Tuesday, December 11, 2018

16 Jenis Manusia 'Beracun' Yang Anda Patut Jauhi

16 Jenis Manusia 'Beracun' Yang Anda Patut Jauhi

Macam mana nak tahu samada anda ini, jenis manusia beracun? Atau lebih tepat lagi, macam mana nak tahu perangai anda sebenarnya, di mata orang lain? Cara paling mudah adalah dengan melihat perangai kawan-kawan rapat yang anda sering bertemu dan melepak bersama.

Kawan buruk perangai

Kalau majoriti kawan-kawan yang sering anda jumpa adalah dari kalangan manusia beracun, maka ada kemungkinan besar, anda juga masuk dalam kategori manusia beracun. Oleh itu, amat penting untuk anda tapis, dengan siapa kawan-kawan yang boleh dijadikan kawan rapat.

Berkawan dengan semua orang boleh, memang tak ada masalah tapi, kawan rapat perlu dipilih dengan teliti.

Kawan rapat yang saya maksudkan di sini, ialah kawan-kawan yang anda sering berjumpa dan habiskan masa bersama. Pastikan mereka jenis manusia baik yang mendatangkan manfaat untuk keselamatan anda dunia dan akhirat.

Cuba semak semua kawan-kawan yang anda banyak habiskan masa bersama selama ini. Ada tak mereka punyai salah satu atau lebih dari 16 sikap buruk yang beracun.

Berikut saya senaraikan jenis kawan-kawan yang elok untuk anda jauhkan diri. Kalau kuat, boleh nasihatkan agar mereka berubah. Tapi kalau tak kuat, pastikan supaya mereka tak jadi kawan rapat sangat.

1. Sentiasa bersangka buruk

Orang yang tak pernah nak fikir pasal benda baik akan berakhir dengan apa yang dia fikirkan. Semua yang berlaku disekelilingnya akan ditafsirkan secara negatif. Orang macam ini biasanya mati cepat, hidup tertekan dan sentiasa menyusahkan orang lain.

2. Tidak bertimbang rasa

Orang yang bertimbang rasa biasanya dapat menyelami perasaan orang lain. Segala tindakannya dipertimbangkan terlebih dahulu berdasarkan keadaan yang bersesuaian.

Orang yang tak bertimbang rasa tak ada langsung kemahiran menyelami perasan orang lain. Dia kasar tak kira tempat.

Jauhkan diri anda dari berkawan rapat dengan orang macam ini sebab dia hanya menjauhkan rezeki dan peluang anda untuk berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

3. Ambil banyak masa anda dengan sia-sia

Ada orang ambil banyak masa anda, tetapi masa yang anda berikan pada mereka tidak sia-sia. Anda dapat ilmu, manfaat kebendaan dan lain-lain yang diperlukan setiap kali anda habiskan masa dengan mereka. Orang macam ini memang terbaik untuk dijadikan kawan rapat.

Ada orang yang akan habiskan banyak masa anda, tapi kesemuanya hanyalah sia-sia sahaja. Buang masa dengan perkara tak berfaedah, duduk berjam-jam mengata sana sini, buat ulasan politik negara dan kritik semua orang.

Kalau tak cerita pasal orang, dia akan mengeluh ketidakadilan hidup yang dialaminya dan macam-macam lagi. Tak payah nak rapat dengan manusia beracun macam ni.

4. Sentiasa ada krisis dan konflik dengan orang lain

Setiap kali jumpa, ada saja krisis baru dengan orang yang lain. Itu tandanya dia yang bermasalah dan bukannya orang lain.

Tapi biasalah, dia akan tuduh semua orang lain punya masalah dan tak pernah nak mengaku masalah diri sendiri. Tak payah berkawan rapat dengan orang macam ni.

5. Sering pusing cakap

Orang yang suka pusing cakap bukan susanh sangat nak dikesan. Mereka jenis yang tak pernah mengaku silap. Jika ternyata salah pun, masih nak pusing sana sini untuk dibetulkan. Bukan pusing cakap saja, mereka juga suka berbohong. Letih kawan dengan orang macam ini.

6. Sentiasa mengkritik anda

Setiap kali jumpa dia akan kritik anda dengan bermacam sudut negatif. Hampir tak ada apa satupun yang anda ada dan yang anda buat boleh dipujinya.

Jika benarpun anda memang terlalu lemah sebegitu, kritik 100% tidak akan membantu anda untuk maju.

Kritik yang keterlaluan sepanjang masa juga menunjukkan orang tersebut memandang rendah dan tidak hormat pada anda. Daripada anda terus rasa lemah setaip kali bertemu dengannya, elok dijauhkan diri saja darinya.

7. Lebih suka bercakap dari mendengar

Ini amat mudah nak kesan. Mereka cakap tak berenti, potong cakap orang dan sebenarnya langsung tak dengar apa orang lain cakap.

Orang macam ini hanya buat anda rasa seperti berkawan dengan seekor burung kakak tua yang tak punya perasaan.

8. Asyik dia saja yang jadi mangsa

Kalau semua orang salah dan dia saja yang jadi mangsa keadaan dan mangsa orang lain, itu tanda yang amat jelas jenis manusia beracun.

Mereka tak punya sikap bertanggung jawab terhadap apa saja keadaan yang berlaku hatta walaupun pada diri mereka sendiri.

9. Suka sakitkan hati

Apa saja yang keluar dari mulutnya akan membuatkan orang sakit hati. Tindakannya juga sering menyakitkan hati.

Tak semestinya menyakitkan hati anda, tapi hati orang lain disekeliling. Ini jenis orang yang anda perlu jauhkan diri.

10. Suka berlebihan tambah garam

Apa saja ceritanya akan ditokok tambah berlebihan. Saiz S dijadikannya saiz XXL. Susah untuk percaya orang jenis macam tu.

Letih untuk tapis terlebih dahulu segala percakapannya dan ini membuang banyak masa. Jauhkan saja darinya.

11. Panas baran cepat naik darah

Tak boleh sabar langsung walaupun terhadap perkara yang remeh dan kecil. Sikit-sikit nak melenting. Jauhkan saja orang perangai macam tu.

12. Sentiasa nak betul

Kalau memang betul tak ada orang nak kisah. Tapi benda yang tak betul pun masih nak pertahankan juga, itu satu masalah yang kritikal. Orang jenis macam tu tak payah nak rapat sangat.

13. Tak hormat orang

Mungkin dia nampak macam hormat dan tak biadap dengan anda. Tapi cuba lihat bagaimana dia layan pelayan kedai makan atau orang lain yang kerja tak berapa glamour.

Orang yang suka herdik dan biadap dengan orang yang dia rasa lebih rendah darinya elak dijauhkan saja.

14. Pentingkan diri sendiri terdahulu

Walau apapun yang terjadi, orang jenis ini akan fikirkan tentang dia terlebih dahulu baru pasal orang lain. Malah biasanya dia tak fikirkan langsung pasal orang lain. Kalau anda rapat dengan orang macam ni, anda tentu bermasalah besar.

15. Sentiasa cuba mengawal anda

Jika ada kawan yang suka nak kawal apa saja pemikiran dan tindakan anda, itu bukanlah kawan yang patut dijadikan kawan rapat. Sekalipun teman wanita, kalau dia suka nak mengawal, elok jauhi saja dirinya.

16. Rasa tak sedap hati dengannya

Bisikan hati anda biasanya betul. Bila anda memang ada rasa tak berapa sedap dan selesa dengan seseorang itu, ertinya memang betullah apa yang perasan anda cuba sampaikan.

Perasaan anda biasanya hanya bertindak untuk selamatkan anda saja. Jadi bila hati anda rasa seseorang itu tak berapa kena, elok ikut saja.

Jangan jadi manusia beracun

Sila perhatikan kawan-kawan anda sekarang dan perhatikan mereka jenis yang macam mana. Jika ada salah satu dari apa yang disenaraikan kat atas tu, berhati-hatilah.

Dalam masa yang sama juga, perhatikan sama ada anda punya salah satu dari ciri-ciri yang disebutkan diatas. Asyik tengok orang dan tak suluh pada diri sendiri juga merupakan salah satu sikap yang membawa kepada kerosakan diri.

Yang paling penting, sentiasa sedar dengan apa yang kita buat, sedar dengan apa yang kita cakap dan sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hidupringkas

Thursday, November 29, 2018

5 Persamaan Sikap Orang Yang Berjaya

5 Persamaan Sikap Orang Yang Berjaya

Bila mendengar nama-nama individu yang sangat berjaya, terkenal dan kaya-raya seperti Bill Gates, Warren Buffett, Carlos Slim, Robert Kwok, Tony Robbins dan segelintir lagi,  pasti ramai di kalangan kita mahu berjaya seperti individu-individu ini.

Sikap Orang Berjaya

Walaupun mereka datang dari latar belakang berbeza, ada beberapa persamaan dari segi sikap dan pendirian mereka kongsi yang seharusnya dimanfaatkan kita dalam kehidupan seharian.

1. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki

Kita tahu apa yang mereka lakukan dan kejayaan yang mereka lakar di pentas dunia dan bagi setiap kejayaan dan apa saja yang mereka dapat, satu persamaan di sini ialah mereka mensyukuri apa yang mereka dapat walaupun benda tersebut bersifat remeh. Mengapa mereka suka berbuat demikian?

Menurut pakar, syukur sebenarnya membantu mood manusia dalam mengharungi perjalanan kehidupan seharian daripada sinis dan pemarah kepada gembira dan ceria.

Tanpa sifat syukur, manusia mudah bersikap dendam dan hasad sehingga sanggup melakukan perkara di luar batasan kemanusiaan semata-mata untuk jadi hebat daripada orang lain.

Jadilah orang yang banyak bersyukur kerana Allah berjanji sesiapa yang bersyukur, Allah bukan saja akan kekalkan malah menambah lagi nikmat yang kita terima.

Ingatlah akan pesan ulama besar tasawuf dan pengarang kitab Hikam, Ibnu Athaillah al-Sakandari rahimahullah, “Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Allah, maka dia sudah bersedia untuk kehilangan nikmat tersebut namun, sesiapa yang mensyukurinya bererti dia telah mengikatnya dengan tali kekang.”

2. Tidak takut memasang matlamat, cita-cita besar

Ini persamaan yang dikongsi ramai orang berjaya di seluruh dunia. Pada satu masa dalam kehidupan mereka, mereka menetapkan matlamat atau cita-cita yang ingin digapai, walaupun ramai bersifat pesimis terhadap cita-cita tersebut.

Pada mereka, bila mereka berbuat sedemikian, mereka menjadi versi diri mereka yang terbaik dan menunjukkan prestasi cemerlang semasa bekerja.

Tidak ramai dalam kalangan kita yang mahu mengikut teladan ini kerana masih terperangkap dengan zon selesa. Pada mentaliti sesetengah daripada mereka, mereka bimbang mereka akan gagal sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Mentaliti gagal itu seharusnya ditolak ke tepi kerana jika kita tidak melakukannya, maka bagaimana kita tahu kita akan berjaya atau sebaliknya?

Luaskan pandangan dunia kita dan tetapkan matlamat yang kita boleh capai. Jika kita gagal sekalipun, sekurang-kurangnya kita berada pada satu tahap yang lebih baik berbanding dahulu.

Dan kegagalan silam boleh saja dijadikan sebagai rujukan untuk kita mengelakkan ia daripada berulang pada masa akan datang.

3. Etika kerja yang mengagumkan

Bukanlah sesuatu yang asing bila kita mendengar antara rahsia kejayaan pemimpin-pemimpin industri ialah etika kerja mereka yang bagus dan kesungguhan mencapainya walaupun itu bermakna kerja lebih masa.

Sesiapa yang menyangka kejayaan pemimpin-pemimpin ini dicapai dalam sekelip mata silap kerana ada di antara mereka ini telah berusaha selama satu dekad dan kejayaan yang mereka capai itu tidak datang bergolek seperti yang disangka.

Tambahkan sedikit masa dan kesungguhan kita gunakan untuk kerja kita. Tak kisahlah tempohnya berapa, sejam atau paling kurang 30 minit, cuba laksanakan.

Tanpa kita sedar, kita sebenarnya mengikis etika kerja bersifat sambil lewa sambil meningkatkan lagi kualiti kerja kita.

Dan siapa tahu, dengan kesungguhan sebegini, apa saja matlamat yang kita tetapkan dapat direalisasikan. Jangan peduli apa orang kata sebaliknya ambil peduli kualiti kerja dan matlamat yang kita kejar.

4. Pandai menjaga diri

Kejayaan takkan datang bergolek kalau aspek spiritual dan fizikal kita tak terjaga. Ini antara persamaan orang-orang berjaya, mereka tetap menjaga kesihatan diri. Jangan kerana kerja, kesihatan terabai sampai ke tahap terlantar di hospital atau kehilangan orang tersayang.

Orang-orang berjaya bijak menyeimbangkan kedua-dua aspek ini kerana kedua-duanya memainkan peranan sama penting dalam kejayaan.

Bila aspek spiritual kita terjaga, pandangan dunia kita menjadi lebih positif dan meningkatkan mood kita semasa bekerja dan bila kita menjaga kesihatan fizikal, kita bukan saja bertenaga semasa bekerja malah kita juga tahu bila masa untuk kita berhenti seketika dan berehat.

Curi sedikit masa dengan meluangkan masa bersama keluarga dan menjaga kesihatan diri. Mulakan inisiatif menjaga kesihatan seperti menjaga pemakanan dan aktiviti senaman. Jangan bersikap menyendiri, sentiasa luangkan masa bersama orang-orang hebat dan positif.

Nampak remeh bila menyentuh soal kesihatan tetapi hakikatnya, itulah perkara paling susah untuk kita jaga. Jadi, dalam rutin seharian, pastikan ia jadi sebahagian daripada agenda kehidupan kita.

5. Tidak lokek memberi

Orang-orang berjaya sedar, tanpa sokongan orang-orang di sekeliling terutama keluarga dan rakan-rakan yang percaya dengan visinya, mereka takkan sampai ke tahap mereka berada hari ini.

Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang berjaya tidak lokek menyumbangkan harta, masa dan tenaga mereka untuk tujuan kebajikan seperti Bill Gates melalui yayasannya, Bill & Melinda Gates Foundation. Mereka sedar bila mana mereka memberi yang baik, maka pulangan yang mereka dapat juga baik.

Ada sesetengah daripada kita bersikap kedekut dalam soal memberi walaupun ianya bersifat remeh. Pada mereka, tiada apa-apa ganjaran memberi sebahagian daripada hasil titik peluh mereka kepada orang lain termasuk membayar zakat.

Padahal mereka lupa, bila kita memberi, kita sebenarnya menyuburkan lagi harta kita selain mengundang keberkatan Allah s.w.t dalam hidup kita. Dan terlalu banyak hadis Nabi SAW yang mengajar kita untuk bersikap memberi seperti perlakuan baik, solat Dhuha, senyum, membuang benda merbahaya dari jalanan dan berlaku adil.

Jangan bersikap lokek dalam kehidupan kerana sikap sebegini membuatkan kita sentiasa gelisah dan mengundang kebencian terhadap diri sendiri. Apa guna jadi orang berjaya tetapi jadi sasaran kebencian orang ramai kerana tidak mahu menyumbang semula kepada masyarakat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, October 05, 2018

Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Hiduplah seperti akar yang rela memberikan segalanya, meskipun terkadang sang pohon tak pernah melihatnya ke bawah.

Jadilah Manusia Yang Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Hiduplah seperti akar yang memberi dan tak pernah meminta kembali.

Hiduplah seperti akar yang menjadi peranan utama, meskipun tak pernah ada yang memujinya.

Hiduplah seperti akar yang menjadi penyebab setiap kebaikan, meskipun tak pernah ada yang memberikan penghargaan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baiknya seseorang diantara kalian adalah yang paling bermanfaat terhadap yang lainnya."

Duhai saudaraku, siapapun engkau dimanapun engkau berada, jadilah manfaat bagi sesama insan yang rela berbagi dan ikhlas memberi yang hadirnya menggembirakan dan ketiadaannya dirindui.

Jika engkau tak mampu menjadi akar yang pohonnya menghasilkan banyak buah, maka jadilah akar yang menumpang pohon yang memberikan keteduhan bagi yang lelah.

Jika tak mampu menjadi akar bunga yang memberikan keharuman kepada dunia, maka jadilah akar rumput yang mengenyangkan haiwan-haiwan ternak.

Jika kau tak mampu menjadi bunga, maka janganlah menjadi duri. Muhasabah diri itu indah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, September 07, 2018

Berhati-hati Dengan Amalan Yang Hebat Tetapi 'Poket Kosong'

Berhati-hati Dengan Amalan Yang Hebat Tetapi 'Poket Kosong'

Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan, Hati-hati dengan poket yang kosong. Apa yang beliau maksudkan dengan poket kosong?

Berhati-hati Dengan Amalan Yang Hebat Tetapi 'Poket Kosong'

Engkau telah berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, akan tetapi engkau membazir menggunakan air (itu sama dengan) poket kosong.

Engkau bersedekah kepada fakir miskin, kemudian engkau menghina dan menyulitkan mereka (itu seperti) poket kosong.

Engkau solat di malam hari, puasa di siang hari dan mentaati Tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahm, (jelas itu adalah) poket kosong.

Engkau sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci (sama dengan) poket kosong.

Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) poket kosong.

Engkau memuliakan tetamu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya (sungguh itu poket kosong).

Amalan baik yang sia-sia

Pada akhirnya, kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong, kamu mengumpulkannya dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.

Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

Keganjilan-keganjilan orang-orang Arab (secara khusus dan kaum muslimin umumnya).

1. Tidak mampu menunaikan Haji kerana konon belanjanya besar, tetapi sanggup pergi melancong menggantikannya. Bukankah perdagangan Allah itu mahal.

2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya mahal, tapi sanggup dan mampu membeli iPhone untuk menggantikan model yang ada. Bukankah perdagangan Allah itu mahal.

3. Sanggup membaca beratus-ratus mesej (whatsapp, fb dll) setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Quran dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membacanya. Bukankah perdagangan Allah itu mahal.

Sedikit yang mahu menyebarkannya kerana merasa berat dan tak berguna.

Tanamkan di fikiranmu bahawa Allah selalu melihatmu dan engkau menyebar keranaNya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: sideofmuslim

Friday, August 31, 2018

Manusia Hanyalah Insan Hina Yang Berasa Dirinya Mulia

Manusia Hanyalah Insan Hina Yang Berasa Dirinya Mulia

Kuali itu jika diletakkan di tempat mana pun dan di dalam keadaan apa pun, ia tetap kuali. Kuali itu tetap hitam legam. Beralih tempat dan suasana pun, ia tidak akan mengubah hakikatnya.

Manusia itu hina

Kuali tetaplah kuali, ia tidak akan jadi intan berlian. Letak di dapur pun kuali, letak di serambi pun kuali, sekalipun di pelamin, tempat yang indah dan mempesona, ia tetap juga kuali.

Begitulah juga manusia, tetap sekadar hamba Allah, di mana pun dia berada. Di dalam suasana apa pun manusia berada, dia tetap hamba.

Ia tidak akan bertukar menjadi makhluk lain. Hamba tetap hina, hamba tetap lemah, hamba memerlukan pertolongan dan bantuan.

Kalau dia petani, tetap juga hamba. Jika dia guru, tetap juga ia seorang hamba. Walaupun dia seorang kaya, ia tetap juga hamba yang hina. Sekalipun dia raja, menteri dan orang besar, nama hamba tidak akan berubah.

Jika dia menteri, dia adalah salah seorang, orang besar hamba-hamba. Orang kaya pun hamba yang kaya di kalangan hamba.

Tapi manusia hamba Allah itu sungguh pelik.

Bila jadi raja atau menteri, orang besar atau kaya, mereka sudah berpelajaran. Berubah sikap dan bertukar watak hidup. Dia pun merasa luar biasa, ego dan sombong. Orang lain lalu dipandang hina.

Inilah dia hamba-hamba yang tidak sedar diri. Sangat hina kerana berasa mulia.

Renung-renungkanlah.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, April 20, 2018

Imam Syafie Dan Kata-kata Mutiara

Imam Syafie Dan Kata-kata Mutiara

Imam Syafie adalah ahli fiqah terkemuka dalam sejarah Islam adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada 4 mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut Islam.

Imam Syafie Dan Kata-kata Mutiara

Malaysia merupakan antara negara yang mengikuti aliran Mazhab Syafie dalam pegangan fikah, namun malangnya ramai dalam kalangan umat Islam masih tidak mengenali siapakah ulama terkemuka dunia itu.

Imam Syafie atau nama asalnya Muhammad bin Idris merupakan keturunan Nabi Muhammad menerusi salasilah datuk baginda yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.

Walaupun ibu dan bapanya merupakan warganegara Mekah, Arab Saudi, namun Imam Syafie dilahirkan di Ghizah, Palestin, pada tahun 767 ketika kedua-dua ibu bapanya berhijrah ke Palestin.

Namun, bapanya telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan semasa beliau masih dalam kandungan.

Imam Syafie mendapat didikan agama sejak dari kecil dan kecergasannya dalam memahami ilmu diakui masyarakat termasuk guru yang mengajar beliau. Antara negara tempat beliau belajar adalah Madinah, Iraq, Parsi dan Yemen.

Ketaatan beliau dalam beribadah antaranya diceritakan bahawa setiap waktu malam beliau membahagi kepada tiga iaitu sepertiga malam menunaikan kewajipan sebagai individu berkeluarga biasa, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

MENJADI MANGSA FITNAH

Ketika Imam Syafie di Yemen, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa gabenor di negara itu, sekali gus menjadi guru besar di sana.

Oleh kerana bukan anak kelahiran negara itu dan mampu memangku jawatan tinggi secara tiba-tiba, maka ramai orang memfitnah beliau.

Sehinggakan beliau pernah ditangkap dan dirantai kerana dikatakan sebagai antara pemimpin Syiah yang cuba untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah serta berhasrat mendirikan kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Sayidina Ali bin Abi Talib k.w. sewaktu pemerintahan sultan Harun Ar-Rasyid.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai pada kedua-dua belah tangan.

Dalam keadaan itu tahanan diarah berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yemen) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan.

Ketika hari pengadilan, seorang demi seorang tahanan dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan dipenggal leher.

TENANG HADAPI MUSIBAH

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT beliau menghadap sultan dalam keadaan melutut.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu ‘Warahmatullah’.

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh,” jawab sultan.

Kemudian sultan bertanya, “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin daripada saya?”

Imam Syafie menjawab, “Tidak saya ucapkan kata ‘Warahmatullah’ kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati tuan sendiri.”

Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah an-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya. Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat itu Imam Syafie berkata, “Demikianlah Allah telah menepati janji-Nya, kerana sekarang tuan telah menjadi khalifah, jawapan salam tuan tadi membuat hati saya menjadi aman.”

Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun Ar-Rashid bertanya kembali, “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

Lalu Imam Syafie berkata, “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baik dengan baik apabila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna.”

Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat Imam Syafie itu.

KEPENTINGAN TABAYYUN

Maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah al-Hujarat ayat 6 bermaksud, “Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada tuan itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan tuanlah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana tuan adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW, iaitu Abbas.

“Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah serta keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah,” demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun Ar-Rasyid pun menunduk, kemudian ia berkata kepada Imam Syafie, “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati ilmu pengetahuanmu.”

Ketekunan Imam Syafie dalam menuntut ilmu membuatkan beliau kurang rehat dan terkena penyakit yang amat berat.

Akhirnya, Imam Syafie wafat di Mesir pada malam Jumaat pada tahun 820 selepas melaksanakan solat maghrib.

Kata-Kata Hikmah Imam As-Syafie r.a.
"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekali gus cinta Allah, maka dia telah berdusta."

"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”

"Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun."

"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang."

"Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih suka jika dia berpendapat salah."

"Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu."

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik sesama manusia."

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama."

"Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, menjadi mati lalu membusuk.”

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.”

"Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan."

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu."

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dengan keampunanMu Ya Allah, ternyata keampunanMu jauh lebih besar.”

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit.”

"Letakkan akhirat di hatimu, dunia di genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu."

"Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri seseorang adalah orang yang asyik mencari dan mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirinya sendiri."

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yang jahil kerana dia tidak tahu akan landasan ilmu."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?

sumber: utusan | kertaspaper

Friday, February 09, 2018

Cara Menghadapi Orang Sombong Dan Berlagak

Cara Menghadapi Orang Sombong Dan Berlagak

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita pasti tidak akan lari dari terjumpa atau berjumpa dengan individu atau kawan yang suka membesar-besarkan diri sendiri, suka berlagak, sombong atau mahu mengawal orang lain dengan sifat angkuhnya.

Cara Menghadapi Orang Sombong Dan Berlagak

Ciri-ciri yang biasa kita nampak ialah mereka ini suka bercakap besar atau berdegar-degar, suka memperlekehkan orang lain, mengkritik dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, memuji diri sendiri, bersikap defensive, suka berbohong, tidak suka menerima pandangan orang lain, selalu menceritakan sesuatu yang diidam-idamkannya walaupun perkara itu mustahil untuk dicapai, suka mengawal orang lain dan cepat marah.

Apabila kita berdepan dengan individu sebegini, kebiasaannya hati kita akan terdetik mengatakan;

“Asyik-asyik nak dengar cakap dia je, ingat dia seorang saja ke yang betul?”

“Sikit-sikit nak marah orang!”

Memang tidak dapat dinafikan, sikap dan tingkah laku seseorang yang berlagak dan suka marah-marah ini akan memberi impak psikologi terhadap emosi dan pemikiran kita samada secara langsung ataupun tidak.

Orang yang berlagak itu pada hakikatnya mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang lemah kerana antara ciri-ciri orang yang berlagak itu adalah suka memarahi orang lain terutama di depan khalayak ramai.

Maka, telah disebut dalam satu hadis yang bermaksud; Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling kuat bukanlah orang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain, tetapi orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika ia sedang marah.” Hadith Riwayat Muslim – 4723

Berdasarkan konsepsi hadis ini, jelas menunjukkan bahawa seseorang yang tidak mampu mengawal marahnya adalah merupakan orang yang tidak kuat atau lemah.

Dalam ilmu psikologi, orang yang berlagak itu sering menggunakan salah satu teknik self-presentation iaitu intimidation samada secara sedar mahupun tidak.

Intimidation atau intimidasi digunakan untuk membangkitkan rasa takut orang lain dengan membentuk imej sebagai individu yang digeruni supaya orang lain mengikutinya.

Tambahan itu, intimidasi juga boleh digunakan secara positif atau pun negatif berdasarkan kepada situasi dan tujuan tertentu.

Jika seseorang itu menggunakan teknik ini ke arah yang negatif maka akan jadilah ia seorang yang berlagak sombong, suka marah-marah, bengis, merasakan diri bagus yang akhirnya akan menjerumuskan dirinya ke arah kehancuran.

Bagaimana cara menghadapi orang sombong dan berlagak?

Persoalannya, bagaimana caranya untuk kita menghadapi individu seperti ini?

Terdapat beberapa cara antaranya ialah bersikap tenang beserta senyuman ketika menghadapinya, cuba sedaya upaya untuk tidak terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mereka dengan cara berfikir secara rasional, siapkan hujah yang bernas dalam fikiran tetapi jangan berdebat, biarkan mereka meluahkan segala-galanya apa yang ingin diperkatakan, elakkan dari terpengaruh dengan gaya komunikasi dan tutur kata mereka dan sama sekali jangan beremosional.

Selain itu, antara kelemahan orang yang berlagak ini ialah mereka sering mengungkapkan sesuatu yang tidak rasional dan suka memutar belit sesuatu perkara.

Mengapa perkara ini berlaku?

Ini terjadi kerana minda mereka sudah dipengaruhi oleh nafsu, maka akal sudah tidak lagi berfungsi untuk berfikir secara positif.

Oleh sebab itu, mereka tidak boleh menerima pandangan dan sering menyalahkan orang lain.

Dari aspek perubatan Thibbun Nabawy, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut bahawa penyakit itu terbahagi kepada dua iaitu penyakit fizikal dan hati.

Justeru, orang yang berlagak ini boleh dikategorikan sebagai orang yang mengalami penyakit hati yang kronik.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 10 yang bermaksud, “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.”

Takutilah doa orang yang dizalimi

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” (Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)

Kesimpulannya

"Tidak akan masuk ke dalam syurga, orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meskipun hanya seberat biji sawi." (HR Muslim)

Apa yang paling penting adalah bukan kita hanya sekadar melihat perilaku orang lain, tapi sentiasa bermuhasabah diri, apakah kita ini termasuk dalam golongan orang yang berlagak dan lemah ini?

Bagi mengelakkannya, hendaklah kita belajar berfikir secara rasional dan tidak emosi, senyum selalu, menilai kelemahan diri sendiri atau bersifat tawaddhu', menanamkan sifat kehambaan kepada Allah SWT.

Janganlah kita menganggap apa yang kita fikir betul kesemuanya, bersedia untuk dikritik, menghormati pendapat dan terimalah nasihat serta pandangan orang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan!

sumber: elmufeed

Bagaimana Kegembiraan Orang Lain Itu Adalah Kebahagiaan Untuk Kita?

Bagaimana Kegembiraan Orang Lain Itu Adalah Kebahagiaan Untuk Kita?

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya menyusuri ladang dan sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang, dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di sebuah ladang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan akan datang untuk mengambilnya.

Bagaimana Kegembiraan Orang Lain Itu Adalah Kebahagiaan Untuk Kita

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya, "Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya?

"Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab, "Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain.

"Wahai anakku, kamu seorang yang kaya dan kamu boleh menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada orang itu."

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu.

Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan untuk melihat reaksi pekerja yang fakir tersebut.

Selang beberapa lama kemudian, datanglah pekerja yang fakir dengan pakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!

Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi dan dia menemui ada wang juga.

Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi. Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya.

“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan makanan. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan.

Guru yang mulia kemudiannya bersuara, “Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”

Murid itu menjawab, “Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup.

"Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup.

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambilnya.”

Gurunya pun berkata kepadanya:

Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam; memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas, mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian, berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian dan menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah juga satu pemberian.

Jadikanlah semua ini pelajaran wahai sahabatku!

Sungguh menakjubkan maka saya kirimkan kepadamu. Kongsikanlah dengan yang lain semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA: 5 Pelajaran Hidup Yang Semua Orang Pelajarinya Dengan Amat Pahit Sekali

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, February 03, 2018

Kenapa Allah Mencipta Sifat Pelupa?

Kenapa Allah Mencipta Sifat Pelupa?

Kalau boleh, kita mahu mengingati semua perkara. Kita tidak mahu jadi pelupa. Kalau umur panjang, bila tua kita tidak mahu menjadi nyanyuk dan pelupa, kan? Tapi, Tuhan itu Maha Bijaksana. Apa yang dicipta-Nya bukan sia-sia, termasuklah sifat lupa.

Kenapa Allah Mencipta Sifat lupa

Cuba bayangkan kalau kita tidak boleh lupa akan sakitnya hati dikhianati sahabat baik sendiri.

Cuba bayangkan kalau kita tidak melupakan kekasih yang telah berlaku curang.

Apa agaknya yang akan terjadi jika kita sentiasa teringat pada kemalangan yang telah menyebabkan kita cacat seumur hidup dan hilang pekerjaan.

Bolehkah kita hidup dalam keadaan tenang andai terus teringat pada ibu, ayah, isteri, suami, anak dan orang-orang disayangi yang telah meninggal dunia.

Tragedi, sindiran, kegagalan, kesakitan, pengkhianatan, caci-maki, semuanya menyakitkan hati kita.

Apabila semuanya berlaku, ia bermain-main di fikiran dan merobek jiwa.

Oleh kerana itu, Allah ciptakan LUPA, supaya kita dapat melupakan segala yang kita tidak mahu ingati.

Dengan melupakan segala kesakitan itu, barulah kita boleh terus hidup dengan aman dan bahagia.

Cuma satu yang Allah tidak mahu kita lupa, iaitu dengan sentiasa mengingati-Nya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Punca Kenapa Anda Mudah Lupa

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, December 23, 2017

Rahsia Peraturan 10,000 Jam Manusia Paling Berjaya!

Rahsia Peraturan 10,000 Jam Manusia Paling Berjaya!

Pada tahun 1993, tiga orang pakar bernama K. Anders Ericsson, Ralf Th. Krampe dan Clemens Tesch Romer melakukan kajian di Berlin Academy of Music.

Rahsia Peraturan 10,000 Jam Manusia Paling Berjaya!

Mereka berusaha mencari jawapan bagaimana seseorang boleh menjadi hebat dan terbaik dalam sesuatu bidang.

Dengan bantuan seorang professor, mereka mengumpulkan pelajar tahun akhir dalam 3 kategori.
  1. Bakal guru muzik,
  2. Bakal pemuzik profesional,
  3. Bakal maestro, orkestra dunia muzik.

Persoalan mereka untuk pelajar tersebut ialah, 'Semua mahasiswa yang diterima dan belajar di akademi tersebut, pastilah orang-orang berbakat.'

Namun, kenapa akhirnya ‘hasil’ mereka berbeza?

Ada yang sekadar menjadi pemuzik biasa dan ada yang menjadi pakar.

Bagi membolehkan jawapan kajian yang lebih tepat, mereka mengulangi kajian tersebut dengan model kategori yang sama.

Bukan saja dalam bidang muzik, malah diulang berulang kali untuk kategori dan bidang yang berlainan seperti pemain catur dan olahragawan.

Akhirnya mereka menemui satu kesimpulan yang luar biasa. Mereka yang terbaik dalam bidang masing-masing adalah; "Mereka telah berlatih selama 10 000 jam!"

Dan kini kesimpulan tersebut dikenali sebagai Peraturan 10,000 jam di seluruh di dunia.

Peraturan 10,000 jam ini telah dipopularkan oleh Malcolm Gladwell dalam buku The Outliers.

Berapa lama 10,000 jam itu?

Rahsia Peraturan 10,000 Jam Manusia Paling Berjaya!

Jika kita membelanjakan masa 3 jam sehari untuk berlatih, bermaksud kita memerlukan 10 tahun untuk menjadi seorang pakar.

Dalam bukunya itu, Gladwell mengulas, The Beatles, band popular sebagai contoh sederhana yang membuktikan ‘kebenaran’ peraturan 10,000 jam.

Ternyata, The Beatles memerlukan 10 tahun untuk berjaya setelah kumpulan itu ditubuhkan pada 1957.

Anda kenal Bill Gates?

Contoh kedua ialah Bills Gates.

Pada usia 13 tahun, Bill Gates mula membuat program komputer pada tahun 1968 dan pada usia 20 tahun, dia membangunkan Microsof yang tidak lama kemudian menjadi sebuah syarikat gergasi ketika itu.

Kenapa tidak 10 tahun?

Kerana Bill Gates menghabiskan masa untuk berlatih lebih dari 3 jam sehari bermula pada usia 13 tahun.

Di dalam autobiografinya ditulis, dia berlatih 7-8 jam sehari, malah sehingga tertidur di makmal komputer.

Dan pada usianya baru 20 tahun, dia sudah berlatih melebih 10,000 jam!

Pengkaji dan penulis buku lain tidak bersetuju!

Terdapat beberapa kajian dan pakar lain tidak bersetuju dengan Peratuan 10,000 Jam.

Soalan yang sering dikemukakan oleh mereka adalah:

Mereka yang bekerja sebagai guru yang mempunyai pengalaman berbelas tahun, kenapa masih membuatkan pelajar mereka tertidur di kelas?

Malangnya, mereka terlepas pandang aspek penting dalam Peraturan 10,000 Jam iaitu; deliberate practice; 'Peningkatan dalam latihan!'

Mereka yang tidak maju dalam bidang mereka walaupun telah melakukan perkara itu selama berbelas tahun sebenarnya melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memperbaiki kemahiran mereka.

Antara aspek yang penting dalam deliberate practice adalah:
  • Menerima teguran dengan terbuka.
  • Menjadikan tugasan lebih mencabar.
  • Konsisten meningkatkan kemahiran.

Penulis buku 20 Hours Rule, Josh Kaufman kurang bersetuju dengan Peraturan 10,000 Jam. Beliau mengatakan bahawa seseorang hanya memerlukan masa sebanyak 20 jam untuk mahir dalam sesuatu bidang.

Mahir dan menjadi antara yang terbaik merupakan perkara yang berbeza.

Penulis buku Tim Feriss pula mengatakan, anda cuma perlu beberapa jam seminggu untuk menjadi lebih berjaya dalam bukunya 4 Hour WorkWeek.

Antara yang menarik tentang buku ini ialah, Tim Feriss menyatakan sebahagian mereka yang mempunyai pendapatan yang banyak setiap tahun tidak semestinya kaya dan berjaya kerana masa yang mereka ada untuk keluarga atau berehat kadangnya sangat terhad.

Mereka yang benar-benar kaya bukanlah mereka yang mempunyai banyak duit, kekayaan yang sebenar adalah mereka yang pandai menguruskan masa dengan berkesan!

Dalam buku beliau juga ada menceritakan bagaimana untuk menjimatkan masa dan menggandakan kewangan dengan cara outsourcing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Yang Tidak Solat Selalunya Berjaya?

sumber: dedauncomel

Tuesday, November 28, 2017

Pendaki Hebat Gunung Everest Yang Takut Sebutir Pasir!

Pendaki Hebat Gunung Everest Yang Takut Sebutir Pasir!

Nama Sir Edmund Percival Hillary tercatat dalam sejarah sebagai manusia pertama menjejakkan kaki ke puncak gunung Everest.

Sir Edmund Percival Hillary (kiri).

Pendaki kelahiran New Zealand ini merupakan orang pertama yang sampai ke puncak gunung pada ketinggian melebihi 29 ribu kaki, ditemani pemandu arah warga Nepal, Tenzing Norgay.

Sebelum itu, Edmund pernah melakukan ekspedisi untuk menakluki Everest pada tahun 1951, namun gagal.

Sejak tahun 1920an, banyak ekspedisi pendakian dilakukan untuk menawan puncak dunia itu tetapi semuanya gagal.

Kejayaan Edmund pada tahun 1953 telah membuka pintu kepada pendaki-pendaki lain untuk turut sama menakluki Everest.

Edmund pernah ditanya, sebagai seorang pendaki sejak usia remaja dan telah banyak menghabiskan waktu menjelajah alam ini, apa yang paling ditakutinya ketika melakukan pendakian? Sebutir pasir!

Itulah jawapan Edmund kepada pertanyaan itu.

Dia tidak takut cuaca yang ekstrem, entiti misteri mahupun jurang yang dalam tetapi, yang paling ditakuti Edmund hanyalah sebutir pasir.

Katanya, sebutir pasir yang masuk terselit di celah-celah jari kaki boleh membawa malang terhadap pendaki.

"Ia kecil, hanya sebutir pasir namun, apabila masuk ke dalam kulit kaki dan ke dalam kuku, lama-kelamaan kaki akan terkena jangkitan lalu mula membusuk.

"Semakin lama kaki semakin sakit, lemah dan akhirnya tidak dapat digerakkan lagi.

"Itu bermakna malapetaka untuk seorang pendaki," kata Edmund.

***

Kita sering berasa takut dan risau dengan hal-hal besar yang adakalanya belum tentu ada di depan mata, lalu mengabaikan perkara kecil yang tanpa kita sedar sebenarnya boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia?

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 07, 2017

5 Cara Mudah Bahagiakan Diri Sendiri Yang Ramai Tak Tahu

5 Cara Mudah Bahagiakan Diri Sendiri Yang Ramai Tak Tahu

Ada yang memerlukan wang ringgit dan harta benda untuk membahagiakan mereka dan ada pula yang hanya perlukan pasangan untuk membahagiakan mereka.

Cara Bahagia

Tetapi apa yang tidak betul di sini adalah, kita memerlukan benda atau individu lain untuk merasakan kebahagiaan. Makna kebahagian bagi setiap individu adalah sangat subjektif.

Kita terlupa bahawa kita sendiri sebenarnya lebih layak untuk membahagiakan diri sendiri. Ini kerana kita tidak mengetahui kuasa yang ada pada diri sendiri.

Jika anda tahu caranya, anda tidak perlukan manusia lain mahupun wang yang banyak untuk merasa bahagia.

Kami ingin berkongsi dengan anda 5 perkara mudah yang anda boleh lakukan kepada diri sendiri untuk merasa bahagia.

1. Meluangkan masa dengan diri sendiri

Meluangkan masa

Kadang-kadang disebabkan kekangan masa yang terlalu kuat membuatkan anda tak sempat untuk menikmati hidup yang sepatutnya.

Kerana terlalu fikirkan masa depan, anda terlepas masa sekarang yang dilalui dan ia juga sama pentingnya dengan masa hadapan.

Apa gunanya jika anda terlepas hidup sekarang untuk masa hadapan, sedangkan anda boleh mendapat kedua-duanya.

Cuba untuk menghabiskan masa untuk diri sendiri dengan merangcang untuk membuat sesuatu yang anda belum pernah lakukan sebelum ini. Sebagai contoh, pergi menonton wayang seorang diri.

Dengan melakukan perkara yang anda belum pernah lakukan akan membuatkan anda menemui sesuatu yang baru yang boleh membahagiakan diri anda dan membuatkan hidup anda lebih bererti.

2. Memuji diri sendiri

Memuji diri

Jangan malu untuk memuji diri sendiri, tetapi bukanlah di hadapan orang lain. Cuba cara ini, setiap kali bangun pagi, cuba puji diri anda mengenai kelebihan anda, mahupun kekurangan anda.

Dengan melakukan perkara ini anda akan menaikkan semangat dan membuatkan hari anda lebih ceria.

Ia juga akan membuatkan diri anda dihargai, walaupun oleh diri sendiri dan sekaligus menyuntik semangat untuk melakukan sesuatu.

Ia antara yang paling mudah, tak perlukan wang ringgit. Bila-bila masa pun boleh buat.

3. Manjakan diri dengan berhias

Berhias

Jika sebelum ini anda sering mengabaikan penampilan anda, anda mungkin perlu melakukan sesuatu terhadapnya. Cuba untuk berpenampilan lebih baik dengan memakai pakaian yang kemas.

Jika anda tak ada pakaian yang cantik dan elok, jangan kedekut untuk menggunakan wang anda untuk tujuan ini.

Penampilan anda yang kemas dan segak akan membuatkan anda lebih bersemangan dan menambahkan keyakinan diri. Tak perlu tunggu untuk berhias dan berpenampilan segak hanya jika ada majlis-majlis tertentu.

Cuba lakukannya sekali dan anda pasti akan terus melakukan tabiat ini setiap hari.

Dan ia bukan terhad kepada pakaian sahaja, anda juga boleh manjakan diri anda untuk pergi ke salun sekali sekala.

4. Makan di tempat yang anda suka

Makan

Ini salah satu cara yang boleh buatkan diri anda bahagia. Apabila perut anda bahagia, anda juga akan bahagia.

Sesekali anda perlu memanjakan diri anda dengan membelanjakan wang ada untuk perut anda. Ia tidak perlu terlalu mahal, yang penting ia makanan kesukaan anda.

Makan makanan kegemaran anda boleh membuatkan anda gembira dan bahagia.

Jika ia jauh, cuba untuk pergi walaupun sebulan sekali. Percayalah, anda akan diri anda lebih dihargai.

5. Bercuti walaupun dekat

Bercuti

Dengan kesibukan bekerja, apa yang anda sangat perlukan ialah merehatkan minda anda. Bawa diri anda dengan bercuti beberapa hari, dan ia tidak semestinya ke tempat yang jauh dan mahal.

Kita sering terlepas peluang untuk membahagiakan diri dengan bercuti kerana dalam fikiran kita bercuti itu memerlukan masa yang panjang dan wang yang banyak. Itu silapnya.

Dengan bercuti di tempat yang dekat dan juga dengan bajet yang rendah, ia akan membuatkan otak anda dapat berehat dengan cukup. Anda akan menyedari bahawa hidup ini lebih bermakna dan mempunyai tujuan lain selain bekerja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apakah Bahagia Itu Hanya Sejenis Nasib Baik Dalam Kehidupan?

sumber: iluminasi

Thursday, May 04, 2017

15 Fakta Menarik Tentang Senyuman

15 Fakta Menarik Tentang Senyuman

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan.

Senyum

Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan ‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum.

Berikut adalah 15 fakta menarik mengenai senyuman.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya, memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat.

Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.

Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.

Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga ada menyebut, "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA."

Jadi, jangan lupa senyum, sekerat atau meleret tak kisahlah jangan senyum sinis dah lah. Tak baik tau.

Kalau ketawa, jangan pula keterlaluan, cukup sekadarnya.

BACA INI JUGA:

sumber: sayangsain

Sunday, April 16, 2017

Kisah Potret Seorang Raja Yang Buta Dan Kudung!

Kisah Potret Seorang Raja Yang Buta Dan Kudung!

Ada sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang raja yang hebat dan terkenal kerana ketangkasan dan keberaniannya dalam peperangan.

Potret Seorang Raja
Gambar hiasan.

Sayangnya, raja itu buta sebelah mata dan kudung sebelah kakinya akibat kecederaan yang dialami semasa berperang.

Pun begitu, raja tersebut tetap disanjung sebagai seorang pemerintah yang hebat.

Suatu hari, raja ini mencabar semua pelukis di dalam negara untuk melukis sebuah potret dirinya.

Potret tersebut haruslah menggambarkan kebesaran dan kehebatan dirinya sebagai seorang raja.

Namun, tiada seorang pun pelukis yang berani melukis potret raja itu kerana tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kehebatan raja tersebut sedangkan raja itu cacat mata dan kudung kakinya.

Sudah tentu kecacatan itu akan tergambar dalam lukisan tersebut.

Mereka takut raja marah apabila lukisan yang akan menampakkan kecacatan raja tersebut akan menunjukkan kelemahan dan bukan kehebatannya.

Hanya seorang pelukis muda yang berani tampil menyahut cabaran raja untuk melukis potret tersebut.

Setelah sebulan, lukisan itu akhirnya siap. Pelukis muda itu datang menghadap raja membawa lukisannya.

Ramai pelukis lain turut hadir untuk menyaksikan bagaimana pelukis muda itu menggambarkan kehebatan raja mereka yang cacat.

Raja itu tersenyum puas bila melihat lukisan itu.

Rupa-rupanya, pelukis muda itu melukis raja sedang memburu dengan menaiki seekor kuda sambil memanah dengan gaya matanya sebelah terpejam untuk membidik sasaran.

Dalam potret itu juga, hanya sebelah kakinya yang kelihatan kerana berada diatas kuda.

Ternyata gaya itu berjaya menyembunyikan kecacatan raja tersebut sekaligus menampilkan kehebatannya.

***

Pembaca sekalian, begitulah juga dengan kehidupan kita. Seringkali kita melihat atau menilai seseorang berdasarkan kekurangan dan kelemahannya semata-mata sehingga timbulnya tanggapan buruk.

Sedangkan disebalik kekurangan itu mungkin ada kelebihan dan kekuatan yang dimilikinya.

BACA INI JUGA: Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, April 02, 2017

Kisah Murid Bodoh Yang Gurunya Pun Tak Sanggup Ajar!

Kisah Murid Bodoh Yang Gurunya Pun Tak Sanggup Ajar!

Suatu hari, seorang budak lelaki pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, dia terus mendapatkan ibunya.

Murid Bodoh

"Tadi di sekolah, cikgu beri surat. Dia suruh saya serahkan untuk ibu. Ini suratnya," kata budak lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kertas kepada ibunya.

Mata ibunya mula berkaca-kaca sebaik habis membaca surat itu. Hairan melihat reaksi ibunya, budak itu bertanya apa yang tertulis di kertas itu kerana dia tidak tahu membaca.

Ibunya tersenyum. Lalu dalam linangan air mata, ibunya membacakan isi surat itu untuk didengari oleh anak lelakinya.

"Anak anda seorang yang bijak. Sekolah ini terlalu kecil untuk orang sepertinya dan kami tidak mempunyai guru yang bagus untuk mengajarnya. Lebih baik anda mengajarnya sendiri."

Mendengarkan itu, budak tersebut berasa bangga dan merasakan dia adalah anak yang istimewa sehingga hanya ibunya seorang yang mampu mengajarnya.

Bertahun-tahun kemudian, budak itu pun membesar. Ibunya juga sudah meninggal dunia.

Dia benar-benar menjadi seorang yang bijak dalam bidang penciptaan dan namanya dikenali.

Suatu hari, dia mencari barang-barang lama peninggalan keluarga dan tiba-tiba dia terjumpa sepucuk surat yang sudah kekuningan.

Dia masih ingat itulah surat yang diberi gurunya dahulu untuk diberikan kepada ibunya.

Lalu dia membaca semula surat itu.

"Anak anda bermasalah, tidak mampu berfikir seperti kanak-kanak lain. Kami tidak benarkan dia datang ke sekolah lagi."

Sebaik habis membaca surat itu, dia menangis. Baru dia tahu kenapa ibunya menangis. Ibunya terpaksa berbohong sewaktu membacakan surat itu dahulu.

Lantas dia menulis di dalam diarinya.

"Dahulu aku seorang anak yang bermasalah, tetapi melalui seorang ibu yang muncul sebagai hero, akhirnya aku muncul menjadi seorang genius yang dikenali dunia."

Siapa murid bodoh itu?

Dia ialah usahawan dan pereka cipta terkenal dunia. Thomas Alva Edison!

***

Semua orang belajar dengan cara yang berbeza. Seseorang yang gagal belajar mengikut sistem yang disediakan, bukan bermakna dia seorang yang 'sakit' dan akan gagal selama-lamanya.

BACA INI JUGA: Bahlul Itu Bukan Bodoh Tapi Bijaksana

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, March 19, 2017

11 Cara Wanita Tabah Berdepan Masalah Dan Masih Boleh Senyum

11 Cara Wanita Tabah Berdepan Masalah Dan Masih Boleh Senyum

Wanita jadi kuat dan tabah bila mereka diuji, bukan sekali tapi berkali-kali dan dalam perjuangan berdepan dugaan itulah yang menjadikan hati dan semangat mereka sekuat besi walaupun kudratnya tidak gagah.

Wanita Tabah

Menjadi wanita tabah itu bukan mudah. Mereka tabah selepas belajar dari pengalaman dan kesilapan. Itulah yang menjadikan mereka kuat.

Kita mungkin pernah melalui dugaan dan kepayahan tapi wanita tabah akan melakukan 10 perkara ini bila berdepan dengan masalah. Adakah kita melakukan perkara yang sama.

Jika ya, anda memang seorang wanita yang tabah!

1. Bila ada masalah dia masih tenang tak gelabah.

2. Takkan lari dari tanggungjawab walau pun berat dan penat.

3. Bila buat salah, berani mengaku dan memperbaikinya, bukan salahkan orang lain.

4. Ucap perkara positif walaupun sedang berdepan perkara negatif.

5. Walau situasi sukar tapi dia masih fikir secara rasional bukan emosional.

6. Menangis tapi cukup sekali kemudian move on.

7. Bila sedih, dia motivasikan diri sendiri.

8. Tak peduli kata-kata haters atau sindiran, dia buat apa yang dirasakan betul.

9. Tak mengadu domba walau ada banyak masalah.

10. Dia sanggup berpura-pura gembira depan orang yang dia sayangi.

11. Paling utama, dia tak menyalahkan takdir dan ingat Tuhan baik ketika berdepan dugaan dan selepas berjaya melepasinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: vanillakismis

Erti Kebahagiaan Yang Sebenar

Erti Kebahagiaan Yang Sebenar

Berbicara soal kebahagiaan hidup, semestinya setiap dari kita sentiasa mendambakan kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun kebahagiaan di akhirat.

kebahagiaan sebenar

Bukankah kita telah diajar untuk melafazkan doa ini setiap kali solat?

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar."

Maksudnya, "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." Surah Al Baqarah: 201

Pelbagai cara manusia cuba mendapatkan kebahagiaan. Ada yang berusaha untuk menjadi kaya, kerana merasakan bahagia itu dengan punya harta berjuta-juta.

Ada yang merasakan bahagia itu bila kita boleh bersama suami atau isteri mahupun anak-anak yang tersayang.

Ada pula yang merasakan bahagia itu bilamana kita dapat bersama keluarga, mahupun bersama insan yang disayangi atau dengan mengecap kejayaan.

Tidak kurang pula ada yang merasa bahagia kerana mampu mendapatkan apa sahaja yang diidamkan.

Semua itu benar. Itu juga kebahagiaan. Kebahagiaan hidup di dunia yang seharusnya kita syukuri kerana ia juga salah satu nikmat yang Tuhan berikan pada kita.

Tapi, alangkah indahnya andai kebahagiaan dunia itu boleh memacu kita untuk mengecap kebahagiaan di akhirat.

Alangkah bahagiaanya andai kebahagiaan bersama suami atau isteri dan anak-anak itu boleh membawa kita untuk semakin dekat dengan Allah, membawa kita kepada kebahagiaan di alam akhirat kerana menyedari amanah ini.

Alangkah bahagianya andai harta yang dimiliki boleh membawa kita untuk mengecap kebahagiaan akhirat dengan sedekah amal jariah yang ikhlas tanpa mengharapkan sanjungan dan pujian.

Alangkah bahagianya andai bahagia yang Tuhan beri dengan kejayaan itu boleh menjadikan kita hambanya yang bersyukur, yang juga boleh memberi kebahagiaan untuk diri di akhirat nanti.

Kebahagiaan sebenar bukan dilihat pada luaran, tapi pada hati seseorang kerana hati yang boleh merasa bahagia dan hati yang bahagia itu semestinya ialah hati yang tenang.

Hati yang sentiasa berzikir memuji Tuhan-Nya, hati yang sentiasa ingat pada Allah, dalam tidur mahupun jaga, dalam diam mahupun bising, dalam gelap mahupun terang.

Kebahagiaan sebenar juga bukan sekadar di dunia yang sementara, tapi kebahagiaan dunia yang boleh membawa kebahagiaan akhirat.

Kebahagiaan yang andai Tuhan menariknya kembali tetapi hatinya tetap tertaut pada Allah..

Betapa indahnya kebahagiaan yang sebenar.

Ya Allah, kurniakan kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Anugerahkanlah hati kami Kebahagiaan hati.

Hati yang merasa tenang, hati yang merasa damai, hati yang merasa bahagia, hanya kerana mengingati-Mu dan hati yang tetap bahagia, sekalipun kebahagiaan itu mungkin ditarik sekelip mata.

Amiin..

BACA INI JUGA: Sikap Emosi Adalah Peribadi Yang Jauh Dari Kejernihan Hati

sumber: kik

Friday, February 03, 2017

Apakah Bahagia Itu Hanya Sejenis Nasib Baik Dalam Kehidupan?

Apakah Bahagia Itu Hanya Sejenis Nasib Baik Dalam Kehidupan?

Apa erti bahagia bagi anda? Adakah ia sejenis peluang dan nasib baik dalam kehidupan? Adakah ia adalah rasa kepuasan dalam jiwa kerana berjaya memiliki apa yang diingini atau adakah ia boleh diertikan dengan keadaan gembira kita rasai?

Kebahagiaan

Jujurnya, saya juga tidak mengetahui apa sebenarnya erti bahagia kerana terlalu banyak perbezaan pendapat berkenaan bahagia diantara seseorang dan seseorang yang lain.

Dan benarkan saya berkongsi apa yang saya rasa tentang bahagia.

Kebahagian itu mungkin adalah ketika kita mengenali seseorang, menjadi teman seseorang dan memesrai seseorang membuatkan kita berusaha untuk mengejar kebahagiaan yang kita impikan bersama dia.

Namun saya tertanya-tanya, adakah bahagia itu tidak tetap kedudukannya dan sentiasa berubah bentuk hingga perlu dikejar?

Rupanya jawapan itu ada pada diri sendiri.

Bahagia itu ada dalam hati. Kita cuma perlu mengubah sedikit sudut pandang maka bahagia itu akan terpantul dari dalam diri.

Awak, kekecewaan dan kesedihan akibat keinginan untuk mencapai bahagia yang tidak kesampaian yang kita inginkan itu bukanlah atas hukuman Allah atau kesilapan kita sendiri.

Semua itu sebenarnya adalah ujian buat kita dan manusia yang ingin merasai makna kebahagiaan sebenar di dunia ini.

Kerana kebahagiaan itu bukanlah kepuasan fizikal mahupun kepuasan jiwa, bukan juga pengalaman indah yang diciptakan minda dan kebahagiaan itu juga bukanlah bagaimana sesuatu perasaan yang bermula itu berahkir seperti apa yang kita inginkan.

Kebahagiaan hanyalah dapat dikecapi apabila kita kembali kepada fitrah.

Kebahagiaan itu bukan berakhir dengan kepuasan diri sendiri tetapi harus berakhir dengan tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini; iaitu kembali kepada Allah.

Dan manusia punya banyak cara untuk meraih bahagia namun pilihan terbaik adalah melakukan penyerahan kepada Allah. Kerana dengan kembali kepada Allah, kita akan mengenali diri sendiri dan tujuan utama kenapa kita diciptakan.

Bahagia itu tafsirlah dalam erti apa sekalipun, ia akan menemui satu titik yang sama iaitu bahagia itu adalah apabila kita redha kepada apa jua yang Allah beri dan Allah kembali meredhai kita.

Maka janganlah terlalu berduka tentang terlepasnya bahagia pada masa lalu kerana Allah sebenarnya sedang menilai awak untuk memerhatikan apa usaha yang awak akan lakukan untuk mencapai redha-Nya.

Kita takut dengan masa depan. Takut akan sesuatu yang tak pasti. Takut untuk terputus hubungan dengan orang yang awak sayangi. Itu normal kerana kita adalah manusia biasa.

Tapi ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan kembali tenang. Maka marilah kita membaiki iman dan amal, kerana dengan imanlah kita tidak akan takut terhadap sesuatu yang tak pasti.

Dengan imanlah kita akan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh masa hadapan.

Bahagia itu datang dengan keredhaan dan ketaqwaan pada Ilahi. Moga kita sentiasa dijagakan hati agar tidak berpaling dari-Nya dan moga kita diredhai.

Insyaa-Allah.

BACA INI JUGA: Kesedihan Yang Pasti Dirasai Semua Insan

Sumber: akuislam

Sunday, January 01, 2017

5 Pelajaran Hidup Yang Semua Orang Pelajarinya Dengan Amat Pahit Sekali

5 Pelajaran Hidup Yang Semua Orang Pelajarinya Dengan Amat Pahit Sekali

Semua orang memilih untuk bahagia. Tiada seorang pun yang tidak mahu bahagia. Ada yang bersungguh-sungguh mengejar kebahagiaan, namun masih belum berjaya mendapatkanya.

Pengalaman Pahit

Apa yang menjadikan hidup kita lebih bermakna? Ya, pelajaran yang kita dapat kutip disepanjang usia kehidupan kita kita.

Apakah itu bahagia?

Dan mengapa Allah memberikan kebahagiaan kepada orang lain, tetapi tidak untuk kita? Sedangkan menjadikan bahagia itu adalah perkara yang sangat mudah bagi Allah, tiada yang mustahil bagiNya.

Apakah kebahagian itu sesuatu yang perlu dikejar?

Atau bahagia itu hanyalah satu nasib baik dalam kehidupan?

Mengejar kebahagiaan dalam kehidupan

Nabi Muhamad SAW dikelaskan sebagai daa’im al-bushra, iaitu orang yang sentiasa optimistik dan gembira.

Adakah Nabi tidak pernah bersedih? Tidak.

Banyak kejadian yang menyedihkan Nabi. Kehilangan Siti Khadijah dan orang-orang yang dicintai baginda banyak membuat Rasulullah berasa pilu.

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.

Pasti ada hikmah yang akan menyusul.

Pengalaman hidup akan mengajarkan erti kebahagian yang sebenar

“People never learn anything by being told, they have to find out for themselves.”

Dalam kehidupan ini, perkara yang tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa. Sekelip mata kita akan mengalami kehilangan.

Kadangkala kita sukar untuk melihat hikmah dan pelajaran dalam hidup kita sehinggalah kita mengalaminya sendiri.

Ada beberapa pelajaran hidup yang kebanyakkan orang akan belajarnya dengan cara yang amat pahit sekali:

1. Mereka yang telah pergi, tetap menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kita

Pada suatu hari nanti kita semua akan menghadapi realiti kehilangan.

Walaupun hidup berjalan, malam dan siang bersilih ganti, kita akan sedar bahawa kita tidak pernah berhenti merindui insan istimewa yang telah pergi.

Kita hanya cuma belajar untuk hidup sekeliling bayang-bayang mereka.

Apabila kita telah kehilangan seseorang yang mana kita tak dapat bayangkan dapat hidup tanpa mereka, pasti hati kita akan hancur dan remuk.

Berita buruknya disini, adalah kita tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan itu. Kita tidak akan pernah dapat melupakan mereka.

Walaubagaimana pun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang baik bagi kita.

Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak, berkembang dan bertambah lagi pengalaman dalam kehidupan kita, walaupun dengan hati yang sakit.

Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan sembuh pulih kembali seperti sediakala.

Dan ia akan tetap terasa sakit, semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.

Dan tempang inilah yang akan menambah keazaman kita dan keunikan karekter diri kita.

2. Mengejar kebahagiaan adalah berkenaan mengenai mencari makna dalam kehidupan

Mengejar kebahagiaan adalah tidak sama rasa gembira.

Perasaaan gembira hanyalah perasaan yang sementara, yang bergantung kepada keadaan dan waktu sekeliling ketika itu.

Rasa gembira memang menyenangkan dan melegakan, tetapi dengan perasaan ini akan pudar dengan berlalunya masa. Inilah perkara yang kita jarang untuk faham pada mulanya.

Sebagai orang Islam kita percaya kepada dua jenis kebahagiaan, iaitu kebahagiaan yang dalam Syurga dan kebahagiaan di dunia ini.

Syurga adalah kebahagiaan yang kekal abadi, dimana di sana tiada ketakutan dan penyesalan.

InsyaaAllah setiap apa yang kita buat harus diniatkan dan ditumpukan kearah tersebut, mencari keredhaan Allah dan SyurgaNya.

Tetapi ia bermakna kita tidak perlu mengutamakan kebahagiaan di dunia ini? Tidak.

Allah juga mahukan kita bahagia di dunia ini.

Mengejar kebahagiaan, adalah perkara yang dilakukan sepanjang hayat.

Ia sukar untuk difahami dan tidak bergantung kepada matlamat tertentu. Apa yang betul-betul dicari adalah sesuatu yang boleh memberi makna dalam kehidupan kita. Living a meaningful life.

Ia selalunya bermula dengan mengapa.

Mengapa kita buat sesuatu perkara itu dalam hidup kita?

Kebahagiaan lebih senang datang apabila kita tahu apa yang sedang kita lakukan, percaya dengan apa yang kita buat, dan suka apa yang kita buat (dan dengan siapa kita melakukan perkara itu).

Hidup kita mungkin ada turun dan naik, tetapi apabila kita faham setiap pelajaran dan hikmah yang terjadi disepanjang kehidupan kita adalah lebih baik daripada kita hidup untuk sekadar hidup selama berpuluh-puluh tahun.

Kita akan bahagia jika kita memahami erti hidup kita. InsyaaAllah.

3. Penyesalan adalah lebih teruk dari ketakutan

Apabila kita mengalah kepada rasa takut, kita akan rasa pahit dan perit untuk merenung kembali kehidupan kita nanti.

Kita benci. Kita akan menyesal. Mengapa?

Bila kita mengalah untuk buat sesuatu atas alasan takut kepada risiko, pasti kita akan menyesal pada suatu hari nanti.

Samada berhenti kerja untuk buka bisnes sendiri, mengembara ke seluruh dunia, atau apa sahaja perkara yang memerlukan pengorbanan, susah payah dan berisiko.

Semua perkara-perkara ini mungkin menakutkan kita, tetapi tanyalah pada diri kita, apa yang lebih menakutkan daripada penyesalan yang tak sudah?

Jangan biarkan masa itu berlalu melambai begitu sahaja. Jangan habiskan sisa hidup kita dengan hanya memikirkan kembali tentang perkara yang kita tak buat apa yang kita boleh sekarang ini.

Live your life. Take risks. Feel passion. Run free.

4. Hadiah yang baik tidak semestinya terbungkus dengan cantik

Hidup ini terlalu sukar dijangka dengan rigid expectation

Hidup ini tidaklah terlalu mudah dan juga tidak terlalu sukar seperti yang kita dijangkakan; ianya bersesuaian dengan kita. Kehidupan yang Allah tulis ini sememangnya sudah cukup cantik bagi kita.

99% masa kita hidup memberikan kita pengalaman yang sangat berharga untuk membantu pertumbuhan kita.

Kuncinya adalah dengan menerima segala yang telah ditakdirkan kepada kita. Bila segala yang diharapkan tidak tercapai, kita perlu duduk dan tenangkan diri kita untuk menerima perkara itu, walaupun sukar.

Sometimes life will beat you to the ground and try to keep you there if you let it. But it’s not about how hard life can hit you, it’s about how hard you can be hit while continuing to move forward.

Bila kita rasa nak sangat menangis dan mengalah, tetapi sebalik kita ambil jalan untuk tetap senyum dan terus maju bergerak ke hadapan, kita akan menjadi lebih kuat.

Harungi segala cabaran dan dugaan. Walaupun rasa sudah tak mampu, tapi sebenarnya tidak. Kita mampu. Take control of your emotions before they take control of you. Everything will fall into place eventually.

“Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Surah Al-Baqarah: 286)

5. Bila kita cuba lari dari masalah, sebenarnya kita hanya berlari setempat

“Jangan berfikir tentang rasa nasi lemak”

Apa yang sedang anda fikirkan sekarang?

Rasa nasi lemak, bukan?

Apabila kita fokus untuk tidak memikirkan tentang sesuatu, kita hanya akan berakhir dengan memikirkan perkara tersebut.

Perkara yang sama juga terjadi bila kita cuba membebaskan fikiran kita daripada pengalaman yang pahit.

Bila kita selalu memaksa diri kita untuk melupakannya, selalunya ia akan bertambah berat dan semakin kita akan ingat.

Bertenang. Kereta pun ambil masa untuk berhenti, inikan pula perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

Jadi bagaimana?

Pilih untuk fokuskan untuk buat perkara lain yang kita suka dan kita nak, dan insyaaAllah kita akan meninggalkan memori pahit dibelakang bila kita kita bergerak maju ke hadapan.

Lari dari masalah adalah perlumbaan yang kita tidak akan menang. Bergerak maju ke hadapan lebih baik dari lari jauh-jauh.

Daripada paksa diri cuba melupakan, lebih baik buat sesuatu yang positif yang boleh menggantikan perkara pahit (negatif) itu.

Penutup

Pelajaran hidup adalah sangat penting dan tak semua orang dapat pelajaran yang sama.

Hiduplah seperti kita akan mati esok. Belajarlah seperti kita akan hidup selamanya.

Tanpa ragu lagi, setiap hari adalah hadiah daripada Allah.

Dan hadiah itu adalah peluang untuk hidup, untuk belajar dan berkembang.

Jadilah pelajar kepada kehidupan. Nikmatinya dan seraplah segala pelajaran sebanyak yang boleh, sementara kita boleh.

Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.

Tak mengapa, itu adalah perkara biasa.

Semua pengalaman adalah berharga dan penting untuk kita.

Tujuan hidup kita adalah untuk hidup dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam mencari redha Allah.

Insyaa-Allah kita tidak akan menyesal menerima setiap pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk kita.

Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon.

BACA INI JUGA: 'Membeli' Pengalaman Akan Membuat Kita Rasa Lebih Bahagia!

Sumber: Akuislam