Monday, November 20, 2017

Jururawat 'Kantoi' Bergelak Ketawa Selepas Pesakit Meninggal Dunia!

Jururawat 'Kantoi' Bergelak Ketawa Selepas Pesakit Meninggal Dunia!

Sekumpulan jururawat dilihat bergelak-ketawa ketika seorang veteran Perang Dunia Kedua meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan selepas dia meminta bantuan daripada mereka.

Jururawat 'Kantoi' Bergelak Ketawa Selepas Pesakit Meninggal Dunia!

Kakitangan di situ sepatutnya memakaikan topeng oksigen ketika James Dempsey, 89, yang lemah mengalami masalah untuk bernafas.

Tetapi, kamera yang disembunyikan menunjukkan beberapa kakitangan bergelak-ketawa apabila mesin pernafasan gagal berfungsi dan pesakit berkenaan tidak sedarkan diri.

Salah seorang jururawat melakukan enam tekanan dada tetapi kemudian memutuskan untuk berhenti melakukannya.

Kakitangan di Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi Atlanta Timur di Georgia, Amerika Syarikat, itu menunggu sejam sebelum memanggil perkhidmatan kecemasan pada pagi 27 Februari 2014.

Keluarga Dempsey menyangka dia meninggal dunia secara semulajadi, tetapi mujurlah mereka memasang kamera tersembunyi di dalam bilik rawatan kerana anaknya, Tim bimbang bapanya dianiaya atau tidak menerima rawatan sepatutnya.

"Kami hanya akan fikir ajalnya telah sampai dan segala usaha menyelamatkan nyawanya telah dilakukan sehabis baik dan dia meninggal dunia semasa tidur," kata Tim kepada Channel 2.

"Anda tidak akan terfikir bahawa ada orang yang akan membiarkan begitu saja seseorang itu mati."

Dia berasa apa yang berlaku terhadap bapanya adalah satu 'kejutan dan kekecewaan'.

Rakaman video pada waktu pagi sebelum Dempsey meninggal dunia menunjukkan wira perang itu menekan butang panggilan bantuan sebanyak enam kali dari katilnya dan dia dilihat memegang bahagian dadanya.

Seorang jururawat memberitahunya, "Kamu sedang cemas, itu saja, kamu hanya perlu tenang."

Rakaman mengerikan ini didedahkan sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah yang difailkan oleh saudara mara Dempsey.

Bekas penyelia kejururawatan Wanda Nuckles mengubah ceritanya di mahkamah apabila dia ditunjukkan klip video tersebut yang dirakamkan di bilik Dempsey.

Nuckles mendakwa bahawa kakitangannya telah melakukan CPR berulang kali sehingga perkhidmatan kecemasan tiba, tetapi mengaku di mahkamah bahawa ia tidak benar.

Peguam keluarga, Mike Prieto menghentikan rakaman itu dan bertanya, "Puan, ada sesuatu yang lucukah terjadi ketika percubaan untuk menyedarkan Dempsey?"

Nuckles menjawab, "Saya tidak dapat mengingati semua itu, seperti yang anda lihat."

Seorang profesor kejururawatan bersara, Elaine Harris memberitahu WXIA-TV-11Alive bahawa berhenti melakukan CPR sangat tidak wajar melainkan jika seorang doktor membuat keputusan.

"Selama 43 tahun di bidang kejururawatan, saya tidak pernah melihat ketidakpatuhan dalam menyelamatkan kehidupan manusia dalam penjagaan kesihatan," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, April 25, 2016

Gambar Pasangan Kantoi Di Sebalik Batu Besar Viral!

Gambar Pasangan Kantoi Di Sebalik Batu Besar Viral!

Ingatkan dengan berselindung di sebalik batu besar, perbuatan intim mereka dapat disimpan rapi.

Seks+Bebas

Namun, rupa-rupanya ada juga mata-mata yang memerhati tingkah laku pasangan ini melakukan hubungan intim di kawasan air terjun yang dipercayai terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Pasangan itu dikatakan tidak segan silu melampiaskan nafsu mereka di kawasan umum, seolah-olah memang yakin bahawa perbuatan mereka itu tidak akan dilihat orang.

Mungkin mereka sudah terlalu selesa dengan kawasan berkenaan.

Kita hanya mampu bersangka baik dengan memikirkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang tidak sabar menunggu untuk melakukannya dirumah.

Malangnya, aksi sebegini sangat dinanti-nantikan terutama oleh paparazi tidak bertauliah. Siap la korang kalau ada videonya sekali.

Kalau disergah sudah tentu-tentu terbantut hasrat mereka sekali gus tidak berlaku sebarang aksi memualkan di situ.

BACA INI JUGA: Lelaki Curang Lebih Cepat Mati?!

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 21, 2015

'Pegawai Maksiat' Paksa Kekasih Kantoi ‘Beromen’

'Pegawai Maksiat' Paksa Kekasih Kantoi ‘Beromen’

Rakaman sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas mereka kini tersebar di media sosial.

Kekasih Kantoi ‘Beromen’

Daripada audio rakaman dapat dirumuskan bilangan lelaki yang berlagak sebagai ‘pegawai maksiat’ adalah ramai maka tak hairanlah pasangan berkenaan didapati melakukan perkara mengaibkan seperti disuruh dalam keadaan ketakutan dan tanpa sebarang bicara.

Daripada dialek yang digunakan kejadian dipercayai berlaku di Kelantan.

Ini sebenarnya bukan kes pertama kejadian seumpama ini berlaku malah beberapa tahun lalu tersebar rakaman pasangan kekasih dibogelkan termasuk yang perempuan apabila mereka kantoi sedang melakukan maksiat sedangkan secara jelas, adalah mustahil untuk satu-satu penguatkuasaan ‘amar makruf nahi mungkar’ atas nama Islam perlu melibatkan perbuatan keji sebegitu.

Golongan yang berpura-pura kononnya pegawai pencegah maksiat sedangkan mereka sebenarnya golongan ‘sangap seks’ seperti ini harus dibawa ke muka pengadilan.

Meskipun pasangan kekasih dalam rakaman ini sememangnya telah melakukan kesalahan di sisi agama Islam dan boleh didakwa di Mahkamah Syariah, kumpulan yang bertindak di luar batasan dengan mengaibkan mereka juga boleh dihukum kerana terdapat unsur penyamaran, ugutan dan perbuatan mengaibkan secara sengaja telah berlaku.

Nasihat kami buat pasangan kekasih ini, lakukan laporan polis supaya keadilan dapat ditegakkan, sesuai dengan aib diterima.

Pada masa sama, sama-sama ambil iktibar daripada kejadian ini supaya berhenti melakukan maksiat sementara Allah masih menutup aib kita.

BACA INI JUGA: Zizan Razak Nafi Langgan Pelacur Di Luar Negara!

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 07, 2015

Pelawak Popular Kantoi Hantar Mesej Lucah Goda Gadis

Pelawak Popular Kantoi Hantar Mesej Lucah Goda Gadis

Beberapa lari lalu, melalui laporan sebuah akhbar tempatan, seorang wanita mendedahkan perangai ‘hidung belang’ seorang lelaki yang didakwanya gemar memperdaya golongan hawa.

Gadis-cantik
Gambar hiasan.

Tak cukup dengan pengakuan tersebut, seorang lagi wanita tampil membuat tuduhan sama terhadap empunya diri yang dikatakan menghantar banyak mesej lucah serta meminta gambar bogel!

Bukan omong kosong, kedua-dua mangsa turut menunjukkan perbualannya dengan pelawak tersebut sebagai bukti terhadap dakwaan yang dibuat.

Dalam laporan Berita Harian, mangsa terbaru pelawak tersebut berkata, dia sering diganggu dengan mesej-mesej ‘nakal’ walaupun telah memaklumkan bahawa dirinya sudah memiliki teman lelaki.

Foto-foto di bawah merupakan antara mesej yang dihantar pelawak tersebut terhadap kedua-dua gadis.

Pelawak-Terkenal-Melucah [2]
Pelawak-Terkenal-Melucah [3]
Pelawak-Terkenal-Melucah [4]

Memetik kenyataan mangsa pertama yang membuat pendedahan, dia mengambil keputusan itu atas tujuan untuk mengelakkan wanita lain dari terus-terusan menjadi mangsa individu tersebut.

Ujarnya, “Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

“Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara video call.

“Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya.

Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.”

Pelawak-Terkenal-Melucah [5]
Pelawak-Terkenal-Melucah [6]
Pelawak-Terkenal-Melucah [7]
Pelawak-Terkenal-Melucah [8]
Pelawak-Terkenal-Melucah [9]

Buat si pelawak yang dimaksudkan, sepandai-pandai tupai melompatpun, pastinya jatuh ke tanah jua. Jadi, ada baiknya anda hentikan sikap ‘buaya’ anda itu sebelum pintu rezeki dalam bidang seni terus tertutup rapat.

BACA INI JUGA: Bila Pelajar Tiru Aksi Porno, Di Mana Silap Kita?

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, November 27, 2014

Panas! Gambar Bercumbu Artis Malaysia Tersebar!

Panas! Gambar Bercumbu Artis Malaysia Tersebar!

Tak tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.

Gambar Artis Bercumbu

Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis.

(Baca: Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan)

Jadi, kantoilah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab.

Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti.

Siapa agak-agaknya?

UPDATE!

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Dirinya

Tauke Jambu

Panas kembali nama Tauke atau, Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa merupakan individu lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.

“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,” katanya dalam laporan akhbar Berita Harian.

Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Jadi saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”

Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita.

Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar tersebut, individu berkenaan menghantar telefon bimbitnya di sebuah kedai untuk diservis.

Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan memori, lantas diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memuat naiknya di laman sosial.

Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj karier dan memburukkan imejnya.

“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”

Selain itu, dia juga berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya.

Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kumpulan mereka kini dikenali sebagai Virus apabila memasukkan Zizan Razak.

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, August 11, 2014

Pasar Raya Terkenal Kantoi Tipu Pelanggan

Pasar Raya Terkenal Kantoi Tipu Pelanggan

Kisah pasar raya menipu dengan cara mengelirukan pengguna menggunakan tanda harga memang bukan cerita baru.

Pasar Raya Terkenal Kantoi Tipu Pelanggan

Ada tu pula konon-konon buat jualan murah dengan memberi potongan harga tapi selepas diperiksa rupa-rupanya harga diberikan sama sahaja cuma harga asal ditipu.

Terbaru, seorang pengguna di Nilai, Negeri Sembilan membongkar penipuan dilakukan sebuah pasar raya terkemuka yang membuatkan pelanggan membayar harga lebih tinggi daripada harga dipamerkan pada produk.

Pasar Raya Terkenal Kantoi Tipu Pelanggan [2]
Pasar Raya Terkenal Kantoi Tipu Pelanggan [3]
Pasar Raya Terkenal Kantoi Tipu Pelanggan [4]

Ini boleh dianggap satu penipuan terancang memandangkan kita sedia maklum, pelanggan terutama yang membeli banyak barang jarang sekali memeriksa harga pada senarai barang yang dibayar.

Walau pun ia cuma melibatkan penipuan beberapa sen, kalau dihimpun semua harga yang ditipu ini banyak juga duit pelanggan yang dah dikapur kan?-Mynewshub.my

Wednesday, June 25, 2014

HOT! Resort Popular Di Melaka Pasang 'Hidden Camera'!

HOT! Resort Popular Di Melaka Pasang 'Hidden Camera'!

Seorang wanita yang dikenali sebagai Valarie Lam menerusi laman Facebooknya mendakwa sebuah resort percutian popular di Melaka mempunyai kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik air.

Hidden Camera
Gambar hiasan.

Kamera tersebut dikatakan disembunyikan dalam tempat penyangkut baju.

Walau bagaimanapun, wanita ini tidak mendedahkan nama resort tersebut namun sempat menasihati pengguna lain agar lebih berhati-hati sekiranya ingin bercuti di sana.

Valarie Lam

Tidak pula diketahui sama ada wanita tersebut sudah membuat laporan polis berhubung isu ini ataupun tidak.

Valarie Lam [2]

Siapalah yang ‘busuk hati’ sangat nak letak hidden camera kat situ, tak pasal-pasal resort itu dapat malu nanti.

Sumber: Mynewshub.my