Thursday, April 28, 2016

Ummi Nazeera Tepis Gosip Cinta Zizan


Pernah digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan.

Ummi Nazeera

Lapor sebuah portal berita, kedua-dua pelakon ini bertemu untuk membincangkan gosip yang tersebar itu. Malah selepas tersebarnya gosip itu Ummi Nazeerah dan Zizan Razak lebih berhati-hati untuk tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Menurut Ummi Nazeerah, 26, dalam pertemuan itu, pelakon dan pelawak Zizan Razak banyak menasihatinya agar tidak menghiraukan perkara berkenaan dan itu merupakan lumrah sebagai anak seni.

“Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

“Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain,” jelas Ummi kepada portal tersebut.

Lakonan aktres ini bersama Zizan dalam filem Angin Cinta menyebabkan tercetusnya gosip ini. Namun Ummi tidak menafikan selesa berkawan dengan Zizan.

Ummi Nazeera vs Zizan

“Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya.

“Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu,” jelasnya.

Tambah Ummi lagi kepada portal itu, dia masih belum fikir akan soal cinta dan baginya karier lakonannya adalah menjadi keutamaannya.

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” ujarnya. -Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon