Monday, June 27, 2016

Kereta Lumba 'Aston Martin' Berusia 70 Tahun Berharga RM3.9 Juta!


Sebuah kereta Aston Martin usang berusia 70 tahun berjaya dijual dengan harga 679,100 pound (RM3.9 juta) dalam lelongan di jualan Festival Goodwood Speed Bonhams di Sussex, England, baru-baru ini.

Aston Martin.jpg

Walaupun hampir keselu­ruhan cat kereta tersebut telah tertanggal malah tangki yang boleh mengisi 48 gelen minyak hilang selain jeriji radiator diubah suai, pembeli yang tidak mahu dikenali itu sanggup berbelanja sedemikian bagi memiliki kereta tersebut.

Kereta lumba selepas Perang Dunia Kedua, Aston Martin DB2 Fixed-Head Coupe itu tidak digunakan sejak berdekad-dekad lamanya selain pernah dicuri daripada pemiliknya pada 2002.

Aston Martin [2].jpg

Menurut laporan Mail Online, kereta tersebut yang mempu­nyai nombor pendaftaran UMC 65, pernah menyertai pertandingan lumba kereta Circuit de la Sarthe, 67 tahun yang lalu.

Walaupun telah berusia 70 tahun, kereta tersebut masih mempunyai bahagian-bahagian asal kereta lumba yang direka untuk berlumba dalam pertandingan selama 24 jam termasuk mempunyai logo Le Mans pada penutup radiator dan pengisi minyak.

Menurut jurucakap Bonhams, kereta itu adalah satu-satunya kereta lumba tahun 1949 yang masih ada sehingga ke hari ini dan pernah memenangi tempat ketujuh pada pertandingan lumba kereta pertama selepas perang dunia terbabit, Grand Prix d’Endurance melalui pemandu­nya, Arthur Jones dan Nick Haines.

Aston Martin [3].jpg

Kereta berkenaan merupakan yang pertama dibina pasukan David Brown Aston Martin dan kehebatannya merupakan mercu tanda jenama Feltham.

Menurut Tim Schofield dari bahagian kereta Bonham, kereta berkenaan bukan sahaja mempunyai sejarah kereta lumba yang menarik malah merupakan kereta yang amat penting dalam sejarah kereta jenama Britain.

“Kereta itu merupakan permulaan pengeluaran kereta DB yang masih dibina oleh Aston Martin sehingga ke hari ini,” katanya.

Aston Martin [4].jpg

Walaupun masih lengkap dan mengekalkan keasliannya, kereta tersebut memerlukan banyak penyelenggaraan kerana terbiar sejak bertahun-tahun lamanya, selain tidak pernah dihidupkan sejak 40 tahun lalu.

BACA INI JUGA: P1, Rekaan Pertama Kereta Elektrik Porche 116 Tahun Lalu!

Sumber: Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon