Wednesday, January 30, 2019

Gambar Panas Emma Maembong Tersebar Lagi!

Gambar Panas Emma Maembong Tersebar Lagi!

Belum reda kisah gambar mesra pelakon, Emma Maembong bersama abang kepada seorang menteri, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang tidak bertudung tular, timbul pula gambar membabitkan pasangan itu.

Gambar panas Emma maembong

Terbaharu, dua keping gambar wanita mirip Emma berpakaian seksi dirangkul erat seorang lelaki dan sekeping lagi gambar jelas menampakkan Syed Abdullah berada dalam pelukan Emma.

Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik dalam Insta Story akaun berkenaan tidak dinyatakan lokasi dan tarikh gambar dirakamkan.

Terdahulu, pendedahan dua keping gambar dipercayai Emma dalam keadaan tidak bertudung dan sekeping lagi gambar seorang wanita sedang duduk di celah kangkang Syed Abdullah di dalam sebuah bilik.

Susulan laporan itu, Emma tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya kerana tidak bertudung, namun menafikan wanita yang duduk di celah kangkang Syed Abdullah adalah dirinya.

Dalam kenyataan berasingan memetik laporan sebuah portal, Syed Abdullah membuat pengakuan gambar berdua-duaan berkenaan dirakamkan empat tahun lalu dan tidak mempunyai kaitan dengan Emma.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan baik dengan jejaka berusia 30 tahun itu.

Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq kerap berkongsi gambar bersama Emma di laman Instagram peribadinya berserta kapsyen 'rakan baik'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, April 28, 2016

Ummi Nazeera Tepis Gosip Cinta Zizan

Ummi Nazeera Tepis Gosip Cinta Zizan

Pernah digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan.

Ummi Nazeera

Lapor sebuah portal berita, kedua-dua pelakon ini bertemu untuk membincangkan gosip yang tersebar itu. Malah selepas tersebarnya gosip itu Ummi Nazeerah dan Zizan Razak lebih berhati-hati untuk tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Menurut Ummi Nazeerah, 26, dalam pertemuan itu, pelakon dan pelawak Zizan Razak banyak menasihatinya agar tidak menghiraukan perkara berkenaan dan itu merupakan lumrah sebagai anak seni.

“Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

“Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain,” jelas Ummi kepada portal tersebut.

Lakonan aktres ini bersama Zizan dalam filem Angin Cinta menyebabkan tercetusnya gosip ini. Namun Ummi tidak menafikan selesa berkawan dengan Zizan.

Ummi Nazeera vs Zizan

“Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya.

“Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu,” jelasnya.

Tambah Ummi lagi kepada portal itu, dia masih belum fikir akan soal cinta dan baginya karier lakonannya adalah menjadi keutamaannya.

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” ujarnya. -Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood

Wednesday, January 07, 2015

Emma Maembong Akui Putus Cinta!

Emma Maembong Akui Putus Cinta!

Sekadar perkongsian untuk para pembaca mengenai hubungan cinta diantara Emma Maembong dan Zizan yang dikatakan bergelora sejak dua menjak ni.

Emma Maembong Dan Zizan Razak Putus Cinta!

Sejak kebelakangan ini sering kita terdengar cerita mengenai Zizan Razak dan Emma Maembong putus cinta.

Walaupun dinafikan oleh mereka baru-baru ini dan mereka lebih banyak bermain teka-teki, namun laporan Harian Metro mengesahkan kesahihan cerita ini apabila ia diakui sendiri oleh Emma.

Emma memberitahu melalui aplikasi Whatsapp, "Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham".

Setakat ini Zizan masih belum memberi kenyataan tentang perkara ini, namun pastinya berita ini sesuatu yang mengecewakan untuk peminat pasangan ini yang mahu melihat mereka mengakhiri perhubungan dengan ikatan perkahwinan.

Apa pun sebabnya putus cinta sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Diharap kedua-duanya dapat bersabar, mungkin di masa hadapan ada yang lebih baik menanti anda.

Mungkin Zizan pula akan tampil memberi kenyataan tentang perkara ini nanti.

Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Kepada yang masih single tu, bolehlah cuba nasib, kot-kot Emma atau Zizan suka kat korang..hehe

Sumber: Beautifulnara.com

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 14, 2014

Awie Dan Erra Fazira Bercinta?

Awie Dan Erra Fazira Bercinta?

Awie dan pelakon, Erra Fazira sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila ramai yang ingin melihat mereka kembali bersama.

Awie Dan Erra Fazira Kembali Bercinta

Semuanya gara-gara mereka dilihat seolah-olah sudah berjanji apabila mengenakan baju raya sedondon rona merah ketika hadir sama ke program Meletop Throwback Raya baru-baru ini.

Awie yang ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian di Cyberjaya menjelaskan ia hanya kebetulan dan tidak disengajakan.

"Terus-terang saya dan Erra tidak berjanji untuk hadir dengan pakaian dari rona yang sedondon dan kebetulan sahaja warna kami sama pada hari itu," katanya.

"Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu.

Awie Dan Erra Fazira Kembali Bercinta [2]

"Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak.

"Namun saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.

"Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT," jelasnya lagi.

Namun, Awie mengakui jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan dan dia berserah.

BACA INI JUGA: 8 Cara Isteri Kena Goda Suami Untuk Elak Cerai

Tuesday, June 10, 2014

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha?

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha?

Kecoh industri hiburan apabila tersebar beberapa keping gambar screenshot pemain bola kebangsaan Zaquan Adha yang dikatakan bermain cinta denggan seorang gadis di aplikasi WeChat.

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha

Namun perkara itu telah dinafikan oleh isterinya Ayu Raudhah yang mengatakan akaun WeChat tersebut bukan milik suaminya.

Terbaru, rata-rata peminat tidak mahu pelakon Rita Rudaini memberikan apa-apa.komen berhubung isu skandal bekas iparnya, Zaquan Adha dengan wanita lain.

Malah, mereka turut memohon agar pelakon jelita yang juga bekas isteri kepada kembar Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan supaya berdiam diri serta mengunci mulut jika diajukan dengan pertanyaan berhubung isu tersebut.

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha [3]

Peminat Rita Rudaini bersikap demikian kerana bimbang kalau-kalau pihak media menggunakan ibu tunggal kepada 2 anak itu dengan tujuan untuk melaga-lagakan dia dengan bekas birasnya, Ayu Raudhah.

Yang paling menarik mereka juga meminta agar Rita Rudaini hanya membaca komen-komen mereka mengenai isu skandal Zakuan Adha itu tanpa membalas semula komen mereka.

Namun, kebanyakan mereka menganggap bahawa isu skandal tersebut sebagai satu pembalasan terhadap Ayu kerana mereka mendakwa Ayu pernah cuba mencampuri urusan rumahtangga Rita dan Aidil sewaktu rumahtangga mereka bergolak tidak lama dahulu. [Sumber]

Lagi Screenshot Zaquan Adha Main Kayu Tiga Di Instagram

Lagi Screenshot Zaquan Adha Main Kayu Tiga Di Instagram

Jika sebelum ini satu Malaysia kecoh dengan pendedahan yang mengatakan Zaquan Adha cukup licik memikat gadis di aplikasi sosial WeChat, nampaknya hari ini ada satu lagi bukti yang ditampilkan oleh seorang lagi mangsa. Ganas bunyinya, mangsa..

Zaquan Adha menerusi sebuah aplikasi chat yang menggunakan Instagram sebagai platform ada menegur seorang gadis yang tidak kami ketahui namanya dan mengajak gadis itu berjumpa.

Perkara ini didedahkan melalui forum hiburan popular, Cari.com.

Menerusi screenshot di atas, jelas menunjukkan ID Instagram iaitu zaqone_08 dan jika kita mengikut teori isterinya, Ayu Raudhah sebelum ini memang ada kemungkinan screenshot kali ini juga merupakan hasil kerja manipulasi grafik oleh sesetengah pihak.

“Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini,“ ujar Ayu Raudhah. [Sumber]

-Sentiasapanas.com

Thursday, April 03, 2014

Lagi Artis Bercinta Dengan Isteri Orang!?

Lagi Artis Bercinta Dengan Isteri Orang!?

Rasanya agak lama juga peminat seni hiburan tanahair tidak dihidangkan dengan cerita mengenai pelakon Zul Huzaimy.

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang

Umum mengetahui bahawa dia sudah tiga tahun menduda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad.

Bagaimanapun, menerusi portal hiburan OHBULAN!, kami mendapat cerita yang tidak enak mengenai pelakon ini.

Khabarnya, Zul Huzaimy kini sedang berpacaran dengan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang!

Beberapa keping gambar mereka bersama juga turut dikongsikan menerusi portal itu.

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang [2]

Harap-harap berita ini tak benarlah ya. Cukup-cukuplah cerita seorang artis tempatan ‘bermain cinta’ dengan isteri orang sampai bercerai-berai rumahtangga dibuatnya.

Diharap Zul Huzaimy akan tampil membuat penjelasan mengenai perkara ini nanti. -Mynewshub.my

Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Hanez Suraya

Awi Rafael Hanez Suraya

Sementara itu, penyanyi Awi Rafael tidak pernah mengambil tahu mengenai kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya ketika ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, sejak berpisah pada tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat Hanez.

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran kepada saya dan pada tahap ini saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengambil tahu mengenai hal-hal berkaitan dengannya lagi,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu penyanyi lagu Asalkan Aku OK! ini diundang untuk mengadakan persembahan bersama Krisdayanti sempena minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, PICC pada 17 April ini.

Dalam pada itu, Awi berkata, dia tidak pernah menyesal memutuskan hubungannya dengan Hanez kerana ia adalah keputusan terbaik untuknya pada ketika itu.

Kata Awi, biarpun hubungan itu tidak kekal lama namun ia banyak memberi pengajaran dan mematangkannya dalam pelbagai sudut kehidupan.

“Saya tidak kesal mengikut kata hati saya dan pada masa sama ia banyak memberi pengajaran biarpun ia tidak kekal lama,” katanya.

Tambah Awi, dia kini tidak mempunyai pengganti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

Sementara itu, Awi menolak dakwaan lagu duetnya bersama Altimet berjudul Kalau Aku Kaya ditujukan kepada bekas kekasihnya itu.

Awi berkata, tanggapan tersebut tidak masuk akal kerana dia hanya menyanyikan lagu berkenaan. Ia dicipta oleh Altimet, Omar K dan Audi Mok.

“Tidak benar sama sekali dan orang mungkin hanya salah anggap tambahan pula bukan saya yang buat lagu itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awi sedang sibuk di studio rakaman bagi menerbitkan lagu terbaharu untuk penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Alif Aziz, Aisyah Aziz dan Syura. –mStar Online

Friday, February 07, 2014

Zizan Enggan Komen Tuduhan Bersekedudukan!

Zizan Enggan Komen Tuduhan Bersekedudukan!

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak dan pengacara terkenal Zizan Razak kerap kali dikaitkan dengan gosip kurang enak mengenai dirinya dengan artis wanita yang dikatakan bercinta dengannya iaitu Emma Maembong.

Zizan - Emma Maembong Bersekedudukan

Bulan lalu, kecoh mengatakan Zizan dan Emma berkelakuan kurang senonoh dalam penerbangan menuju ke Los Angeles dan baru-baru ini pula menerusi email yang dikongsikan sebuah portal, Zizan pula didakwa bersekedudukan dengan Emma di rumahnya yang terletak di Subang.

Email itu dipercayai ditulis oleh jiran artis tersebut, walaupun nama artis yang didakwa itu tidak dinyatakan, rata-rata membuat andaian daripada klue yang diberikan ianya lebih menjurus kepada Zizan dan Emma.

(Baca: Tradisi Kecantikan Yang Sangat Menyeksakan)

Mengulas mengenai perkara itu, Zizan berkata kepada portal Gua, “saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”.

Zizan juga enggan memberikan komennya berhubung isu panas itu sebaliknya kini mahu memberikan tumpuan kepada karier seninya yang semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini.

Namun, ada juga pihak membuat telahan perkara-perkara sebegini timbul bertujuan untuk menaikkan nama Zizan berikutan saingan hangat Anugerah Bintang Popular 2013 yang bakal diadakan 6 April ini.

Takkanlah Zizan nak ‘up’kan namanya dengan cerita tidak elok sebegitu pulak kan?

Sumber: Mynewshub

Monday, January 20, 2014

Emma Maembong Kantoi Bercumbu?

Emma Maembong Kantoi Bercumbu?

Rasanya sudah ramai yang tahu akan hubungan ‘istimewa’ antara Zizan Razak dan Emma Maembong biarpun kedua-dua sering membuat penafian.

Emma Maembong Kantoi Bercumbu

Baru-baru ini, kedua-duanya telah menjadi mangsa usikan kerana dilihat memuatnaik gambar di lokasi yang sama di Los Angeles dan Las Vegas, namun secara berasingan untuk ‘cover line’.

Zizan Razak Dan Emma Maembong Kantoi Bercumbu?

Tapi, itu tak mengapalah sebab hak masing-masing kan?

(Baca: Pelakon Siri TV Termahal Hollywood)

Namun, apa yang tak syoknya, Zizan dan Emma dikatakan bercumbuan di dalam kapal terbang semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke sana!

Cerita itu tersebar melalui sebuah sisipan hiburan akhbar tempatan yang menyatakan banyak saksi yang memerhatikan perbuatan mereka itu.

Kami rasa bercumbuan yang dimaksudkan bukanlah ke tahap ‘comolot’, tapi cium pipi pun boleh dikira cumbu kan?

Emma Maembong Kantoi Bercumbu [2]

Hai, harap-harap perkara ini tidak benar-benar berlaku. Tapi, kalau benar, kami sarankan agar Zizan dan Emma mengaku sahaja yang mereka sedang bercinta.

Kalau bimbang buat perkara-perkara tak manis, lebih baik kahwin saja.

UPDATE

Zizan Enggan Komen

Zizan - Emma Maembong Kantoi Bercumbu

Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia bercumbuan dengan aktres Emma Maembong di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Zizan atau nama sebenarnyan Razizan Razak, 30, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia masih belum membaca laporan mengenai perkara itu dan akan mengulas selepas mengetahui cerita sebenar.

"Maaf, saya baharu sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini.

(Baca: Saman Bekas Majikan Selepas Kemaluan Hancur)

"Apabila sudah mengetahui situasi sebenar nanti saya akan komen," katanya.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.

Bagaimanapun sebelum ini, kedua-dua pasangan itu yang pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.

Sumber: Mynewshub/mStar

Saturday, December 28, 2013

HOT! Neelofa Kecewa Di Fitnah Berkhalwat!

HOT! Neelofa Kecewa Di Fitnah Berkhalwat!

Pelakon popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.

Neelofa Berkhalwat!

Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.

“Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

“Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut,” katanya menerusi laman Twitter.

Pengacara melodi itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.

(Baca: Suami Kantoi Curang Dalam Rancangan TV)

Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.

“Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.

“Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.

“Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi,” katanya.

Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Sumber: Sinar Harian Online

Wednesday, December 04, 2013

Sharifah Sakinah Ada Kekasih Baru?

Sharifah Sakinah Ada Kekasih Baru?

Selepas hubungan cintanya Ahmad Albab iaitu anak kepada pengarah Eirma Fatim berakhir beberapa lalu, belum ada berita mengkhabarkan pelakon Sharifah Sakinah bertemu pengganti.

Sharifah Sakinah Ada Kekasih Baru

Sehinggalah malam tadi sewaktu majlis malam gala tayangan filem terbaru lakonannya, Ular, bertempat di e@Curve, adik kepada pelakon dan pelawak Sharifah Shahirah itu tidak datang keseorangan. Apa yag jelas, dia hadir bersama seorang jejaka yang tidak kurang segaknya.

Lantas pihak media terus bertanyakan pada tuan empunya badan, siapakah gerangan jejaka tersebut? Adakah kekasih baru Sakinah?

“Bukan. Dia tu trainer gym saya, Murad namanya. Tapi sebenarnya dia trainer kak Lin (Sharifah Haslinda). Memang dia selalu temankan saya.

"Kalau dia tak ada kelas, memang 24 jam dia dengan saya. Dia tu anak angkat mak saya sebenarnya.

"Dia nak jadi pelakon sebenarnya, jadi itu yang saya bawa dia malam ni untuk dia lihat sendiri bagaimana kerja pelakon.

“Sekarang ni saya dalam proses nak kuruskan badan. Dalam masa 6 bulan ni saya dah turun 12kg.

Macam hari ni (malam tadi) saya bawa Murad ke sini, jadi makanan macam nasi goreng dan kueh teow goreng yang ada hari ni, semua tu saya tak boleh makan.

"Dia tak bagi. Kalau dia tak ada, memang saya dah makan dah”, katanya kepada pihak media sekaligus memberitahu buat masa ini dia masih lagi solo.

‘Ular’ Yang Pertama

Sementara itu berkongsi mengenai filem Ular, Sakinah berkata filem arahan Jason Chong itu merupakan filem sulung lakonannya.

Walaupun watak yang dibawakan ringan tapi sebagai orang yang baru nak berjinak-jinak di layar perak, Sakinah berasa bertuah dan bangga dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Yusry juga produksi yang sangat komited.

Disebabkan dia sudah biasa berlakon sejak dari kecil, jadi dia tida berasa kekok untuk berlakon di laya lebar. Mengimbas saat kira-kira dua tahun lalu, dia seronok sepanjang menjalani penggambaran Ular.

“Ni filem sulung saya. Penggambaran masa tahun 2011, masa tu umur saya 21 tahun. Lebih kurang 3 minggu kami berada di Pulau Tioman untuk penggambaran.

“Watak saya ringan saja iaitu sebagai seorang gadis yang gedik bernama Lin. Dia kawan baik kepada Amy (lakonan Zarina Anjoulie).

"Saya seronok sepanjang penggambaran. Sepatutnya ada babak saya bersama ular sebenar, tapi pihak produksi tak buat sebab risikonya besar.

“Sepanjang kat pulau tu, nak diikutkan memang tak selesa sebab banyak nyamuk dan lepas tu kena shoot dalam hutan. Tapi saya okay saja”, katanya.

Ular, arahan pengarah Jason Chong, bakal ditayangkan di pawagam pada 5 Disember ini.

Sumber: Malaysian Digest

Gambar Intim Aidil Zafuan Di Sisi Zarema

Gambar Intim Aidil Zafuan Di Sisi Zarema

Kisah hubungan rapat antara Aidil Zafuan, pemain bola sepak terkenal yang juga bekas suami pelakon, Rita Rudaini dengan wanita bernama Zarema Zainal sebenarnya bukan perkara baru.

Gambar Intim Aidil Zafuan Di Sisi Zarema

Malah hubungan istimewa antara mereka sudah bertebaran sejak Aidil dan Rita mengalami keretakan rumah tangga lagi.

Kedua-dua pihak bagaimanapun dilihat menyembunyikan keakraban mereka meskipun beberapa gambar membuktikan mereka meluangkan masa bersama pernah tersebar di internet sebelum ini.

Apa pun, Aidil kini sudah nyata bukan lagi suami orang setelah menjatuhkan talak ke atas Rita, 4 Ogos lalu. Setelah sekian lama bekas pasangan suami isteri ini berperang menerusi media dan naik turun mahkamah, mungkin inilah keputusan terbaik untuk mereka.

Menerusi cara ini baik Aidil mahu pun Rita, bolehlah membina hidup baru dengan pengganti masing-masing.

Malah selepas sah sudah status Aidil bukan lagi suami kepada Rita, pemain bola ini pun dilihat sudah makin terbuka mempamerkan hubungannya dengan Zarema.

Hal ini dapat dilihat di laman Instagram Aidil yang tidak lagi sorok-sorok bergambar bersama kawan baik pelakon popular, Nora Danish itu.

Gambar Intim Aidil Zafuan Di Sisi Zarema
Gambar Intim Aidil Zafuan Di Sisi Zarema
Gambar Intim Aidil Zafuan Di Sisi Zarema
Gambar Intim Aidil Zafuan Di Sisi Zarema

Mereka juga dilihat sama-sama menghadiri majlis hari lahir anak buah hati Nora Danish, Nedim Nazri.

Sekiranya benar Aidil dan Zarema mempunyai hubungan istimewa, harap-harap segeralah makan nasi minyak. Dan jika mereka membina rumah tangga bersama selepas ini, pasti banyak boleh dipelajari oleh Aidil daripada pengalaman silamnya untuk dijadikan panduan.

Apa yang penting, jangan dilupakan zuriatnya bersama Rita iaitu Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin yang masih memerlukan perhatian seorang bapa dalam menjalani proses membesar.

Sumber: Mynewshub

Sharnaaz Punca Hubungan Qi dan Nelydia Retak!

Sharnaaz Punca Hubungan Qi dan Nelydia Retak!

Pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dikatakan menjadi punca hubungan Qi Razali dan Nelydia Senrose tiba-tiba bermasalah gara-gara sekeping gambar yang telah dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram miliknya dengan kapsyen "Tak payah pening-pening, dah depan mata".

Nelydia Senrose vs Qi Razali

Menurut Sharnaaz, dia terkejut apabila Qi bengang dengan kapsyen yang ditulisnya itu kerana kapsyen tersebut sebenarnya adalah dialog dalam drama yang dilakonkannya "Bukan Kerana Aku Tak Cinta".

"Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi itu. Saya terkejut Nely tak ada dengan saya sekarang. Ni pun tengah tunggu dia untuk penggambaran sekejap lagi.

"Saya faham perasaan Qi. Saya tak nak besar-besarkan cerita, sebab sekarang asyik saya jer kena 'game'.

Saya macam dah tak boleh rapat dengan sesiapa dah sekarang ni. Tapi tak apa lah, ini pun isu yang terakhir sebelum saya bersara tak lama lagi," katanya kepada Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia memohon maaf jika Qi tidak suka dengan kapsyen tersebut dan akan memadam gambar tersebut jika disuruh.

"Kalau dia tak suka, saya minta maaf. Kejap lagi saya jumpa Nely, kalau dia suruh saya padam gambar tu, saya padam lah."

Sumber: My.entertainment.yahoo

Wednesday, November 06, 2013

Jamal Abdillah Bakal Lamar Nas Adila?

Jamal Abdillah Bakal Lamar Nas Adila?

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 54, yang sebelum ini pernah mengalami dua kali kegagalan dalam rumah tangganya dikatakan bakal melamar penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Nas Adila untuk dijadikan sebagai suri hidupnya.

Jamal Abdillah

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Jamal dikatakan terpikat dengan kelembutan dimiliki Nas manakala penyanyi wanita itu pula melihat Jamal sebagai lelaki matang dan stabil untuk dijadikan suami.

Sebelum ini, Nas dikatakan pernah putus tunang dengan seorang kerabat diraja selain baru sahaja putus cinta dengan Alif AF6.

Majlis merisik Raja Pop ini juga dikatakan akan diadakan secara tertutup dan hanya individu tertentu sahaja yang tahu mengenai majlis tersebut.

Kalau benarlah cerita yang disampaikan ini, tahniah diucapkan buat Jamal dan Nas.

Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Mynewshub

Monday, November 04, 2013

Benarkah Ummi Nazeera Dan Aeril Zafrel Pernah Berkahwin?

Benarkah Ummi Nazeera Dan Aeril Zafrel Pernah Berkahwin?

Tak tahulah sejauh mana kebenaran kisah ini..

Ummi Nazeera

Terbaru, nama pelakon Aeril Zafrel sekali menjadi perhatian apabila dia dikatakan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ummi Nazeera.

Menerusi laporan akhbar sisipan Bi-Pop, semalam, Zubir menulis bahawa kedua-dua mereka mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dengan penggambaran filem Penanggal arahan Ellie Suriaty.

Ummi Nazeera

Selain itu, Zubir turut menulis bahawa perubahan imej Ummi yang kini lebih islamik dipengaruhi oleh Aeril yang kini semakin berjinak-jinak dengan bidang agama.

Sebagai respons terhadap artikel yang ditulis itu, Ummi lantas menafikan khabar angin tersebut serta mengingatkan Zubir supaya menulis berdasarkan fakta dan bukannya sengaja mereka-reka fitnah seperti itu.



Friday, November 01, 2013

Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bakal Bernikah Pada 11.12.13?

Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bakal Bernikah Pada 11.12.13?

Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.

Zain dan Rozita
Zain dan Rozita akan mengadakan sidang media khas bagi 
mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada bulan hadapan.

Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.

"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

Gambar majlis merisik Zain dan Rozita yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Foto Ihsan AnnasEaskey Photography.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

Sumber: mStar

Saturday, October 26, 2013

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

Kelmarin, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose

Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.

Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.

Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dengannya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya, Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.

Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?

Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?

Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:

Uqasha Pernah Curang Atau Pekin Tak Matang?

Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.

Kalau susah sangat, putuskan je la!

Sumber: Mynewshub


Friday, October 04, 2013

Cha Cha Maembong Dicop 'Playgirl'

Cha Cha Maembong Dicop 'Playgirl'

Pelakon remaja Cha Cha Maembong tidak mahu digelar ‘playgirl’ hanya gara-gara dia sering digosipkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini.

Emma dan Cha Cha Maembong
Emma dan Cha Cha Maembong.

“Asalkan saya keluar dengan artis lelaki saja mesti ada gosip. Sebenarnya kami berkawan-kawan. Saya takut dilabel playgirl. Tapi sebagai artis, memang kita tak dapat elak gosip-gosip tu.

Pada saya, saya buat tak layan saja. Semua artis ada cerita cinta mereka tapi gosip cinta saya tak benar”, katanya kepada Malaysian Digest yang turut menegaskan ketika ditemui pada sidang media telemovie khas sempena Aidiladha, Designer Didie Naik Haji bertempat di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio Angkasapuri, semalam.

Pemilik nama sebenar Siti Aishah Maembong, 17, ini berkata demikian ketika mengulas mengenai dirinya sering dikaitkan dengan artis lelaki seperti pelakon Shah Iskandar dan terbaru penyanyi Iqwal Hafiz.

Mengenai hubungannya cintanya dengan pelakon Shah Iskandar, Cha Cha berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa malah sudah lama tidak berhubung dengan aktor kelahiran Singapura itu.

“Saya pernah jalani penggambaran Pengantin Lari dengan dia. Dan gosip tu timbul masa kami sedang shooting drama tu. Kadang-kadang lepas shooting tu kami keluar lepak minum beramai-ramai. Tapi sekarang ni dah habis shooting memang kami dah lama tak jumpa”, ujarnya.

Sementara itu Cha Cha mengakui dia kini berkawan rapat dengan Iqwal Hafiz sepertimana yang digembar-gemburkan di internet.

Menurut adik kepada Emma Maembong ini, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.

“Saya baru kenal dia dan tak sampai setahun pun kami berkawan. Baru-baru ni dia bersama ayah dan ibunya ada melawat saya di hospital sewaktu saya jalani pembedahan apendiks bulan lalu.

“Sebenarnya kawan baik saya yang kenalkan saya pada dia. Sebab dia pun sebenarnya kawan kepada kawan baik saya tu. Tapi setakat ni kami tak pernah lagi keluar berdua.

"Kalau keluar, kami mesti bertiga iaitu dia, saya dan kawan baik saya.

“Apa yang boleh saya katakan, kami baru nak kenal hati budi masing-masing”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1.

Sumber: Malaysian Digest

Saturday, September 28, 2013

Zain Saidin Nafi Gosip Bertunang Rabu Lalu!

Zain Saidin Nafi Gosip Bertunang Rabu Lalu!

Pelakon Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.

Zain Saidin - Rozita Che Wan

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut.

“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?

“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Zain bagaimanapun tidak menafikan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan namun masih lagi belum diputuskan lagi memandangkan dia sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 sehingga bulan November depan.

“Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

Dalam perkembangan lain Zain juga sibuk dengan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan RTM.

Sumber: Mynewshub

Thursday, September 19, 2013

Tasha Shilla Punca Prestasi Mahali Jasuli Merosot?

Tasha Shilla Punca Prestasi Mahali Jasuli Merosot?

Sedari mula timbulnya desas-desus dia kononnya menjalin hubungan cinta dengan pemain bola sepak Kebangsaan dan pasukan Selangor, Mahali Jasuli, pelakon ini pantas menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan mereka hanya bersahabat.

Tasha Shilla

Namun keintiman pasangan ini semakin ketara apabila Tasha Shilla dikatakan sering mengikut Mahali ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolak sepak.

Bagaimanapun ada spekulasi mengatakan sejak akhir-akhir ni prestasi pemain muda itu kian merosot dan Tasha dipersalahkan. Gara-gara terlalu asyik bercinta sehinggakan Mahali gagal memberikan tumpuan pada kerjayanya.

“Daripada awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa.

“Mungkin sekarang ni dia tengah alami kecederaan, sebab itu dia tak dapat beraksi dengan baik. Kenapa nak libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang?

Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang dia, tak pula orang sebut nama saya tapi bila dia main tak bagus, mula nak kaitkan nama saya.

Soal kenapa dia tak beraksi cemerlang, itu kena tanyalah pada jurulatih dia, Rajagopal kan”, kata Tasha Shilla ketka diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Tasha ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld, kelmarin.

Pada masa sama Tasha mengesahkan dirinya kini masih lagu belum berpunya. Namun tidak hanya Mahali seorang yang kini menjadi temannya malah dia berkawan dengan ramai orang.

“Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin namun jodoh, ajal dan maut adalah di tangan Tuhan dan saya menyerahkan segalanya kepada Tuhan,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Digest

Wednesday, September 11, 2013

Panas! Adi Putra Nafi Kenal Wanita Yang Dituduh Ada Skandal!

Panas! Adi Putra Nafi Kenal Wanita Yang Dituduh Ada Skandal!

Aktor kacak, Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang menegaskan dia tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya dan memberi sebab mengapa dia mendiamkan diri.

Adi Putra, Skandal

Kenyataan ini diberikan oleh Adi ketika ditemui di sidang media produk Fereena Beauty di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebentar tadi.

“Saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mengapa mendiamkan diri. Mendiamkan diri tak membawa erti saya melarikan diri apabila kes ini timbul.

Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang seperti sidang media produk ini, tayangan KL Gangster 2 dan sebagainya.

Saya diamkan diri kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jika saya buka mulut, saya akan mengganggu siasatan dan kerja pihak berkuasa.

Jadi, ada baiknya saya diamkan diri. Apa yang boleh saya katakan ialah saya langsung tidak kenal dengan perempuan itu,” jelas Adi memulakan bicara.

“Saya tidak tahu punca kontroversi ini boleh timbul. Bagi saya, kontroversi tetap kontroversi. Saya ibaratkan perkara itu sebagai air. Jadi saya kena biarkan air itu mengalir dah saya tak boleh tahan air itu daripada mengalir.

Satu hari nanti pasti ada penjelasan dan kepastian. Saya hanya boleh diamkan sahaja,” kata hero drama ‘Teduhan Kasih’ ini lagi.

Ketika diminta mengulas adakah kontroversi yang terjadi ini merupakan satu unsur sabotaj atau fitnah terhadap dirinya, Adi menjelaskan yang dia tiada hak untuk berkata begitu.

“Saya tak boleh cakap begitu. Kalau saya cakap, sepertinya saya sudah menjatuhkan hukum. Saya tidak layak menghukum orang lain kerana saya bukan Tuhan. Lebih baik saya diam daripada berkata kerana kalau saya salah cakap nanti, lain jadinya.

Saya tidak tahu kenapa nama saya boleh terkait dalam kontroversi ini, Wallahualam.

Saya sudah terpilih untuk terlibat dalam kontroversi ini, saya hanya menerimanya sahaja. Ini merupakan dugaan paling hebat untuk saya sepanjang 32 tahun saya hidup.

Ada berita yang mengatakan saya buat gangguan seksual. Kalau betullah saya buat gangguan seksual, pastinya saya sudah ditahan reman.

Saya ambil ini sebagai pengalaman dan pengajaran. Saya hanya kosongkan hati dan ingat perkara ini sebagai ujian untuk saya. Hubungan saya dengan isteri masih baik seperti biasa, keluarga kami juga tiada masalah.

Saya tidak akan lari, saya tetap akan berkongsi dengan semua. Tapi memandangkan perkara ini masih lagi dalam siasatan, saya tak boleh ulas lanjut kerana saya tidak mahu langgar undang-undang. Biar pihak berkuasa jalankan siasatan,” luah Adi berterus-terang.

Sementara itu, Adi juga mendedahkan yang dia sebenarnya telahpun berjaya mendapat status sebagai penduduk tetap (PR) di Malaysia.

“Saya sudah sah memegang taraf penduduk tetap (PR) di Malaysia. Tapi saya minta maaf, saya tidak boleh memberi maklumat lanjut tentang tarikh sebenar saya mendapat kerakyatan ini.

Ini merupakan urusan kerajaan. Setelah 12 tahun menetap di Malaysia dan lapan tahun berkahwin dengan orang Malaysia, akhirnya saya mendapat taraf PR,” ulas Adi. -Gua