Thursday, January 29, 2015

Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran

Siapakah sebenarnya Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, iaitu raja baharu bagi Arab Saudi pada Jumaat minggu lalu? Mungkin ramai yang setakat berkata, baginda ialah raja yang memerintah ‘negara minyak’ terkaya di dunia ini.

Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud
Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud.

Namun, tahukah anda, pada usia semuda 10 tahun, Raja Salman sudah pun menghafaz Al-Quran di bawah bimbingan imam Masjidil Haram, Sheikh Abdullah Khayat, malah baginda juga disifatkan sebagai seorang yang warak.

Raja Salman khatam Al-Quran tiga kali pada setiap bulan suci Ramadan, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi, maka tidak hairanlah, raja baharu itu dilaporkan seorang yang memiliki daya ingatan amat kuat.

Yasser Arafat
Penyokong kuat perjuangan Yasser Arafat.

Baginda menerima pendidikan awalnya di Sekolah Putera-Putera di ibu kota, Riyadh bagi mempelajari subjek pendidikan agama dan sains moden, namun Raja Salman dikatakan lebih berminat terhadap pengajian sains sejak usia kecil lagi.

Ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kepandaian sains juga diwarisi anakandanya. Tahukah anda, Raja Salman ialah ayahanda kepada Putera Sultan, yang menjadi angkasawan Muslim pertama di dunia pada tahun 1980-an.

Seorang lagi anakanda lelakinya, Putera Khaled, dilaporkan menjadi antara juruterbang tentera yang menjalankan serangan udara terhadap kumpulan militan Daulah Islamiyah (IS) di Syria tahun lalu, menurut stesen penyiaran Amerika Syarikat (AS), CNN.

(Baca: Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?)

Portal berita Arabnews.com pula menulis, sebagai seorang individu, Raja Salman seorang yang sangat menjaga masa, dan tidak suka lambat bahkan baginda sampai ke pejabat tepat pada masanya setiap hari, sepanjang tahun.

Lantaran itu, Raja Salman kurang suka jika orang membazirkan masa baginda kerana baginda rajin melawat orang sakit dan menghadiri upacara pengebumian di tengah-tengah kesibukan dan jadual padat rasmi sebagai putera mahkota dahulu.

Raja yang menjadi pengamanah Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah itu juga dilaporkan seorang yang penyabar, laman berita Saudi Gazette melaporkan.

Putera Sultan
Putera Sultan angkasawan Muslim pertama di dunia.

Lantaran itu, Raja Salman kurang suka jika orang membazirkan masa baginda kerana baginda rajin melawat orang sakit dan menghadiri upacara pengebumian di tengah-tengah kesibukan dan jadual padat rasmi sebagai putera mahkota dahulu.

Raja yang menjadi pengamanah Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah itu juga dilaporkan seorang yang penyabar, laman berita Saudi Gazette melaporkan.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon