Friday, January 09, 2015

Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di sini pada Rabu lalu yang meragut 12 nyawa termasuk dua anggota polis Perancis mendedahkan ‘harga’ perlu dibayar kerana bebas menghina agama konon atas nama hak asasi manusia.

Charlie-hebdo [4]

Ketika masyarakat antarabangsa khasnya pemimpin Barat mengutuk kumpulan ekstremis Muslim, beberapa media tempatan mendedahkan, insiden terburuk itu berpunca daripada sikap penerbitan tersebut yang sering keterlaluan ‘menghiris’ sensitiviti umat Islam.

Ketua pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang turut terbunuh, dikenal pasti amat mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau malah beliau kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Tidak hairanlah lelaki berusia 47 tahun itu hidup dalam ketakutan dan terpaksa dilindungi pengawal peribadi sejak pejabat majalah itu dibom pada 2 November 2011 susulan penerbitan kartun Charia Hebdo yang jelas menghina undang-undang jenayah Islam.

Dibawah ini adalah gambar kulit depan majalah Charlie Hebdo keluaran 3 November 2011 sengaja ditukar menjadi Charia Hebdo yang bermaksud Mingguan Syariah dalam bahasa Perancis, sebagai mempertikaikan undang-undang jenayah Islam.

Charlie-hebdo [2]

Beliau yang menjadi ketua editor Charlie Hebdo pada 2009 juga selalu menerima ancaman bunuh hanya kerana mempertahankan dasar majalah suka hina ahli-ahli politik, selebriti sukan dan hiburan bahkan kaum bukan kulit putih sejak ia diterbitkan 1970.

Meskipun Charlie Hebdo bersifat pelampau, ia disegani kerana Bernard Maris, salah seorang pemilik sahamnya yang juga wartawan majalah itu, dan turut terbunuh dalam serangan nekad tersebut; sebenarnya merupakan pakar ekonomi berpengaruh.

Bayangkanlah, beliau ialah profesor pengajian ekonomi di Institut Kajian Eropah, Universiti Paris selain mengajar subjek mikro ekonomi di Universiti Iowa, Amerika Syarikat dan Bank Pusat Peru; serta menjadi ahli lembaga pengarah Bank Pusat Perancis.

Provokasi Didalangi Musuh Islam

Secara umum, Charlie Hebdo dengan edaran 45,000 naskhah bebas hina mana-mana pihak tanpa rasa bersalah kerana ia didukung ramai personaliti ternama Perancis dan lebih pelik, tiada tindakan dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Stephane Charbonnier
Stephane Charbonnier.

Sasaran utama mereka ialah agama Islam dan ramai lihat kecenderungan majalah Perancis itu mempermainkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya memang didalangi Barat bagi membangkitkan kemarahan umat Islam sekali gus melabel Islam sebagai pengganas.

Hakikatnya kematian Charbonnier, Maris dan lapan lagi kartunis biadap Charlie Hebdo berjaya menjadi ‘modal’ pihak Barat untuk mengalih perhatian masyarakat selama ini daripada isu penghinaan majalah pelampau itu ke atas agama Islam. –Agensi

BACA INI JUGA: Isu Rasis, Bila Cina Hina Melayu Kenapa Diam?

Charlie Hebdo, Akhbar Anti-Islam Utama Di Perancis!

Charlie Hebdo, Akhbar Anti-Islam Utama Di Perancis!

Apa yang berlaku di pejabat akhbar Charlie Hebdo adalah kesalahan yang seharusnya mereka elakkan.

Charlie-hebdo

Menghina dan menggunakan agama penganut lain dengan tujuan melariskan jualan akhbar adalah sesuatu yang sangat jijik, lebih-lebih lagi menggunakan pendekatan karikatur untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Malangnya, dunia sekali lagi akan menuduh Islam sebagai agama pengganas susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada Rabu.

Namun, dunia sebenarnya sedar dan tahu mengapa dan sebab apa perkara ini berlaku. Akhbar Charlie Hebdo sebenarnya yang memulakan provokasi sehingga ada segolongan yang bertindak sedemikian.

Dunia Islam sebenarnya sudah menegur tetapi Charlie Hebdo langsung tidak peduli. Islam tidak memerangi mereka, tetapi mereka yang memulakannya dengan serangan-serangan menjijikkan melalui karikatur kreatif hasil Stephane Charbonnier dan tiga pelukis karikatur terkenal Perancis yang lain.

Akhbar kontroversi Denmark

Charlie-hebdo [2]

Bangunan ibu pejabat Jyllands-Posten, akhbar kontroversi Denmark yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia pada 2005 lalu, mula diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dikawal ketat pihak keselamatan.

Langkah luar biasa itu dibuat susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada Rabu yang mengorbankan 12 orang termasuk ketua editor, Stephane Charbonnier dan dua anggota polis tempatan.

“Jyllands-Posten memaklumkan semua petugas menerusi e-mel berhubung tambahan langkah keselamatan di bangunan syarikat itu di Copenhagen dan bandar raya Viby,” lapor akhbar tertua Denmark yang diasaskan pada 1749, Berlingske, Denmark.

Harian tempatan konservatif tersebut memetik jurucakap Jyllands-Posten, Christine Blach sebagai berkata, syarikat akhbar pro-Israel yang ditubuhkan pada 1871 itu memantau teliti perkembangan insiden serangan bersenjata terhadap Charlie Hebdo.

Peristiwa yang mengejutkan banyak pihak itu menyaksikan lapan kartunis terbaik Charlie Hebdo maut ditembak ketika sedang bermesyuarat dan lima lagi petugas majalah tersebut cedera ketika diserang sekumpulan lelaki lengkap dengan senjata berat.

Jyllands-Posten pernah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam antarabangsa apabila menyiarkan siri 12 kartun satira pada 2005 yang menghina Nabi Muhammad SAW sebelum ia kemudian dicetak semula oleh Charlie Hebdo pada 2006.

Kurt Westergaard, artis di sebalik kartun kontroversi tersebut dan pernah menjadi sasaran cubaan bunuh di rumahnya sendiri pada 2010 memberitahu stesen radio Denmark, serangan di Paris itu memang bertujuan untuk menakutkan petugas media.

Namun dia memuji kartunis Charlie Hebdo yang tidak gentar dengan ugutan pelampau tidak kira daripada ekstremis Islam, Kristian atau tokoh politik berpengaruh yang mahu menyekat kebebasan bersuara dalam kalangan pihak media tempatan.

Sementara itu, perkhidmatan perisikan Denmark dalam satu kenyataan media berkata, situasi semasa negara tersebut masih terkawal tetapi serangan di ibu kota Perancis itu dibimbangi mampu merebak ke negara rantau Skandinavia berkenaan. –Agensi

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, January 07, 2015

PANAS! Surat Menteri Kepada FBI Pertahan Raja Judi Malaysia Tersebar!!

PANAS! Surat Menteri Kepada FBI Pertahan Raja Judi Malaysia Tersebar!!

Paul Phua atau nama sebenarnya, Paul Wei Seng Phua merupakan pemain poker profesional handalan yang pernah menyertai kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Paul Wei Seng Phua
Paul Wei Seng Phua.

Apabila salinan surat dua halaman ditulis sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjelaskan bahawa Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K Triad bertebaran di Internet, dah pastilah ia boleh menimbulkan curiga di hati ramai orang.

Paul Phua dan anaknya, Darren Wai Kit Phua kini menghadapi pertuduhan menghantar maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014.

Ekoran itu Paul Phua telah ditahan di negara ini sebelum dibawa ke Amerika Syarikat dan sekarang sedang menjalani tahanan rumah di sana sementara kesnya dibicarakan di mahkamah.

Zahid Hamidi - FBI
Surat dari pejabat Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Pengarah FBI.

Pada surat ditulis oleh Zahid kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano bertarikh 18 Disember 2014 itu, beliau bukan sahaja membela Paul Phua dengan menafikan pembabitannya dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, malah turut memaklumkan bahawa lelaki tersebut pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara membabitkan isu keselamatan negara. Justeru, negara ini menanti kepulangan Paul Phua dengan tangan terbuka.

Begitu sekali pembelaan diberikan oleh Zahid kepada Paul Chua sedangkan menurut peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, beliau hanya meminta jasa baik Zahid untuk menulis surat kepada FBI bagi menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kongsi gelap 14K Triad.

“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” kata beliau pada satu sidang media khas 3 Januari lalu.

Muhammad Shafiee menjelaskan bahawa firma guamannya bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld sememangnya ada memohon kepada Menteri Dalam Negeri pada Ogos tahun lalu untuk mengeluarkan surat berkaitan.

Surat itu menurut beliau, diminta oleh peguam Paul Phua bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada FBI pada 2008 yang menyatakan lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Begitu pun Muhammad Shafiee menjelaskan, Zahid telah merujuk kepada maklumat polis bahawa Paul Chua benar-benar tidak terbabit dengan kumpulan kongsi gelap tersebut sebelum mengirim surat yang mencetuskan kontroversi kini, secara terus kepada FBI, dua bulan selepas diminta.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” kata peguam terkemuka negara ini.

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, December 19, 2014

Kisah Kucing Digantung Di Sibu Rupanya Kes Ugut!

Kisah Kucing Digantung Di Sibu Rupanya Kes Ugut!

Semalam kecoh di media sosial perihal seekor kucing hitam yang digantung di hadapan sebuah rumah di Jalan Lada, Sibu.

Kucing Digantung Di Sibu

Rata-rata pencinta kucing meluahkan perasaan marah dan kecewa apabila melihat binatang kesayangan nabi itu diperlakukan dengan kejam.

Insiden tersebut, menyebabkan pihak polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat makluman daripada orang awam.

Bagaimanapun, setelah disiasat, pemilik rumah berkenaan menafikan perbuatan kejam tersebut dilakukan olehnya.

Pemilik rumah, 39, yang juga seorang ahli perniagaan memberitahu dia telah menerima beberapa ancaman menerusi panggilan sebelum kejadian itu.

Malah dia sendiri turut terperanjat dengan ‘kes kucing’ tersebut kerana, dia tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar dari bandar Sibu untuk mencari tempat perlindungan ekoran ancaman diterima.

Kucing Digantung Di Sibu [2]

Dia hanya pulang ke rumahnya kelmarin, itu pun menggunakan kereta sewa kerana bimbang dikesan pihak yang mencarinya.

Untuk makluman, pemilik rumah tersebut pernah diculik dan dicampakkan ke sungai dalam keadaan tangan diikat dan mata ditutup Oktober lalu, namun mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA), Donna Wee melahirkan perasaan kesal atas tindakan tidak berperikemanusian dengan menggantung kucing untuk membuat ugutan.

“Ini adalah keganasan terhadap haiwan dan perbuatan itu jelas amat jahat dan tidak berperikemanusiaan.

“Memandangkan ia masih di bawah siasatan polis, kami berharap mereka dapat menangkap individu yang bertanggungjawab serta membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, December 16, 2014

Pulangkan Harta Jika Mahu Cerai - Awie

Pulangkan Harta Jika Mahu Cerai - Awie

Ternyata bayangan perceraian akibat kemelut rumahtangga yang disebut-sebut oleh vokalis kumpulan Wings, Awie tidak mudah untuk dilafazkan.

Kes-Cerai-Awie

Bukan kerana masih menaruh harapan untuk kembali bersatu, sebaliknya dia mahukan isterinya, Rozana Misbun untuk memulangkan hartanya terlebih dahulu.

Memetik laporan Mangga Online, Awie memberitahu hatinya sudah tertutup untuk menerima kembali Rozana dalam hidupnya selepas isterinya itu meninggalkan kediaman mereka beberapa bulan lalu.

Selain mengakui dia sedia menerima sebarang kemungkinan, penyanyi itu turut menyatakan dia tidak memfailkan sebarang perkara berkaitan perceraian setakat ini.

“Kalau orang di sana yang mahukan…okey, tapi tak semudah itu, ada syaratnya…pulangkan harta saya,” katanya.

Agak berat juga syarat Awie itu!

Mungkinkah ‘harta’ yang dimaksudkan itu berkait rapat dengan punca perbalahan mereka sebelum ini?

Apapun, kami sarankan agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan penuh tolak ansur.

Kasihanilah anak-anak yang pastinya terganggu emosi tatkala melihat percakaran ibu bapa yang tidak berkesudahan.-Mynewshub.cc

Kikis Harta Awie?

Rozana-Menipu [6]

Sebelum ini, seorang pengguna Instagram yang mendakwa dirinya sebagai kawan baik kepada isteri penyanyi rock itu tampil memberikan beberapa screenshot yang didakwa perbualan pengguna Instagram itu dengan Rozana Misbun.

Nampak jelas wanita itu mempunyai tabiat membeli belah yang agak keterlaluan dan selain mengakui ‘terpaksa’ membuat laporan polis untuk menutup isu mencuri duit.

Rozana-Menipu

Khabar angin yang bertebaran sebelum ini di kalangan peminat adalah Rozana telah mencuri wang milik Awie yang disimpan dalam akaun diatas nama isterinya berjumlah ratusan ribu ringgit dengan membeli belah terutamanya beg tangan berjenama mahal berbelas ribu ringgit.

Rozana-Menipu [2]

Apa yang disampaikan pengguna Instagram ini nampak selari dengan apa yang disampaikan dari orang terapat dengan Awie sebelum ini namun hanya mereka sahaja yang tahu kebenarannya dan semoga ada penyelesaian untuk kemelut mereka ini.-Rotikaya.com

-SENTIASAPANAS.COM

Pelakon Wanita Dicekup Khalwat, Jemput JAIS Minum!

Pelakon Wanita Dicekup Khalwat, Jemput JAIS Minum!

Nampaknya identiti pelakon berstatus janda yang dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.23 pagi tadi sudah terbongkar.

Putri Mardiana Berkhalwat

Putri Mardiana, 33, yang pernah popular dengan filem Ngangkung akhirnya mengaku dialah pelakon yang terlibat dalam tangkapan itu.

Namun, penjelasan Mardiana menerusi Malaysian Digest agak menarik pada pandangan kami.

Apa tidaknya, biarpun dicekup, dia masih mampu menjemput pihak JAIS untuk minum sehingga mereka serba-salah.

Katanya lagi, ketika kejadian, teman lelakinya, Shahrizam Abdullah atau Ejump hanya masuk untuk minum air.

“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa,” jelasnya.

Seperkara lagi, Mardiana turut mendakwa mereka telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya yang dikatakan cemburu melihat kebahagiaannya.

Ditanya mengenai status teman lelakinya yang dikatakan ‘suami orang’, pelakon itu memberitahu bahawa Ejump telahpun selesai prosiding perceraian di mahkamah hari ini.

“Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu.

“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.

“Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.

“Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” katanya.

Macam drama pula!

Bagi kami, penjelasan Mardiana itu mungkin akan mengundang persoalan adakah punca perceraian teman lelakinya ada kaitan dengan kehadiran pelakon itu dalam rumahtangga mereka?

Atau mungkin kita hanya akan mendapat jawapan klise iaitu, ‘rumahtangga mereka memang sudah bermasalah sebelum kehadiran saya’.

Apapun, sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kes ini.

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, November 27, 2014

Panas! Gambar Bercumbu Artis Malaysia Tersebar!

Panas! Gambar Bercumbu Artis Malaysia Tersebar!

Tak tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.

Gambar Artis Bercumbu

Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis.

(Baca: Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan)

Jadi, kantoilah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab.

Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti.

Siapa agak-agaknya?

UPDATE!

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Dirinya

Tauke Jambu

Panas kembali nama Tauke atau, Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa merupakan individu lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.

“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,” katanya dalam laporan akhbar Berita Harian.

Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Jadi saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”

Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita.

Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar tersebut, individu berkenaan menghantar telefon bimbitnya di sebuah kedai untuk diservis.

Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan memori, lantas diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memuat naiknya di laman sosial.

Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj karier dan memburukkan imejnya.

“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”

Selain itu, dia juga berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya.

Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kumpulan mereka kini dikenali sebagai Virus apabila memasukkan Zizan Razak.

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, November 20, 2014

Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

Ramai pengguna mempertikaikan perkhidmatan disajikan stesen televisyen berbayar Astro.

Datuk Bung Mukhtar Radin

Ini bukannya isu baharu kerana ia sering dilaporkan media sejak dahulu. Ini kerana setiap slot diselitkan dengan iklan walaupun semua tahu, sebagai stesen berbayar, Astro tidak patut berbuat demikian.

Isu tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga suami kepada aktres popular Zizie Ezette, Datuk Bung Mukhtar Radin.

Melalui satu rakaman (Saksikan videonya di youtube - https://www.youtube.com/watch?v=LvPXY3WpZQg) pada sesi di Dewan Rakyat semalam, beliau mengutarakan pendapat bahawa syarikat tersebut seharusnya ditutup kerana telah menipu rakyat dan kerajaan berulang kali.

“Tutuplah ini Astro sebab dalam perjanjian apabila Astro beroperasi, dia tidak boleh menyiarkan iklan, sebab dia TV berbayar. Tetapi iklan dia, Masya-Allah, kalah TV3 punya iklan.”

Tambah beliau lagi, “Iklan dia berbilion-bilion. Dua kali rakyat ditipu, kerajaan ditipu oleh Astro.”

Walau bagaimanapun, suasana menjadi gamat apabila Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said berseloroh apabila beliau bertanyakan kepada Bung, “Kinabatangan, tak bimbang kah ada pelakon drama kena sekat dari Astro? Nanti tak boleh masuk.”

Soalan itu yang ditujukan kepada Bung kerana isterinya merupakan dramatis terkenal tanah air menerima reaksi ketawa daripada Bung dan seisi dewan.

Bung kemudiannya membalas bahawa rezeki berada di mana-mana dan beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

Datuk Bung Mukhtar Radin [2]

Mungkin apa yang diujar oleh Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah sampai masanya perlu diteliti.

Dan satu perkara yang beliau mungkin terlepas pandang ialah kekerapan program yang sama diulang Astro.

Sangat menyakitkan hati apabila program sama diulang selama berbulan-bulan.

Kekadang kasihan lihat bebudak duk ulang tengok kartun yang sama berkali-kali.

Apa pun alasan Astro, pokok pangkal isu ialah program di stesen berbayar beriklan itu kerap sangat diulang tayang.

Aduan tentang masalah gangguan siaran setiap kali hujan (kadang-kadang belum hujan baru angin kencang sikit je) pun dah naik berbuih diutarakan pengguna.

Mintak pihak berwajib agar bertindak segera dan jangan buat-buat pekak dengan rintihan rakyat.

BACA INI JUGA: Awas! 12 Jenis Penipuan Paling Popular Di Malaysia

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, November 19, 2014

Lagi Kes Nombor Plat Kereta Sama!

Lagi Kes Nombor Plat Kereta Sama!

Sebelum ini dilaman sosial mengenai kisah dua kereta miliki plat pendaftaran sama. Tiba-tiba, satu lagi cerita sama tersebar namun melibatkan individu lain.

JLT 4488

Melalui perkongsian di laman sosial, seorang pemilik kereta memohon kesnya mendapat perhatian umum agar ia dapat diselesaikan segera.

Individu tersebut yang merupakan pemilik kereta Toyota Wish bernombor pendaftaran JLT 4488 telah berpindah ke Sabah empat tahun lalu.

Namun, kakaknya terjumpa sebuah kereta model sama berwarna hitam dan memiliki nombor plat ‘sebiji’ seperti kereta milik adiknya di Kelantan.

JLT 4488 [2]

Menurut si pengadu, sehingga kini, dia menerima empat keping surat saman bagi kesalahan dilakukan di Semenanjung, padahal dia tidak berada di sana. Tambahnya lagi, laporan polis turut dibuat sebanyak empat kali.

Ini memang kes naya! Tak pasal-pasal, si pengadu terpaksa tanggung saman dilakukan oleh orang lain.

Kereta Volkswagon Guna Nombor Pendaftaran Sama

AJK 8033

Sebelum ini juga, dua pemilik kereta jenis Volkswagon apabila mendapati kereta mereka menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Kejadian difahamkan berlaku di Taman Melati, Gombak melibatkan kereta dengan nombor pendaftaran AJK 8033.

Menurut saksi kejadian, individu yang memandu kereta terbabit turut terpinga-pinga dan kelihatan cuba menelefon seseorang bagi mengenalpasti punca perkara ini terjadi.

Fikir-fikir balik, pelik juga bagaimana boleh terdapat dua nombor plat sama manakala pihak berwajib pula lambat sangat nak selesaikan walau laporan dah banyak dibuat kan?

Pihak berwajib patut ambil tindakan proaktif dalam menyegerakan siasatan dan selesaikan kes-kes seperti ini.

UPDATE!

Adakah Ini Punca Kes Nombor Plat Kereta Sama?

Kes Nombor Plat Kereta Sama

Screenshoot di atas mungkin jawapannya.

Mula-mula melihat iklan jualan kereta terpakai ini, memang memeranjatkan kerana harga kereta import terpakai jauh lebih murah dan page tersebut mendakwa kereta-kereta tersebut merupakan kereta scrap dari Singapura.

Namun apa yang dimusykilkan no plat kenderaan yang bakal digunakan untuk kereta-kereta ini adalah plat Malaysia ‘clon’ atau ‘duplicate’.

Kes Nombor Plat Kereta Sama [2]

Boleh pulak sesuka hati mengclonkan nombor plat!

Bayangkan jika berlaku sesuatu, sudah tentulah pemilik asal nombor plat yang terpaksa menerima padah walau bukan kesalahan sendiri..

Tertanya-tanya juga bagaimana penjual begitu senang dan terbuka menjual kereta menggunakan nombor plat klon ini? Di mana pihak berkuasa yang sepatutnya memantau kes serius seperti ini? Mana SPRM? Mana JPJ? Mana integriti?

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, November 15, 2014

Cerita Murid Kristian Dipaksa Bertudung Adalah Fitnah Jijik!

Cerita Murid Kristian Dipaksa Bertudung Adalah Fitnah Jijik!

Murid dipaksa pakai tudung. Sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menimbulkan dakwaan terdapat pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang memaksa penduduk peribumi di Pahang menganut Islam.

Murid Kristian Dipaksa Bertudung

Hari ini timbul cerita baru lebih kurang serupa yang sebenarnya, kurang molek dan bahaya disebarkan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia jika ia tidak tepat.

Menurut portal The Malaysian Insider, satu sumber didakwa mendedahkan kegiatan menyuntik nilai-nilai Islam terhadap seorang murid Kristian. Dakwaan itu menyebut, murid berusia 12 tahun tersebut diarahkan untuk mengenakan tudung dan menyertai aktiviti kumpulan nasyid.

Bukan sekadar itu, mangsa juga kononnya dipaksa menyertai rakan-rakan Islam menunaikan solat dalam satu penganjuran kem, baru-baru ini.

“Semua ini berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapanya,” dakwa sumber rapat dengan sekolah tersebut.

Katanya, apabila isu tersebut dibangkitkan, pihak berkuasa sekolah cuba merahsiakan perkara itu dengan berpesan kepada guru dan pelajar agar tidak menghebahkannya.

Bagaimanapun bercanggah dengan cerita daripada sumber yang dikatakan rapat dengan sekolah ini, guru besar sekolah berkenaan, Yunus Ismail berkata, murid tersebut tidak pernah dipaksa untuk memakai tudung hatta menyertai aktiviti nasyid seperti disebarkan.

“Saya sudah tanya murid itu mengenainya. Dia tidak dipaksa guru-gurunya. Dia memakai tudung secara sukarela. Kami juga tidak memaksa murid bukan Islam menyertai program nasyid itu.”

Tambah beliau lagi, isu tersebut telah diselesaikan dua minggu lalu dan mengklasifikasikannya sebagai isu terpencil.

Ulasnya lagi, beliau sudah menemui kedua ibu bapa murid berkenaan dan isu tersebut berjaya diselesaikan dengan baik. Yunus juga membuat konklusi bahawa kisah ini disebarkan beberapa guru akibat tidak berpuas hati.

Senada dengan kenyataan dikeluarkan Yunus, ibu kepada murid berkenaan juga mengharapkan agar isu ini tidak dipanjangkan.

Gadis 1Malaysia

Melihat dari satu sudut, isu seperti ini boleh menimbulkan rasa kurang senang setiap individu dalam komuniti Malaysia yang berbilang kaum juga agama.

Bukan menuding jari kepada sesiapa, namun isu seperti ini sepatutnya dicegah keras daripada disebar sewenang-wenangnya tanpa fakta tepat kerana ia boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Artikel asal yang disiarkan The Malaysian Insider:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/murid-kristian-dipaksa-bertudung-sertai-orang-islam-berdoa-kata-sumber

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, November 12, 2014

PANAS! AmBank Promosi Aktiviti LGBT!

PANAS! AmBank Promosi Aktiviti LGBT!

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia, mendedahkan keterlibatan AmBank Malaysia Holdings Bhd (AMMB) dalam mempromosikan aktiviti kumpulan songsang gay, lesbian dan golongan transgender (LGBT) kepada pelanggan Islamnya.

Azwanddin Hamzah

Dakwaan tersebut dikemukakan Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dalam satu sidang media.

Sokongan dilaporkan berlaku melalui dua anak syarikat AmBank iaitu AmLife dan AmFamily Takaful Berhad yang menjalinkan kerjasama dengan MetLife, syarikat insuran yang menaja agenda LGBT.

“Untuk pengetahuan, MetLife merupakan syarikat insurans yang terlibat dalam mempromosi dan menyokong budaya LGBT seperti yang tertera dalam buletin AmLife bulan Mei lalu.

“MetLife memeterai kerjasama melalui Takaful dan Insurans Hayat Moden, mereka ini secara terang-terangan mempromosi LGBT, secara tidak langsung memperdayakan umat Islam di negara ini secara halus,” dakwa Azwanddin.

Pada sidang media tersebut juga, Azwanddin mengedarkan salinan buletin Berita AmLife yang terpampang sokongan terhadap golongan songsang melalui biografi syarikatnya, ‘Best Places To Work For LGBT 2013. Human Rights Campaign’.

Katanya, “Ini merupakan agenda terbesar berniat jahat mengaburi penglihatan khasnya perbankan Islam di negara ini.”

Lantas, JMM memohon supaya kerajaan, khususnya Bank Negara mempertimbangkan untuk menarik balik lesen berkaitan Perbankan Islam mahupun Lesen Insurans Takaful atau yang berkaitan Islam terhadap AmBank.

Tan Sri Azman Hashim

Dia juga memberi amaran untuk menjalankan kempen sejuta risalah bagi memboikot institusi berkenaan andai mereka gagal membuat penjelasan dalam kadar segera.

AMMB yang bernaung di bawah kumpulan AmBank Berhad membuat pengumuman memeterai perjanjian dengan MetLlife International Holdings Incorporate (MetLife) pada hujung tahun lalu.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya yang juga salah seorang individu terkaya Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.

Sumber: Mynewshub.cc

BWF Gantung Lee Chong Wei

BWF Gantung Lee Chong Wei

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menggantung sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kerana didapati ‘jelas’ melanggar peraturan anti-doping.

Lee-Chong-Wei

“Badan dunia itu memutuskan penggantungan itu berdasarkan hasil analisis yang negatif ke atas sampel yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos,” kata BWF dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, BWF berkata barisan panelnya akan mendengar berkenaan kes berkenaan.

“Apabila tiba masanya, pengerusi panel itu akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran.

“Panel itu yang akan menentukan sama ada atlet itu melalukan perlanggaran peraturan anti-doping atau tidak,” katanya.

Baru-baru ini, Chong Wei didapati menggunakan bahan terlarang apabila sampel A yang diuji pada Kejohanan Badminton di Copenhagen menunjukkan keputusan positif.

Keputusan ujian sampel A diketahui badan pengurusan sukan di Malaysia selepas berakhirnya Sukan Asia di Incheon.

Lee-Chong-Wei - Suspended

Chong Wei kemudiannya berlepas ke Oslo, Norway sebelum ini untuk menyaksikan sendiri prosedur ujian untuk sampel B beliau.

Bagaimanapun, sampel B milik Chong Wei juga menunjukkan positif kewujudan bahan terlarang berkenaan.

Ketika ini Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengumpul semua maklumat dan bukti berkenaan rekod perubatan Chong Wei bagi mengenal pasti bagaimana bahan berkenaan berada dalam badan pemain badminton nombor satu dunia itu.

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, November 10, 2014

Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!

Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!

“Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.

Razif Sidek

“Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah perkara ini turut mendapat pengetahuan pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.

Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin panas apabila bekas pemain beregu negara Razif Sidek membuat kenyataan bahawa kesalahan penggunaan bahan terlarang oleh pemain itu sudah lama berlarutan.

Memetik laporan akhbar tempatan, Razif berkata ramai pegawai termasuk pemain badminton dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Chong Wei.

Menurut laporan itu, tiada seorang pun berani ‘buka mulut’ kerana kredibiliti Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia dalam sukan badminton.

“Saya difahamkan, dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini (Malaysia) semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.

“Bukankah saya dah cakap sebelum ini (mengenai Chong Wei terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang)? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu tetapi kisah ini telah dimaklumkan oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri,” katanya dipetik akhbar berkenaan.

Lee Chong Wei Kantoi Guna Dadah!

Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway.

Keputusan ujian melibatkan sampel B telah diketahui positif turut mengandungi bahan terlarang.

Chong Wei kini berdepan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun.

Kenyataan Razif yang pernah berpasangan dengan abangnya Jalani Sidek pastinya akan membuatkan sedikit sebanyak persepsi peminat sukan badminton akan berubah.

Kita tunggu apa jawapan BAM dan Chong Wei berkaitan kenyataan Razif.

Sumber: Mynewshub.cc

Kegagalan Ujian Doping Lee Chong Wei Perbuatan Sabotaj?

Kegagalan Ujian Doping Lee Chong Wei Perbuatan Sabotaj?

“Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat bahawa saya telah gagal ujian doping,” kata Datuk Lee Chong Wei, kepada blogger sukan terkenal Malaysia Satwant Singh Dhaliwal.

Lee-Chong-Wei

Sebelum ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin enggan menamakan individu yang gagal ujian tersebut adalah Chong Wei.

Mereka terikat dengan peraturan, tapi ia merupakan rahsia umum bahawa individu itu Chong Wei yang dilaporkan media seluruh dunia.

Untuk rekod ini merupakan kali pertama jaguh badminton negara itu bercakap mengenai situasi beliau selepas gagal ujian doping September lalu dan berkongsi cerita tersebut di facebook rasminya https://www.facebook.com/leechongweiofficial.

Pemain nombor satu dunia itu yang disahkan positif sampel B ujian doping, Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis ‘dexamethasone’, mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini.

Pembaca juga boleh mengikuti temuramah Lee Chong Wei yang disiarkan di blog blogger sukan Malaysia, Satwant Singh Dhaliwal. (http://www.ssdhaliwal.blogspot.com/2014/11/my-story-by-lee-chong-wei.html?m=1)

“Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan saya harap untuk membersihkan nama saya dalam masa terdekat. Saya tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan-bahan larangan,” kata Chong Wei.

“Saya melihat ke belakang, seluruh 15 tahun yang saya lalui (sebagai pemain badminton) menjadi asap. Saya sangat terpukul dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya tidak pernah menipu dan tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk menipu dengan demikian ini adalah seperti panahan kilat, memusnahkan semua kerja keras saya selama ini.

“Saya sangat percaya kepada kerja keras dalam usaha untuk mencapai kejayaan sehingga apabila berdepan tuduhan (seperti ini) saya kelu dan tercengang,” katanya.

Ketika berdepan situasi kalut ini, Chong Wei menceritakan isterinya Wong Mew Choo mencadangkan supaya mereka berehat di luar negara untuk menjernihkan fikiran dan membiarkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

“Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) memberi perhatian langsung berkaitan kes ini, saya bersyukur kerana dia membimbing saya dan memberi nasihat yang baik tentang bagaimana untuk menangani masalah yang timbul,” kata Chong Wei.

“Saya diberitahu bahawa dadah itu disuntik pada saya pada 18 Julai dan bagaimana kesannya masih ada sehingga bulan Ogos adalah sesuatu yang saya tidak dapat jelaskan.

“Cukuplah untuk mengatakan saya tidak pernah mengambil ubat-ubatan di luar dari yang ditetapkan kepada saya dan menafikan cadangan saya mengambil herba tradisional yang mengandungi bahan dilarang.

“Saya telah melalui satu daripada ujian pada 15 Ogos dan ia bersih. Oleh itu, ia satu misteri mengapa bahan ini didapati dalam badan pada 30 Ogos,” katanya.

(Baca: Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!)

Ikon negara itu berkata banyak kali beliau mahu membuat kenyataan terbuka tetapi memilih untuk menunggu sehingga sampel B diuji.

“Saya berharap orang ramai memahami kedudukan dan situasi saya. Saya tegaskan bahawa segala-galanya sedang dilakukan untuk mencari punca masalah ini,” kata Chong Wei.

“Saya pergi ke Oslo untuk mengamati botol sampel B dibuka melalui dokumentasi yang memuaskan hati saya. Saya tahu kemungkinan keputusan yang berbeza adalah jauh tapi ia adalah prosedur yang perlu dilakukan.

“Semua ubat, rekod rawatan dan makanan tambahan sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang berharap untuk mengetahui bagaimana bahan itu masih dalam sistem saya lebih sebulan selepas saya menerima suntikan untuk rawatan kecederaan paha saya,” kata Chong Wei.

Chong Wei berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan menilai semua bukti yang ditunjukkan.

Ada spekulasi bahawa Chong Wei mungkin dihukum samada dengan amaran keras atau digantung untuk tempoh enam bulan.

Menurut blogger sukan Satwant Singh, kemungkinan pertama iaitu penggantungan selama enam bulan bermakna Chong Wei akan kehilangan 43,000 daripada 97,000 mata ranking semasa, menyebabkan beliau tergelincir ke kedudukan 15-18 ranking dunia menjelang Mac 2015.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes Chong Wei.

“Adalah amat tidak sesuai untuk membuat ulasan lanjut dengan tidak menghormati prosedur BWF dan tindakan ini mungkin akan menjejaskan peluang atlet kita dalam proses sebutan kes.

“Saya benar-benar memahami dan menghormati keinginan masyarakat untuk dimaklumkan tetapi untuk mengimbangi antara keperluan dan keperluan kritikal bagi mengekalkan integriti siasatan terperinci yang dijalankan adalah perkara yang amat penting,” kata Dr Ramlan dalam kenyataan di laman Facebook ISN.

Beliau berkata adalah penting bagi orang ramai menghormati privasi atlet dalam berdepan dengan cabaran besar kepada nama baik dan reputasinya.

Dr Ramlan meminta pihak-pihak tertentu tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh Chong Wei.

“Kami tidak merasa terdorong untuk memartabatkan sungutan yang negatif, tidak bertanggungjawab dan tidak produktif dengan sebarang respons kepada mereka pada ketika ini. Kami lebih rela untuk menumpukan usaha bagi terus membantu atlet kita dalam masa yang penuh sukar ini.

“Kami akan melakukannya dengan baik untuk menyokong atlet itu yang telah memberikan banyak kegembiraan kepada kita semua dengan hasil pencapaian selama bertahun-tahun. Lebih baik kami berdiri di belakangnya dan sabar menunggu proses ini diselesaikan dengan kebanyakkan persoalan jika tidak semua akan dijawab,” kata Dr Ramlan.

Chong Wei berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukumannya.–AGENDA DAILY

Atau, ada pihak tertentu sengaja melakukan sabotaj terhadap Lee Chong Wei? Siapa tahu..

Sunday, November 09, 2014

"Saya Tidak Pernah Menipu" - Lee Chong Wei

"Saya Tidak Pernah Menipu" - Lee Chong Wei

Semalam, negara telah diselubungi dengan satu berita mengecewakan apabila pemain nombor satu negara yang juga ikon dalam bidang sukan, Datuk Lee Chong Wei disahkan gagal dalam ujian doping keduanya.

Saya Tidak Pernah Menipu - Lee Chong Wei

Melalui ujian sampel B yang dilakukan di Norway, Kanada beberapa hari lalu, Chong Wei didapati positif dalam penggunaan dadah jenis Dexamethasone.

Memetik sumber dari laman blog, Malaysian Sports milik bekas penulis sukan, Satwant Singh Dhaliwal, Chong Wei sangat terkejut dengan kegagalan ujian doping rawak yang dilakukan di Copenhagen pada 30 Ogos lalu.

“Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat memberitahu saya gagal dalam ujian doping. Saya tidak pernah menipu atau cuba menipu. Perkara ini seperti panahan kilat kepada saya, memusnahkan segl usaha keras saya.”

Ujarnya lagi, dakwaan yang dijatuhkan terhadapnya membuatkan beliau tergamam kerana dia seorang yang bekerja keras dan berpegang teguh kepada prinsip berusaha demi menggapai kejayaan.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima pengesahan dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan kandungan dadah tersebut dalam sampel B milik Chong Wei.

Lantas, suami kepada bekas pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo itu bakal berhadapan tindakan penggantungan selama dua tahun jika didapati bersalah oleh panel BWF.

Dedah beliau lagi, dadah tersebut telah disuntik ke dalam badannya pada petengahan Julai lalu, namun tidak menyangka kesannya berkekalan sehingga hujung Ogos.

“Saya melalui satu daripada ujian dalam pertandingan pada 15 Ogos dan saya bersih. Ia satu misteri kenapa bahan ini masih berada dalam badan saya pada 30 Ogos.”

Tambah beliau, kesemua ubat-ubatan, rekod rawatan dan makanan tambahan yang diambilnya, dikawal rapi oleh pihak berkuasa perubatan.

“Saya tidak pernah menipu dan juga bergantung kepada bahan-bahan yang diharamkan.”

Dalam muat naik artikel berkenaan juga, Dhaliwal berkata, jika Chong Wei digantung selama setengah tahun maka dia akan kehilangan sehingga 43,000 mata, dan bakal menyaksikan beliau jatuh ke kedudukan 15 – 18 menjelang Mac 2015.

Katanya lagi, misi untuk memungut emas pertama negara di Sukan Olimpik bakal tinggal angan-angan jika keputusan tersebut tidak memihak Chong Wei.

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, November 08, 2014

Lee Chong Wei Sah Positif Dadah Jenis Deksametason!

Lee Chong Wei Sah Positif Dadah Jenis Deksametason!

Hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei, 32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS) didapati sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang positif sebelum ini.

Lee Chong Wei - Deksametason

Walau sudah dijangka, ia tetap keputusan memeritkan buat atlet badminton nombor satu negara ini.

Keputusan ini bermakna Chong Wei perlu menghadapi proses Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengetahui hukuman bakal diterima.

Kebiasaannya, jika ujian doping positif maka pemain bakal berdepan hukuman tidak layak menyertai mana-mana kejohanan dan digantung penyertaan selama dua tahun.

Selasa lepas, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz bersama-sama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh berangkat ke Norway untuk melihat sendiri ujian terhadap sampel B dilakukan di makmal Hospital Universiti Oslo.

Kesemua mereka menyatakan amat puas hati dengan cara ujian dilakukan.

Chong Wei positif ujian doping bagi sampel A menggunakan air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Ujian tersebut mendapati kehadiran bahan terlarang ‘deksametason’ semasa ujian dijalankan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengadakan sidang media petang ini untuk mengumumkan keputusan secara rasmi. Sumber: Mynewshub.cc

Apa Itu Dadah Deksametason?

Deksametason, ialah sejenis kortikosteroid yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergik.

Penggunaan deksametason secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.

Pengguna juga boleh mengalami sindrom Cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.

Kesan lain termasuk lemah otot dan kesan pada kulit yang serius iaitu sindrom Stevens-Johnson.

Deksametason digunakan untuk mengubati sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak ringan, sakit pinggang dan lenguh-lenguh seluruh badan.

Penggunaan Deksametason adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Atlet Positif Doping Bukan Ambil Dadah

Namun, umum wajib memahami bahawa mana-mana atlet yang didakwa positif ujian doping bukanlah mengambil dadah.

Sebaliknya, bahan terlarang yang menyebabkan atlet itu positif ujian doping biasanya disebabkan oleh pengambilan ubat penahan sakit untuk merawat kecederaan yang dialami.

Atlet itu bukanlah ‘penagih dadah’ dengan menyuntik heroin atau pun mengambil ecstasy.

Malangnya, ada juga sesetengah atlet yang mengambil bahan-bahan terlarang dengan sengaja atau sengaja diberikan oleh jurulatih tanpa pengetahuan atlet tersebut untuk meningkatkan prestasi mereka.

Lee Chong Wei Nafi Ambil 'Dadah Terlarang'

Lee Chong Wei tidak mengambil dadah terlarang sepanjang menyertai Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, itulah dijelaskan rakan terdekatnya yang enggan dinamakan.

Menurut pemain berkenaan, Chong Wei pernah memberitahunya sendiri, bermula dari pusingan pertama hingga perlawanan akhir menentang Chen Long, dia tidak ada mengambil sebarang dadah terlarang mahupun ubat penahan sakit.

"Dia hanya memberitahu saya mengambil suntikan sel induk (stem cell) sebelum menyertai kejohanan itu," kata sumber berkenaan.

Chong Wei tidak menyertai Sukan Komanwel 2014 Glasgow kerana mengalami kecederaan paha dan untuk memastikan sempat sembuh sebelum Kejohanan Dunia, dia mengambil tiga kali suntikan sel induk.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu dikatakan mengambil tiga suntikan berkenaan di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang.

Rakyat Malaysia Salahkan BAM, Sokong Lee Chong Wei

Lee Chong Wei - Deksametason [2]

Kuatkan semangat Lee Chong Wei. Berehatlah sementara waktu dan bangkit dengan gagah selepas ini!

-SENTIASAPANAS.COM