Saturday, February 01, 2014

P1, Rekaan Pertama Kereta Elektrik Porche 116 Tahun Lalu!


Mungkin ramai yang beranggapan bahawa penggunaan kereta elektrik adalah satu inspirasi zaman moden. Namun, jangkaan tersebut disangkal sama sekali oleh Porche.

Porche P1

Syarikat tersebut baru-baru ini telah membaikpulih sebuah kereta Porche yang dikenali sebagai P1, kereta elektrik yang direka oleh Ferdinand Porsche 116 tahun yang lalu, pada tahun 1898 yang merupakan kereta pertama rekaan beliau.

Walaupun hanya dilengkapi dengan enjin 3 kuasa-kuda serta jarak pemanduan sejauh 50-batu pada satu-satu masa, kereta ini sudah cukup laju untuk memenangi perlumbaan kereta elektik pada tahun 1899.

P1 kini dipamerkan di Muzium Porsche di Stuttgart, Jerman. -Engadget

Sejarah Jenama Porsche

Porsche 64 [2]

Porsche adalah satu nama besar dalam dunia automotif. Daripada kanak-kanak hinggalah golongan berusia, masing-masing mengenali dan mengagumi kereta yang berasal dari Stuttgart, Jerman itu.

Menyusuri sejarah jenama tersebut, Porsche diasaskan oleh Profesor Ferdinand Porsche yang pada awalnya menawarkan perkhidmatan konsultansi dan pembangunan kenderaan.

Antara bisnes awal yang diterima Porsche adalah daripada kerajaan Jerman untuk membina kereta rakyat. Kereta rakyat itu ialah Volkswagen Beetle.

Porsche 64 yang merupakan model pertama Porsche berkongsi banyak komponen dengan model Beetle. Pada tahun 1948, model kedua Porsche iaitu 356 dibina oleh Ferry Porsche iaitu anak kepada pengasas jenama itu. Sekali lagi, model tersebut berkongsi komponen dengan model Beetle seperti enjin, transmisi dan suspensi.

Lebih menarik lagi, model 356 dibina selepas Ferry Porsche gagal menemui model dalam pasaran yang kena dengan jiwanya dan langsung membina sendiri kereta idamannya.

Berpuluh-puluh tahun kemudian, reka bentuk Porsche masih tetap sama. Cuma modifikasi dilakukan sedikit supaya ia kekal relevan dengan peredaran zaman. Tetapi model yang dipaparkan kali ini iaitu Cayenne Turbo S sungguh radikal.

Kekalkan identiti Porsche

Cayenne Turbo S
Cayenne Turbo S.

Model SUV yang dikeluarkan pada tahun 2002 itu memecah tradisi Porsche yang sebelum ini hanya mengeluarkan kereta sport dua pintu. Walaupun badannya jauh lebih besar, namun Cayenne masih lagi mengekalkan identiti Porsche seperti aplikasi rekaan lampu utama, lampu belakang, bonet dan bampar.

Senang kata, sekali lalu orang boleh mengecam bahawa model itu adalah keluaran Porsche. Selain Cayenne, Porsche turut mengeluarkan sebuah lagi model yang lari daripada tradisi iaitu Panamera, sebuah sedan sport empat pintu.

Strategi yang langsung lari daripada tradisi bukanlah pelik dalam keadaan ekonomi tidak menentu demi survival memandangkan kehendak pelanggan adalah jauh lebih penting daripada ego pengeluar. Lagi pun, bukan semua orang kaya menyukai kereta sport dua pintu.

Berdasarkan kepada laporan agensi berita Newspress, pada tahun 2010 Porsche mengeluarkan Cayenne generasi kedua menerusi beberapa varian seperti Hybrid, Diesel, GTS dan Turbo.

(Baca: Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia! )

Tidak cukup dengan itu, Porsche turut mengeluarkan model terkini dan paling berkuasa iaitu Turbo S yang memiliki kuasa mencecah 550hp. Dengan pakej kerangka, sistem pacuan empat roda dan kuasa enjin, model SUV tersebut lebih berprestasi berbanding mana-mana kereta sport yang ada dalam pasaran.

Model Turbo S mempunyai ekstra 50hp berbanding model Cayenne Turbo. Peningkatan tork daripada 700Nm kepada 750Nm diterjemahkan kepada kuasa pecutan dan kelajuan maksimum yang lebih tinggi.

Pecutan dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya mengambil masa 4.5 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 282km/j. Cayenne Turbo S dikonfigurasi dengan terperinci bagi mencapai dinamik prestasi yang maksimum.

Justeru, model tersebut dipasang dengan sistem kawalan yang bersesuaian dengan prestasinya sebagai peralatan standard. Berkongsi dengan model Turbo, Cayenne Turbo S menggunakan komponen yang sama seperti supspensi dan kawalan PASM damping control.

Peralatan lain ialah Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) yang bertanggungjawab mengurangkan sudut olengan semasa di selekoh tajam, sekali gus memperbaiki kelincahan dan keselesaannya.

Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) juga merupakan peralatan standard yang menggabungkan torque vectoring pada roda belakang dengan rear differential lock kawalan elektronik untuk meningkatkan aspek cengkaman, seterusnya menjadikan SUV itu lebih sedap dipandu dalam apa jua kondisi pemanduan.

Penampilan luaran Cayenne Turbo S amat jelas dalam memberi isyarat kuasa yang dimilikinya. Rekaan menonjol ialah gril yang mempunyai liang udara, perumah lampu utama dan cermin yang diwarnakan hitam berkilat.

Roda aluminium bersaiz mega iaitu 21 inci yang diberi nama 911 Turbo II pula direka khas untuk model Cayenne Turbo S. Pada bahagian dalaman, pereka Porsche telah memberi pakej warna dan corak yang segar khusus untuk model itu.

Kombinasi warna istimewa yang tersedia ialah kombinasi Black/Carrera Red atau Black/Luxor Beige. Pakej Interior Carbon pula menjadi pelengkap kepada tema warna merah tersebut untuk menambah lagi kemasan model tersebut.

Di United Kingdom, Cayenne Turbo S akan dipasarkan pada Januari 2013. Harga yang ditawarkan bermula dari £107,460 pound sterling atau kira-kira RM527,000 seunit.

Untuk pengetahuan anda, harga Cayenne Turbo di pasaran tempatan ialah RM970,000 manakala harga Cayenne Turbo S masih belum ditentukan. Agak-agaknya berapakah harganya nanti? Pasti melebihi takat harga RM1 juta. -Kosmo

BACA INI JUGA: Kereta Peronda Abu Dhabi Hypercar Paling Mahal Di Dunia!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon