Thursday, April 03, 2014

Lagi Artis Bercinta Dengan Isteri Orang!?


Rasanya agak lama juga peminat seni hiburan tanahair tidak dihidangkan dengan cerita mengenai pelakon Zul Huzaimy.

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang

Umum mengetahui bahawa dia sudah tiga tahun menduda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad.

Bagaimanapun, menerusi portal hiburan OHBULAN!, kami mendapat cerita yang tidak enak mengenai pelakon ini.

Khabarnya, Zul Huzaimy kini sedang berpacaran dengan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang!

Beberapa keping gambar mereka bersama juga turut dikongsikan menerusi portal itu.

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang [2]

Harap-harap berita ini tak benarlah ya. Cukup-cukuplah cerita seorang artis tempatan ‘bermain cinta’ dengan isteri orang sampai bercerai-berai rumahtangga dibuatnya.

Diharap Zul Huzaimy akan tampil membuat penjelasan mengenai perkara ini nanti. -Mynewshub.my

Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Hanez Suraya

Awi Rafael Hanez Suraya

Sementara itu, penyanyi Awi Rafael tidak pernah mengambil tahu mengenai kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya ketika ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, sejak berpisah pada tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat Hanez.

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran kepada saya dan pada tahap ini saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengambil tahu mengenai hal-hal berkaitan dengannya lagi,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu penyanyi lagu Asalkan Aku OK! ini diundang untuk mengadakan persembahan bersama Krisdayanti sempena minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, PICC pada 17 April ini.

Dalam pada itu, Awi berkata, dia tidak pernah menyesal memutuskan hubungannya dengan Hanez kerana ia adalah keputusan terbaik untuknya pada ketika itu.

Kata Awi, biarpun hubungan itu tidak kekal lama namun ia banyak memberi pengajaran dan mematangkannya dalam pelbagai sudut kehidupan.

“Saya tidak kesal mengikut kata hati saya dan pada masa sama ia banyak memberi pengajaran biarpun ia tidak kekal lama,” katanya.

Tambah Awi, dia kini tidak mempunyai pengganti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

Sementara itu, Awi menolak dakwaan lagu duetnya bersama Altimet berjudul Kalau Aku Kaya ditujukan kepada bekas kekasihnya itu.

Awi berkata, tanggapan tersebut tidak masuk akal kerana dia hanya menyanyikan lagu berkenaan. Ia dicipta oleh Altimet, Omar K dan Audi Mok.

“Tidak benar sama sekali dan orang mungkin hanya salah anggap tambahan pula bukan saya yang buat lagu itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awi sedang sibuk di studio rakaman bagi menerbitkan lagu terbaharu untuk penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Alif Aziz, Aisyah Aziz dan Syura. –mStar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon