengguna akan dibawa kepada skrin seterusnya untuk mengesahkan maklumat penerima (seperti nama) dan sebaik sahaja disahkan, pemindahan wang akan dilakukan seperti biasa.

DuitNow menawarkan pemindahan percuma untuk nilai di bawah RM5,000.

Menurut PayNet, sekiranya sesuatu nombor telefon atau MyKad tidak dipautkan kepada sesuatu nombor akaun – maka ia akan memaparkan mesej yang mana penerima berkenaan tidak wujud, sekali gus tidak membolehkan anda membuat pemindahan wang.

Penggunaan Nombor Telefon/MyKad

Ramai pengguna yang risau berkenaan dengan penerimaan SMS sejak awal bulan Oktober ini, kerana pihak bank tidak memaklumkan hal ini dengan baik kepada pengguna sebelum melaksanakannya.

Setiap nombor telefon atau MyKad hanya boleh dipautkan kepada satu bank sahaja.

Sebagai contoh, sekiranya anda telah menerima SMS berkenaan nombor telefon yang dipautkan kepada akaun Maybank, maka anda tidak boleh menggunakan nombor telefon sama untuk akaun bank lain.

Anda perlu nyah-daftar ia terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya pada perkhidmatan perbankan lain. Perkara sama juga untuk MyKad.

Switch DuitNow

Buat masa ini, pihak bank masih tidak menyediakan panel pengurusan untuk memautkan nombor telefon atau MyKad ini ke akaun bank.

Hal ini akan berubah pada 8 Disember 2018 kelak apabila bank-bank tempatan bakal memperkenalkan fungsi ini terus pada perkhidmatan perbankan atas-talian mereka untuk pengurusan dengan menyertakan sokongan “Switch DuitNow” yang membolehkan anda memindah atau menukar nombor telefon berdaftar DuitNow dari satu bank ke bank lain. Berkemungkinan, semua bank akan turut menyertakan ciri lebih kurang sama.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, pendaftaran dan nyah-daftar dilihat diuruskan melalui bank atas-talian atau menggunakan aplikasi mudah-alih sahaja. Ia masih belum boleh diuruskan melalui perkhidmatan ATM buat masa ini.

Selamatkah DuitNow?

Cara daftar DuitNow

Dengan penggunaan nombor telefon, ramai yang risau mereka akan tersilap dan melakukan pemindahan tanpa sengaja, namun ini merupakan salah satu perkara yang anda tidak perlu risau.

Ini kerana pemindahan wang ke DuitNow hanya satu hala sahaja dan boleh dilakukan menggunakan perbankan atas-talian atau aplikasi mudah-alih.

Pengguna hanya boleh menerima pembayaran sahaja menggunakan nombor telefon atau nombor kad pengenalan.

Pengguna tidak boleh melakukan pembayaran menggunakan nombor telefon, sebaliknya perlu melakukan ia melalui akaun bank mereka seperti biasa.

Apa Seterusnya?

Pengenalan DuitNow ini dijangka akan menjadi titik tolak untuk sejumlah perkara lain dalam arena kewangan.

Sebagai contoh, dengan pengenalan DuitNow ini juga kita mungkin akan dapat melihat PayNet menggunakan kerangka sama dalam pengenalan sistem kod QR universal yang dinantikan ramai.

Malah, ia juga mungkin memudahkan syarikat teknologi kewangan (fintech) lain dalam mengintegrasikan kemudahan pembayaran dan menambah-baik penawaran masing-masing.

DuitNow bakal mengubah landskap pembayaran di Malaysia dengan menyediakan kemudahan, kecekapan dan ketersediaan dana segera 24 jam sehari.

FAQ

SOALAN 1: Bagaimanakah cara untuk membolehkan saya menerima bayaran/kiriman wang melalui DuitNow?

Anda perlu terlebih dahulu mendaftar DuitNow bersama Bank dengan menggunakan salah satu nombor pengenalan berikut:
  • Nombor telefon bimbit
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor passport

SOALAN 2: Bagaimanakah cara untuk mengakses DuitNow?

DuitNow boleh didapati mulai Januari 2019. Anda perlulah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna sebelum boleh menggunakan DuitNow.

SOALAN 3: Apakah had penggunaan nombor pengenalan (ID) untuk DuitNow?

Anda boleh mendaftar pelbagai ID yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, setiap ID tersebut hanya boleh digunakan/dihubungkan dengan satu akaun bank sahaja (sama ada bank yang sama ataupun bank yang berbeza).

SOALAN 4: Adakah terdapat sebarang caj jika menggunakan DuitNow?

Semua penghantaran wang yang tidak melebihi RM5,000 melalui DuitNow adalah PERCUMA. Caj RM0.50 hanya akan dikenakan bagi setiap transaksi melebihi RM5,000.

SOALAN 5: Apakah tempoh masa yang diperlukan bagi penerima untuk menerima bayaran/pindahan wang melalui DuitNow?

Penerimaan bayaran/pindahan wang adalah dalam masa sebenar (real time). Penerima akan menerima wang tersebut pada sebaik sahaja transaksi berjaya dilakukan oleh pihak penghantar.

SOALAN 6: Berapakah had transaksi DuitNow?

Maksimum RM50,000 bagi setiap transaksi pindahan wang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Saturday, October 13, 2018

Teknologi Bioremediasi Bersihkan Tumpahan Minyak

Teknologi Bioremediasi Bersihkan Tumpahan Minyak

Penyelidikan yang dilakukan kumpulan penyelidik di Makmal Penyelidikan Kesihatan Alam Sekitar di Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, merupakan satu kaedah baharu dalam bidang bioremediasi di Malaysia apabila menggunakan sumber daripada bahan semula jadi iaitu bakteria daripada bebola tar yang tidak merosakkan alam sekitar, mampu mengatasi masalah pencemaran minyak di kawasan marin.

Teknologi Bioremediasi Bersihkan Tumpahan Minyak

Ia merupakan bebola tar yang dikutip daripada kawasan pantai timur di Pantai Rhu Sepuluh, Terengganu, terhasil daripada hidrokarbon yang wujud di dalam lapisan minyak. Gabungan hidrokarbon tersebut kemudian membentuk menjadi bebola tar berwarna hitam dan lazimnya ditemui di pesisiran pantai.

Bakteria ini dipencilkan daripada bebola tar yang dikutip di kawasan-kawasan pantai yang telah melalui proses disentrigasi apabila terapung di atas permukaan air laut dalam jangka masa yang panjang.

Kewujudan bakteria ini mampu membersihkan tumpahan minyak di laut dan seterusnya mengurangkan ancaman hidupan laut daripada masalah kepupusan.

Penyelidikan yang dilakukan itu merupakan satu kaedah baharu dalam bidang bioremediasi di Malaysia untuk membersihkan sebarang pencemaran atau tumpahan minyak.

Tumpahan minyak

Lebih menarik, tiada penyelidikan lain yang menyeluruh mengenai rawatan pencemaran minyak secara kaedah biologi yang menggunakan mikroorganisma sebagai agen pengurai.

Sebenarnya, selain kaedah pembersihan menggunakan proses bioremediasi ini, pelbagai kaedah lain telah diwujudkan untuk mengatasi pencemaran marin.

Sebagai contoh di negara-negara luar, mereka mengadakan pembakaran terkawal dan juga penyedutan minyak menggunakan peralatan canggih di kawasan-kawasan marin yang tercemar.

Pencemaran marin selalunya berpunca daripada tumpahan minyak dari pelabuhan dan galian minyak di lautan.

Selain itu, pelepasan sisa air yang mengandungi minyak dari terestial seperti sistem rawatan kumbahan juga menyebabkan hidupan marin terancam.

Justeru, teknologi bioremediasi ini sangat berpotensi dan berkesan untuk merawat air serta tanah yang tercemar dengan minyak yang mengandungi hidrokarbon tanpa memusnahkan persekitaran meskipun mengambil masa.

Kewujudan hidrokarbon petroleum boleh mencemarkan air laut dan ekosistem kawasan marin apabila ia memasuki persekitaran itu.

Hidrokarbon yang terkandung dalam minyak adalah toksik kepada hidupan marin. Ia akan membentuk satu lapisan minyak di atas permukaan air yang boleh mengganggu ekosistem hidupan di kawasan marin.

Situasi tersebut akan menyebabkan kemusnahan alga, rumpai air dan fitoplanton sebagai pengeluar serta sumber makanan dalam rantai makanan marin dan sungai malah, ia akan menghalang cahaya masuk ke dalam air untuk tumbuhan menjalankan proses fotosintesis.

Mesra alam

Teknologi Bioremediasi Bersihkan Tumpahan Minyak

Justeru, melalui proses degradasi (penguraian) minyak oleh bakteria, ia menjadi satu alternatif baharu yang mesra alam dan kos efektif untuk membersihkan perairan tercemar dan berskala besar seperti laut.

Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, Cellulosimicrobium cellulans ini boleh dibuat dalam bentuk serbuk atau cecair yang bermedia, kemudian disemburkan di kawasan persekitaran yang tercemar.

Bakteria tersebut kemudian akan melalui proses pertumbuhan secara semula jadi dengan menggunakan minyak sebagai sumber makanan iaitu sumber karbon dan seterusnya mengurai minyak dengan optimum.

Menariknya mengenai bakteria ini ialah ia mampu menguraikan antara 10 hingga 95.4 peratus minyak yang terdapat di dalam air.

Lazimnya, penguraian minyak oleh Cellulosimicrobium cellulans boleh diuraikan dalam tempoh 10 hari pada pH awal iaitu 7.5 dan suhu 32 darjah Celsius.

Biarpun begitu, parameter persekitaran seperti pH dan suhu perlu dikawal semasa aktiviti ini berjalan bagi membolehkan kadar degradasi maksimum berlaku walaupun ia bergantung kepada kadar kemasinan air laut tersebut.

Rawatan secara bioremediasi ini bersifat mesra alam dan kos yang rendah untuk membersihkan pencemaran minyak serta menukarnya kepada gas karbon dioksida dan air yang tiada toksik.

Aplikasi kaedah ini dapat mengawal pencemaran di kawasan berair iaitu sungai dan kawasan marin secara berkesan justeru, hidupan akuatik dapat ditingkatkan dan ekosistem seimbang wujud di kawasan tersebut dengan kehadiran rantai makanan yang teratur.

Biarpun kaedah ini selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada hidupan marin, namun penggunaan bakteria untuk mengurai tumpahan minyak di kawasan pantai sangat kurang digunakan di Malaysia.

Dalam pada itu, eksperimen untuk menguji ketahanan Cellulosimicrobium cellulans dan seterusnya membolehkan kaedah ini dipraktikkan di persekitaran semula jadi yang tercemar dengan faktor persekitaran pelbagai.

Proses untuk mendegradasi bakteria ini pada skala yang besar di persekitaran bukanlah satu perkara yang mudah kerana faktor persekitaran yang sukar diduga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Wednesday, October 10, 2018

Yamaha MT-15 Terbaharu Dilancarkan Dengan Teknologi VVA

Yamaha MT-15 Terbaharu Dilancarkan Dengan Teknologi VVA

Yamaha Thailand dilapor telah melancarkan model naked MT-15 ke pasaran tempatan dengan pengenalan model yang ditambah baik itu dibuat sempena perlumbaan MotoGP Thailand yang berlangsung di Litar Buriram 2018.

Yamaha MT-15 Terbaharu Berteknologi VVA
Yamaha MT-15 2018.

Jentera yang sebelum ini dikenali sebagai MSlaz itu nampaknya hadir dengan reka bentuk lebih agresif, sama dengan rekaan model lebih besar seperto MT-07, MT-09 dan MT-10.

Lihat sahaja pada bahagian lampu utama jenis LED yang nampak seperti kepala robot Transformers. Roda hadapan menggunakan suspensi jenis upside-down sama seperti model terdahulu.

Reka bentuk tangki yang melekuk ke dalam pastimemberi posisi tungan lebih selesa. Manakala kisi radiator pada bahagian bawah tangki mengambil inspirasi rekaan MT-07.

Dari segi chasis pula, MT-15 dibina di atas kerangka Deltabox bersama lengan ayun dan rekaan rim yang sporty.

Yamaha MT-15 Terbaharu Berteknologi VVA
Yamaha MT-15.

MT-15 2018 dikuasakan oleh enjin bersesaran 1,555cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

Mt15 ampu menjana kuasa mencecah 19.3hp dan tork 14.7Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama ciri slipper clutch, rangkaian kuasa sama yang digunakan pada model Yamaha R15 baharu.

Maklumat tunggangan seperti kelajuan, penggunaan bahan api, odometer dan trip meter dipaparkan menerusi meter LCD.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Sunday, September 23, 2018

Petronas FP-1, Superbike Pertama Malaysia Enjin 899cc

Petronas FP-1, Superbike Pertama Malaysia Enjin 899cc

Ini cerita pasal superbike pertama Malaysia yang dinamakan Petronas FP-1. Kalau anda mengikuti perkembangan dunia motosikal tempatan, pasti ingat akan kemunculan superbike ini dalam arena global.

Petronas FP-1, Superbike Pertama Malaysia Enjin 899cc

Kisahnya bermula pada sekitar tahun 2003 di mana Petronas melibatkan diri dengan satu projek khas bersama dengan Sauber Petronas Engineering untuk menyertai MotoGP.

Namun akhirnya mereka membuat keputusan untuk menyertai WSBK ataupun Kejuaraan Superbike Dunia. Era ini adalah zaman emas di mana Proton juga bekerjasama dengan Kenny Roberts dalam pasukan Proton Team KR.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur WSBK ialah, Petronas mesti menghasilkan sekurang-kurangnya 150 unit FP-1 untuk pasaran sebagai homolagasi. Atas hasrat itu, maka lahirlah sebuah superbike pertama di Malaysia.

Pasukan Petronas untuk WSBK ini dikenali dengan nama Foggy Petronas Racing mengambil sempena nama juara WSBK dari Britain sebanyak 4 kali, Carl Fogarty. Kerjasama ini penting untuk mengkomersilkan teknologi F1 yang ada pada motosikal ini.

Antara pelumba yang pernah menunggang motosikal ini ialah Troy Corser, Chris Walker, James Haydon, Garry McCoy, Craig Jones dan Steve Martin. Bagaimanapun pasukan ini hanya berjaya menaiki podium sebanyak 3 kali sahaja.

Apabila Petronas membuat keputusan untuk menyertai WSBK, Sauber tak bersetuju dan telah menarik diri kerana kurang berminat dengan WSBK.

Petronas kemudian mengadakan kerjasama dengan Suter Racing Technology yang mempunyai sejarah yang panjang dalam kejuaraan Grand Prix untuk membangunkan enjin FP-1.

Firma kejuruteraan dari UK, MSX International pula telah dipilih menghasilkan model versi jalanan.

Kenapa motosikal ini kurang menyerlah dalam WSBK?

Antara sebabnya ialah sewaktu motosikal ini dibangunkan, kapasiti maksima enjin yang ditetapkan untuk motosikal 3 selinder ialah 900cc. FP-1 dihasilkan dengan enjin 899cc.

Bagaimanapun, bila ia membuat kemunculan pertama pada tahun 2003, undang-undang baru FIA membenarkan kapasiti sehingga 1000cc.

Jadi, FP-1 sudah ada kekurangan berbanding jentera lain. Ini macam tak adil! Kita dah kurang 100 cc berbanding jentera lain.

Pengeluarannya juga banyak tertunda akibat pelbagai masalah. Tapi akhirnya pengumuman dibuat pada tahun 2005 tentang kemasukan motosikal ini di pasaran.

75 unit dihasilkan di UK untuk pasaran di sana dan 75 lagi dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah untuk pasaran tempatan. Kemudian, masalah timbul lagi bila FP-1 tidak mempunyai rangkaian pengedar untuk jualan.

Di Malaysia pula cuma ada satu pengedar tunggal, NAZA Bikers Dream. Sejak dari saat ini, berita FP-1 seolah-olah tenggelam dalam media massa.

Persoalannya di mana motor-motor ini sekarang?

Pada tahun 2010, pihak MCN (Motorcyclenews UK) telah menemui 60 unit FP-1 di dalam sebuah gudang di Essex.

Dikatakan pada tahun 2012, motor-motor UK ini dimiliki oleh Ark R&D tapi kemudiannya sebanyak 129 unit telah dijual kepada syarikat Malaysia yang dinamakan Momoto. Ia kemudian diberi penjenamaan semula dan dikenali dengan nama MM1.

Motosikal ini dilancarkan dengan bergaya, tak lama dahulu dan ia antara berita yang cukup membanggakan kita.

Namun yang demikian, projek ini tergendala lagi bila didapati cukai dan duti kastam semua motosikal belum dijelaskan.

Semua unit telah dirampas oleh pihak berkuasa dan Momoto telah memfailkan saman sebanyak RM83 juta terhadap Petronas yang sehingga hari ini belum ada penyelesaiannya.

Sementara itu pakar-pakar berpendapat semakin lama motosikal itu disimpan, semakin tinggi nilainya.

Dianggarkan harganya sekarang jika berjaya dipasarkan ialah sekitar 20,000 hingga 25,000 pound sterling.

Dalam RM tak mahal pun (sambil goncang tabung ayam), sekitar RM150,000 untuk sebuah motosikal keluaran tahun 2005.

Itulah harga yang perlu dibayar untuk nilai eksklusif sesuatu benda. Adakah anda rasa mahal? Sebenarnya tidak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Tuesday, September 04, 2018

Ducati Panigale V4 Superbike Paling Berkuasa 2018

Ducati Panigale V4 Superbike Paling Berkuasa 2018

Ducati telah melancarkan Ducati Panigale V4 pada bulan September 2017 lepas dan dibekalkan dengan enjin Stradale V4 1,103cc dengan nisbah mampatan 14:1 dan offset 90 darjah antara selinder sama seperti digunakan pada Desmosedici GP Big-Bang.

Ducati Panigale V4

Ducati mendakwa ia mampu menghasilkan 214 hp pada 13,000 rpm dengan tork maksima 120 Nm @10,000 rpm. Agak-agak berapa angka kuasanya bila diukur pada tayar belakang?

Ini kerana ujian-ujian sebelum ini membuktikan penurunan kuasa 10 peratus pada tayar belakang berbanding dakwaan pengeluar.

Moto Rapido Ducati, sebuah syarikat pengedar Ducati UK telah menguji Ducati Panigale V4S menggunakan alat Dynojet 250i. Kesemua tiga varian Ducati Panigale V4, V4S dan V4 Speciale telah melalui ujian ini.

Hasil ujian yang dijalankan telah membuktikan yang Panigale V4S ini mampu menghasilkan 202 hp kuasa maksima pada 13,000 rpm dan 119 Nm tork pada 11,000 rpm.

Angka yang dicapai ini cukup penting bagi memastikan kelancaran antara kuasa dan tork malah, tidak ada sebarang kegagalan dilaporkan terhadap sistem enjin sewaktu ujian dijalankan.

Motosikal yang diuji pula adalah dalam keadaan standard menggunakan petrol Shell dan tayar-tayar Supercorsa Diablo SP.

Kalau sudah diubahsuai tidak mustahil ia akan mencatakan kuasa yang lebih tinggi.

Kehebatan Panigale V4S menembusi angka kuasa maksima 200 hp merupakan satu kejayaan besar kerana semua superbike lain yang diuji pada 2017 gagal menembusinya.

Untuk rujukan, Aprilia RSV4 RR berjaya menghasilkan 180.4 hp @13,200 rpm, Honda CBR1100RR (153.2 hp @ 10,600 rpm), Kawasaki ZX-10R (167.5 hp @ 11,800 rpm, Yamaha YZF-R1 (162.8 hp @ 12,300 rpm), BMW S1000RR (177.1 hp @ 13,300 rpm) dan Suzuki GSX-R1100 (161.0 hp @ 11,000 rpm).

Ujian tersebut telah dilakukan oleh Motorcycle.com.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Saturday, September 01, 2018

Anda Pernah Dengar Perlumbaan Formula E?

Anda Pernah Dengar Perlumbaan Formula E?

Walaupun mirip seperti jentera F1, tetapi perlumbaan Formula E hanya menggunakan kuasa elektrik untuk membawa kereta daripada petak mula sehingga ke petak penamat dan telah pun memulakan perlumbaan pertamanya di China pada 13 September 2014.

Anda Pernah Dengar Perlumbaan Formula E?

Secara umumnya, Formula E ditandingi oleh 10 pasukan dengan dua pemandu bagi merebut kejuaraan kategori pemandu dan juga pembuat.

Dan ianya dilangsungkan di litar-litar jalanan kebanyakan bandar besar, malah Putrajaya juga pernah menjadi tuan rumah untuk dua musim yang pertama.

Walaupun bertanding bagi kategori Pembuat, ianya ada sedikit berbeza seperti F1.

Ini kerana chasis dan baterinya telah pun dibekalkan dari awal lagi oleh Spark Racing Technology yang mana sebanyak 42 unit jentera telah pun dipesan bagi kegunaan pasukan yang bertanding fasa musim pertama perlumbaan.

Dengan unit motornya direka oleh McLaren, dianggarkan setiap jentera mempunyai kuasa sekitar 200kw (270 hp) dan hanya memerlukan 3 saat sahaja dari titik pegun untuk mencecah sehingga ke 100km/j. Tetap laju serupa pelesit.

Bagi merancakkan lagi persaingan, bermula musim kedua pasukan pembuat dibenarkan untuk membuat sendiri motor elektrik, inverter, kotak gear dan sistem penyejukan sendiri.

Antara pasukan yang membina sendiri powertrain mereka seperti DS Virgin Racing dan juga NextEV Formula E Team.

Untuk tayar pula, ianya dibekalkan oleh Michelin bersaiz 18 inci yang sesuai digunakan untuk perlumbaan basah mahupun kering.

Manakala untuk Hentian Pit, pemandu wajib berhenti menukar jentera (setiap pemandu akan mempunyai 2 unit) kerana limitasi keupayaan bateri. Jenuh juga kalau nak cucuk PowerBank pula nanti kan.

Bagi membuatkan perlumbaan bertambah menarik dan juga sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian peminat, FanBoost diperkenalkan yang mana peminat boleh mengundi atas talian pelumba mereka minati.

Tiga pelumba yang menang dibenarkan untuk menggunakan boost ini hanya sekali sahaja dan ianya berupaya untuk memberikan kuasa tambahan sekitar 100kj.

Kira memadailah kalau nak memotong di selekoh saat akhir.

Tahukah pembaca semua juga bahawa medan Formula E ini juga sebetulnya berupaya untuk menjadi batu loncatan kepada pelumba muda ataupun berfungsi sebagai talian hayat buat bekas pelumba F1.

Antara pelumba muda yang berkaliber ialah Daniel Abt dan juga Alex Lynn.

Pembaca juga sudah tentu mengenali barisan bekas pelumba F1 seperti Nick Heidfeld, Lucas di Grassi, Nelson Piquet Jr. dan tak lupa juga pendahulu Formula E musim ketiga, Sébastien Buemi.

Setidaknya, karier perlumbaan satu tempat duduk ini masih punya ruang buat mereka sekali gus menarik perhatian peminat untuk hadir menonton ke litar.

Tidaklah sebab hadir tu hanya kerana nak lihat betis sama peha makwe litar, ia tak?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Thursday, August 30, 2018

Nak Tukar Minyak Engine Bugatti Veyron, Sediakan RM80K!

Nak Tukar Minyak Engine Bugatti Veyron, Sediakan RM80K!

Kedengarannya macam tak logik, tapi itulah kos sebenar untuk menyelenggara hypercar Bugatti Veyron, dengan bekalan enjin 1,000 kuasa kuda, ia adalah kereta produksi terpantas ketika diperkenalkan.

Nak Tukar Minyak Engine Bugatti Veyron, Sediakan RM80K!

Pada tahun 2015, seorang pemilik Bugatti Veyron di California AS telah memuatnaik video, kos untuk menukar pelincir Veyron dan ianya ialah USD20,000.

Kemudian, UNILAD telah memuatnaik satu lagi video dan ia juga tidak beza banyak. Kos menggantikan pelincir sebuah Veyron ialah USD21,000 (RM85,000).

Sebenarnya, bukan tukar minyak hitam sahaja yang mahal.

“Membela” Bugatti Veyron bermakna pemiliknya benar-benar kaya dan mampu.

Sebagai contoh, satu set empat biji tayar kereta ini harganya ialah RM120,000 dan ia perlu dipesan dari kilangnya. Tidak boleh pergi kedai tayar di Klang!

Dan bukan sahaja tayar itu mahal, rim pada kereta ini hanya boleh dibuka pasang tayar sebanyak empat kali sahaja. Penukaran tayar untuk kali kelima mesti dibuat dengan menukar rimnya sekali.

Dan harga rimnya ialah sama dengan sebuah Toyota Vellfire 3.5 Executive Lounge iaitu sekitar RM488,000.

Ia mesti dibuat kerana tayar asal kereta ini “digam” terus pada rim. Ia bukan pemasangan biasa seperti di kedai tayar Ah So di Gombak.

Secara purata, kos penyelenggaraan sebuah Bugatti Veyron ialah sekitar RM120,000 setahun dan dua per tiga daripada kos ini pergi kepada servis pelinciran.

Menurut pakar, ia bukanlah setakat buka drain plug di bawah sump tank dan ganti minyak pelincir baru. Ia lebih daripada itu.

Bahagian-bahagian penting seperti penutup rocker, kepala silinder perlu dibuka supaya dapat dipastikan pelinciran melalui kesemua kawasan enjin.

Enjin W12 Bugatti Veyron sangat besar dan sedikit sahaja kesilapan akan menyebabkan kereta ini tersadai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Friday, June 01, 2018

Samsung Galaxy Note 9 Bakal Smartphone Terpantas Android

Samsung Galaxy Note 9 Bakal Smartphone Terpantas Android

Tidak lama lagi sebelum Samsung bakal melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 9, Samsung nampaknya bersedia untuk menawarkan spesifikasi terbaik khusus buat para pengguna.

Samsung Galaxy Note 9

Berdasarkan ura-ura, Samsung dijangkakan bakal menyertakan processor Exynos 9810 bersama 8 GB RAM.

Difahamkan processor ini bakal menawarkan kepantasan dan kecekapan yang lebih baik berbanding Snapdragon 845.

Selain itu, pengguna model ini dijangkakan bakal ditawarkan dengan ruang storan sehingga 512 GB.

Samsung Galaxy Note 9

Dari segi harga, tanda harga dibawah RM4,000 seperti model Samsung Galaxy Note 8 antara yang dijangkakan bagi model premium daripada Samsung ini.

Agak-agak apa pula inovasi terbaru yang bakal dibawakan Samsung pada kali ini?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, May 18, 2018

Qalam, Hantar Kad Ucapan Ramadhan Secara Online Kepada Rakan

Qalam, Hantar Kad Ucapan Ramadhan Secara Online Kepada Rakan

Menjelang bulan Ramadhan, kini Google telah melancarkan sebuah penawaran baru mereka yang dinamakan sebagai Qalam.

Qalam, Hantar Kad Ucapan Ramadhan Kepada Rakan

Melalui Qalam, Google membolehkan para pengguna untuk menghantar kad ucapan yang unik kepada rakan-rakan melaluinya.

Pada laman Qalam, Google menyediakan sejumlah pilihan kad ucapan interaktif yang mana hadir dengan rekaan cantik dan kemas.

Pengguna seterusnya boleh memilih sesuatu kad ucapan interaktif berkenaan dan seterusnya membuat perubahan kosmetik dari segi warna.

Selesai membuat perubahan, pengguna seterusnya boleh memilih untuk terus berkongsi kad ucapan berkenaan kepada rakan-rakan atau ke media sosial dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Qalam dan mula membuat kad ucapan Ramadhan anda tersendiri hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Tuesday, May 08, 2018

5 Fungsi Terbaharu Whatsapp Berikan Admin Grup Kuasa Veto!

5 Fungsi Terbaharu Whatsapp Berikan Admin Grup Kuasa Veto!

Nampaknya selepas ini, semua orang hendak menjadi admin untuk WhatsApp Group masing-masing selepas pengarahnya, Mubarik Imam mengumumkan beberapa penambah baikan membabitkan aplikasi itu semasa persidangan F8 Developer.

5 Fungsi Terbaharu Whatsapp Berikan Admin Grup Kuasa Veto!

Katanya, 450 juta pengguna WhatsApp akan mula menggunakan fungsi terbaru ini “tidak lama lagi”.

Menariknya, kebanyakan daripada penambahbaikan ini akan menguntungkan para admin di dalam Grup WhatsApp.

Hmmm, apa kelebihan baru itu?

1. Hanya admin yang boleh mengubah deskripsi grup, ikon gambar dan subjek (nama) grup tersebut.

Ahli grup tidak lagi dibenarkan untuk mengubah apa-apa data.

2. Namun, jika admin ingin memberikan kebenaran kepada mana-mana ahli grup untuk mengubah data, dia boleh berbuat sedemikian.

Contohnya, jika di dalam grup ada ketua dan pembantunya, ketua boleh membenarkan pembantu mempunyai kuasa admin tersebut.

3. Admin juga mempunyai kuasa ‘Restrict Group’ di mana dia boleh menghentikan semua ahli grup daripada menaip mesej.

Pada masa yang sama, hanya admin yang boleh memberikan mesej kepada orang lain. Wow!

Jadi bagaimana ahli nak menaip mesej penting?

Mereka perlu menekan butang ‘Message Admin’ untuk menyeru Admin memberikan mereka kebenaran agar mesej mereka boleh dibaca oleh semua ahli lain.

Gila kuasa betul ni.

Admin tangkas tangani mesej ahli ke nanti?

Namun khabarnya, perbuatan “menutup mulut ahli lain” ini hanya boleh bertahan untuk 72 jam saja.

Macam fungsi mute juga yang mempunyai kekangan masa tertentu.

4. Selain itu, salah satu kuasa baru untuk admin WhatsApp juga adalah ‘Admin Settings’.

Hanya admin grup yang boleh melihat fungsi ini di mana dia boleh mengubah beberapa setting pada grup tersebut.

5. Paling menarik, WhatsApp juga khabarnya akan memperkenalkan fungsi Group Video Call kepada penggunanya!

Buat masa ini, fungsi tersebut hanya boleh digunakan di antara 1 pengguna ke 1 pengguna lain.

Sama seperti Group Live Video di Instagram yang membabitkan dua pihak saja.

Tak lama lagi, korang boleh memasukkan 4 orang dalam sebuah video call.

Bolehlah buat meeting tergempar atau sesi ‘membawang’ selepas ini dengan lebih mudah. Hehe.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Sunday, April 29, 2018

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang berpangkalan di Malaysia dan menawarkan harga langganan yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain.

iFlix 3.0 Bakal Perkenalkan Versi Percuma Disokong Pengiklanan

Terkini, selain daripada hanya bergantung kepada langganan, iFlix akan memperkenalkan iFlix versi percuma kepada umum.

iFlix versi percuma ini akan diperkenalkan dibawah iFlix 3.0 kelak, dimana ia akan turut hadir dengan sokongan pengiklanan.

Disamping akses kepada pelbagai rancangan, ia juga akan menyertakan akses kepada siaran TV percuma terus melalui iFlix.

Apakah had sepenuhnya dan perbezaan berbanding pelan berbayar masih tidak diketahui, selain daripada pengiklanan.

Selain daripada itu, iFlix juga dijangka akan menambah kandungan bersaiz kompak pada perkhidmatan mereka melalui Studio 215.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan iFlix 3.0 ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz


Thursday, April 26, 2018

Facebook Sekat Perkongsian Aplikasi Pihak Ketiga

Facebook Sekat Perkongsian Aplikasi Pihak Ketiga

Sudah menjadi kebiasaan sebelum ini untuk mana-mana aplikasi yang anda log masuk menggunakan akaun Facebook untuk menerbit perkongsian terus melalui profil anda.

Facebook 3rd party apps

Kini, dengan skandal data melibatkan Facebook, gergasi laman sosial berkenaan turut melihat kepada arena ini.

Bermula Rabu (25 April 2018), sebarang aplikasi baru yang dibuat di Facebook tidak lagi boleh menerbitkan perkongsian melalui profil pengguna.

Sementara untuk aplikasi sedia ada, ia tidak lagi boleh menerbitkan perkongsian melalui profil pengguna bermula 1 Ogos 2018 kelak.

Sebagai ganti untuknya, Facebook mengalakkan para pembangun menggunakan butang perkongsian Share – sekaligus membuatkan seseorang pengguna melakukan perkongsian dengan pilihan mereka dan bukannya secara automatik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Monday, April 16, 2018

Antonov An-225 Mriya Pesawat Terbesar, Terberat Dan Terpanjang Di Dunia

Antonov An-225 Mriya Pesawat Terbesar, Terberat Dan Terpanjang Di Dunia

Pesawat paling besar di dunia, Antonov An-225 Mriya, adalah sebuah pesawat kargo gergasi milik Ukraine yang digunakan sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Antonov An-225 Mriya Pesawat Terbesar, Terberat Dan Terpanjang Di Dunia

Ukraine berjaya membuktikan bahawa, dalam sesetengah bidang seperti aeroangkasa dan pembinaan kapal terbang, mereka menjadi antara peneraju di dunia.

Dengan ukuran 84 meter panjang dan 18 metet tinggi, Antonov An-225 mampu membawa berat berlepas maksimum 640,000 kilogram atau 640 tan.

Kelebihan pesawat Antonov An-225 Mriya bagi pelanggan adalah, ia lebih cepat dan murah untuk menghantar kargo berat dengan menggunakan pesawat ini kerana ia bersamaan dengan lima pesawat kargo biasa.

Antonov An-225 menggunakan enam enjin dan memiliki sayap berukuran 88 meter panjang dan 32 tayar.

Direka bentuk oleh Antonov pada akhir 1980-an, Antonov An-225 adalah pesawat terbesar, paling panjang dan paling berat yang pernah dibina setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia

sumber: bernama

Wednesday, April 04, 2018

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Pada tahun 1973, Steve Jobs pernah membuat permohonan kerja di sebuah syarikat dan surat permohonan ini entah bagaimana disimpan rapi sehingga kini.

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Surat ini dijual dalam satu acara lelongan oleh syarikat lelongan RR dan pada mulanya dijangka dijual pada harga hanya USD50,000 tetapi, dalam acara lelongan sebenar, ianya terjual pada harga USD174,757 (RM684,000+-) lebih 3 kali ganda harga ianya dijangka terjual.

Permohonan kerja ini dibuat selepas beliau drop out daripada Reed College pada tahun 1992 dan menurut naib presiden RR Auction, Booby Livingston berkata individu yang membida surat kerja Steve Jobs ini adalah entrepreneur yang menjadikan Steve Jobs sebagai idola mereka.

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

“Dokumen ini adalah sesuatu yang sangat menarik tentang perjalanan hidup Steve Jobs. Sewaktu ini beliau tidak mempunyai apa-apa tetapi ketika ini, beliau adalah salah seorang insan yang paling hebat pernah muncul di abad ini,” kata Livingston.

Antara barangan lelongan lain yang mempunyai kaitan dengan Steve Jobs yang turut terjual adalah buku manual Mac OS X yang mempunyai tandatangan Steve Jobs (USD41,806) dan newspaper clipping dengan tandatangan Steve Jobs (USD26,950).

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Itulah nilai untuk barangan Steve Jobs ketika ini.

Tiada maklumat tentang siapa pembeli untuk barangan ini ketika ini namun, yang pasti mereka sangat sanjungi jasa Steve Jobs kepada Apple dan dunia teknologi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Maksud ‘i’ Pada Produk Apple Akhirnya Terbongkar

sumber: thevocket

Wednesday, March 14, 2018

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Leica sememangnya jenama kamera premium sejak dari dahulu lagi, menawarkan kemasan secara handmade serta penawaran lensa yang memukau antara yang membuatkan jenama ini berjaya memiliki jumlah peminat yang ramai.

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Pada awal Mac 2018 ini, model kamera Leica 0-series yang dihasilkan pada tahun 1923 berjaya menjadi kamera Leica termahal pernah dijual dengan harga bidaan $2.95 juta (~RM11.5 juta).

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta
Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta
Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta
Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Difahamkan, kondisi yang kelihatan seakan kamera baru serta masih berfungsi antara yang membuatkan kamera berusia 95 tahun ini mendapat tanda harga yang tinggi.

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Lebih unik, cuma 25 unit kamera dihasilkan berdasarkan model ini. Rare bukan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ibnu Al-Haitham, Ilmuwan Islam Pencipta Pertama Kamera

sumber: thevocket

Tuesday, March 13, 2018

Tempoh Masa Memadam Mesej Typo Di WhatsApp Dipanjangkan

Tempoh Masa Memadam Mesej Typo Di WhatsApp Dipanjangkan

Ketika mula-mula diperkenalkan sebagai cara untuk memadam mesej yang tidak sengaja dihantar atau mengandungi typo, fungsi yang tersedia di WhatsApp ini mendapat kemaskini terbaru.

Tempoh Masa Memadam Mesej Typo Di Whatsapp Dipanjangkan

Fungsi yang memberikan peluang kepada para pengguna WhatsApp memadam mesej yang dihantar kurang daripada tujuh minit kini telah dipanjangkan kepada satu jam dan lapan minit.

Pertambahan masa untuk anda memadam mesej ini membolehkan para pengguna mempunyai masa yang lebih lama untuk menyemak semula mesej yang dihantar khususnya di WhatsApp Group.

Pastikan anda mengemaskini aplikasi WhatsApp sebelum menggunakan fungsi terbaru daripada WhatsApp ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

sumber: thevocket

Friday, March 02, 2018

Vodafone dan Nokia Rancang Bina Rangkaian 4G Di Bulan!

Vodafone dan Nokia Rancang Bina Rangkaian 4G Di Bulan!

Bulan yang merupakan satelit tunggal semula jadi bumi akan mendapat rangkaian mudah alih pertamanya pada tahun 2018 depan selepas syarikat Vodafone di Jerman dan Nokia di Finland merancang untuk membawa liputan Evolusi Jangka Panjang (LTE) ke angkasa lepas dengan memasang rangkaian 4G.

Vodafone dan Nokia Rancang Bina Rangkaian 4G Di Bulan!

Rancangan itu turut diumumkan pengeluar kereta Audi yang memaklumkan mereka akan bekerjasama untuk menyokong misi tersebut selepas hampir setengah abad angkasawan pertama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) menjejakkan kaki di permukaan bulan untuk pertama kali dalam sejarah manusia.

Menurut syarikat telekomunikasi terbabit, mereka akan turut bekerjasama dengan saintis PT, sebuah syarikat penerokaan angkasa berpusat di Berlin sebagai persediaan untuk menghantar peralatan ke bulan.

Isyarat 4G itu juga akan dapat menghantar video streaming berdefinisi tinggi dari bulan ke pusat kemudahan kawalan misi di Berlin.

Vodafone memberitahu, ia telah melantik Nokia sebagai rakan teknologinya untuk membangunkan rangkaian gred angkasa terdiri daripada peranti kecil yang beratnya kurang daripada sekilogram.

"Projek ini melibatkan pendekatan sangat inovatif terhadap pembangunan infrastruktur rangkaian mudah alih," kata Ketua Pegawai Eksekutif Vodafone, Hannes Ametsreiter.

Rangkaian tersebut membolehkan kenderaan jelajah bulan Audi berkomunikasi dengan stesen pangkalan terletak di Modul Pendaratan Autonomi dan Navigasi (Alina) yang merupakan kapal angkasa dibina ahli saintifik PTS untuk mendaratkan kenderaan robotik di bulan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian